Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Mei 2012

Najib, anjur program di dewan berprestij UK.

Hai najib.

Kita bertemu lagi dalam satu posting pertanyaan. Aku nak tanya ko sebagai piem aku, apa yang ko buat di UK neh hah? Lihat bawah neh ;


Ini apa?

Baru2 neh ada seseorang bagi info kat kbsb bahawa najib nak mai UK. Najib ada anjurkan satu event yang mana event tersebut menjemput semua penuntut2 di UK hadir sekali. Rupanya, bukan sekadar penuntut jek, semua rakyat malaysia yang tinggal di UK pun boleh datang sekali.

Ada masalah ka?

Mana ada. Dia punya pasal lah dia nak buat program apa pun. Dia kan piem. Kalau dia nak beramah mesra dengan rakyat malaysia yang tinggal di luar negara dia punya pasal. Itu langsung bukan isu. Cuma yang dipersoalkan sekarang neh ialah ;

1. Lokasi. 

Kenapa dengan lokasi dia?  O2 ataupun dikenali dengan nama The Dome O2 ialah salah satu tempat yang berpengaruh di UK. Bukan cikai2 harga untuk menyewa tempat tue der. Tempat tue di anggap salah satu mercu tanda yang terkenal di UK. Pelbagai konsert artis terkenal termasuk konsert terakhir micheal jackson juga pernah berlangsung disana.

Tempat tue juga bakal dijadikan sebagai lokasi utama dalam sukan olimpik yang bakal dianjurkan tak lama lagi. Jadi, setelah mengetahui kehebatan tempat tersebut, korang boleh bayangkan berapa sewa tempat tue? Mesti mahal kan? 

2. Matlamat program.

Program neh pada asasnya kalau korang baca poster, ialah sepetang bersama piem. Biarlah piem nak mendekati rakyat. Aku setuju. Cuma kenapa nak pilih tempat yang mahal sewanya? Ka, kerajaan UK main bagi guna FOC jek? 

Kalau matlamat nak mendekati rakyat, aku fikir sudah sampai masanya untuk piem berhemah dalam melakukan perbelanjaan. Kenapa nak sewa tempat mahal2 adakah ia bertujuan nak mempromosikan diri sendiri jek sebenarnya? Kiranya, matlamat tue bukanlah demi kebaikan rakyat tapi demi imej diri sendiri, betul ka?

3. Tetamu.

Dengar citer juga, selain menyediakan makan dan minum secara percuma, mereka juga menyediakan pengangkutan pergi dan balik. Piem mahu program dia dihadiri seberapa ramai boleh agar kawasan dewan tidak terlihat kosong. Alahai, yang gatal2 g sewa tempat mahal2 sapa suruh? 

Apa pun kalau sediakan makan minum, transport apa seme aku setuju jek. Biasalah student di luar negara ada cabaran masing2. Kalau najib sediakan segala2 nya memang takde hal bagi aku. 

Cuma ada yang bagitau bahawa jemputan neh jemputan terpilih. Meskipun kedutaan tulis untuk semua warga malaysia tapi bukan semua warga malaysia yang berada di UK boleh hadir. Sapa yang dapat jemputan je lah leh hadir. Maknanya ada geng2 tertentu jek? Habiskan duit rakyat untuk geng2 sendiri ka?

Bagi pandangan aku larh kan, perjumpaan piem dengan rakyat samada dalam ataupun luar negara adalah perkara yang sangat2 biasa. Itulah antara perkara normal yang dilakukan oleh mana2 pemimpin sekalipun.

Cuma, adalah lebih baik kalau najib menggunakan wang negara dengan berhemah. Cuba sewa satu tempat yang memudahkan semua pihak. Cuba juga kurangkan berbelanja untuk perkara2 macam neh. An evening pun an evening juga tapi perlu ke sewa satu tempat yang berprestij ?  

Selain itu, dengar cerita, event neh juga akan dijadikan modal untuk berkempen. Tah betul tak tidak, sama2 tunggu dan lihat.  

Sumber : sini

Ameno : Target seribu je.. tapi dewan besar tue..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...