Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Mac 2012

RM609j peruntukkan segera telah dibayar kepada kerajaan negeri.

Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke seluruh negara.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah diserahkan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. -MKINI-

Telah dibayar. Baca betul2. Telah dibayar = disalurkan kepada kerajaan negeri untuk buat projek. Mari kita imbas semula angka2 yang disebutkan oleh najib dan muhyiddin dalam ceramah2 mereka dan aku menganggap ia sebagai projek segera ;



Perak ada 34 projek. Johor ada 24 projek. Tapi nilai peruntukkan agak berdekatan. Mungkin skala projek2 di johor lebih besar kot. Itu citer lain. Sekarang neh citer pasal peruntukkan yang ditelah diluluskan oleh najib neh sebenarnya telah dibayar oleh kerajaan pusat kepada kerajaan2 negeri. Maksudnya apa?

Maksudnya kementerian kewangan dah pun bagi atau salur wang tersebut kepada kerajaan negeri masing2. Kedah, penang, kelantan dan selangor dapat sikit jek. Tapi boleh ke kalau kerajaan negeri kedah, penang, kelantan dan selangor sahkan jumlah peruntukkan di atas neh benar2 telah diterima oleh mereka ataupun ia hanya sekadar kata2 kosong dari kementerian najib?

Aku siyes macam sukar nak percaya bahawa kerajaan dah salur peruntukkan2 neh kat kerajaan2 negeri untuk buat projek. Takan tak perlu analisis pelan2 perancangan? Takan main lulus tanpa melalui apa2 prosuder? Ini dah melanggar tata kerja yang betul. 

Satu2 projek tue kena kaji dulu bukan asal nak buat projek nah terus lulus. Kang runtuh sana sini, bocor sana sini yang rugi rakyat gak sebab kena tampung sana sini. Tapi kalau betulkan benda neh dah disalurkan kepada kerajaan2 negeri, mohon kerajaan pusat tunjukkan bukti pembayaran dan mohon kerajaan negeri tunjukkan bukti kewujudan projek2 tersebut.

Jangan berani pongpang tapi bila kita minta bukti haram nak kasi. Bai.

Ameno : Wayang jek seme neh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...