Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Mei 2012

Isu no plat WWW - Nizar Jamaluddin di siasat POLIS JOHOR.

Huk aloh.

Benda remeh temeh macam neh pun nak siasat? Tah hapa2. Berlambak2 kes jenayah wujud di malaysia neh takde pun beria2 nak selesaikan. Isu komen kat twitter yang beria2 nak siasat buat apa? Dia dah minta maaf jek pun. Kira selesai sudahlah. Toksah nak kecoh sangat. Buat macam neh orang jadi makin menyampah der. Siyes.


Hina Allah swt takde pula respon secepat neh. Mempersoalkan isu pembaziran dan2 terus nak siasat apa seme. Polis johor setakat neh telah menerima lima report polis yang dibuat terhadap kenyataan nizar. Sebab tue dorang menyiasat.

Mangkok ayon mana larh menyemak buat report polis atas kes remeh temeh neh. Bagi aku isu neh mudah jek. Persepsi rakyat timbul disebabkan kelakuan diri sendiri. Kita bukan nak anggap dan sangka seme orang2 kaya atau apa jahat2 belaka dan suka membazir. Tetapi bila seringkali dihadapkan dengan perlakuan yang sama secara berulangan dan berterusan akhirnya kita akan ditanam dengan satu persepsi.

Jadi komen nizar mahupun komen mana2 orang awam mengenai isu no plat WWW neh bukanlah perkara yang boleh di anggap jenayah sehingga nak menyiasat orang di bawah akta hasutan pula. Dia tak menghasut pun. Cuma mempersoalkan. Aku tak nampak apa kesalahan nya mempersoalkan isu tersebut. Alamak aii. Janganlah pressure orang sangat.

Suka tak suka apa sekalipun, rakyat sekarang bukan macam zaman hang tuah. Kena lah berubah ikut arus semasa. Kenapa bila umno pongpang2 pasal sultan dan raja apa seme sorang pun tak berani nak komplain tapi bila PR persoalkan sikit mula larh nak mengata kita menghasut apa seme ?

Jangan terlalu bersikap bias dan tidak adil kepada pembangkang. Cuba belajar lapangkan diri untuk menerima apa benda yang nizar persoalkan itu ada asasnya. Sudah2lah tue. Tiada manusia maksum di dunia neh lagi dah. Nabi saw yang terakhir dan ia akan kekal begitu sampai bila2. 

Tolong faham oke.

Ameno : Hanya mempersoalkan justifikasi pembelian no plat WWW pun salah ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...