Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 29 Januari 2012

Penyelesaian dua negara - Wayang barat yang tidak perlu disokong.


Anwar rupanya sokong kepada penyelesaian dua negara ataupun lebih dikenali sebagai two states solution. Ini hak dan pandangan dia untuk selari dengan PBB dan geng2 penipu dalam kes neh. Bukanlah sesuatu yang aku nak komplain pasal pandangan dia dalam isu dia. Jika dia rasa penyelesaian dua negara itu baik dan bagus pada palestine, okey.

Cuma aku tak menyokong apa yang dia sokong. Penyelesaian dua negara neh sebenarnya dah lama menjadi agenda geng2 penipu dalam usaha untuk melakonkan watak kekonon nya depa mempertahankan palestine. Mereka kata mereka pertahankan palestine dan hak rakyat palestine dengan menyokong dan memberikan cadangan mengenai penyelesaian dua negara tetapi dalam masa yang sama mereka juga ialah geng2 yang mengagalkan usaha2 tersebut. 

Geng2 penipu neh termasuk PBB [pelakon keadilan] hanya berlakon semata2 dalam mempertahankan palestine. Mulut kemain pongpang2. Resolusi kemain berlambak2. Tapi usaha? Hampeh. Cuma dalam dua tahun kebelakangan neh kita melihat PBB terkesan apabila negara2 arab dan sekitar palestine mula bangkit menentang kezaliman dan bersedia mempertahankan palestine secara terang-terangan waima dengan nyawa sekalipun. Ini termasuk iran.

Ramai yang tidak tahu apa itu penyelesaian dua negara. Sebenarnya penyelesaian dua negara ataupun two states solution neh dicadangkan oleh siapa aku tak pasti. Tapi aku melihat amerika dan geng2 dia yang beria2 cakap pasal benda neh dalam setiap persidangan demi persidangan dalam menyelesaian konflik israel - palestine. 

Penyelesaian dua negara neh sebagai ganti kepada penyelesaian satu negara. Penyelesaian satu negara ialah dimana palestine dan israel bergabung duduk di bawah satu negara dan hormat menghormati antara satu sama lain dan saling menerima sesama mereka. Sudah tentu ini akan dimulai dengan mencari nama negara mereka bukan? Israel ataupun palestine? Kalau yang neh pun dah bercanggah, boleh pergi ka kepada penyelesaian satu negara?
 

Itu sebab wujudnya penyelesaian dua negara. Yakni, sebuah negara yang dipecahkan kepada dua mengikut persefahaman dan masing2 saling hormat menghormati kedaulatan masing2 dan menerima syarat2 perjanjian aman yang telah dimuktamadkan.  [ Ataupun bahasa kasarnya, sebuah negara palestine, yang terpaksa menjadi dua dan beri sebahagian haknya kepada israel sebab israel kaki pembunuh dan main kasar. ]

Penyelesaian neh sebenarnya pun tak relevant. Ia menyebabkan palestine terpaksa mengalah dan berkorban dari segi sempadan negara dan beberapa hak yang lain. Namun, yang baiknya palestine sudi berkompromi dan memahami segala usaha2 untuk mendamaikan dua pihak menerusi resolusi damai neh.

Cuba ko bayangkan, seseorang yang masuk ke rumah ko, rampas segala harta benda ko dan tiba2 orang ketiga datang dan cakap hey aku cadangkan korang berdua divide larh apa2 yang ada di rumah neh ikut keserasian masing2. Macam mana? Israel sepatutnya berbangga kan? Dah larh datang negara orang then jajah negara orang tue then tiba2 dapat penyelesaian mudah neh.

Tapi yang peliknya israel menentang pula benda neh sekeras-kerasnya sebab dia tidak mahu berkompromi dengan palestine dalam apa2 hal mengenai sempadan dan apa2 sahaja. Bagi dia, apa yang dia dah dapat tawan tidak boleh dikompromikan sama sekali. Apa yang tinggal untuk palestine, kalau dia nak, okey, kalau dia taknak ada aku kesah? 

So kalau dah macam tue takan palestine nak jadi aku patuh dan aku ikut pula? Walhal palestine dah terlalu lama berkompromi sebenarnya. Mereka sedang mempertahankan hak2 mereka tetapi israel pula diiktirafkan sebagai sebuah negara oleh geng2 penipu neh dan palestine pula yang kena bersusah payah mencari jalan bagi mengiktirafkan bahawa dia juga ialah sebuah negara yang merdeka. Bukan di bawah kekuasaan dan penjajahan israel.

Penyelesaian dua negara neh sebenarnya gagal bukan disebabkan kedegilan atau kezaliman palestine  terhadap israel walaupun itu yang sering dihamburkan oleh geng2 penipu dalam pelbagai media mereka. Yang sebenarnya isu neh dah di spin habis. 

Penyelesaian dua negara neh gagal disebabkan israel dan geng2 penipu neh sebenarnya. Mereka kat depan media kemain mengaku saya sokong itu, saya sokong ini, saya sokong blablabolas.. tapi bila time nak mengundi itu neh bagi menyokong pendirian palestine sebagai sebuah negara yang berdaulat, geng2 penipu neh larh yang paling kuat membantah. 

Macam isu unesco tahun lepas. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, unesco harus menerima palestine sebahagian dari ahlinya. Ini bermakna jika ada sesiapa yang cuba mencemar kedaulatan negara2 yang berada di dalam keahilian unesco, unesco ada hak mempertahankan dan mempersoalkan tindakan tersebut. Ini salah satu langkah dalam mengiktirafkan kenegaraan palestine [berdasarkan sempadan] juga selangkah ke arah penyelesaian dua negara.

Walaupun undi unesco itu bukan sebahagian dari rancangan amerika yang konon nya favour kepada penyelesaian dua negara tetapi ia adalah usaha palestine sendiri bagi menyelesaikan konflik negara mereka dalam mempertahankan hak rakyat palestine di dunia neh. 

Tetapi siapa yang beria2 canang depan media dan siapa pula yang beria2 bantah bila sesi mengundi? Boleh faham tak?  Sebab tue aku cakap penyelesaian dua negara neh sia2. PBB dan geng2 penipu neh hanya berdrama jek. Palestine bukan tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara [setelah diasak, didesak] tetapi mereka setuju cuma biarlah setimpal dan berbaloi. 

Bukan seme kawasan rumah ko punya, aku dapat sekangkang kera. Patuhi sahaja perjanjian sempadan 1967, ini yang di bangkitkan oleh palestine. Ini sahaja syarat paling utamanya. Israel tak rugi apa pun kalau patuhi 1967. Ini kerana israel dari takde negara, tiba2 ada tanah dan negara sendiri, dan yang paling bestnya bagi israel jika penyelesaian dua negara neh dimuktamadkan, kita akan terpaksa hormati kedaulatan israel, suka dan tak suka sekalipun. So, mana ruginya israel? 

Melainkan, israel sebenarnya nak seluruh palestine dan memaksa rakyat palestine berambos jauh2. Ataupun israel sebenarnya nak menghambaabdikan rakyat2 palestine dan menjajah mereka. Ataupun kedua2nya sekali.  Ataupun ada sebab2 ketiga, keempat dan banyak2 sebab yang kita sendiri belum ketahui.

Dan mungkin penyelesaian dua negara adalah wayang dan propaganda supaya usaha2 neh tidak ternampak secara terang-terangan. Ini yang aku rasa sebenarnya sedang berlaku. So, bila aku rasa aku dah tahu propaganda mereka, lagi aku nak sokong penyelesaian dua negara neh buat apa? Itu pasal aku cakap tadi, aku tidak menyokong apa yang anwar ibrahim menyokong. Hak masing2 disini. Terserah.

Nota : Ramai yang tidak tahu bahawa palestine sebenarnya sudah lama beralah dalam menyediakan diri untuk mengikuti protokol penyelesaian dua buah negara. Israel pula sering melanggar protokol2 neh namun media us macam biasa, bias kepada palestine dan seringkali palestine dianggap sebagai punca kegagalan dalam menyelesaikan konflik damai israel - palestine. 

Ameno : Diam bukan bererti bisu. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...