Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Januari 2012

[GAMBAR DAN VIDEO] Anwar bebas dan dilepaskan. - UPDATED!



Keputusan mahkamah dsai yang diperolehi menerusi twitter menyatakan bahawa ;

1. Anwar ibrahim dilepaskan daripada tuduhan fitnah liwat II

2. Anwar dilepaskan sebab dia didapati tidak bersabit kesalahan dalam kes liwat sba.

3. Secara automatik DSAI dibebaskan daripada sebarang hukuman.

4. Punca Anwar Ibrahim dibebaskan daripada kes adalah disebabkan bukti dna dan pengakuan lisan yang menuduh [sba] tidak cukup kuat untuk menyabitkan dsai dengan kesalahan liwat.


5. Hakim tidak memberikan penghakiman lengkap dalam kes neh. Sebaliknya dia hanya bacakan keputusan pendek yang kurang dari 10 minit berserta dengan keputusan dan kesimpulan kes.

6. Untuk rekod, SBA boleh merayu semula dalam kes neh.

Dari awal lagi benda neh bukan boleh dijadikan kes mahkamah pun. So tak payah lah nak mencanang bagai konon nya mahkamah adil dan sebagainya. Walhal kalau mahkamah adil dan telus, kes neh tak sepatutnya dibicarakan langsung. BN sendiri pun tersepit buat keputusan neh. Mengikut pandangan pakar politik, jika dsai dibebaskan dari pertuduhan, BN akan perolehi sedikit kelebihan berbanding jika DSAI berada di dalam penjara.

Ini bermaksud, BN takan buat satu2 hal jika kelebihan tidak berpihak kepada mereka. Sudah tentu mereka ada plan yang lain. Tapi yang pasti penyokong2 bn tidak lagi boleh suka2 gelar dsai dengan macam2 gelaran yang jijik sebab dsai dah dibebaskan daripada pertuduhan kes liwat II.


Antara gambar2 yang di ambil oleh rakan2 fb ketika berlangsungnya demo 901 ;









Aku paling suka gambar akhir neh. Dapat dari wall sepupu aku. Hheheh. Ramai siot. Sehingga jam 9.15 pagi tadi, polis menjangkakan kehadiran penyokong dsai ialah 5,135 orang. Jumlah neh semakin meningkat ketika keputusan sedang dibacakan oleh hakim ketika itu.


Lihat pula video2 bawah neh ;




Ini ialah video ucapan yang dirakam oleh polis. Ia disebarkan di youtube oleh PDRM sebagai bukti 901 melanggar arahan polis. Hahaha..

Lihat bawah neh lagi ;



Neh ialah video rakaman dari pihak polis. Ia akan dijadikan bukti bahawa pendemo 901 melanggar arahan polis. Adoii. Nak tergelak aku dengan PDRM neh. Benda kecil2 macam neh toksah lah heboh bagai. Lainlah kalau depa jahanamkan harta awam. Ini hal kecik jek incik polis. Takan polis nak gunakan video neh sebagai bukti penyokong 901 lakukan provokasi? Ko tak mungkin sebingai neh kan polis? Please.

kah kah kah

Lihat bawah neh pula ;


Peserta demo dari kumpulan sebelah sana. Gambar neh polis yang amek dan upload. Menurut polis, gambar neh di ambil berhadapan masjid wilayah. Menurut apa yang aku fahamkan ialah pekida + permas + perkasa = ada program dakwah sampai 11 pagi.

So, adakah berdiri dengan memegang banner neh sebahagian dari program dakwah korang? Tolong jangan bikin malu weh. Buat lawak siot korang neh. Dan yang paling tak boleh blah sekali bila si ibrahim ali cakap ;

1. 300 ahli perkasa akan bantu polis mengawal 901. Walhal yang hadir 100 orang pun tak lepas selepas digabungkan ketiga2 pertubuhan pekida + permas + perkasa.

2. Solat sunat selepas asar. Boleh meh? Ada yang cakap haram. Ada pendapat yang mengatakan "Sangat tidak boleh".. tapi ibrahim ali ajak reramai solat sunat selepas asar. Siapa imam dia beb?

kah kah kah

3. Yang paling sadis, dari malam tadi sehinggalah waktu subuh, usah kata qiamullai, batang hidung orang yang bagi warning dalam video pun takdak. [Rujuk sini]. Apa citer neh? Program dakwah dah dibatalkan ke apa?

kah kah kah

4. Dan orang2 yang bagi warning jangan jejak masjid wilayah sendiri tak nampak jejak. Sebaliknya dorang sendiri siap menjejak ke mahkamah dengan membawa bendera2 dan banner2 bengap terpacak macam orang bangang. Sesia je gambar dorang ditangkap dan disebarkan di internet. Tak malu meh? Adoiii. Jadi orang biar ada maruah sket bhai. Lue patut lari dan menyorok pada saat bilangan lue orang sedikit. Ini membuktikan bahawa perjuangan lue tidak disokong. Watpe lue malukan diri lue sampai sebegitu. Kot ye pun tak kesiankan diri lue, fikir sikit perasaan ahli keluarga lue. Kenapa malukan dorang sekali?

kah kah kah

Lihat bawah neh pula ;


Polis juga tangkap dan sebarkan gambar neh di internet sebagai bukti 901 membawa kanak2 berdemo. Menurut polis, perkara neh salah. Aku no komen dalam isu neh.  Aku fikir ada pro dan contra dalam isu neh. Aku tatau nak cakap apa. Tapi kepada mak dan bapa budak terbabit, bersiap sedia lah bila gambar neh dimainkan di blogs2 kerajaan kelak. Sabar banyak2 ye.

Apa pun sejujurnya keputusan mahkamah hari neh adalah sesuatu yang mengembirakan. Ini disebabkan sepanjang 2 tahun lebih kita dah berhujah dengan pihak lawan bahawa kes neh ialah konspirasi fitnah semata2 dan akhirnya ia telah terbukti pada hari neh. Sungguhpun hakim tidak menyatakan bahawa ia adalah konspirasi fitnah tetapi bila hakim sendiri meragui bukti dna dan kenyataan saksi [sba] ini automatik dah membuktikan bahawa kes neh sememangnya kes fitnah. 

Entry neh telah di update.

Ameno : Bagus.. kbsb memang patut membenci saiful si kaki fitnah.. akhirnya kini terbukti sudah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...