Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Mei 2012

SB, BERSIH dan Khalid Ismeth yang tersepit.

Mari kita hentikan seme neh. Tolonglah. Aku sebenarnya dah rasa kelakar. Ya, siyes. Mula2 aku rasa kelakar. Then aku rasa semak. Last sekali aku rasa demm.. perlu ke sampai ke tahap neh? Ia dah menganiaya orang yang tak bersalah oke. Orang yang tak bersalah. Ugutan itu betul tapi tuduhan menyepak itu salah.

Sekarang bukan masa nak salahkan sesiapa. Memang bukan. Mari ikut aku amek cermin. Ya, cermin. Sekarang cermin kat depan aku. Bercakap mengadap cermin memang mencabar. Sangat mencabar. Mari kita imbas kembali.

Kronologi.

1. Seme neh bermula bila zaharin dok sebarkan isu SB. Ya, tidak mampu menipu untuk mengatakan aku tidak terpengaruh. Aku sememangnya terpengaruh.

2. Lepas tue ramai orang sebarkan gambar2 yang konon nya SB. Antaranya kat bawah neh ;


Selain dari gambar di atas, banyak lagi gambar2 yang dikatakan SB disebarkan. Aku tak terkecuali sebarkan ia cuma aku tidaklah mengatakan mereka2 tue sememangnya SB. 

Contoh ;


Aku cuma berharap polis siasat dan ada lah tulis begini ;


3 orang neh dipercayai ada batu dan baling ke arah polis. Sekarang neh, dorang neh sapa? Tolong jangan nak mencemarkan reputasi bersih, mohon siasat kot2 SB.


Klik sini.


Dan



Ini satu lagi. Lepas buat provoke lari.. ko sapa ? Sapa? Mencemarkan nama baik bersih.. tak guna punya orang.. mungkin SB.. sebarkan.


Klik sini.

Dua link sahaja sebab aku tak sebarkan banyak posting pasal SB neh. Aku cuma sebarkan tiga gambar, dua di atas dan yang lagi satu ialah gambar lelaki baju kuning pegang kayu. Itu aku amek dari TYB.

Walaupun kita menulis " mungkin " dan etc2, tetapi bukan seme orang akan faham sebagaimana yang kita faham. Itu kena salahkan diri sendiri sebab dah berani tulis  "mungkin". Kalau yang direct tuduh tue lagi lah. Habis seme dianggapnya SB. Last2 memalukan diri sendiri. Adoii.

3. Selepas itu zaharin keluarkan kenyataan balas. Start situ aku dah faham bahawa neh seme hanyalah permainan. Aku agak bernasib baik kerana tidak meleret2 bermain permainan tersebut.

4. Tetapi masih lagi ramai yang tidak mahu hentikan permainan neh. Mereka masih tegar menganggap sana sini adalah kesalahan SB semata2.

5. Last sekali, tercetuslah kisah di bawah neh.



Khalid ismeth di anggap individu yang menyepak polis. Alamak ai. Jelas lagi terang bahawa mereka ialah dua individu yang berbeza. Mula2 blogger umno yang up isu neh. Bukan papa gomo, blog lain. Lepas tue papa gomo sahut. Lepas papa gomo sahut barulah jadi kes polis.

Mula2 aku rasa blogger umno nak perli penyokong pakatan rakyat yang taksub menggila salahkan seme ke atas SB. Aku mengaku bahawa penyokong2 pr memang kelakar time neh. Habis seme dicampakkan kesalahan ke atas SB. Sebelum dan selepas penjelasan zaharin. Habis seme depa kait2kan. 

Orang pakai baju sama SB. Orang yang berdiri dekat polis pun di anggap SB. Orang yang pakai band kuning pun SB. Orang yang pakai penutup mulut pun SB. Arhh sudah. Seme SB. Ia disebarkan oleh seme orang, seme sekali tak kiralah page apa pun.. kecuali satu page yang memang personally aku jaga. Aku kawal kandungan dia. Bukan page amenoworld. Page lain oke.

Ketaksuban tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri menjadi punca seme. Ketaksuban menganggap diri sendiri adalah maksum menjadi punca hal neh. Bloggers umno cuma main2 tapi macam mana seriyus nya polis sanggup petik benda permainan neh menjadi kes ? Ini disebabkan mereka dah tertekan.

Satu dunia mengecam mereka ganas. Satu dunia. BBC, Aljazeera, persepsi rakyat malaysia dalam dan luar negara. Itu tak masuk persepsi wartawan2 yang kena bantai. Ya, aku juga punya persepsi yang sama. Tidak aku nafikan. 

Kenapa? Ini kerana aku berpegang kepada situasi. Oleh kerana yang melanggar arahan itu di dataran maka di dataran sahaja lah ko serang. Menyerang pendemo di kawasan lain tak sepatutnya wujud. Menyerang di dataran ialah satu keperluan tapi menyerang pendemo di kawasan lain ialah kezaliman.

Hentikan. Ya, hentikan. Kesemua pihak perlukan hentikan permainan saling salah menyalahkan. Mari kita berpijak hanya kepada fakta. 

Ya, melanggar baricade di dataran itu satu kesalahan. Mereka yang melanggar, polis boleh hukum ikut ketetapan undang2. Jelas arahan A.Samad Said dan Ambiga tidak dipatuhi. Tidak pernah, ya, pengerusi bersih 3 menyuruh kita melanggar arahan mahkamah. 

Ya, menghasut juga merupakan satu kesalahan. Menghasut untuk melanggar kes lain, tetapi diri sendiri yang memilih untuk terhasut dan melanggar adalah kes yang lain pula. Tangan sendiri, kaki sendiri, akal sendiri, sebijak mana pun orang yang menghasut, jika anda mampu kawal minda sendiri sudah tentu tidak termakan hasutan. Bukan budak2 kecil yang tak reti bezakan antara betul dan salah.

Ya, menyerang pendemo bersih di kawasan yang bukan larangan juga adalah kesalahan. Sudah sampai masanya untuk PDRM terima dan akui kesalahan diri sendiri bahawa bukan seme tindakan mereka mematuhi SOP.

Ya, meletakkan semua kejadian provokasi ke atas bahu SB adalah satu kesalahan. Sepatutnya setiap tuduhan harus disertakan dengan bukti dan fakta yang kukuh. Jika anda marah orang fitnah anda, apa sebab anda fitnah orang pula? Apa sebab anda marah orang lakukan hal yang anda sendiri lakukan? Apa sebab?

Seharusnya penyokong2 bersih 3 memahami apa itu tuntutan bersih dan mereka2 yang cenderung melakukan provokasi haruslah dianggap mereka2 yang tidak memahami perjuangan, bukanlah menyalahkan setiap satu provokasi sememangnya adalah SB bagi mengalihkan persepsi negatif rakyat ke atas bersih. 

Ya, menganggap perjuangan bersih adalah untuk memperjuangkan agenda pakatan rakyat, LGBT dan seks bebas juga merupakan satu kesalahan. Terdapat beza yang sangat jelas antara apa itu bersih, apa itu seks bebas, LGBT dan PR. Oleh kerana anda tidak boleh menerima bersih itu bukan menjadi alasan untuk anda menfitnah BERSIH 3. Tidak faham takpe, tidak mahu terima, it's oke, tetapi jangan .. ya jangan.. jangan sesekali meletakkan kebencian anda menjadikan anda halal untuk menfitnah dan mengada2kan cerita.

Ya, Ambiga, jawatankuasa bersih, PDRM, Hishammuddin, Pendemo BERSIH 3, Pemimpin PR,  Media arus perdana, harus mengakui kesalahan diri sendiri dan mengkaji kelemahan diri sendiri sebab bermain permainan blame game sehingga memualkan rakyat. Ada yang dah nak mampos sebab muntah banyak sangat.

Ya, khalid ismeth menulis agak kasar di facebook mengenai polis adalah satu kesalahan. Tetapi itu tidak menghalalkan tindakan mempermainkan dia sehingga dia dianggap individu yang menyepak polis. Sejauh mana pun kita nak bermain, janganlah sampai membuatkan orang anggap perkara tersebut adalah benar, jangan sampai permainan bertukar menjadi fitnah. Apatah lagi tindakan dia menyerah diri di anggap ditangkap polis. Jelas, dua perkara yang berbeza maksud. Jangan sebarkan auta hanya kerana kita benci mereka.

Ya, aku mengakui kesalahan diri sendiri jika ada terhasut korang mempercayai perkara2 yang salah dan tidak mengandungi fakta. Apa pun, ingatlah pesanan aku. Yang bebas menulis itu aku, yang bebas mempercayai itu korang. Tak pernah ya, dipaksa atau memaksa. Bai. 

Ameno : Tindakan melulu menyebabkan seorang menjadi mangsa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...