Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Jun 2012

Lebuhraya percuma oleh PAS Kelantan bukanlah lebuhraya percuma sebenarnya.

Mula-mula ketika husam musa mengumumkan berita bahawa kerajaan negeri akan buat lebuhraya di kelantan dan ianya adalah lebuhraya tanpa tol aku rasa itu satu tindakan yang bagus. Lebuhraya itu di beritakan sebagai lebuhraya percuma untuk rakyat kelantan. 

Lebuhraya percuma yang dimaksudkan disini sepatutnya bukan sahaja lebuhraya tanpa tol, malahan lebuhraya yang hanya dibina menggunakan wang pembayar cukai. Cukai ialah satu sistem yang wajib dipatuhi oleh semua rakyat malaysia bagi membantu kepada kemajuan negara. Kalau takde cukai macam mana nak bina lebuhraya kan? So itu salah satu peranan cukai.

Rakyat telah menunaikan tanggungjawab mereka dan kini adalah tugas kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya. 


Dan selepas beberapa hari telah tersebarnya satu berita yang baru pula. Kerajaan negeri kelantan telah mengumumkan bahawa rakyat kelantan di alu-alukan untuk menyumbang bagi membantu pembinaan lebuhraya tersebut.


Sebenarnya takde apa yang salahnya jika kerajaan negeri berpadu bersama2 rakyat kelantan untuk membina lebuhraya bagi kemudahan mereka bersama. Tetapi toksahlah canangkan ia sebagai lebuhraya percuma dan blablablah sebab sebenarnya ia bukanlah lebuhraya percuma pun.

Ia adalah lebuhraya rakyat yang dibina hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai serta beberapa syarikat persendirian. Bertepatan dengan poster di atas neh. Bukan lah lebuhraya percuma sebagaimana yang dicanangkan oleh husam musa sebelum neh.

Lihat petikan di harakah kat bawah neh sendiri ;

“Kerana itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada swasta,”ujarnya.

Tambahnya,  kerajaan negeri membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian untuk memajukan projek berkenaan.

Setakat ini, katanya tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar cadangan untuk memajukannya.

Sambungnya, kerajaan negeri masih memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian.-HD-


Wang sumbangan, derma orang ramai, orang perseorangan, syarikat swasta dan kerajaan negeri akan bergabung bagi membina lebuhraya tersebut. Perlu sebab nak bayar syarikat yang bakal memajukan projek tersebut sepertimana yang tercatit menerusi berita kat atas neh. Ini adalah satu usaha yang bagus. Aku puji kesungguhan mereka.

Lihat petikan berita kat bawah neh ;

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.  

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama. -HD-


Menerusi berita kat atas neh, rakyat bukan sahaja perlu bayar cukai untuk bina lebuhraya, malahan mereka juga terpaksa keluarkan sumbangan untuk membina lebuhraya bagi kemudahan mereka sendiri.  Dua kali keluar bajet melalui dua cara. Satu melalui cukai satu melalui sumbangan. 

Dan aku percaya seluruh rakyat kelantan tanpa kira parti politik mungkin bersatu bagi menjayakan projek neh sebab mereka sebenarnya dah lama ternanti2 lebuhraya disana bagi memudahkan perjalanan mereka. Aku takde apa2 masalah langsung melihat kesungguhan kerajaan negeri berpadu bersama rakyat kelantan bagi menjayakan projek neh. Cuma tolong gunakan istilah yang betul.

Mungkin ramai rakyat kelantan tak kesah tetapi aku kesah. Aku kesah dengan sumbangan dan ketekunan korang yang berusaha untuk memajukan negeri korang. Malahan aku tabik hormat kat korang sebab benar2 berdikari. 

Ia satu sikap yang bagus. Oleh sebab aku sangat2 kisah, maka aku berharap sangat kerajaan negeri kelantan boleh faham bahawa lebuhraya yang bakal dibina harus dianggap sebagai lebuhraya yang dibina oleh rakyat sebab sedari awal pun memang ia dibina guna wang rakyat. 

Takde apa yang percuma pun. Rakyat bayar cukai, kerajaan negeri buat lebuhraya. Rakyat bagi sumbangan, kerajaan negeri buat lebuhraya. Jadi ia bukanlah lebuhraya percuma bukan? 

Ia lebuhraya yang dibina menggunakan wang rakyat dan kerajaan negeri cuma tukang memantau dan menjalankan projek sahaja. Betul ? Jadi gunakanlah istilah yang betul. Yang patut berbangga sekarang bukan PAS tetapi rakyat kelantan. Yang patut dipuji juga bukan PAS tetapi rakyat kelantan. Kerana mereka bina lebuhraya guna keringat mereka. Salute.

Ameno :  Bagi kredit pada pihak yang betul.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...