Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Mac 2012

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 3.

Sehari sebelum demo. Mungkin ramai yang tidak tahu isu apa yang membabitkan teluk rubiah neh, takpe boleh klik sini dan sini terlebih dahulu.

Semalam zambry ada keluarkan satu statement. Mari kita teliti statement dia berhubung isu neh ;

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.
NONEKatanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri.  
    
"Saya cabar Nizar beritahu perkara sebenar. Saya mahu lihat jika dia cukup bertanggungjawab untuk beritahu rakyat bahawa dia juga terlibat dalam projek ini," kata Zambry selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di Seri Iskandar semalam.
   
NONE"Tidak dinafikan pelaburan Vale adalah usaha kita (kerajaan Barisan Nasional) apabila ada perbincangan tidak formal dengan syarikat itu sebelum pilihan raya umum 2008.
    
"Tetapi apabila pembangkang ambil alih pentadbiran negeri mereka meneruskannya dan projek pelaburan itu telah disetujui secara rasmi," katanya.  

Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual Sabtu ini, Zambry (kanan) berkata ia jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN tambahan memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.
 
"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.

- Bernama

Ya,

Apa yang zambry cakap itu betul. Kita tidak mao tipu2. PR juga bersetuju dengan projek vale neh. Dan projek vale neh takde kena mengena dengan radioaktif bagai. Jangan samakan vale dengan lynas. Ini dua isu yang berbeza yang menimbulkan kesan yang berbeza juga.

Pengakuan pr yang bersetuju dengan projek neh dibuat oleh nizar jamaluddin sendiri. Maaf, tiada press statement atau video untuk membuktikan hal tersebut tetapi aku mendengar dengan telinga aku sendiri. Namun perlu difahami bahawa ;

1. Walaupun pr bersetuju dengan projek neh, pr tidak bersetuju dengan tapak lokasi yang disasarkan oleh vale. Sebaliknya pr usulkan tapak lain dan vale sendiri bersetuju dengan tapak baru yang dicadangkan oleh pr.

2. Tapak yang dicadangkan oleh pr ialah tapak yang membawa kurang impak terhadap ekosistem dan jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Setakat neh yang aku tahu. Lebih2 aku tak boleh ulas sebab tidak tahu. Bercakap benda yang tidak tahu hanya akan merugikan kita je. Kalau zambry nak dedah, dipersilakan dedah. Mari kita lihat siapa sebenarnya yang akan terperangkap dalam isu neh.

Zambry, ketika meluluskan projek neh dia terlupa bahawa ;

1. Kawasan yang dijual kepada vale ialah punca rezeki nelayan2 di sekitar. Kalau kita tengok map, kita akan dapati kebanyakkan kawasan tue ialah kawasan tempat nelayan cari makan. Tapi kawasan tue dah dijual kepada vale sekaligus nelayan tak boleh memasuki kawasan tue untuk menangkap ikan = kawasan perikanan jadi terhad = pendapatan nelayan susut. Ini zambry kata tak menjejaskan penduduk?

2. Ada nelayan2 yang dibayar untuk tutup mulut. Tapi bukan seme nelayan setuju dibayar. Yang sanggup dibayar tue kita taktahu lah nak cakap apa, tuduh lebih2 kang susah, kita bukan tahu citer sebenar. Mungkin dorang terdesak, mungkin dorang dipengaruhi, mungkin juga dorang ditipu. Kita susah nak predict keputusan mereka kalau tidak memahami situasi mereka.

3. Ada juga yang dibayar untuk berpindah bila perkara neh semakin meluas. Semakin ramai orang mula bangkit menyuarakan rasa marah kepada kerajaan negeri di atas tindakan gopoh mereka meluluskan projek neh tanpa mengambilkira kesan terhadap penduduk dan alam sekitar.

4. Kenapa aku cakap gopoh? Ini kerana sebelum projek neh diluluskan oleh kerajaan negeri, satu mesyuarat antara kerajaan negeri dan penduduk sekitar diadakan untuk berbincang. Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa 99% mereka yang berada dalam bilik mesyuarat menolak projek neh. Tetapi walaupun penduduk menolak, projek neh masih berjalan dan diluluskan oleh zambry.

5. Kalau mereka kata, kenapa tidak bertindak sebelum perkara neh pergi jauh lebih dalam, mereka seme tue taktau kronologi kejadian. Penduduk2 sekitar dah menentang lama dulu dah. Sebelum tanah dijual mereka dah bantah, selepas tanah dijual pun mereka masih bantah, sebelum projek berjalan pun mereka bantah dan selepas projek berjalan pun mereka tetap bantah. Masalahnya bantah punya bantah, sapa pun takmo amek peduli. Maksud aku kerajaan negeri takmo amek peduli. Walaupun berbakul2 bantahan disuarakan. 

6. Ini bukan isu pr, jangan salah faham. Kalau ditanya pada mereka2 yang bantah projek neh, mereka tak bantah pasal bn yang luluskan projek neh tapi sebab kesan yang bakal timbul. Penduduk2 sekitar tidak menolak pembangunan. Mereka suka dan seronok bn boleh bawa pelaburan yang besar kepada penduduk perak kerana ini akan membantu ekonomi penduduk secara langsung dan tidak langsung cuma mereka berharap agar jangan lah disebabkan projek neh kepentingan rakyat jadi taruhan balas pula. 

Maksudnya, kalau bn nak buat projek, okey ko buat. Tapi benda2 yang dah sedia hak rakyat, ko jangan usik. Pergi tempatkan vale di satu kawasan yang tidak menganggu kepentingan rakyat. Ini maksudnya. Tapi bn gagal faham. Aku faham kenapa bn gagal faham. Aku akan dedahkan kelak tapi bukan sekarang.  Ini masa berkabung, kena hormatlah der. 

Ada banyak isu yang perlu dibongkar dan dishare kepada penduduk2 perak supaya dorang alert apa itu vale. Nanti kita sambung lagi. 


Penduduk dan rakyat perak please alert ==> klik sini.

Ameno : Dedahkan jek seme zambry, dedah, mari kita lihat siapa yang kena. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...