Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Februari 2012

PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City.





Bagus bagus bagus. Memang bagus. Bagus sangat dah ahli politik menyemak dalam hal neh. Lepas dap, perkasa. Lepas perkasa, sapa lagi nak join? Mari kita politikkan pasal ayam. Dunia politik memang bosan. Selalu citer pasal orang makan duit. Selalu citer pasal songlap. Takde pun citer pasal makanan. Yang ada pun citer lembu.


Lembu punya isu dah lama. Orang dah bosan. Dan boring. Dah menyampah. Orang sekarang nak isu baru. Isu yang lebih panas. Isu yang boleh buat orang hot sambil gelak ketawa. Kali neh ayam diberikan penghormatan. Mungkin neh konspirasi ayam juga. Mana nak tahu kan? Gabungan freemason.

Boleh jadi kumpulan2 yang sayang ayam cemburu. Cemburu melihat lembu glamer sangat. Mana aci beb. Ayam pun ada feeling gak. Ayam pun perlu glamer gak. Apa beza lembu dan ayam? Dua2 pun binatang. So apa salahnya kalau dua2 pun diberikan hak sama rata untuk glamer? Ini macam baru 1 malaysia. Lembu ada ayam pun ada. Banyak syokk maaa.

Keadilan untuk kedua2 belah pihak mesti mao ada. Pengurusan kfc bengap sangat. Dorang tak reti nak panggil customer dan pekerja bermesyuarat. Memang tak reti. Sebab tue dap dan perkasa perlu menyibuk dalam hal.  Kejap lagi geng2 dari planet marikh pun akan ikut campur. Jangan risau. Ahli politikkan akan selesaikan masalah anda. Itulah tugas ahli politik. Ayam pun ayam lah. Janji masalah rakyat ma. Mesti mao kasi bantu.

Kadang2 kita kena berterima kasih dengan ahli politik neh. Mereka memang senang sangat. Takde kerja dan terlalu lapang. Sampaikan hal sekecik2 neh pun mereka perlu turun padang. Siasat. Jangan tak siasat. Lepas siasat kasi gaduh2 lagi. Kalau takde parang, bom pun boleh. Kalau tak dapat icity, klcc pun jadik. Bila lagi nak perbesarkan pergaduhan kfc kalau bukan sekarang. Inilah masa yang terbaik.

Tahniah lah di ucapkan kepada ahli2 politik malaysia. Tanpa anda siapalah saya nak menulis di blog. Tanpa anda tiada lah rakyat malaysia dapat melihat manusia menyamar beruk. Anda memang bravo. Tahniah bebanyak. Mari kita kasi sensasikan lagi kes ayam neh. Saya mesti pilih. Bai.


Ameno : Ayam punya nama, kfc dapat glamer. Pekerja terajang customer, cina dan melayu yang over2

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...