Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Jun 2012

Wakil DAP tak pakai songkok biadap - UMNO.


Aku tak faham dress code di persidangan dun johor macam mana. Tapi aku rasa songkok sebahagian dari dress code yang wajib dituruti oleh wakil dap. Sebab di malaysia songkok melambangkan adat dan istiadat raja2 melayu. Jadi bila dalam dewan, adat neh ko boleh suka dan tak suka tapi protokol tetap kau kena ikut.

Aku pun tatau kenapa wakil dap enggan pakai songkok. Dan aku pun tatau samada berita di atas neh betul ke palsu. Almaklumlah utusan kan suka citer sesuatu yang berbeza dari fakta dan realiti. So nak percaya 100% tue memang arh was2.

Katakan lah memang betul wakil dap menolak pemakaian songkok, aku rasa itu bukan perkara yang boleh diperbesarkan. Kerana ramai orang cina di malaysia telah beranggapan bahawa songkok itu lambang orang islam dan jika memakainya mungkin mereka akan dicop sebagai penganut islam. Jangan ingat perkara neh tak wujud.

Aku bersekolah di sekolah majoriti cina so memang ramai larh bebudak cina ingat macam tue. Tapi bila aku explain, dorang pun jadi lebih terbuka. Maksudnya ada yang tahu bahawa songkok itu bukan melambangkan agama sebaliknya melambangkan budaya. So memang ada sesetengah chinese yang open tapi ada juga sesetengah chinese yang sangat mundur dan lapok pemikirannya.

Asal usul songkok itu sendiri bukan dari malaysia pun. Ada yang cakap dari iran, ada yang cakap dari parsi dan ada juga yang cakap dari india. Ia dibawa masuk ke malaysia oleh siapa pun aku tak pasti tetapi raja2 mula mengamalkan pemakaian songkok menjelang abad ke 20 sementara tue orang melayu di kesan memakai songkok pada seawal abad ke 19.

                                      Contoh pemakaian songkok difashionkan.

Jadi apa yang perlu umno buat sekarang neh ialah memahamkan dulu kepada semua wakil rakyat bukan islam bahawa apa itu songkok sebenarnya. Jangan nak marah kalau dorang pun tak faham songkok tue apa. Benda tak faham, kau tiba2 marah lepas tue spin cakap depa derhaka, ia tak selesaikan isu pun. Sebaliknya hanya mencetuskan konflik untuk politics millage ko jek kan.

Pakai songkok takan bererti masuk islam sampai bila2 pun.

Takde masalah juga kalau songkok menjadi sebahagian dari dress code ketika berada dalam dewan. Dan wakil dap pun jangan lah cuak sangat dengan songkok. Kalau ada akal mesti boleh fikir bahawa songkok tue satu benda. Bagaimana satu benda neh boleh menentukan anutan dan agama kaw?

Adakah benda tue magis yang boleh tukarkan agama ko secara automatik? Selama neh aku dok ingat2 bahawa orang melayu jek percaya dan takut dengan benda2. Rupanya orang bukan melayu pun ada. Sama jek sebenarnya. Manusia yang trauma dengan benda bersepah tak kira agama mahupun bangsa bersepah sey. Kelakar siot.

kah kah kah

Ameno : PAS je lah jelaskan apa peranan songkok kepada dap..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...