Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Februari 2012

BBC Mohon Maaf dan Mengaku dibayar RM81.4juta untuk menaikkan Imej Najib.


Peh.

Nampaknya betul lah najib bayar bbc untuk naikkan imej diri sendiri. Alahai. Nafi punya nafi last2 kantoi. Pemimpin apa bercakap menipu neh? Lepas tue soh orang percaya dia? Agak gile disitu beb. Lihat baca neh sendiri. Baca dan faham ;

 BBC minta maaf siar program berbayar tentang MALAYSIA
BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia,"lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."-LBB-


Mungkin ada yang masih ingat dan mungkin ada yang sudah lupa. Dulu PKR pernah bongkar isu neh. Klik lanjut pada sumber yang aku letak di atas tue. Bagi pandangan aku dalam soal neh satu jek aku pertikaikan, apa benda faedah yang malaysia dapat setelah melobi rancangan2 tersebut?

Of course duit rakyat yang jadi pelaburan kat sini. So apa kesan nya kepada malaysia dan rakyat khususnya? Apa yang kami dapat setelah duit rakyat dilaburkan ke sana? Mesti ada kesan ma. Apa kesan dia? Apa yang aku dapat? Apa yang ko dapat? Apa yang kita seme dapat? Cuba bagitau sikit kat kami neh najib. Boleh?

Ameno : Terdesak nak muncul dalam berita.. tapi takde sapa nak panggil.. hermm

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...