Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Januari 2012

Amaran keras : Guru dan pelajar jangan sertai perhimpunan 901 atau..




Kah Kah Kah..


Kena takut ke apa neh? Tak boleh blah.. apahal dorang neh beria2 halang rakyat dari berdemo 901? Sampai sanggup nak amek tindakan tegas terhadap para guru dan pelajar yang terlibat dalam demo 901 neh. Patut ka?

Alah rileks sudah larh.. apahal perlu nak halang2? Itulah orang minta permit bagi je larh.. yang selalu2 perkasa dan geng2 umno berdemo itu pun bukan ada permit tapi rileks je lepas tanpa amaran bagai.. so please lah puad.. janganlah keji gile dengan menentukan pemikiran politik orang lain pula. Ini hak memasing beb. Hak.

Dan menurut info yang aku dapat polis akan tutup jalan sekitar jalan duta. At least jalan2 yang menuju ke mahkamah jalan duta, ini termaksud masjid yang berada disitu. Konon nya nak menghalang2 kekawan yang sertai 901 pada hari tersebut untuk singgah masjid dan berehat apa ka. 

Siyes aku rasa kelakar.  Benda takde isu apa pun. Orang nak berdemo lantak lah. Bukan nak pergi membunuh ka apa. Paling2 kuat depa boleh buat ialah berhimpun dan duduk je.. bila kena sembur, lari. So, nak cuak apa? Benda takde pape sebenarnya. 

Sebenarnya puad, pendemo2 pada hari itu cuma mahu hadir untuk menyokong kes dsai. Andai dsai ditahan [andaian], mereka juga takan pergi huruharakan kl. Jangan risau. Cuma mungkin mereka akan maki2 polis, kerajaan dan beberapa pihak sebab menghukum seseorang yang difitnah. Itu sahaja. Mereka tiada niat yang jahat malahan dilarang untuk melakukan apa2 provokasi.

Jika sungguh ada provokasi, rasanya ia didalangi oleh pihak tertentu. Tapi kalau sungguh provokasi datang dari pihak pr, dia memang lah bebal sebab memburukkan imej dan reputasi pr yang hanya mahukan perhimpunan aman pada 901 neh. So polis tak perlu risau dan sila lah amek tindakan kepada pihak2 yang sebegitu.

Tapi sehingga 901 tiba, maka polis dan puad janganlah beria2 provoke bagai pula. Biarlah dorang nak berdemo.. asal bukan membunuh. Tolak ansur sudah lah.

Ameno : Cikgu demo sokong bn takde pula nak warning?

PANAS : Soal-Jawab di tv3 malam neh pasal himpunan 901!

Peh..

Gile terbaik punya terdesak bhai.. takpe. Wa malas nak buat presumption kat sini sehinggalah rancangan tersebut  di ke-udara-kan terlebih dahulu. Tapi wa cadangkan malam neh wa, lue dan kita ramai2 tonton tv3 pada jam 11 malam neh untuk tengok sendiri apa benda yang polis nak bercakap pasal 901. 

Walaupun pdrm tidak menyebut secara langsung bahawa rancangan soal jawab neh nak mengupas tentang isu 901 tetapi memang neh lah yang POLIS [wakil mereka] akan buat. Aku percaya beb. Korang pun kena percaya gak dengan apa yang aku percaya neh. Siyes beb.

Lihat bawah neh ;


Dan walaupun si salleh neh aku tidak pasti apa peranan dia di dalam PDRM tetapi aku rasa, dia at least muncul di tv untuk mewakili suara ahti polis dalam isu 901. Yang aku kelakar kan.. punyalah berlambak2 kali perkasa dan geng2 umno berdemo selama neh, haram.. takde pun dorang sibuk nak buat rancangan khas bagai jemput orang itu neh untuk halang demo2 pro kerajaan bagai. Tapi bila ia anjuran PR tiba2 je polis dan geng2 kerajaan jadi rajin semacam. Siyes lawak dowh.

Time neh lah terkeluar seme hadis dan firman Allah swt pasal demo..

kah kah kah

Time neh lah demo tiba2 mengangugugat keselamatan orang ramai..

kah kah kah

Time neh lah tiba2 berhimpun menjadi kesalahan besar di malaysia..

kah kah kah

Kelakar dowh.. siyes kelakar.. apa benda lah si salleh neh nak gebang di tv3? Sama2 saksikan drama satusenpuntakguna di tv3 pada malam neh. Sejam setengah dari sekarang. Sempat lagi nak makan megi ka apa ka beb.

kah kah kah

Ameno : PR apa pun tak boleh...

Selasa, 3 Januari 2012

Polis : Penulis blog jangan sokong demo 901 atau bersedia dihukum.

Peh.

Takut siot aku. Mana nak lari neh? Ada sesiapa boleh help? Erkk.. jap. Aku mana ada sokong 901 apa. Rasanya tadi aku baru je update pasal neh. 901 boleh rugikan negara sebanyak rm1billion. Kan? So aku terselamat lah neh?

kah kah kah

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata setakat ini, 168 laporan polis diterima di seluruh negara daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam sebagai membantah kempen mengadakan perhimpunan itu.

“Saya berharap pemimpin atau penganjur perhimpunan tersebut menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu kerana ia akan menyusahkan orang ramai, khususnya masyarakat umum di Kuala Lumpur,” kata Mohmad dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta penulis-penulis blog yang menggesa orang ramai menyertai perhimpunan itu supaya menghentikan penulisan mereka dengan serta-merta.

Melahirkan pandangan serupa dengan Khalid, Mohmad berkata: “Perbuatan itu boleh mengundang berlakunya pelanggaran undang-undang, menggugat ketenteraman awam dan menghina pentadbiran sistem keadilan negara kita.”

Beliau menegaskan orang ramai tidak perlu menerima sebarang hasutan kerana sama ada bebas atau tidak seseorang yang dituduh, bergantung kepada keputusan mahkamah yang berpandukan kepada sistem keadilan jenayah yang diamalkan di negara ini.

Mohmad seterusnya mengeluarkan amaran berikut: “Pada hari tersebut, sesiapa yang terlibat atau menyertai mana-mana pihak untuk meneruskan juga perhimpunan ini, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.” -MNB-


Harap lepas neh polis boleh sensasikan isu pasal bom petrol dan dana yahudi pula. Baru best drama provokasi neh. Aku seriyus sanggup sabar menunggu update2 dari polis neh.

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh

Demo 901 bakal rugikan negara RM1billion.

Peh.

Gila betul. RM1 billion hilang dalam masa satu hari? Hanya dalam 1 hari jek? Biar betul beb. Meh aku explain kat korang napa benda neh berlaku. Aku pun pada awalnya malas nak percaya. Tapi bila fikir2 balik memang betul gak apa yang diperkatakan neh.

Tak caya korang baca lah sendiri kat bawah neh ;

1. Demo neh akan huru harakan negara.

2. Demo neh akan menyebabkan ada orang baling bom petrol dan tiba2 ada kaitan dengan keganasan. 

3. Demo neh akan menyusahkan rakyat malaysia.Tak percaya? Percayalah. Tak pasal2 orang edar risalah kena tahan beb. Sian rakyat malaysia kan.

4. Demo neh akan men-jem-kan jalanraya disekitarnya. Ini berlaku sebab polis prihatin dengan keselamatan jalan2 di malaysia neh time berdemo. [tutup jalan],

5. Demo neh tajaan yahudi. Insya-Allah lepas neh tiba2 dsai dan pkr ada acc bank yang linking dengan syarikat yahudi.

6. Demo neh ada kaitan dengan golongan gay macam arif alfian. Mesti punya.

7. Demo neh boleh menyebabkan kerajaan rugi berbillion2 ringgit sebab peniaga2 tak boleh berniaga pada hari tersebut. Mereka sudah tentu terpaksa tutup kedai atas arahan pihak polis. Percayalah.

Semoga artikel neh bermanfaat buat korang. Percayalah kekawan. Demo neh memang bahaya dan rugikan negara. Tolong ye.. pakat2 sebarkan. 

Kah kah kah

Ameno : Demo hak masing2. Sesiapa pun berhak berdemo untuk sokong sapa2 pun beb.

Soal - Jawab : Kenapa mahasiswa perlu berpolitik.

Ramai orang tak faham kenapa mahasiswa perlu berpolitik. Sebenarnya mereka tak faham sebab dah melihat persoalan neh dari konteks yang salah. Apa yang mereka lihat ialah ;

Kenapa mahasiswa sibuk nak berpolitik?

Tapi persoalan sebenarnya ialah ;

Kenapa mahasiswa tidak di izinkan berpolitik LEBIH2 lagi yang bukan cenderung kepada kerajaan?

Apa pula tuntutan mahasiswa? Adakah mereka mahu ;

Mari semua mahasiswa kita berpolitik sampai lebam. Tinggalkan seme sekali termasuk study.

ATAU

Mahasiswa yang nak berpolitik, dibenar berpolitik. Nak pro bn ka, pro pr ka, atas pagar ka apa kata lantak lue punya pasal janji lue nak politik takde sapa2 boleh halang lue suarakan apa yang lue rasa. Tapi biarlah politik dan pelajaran kena seiringan. Bukan macam sekarang, seme tak boleh. 

Mari kita perhatikan hujah2 mereka yang sering menghalang mahasiswa neh daripada terlibat aktif dalam berpolitik ;

Soalan : Mahasiswa neh patut focus pada study. Nak politik lepas belajar lah bro.

Jawapan : Okey. Tapi kenapa mesti pr dan lain2 parti sahaja yang kena ikut peraturan neh. Apasal mahasiswa pro bn dibenar berpolitik? Ini undang2 berat sebelah bro.

Soalan : Logik lah bhai. BN parti pemerintah. Takan dia nak izin orang berpolitik balon dia pula.

Jawapan : Ikut logik akal, ya. Tapi ikut logik undang2, neh salah. Kalau ko sungguh nak larang mahasiswa berpolitik maka buat betul2. Halang seme sekali, jangan halang separuh2. Bila ko sendiri bersikap bias dalam membuat undang2, macam mana ko nak harap orang pandang ko sebagai adil? Ini tidak mungkin lah.

Apabila sebut pasal politik, bn pun termasuk sekali sebab dia parti. Ada beza yang jelas antara kerajaan dengan bn. Kerajaan tak boleh buat undang2 terpilih dan bias. Tak kira apa stand politik rakyat, sebagai kerajaan mereka kena layan seme dengan adil sebab dia kerajaan dan kita rakyat. Dia tak boleh pilih rakyat, tapi rakyat boleh pilih kerajaan. Yang neh dia tak faham kah?

Soalan : Alahh... belajar dulu lah itu yang utama.

Jawapan : Isu dia bukan belajar dulu or belajar kemudian. Isu dia ialah kalau sungguh nak halang berpolitik, maka ko halang semua sekali. Bila ko buat halangan terpilih, maka sila buka halangan tersebut. Biarkan sahaja mahasiswa neh berpolitik. Tak faham kah?

S0alan : Yang sibuk sangat nak berpolitik kenapa? 

Jawapan : Mahasiswa punya suka. Nasib baik dia sibuk nak berpolitik. Lainla kalau dia nak sibuk untuk berbogel ka, berlacur ka, mencuri ka.. yang sampai nak halang2 apahal? Apa pun yang mahasiswa nak buat selagi ia bukanlah perkara2 yang mungkar, tidak sepatutnya kita persoalkan keinginan mereka. Inilah kebebasan namanya. Mereka patut ada hak itu.

Soalan : Sedar sikit.. korang diberikan amanah untuk belajar.. bukan untuk berpolitik.

Jawapan : Politik juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Macam2 boleh kita belajar menerusi politik beb. Ko ingat belajar hanya boleh dibuat melalui buku? Apabila kita sebut belajar.. ia ada banyak kaedah. Melalui buku hanyalah 0.000000001 cara belajar di dunia neh. Sebenarnya ada berjuta2 cara lain untuk belajar. Berpolitik pun belajar juga.

Soalan : Sibuk berpolitik tapi akedemik kemana .. perlu kah?

Jawapan : Inilah silap faham terbesar sekali di kalangan masyarakat. Mahasiswa yang sibuk neh ada macam2 peel. Ada sesetengahnya sibuk dengan konsert dan bersosial. Yang itu tidak pula korang canangkan bagai, apahal? Yakin kah merit dorang cemerlang? 

Soal kecemerlangan neh takde kena mengena dengan menghalang mahasiswa daripada berpolitik. Apabila dia cemerlang, samada dia terlibat dengan politik atau tidak, dia tetap cemerlang. Soal cemerlang ialah hal yang lain. 

Soal berpolitik ialah hal yang lain pula. Neh dua perkara yang sangat berbeza. Kalaupun ada mahasiswa yang tidak cemerlang sebab berpolitik contohnya saiful bukhari azlan itu adalah masalah pengurusan masa dia sendiri. Bukan pasal politik tapi pasal kelemahan diri sendiri. 

Soalan : Tapi fikirlah perasan mak bapak.. hantar anak soh belajar.. ubah masa depan..
Jawapan : Ya.. berpolitik juga belajar. Budak2 neh tidak lari dari landasan hidup dengan menjadi gay or beranak luar nikah. Mak bapak boleh faham anak2 yang berpolitik [asal tidak taksub or emosi bagai]. Aku percaya ramai mak bapak boleh terima anak2 mereka aktif berpolitik daripada bersosial beb. 

Dan melalui politik juga, masa depan bukan sahaja boleh diubah malahan dibentuk. Ini bermakna kuasa kita lebih luas sebab dulu2 hanya boleh ubah masa depan tapi sekarang kita selangkah ke hadapan dengan membentuk masa depan. Bukan kah membentuk masa depan lebih bagos daripada mengubah? 

Contoh ;

Mahasiswa yang tidak dibenar berpolitik = terpaksa setuju apa sahaja yang kerajaan usulkan sebab tertakluk kepada peraturan dan etc = terima masa depan [sistem + dasar kenegaraan] yang dijanjikan kerajaan bulat2.

Mahasiswa yang dibenar berpolitik = dibenar bersetuju or tidak bersetuju dengan apa2 perkara yang diusulkan oleh kerajaan = menjadi sebahagian dari mereka yang mencorakkan masa depan.

So mana satu lebih baik? Menjadi sebahagian dari mereka yang menentukan dasar or menjadi sebahagian dari mereka yang hanya boleh menerima dasar semata2? 

Soalan : Fikir sikit jasa kerajaan pada korang, Nak belajar pun guna duit kerajaan beb.
Jawapan : Sebab fikir kerajaan punya jasa lah maka mahasiswa neh harus dibiarkan berpolitik. Biarkanlah mahasiswa neh turut menyumbang jasa dengan menjadi sebahagian daripada penentu masa depan negara. At least mahasiswa2 neh ada benda yang boleh difikirkan daripada melangut layan hiburan dan dunia sosialseks beb.

Bercakap pasal duit untuk belajar, ia bukan duit kerajaan. Ia bukan sesuatu yang kerajaan perlu ungkit. Dah pinjam kena bayar. Ia bukan datang percuma. Ia perlu bayar semula. Jangan bercakap seolah2 mahasiswa neh diberikan remote percuma oleh bien dan duduk goyang kaki dan ilmu masuk ke dalam akal dengan hanya menekan remote. Dan selepas itu tiba2 kena cakap tenkiu bien. Ini keji bhai.

Mahasiswa2 neh seme berusaha. Nak dapatkan pinjaman pun mereka berusaha. Nak kurangkan bunga pun mereka berusaha. Nak dapat kredit bagos pun mereka usaha. Lepas tue dapat biasiswa pun atas usaha.

Apa sahaja yang mereka raih hari neh atas usaha mereka. Ia tidak datang bergolek. Bukan bila terus masuk u or kolej, pinjaman terus masuk. Or biasiswa terus mari. Takde. Mereka usaha pergi pohon pinjaman. Dan mereka usaha juga bayar balik pinjaman. Sama macam mereka usaha pohon biasiswa. Jadi apa point ko bising cakap seolah2 pinjaman tue adalah benda yang mereka dapat terus dan tak perlu bayar sampai bebila? Dan apa hak ko mengungkit biasiswa2 yang diberikan atas kecermerlangan akal2 student2 neh?

Harus diingat juga, pinjaman neh datang dari duit rakyat. Jika majoriti rakyat tidak mengungkit, maka kerajaan juga jangan sibuk melalui suara minoriti yang jelas bias. Silap2 mereka yang mengungkit neh cukai satu hapa pun tak payah. Tah2 sendiri yang ditanggung oleh keluarga sendiri. Heh.

Soalan : Kenapa nak berpolitik lawan kerajaan? Itu sebabnya mahasiswa tak boleh politik. Kalau sungguh hargai kerajaan kenapa nak lawan kerajaan?
Jawapan : Berpolitik bukan untuk lawan kerajaan. Tapi untuk lawan kezaliman dan dasar2 mengarut. Mahasiswa juga berhak zahirkan pendirian mereka tanpa perlu rasa takut kepada mana2 pihak sebab ini adalah demokrasi dan hak setiap orang di malaysia. Kerajaan juga bukanlah maksum. Dia bukan Nabi saw so janganlah perasan bahawa mereka akan betul sentiasa. Maka, suka tak suka kerajaan kena biarkan mahasiswa neh menyalur pandangan dengan bebas.

Bukan semua dasar dan polisi kerajaan neh telus dan menepati kehendak rakyat. Contoh mudah ; 

Seseorang yang suka makan cili, sudah tentu tak berapa best bila makan benda yang tak pedas. Jadi dia akan sentiasa pilih makan2 yang bercili.

tapi

Keadaan neh berbeza pula dengan seseorang yang tak suka makan cili.. jadi

Oleh kerana bn ialah parti yang memerintah malaysia, maka sudah tentulah bn akan melantik proksi2 mereka dalam kerajaan yang selevel dan sepemikiran dengan mereka bila menentukan dasar. Belum tentu dasar yang mereka  tetapkan menepati apa yang diperlukan. Sebab itulah kita ada ruang untuk berpolitik. Supaya boleh salurkan perbezaan dan pandangan kita. Mahasiswa juga perlu diberikan saluran yang sama. Sebab mahasiswa neh bakal memerintah negara. Lebih cepat mereka memahami bagaimana boleh menentukan dasar negara adalah lebih baik sebab mereka boleh membantu menambahbaikkan sistem dan polisi negara. Luar dan dalam kampus. Mahasiswa neh haruslah bebas bersuara sepenuhnya tanpa ditekan. 

Menekan pandangan seseorang tidak akan mengubah ahti dan pemikiran seseorang. Seseorang itu mungkin tidak akan tegar bercakap depan2 tetapi dia berani cakap belakang2. Dan belakang2 neh lah yang akhirnya boleh menyebabkan kerajaan hilang kepercayaan suara anak muda. Ini ialah kesalahan kerajaan sendiri, jangan salahkan mahasiswa yang memberontak tapi salahkan diri sendiri yang menekan. 

Soalan : Tak perlu berpolitik. Dorang hanya pandai demo susahkan orang jek.

Jawapan : Jangan risau. Andai di ajar dan diberikan peraturan, mereka juga pasti akan ikut dan menerima faham garis panduan neh. Ia perlukan usaha untuk mengubah tingkah laku dan emosi mereka. Ia sesuatu yang boleh kita ubah. Ia bukan masalah besar pun sampai nak halang mahasiswa daripada berpolitik. Rakyat di malaysia neh majoriti mereka bertamadun. Bersangka baiklah pada masyarakat sendiri.

Soalan : Pokoknya.. mahasiswa tidak dibenar politik.. sebab lama2 seme termakan dengan hasutan pembangkang.

Jawapan : Nah.. inilah jawapan sebenarnya. Bukanlah kerajaan fikir pasal masa depan anak2 muda neh. Bukanlah kerana anak muda neh tidak cemerlang dalam akedemik. Bukan pula kerana anak muda neh tidak kenang budi, apatah lagi ia bukan pasal pinjaman. Tetapi seme neh dibuat sebab kerajaan takut hilang kuasa. Kerajaan tidak yakin anak muda akan sokong mereka. Jika kerajaan open dalam membiarkan mahasiswa neh berpolitik, kerajaan percaya bahawa mereka akan kehilangan sokongan yang besar dari anak muda. Bahkan dari rakyat malaysia itu sendiri. Bukan lah kerana pembangkang neh suka menghasut, ia adalah disebabkan kerajaan sendiri yang terang lagi jelas menipu dalam setiap apa yang mereka sampaikan kepada rakyat di luar sana. 

Lebih tepat, setelah bertahun2 lama nya mereka menipu rakyat melalui media massa, mungkin faktor itu sudah tidak boleh mempertahankan mereka lagi apabila mahasiswa di izin berpolitik. Bila mahasiswa sudah dizinkan untuk berpolitik, mereka akan terdedah dengan pelbagai perkara. Dan salah satunya, mahasiswa akan mula berfikir untuk membezakan mana satu salah dan mana satu betul. Dan bila mereka sudah pandai bezakan yang itu, dan automatik tanpa perlu disuruh mereka sendiri akan tidak akan condong kepada kerajaan. Ia perlukan seseorang itu menjadi jahat, untuk dilihat sebagai jahat. Yang neh kerajaan, kena faham.


Ameno : Menyekat suara tidak boleh menyekat perasaan. Kena ingat tue.

Mahasiswa VS Polis : Kisah sebenar yang tertinggal. - UPDATED.

Ya.

Ramai orang marah polis dalam 2 hari neh. Bagi aku kemarahan dorang jelas.Aku boleh faham. Bagi aku, dorang marahkan polis atas sebab ;

1. Polis salah sebab kacau orang yang sedang berdemo. Apatah lagi yang terlibat neh ialah pro mahasiswa.

2. Polis salah sebab bantai mahasiswa.

Ini punca kemarahan dorang. Aku hormat. Tapi ini pula pandangan aku, kenapa korang kena fikir isu neh sedalam-dalamnya sebelum meletakkan kesalahan ke atas bahu polis semata2. Bagi aku ;

- polis salah semata2 <-- tipu.

- mahasiswa salah semata2 <-- tipu.

- polis dan mahasiswa sama2 bersalah semata2 <-- tipu.

- polis, mahasiswa dan seme yang terlibat dalam spin kisah asal adalah bersalah <-- betul.

Biar aku jelaskan pandangan aku disini. Aku telah tolak pemikiran aku yang pro pakatan rakyat ke tepi terlebih dahulu. Ini aku buat sebab aku mahu menghebahkan fakta. Walaupun aku pro pakatan rakyat, itu bukan alasan aku kena memberikan analisis yang memenangkan pembangkang. Aku lebih suka menekankan konsep bahawa benda yang salah tetap salah dan benda yang betul tetap betul.

Dua perkara neh tidak boleh bercampur sampai bebila. Tetapi ia boleh berkompromi andai masing2 sudi belajar dan terima kelemahan diri memasing. Dalam isu mahasiswa vs polis, ia adalah bukti bahawa provokasi sampai bebila pun tidak boleh menyelesaikan apa2 masalah. Bawa masalah, boleh. Selesaikan masalah? Tidak boleh. 

Aku pun suka nak menyalahkan polis dalam insiden neh. Bagi aku, polis di malaysia neh terlalu menuruti arahan pemerintah. Ada berapa banyak kes jenayah yang berlaku? Apa dorang buat? Aku pun tak tahu sebab aku bukan polis. Tapi, bila melihat staststik naik mencanak2, ini memberikan aku persepsi bahawa kaedah yang digunapakai oleh pdrm untuk cegah, atasi, tahan dan banteras penjenayah sememangnya failed.

Isu mahasiswa vs polis neh sangat berbeza dengan isu polis vs bersih. Dalam isu bersih 2 ia memang jelas, provokasi datang dari pihak sana. Kami peserta2 bersih ialah dipihak yang bersabar, beralah, matang lagi tenang dalam menghadapi isu serta provokasi2 dari pihak lawan. 

Dalam isu bersih, kami datang cara baik. Kita deal cara baik. Tiada provokasi malahan kita melarang rakan2 kita provoke dan merosakkan barang awam. Biar polis serang kita, jangan kita serang polis dan jangan sesekali kita balas balik kekerasan mereka. Kita ada garisan panduan yang jelas untuk bersih. Kita pegang undang2 kita.

Sebab itu, walau apa jua cara yang telah kerajaan gunakan untuk gambarkan bahawa kami ialah di pihak yang salah mereka tetap gagal. Kerana kami benar2 berdiri di atas jalan yang betul. Laluan kami betul. Laluan kami menuju ke arah matlamat yang betul dengan menggunapakai kaedah yang betul. 

Untuk berjuang, bukan hanya niat sahaja yang perlu betul. Kaedah kita juga perlu betul. Boleh kah seseorang yang mahu memperjuangkan islam tidak bersolat kekawan? Boleh kah? Dia malas bersolat tapi bercakap pasal islam pongpang2. Boleh kah? 

Sebab itu dalam isu mahasiswa vs polis aku gemar menyalahkan kesemua pihak yang terlibat. Dan yang paling teruk ada pro pakatan rakyat yang cuba spin fakta sebenarnya. 

Peh.. 

Dia cakap dia benci kezaliman dan fitnah tapi bila dia sendiri buat okey. Time tue kebencian dia terhadap kezaliman tah kemana, kebencian dia terhadap fitnah juga tah kemana.  Ini bagi aku hipokrit. 

Bagi aku salah dan betul tidak tertakluk melalui sokongan kepada mana2 parti tetapi lebih kepada satu2 isu. So dalam isu neh apa yang aku nampak menerusi info beberapa blogs [pro bn + pr ] dan video youtube ialah ;


1. Mahasiswa berdemo cara baik pada awalnya.

2. Polis datang meninjau keadaan.

3. Mahasiswa tiba2 jadi panas. Siap baring atas jalan. Ini terjadi sebab polis datang ke lokasi demo.

4. Polis kemudiannya berbincang cara baik dengan mahasiswa. Polis beri laluan kepada mahasiswa untuk berdemo. Dalam erti kata lain, mereka izin mahasiswa habiskan apa yang ingin mereka lakukan. Waktu tue aku rasa cam mimpi jap. Ini bias. Aku dulu pergi bersih tapi layanan terhadap aku dan rakan2 bersih adalah berbeza dengan apa yang pendemo neh dapat. Maybe, polis cuba bersikap tolak ansur.

5. Selepas itu aku nampak gambar kubur. Gambar untuk kuburkan auku dan siap letak gambar najib. Aku tak faham tujuannya kenapa tetapi kalau ditanya pada aku, gambar najib tidak perlu sebenarnya. Memang kita seme benci kezaliman najib tetapi meletakkan gambar najib hanya meletakkan perjuangan mahasiswa yang mahukan kekebebasan akedemik menjadi pro partisan.

6. Salah meh mahasiswa dilihat pro partisan? Ya, salah. Sebab mahasiswa yang anti auku neh bukan hanya pro pr sahaja. Ramai juga yang pro-bn tapi anti auku. Malahan yang bebas lagi ramai anti auku. Tapi mereka malas nak amek port sebab perjuangan anti auku neh dilihat pro partisan tertentu. Bila perjuangan neh kurang mendapat tempat macam mana nak menekan dengan lebih kuat? Lagi ramai yang sokong, lagi cepat tercapai matlamat.

7. Meletakkan gambar najib juga memberikan persepsi bahawa perjuangan mahasiswa adalah semata2 nak bebas berpolitik. Walaupun ini mungkin bukan niat mereka pada malam itu tetapi inilah persepsi yang terhasil. Sedangkan kebebasan berakedemik bukanlah semata2 bebas berpolitik sahaja. Ia adalah lebih luas. Mahasiswa haruslah dibiarkan bebas memberikan pandangan yang bersifat ilmiah tanpa ditekan oleh mana2 pihak. Ini sebenarnya yang dijuangkan oleh mahasiswa. 

8. Tapi apa yang diterjemahkan pada malam tersebut adalah sangat2 menyimpang dari apa yang ingin disampaikan. Mahasiswa letak gambar najib. Ini mungkin menjadi simbolik kepada orang lain yang melihat perjuangan neh lebih kepada kehendak parti tertentu. Jangan marah persepsi mereka. Sebab yang memilih untuk meletakkan gambar najib adalah anda, yang berdemo pada malam itu. 


9. Salah meh pakatan rakyat anti auku? Tak salah. Pakatan rakyat di laluan yang betul. Pakatan rakyat ada asas yang kukuh kenapa anti-auku. Auku dibuat semata2 nak halang mahasiswa daripada condong dan aktif kepada pakatan pembangkang. Jadi jika PR menentang auku, ini logik akal.

10. Tetapi bagaimana pula dengan mahasiswa? Perjuangan mereka betul tetapi laluan mereka salah. Mereka haruslah di lihat bebas dari pengaruh mana2 parti sebab itu gambar najib pada malam itu adalah sesuatu yang tidak perlu ada. Mahasiswa harus faham perjuangan mereka mestilah selari dengan apa yang mereka mahu sampaikan. Mereka bukan semata2 mahu mahsuhkan auku sebaliknya mereka menuntut 8 perkara. Mereka menuntut kebebasan berakedemik. Jadi, kenalah dilihat berakedemik dengan berjuang secara akedemik.


10. Selepas itu ada mahasiswa yang panjat pagar terjerit2. Panggil orang anjing dan sebagai. Selepas itu hentak2 pagar. Pagar itu apa kekawan? Barang awam. Ko nak menjerit, jeritlah. Apahal ko memangsakan pagar tersebut? Bila dilihat ko menimbulkan provokasi, ini buka peluang kepada polis untuk heret ko. Dalam erti kata lain, ko yang salah. 

11. Aku pun pernah berhadapan dengan situasi yang ko hadapi. Tetapi beza antara aku dengan ko ialah ko buat provokasi dan aku pula tidak. Sebab aku faham sangat perjuangan dan matlamat aku. Aku mahu orang lain melihat aku berada di laluan benar dari awal sampai akhir. Di mulai dengan niat dihabiskan dengan salam mestilah mengikuti kaedah yang benar.

Sebab itu aku lepas dan ko ditahan. Dan bila polis dah seret, ko melawan. Adatlah melawan. Aku faham. Tapi kenapa masa panjat pagar tak fikir bahawa perbuatan itu boleh menjurus kepada provokasi? Kenapa? Kenapa emosi mesti atas daripada akal?

Dan kenapa pula mesti ada kawan2 lain menyerbu polis yang menahan individu2 yang tertentu? Sepatutnya jangan berbuat demikian. Jika polis seret kawan2 anda, anda tak boleh nak buat apa2 melainkan bercakap dengan polis, jangan tahan kawan saya. Jangan tahan kawan saya. Buat apa ko halang tugas polis? Lihat bawah neh sendiri. Pengakuan safwan anang beb ;





12. Ini bermaksud, safwan anang menghalang [baca menyelamatkan kawan2 yang diseret polis] tugas polis. Tapi silap polis bila polis sepak dan terajang orang. Bukan semua yang pergi berdemo itu kuat tubuh badan nya. Ada yang rileks bila kena bantai berkali2 tapi ada juga yang tak tahan dibantai sekali terus jatuh. Polis patut fikir kemungkinan neh. Safwan anang orang sebegitu. Badan dia tidak berapa kuat. Kena terajang dan ditumbuk sekali terus pengsan.


12. Dan bila ada yang pengsan [safwan anang], kenapa ada mahasiswa yang berlari2 pergi pecahkan klinik atas alasan nak selamatkan mangsa? Hellloo kawan.. lue doktor meh? Lue nurse meh? Lue tahu dia sakit apa meh sampai tiba2 lue boleh terfikir nak amek ubat? Faham isu tak disini? Mari sini aku explain detail ;


Ali pengsan tiba2 atas jalan. Saya kelam kabut pecahkan klinik nak amek ubat. Saya taktahu ali sakit apa, saya bukan doktor, saya tiada kepakaran dalam bidang perubatan, ubat pun saya tak kenal tapi saya pergi pecah klinik sebab nak selamatkan kawan2 saya. <-- Yigyoo boyaaaa? Kan dah terkeluar bahasa korea aku.


Hello kawan, lue salah bila lue sendiri pergi pecahkan klinik. Pada saat lue pecahkan klinik itu bererti tiada nurse dan doktor di dalam klinik terbabit. So kalau lue pecahkan klinik pun ubat apa jek yang lue boleh bagi pada kawan lue? Obso maah. Apa pun tak boleh. Nak taknak lue kena bawa dia pergi hospital. Ini barulah tindakan yang betul. 

Macam mana ko boleh terfikir nak pecahkan klinik nak selamatkan member ko padahal dia sakit apa pun ko tak tahu.. pelik dowh. Lagi cakap pasal nyawa, pasal mati tapi sendiri pergi rempuh klinik, tak fikir pun kesan dan akibatnya. Silap2 mati tercucuk kaca.. mana nak tahu kan?

So kalau polis membalas aksi negatif ko dengan apa2 yang mereka buat, adalah betul pada ketika itu. Sebab ko tiba2 pergi rosakkan harta awam. Jadi, kalau ditahan memang adalah wajar sebab sendiri cari pasal.

TETAPI..

13. Selepas itu kecoh dengan isu polis balon mahasiswa di dalam lokap. Yang neh polis mengaku ada memukul mereka tetapi tidak pasti samada di dalam lokap ataupun apa. Jika benar di dalam lokap bagi aku tidak wajar. Sebab polis dah tahan mereka. Ambil keterangan dah cukup. Kenapa perlu bantai membantai? Ini tak perlu sebenarnya.


14. Ingin juga aku tekankan disini, masyarakat dah memandang polis itu jahat dan pro bn. Oleh itu walaupun apa sahaja yang polis buat mereka dah takan percaya lagi walaupun benda itu benda baik. Perkara neh terjadi sebab polis sendiri yang salah apabila mereka tidak tahu membezakan apa itu tugas menuntut keadilan dan tunduk dengan kehendak parti politik.


Bila polis sendiri yang memaksa rakyat menanam persepsi tersebut, sedikit sebanyak polis kena redha dan akur kenapa rakyat memandang mereka sebagai penjahat pada malam demo terbabit. Aku boleh faham niat polis nak kawal keadaan. Aku boleh nampak polis dah beri kerjasama yang sepatutnya. Tapi itu tidak akan menyebabkan aku menghormati pdrm kembali. Tidak selagi mana mereka sendiri tidak berusaha bebaskan diri dari cengkaman bn.


15. Bagi aku punca mahasiswa bertindak menggunakan emosi pada malam itu adalah disebabkan oleh kehadiran polis. Akal mereka tidak boleh menerima bila mana polis muncul di dalam lokasi demo. Sedangkan ada banyak lagi kerja2 yang polis perlu buat tapi kenapa sibuk nak jaga peserta demo? Disebabkan inilah mereka jadi marah. Aku setuju polis tidak perlu buang masa menyemak dalam demo2 pro rakyat tetapi aku tidak setuju kita lakukan provokasi untuk zahirkan mesej kepada pihak tertentu.

16. Namun menipu dan menfitnah mengatakan bahawa polis mencederakan beberapa mahasiswa juga adalah sesuatu yang aku tidak sokong. Macam dalam isu safwan anang. Hal sebenarnya lain, tapi hal yang tersebar lain. Kita nak berjuang pun, jangan lah guna jalan fitnah. Jangan fikir menfitnah orang jahat adalah perbuatan yang baik. Menfitnah itu sendiri salah, bukan pasal fitnah orang baik or orang jahat.


Dan fikirlah kesannya pada jangka masa yang panjang. Memanglah ia adalah isu menarik untuk membalon polis bila safwan masuk hospital apatah lagi kita selama neh dah memang menyampah dengan polis2 yang hanya jaga kepentingan bn tapi boleh kah kita balon depa atas isu fitnah dan di ada2kan? Sudah tentu salah.


Dan bila kebenaran semakin jelas, orang akan jadi keliru. Ada yang sokong dan ada pula yang lari dari menyokong. Orang yang sokong ada macam2 alasan dan orang tak sokong pun ada macam2 alasan. Walaupun mahasiswa yang terlibat dalam demo neh bukan calang2 mahasiswa, mahasiswa2 yang hebat dalam akedemik tapi itu bukan kayu pengukur bahawa mereka juga hebat dalam menanggani emosi. Apakah arif alfian bukan golongan cerdik pandai? Tapi apakah jalan hidup yang dipilih dia? Dengan menjadi gay?

Mahasiswa kena buktikan terlebih dahulu perjuangan mereka adalah betul dengan belajar mengawal emosi masing2. Jangan pernah bagi ruang untuk pihak luar mencari kelemahan dalam perjuangan mahsuhkan auku. Kena pandai kawal situasi. Jangan sesekali bagi alasan pada bn untuk meneruskan auku dengan mempamerkan sikap ganas dan provokasi apabila berdemo.


Sendiri juga yang pongpang boleh berpolitik cara bijak. Boleh menyuarakan perbezaan pendapat cara bijak. Tapi bijak kah anda apabila melakukan provokasi melampau dan meletakkan emosi atas dari akal?


Boleh jadi disebabkan usia, maka mereka dengan mudah lekas naik. Boleh jadi disebabkan usia, maka mereka cenderung memikirkan apa sahaja yang mereka buat asalkan ada niat yang baik, maka ia semua adalah betul. Tetapi sayang, apa yang mereka fikir dan sangka adalah salah sama sekali.


Walaupun aku 100% menyokong perjuangan pro mahasiswa dalam menolak dan meminda auku tetapi aku tidak bersetuju mereka menggunakan cara provokasi dan emosi. Kita orang islam. Apabila kita berada dalam situasi dilemma, kita kena ikut balik perjuangan Nabi saw kita. 


Sebab itu aku ingin nasihatkan kepada pejuang2 auku, pandai2lah membezakan perjuangan parti dengan auku. Kalau kita duduk dalam pas, kita berbicara pas adalah logik. Tapi kalau kita duduk dalam auku, tapi kita bicara pasal pr memang pelik. Apatah lagi dengan mempongpang balon bn dengan isu2 yang tak berkaitan. Perjuangan auku, tapi membebel pasal zina [contoh], ada kena mengena ka?


Jangan salah faham, zina aku pun anti. Tetapi kita sudah ada landasan tertentu untuk balon kerajaan dengan isu itu. Jadi tak perlu sibuk merapu sakan dengan menggunakan landasan yang lain. Benda yang sama juga aku tekankan dengan perjuangan pro mahasiswa dalam isu auku. Pastikan niat membalon kerajaan dalam isu auku diteruskan. Tetapi jangan campur adukkan ia dengan benda lain. Jangan memperlihatkan anda pro mana2 partisan. Jangan juga sesekali menggunakan cara yang salah untuk sampaikan mesej. 


Walaupun niat anda memang baik tetapi jika penyampaian anda tidak baik, ia tetaplah tidak baik. Mungkin ada yang akan bagi alasan alahh bn boleh jekk.. guna himpun lah.. guna perkasa lah.. untuk balon pr dan sebagainya. Jangan. Kena faham kenapa kita anti bn. Kita berbeza dengan bn. Kalau kita pun mahu meniru apa yang bn buat, jangan sibuk canang kita berbeza dari bn. Jangan sibuk canang kita lebih baik dari bn. Jangan pernah sibuk. Jangan.


Ameno : Akal atas.

Ahad, 1 Januari 2012

Kereta Safwan Anang yang tercedera dipecah.

Apa point pecahkan cermin kereta orang lain? Nak marah ko punya pasal tapi kenapa mesti gunakan bahasa tubuh dan kekerasan? Lihat bawah neh ;






Ini adalah gambar kereta mahasiswa yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal pada malam tadi tapi telah beransur pulih selepas dirawat beberapa jam di hospital sejurus selepas cedera. Mahasiswa Safwan Anang pengerusi gerakan menuntut kebebasan akedemik, cedera tanpa diketahui sebabnya [ada pelbagai versi dan andaian tetapi tiada kesahihan dia cedera atas sebab apa] selepas protes di depan pintu masuk UPSI malam tadi.


Kereta milik saudara safwan neh dipecahkan dibahagian cermin hadapan dipercayai kerana provokasi oleh pihak yang tertentu. Gambar neh tersebar di wall facebook sejak dalam 3,4 jam yang lepas. Kereta neh dipercayai dipecahkan menggunakan alat yang keras.


Tapi susah nak tuduh kalau tiada bukti kan? Siapa yang pecahkan dan apa niat dia hanya Allah swt je tahu. Tolonglah berhenti gunakan kekerasan tak kira siapa pun ada. Kekerasan tidak boleh selesaikan masalah dan hormatilah perbezaan pendapat sesama kita. Bukan kah itu lebih baik?


Ameno : Perlu ke kereta jadi mangsa?

SB yang mahu menumbuk Adam Adli kini berada di Tanjung Malim.

Polis yang mahu menumbuk dan memberikan amaran kepada Adam Adli minggu lepas kini dipercayai dikesan berada di depan balai polis tanjung malim. Lihat bawah neh ;


Gambar yang diperolehi menerusi twitter oleh AMK. 

Gambar neh dipercayai baru sahaja diambil dan diupload di twitter untuk tujuan sebaran. Untuk rekod SB neh pernah menampar muka adam ketika dia membuat laporan polis di bukit aman akibat di ugut oleh penyokong2 kerajaan.

Dan kini dia muncul di balai polis yang menahan adam adli. Taktahu apa yang dia ingin cuba lakukan tetapi diminta awas jika ada sebarang provokasi yang dia lakukan, minta elakkan. Kita taktau apa niat dia tapi yang pasti isu kecederaan mahasiswa dan mahasiswa yang ditahan oleh polis, sudah pasti akan di spin oleh polis sehabis daya untuk meletakkan kesalahan di atas bahu mahasiswa semata2.

Kalau nak anggap kedua2 pihak bersalah, ok. Tapi kalau nak letak kesalahan di atas bahu mahasiswa jek, memang tak boleh sebab mustahil mahasiswa jek yang patut dipersalahkan dalam isu neh. Isu kecederaan serius neh jelas, polis perlu bertanggungjawab. Sampai masuk ICU. Adil kah? Perlu ke membelasah orang sehingga masuk ICU? Lue fikirlah sendiri. SOP apa tah yang digunapakai. Adoii.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Mahasiswa ditahan, dibelasah dan gambar Adam Adli di lokap. -UPDATED!

Peh.

Pagi neh kecoh dengan news mahasiswa yang kena belasah dan ditahan oleh polis malam tadi akibat bernekad meneruskan demo di depan pintu masuk UPSI bagi mencari kebebasan akedemik.

Menerusi pelbagai sumber website yang dikumpul melalui facebook dan twitter menyatakan bahawa ;

1. Mahasiswa ditahan ketika protes di depan pintu masuk UPSI.

2. Sebanyak 15 - 20 jumlah mahasiswa yang dipercayai ditahan oleh polis malam tadi.

3. Ada yang dipercayai dipukul dan dibelasah polis. Punca kejadian masih belum dapat dikenalpasti. Samada mahasiswa yang bertindak ganas ataupun polis yang melakukan provokasi. 

4. Kat bawah neh gambar adam adli yang berada di lokap tanjung malim selepas dibawa oleh polis malam tadi. Dan dipercayai masih berada di dalam lokap.


Aku tahu faham kenapa mereka ditahan. Tapi kalau mereka berdemo di malam tahun baru kira halal sudahlah. Ramai orang berkumpul malam tahun baru untuk meraikan tahun baru so biarlah mahasiswa nak berkumpul dan protes pun. Anggap jek depa sambut tahun baru dengan cara sebegitu.

Aku tak pasti samada mahasiswa neh ada melakukan provokasi ataupun apa sehingga polis menahan hampir 20 mahasiswa malam tadi tapi aku tak fikir mahasiswa2 neh akan melakukan provokasi. Pasal apa, dorang patut dah belajar dari insiden adam adli, bahawa provokasi tak boleh selesaikan masalah. 

Bagi pandangan aku apa yang berlaku ialah mungkin polis cuba menyuraikan mereka tetapi mereka enggan berganjak lalu ditahan. Ini yang aku rasa sedang berlaku. Tapi kejadian sebenar masih belum diketahui oleh aku. So neh cuma persepsi aku, bukan nya fakta. Jangan tatau beza plak.

Dengar citer ada juga yang dibelasah hingga berdarah ketika dalam tahanan lokap tapi tak pasti samada neh betul ataupun tidak. Dan sekarang facebookers juga sedang berkempen selamatkan mahasiswa dari tahanan polis. Sila baca mesej yang disebarkan di bawah neh ;
Mesej buat SEMUA rakan2 FB saya, harap SEBAR - Sahabat semua mohon call no ini (balai polis tjung malim) 05-4596222 kita desak mereka bebaskan 17 aktivis dan mahasiswa yang ditangkap!
Updated ;


Tahun Baru 2012 Tercemar


1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak. 


2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala. 


3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. 


Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River. 


4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ? 


5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas. 


oleh - Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [via fb]

Gambar2 dari blog milosuam ;





Info lanjut akan menyusul kelak.

Ameno : Perlu ke polis belasah sampai masuk ICU???

Jumaat, 30 Disember 2011

TOP 5 : Lima menteri paling tidak cerdik pada tahun 2011.

Kah kah kah

Baru tulis tajuk aku dah tergelak. Belum lagi tulis point kenapa aku kata menteri2 neh tidak cerdik [ganti nama untuk bangang]. Minta maaf pak menteri. Minta maaf banyak2 kerana aku menjadi rakyat yang sangat jujur bila mengkritik kepimpinan korang. Aku dah berusaha sehabis baik mahu mengrespect korang tetapi tak kira sehebat mana pun aku mencuba, ia tetap gagal. Sebab?

Sebab korang sebagai menteri langsung tidak bekerjasama dengan aku dan rakyat dalam menjaga imej diri sendiri. Bila korang sendiri dah memilih untuk tidak direspect, maka siapalah aku yang beria2 nak respect korang, betul? 

Kah kah kah

Di mulai dengan tempat kelima.

5. Hishamuddin Hussein.


BERSIH. Isu bersih membuktikan bahawa dia layak mendapat title neh. Lupakan kekantoian dia dalam isu yang lain2. Isu bersih neh lah yang menyebabkan dia dilihat sebagai menteri yang bangang yang mana dia sendiri pun sedar akan hal tersebut. 

Siapa dia menteri yang menangkap orang semata2 pakai baju bersih dan edar risalah? Siapa dia menteri yang tahan orang jual baju bersih? Siapa dia menteri yang tutup seluruh kl tetapi menyaksikan berpuluh2 ribu rakyat yang berazam akhirnya berjaya menembusi kl? 

Siapa dia? Ya, anda lah orang nya Hishammudin. Menteri propa. Konon nya menteri menjaga keselamatan dan mementingkan rakyat. Tapi ban buku kartun? Kartun boleh membunuh meh? Kartun tidak, tapi gas beracun boleh. 

Apa yang dah jadi pada kes hospital tung sin? Apa yang dah jadi dengan kes kertas siasatan lengkap pasal bersih? Itu pun belum masuk isu kematian di bangunan sprm. Itupun tak sentuh lagi bab salah laku polis yang menceroboh ceramah2 pr.  Itupun tak kira lagi kes ugutan bunuh kepada pr. 

Kes serang markas pkr di tropicana even dengan bukti kita bagi. Apa dah jadi? Zero. Apa pun takde. Kejayaan bersih 2 menyebabkan kerajaan akur dengan kemahuan rakyat malaysia apabila mereka akhirnya menubuhkan PSC. 

Siapa cakap bersih 2 tiada effect? Siapa yang menerima faedah RM500? RM100? Siapa, ya koranglah rakyat yang bersenang lenang goyang kaki di atas perjuangan kami. Di sebabkan kami berani menentang kezaliman, disebabkan kami berani melawan kemungkaran, maka akhirnya kerajaan terpaksa kendurkan kekerasan demi meraih undi. Semua itu atas usaha kami, rakyat yang bukan sekadar goyang kaki di rumah dan mengeji semua pejuang bersih.

Anda patut berbangga kerana rakyat macam kami wujud di malaysia neh. Orang yang sayangkan malaysia dia tahu mana satu betul dan salah. Orang yang pentingkan diri sendiri hanya pandai mengambil kesempatan di atas usaha orang lain. Berapa ramai yang pentingkan diri sendiri? Lue fikirlah sendiri.

4. Ismail Sabri.


Kenapa dia tidak cerdik? Adakah disebabkan dia bapak kepada dafi? Tidak sama sekali. Dua isu neh langsung tidak berkaitan pun. Dia tidak cerdik disebabkan dia gagal menangani krisis kenaikan harga barang dengan berkesan. Sedangkan dia ialah menteri yang sepatutnya memikirkan permasalahan neh.

Fenomena kenaikan harga barangan makanan di malaysia neh semakin melampaui batas. Tapi apa yang menteri kita jawab? Harga barang di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran. Bila dia gagal atasi penyeludupan, tahu dia cakap apa? Jumlah penguatkuasa terhad, dah tue dia nak rakyat pula atasi penyeludupan?

Inilah antara menteri yang buat kenyataan tah hapa2 sepanjang tahun 2011. Isu kenaikan cukai yang membebankan dia buat derk. Isu yang tah hapa2 dia pergi meroyan sana sini. Lepas tue tah hapa2 pongpnag marah pembangkang depan tv.
Rakyat peduli meh lue nak hentam pembangkang? Lue punya pasal tapi utamakan lah kerja dulu. Setiap satu bulan 1 barang sekurang2nya naik harga. Itu paling kurang bhai. Bayangkan kalau 10 barang naik harga? Kalau 20? 

Tak ke mamposnya nama tue? Itulah yang dialami oleh rakyat malaysia sekarang neh. Di alam kemamposan. Sana sini orang mengeluh barang naik harga. Mengeluh harga barang yang naik dengan mendadak bukan bererti mereka2 itu pro pembangkang beb.

Sialan.. itu hari harga dia baru rm2.50 apahal sekarang jadi rm3? Marah pakmat.  <-- Pakmat neh mesti pembangkang. Bila check2 dia ialah pro umno. Hidup mampos untuk umno.

Celaka punya kedai. Makan tah pape pun rm27? Gila betul. Marah yusri. <-- Yusri neh mesti pembangkang. Bila check2 rupanya dia apa pun tak minat pasal politik.

Tapi ismail sabri dia tak nampak semua tue. Mentaliti dia dah jitu. Complaint harga barang naik lue confirm pembangkang. So apa sahaja kenaikan harga barang yang dibangkitkan oleh rakyat adalah boleh pergi straight masuk bakul sampah.

Dan dia pula boleh pergi straight bagi idea2 bahlol. Seperti portal pengguna 1malaysia rm1.5juta yang satu sen pun takde effect pada aku dan ko. Walhal sebelum tue portal yang lebih kurang sama telah dibuat setahun sebelumnya. Tukar nama dan format sudahlah. Benda percuma tapi bayar kepada kroni. Last2 benda ditinggalkan dan diabaikan macam portal yang lama. Useless.

Seperti kedai2 rakyat 1malaysia yang kita tahu sah2 ia adalah projek kroni. Seperti restoran 1malaysia[hasil tarik subsidi bahan mentah] dan kedai ikan 1malaysia [hasil tarik subsidi nelayan dalam] dan terbaru burger 1malaysia [hasil NFC?]. Ini semua apa? Apa? Apa benda yang mahu disampaikan? Lue punya otak kasi luas sikit lah. 

Daripada beberapa peniaga yang mendapat kebaikan, kan elok lue kasi kembangkan ia kepada semua peniaga2 di malaysia dan automatik semua rakyat malaysia boleh dapat kebaikan? Lue tarik subsidi dari majoriti yang memerlukan, tapi lue beri susbsidi pada minoriti yang tidak memerlukan, ini adil meh? Ini adil kah?

Apa salahnya kalau konsep kedai rakyat neh ditekankan dari segi sistem. Bukan dari segi projek. Maksudnya cari satu sistem yang boleh dilaksanakan oleh pekedai2 malaysia sehingga membolehkan mereka menjual dengan harga yang berpatutan kepada rakyat malaysia. Harus diingat, rakyat bukan nak harap dan hadap barang percuma dan subsidi dari kerajaan. Tetapi rakyat mahukan kualiti yang bersesuaian apabila mereka dah bersusah payah membayar cukai dan sebagainya.

Ini konsep yang kerajaan kena faham dan gunapakai. Jangan ingat dengan lambakkan barang murah lagi beracun lepas tue nak suruh rakyat berlutut owhh.. syukurlah aku.. syukurlah aku.. bien memang ko lah raja paling agung. Gila ka ko bien? Ko fikir aku cukup bodoh nak berbuat demikian? Pergi mampos.

Penafian Ismail sabri pasal barang makanan KR1M yang beracun dan dibuktikan dengan fakta langsung tidak menghilangkan rasa ego menteri neh. Dia malahan tidak tahu pasal pengenappan. Sila rujuk posting lama di amenoworld dan fb dia sendiri. Ini lawak beb.

Dan yang lebih sadis, walaupun dengan berani aku menjemput dia masuk ke fb saya benci harga barang naik menerusi mesej private dengan menjanji 3 syarat bahawa 

1. tiada provokasi kepada dia.

2. Bahasa yang sopan.

3. Hujah yang relevant [tidak lari topic]

agar dia boleh memahami keluhan ahti rakyat terbanyak macam aku yang menderita sakit jiwa fikir kenaikan harga barang setiap hari dengan jumlah pendapatan yang masih sama, dia langsung tidak endahkan. Fikirlah, aku dah bagi dia ruang dan peluang untuk mengenalpasti apa masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat tapi ada dia kesah? Ada dia kesah? Haram.

Walhal sehari sebelum itu di berita dia cakap, dia dengar suara ahti rakyat. Neh rakyat datang jemput dia sungguh2, time seme dia tetapkan, aku dan fans momantai, ada dia peduli? Haram. Berlakon depan tv mesti mao. Belakang2 Allah swt lebih tahu ma. Simple. Itu sebab aku berani cakap dia neh memang langsung tak cerdik.

Yang cerdik hanyalah buang duit. Sikap terlatih pemimpin2 bn dari dulu sampai sekarang.

3. Jamil Khir.


Inilah menteri yang sangat2 memalukan umat islam di malaysia. Engkauuu tibaaa bilaa politik bien di ancam.. ko blahh bilaa akidah umat islam jadi taruhan. Benda yang dia patut focus dan atasi dia boh layan. Jakim takde kuasa. Had kuasa jakim terhad. Kalau dah tahu kuasa ko terhad, pergi tambah. Pergi cari jalan, usaha untuk tambah kuasa ko. 

Tak dapat dengan tangan, lawan dengan mulut. Hentikan penerbitan majalah lucah malaysia seperti mangga dan dll yang sama seumpamanya. Ia diterbitkan oleh orang islam dan dibeli pula oleh orang islam dan ko sebagai ketua yang menjaga akidah umat islam mesti tentang benda neh habis-habisan. Takde kompromi.

Pelbagai filem yang melampaui batas, pelbagai drama yang menyeleweng, ko patut banteras. Ko patut tahu bila dan di mana peranan ko perlu dimainkan. Bukan guna wang zakat. Bukan pergi sound umat islam jangan suka meminta. Bukan bina rumah besar2. Bukan beli buku kutuk pas. Bukan hina pr dalam ceramah dan khutbah jumaat. Bukan, bukan, bukan. 

Ini bukan kerja ko. Kerja ko jaga akidah kami. Halal haram bukan dalam bab pemakanan je. Itu pun ko tak pass. Syarikat besar2 yang sah2 jual dna babi disembunyikan. Macam mana orang islam nak tahu benda apa yang halal dan apa yang tidak? Nama baik syarikat lebih penting dari pemakanan umat islam. Adakah umat islam ialah testimoni kepada pemangkinan kekayaan yang boleh jamil khir raih di dunia neh?

Jadi orang jangan kejam sangat jamil, jangan. Bukan bermaksud kejam sikit2 boleh. Jangan salah faham. Tapi fikirlah. Bila ia melibatkan akidah umat islam, utamakanlah kami neh. Kami neh amanah buat ko. Setiap satu langkah salah yang kami buat yang mana ia didorong oleh pentadbiran yang salah oleh ko, bukan kami je kena di akhirat, ko pun kena. Malahan lebih teruk.  Ini melibatkan dari generasi kepada generasi. Kalaupun generasi sekarang neh dah rosak, janganlah bawa ia kepada generasi akan datang jamil. Jangan. Kita mampu mengubahnya.

2. Najib Razak.


Tidak lagi perlu diterangkan kenapa dia masuk ke dalam carta. Mungkin orang sedikit confuse kerana dia sepatutnya juara taktha. Tapi apahal dia no 2 pula. Siapa lagi yang paling tak cerdik berbanding dia? Ada meh? Ada. Memang ada. Malahan terlampau banyak saingan sehingga susah nak cari pemenang beb.
 
kah kah kah

Isu yang paling menampakkan Najib razak tidak cerdik pada tahun 2011 ada pada 3 perkara neh. Sebenarnya ada banyak, tapi 3 isu di bawah neh mencetuskan momentun respon yang luar biasa rakyat malaysia terbanyak ;

1. Isu menara warisan.

Isu yang jelas lagi terang terbukti dia tak pakai otak ketika announce menda neh. Awal tahun announce [sekarang sedang finalising] buat menara warisan. Akhir tahun malaysia takde duit pun nak bayar kos selenggara pesawat yang baru dibeli. Ini cara pm tadbir negara. Dipenuhi dengan hutang kiri kanan atas bawah. Pun ada ahti bazir duit lagi dengan berubat luar negara walhal sendiri nasihat hargailah kepakaran tempatan.

Lagi bising suruh rakyat jimat cermat tapi sendiri yang perkenalkan pula pelbagai cukai2 yang baru, malahan bil elektrik juga sudah bercukai yang dijenamakan dengan gelaran baru iaitu LEVI. Ini apa? Lue suruh wa jimat, wa hormat. Tapi lue jangan melampau ma. Jimat wa kena, cukai pun wa kena, lue mao wa buat apa? Sampai wa mampos baru lue syok meh?

Kemon larh piem, kemon larh. Nak suruh rakyat berjimat momantai. Tapi jangan ditekan lagi. Dan sendiri pun kena belajar amalan jimat cermat. Jangan pandai nasihat rakyat je. Bil elektrik + air beriban2 dan sewa rumah rasmi tue apa citer? 

Sendiri amalkan dulu, then rakyat pun ikut. Kalau sungguh nak selamatkan negara, kena sama2 bergabung. Ko tak boleh nak kerah rakyat sedangkan dalam waktu yang sama ko sendiri yang habiskan boreh. Ini salah. Sendiri pandai buat hutang, sendiri bayar hutang. Jangan lambakkan pada rakyat sebab beban kita orang neh pun dah banyak.

2. Isu email 1malaysia.

Isu yang tak perlu diperjelaskan lagi. Jelas, inilah projek kroni. Syarikat neh juga telah mendapat tender sebagai pengutip saman traffic. Macam lah susah sangat nak bayar saman traffic. Bersepah cara ada di malaysia neh. Email free pun bila jadi satu malaysia kena bayar 50sen. Ini yang penyokong umno soh wa respect? Memang wa gelak besar bhai.

Kah kah kah

3. Isu imej islamik.

Orang pergi haji, dia pun pergi haji. Orang guna duit sendiri, dia guna wang rakyat dengan naik kapal terbang yang mana kos tambang sewa nya rakyat yang kena bayar.  Orang pergi haji happy2, dia pun happy2 sampai masuk tv hari2. 

Orang belum balik haji tapi dia dah selesai haji. Bila orang bagi persepsi dia marah bertubi2. Sedangkan sendiri yang tayang amal diri sendiri. Orang pun tak hingin nak menyemak kalau bukan dia yang tayang diri. 

Jangan lah ingat semua orang buta ahti terpengaruh dengan amalan yang sengaja disensasi. So akhirnya berbalik kepada diri sendiri. Siapa lagi yang salah kalau bukan diri sendiri yang sengaja berlagak demi meraih undi? Itu pun tak masuk lagi isu lue perleceh hudud depan tv. Berkerjasama dengan totok yahudi? Lue fikirlah sendiri.

1. Shahrizat Abdul Jalil.


Ya. Inilah juara. Dia berada di tempat yang betul. Dia ialah menteri paling tak cerdik sekali dalam tahun 2011. Isu NFC mencalarkan semua rekod baik dia. Isu NFC menghilang dan melenyapkan semua jasa dia pada negara. Siapa yang salah kalau bukan diri sendiri?

Pada awalnya dia dah kalah secara bermaruah dengan nurul izzah di lembah pantai. Dia patut sedar ketika itu bahawa dia dah ditolak. Kenapa lah nak tunggu sampai orang2 betul2 menyampah dekat dia ? Itupun dia tak blah lagi. Dia duduk lagi dalam kerusi menteri. Boleh nampak tak betapa tak cerdiknya dia neh?

Bagitau saya mana satu pemimpin umno yang tidak bermasalah? Ini dia jawab bila orang suruh dia blah. Woitt.. pasal pemimpin umno bermasalah lah orang makin benci pada umno. Sekarang tak payah heret pemimpin lain, sekarang focus isu ko jek. Saya hanya isteri, saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia.. nak selak kain ke sinsing baju ke apa ke itu semua tidak lagi berguna.

Jadilah ibu yang bermaruah at least kepada anak sendiri. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak2 sendiri. Isu NFC neh tak kira nak lari kot mana pun memang ko dah tersepit. Dari salahguna wang beli kondo di malaysia dan singapore sampailah kepada isu gaji yang melampau2 banyaknya semua nya dah terbongkar. Semua nya. Dibuktikan dengan fakta yang kuat lagi, jelas lagi konkrit.

Ko dah tak boleh nak buat apa. Ada kuasa memang aku dakwa ko. Aku seriyes neh. Tapi aku fikir kalau ko boleh pulangkan balik rm250j dan berundur cara baik pun okey dah. Lepas neh apa ko nak buat dengan hidup ko punya pasal. Jangan lagi susahkan rakyat hanya semata2 nak hidup mewah. Please shahrizat. Berundurlah selagi ada ruang untuk berundur.

Ameno : Ulang kata2 shahrizat.. siapa menteri umno yang tidak bermasalah.. siapa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...