Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Januari 2012

Sebab sebenar PAS pecat Hasan Ali.

Salah faham.

Salah persepsi.

Salah tanggapan.

Kita mungkin memandang satu objek yang sama tetapi belum tentu hasil tafsiran kita juga sama. Apa yang berlaku pada hasan ali adalah apa yang dia cari sendiri. Ia bukan begitu mudah bagi pas untuk membuat keputusan seperti neh. Ia juga menguriskan perasaan dan nurani pas. Tetapi hasan ali tidak akan pernah nampak dan tidak akan pernah faham kerana di saat pas mengalirkan airmata dia sedang memalingkan muka nya ke arah lain.

Kasih sayang pas terhadap hasan ali sudah dibuktikan berkali2 sehingga ke hari neh sekalipun meskipun dia bukan lagi ahli pas. Ketegasan TG Hadi Awang mempertahankan jawatan exco hasan ali sebelum2 neh sedikitpun tidak pernah dihiraukan oleh hasan ali. Usah kata minta maaf dan bersimpati, malahan nak berterima kasih sekalipun jauh sekali.

Walaupun sebelum neh hasan ali diberitakan pernah meluahkan perasaan nya okey kerana tidak menjawat semula jawatan pesuruhjaya pas selangor. Baginya ia okey kerana dia sangat sibuk dengan jawatan exco jadi ia satu keputusan yang sangat okey apabila dia tidak perlu lagi memegang jawatan tersebut. Tetapi nampaknya dia tidak okey langsung dengan apa yang berlaku. 

Buktinya dia tidak okey apabila dia menolak sebagai ajk dalam perhubungan negeri parti. Dia juga sangat tidak okey apabila sengaja seringkali tidak hadir dan melayani apa2 hal yang berlaku di selangor. Dia malahan seringkali mengabaikan apa2 perkara yang berlaku di kawasan pengundiaan nya. 

Dia juga banyak kali ponteng mesyuarat parti dan pas selangor. Dia sangat2 tidak okey dengan apa telah yang berlaku dan meluahkan ia dengan cara yang sangat2 tidak rasional. Kemuncak ketidak-okeyan dia menjadi2 apabila nama dia di antara yang gugur sebagai calon pas. 

Sungguhpun aku akui ia salah geng2 penerangan pas yang menghebahkan hasil mesyuarat parti tetapi itu bukan menjadi asas dan sebab untuk hasan ali melanggar jemaah sendiri. Juga ia bukan alasan yang sesuai untuk hasan ali menyokong apa2 yang pas tidak sokong.

Marah kerana tidak dikekalkan hal yang lain. Marah sehingga melepaskan kemarahan terhadap orang lain pula ia adalah hal yang lain. Dan yang paling teruk, marah atas sebab sendiri yang menolak [meminta agar tidak dikekalkan] jawatan tersebut dan akhirnya marah apabila ia benar2 menjadi realiti. Ia bukan menjadi tanggungjawab pas dalam memahami sindiran disini hasan ali. Bukan.

Dulu, aku telah cuba sedaya upaya memandang positif setiap tindak tanduk yang dizahirkan oleh hasan ali selama neh. Sebab tue aku berikan respon2 positif terhadap hasan ali walaupun ada juga yang melabelkan aku barua hasan ali.

Yang sebenarnya, dulu, aku mencari jalan damai antara pas dan hasan ali. Aku suka andai pas dan hasan ali boleh duduk seperti dulu kembali. Malahan aku percaya ramai juga yang akan suka. Walaupun dilihat komen2 anti hasan ali lebih banyak terzahir tetapi itu bukan pula mewakili suara majoriti. Malahan mereka belum tentu ahli2 pas pun.

Ahli2 pas walaupun terguris dengan tindakan hasan ali tetapi mereka bukan begitu kejam. Mereka juga tahu menjaga ahti dan perasaan orang lain. Daripada berpecah, mereka lebih suka kepada penyatuan sesama jemaah. Ini pasal, hasan ali boleh bertahan sehingga ahad lepas. Dia boleh bertahan kerana kesabaran dan kepercayaan ahli2 pas terhadap dia yang cuba sedaya upaya memahami kehendak diri dia. 

Tetapi dalam pas bukan hanya ada dia sahaja. Di dalam pas ada banyak ahli2 yang lain. Jika  sebahagian ahli boleh memahami, bagaimana pula dengan ahli2 yang tidak boleh memahami? Bagaimana pula dengan ahli2 yang membandingkan khalid samad dihukum tetapi hasan ali dibiarkan? Bagaimana pula dengan pandangan ahli terhadap intergriti TG Hadi Awang? Itupun takpe lagi. Takpe lagi kalau kepercayaan ahli2 pas akhirnya dibalas dengan respon yang positif oleh hasan ali.

Tetapi apa yang dia buat? Apa yang dia buat ialah mencampakkan kepercayaan ahli dan jemaah bagai kain buruk yang sudah rosak dan kotor. Selepas itu dia mencanang keburukkan dan kehinaan pas di semerata media arus perdana. Itupun dia sanggup berpadu dengan Ibrahim Ali. Time neh lah segala2 yang buruk dan jahat pasal pas muncul di hadapan hasan ali.

Berbeza dengan dia, pas tidak menjadikan hutang dia sebagai isu untuk menyerang balas semula. Pas juga malas melayan isu remeh temeh konon nya dia dibayar oleh umno dan sebagainya sebab ia belum lagi terbukti setakat hari neh. Ini disebabkan pas memahami secara jelas apa itu masalah peribadi, masalah persepsi dan masalah yang melibatkan jemaah.

Ia mungkin dilakukan oleh orang lain yang berparti politikkan lain, tetapi ia bukan datang dari pas walaupun sebenarnya pas boleh menyerang dia. Lebih dari neh, pas juga menyimpan pelbagai masalah2 yang melibatkan diri dia. Bukan menjadi budaya pas menyerang peribadi orang lain. Ia mungkin menjadi budaya parti orang lain tetapi parti pas mempunyai prinsip dan peraturan yang perlu di ikuti. 

Peraturan neh yang gagal difahami oleh hasan ali. Jika ia tidak difahami oleh dap dan pkr, bukan menjadi masalah besar sebab mereka hanya jv dalam pakatan rakyat bukan berada dalam tubuh badan pas. Tetapi hasan ali berada dalam tubuh badan pas, maka apabila dia tidak memahami peraturan di dalam pas sesungguhnya ia adalah kerumitan yang sangat besar. 

Yang neh hasan ali bukan tak nampak dan faham. Dia nampak dan faham tetapi dia memilih untuk mengalihkan kesalahan dia kepada orang lain. Dia menyalahkan dsai berhubung isu pemecatan neh. Walaupun dalam reaksi awalnya, dia menyalahkan kepimpinan tetapi setelah anwar ibrahim keluarkan kenyataan "eloklah hasan ali dipecat" nada dia berubah dan terus menyalahkan dsai dalam isu neh. Sejujurnya pandangan aku dsai tidak perlu menyemak dalam isu neh sebab neh bukan isu dia. Kalaupun dia disuruh berikan respon, tolonglah bagi ayat yang lebih proper sket.

Itu sebab ketika azmin ali menghentam dia, pas pertahankan dia sehingga ke saat akhir. Ini dibuat kerana pas benar2 menjaga setiap wakil2 rakyat mereka tanpa bias walaupun wakil itu hari2 balon pas melalui media arus perdana. 

Mungkin juga disebabkan itu, kenyataan anwar ibrahim berhubung pemecatan hasan ali pun tidak dipromosikan oleh harakah secara beria2 sebab jauh di sudut ahti harakah, hasan ali neh pernah menjadi sebahagian dari pas, menghentam dia sedikit sebanyak, ia tetap menguriskan jemaah pas. 

Perasaan neh tidak sama seperti hasan ali berada dalam pas. Ketika dia dalam pas, menghentam hasan ali ibarat adik beradik yang bergaduh. Tetapi menghentam hasan ali yang di luar pas, ia ibarat kawan rapat yang bertukar menjadi musuh secara tiba2. Jadi, pas telah mengambil pendekatan bersabar dan tenang dalam membidas hasan ali yang kini hari2 muncul di tv untuk hentam balas pas berhubung isu pemecatannya sebagai ahli pas.

Bukan hasan ali tidak tahu dia ada 28 hari [kiraan hari neh, sebenarnya ada 30 hari untuk merayu bermula ahad lepas] untuk merayu andai dia menentang keras hukuman neh.  Bukan pula pas terlalu kejam menghukum dia melulu tanpa berkompromi. Bukan sekali dua peluang diberikan kepada dia untuk berhujah, berbincang dan berbaik2. Malahan seluruh jentera pas berpadu semata2 mahu mengembalikan dia semula kepada jemaah.

Oleh kerana itu, dia merasakan diri dia penting sangat. Sehingga tgna berhajat nak buat kenduri kesyukuran selepas perjumpaan dia dengan pemimpin pas pusat. Tapi apa yang dia balas? Keesokkan hari nya dia menyerang pas semula. Kalaupun dia marah sangat dengan geng2 harakah apakah sudah tiada lagi jalan yang lebih baik daripada menelefon wartawan utusan?

Kesabaran pas dengan hasan ali bukan di peringkat yang cikai2. Ia dah masuk ke peringkat yang paling sabar. Contohnya, apabila harakah menyerang dia dan ustaz nasha, harakah yang dibidas bukan hasan ali dan ustaz nasha meskipun ahli2 pas kecik ahti dan jauh ahti dengan tindakan mereka berdua menggunakan media kerajaan untuk menyerang kepimpinan pas.
 

Jika sekali dua mereka menyerang pas gunakan jentera kerajaan, mungkin ahli2 pas boleh lupakan kes neh. Tetapi jika ia dibuat selang sehari mana2 ahli pas pun walaupun tak ingin tetap akan berprasangka buruk terhadap mereka dua. Andai harakah tak sudi sangat nak laporkan isi ahti hasan ali hubungi sahaja malaysiakini dan malaysia insider. Media2 neh laporkan isu dari kedua2 belah pihak. Apa yang susah sangat pada hasan ali?

Perlu sangat ke kenyataan dia disiarkan di media rasmi umno? Kalau ia disasarkan pada pemimpin pas, malaysiakini dan malaysia insider lebih dari mencukupi sebenarnya. Pemimpin2 pas pasti akan membaca luahan hasan ali neh. 

Melainkan sasaran hasan ali bukan lah pada pemimpin pas sebaliknya adalah rakyat2 malaysia yang bercenderungan politik umno. Jika mereka2 neh membaca luahan hasan ali, sudah tentu imej pemimpin pas yang menjadi pertikaian disini disebabkan hasan ali adalah sebahagian dari pas dan yang lebih penting sebahagian daripada pemimpin pakatan rakyat selangor!

Setelah memikirkan dan mengambilkira semua langkah, jalan damai dan bertolenrasi dengan hasan ali, maka akhirnya pas terpaksa mengambil keputusan memecat hasan ali dari pas. Ia bukan salah pas dari mula. Pas kekal menyayangi hasan ali. Yang tak sayangkan pas, kini adalah hasan ali. Apa lagi daya pas nak memaksa hasan ali bersama pas dan menurut semua kehendak pas andai hasan ali tidak sudi lagi berbuat demikian?

Ia seperti perhubungan suami isteri. Apabila isteri mula meninggi suara, malas memasak dan sering mengabaikan kehendak suami, mungkin suami boleh mengambil pendekatan memujuk dan bersabar. Memahami dan bertolenrasi. Tetapi puncak sabar itu mesti ada batasnya. Bagaimana seorang suami boleh kekal bersabar andai isteri dia curang dengan lelaki lain? Jalan yang lebih baik pada saat itu ialah bercerai. Walaupun rasa berat ahti tetapi sang isteri yang cari pasal.

Jasa sang isteri melahirkan anak akan kekal sampai bila2.  Tetapi kelakuan sang isteri yang curang juga akan  kekal dalam ingatan sampai bila2. Yang neh hasan ali kena belajar faham. Kalau apa yang pas pusat fahami ini adalah salah, maka bersegera lah buat rayuan dan muhasabah diri semula. 

Kalau rasa sendiri tetap betul, maka terima sahaja perpisahan neh dengan ahti yang lebih terbuka. Hasan ali tak perlukan pas untuk berjuang pasal islam pun. Walau di mana jua hasan ali berada dan memperjuangkan islam pada saat apa pun, pas akan kekal menyokong tindakan hasan ali asalkan ia bukanlah wayang. 

Ingatlah hasan ali, bukan pas yang meninggal kamu. Kamu sendiri yang meninggalkan pas. Berbeza pandangan ? Aku juga selalu dengan pas dengan pakatan rakyat.  Tetapi, beza sehingga tidak boleh nampak yang mana satu benar dan salah, itu bukan lagi beza pandangan. Itu maksudnya kita sudah tidak lagi sehaluan dan sejalan. Tidak lagi sepandang dan sematlamat. Tidak lagi serumah dan seazam. Tidak lagi.
Ameno : Ego jangan sampai bunuh perjuangan asal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...