Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mei 2012

Kemiskinan di johor.

Harus di ingat kemiskinan wujud di mana-mana. Samada dalam johor mahupun luar johor. Di negeri aku tinggal pun bersepah wujud kemiskinan. Dan bukan seme orang yang miskin tue malas. Kadang2 mereka bukan lah miskin tetapi diperlihatkan miskin kerana seringkali dinafikan hak2 mereka. Aku bagi contoh mudah iaitu diri aku sendiri.

Sudah hampir 3 tahun sebanyak 5 kali aku memohon pinjaman untuk mendirikan rumah atas tanah sendiri tetapi sehingga sekarang ia masih gagal. Yang aku heran tue, orang yang ada rumah sendiri pun boleh dapat pinjaman untuk buat rumah yang lain tetapi orang2 macam aku kena beratur bertahun2 sampai sekarang tak lulus-lulus lagi. 

Boleh jek nak gadai tanah tue tapi interest bank tinggi nak taknak terpaksa lah kerja keras sikit kumpul duit sendiri dan bina rumah sendiri. Nak buat macam mana, inilah malaysia. Kalau ko bukan kroni, bukan pengampu, tak reti membodek, bukan ada orang dalam mampos lah permohonan ko diluluskan ikut merit meskipun ko layak. Dorang akan utamakan geng2 dorang dulu, yang last2 hujung2 baru sampai ke ko. Bila tahun tah nak lulus. Agaknya sampai aku berjanggut kot.

kah kah kah

Sekarang neh lihat kat bawah neh jap ;



Gambar diperolehi dari blog ini.

Aku bukan nak politikkan isu neh. Jangan salah faham. Aku juga bukan nak suka2 kaitkan dengan isu no plat WWW tue. Jangan salah faham. Aku cuma nak tunjukkan kepada korang antara punca2 yang menyebabkan kita, rakyat berkecil ahti dengan pemimpin2 kita dan juga pemerintahan tertinggi kita.

Kita bukanlah berharap sangat nak makanan turun dari langit, nak duit percuma tiap2 bulan, nak kenderaan percuma atau apa. Tetapi kita berharap agar kehidupan kita neh dibebani dengan sesuatu yang kita mampu.

Faham tak? Sekarang neh apa yang berlaku di malaysia ialah kita dibebani dengan sesuatu yang diluar kemampuan dan kesanggupan kita. Kita terpaksa bayar mahal untuk segala2nya. Kita terpaksa bekerja 24jam sehari semata2 nak beli satu rumah yang selesa. Kenapa harga rumah begitu mahal di malaysia? Rumah yang selesa bukan lah bererti rumah banglo ataupun rumah besar tapi cukuplah ada 2 atau 3 bilik.

Tapi yang itupun terpaksa bekerja bermatian2 untuk mendapatkan ia. Apa salahnya kalau kerajaan wujudkan mekanisme semua rakyat malaysia automatik akan ditawarkan rumah sendiri dan perlu membayar balik berdasarkan kepada gaji masing2.

Maksud aku disini, sesiapa yang tiada rumah automatik mereka akan ditawarkan untuk beli rumah berdasarkan kepada kawasan pilihan masing2. Tanpa perlu syarat2 larh apa seme segala bagailah. Bila syarat itu neh ditetapkan jadilah orang2 yang tak memenuhi syarat terpaksa membina setinggan apa seme. 

Sepatutnya kemudahan yang paling asas, iaitu tempat tinggal, inilah yang kerajaan kena tolong rakyat. Sekurang2nya kami tidak perlu berfikir mahu berlindung di mana. Ini tidak. Bermula nya kelahiran, mak bapa kami kena sediakan rumah, pendidikan, pengangkutan, kos sara hidup, kos perkahwinan dan pelbagai kos2 sampingan. Sampaikan dah takde masa dengan family sendiri sebab terpaksa bekerja bermatian2 demi mencari rezeki bagi memenuhi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Selepas tue kitaran neh diteruskan pula kepada generasi2 baru. Dan begitulah seterusnya. Berpusing2. Kita dipaksa hidup untuk duit duit duit duit duit duit duit duit duit duit duit dan duit jek.

Sebab apa? Sebab terlalu mendesaknya kami terpaksa cari wang 24jam untuk membayar segala2nya di malaysia. Bayar segala2nya takde masalah tetapi bayar dengan kadar yang mahal dengan kualiti yang sangat cikai itu yang akhirnya membuatkan kita semakin lama semakin meluat! 

Dan sampai bila kita perlu bersabar? Kita dah cakap banyak kali. Kita dah tulis banyak kali. Kita dah luahkan juga banyak kali. Tetapi pihak2 yang konon nya cakap mereka mendengar dan memahami hanyalah setakat buat wayang depan tv. Akhirnya masalah2 yang kita hadapi disebabkan karenah biokrasi dan kapitalis, kita juga terpaksa selesaikan sendiri.

Jangan ditanya kenapa rakyat itu, rakyat ini, kaki komplain larh, tak bersyukur lah hapa larh.. sebaliknya check dulu cara diri sendiri mentadbir negara neh bagaimana. Adakah anda benar2 mentadbir ia mengikut acuan yang betul? 

Jika betul, kenapa masih ramai di antara kami masih bergelut untuk hidup di malaysia? Boleh jawab tak, tanpa menyalahkan rakyat kembali ?

Ameno :  BN melindungi sistem kapitalis..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...