Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Januari 2012

Skandal NFC : NFC dan NFCorp berbeza, Pemberi maklumat NFC pencuri!





Salleh dah buat statement baru berhubung isu neh. Ibrahim ali pun menumpang sekali. Aku taknak percaya apa2 yang si salleh dan ibrahim ali neh cakap sehingga ia terbukti benar. Bagi aku neh hanya alasan demi alasan. Aku dah tulis banyak kali pasal nfc. Paper pro pakatan rakyat pun sama. Media dan blogs pun sama. Dah jenuh dan jemu. Tapi baru sekarang salleh bagi alasan bahawa nfc tue lain, nfc corp tue lain? 


Wahhh..

Adakah rakyat ialah sang bodoh disini salleh? Hari tue time kecoh pasal bab gaji riban2, apa ko buat? Senyap. Time kecoh skandal kad kredit riban2, apa ko buat? Senyap gak. Mula2 ko cakap bak bukti then dah bagi ko senyap last2 ko balas dengan menyaman orang 100juta.

Walaupun saman tue belum dimuktamadkan lagi tapi niat nak menyaman 100 juta tue ada kan? Ko saman je lah. Biar kita lihat apa yang si rafizi akan dedahkan di mahkamah. Biar satu malaysia dan rakyat tahu apa bezanya nfc dan nfc corp disini. 

Menurut statement si salleh neh ;

1. NFC lain, NFCorp lain.

2. NFC kerajaan punya, NFCorp hak milik peribadi keluarga shahrizat dan salleh. Dalam erti kata lain NFC = dana kerajaan, NFCorp = dana sendiri.

3. Yang didedahkan selama neh ialah NFCorp.. oleh kerana NFCorp milik keluarga mereka maka apa2 urusniaga dalam tue adalah hak mereka sepenuhnya.

Inilah dia persepsi yang dia cuba tanamkan pada kita semua. Dan dia juga menganggap bahawa seluruh rakyat malaysia bodoh dengan memberikan penjelasan neh. Seseorang tolonglah pegang aku sebelum aku baling dia neh dengan kasut.

Kenapa?

Mudah.

Time orang dedahkan dia beli kondo, napa dia cakap, heyyyyy i beli kondo guna nfcorp. Under my own company. Bukan under nfc. NFCorp, my own company, private nothing to do with the gov at all.

Adakah nfc beli kondo juga? Sampai dia tak faham dan terkeliru yang mana satu? Adakah nfc dan nfcorp dua2 beli kondo sehingga dia tak boleh bezakan disini????

Kenapa time tue dia tak cakap bahawa audit siasat pasal nfc, bukan nya nfcorp. Yang you all dedah neh ialah pasal nfcorp, bukan pasal nfc. So janganlah pandai2 nak campurkan adukkan nfc dengan nfcorp sebab dua benda neh berbeza. Napa tidak bagi alasan tue?

Time orang dedah isu gaji riban2, pembelian tanah dan aset, aliran keluar wang tunai dan kad kredit bagai, apasal dia tak bidas cakap helloooowwww.... dont get angry too fast. I was paid by nfcorp not by nfc. Dont misjudge me in this issue please, rakyat.

Kenapa tidak?

Kenapa tak cakap time tue nfc lain dan nfcorp lain. Audit dedah pasal nfc, pkr dedah pasal nfcorp, dua isu neh berbeza dan tiada kaitan menurut salleh dan dia salahkan audit sewenang-wenangnya. Kalau audit dedah pasal nfc = kerajaan, kenapa tidak salleh jelaskan pada pkr hoiii ko g siasat pasal nfc dan bukan nfcorp boleh tak sebab dua syarikat neh berbeza beb. 

Adakah neh bermakna jabatan audit, polis, sprm dan semua menteri pun tak reti beza mana satu nfc dan nfcorp? Atau yang sebenarnya mana ada nfcorp or nfc, yang ada cumalah satu syarikat yang kadangkala di gelar nfc dan kadangkala di panggil nfcorp?

Salleh, melihatkan kepada jawapan ko, bukan aku nak tuduh or anggap apa2 disini, bagi aku sudah sampai masanya untuk ko bersara, duduk dirumah dan jaga kesihatan diri sendiri sebelum bertambah parah. Tolonglah. Hospital banyak, duit ko pun banyak, lakukan sesuatu sebelum ia bertambah parah. Terima lah nasihat ikhlas dari aku neh please.

Dan ibrahim ali yang sepatutnya tiada kaitan dengan nfc neh pun boleh menyelit sekali bagi statement bekap salleh. Hari tue dia gak beria2 cakap dah lama dah patut aset nfc beku tapi apahal pula kali neh dia cakap bahawa pemberi maklumat nfc kepada pkr telah mencuri 2.7juta? Kenapa tiba2 jek neh?

Dan yang bestnya, dia highlightkan bahawa pencuri tue bukan melayu. So? Dia sebut bukan melayu dua kali seolah2 nak kita jelas dan faham bahawa si bukan melayu neh mencuri 2.7juta dari salleh dan salleh yang melayu neh kena tipu dan lapor kepada polis. Si pencuri tue akan didakwa di mahkamah tak lama lagi.

Si pencuri tue juga hanya dedahkan sebahagian cashbook nfcorp dan sebenarnya ia ada banyak lagi yang belum kisah sebenar yang belum didedahkan. Namun dalam masa yang sama dia serahkan kepada sprm untuk siasat kes neh.

Korang faham tak situasi disini sekarang macam mana? Situasi dia ialah seperti neh ;

1. Salleh cakap nfc dan nfcorp berbeza.

2. Ibrahim plak cakap ada pencuri.

3. Salleh cakap yang didedahkan ialah pasal nfcorp bukan nfc.

4. Ibrahim ali plak cakap pasal ada banyak kisah sebenar belum didedahkan. 

5. Salleh cakap jabatan audit bertanggungjawab betulkan kekeliruan neh sebab tidak adil isteri dia dipersalahkan dalam isu neh sebab benda neh takde kena mengena pun.

6. Ibrahim cakap tunggu siasatan sprm selesai.

Perlu ke sprm siasat kalau nfc dan nfcorp ialah dua entiti yang berbeza? Dua orang neh buat statement pada hari yang sama selepas 11 NGOs dan PERKASA berjumpa. Tapi keterangan dua orang neh saling berbeza dan saling bercanggahan. Apa sebenarnya yang dua orang neh cuba nak bagi rakyat faham? Perlu kah dua orang neh dimasukkan  ke dalam ICU? Apa pandangan korang? 

Rujuk berita ;



Ameno : Makin melalut..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...