Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Februari 2012

Skandal Pasir - Analisis penuh siapa sebenarnya yang terkantoi ! Part 1



Terdapat seorang individu yang menyemak dalam wall aku beberapa hari neh. Dia cuba menghalang aku daripada menulis dan mempersoalkan isu pasir neh atas alasan2 yang tidak munasabah. 


Antara alasan2 yang dia bagi ;

Benda ni dah lama, diaorang pun dah di panggil utk bg keterangan time tu, pas tu trus senyap. Ko nilai la sendiri. Pihak berkuasa pun mcm nak x nak je mlyan kes ni, sbb diaorang pun tau benda ni x kemana. Yg ko beriya sgt nak mengungkit benda ni apahal. Perlu ke yg terbabit memberi keterangan kat rakyat sedangkan pihak berwajib pun x beri respon. Berapa banyak kes yg melibatkan pembangkang, sudahnyer semua senyap mcm tu je. Xkan itu pun ko x phm maksudnyer aper. Mcm ko ckp, rakyat dah matang. Tp kat sini nampak sgt mcm ko yg x matang. Salah mmg tetap salah. Tp adalah caranyer. Jgn lama2 nanti org buat persepsi yg ko di gunakan oleh RPK atau hssan atau yg lebih tepat umno je. Ataupun lg sempoi org ingat ko ni sakit.

 Suka ko la labu, sok2 dah jelas salah jgn lupa mintak maap dgn org yg ko serang sudahla. Seperti yg lps2.
Apsal? Nak bukti jugak? Ko crik la sendri. Ko ingat aku mcm ko, x der keja lain nak d buat. Yg nyata ko yg lbh. Mcm utusan dah ko ni. Hasan ali pun x mcm ko. Ni aku paste kan skit, baca ayat yg bwh skali. X bley diterima jugak? Klu mcm tu ko jela yg btul. Org lain salah.
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/36462

Benda yang sama dia pergi paste kat seme group yang aku jadi admin. Selain neh ada banyak lagi benda yang dia tulis. Tapi aku malas nak cari sebab dah jadi posting lama. Harus di ingat ini blog aku dan aku ialah diri aku. 

Aku tidak bertanggungjawab kepada pkr. Apa yang aku nak tulis, nak persoalkan, nak siasat adalah hak aku sepenuhnya. Jika aku selaku rakyat malaysia berhak mempersoalkan intergriti kerajaan, kenapa pula ia menjadi salah bila aku mempersoalkan intergriti pembangkang? 

Pembangkang dan kerajaan tidak maksum. Menyokong perubahan bukan bererti aku kena mempersoalkan kerajaan sahaja. Itu mungkin pandangan sesetengah pihak. Tapi aku tidak berpendirian seperti itu. Aku suka dan mahu menulis secara bebas tanpa ada apa2 sekatan dan halangan untuk mempersoalkan intergriti sesiapa pun. 

Oleh itu jangan cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh aku buat selagi mana ia tidak berlanggaran dengan islam. Mempersoalkan intergriti seseorang bukannya sesuatu yang berdosa. Yang penting bukannya fitnah atau direct meletakkan tuduhan. Sekurang2nya bertanya itu lebih bagos daripada bercerita belakang2. 

Mengulas isu skandal pasir. Ini pandangan aku berkenaan isu neh. Itupun setelah aku membaca pandangan daripada beberapa blog pembangkang. Aku tak pandang isu neh sebagai isu penyokong pr yang sedang mengadili pkr tetapi aku analisis isu neh dari sudut pandang warga marhaen.

Apa yang aku nampak ialah ;

1. Adun sri muda dan batu caves memang terbukti benar ialah ahli lembaga pengarah dalam syarikat terbabit. Mereka juga mengakui menerima elaun  rm5k sebulan. RPK sebut benda neh dalam penulisan. Analisis dia bahawa adun2 neh mendapat duit melalui kontrak pasir. Analisis RPK bukan fakta. Tapi fakta kes disini ialah adun terbabit memang sah ahli lembaga pengarah dan menerima elaun bulanan. Ini fakta kes. Menerima elaun bukan kesalahan selagi tidak berlanggaran dengan apa2 etika.

2. Tapi keraguan mula timbul apabila orang mempersoalkan apahal si syarikat tue nak lantik dua orang adun selangor sebagai ahli lembaga pengarah? Tujuan dia apa? Kenapa nak bagi dia elaun suka2? Lainlah kalau dia keluarkan modal. Ada common sense. Ada logicnya disitu. Tapi kalau dari mana2 hala orang datang and approach ko hey lue mao jawatan ka? Wang ka? Saya ada. Saya bagi you jawatan dan monthly allowance. Amek lahh.. Demm. Amat mustahil untuk aku berfikiran ada orang baik ahti nak bagi ko rm5k suka2 beb. Ini bukan fakta kes tapi persoalan.

3. Melalui hujah balas adun sri muda dia ada mengatakan bahawa perlantikkan dia ke DD [shortform ye] seawal 2009. Bukan pada tahun 2010. Adun sri muda juga mengesahkan penglibatan adun batu caves ke dalam syarikat DD. Itupun pada september 2009. Ini fakta kes. 

4. Melalui jawapan balas dari adun batu caves pula dia ada mengesahkan bahawa surat sokongan itu wujud dan benar. Ini juga ialah fakta kes.

5. Yang jadi persoalan ialah jika DD tiada kaitan projek KSSB, kenapa adun batu caves sign surat sokongan. Ini satu hal. Satu hal yang lain pula ialah tarikh. Surat bertarikh 19 / 1 / 2010. Perlantikkan bermula awal dari itu. Itu pengesahan dari adun sri muda. Tahun 2009. Sepatutnya adun batu caves boleh faham bahawa DD ialah satu syarikat di mana dia ialah ahli lembaga pengarahnya. Dia diperkenalkan dan dibawa masuk ke dalam DD oleh adun sri muda. Sudah semestinya dia akan perasan aiikk DD? Neh syarikat yang lantik aku jadi ahli lembaga pengarah dan bayar aku rm5k bulanan. kenapa dia nak surat sokongan? Kenapa aku kena sign? Ini perangkap ka? Tapi nampaknya dia tak fikir dalam. Dia sign jek. Malahan dia mengakui jek secara open lagi di pc bahawa surat itu sah dan terbukti benar. Ini juga adalah fakta kes.

6. Aku tak faham bagaimana skandal pasir neh boleh timbul. Kalau nak di ikutkan apa yang RPK tulis ialah hujah mengaitkan penglibatan dua adun neh dengan syarikat DD. Tapi tiada bukti bahawa DD pernah dapat kontrak daripada KSSB. Jadi tidak sepatutnya wujud sebarang isu penyelewengan kuasa dan skandal pasir. Ini fakta kes. Ya memang benar mereka ahli lembaga pengarah tetapi juga YA, DD tiada kaitan dengan apa2 projek pasir. So isu skandal tidak sepatutnya wujud.

7. Disebabkan itu agaknya SPRM tidak proceed kes neh. Ini pengakuan dari kedua2 adun yang terlibat. SPRM belum lagi keluarkan statement mengesahkan hal tersebut. Namun SPRM diminta berikan statement penuh bahawa kes neh telah selesai bagi membebaskan dua adun neh daripada terkait pada masa akan datang. 

8. Mengenai rakaman suara pula walaupun tidak mengesahkan secara tegas tetapi dipercayai rakaman itu benar. Adun sri muda seolah2 mengesahkan rakaman itu wujud bila mengatakan bahawa azmin yang disebut dalam rakaman terbabit bukanlah azmin ali tetapi azmin karim. Ini fakta kes.

9. Alasan dia ialah azmin karim adalah penyimpan wang  yang dia pinjam dari DD untuk membantu rakan nya buka syarikat perniagaan. Wang tersebut belum dipulangkan kepada adnan kerana belum berkesempatan untuk jumpa adnan sehingga sekarang. Yang neh aku rasa.. haishh. Boleh kah di anggap alasan? Muahahha.

10. Tapi tetap pelik bila dia sebut dana pru dalam perbualan rakaman terbabit. Kita faham ia azmin karim tapi kita takan faham apa kaitan azmin karim dengan dana pru. Ini persoalan ye. 

11. Adun batu caves telah mengesahkan bahawa dia telah menarik diri daripada terlibat dengan DD. Ini tindakan yang bagus. Dipercayai bahawa perlantikkan neh berniat jahat. DD mungkin melantik adun2 terbabit untuk raih projek tetapi bila gagal dapat sebarang projek dari selangor, mereka marah dan sakit ahti. Dalam erti kata lain niat baik yang disangka oleh adun terbabit sebenarnya bukanlah niat baik. Mana ada orang suka2 nak bagi lue duit der. Balasan mesti mao ada ma. Wa pergi perjumpaan blogger hari tue pun dapat rm50 untuk cover wang tambang. Tapi itu bukan rasuah ma. Elaun. Wa pergi tunjuk muka, pkr hargai wa dengan bayar sedikit wang tambang. No hal.

12. Tapi adun sri muda belum lagi berbuat demikian. Cadangan aku ialah sila lah berbuat demikian sesegera yang mungkin. Sila pulangkan juga wang yang dipinjam. Ini soal intergriti dan persepsi. Seorang adun harus dilihat bersih dengan menjadi bersih terlebih dahulu. Tolong lah faham.

13. Adun sri muda juga ada memberitahu bahawa RPK berniat jahat terhadap diri dia. Sebelum neh aku ada diberitahu bahawa RPK marah disebabkan sesuatu hal [maaf dirahsiakan]. Yang neh boleh jadi ada kaitan. Betul tak betul aku tatau sebab tiada fakta kes yang boleh dikemukakan. Apa yang ada cuma lah hujah persepsi. 

Apa yang perlu korang faham dalam kes neh cukup simple.

1. Ya, kedua2 adun neh ialah ahli lembaga pengarah DD.

2. Ya, kedua2 adun neh menerima elaun bulanan.

3. Ya, adun sri muda diberikan wang yang disebutnya sebagai pinjaman.

4. Ya, surat sokongan itu benar. Dokumen dan bukti rakaman juga benar. Ini pengakuan dari adun sri muda sambil menyifatkan ia telah diperlihatkan [ditafsirkan] secara salah.

5. Tidak. Skandal pasir tidak wujud. KSSB tidak pernah salurkan projek kepada DD. Walaupun surat sokongan itu wujud, tetapi skandal pasir langsung tak wujud. Walaupun pembayaran elaun wujud tetapi kerajaan negeri tak beri langsung apa2 projek kepada adnan. Jadi sini apa yang berlaku ialah hubungan satu hala. Sorang memberi, memberi dan memberi tapi satu hapa pun tak dapat. Agaknya dia frust lah tue. Dalam erti kata lain potensi melakukan rasuah itu ada tetapi ia belum disahkan sebagai rasuah.

Sesuatu itu hanya boleh dinamakan skandal dan rasuah jika wujud hubungan antara memberi dan menerima. Nampaknya dalam kes neh yang wujud ialah memberi dan menolak. Selepas menerima wang, mereka menolak permohonan DD. Itulah yang dipercayai berlaku. Ini bukan fakta kes. Ini ialah persepsi. Analisis akhir terpulang pada pandangan masing2. 

Aku tidak akan tetapkan untuk korang. Akal dan pemikiran kita berbeza2. Diharapkan mana2 adun sila lah berfikir masak2 sebelum setuju nak jadi ahli pengarah itu neh. Bimbang diperangkap kelak nanti salahkan orang lain pula bila orang mempersoalkan intergriti anda sedangkan kesalahan diri sendiri taknak check. 

Rakyat berhak menilai adun mereka sebab anda memegang amanah rakyat. Jika adun itu tidak baik sikapnya maka ini akan menyebabkan amanah kita tidak dapat dijalankan dengan baik. Oleh itu tolonglah faham kenapa anda kena bersikap baik. Bai.

Ameno : SPRM buat statement.. supaya boleh clear seme..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...