Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Mac 2012

LYNAS, RM50juta dan kelulusan kerajaan yang muktamad.

Nampaknya kerajaan telah memutuskan satu pelan tindakan dipercayai muktamad dalam menentukan ke mana kah sisa lynas akan ditempatkan. Ini ialah pelan terbaru kerajaan setelah berflip flop beberapa kali sebelum neh. Lihat sini untuk melihat bagaimana kerajaan berkira2 soal keselamatan rakyat di kuantan khususnya.

Pelan tindakan terbaru kerajaan mengenai lynas boleh dibaca kat bawah neh ;


 
Apa maksudnya neh?

1. Kerajaan bersetuju lynas boleh beroperasi samada sisa tersebut di buang dalam or luar negara.

2. Lynas kena mencari dan menyediakan tapak pelupusan tersebut untuk dibentangkan kepada kerajaan.

3. Jika lynas gagal, lynas kena pindahkan sisa ke luar negara.


kesimpulan nya tetap sama iaitu lynas tetap dibolehkan untuk beroperasi. Title yang diberikan oleh wartawan utusan tidak mengambarkan isi yang tertulis dalam berita di atas pun.

Sehingga ke hari neh, meskipun telah diterangkan banyak kali masih lagi wujud kumpulan2 tertentu yang tidak faham kenapa lynas dibantah. Ia sangat mengecewakan.

LYNAS.

Isu lynas bukan isu politik. Itu jika ko tanya pandangan aku. Tetapi isu lynas telah digunakan untuk meraih keuntungan politik bagi pihak parti pembangkang. Itu hujah yang aku tidak akan sangkal. Kerana ia adalah satu hakikat.

Apa itu LYNAS?

Kilang memproses nadir bumi untuk menghasilkan barang2 yang selalu kita guna dalam gadjet2 semasa. Contohnya alat elektronik dan komunikasi.

Kenapa LYNAS dibantah?

Ini soal keselamatan. Lynas menghasilkan thorium yang boleh menyebabkan radiasi kepada manusia jika terdedah mengikut sukatan tertentu. Bagi pihak lynas pula mereka menafikan thorium yang dihasilkan itu mempunyai radiasi. Namun jika ia tiada radioaktif maka kenapa mereka tidak menafikan hujah2 kita dengan membuktikan hujah kita salah? Mengapa hanya cakap tiada radioktif dan kemudian nya tunduk kepada tekanan media antarabangsa dalam isu neh?

Apa itu thorium?

Secara sainstifiknya aku tidak tahu. Tetapi yang aku tahu thorium neh antara alternatif kepada uranium dalam penghasilan tenaga nuklear. Thorium neh pun bukan nya bersifat kekal. Jika ada pengabungan dengan unsur2 lain dia akan membentuk sesuatu yang lain. Khususnya aku tak reti tetapi biar pakar je ulas bab neh.

Namun apa yang kita perlu tahu ialah thorium, apabila reput, menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia. Bahan radioaktif neh lah yang kita selalu dok panggil2 akan menyebabkan radiasi. Faham kan?

Penjelasan lanjut bahaya ke tak bahaya radioaktif neh korang boleh terai klik dua link kat bawah ;

http://antinuclear.net/2010/09/28/warning-on-radiation-hazard-of-whyalla-rare-earths-processing/

http://au.ibtimes.com/articles/65809/20100927/australian-greens-sounds-grave-alarm-on-whyalla-rare-earths-processing-in-sa.htm

Bahaya ke thorium?

Dalam kadar tertentu sebenarnya ia tidaklah berbahaya. Bahayanya thorium neh sebenarnya Bergantung kepada ;

- selama mana korang terdedah dengan thorium.

- sebanyak mana korang terdedah dengan thorium.

- Tahap kesihatan masing2.


Merujuk kepada artikel berita dari TMI ;
    Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.
    Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.
    Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.
    Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.
    Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.
    NONEJayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.
    "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.
    "Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.
    "Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.

Menerusi artikel neh dapat difahamkan bahawa ;

- Thorium bukanlah terlalu berbahaya dalam jumlah tertentu. Namun ia masih boleh merisikokan keselamatan individu.

- Thorium menghasilkan radiasi yang sangat rendah.

- Namun jika thorium dikumpulkan = sisa pemprosesan nadir bumi bertambah dari semasa ke semasa ia boleh membawa padah jika dilepaskan.


Ringkas cakap macam tempat pembuangan sampah. Mula2 sikit, kita boleh kambus. Tapi bila dah banyak, kita perlukan lebih ruang untuk kambus. Dan akan sampai ke satu tahap bila mana kambus pun tak berguna lagi kita perlukan space yang baru. Sama macam thorium neh. Berapakah banyak tanah yang perlu kita korbankan untuk menampung sisa tersebut? Adakah suatu hari nanti kita terpaksa berebut tanah dengan sisa radioaktif neh?

Harus di ingat thorium yang menghasilkan radiasi neh bergerak melalui udara. Jika sisa dibuang melalui tanah dan dikambus, thorium neh mungkin bersama2 dengan tanah. Apa yang berlaku di dalam tanah kita taktahu. Katakan jika dia bergabung dengan tanah.. bergerak melalui nya atas faktor geografi, katakan hujan.. air meresapi tanah.. adakah ia akan mengalir bersama air di dalam tanah? Boleh kah ia menganggu tumbuhan dan udara kita?

Katakan berlaku rekahan ataupun gempa bumi or gegaran. Ya, di malaysia kita jauh dari lingkaran gunung berapi tetapi still berlaku juga perkara2 tersebut meskipun pada skala yang kecil kan? Bagaimana dengan proses pengelinciran dalam tanah? Kita tidak tahu semua itu.

Dan bayangkan sahaja ia dilepaskan melalui udara or air.. tanpa kita sedar. Kita tak boleh nak predict kesan dia kepada manusia jika didedahkan dengan thorium secara berterusan.Setiap manusia mempunyai antibodi dan daya ketahanan yang berbeza2. Ia bergantung atas kecerdasan masing2. Namun yang pasti kita akan mendapat penyakit.

Apakah cara terbaik untuk menguruskan thorium?

Pindahkah ia keluar dari negara kita. Tiada cara yang lebih baik dari cara ini. Jika mereka boleh mengitar semula kita juga suka. Tetapi wujudkah pelan terancang untuk kitar semula neh? Dan betul ke thorium yang terbit dari sisa pemprosesan nadir bumi boleh dikitar semula? Untuk rekod, jangka hayat thorium lebih tinggi berbanding uranium. Ia perlukan masa yang lebih lama untuk terurai. 

Jika lynas mahu beroperasi kita tak berapa nak kesah meskipun kita agak terkesima sebab operasi lynas membabitkan sejumlah penggunaan air yang sangat banyak, tetapi kita akan tetap menolak sisa pemprosesan nadir bumi.

Kenapa?

Sebab sisa tersebut akan menimbun suatu masa kelak. Mula2 ia menggunakan ruang yang kecil tetapi suatu masa kelak ia akan membesar dan jadi banyak. Orang kata sikit2 lama jadi bukit, samalah dengan kes lynas. Adakah lynas bercadang mahu beroperasi selama 5 tahun jek di malaysia? Mereka tidak. Mereka akan kekal di sini sekurang2nya untuk tempoh 12 tahun sebab ada perjanjian dengan kerajaan.

Banyak sangat ke sisa yang akan terhasil?

20,000 tan setahun, sisa mengandungi bahan yang melepaskan radioaktif ke udara. Harus di ingat itu jika operasi lynas berjalan sebagaimana yang kita diberitahu. Jika ada operasi tambahan? Bermaksud ada penambahan sisa.

Tapi kan kerajaan ada jaminan wang rm50juta sebagai pra syarat utk merisikokan nyawa kuantan?

Keuntungan yang lynas raih = rm5billion = rm8billion = SETAHUN.

Keuntungan yang kerajaan raih setelah merisikokan nyawa kuantan = rm50 juta = 5 tahun.

Setahun kerajaan akan dibayar rm10juta sebagai bon jaminan. Apa yang boleh dilakukan dengan rm10juta setahun or rm50juta untuk lima tahun? Adakah nilai rm50juta boleh membeli tanah2 di malaysia? Alam sekitar kita? Udara dan air kita? Yang paling penting ialah keselamatan dan kesihatan kita.. adakah nyawa kita hanya bernilai rm50juta untuk 26juta nyawa rakyat malaysia?

Dan tiba lah kita kepada masalah terakhir dan persoalan yang paling penting iaitu apa yang boleh kita buat dengan sisa2 tersebut di malaysia? Sekarang? Akan datang ? Apa yang boleh kita hasilkan dengan sisa tersebut? Masalah neh kita kena fikir mendalam dan kaji sama2. Jikalau che rosli boleh mencipta kaedah untuk mengitar semula sisa thorium kita boleh nampak kenapa dia sokong kilang lynas. Tetapi jika pakar pun takde idea.. janganlah harap kita nak terima ia... 

Ameno :
Sesuatu yang merisikokan nyawa manusia bila dibandingkan dengan wang sudah semestinya tidak patut ada pertimbangan.. kalau nak merisikokan orang juga.. patutnya lengkapkan dulu pelan kitar semula der..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...