Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Mei 2012

Syarikat Raja Nong Chik Pun dapat tender kerajaan yek?

Takde masalah. Memang takde masalah kalau dia neh kontraktor bebas yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan. Usah kata satu tender, bertender2 pun dia layak dapat kalau benar2 mengikut prosuder dan amalan yang betul. Kita tak pernah nak cemburu kejayaan orang lain yang berjaya dapat tender kerajaan. Itu rezeki dia. So lantaklah disitu.

Tapi, segala2nya menjadi masalah bila dia neh melibatkan diri dengan kerajaan. Samada sebagai menteri, wakil rakyat atau apa sahaja, asalkan sesiapa bekerja dengan kerajaan dan dianugerahkan apa2 tender dan project orang akan mula berkata2.

Kenapa ek?

Sebab, dia kan bekerja dengan kerajaan. Jadi orang automatik akan fikir dia guna kuasa bagi meraih project sekaligus untuk membina kekayaan peribadi. Perkara yang first itulah salah. Wujudnya persepsi dan prasangka awam bahawa ;

1. Syarikat Nong chik mendapat tender sebab nong chik itu menteri bukan sebagai wakil yang memang layak.

2. Menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk membina kekayaan family sendiri.

Boleh nampak tak kenapa masyarakat mempersoalkan ia? Kalau benar2 layak, baguslah. Tapi memandangkan wujud conflict of interest kita tetap juga merasa kecewa atas perbuatan tersebut.

Dalam isu neh ;

1. Syarikat raja nong chik dapat tender bernilai 30juta.

2. Syarikat itu dimiliki oleh anak perempuan yang berusia 26 tahun. Mungkin ditukar milik pada tahun2 sebelumnya.

3. Syarikat neh dah wujud selama 20 tahun. Ketika itu farhana neh baru berumur 6 tahun. Syarikat neh dibangunkan oleh nong chik sebenarnya.

4. Raja nong chik neh memang seseorang yang kaya dan berjaya sebelum melibatkan diri dalam dunia politik.

5. Nong chik dah pernah beberapa kali mendapat tender2 dari kerajaan sebelum2 neh. Sebab dia tue ialah kontraktor.

Lihat dokumen SSM kat bawah neh ;




Oke, sekarang mari kita menganalisis isu neh lebih mendalam lagi. Sebelum tue lihat dokumen2 kat bawah neh juga ;







Kat atas neh sebahagian surat terima project. Nak tengok version penuh klik sini oke. Macam korang dah lihat menerusi dokumen pertama tadi, boleh nampak kaitan nong chik berkenaan isu tender neh dimana anak dia memiliki syarikat istijuara sdn bhd yang juga mendapat tender dari kementerian belia dan sukan yang dinaungi oleh sabery chik. Alamak aiii.. ada dua chik lah kat sini der. Best friend ka?

Nampak? Kan aku belum pape dah sangka dorang neh best friend. Macam itu juga lah sangkaan rakyat marhaen. Ia mengundang persepsi. Walaupun ko mungkin layak tetapi seboleh2nya jangan. Tapi kalau betul2 layak kita pun takde nak marah sangat. Tapi masalahnya betul ke dapat tender sebab layak bukan sebab kroni dan kuasa?

Dan jika tradisi neh diwarisi maka selepas neh ismail sabri, sabery chik, awang adek dan seme menteri2 umno akan pakat2 suruh family depa buat syarikat dan apply tender kerajaan. Mereka akan bagi alasan syarikat mereka terpilih sebab layak bukan sebab kroni. Dan akhirnya kekayaan negara hanya akan berlegar2 di sekitar mereka. Sekarang pun memang macam neh.

Sebab tue kita tolak bien. Tolong faham. Kita bukan nak dengki dan cemburu buta. Kita juga faham bahawa anak2 menteri neh perlu mencari rezeki untuk hidup. Bukan kita sahaja yang perlu rezeki untuk hidup, mereka juga perlukan ia. 

Tapi masalahnya kenapa kita boleh bersusah payah mencari rezeki tanpa menggunakan kabel dan mereka pula tidak? Bersikap adil lah. Pilih antara dua. Jika nak berbisnes, maka bisnes betul2. Jika nak berpolitik, maka tinggalkan bisnes. 

Anda tak boleh dapat kedua2nya sekali. Itu sebenar telah menekan hak rakyat macam kami. Sebab tue aku cakap tadi, ia memang salah sejak awal. Kalau yang neh pun raja nong chik tak boleh faham jangan salahkan rakyat kalau anda ditujahi dengan pelbagai persepsi. Itu adalah salah diri sendiri.

Samsung Galaxy 3 percuma disini geng..  


Ameno : Lepas neh menteri pakat2 buat syarikat letak nama anak then dapat projek.. masyukkk der.. masyukkk

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...