Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Disember 2011

Masalah penduduk ijok selesai.

Isu neh selesai semalam [sebenarnya kelmarin] sebab 25hb cuti dan 24hb pula depa kerja separuh hari so ia kurang sebaran ataupun lebih tepat tiada sapa pun yang nak sebarkan isu neh bagi membidas hujah umno. Biasalah beb, kerja free memanglah ikut kfree-an time yang ada.

kah kah kah

Lihat video di bawah neh terlebih dahulu ;







Isu yang dibangkitkan oleh tv3 neh memang ada asasnya. Beza, mereka hanya salur maklumat terpilih. Mereka tak salur seme info. Memang benar penduduk ijok marah dengan pr dan marah dengan adun khalid ibrahim. Memang benar penduduk ijok mengamuk2 dengan pr atas sebab isu neh, bukan tajaan umno bagai dan etc blablabla.

Yang tertinggal disini ialah ;
1. Punca isu lambat diselesaikan ==> pr menunggu kes mahkamah selesai.

2. Punca penduduk ijok marah ==> keputusan berubah2 oleh kerajaan bn sebelum neh. Dan kerajaan pr pula bentangkan pelan yang penduduk ijok tak boleh terima. 

Ini asasnya. Pada yang pongpang kutuk penduduk ijok sebab depa marah khalid ibrahim fikir balik. Ketaksuban pada parti menjadikan korang bodoh sampai tatau beza salah dan betul satu2 perkara.

Dalam isu neh, tv3 telah mengambil tindakan bijak dengan memperbesarkan ia. Disebabkan itulah pr menyelesaikan isu neh dengan sepantas kilat. Well done tv3. Anda ada jasanya disini walaupun anda masih sempat lagi menipu dalam laporan pemberitaan tersebut. Heh.

Apa pun jadi rakyat, pastikan paksi kita ialah banteras penyelewengan. Ingat. Bukan pro pr dan bn sampai sesama sendiri bergaduh. Buang masa seme tue beb. Buang masa. 

Untuk rekod : Walaupun penduduk ijok marahkan khalid ibrahim time tue, depa sayangkan dan percayakan yb zul time tue juga..  sila tonton video amukan depa terlebih dahulu.

Ameno : Selesai isu..

Nga Kor Ming rembat projek kerajaan negeri untuk bini sendiri ka?

Lambat. 

Itu yang aku boleh respon terhadap kes isu NGM [shortform for Nga Kor Ming]. Dah beberapa hari aku tunggu dia update sesuatu yang lebih relevant berbanding cakap2 penafian berhubung isu neh but still nothing new come in his blog. Nothing expect penafian demi penafian. Setakat penafian aku pun boleh. Bukan susah. Guna air liur je beb. Mudah ma. 

Oleh kerana NKM tidak menafi dengan hujah konkrit maka wajarlah ko dan aku mengesyaki ketelusan dia sekarang neh.

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;




Okey lihat dua dokumen di atas neh terlebih dahulu. Dengan mengambil kira dokumen di atas neh ialah dokumen yang original bukan nya rekaan maka aku dan ko dapat melihat dua perkara di atas neh iaitu ;

1. Syarikat yang dah dapat tender ditukar kepada syarikat lain pada tahun 2008.

2. Syarikat itu ialah syarikat bini NKM. Ini disahkan sendiri oleh NKM menerusi twitter dia beberapa hari lepas. Lebih tepat korang boleh lihat bawah neh sendiri ;


Lihat bawah neh pula ;


Peh.

Syarikat neh didaftarkan pada tahun 2008. Ini satu syarikat yang baru pada ketika itu. PR tawan perak pada bulan march. Dan syarikat baru pada bulan april. Cantik !. Ini makin menarik. Lihat bawah neh pula ;


Perghhhh...

Ini lebih panas berapi. Syarikat paling mahal menangi tender kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bawah pr time itu tidak pandai mengenal angka? Wa donno. Dont ask wa. Lihat lagi bawah neh ;





Baucer pembayaran. Atas bil ia jadi rm600.00 seunit but still termahal sebab kerajaan negeri boleh dapat rm400 / rm350 seunit.  Sebelum neh NKM desak blogger's umno buat report police dan SPRM, yes dia telah berbuat demikian.

Dan selepas itu NKM menafikan isu neh dengan mengatakan ia adalah fitnah semata2. Apa yang fitnah? Tang keoriginal dokumen kah? Tang bini dia terlibat dalam syarikat neh kah [padahal dia mengaku di twitter bini dia ada kaitan dengan syarikat tue]? Tang dia campur tangan dalam menentukan syarikat yang layak dapat tender kah? Apa yang fitnah? Apa? Jawab dengan maklumat terperinci sikit. Pasal aku nak kenalpasti apa yang blogger umno neh fitnah. 

Bila dah kenalpasti baru boleh fikir macam mana nak anggap kes neh. Kalau dok pongpang cakap macam bn selalu cakap.. ini fitnah.. itu fitnah.. apa pun fitnah.. macam mana? Orang kasi dokumen, balas balik dengan bukti. Bukan dengan hujah air liur. Air liur ko satu sen pun tak berharga. Baik ko jawab. Pasal apa.. nanti aku print dokumen2 di atas neh dan aku sebarkan di tempat aku.

Aku paling benci dengan wakil rakyat yang tidak amanah. Aku takan bagi muka walau siapa pun ia. Baik bn or pr bila dah pengsonglap tue kekal lah pengsonglap dan jangan harap dan hadap aku akan defend pr mati-matian sebagaimana bloggers umno yang sering defend mati-matian apa juga kesalahan pemimpin mereka. Aku ada garisan yang tepat tentang salah dan benar. Ia hanya perlukan Alquran. Tak caya ko cuba sendiri. Bai.

Ameno : 50% NGM neh boleh direject.. jangan undi perompak baik yang kecil mahupun yang besar wahai rakyat.

Bukti pakatan rakyat taja video sembang rakyat.

 

Lambat siot.. 

Lambat aku tengok video neh. Asyik terlupa jek nak tengok. Last2 tadi sempat gak tertengok video pembongkaran siapa sebenarnya yang taja sembang rakyat. Betul2 punya kelakar dan pelawak punya video. Bagi aku ;

1. Sembang rakyat = buat video kutuk2 pr.

2. Orang akan fikir bahawa bn yang buat video neh.

3. Then sembang rakyat buat video kutuk2 pr dengan mengatakan bahawa pr lah yang taja sembang rakyat, bukan nya bn. Padan Muka. !

4. Hasilnya semakin ramai orang kutuk2 bn. Bukan nya kutuk2 pr. Semakin lama semakin banyak kutukan dibuat terhadap bn. Padan muka !.

5. Pelakon sembang rakyat neh pun ada yang berlakon dalam drama tentang dhia.

6. Ada bagosnya kalau kita tanya dia sendiri, macam mana dorang boleh involved dengan sembang rakyat. Kalau dapat siasat krew produksi sembang rakyat dan lokasi pengambaraan pun bagus juga. Macam ia dibuat oleh seseorang yang ada pengalaman dalam pengarahan drama dan perfileman. 

7. Dari visual, editing, lighting seme nampak pro. Hebat kan?

Apa yang cuba ditonjolkan oleh sembang rakyat ialah dia faham bahawa rakyat tidak mungkin akan berfikir bahawa pr yang buat video neh tapi dia nak bagi rakyat was2 dan syak wasangka. Ini amalan biasa dalam strategi perang. Kita bagi lawan kita was2 so senanglah kita nak predict langkah seterusnya. Tak hairan.
So, aku cadangkan kita kejar, kita cari dan kita selongkar pelakon2 sembang rakyat neh. Aku tak percaya takde orang kenal depa. Mesti ada punya. Jangan risau, kita bukan nak belasah depa ke apa ke.. just nak kan kesahihan yang lebih tepat bahawa memang umno di balik tabir of sembang rakyat, baru sedap sket nak membalon kaw2.

KAH KAH KAH

Ameno : sendiri yang bahlol, kata orang. kah3x.

RM500 haram kata TG Nik Aziz?


Peh.

Berduit seme neh. Sanggup buat banner dan gantung di beberapa tempat di kelantan. Baca banner neh di atas neh. Ia menyatakan dengan jelas bahawa pas melarang rakyat kelantan mengambil rm500 dalam program BR1M sebab wang tersebut haram, tidak tahu punca nya dari mana. Apa yang rakyat kelantan juangkan selama neh hak dalam royalti minyak, bukan wang rm500.00 tue.

Demm..

Nampak sangat poster neh poster provokasi. Dah sah2 perangai pr bukan macam neh. Bagi yang tidak tahu meh aku explain sikit supaya korang lebih jelas dan lebih bijak dalam membuat provokasi. Sebenarnya kami, peng-anti  bn menganggap bahawa apa sahaja pemberian kerajaan kepada rakyat adalah wajib diambil tanpa perlu berfikir panjang. Bagi aku, especially nya, duit kerajaan adalah duit aku, duit aku adalah duit aku, ini jelas. Heh.

Maksudnya asal kerajaan salur wang, amek mesti amek. Neh kewajipan beb. Tapi undi mesti moa pr. Ini adalah sikap wajib ada pada setiap peng-anti bn tegar. Jadi terbuktilah pembuat provokasi neh tidak berfikir panjang. Ada je taktik nak majukan industri priting banner. Good job provokasi maker. Anda memang pandai bab2 memajukan ekonomi negara. Heh. 

Tapi.. siapa agaknya rajin dalam membuat provokasi neh? Ada je banner yang tidak berfaedah terpampang sana sini. Buat banner suruh umat islam bersolat ka, tutup aurat ka, berselawat ka lagi ada faedah dari buat banner2 provokasi. Memang betul2 buang masa. TGNA menafikan banner neh ada kaitan dengan dia. Satu nama dah terkeluar dari senarai. 

Ada bagosnya kalau si pembuat provokasi neh disiasat. Bukan apa, rasanya susah juga nak tuduh2 bien tanpa bukti dan hujah yang kukuh, bila ada bukti baru senang sket kita nak membalon. Kang tuduh punya tuduh, silap2 penyokong pr yang buat.. hah sudah,  mampos jawabnya nak kena minta maaf kat penyokong umno tak pepasal. Heh

Ameno : Baik belanja aku dari buat banner provokasi neh. Kenyang dapat, hepi pun dapat. kah3x

Ahad, 25 Disember 2011

Khalid Ibrahim kena marah dengan penduduk IJOK apahal?

Bermula dari minggu lepas di bawa ke minggu neh boleh dikatakan hampir setiap malam tv3 cover isu penduduk ijok yang dianiaya oleh khalid ibrahim dan pkr. Aku pun tak berapa faham sangat dalam isu neh sebab aku baca malaysiakini dan malaysiainsider takde pun tulis pasal neh. Semak gak harakah sekali sekala pun takde. Utusan haram lah aku nak check. Macam betul pun kalau ada. Lebih pada tokok tambah je.

Yang ada sekarang neh ialah bukti video. Lihat bawah neh ;


PKR pula lambat [ataupun tiada langsung] membidas isu yang diketengahkan oleh tv3 hampir setiap hari. Oleh kerana PKR sangat selow dalam isu neh so aku menganggap bahawa dalam isu neh memang sekurang2nya 50% pkr adalah di pihak yang menyumbang kepada masalah neh. Aku tengok pelbagai versi pasal berita neh melalui pelbagai channel. Apa yang dapat aku rumuskan setelah melihat berita2 tersebut ialah ;

1. PKR dulu ada buat janji ketika pilihanraya bahawa mereka akan tolong penduduk di kawasan berkenaan.

2. Setelah menang, haram pkr nak bantu. Pada awal ia nya diberikan tempoh 3 bulan, then dilanjutkan lagi, then lanjut lagi dan lagi sehinggalah sampai 3 tahun berlalu tak settle2 lagi.

3. Dulu bn memang buat masalah dengan mereka. So mereka putus harapan dengan bn. Jadi bila pkr buat janji dan harapan baru, mereka rasa seronok sangat sebab ada orang yang sudi bantu.

4. Namun apa yang diharap rupanya palsu. PKR meniru jejak langkah bien. Walaupun tidak sama tetapi mereka tetap serupa.

5. Ada sorang tue muncul di berita siap cakap dia takan undi sesiapa. Siapa lagi dia nak percaya? Siapa lagi? Dulu bien aniaya dia, dia undi pkr.. sekarang pkr pun sama.. so sapa lagi dia nak harapkan? Baik dia tak payah keluar mengundi dan duduk rumah je. <-- Ini keluar RTM beb. Hairan gak aku masa tue. Takan statement kutuk bn boleh lepas? Tapi rasanya memang dorang saja lepaskan sebab nak bagitau pada rakyat bahawa 

bn = pkr = 2x5.

Jadi, bila seseorang dah buat statement macam neh, aku rasa hampir betul lah [50%] bahawa pkr memang buat pasal dengan penduduk di ijok. Lihat bawah neh pula ;


Satu situasi yang aku respect dalam video di atas neh, khalid memang low profile. Penduduk boleh dekati khalid tanpa perlu risau ada polis kiri kanan tahan mereka dan sebagainya. Tapi masalahnya penduduk india neh pun silap. Orang nak bincang bebaik dorang provoke bagai. Tapi mungkin juga sebelum neh dorang dah lama tahan sebab tue dorang lepaskan macam bom bila ada peluang. Bab tue aku takmo hurai dan nilai mana2 pihak. Baik khalid mahupun penduduk ijok, kita kena dengar pandangan dari kedua2 belah pihak terlebih dahulu sebelum buat analisis mendalam. 

Tapi bercakap pasal khalid neh. Aku memang hairan. Adik aku dah berbulan2 hantar borang kat dia just untuk sign je. Isu rumah. Dah berbulan2 lama nya dia tak sign. Dari naik ke pejabat, call dan sebagai nya seme adik aku dah buat. Haram. Result hampeh berbulan2. Hanya sign sahaja khalid. Apa yang susah sangat? Bukan adik aku minta duit. Last month aku jumpa dia, katanya belum selesai. Last week aku balik lupa nak tanya pasal neh. Tak pasti dah selesai ke belum.

Dalam isu ijok neh aku serius blom faham betul2. Apa yang aku faham menerusi siaran berita je lah. Tapi dalam video di atas neh YB Zul adalah orang harapan dan orang kepercayaan penduduk ijok neh. Hope YB Zul boleh berbuat sesuatu untuk bantu mereka. Aku pun tak faham khalid neh. Dan aku rasa memang malas larh aku nak faham. Kadang2 kena terima hakikat yang PR pun pandai tanam gula tepi bibir. Time nak pru bagai time tue berapi2. Dah dapat kerusi bagai, janji ke mana, penduduk ke mana. Hampeh.

Nota : Video tengok boleh, tapi nak percaya 100%? Sila fikir masak2. Sekian.

Ameno : Rakyat gak jadi mangsa.

Polis nasihat Adam Adli.


kah kah kah

Polis buat lawak beb. Ada ahti depa nasihatkan adam adli pasal kes ugutan? Polis lupa bawa cermin masa sibuk nasihatkan orang neh. Tapi takpe, meh aku tolong nasihatkan polis balik. Nasihat aku freeofcharge bukan nya berbayo macam najib bayo apco tue. Heh

Wahai cik polis, sila lihat video di bawah neh terlebih dahulu ;


Ini bermakna individu yang menyerang [menolak / menampar muka] + mengugut adam adli pada hari adam adli membuat laporan polis ialah pegawai polis sendiri. Alamakkk.. lue nak nasihat apa neh? Lue sendiri yang ugut, lue sendiri yang nasihat? Lue buat lawakk meh?

Baca neh juga, pendedahan neh direveal hasil mata2 hanief. Sudahlah polis. Toksah buang masa fikir nak hukum adam adli ke apa pasal isu turun dan naikkan semula bendera najib neh. Lue ada banyak kes jenayah yang lue boleh dan patut fikir. Isu remeh temeh neh lue toksah amek port. Kang kena maki jangan salahkan wa pula padahal wa dah nasihatkan lue awal2 lagi.

kah kah kah

Ameno : Cermin pecah.

Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan sebar fitnah tentang Adam Adli.

Peh.

Lain yang dia buat, lain yang utusan sebar. Tak mustahil esok [hari ahad] si awang meroyan akan menulis mengenai gambar lucah adam adli dan mungkin dia akan cuba menerapkan persepsi seolah2 adam ialah gay sebab tue adam berdemo. Dan mungkin juga utusan akan siar gambar adam bersama dsai dan demo mahasiswa pasal auku yang lepas akan tiba2 dikaitkan menjadi demo tajaan anwar. Percayalah geng. Taktik dorang seme dalam tangan aku. Dah hafal dah beb.

Baca keratan di atas neh. Ini ialah berita yang dipetik dari utusan online. Adam menurunkan dan menaikkan bendera najib. Ini situasi yang sebenar. Mula2 depa puas canang adam turunkan bendera. Bab naik depa tak hebohkan walhal dia ada naikkan bendera semula. Berita yang separuh2 disebarkan agar orang sangka buruk pada adam dan menyangka adam ialah mahasiswa yang suka berdemo dengan ganas. So satu lagi alasan napa AUKU patut kekal.

Selepas berita dia menaikkan bendera diketahui oleh orang ramai, geng2 umno jadi takut dan cuak. Lalu, mereka [penyokong2 umno] sebarkan pula persepsi turun dan naikkan bendera tetap biadap. Ia adalah perbuatan yang tak boleh diterima. 

Hak eley.. bodoh nak mampos punya umno. Kesalahan2 lain seperti berzina pun ada ruang bertaubat.. apatah lagi isu turunkan bendera. Kalau sungguh najib berhati mulia dah lama dah dia buat statement dan lepaskan adam adli. Kata baru balik haji. Takan takde sifat melupakan apa yang keruh? Heh.

Isu menurunkan dan menaikkan bendera adalah isu yang sangat2 kecik. Aku tidak bersetuju dengan adam yang menurunkan bendera sebab demo neh bertujuan menghantar memo kepada saifuddin yang menyambut mereka dengan baik dan terbuka. Kalau ia demo yang melibatkan najib, lebih dari itupun takpe. Pasal orang yang menyusahkan rakyat mana wajar direspect. Ini jelas. Takan nak suruh aku respect firaun? G mampos.

Oleh kerana ramai orang mula berkira2 untuk memahami adam owhhh dia neh turunkan bendera 5 minit then dia naikkan ia semula.. takpelah.. hal kecik.. ada banyak lagi benda yang aku nak fikir contohnya isu pelanun yang melanun bertahun2 dan berjuta2 tapi penjara setahun je.. dan  lain2 isu negara yang membebankan rakyat marhaen macam aku... 

TUP..

Utusan tak boleh terima neh. Dia sebarkan pula penulisan adam pijak bendera. Betul kah adam pijak bendera? Pijak lain, turunkan lain.. neh dua perbuatan yang berbeza. Takan utusan dah nyanyuk?

kah kah kah

Ameno : Apa pun tak boleh.. umno je boleh..

Saya terdesak samun untuk beli susu anak dan dipenjarakan selama 3 tahun.

Beb..

Neh artikel must read and must share. Siyes neh. Lihat bawah neh ;



Lihat dulu belah kanan. Orang tue menyamun sebab nak beli susu anak. Niat tidak menghalalkan cara. Salah tetap salah dan dia dihukum. Harap lepas neh dia keluar, cari kerja elok2 dan beli susu anak guna wang sendiri bukan wang hasil menyamun lagi. Okey.

Dan lihat pula belah kiri. Orang neh menyamun + merompak + melanun + menghina + menipu + menfitnah + menyeleweng + salah guna kuasa.. blablablablabl.. peh penat siott.. kesalahan dia sangattt.. sangatttttttttttt sangattttttt banyak..

tapi dia hanya dipenjarakan selama setahun sahaja.

What? 

Ya.. setahun jek beb. Setahun.. je? Aha.. iyer.. setahun je.. tahu tak setahun?

Hakim yang jatuhkan hukuman ke atas khir toyo neh dah nak mampos ke apa? 

Tah. 

kah kah kah

 Sumber : sini

Ameno : Tipu-tipu satu malaysia sampai mahkamah pun terbabit sama.. wa mesti respect.

Kartun lucah pula diedarkan di UITM.

Kah kah kah

Siapalah umno tanpa lucah. Apalah erti lucah kalau bukan umno yang mempopularkan budaya neh. Lihat bawah neh beb ;


Sebagai pengkritik tetap kerajaan aku nak mengulas sket isu neh ;

Kartun neh tiada seni. Lakaran wajah saifuddin dan anwar sangat2 berbeza. Sedikitpun tiada yang sama. Macam mana ko lukis kartun neh? Betul ke ko neh pandai melukis? Kenapa agak buruk lukisan neh? Lagi satu, apa motif bintang2 bertebaran di atas kartun neh? Aku tak nampak kaitan antara bintang2 neh dengan isu yang cuba diketengahkan. 

Malahan aksi liwat neh pun dah silap. Saifuddin pakai spek, anwar dah lama tak pakai spek tapi nama saifuddin di atas, nama anwar di bawah. Betul ke aksi liwat neh? Ko kena buat lakaran terlebih dahulu. Dengan merujuk kepada lakaran, baru ko boleh amend apa2 yang perlu. Ini basic dalam berkarya. Aku yang bukan kartunis pun faham asas neh. Apa guna ko jadi kartunis lucah kalau basic pun failed?

Lagi satu bintang2 yang tiada motif tue menganggu penulisan2 di dalam mini poster lucah neh. Tulisan yang dipilih pun agak tidak kena. Patut ko memasukkan elemen pelbagai warna. Hey.. di manakah agaknya ko photostat benda neh? Takan guna public punya photostat ? Ka sendiri punya? Biasalah printer plus photostat dah merata ada. Hanya perlu semak cap jari di atas kertas pun dah boleh dengan mudah mengesan penyebar. Heheheh..

Apa pun cuba lagi pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Jadikan kegagalan yang hina neh sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya yang lebih lucah lagi. Ingat, lebih banyak ko melucah, adalah lebih baik. Siyes neh.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : takde seni beb. kah3x.

Jumaat, 23 Disember 2011

Khir dipenjara dan NFC diserbu adalah WAYANG.

Beb..

Ini semua wayang larh beb. Korang kena percaya cakap aku. Aku ada hujah2 konkrit kenapa aku cakap benda neh wayang. Orang buta pun boleh nampak. Kalau orang bodoh memang susah nak nampak. Sebab otak dia bengap ma. Bengap + sombong = umno. So memang sampai ke mampos depa takan nampak. Takpe pedulikan depa2 yang bodoh tue. Ini perbincangan untuk orang2 yang bijak je. Macam ko dan aku. Heh.

Wayang pertama. 

Tajuk filem : Khir toyo dipenjara.

Keraguan yang munasabah yang difikirkan oleh seorang rakyat yang waras ialah ;

1. SPRM dakwa khir atas kanun yang berbeza tapi bila masuk mahkamah dan dijatuhkan hukuman dia di adili melalui akta yang paling rendah iaitu maksimun 2 tahun penjara. Ini maksimun taw. Tapi orang yang rasuah cikai2 plak didakwa atas akta yang sangat keras hukuman. Bukti? Lihat sini beb.

2. Orang curi shampoo 6 botol sesaja 2 tahun penjara beb. Lihat sini

3. Khir punya nilai mencuri bukan tahap pencuri lagi sebaliknya tahap penyamun + pelanun + perompak. Title lagi besar dari pencuri beb. Tapi hukuman? Setahun penjara? Gila ke apa hakim neh?

4. Sudahlah maksimun hukuman dibawah akta yang digunapakai untuk mendakwa dia adalah 2 tahun penjara itupun hakim hanya hukum dia setahun je penjara. Nampak sangat dorang mencari selemah2 hukuman, serendah2 yang boleh agar khir tidak terasa terbeban sebab khir sendiri mendakwa dia ialah kambing hitam seseorang untuk pastikan bn boleh menawan selangor semula.

5. Dalam erti kata lain, khir adalah batu loncatan untuk bn rampas selangor. Orang selangor jangan lah termakan dengan helah bodoh neh.

6. Selepas setahun khir boleh bebas beriang ria rompak balik wang negara andai bn memerintah semula.

7. Harta dia pula dilucutkan hak. Heheheh.. harta apa tak dijelaskan pula dengan detail. Adakah tanah? Adakah rumah? Adakah kedua2nya sekali? Kalau tanah je.. maybe khir kena beli balik tanah tue dari kerajaan sebab rumah dia atas tue. Hhehehe.

Dengan kerajaan neh aku tak percaya beb. Tapi takpe kita tunggu dan lihat samada ia benar2 realiti or fantasi. Tengok keputusan rayuan khir bagaimana pula. Benda belum muktamad lagi beb.

Memandangkan aku selalu tengok drama2 penyiasatan dan drama2 konspirasi bagai so aku dengan yakin boleh menganggap neh ialah satu bentuk konspirasi dari bn untuk misi menawan selangor. Mereka mengaburi mata rakyat bahawa khir telah didakwa, so rakyat selangor akan fikir bahawa bn telah berubah. Bagi aku kalau sungguh bn dah berubah dah lama dah najib dan rosmah ke penjara. Itulah bukti yang paling kuat untuk aku percaya bn dah berubah [buat masa kini larh].
kah kah kah

Wayang kedua.

Tajuk Filem : NFC disiasat.

1. Mula2 SPRM cakap kes NFC bukan bidang kuasa depa. Mana boleh siasat. So lempar kes neh ke polis. Peh. 

2. Selepas beberapa siri pendedahan dan selepas shahrizat dan family semakin membisu akibat tak terdaya nak menepis pelbagai dakwaan terutamanya bab gaji dan skandal terbaru di singapore, tiba2 SPRM kata dia tengah siasat NFC. Apekahh.. itu?

3. Selepas itu tiba2 ada datuk ditahan atas isu NFC. Tiba2 je tahu. Hehehe.

4. Selepas itu tiba2 seme media bn dan umno pongpang benda neh dalam berita. Tiba2 je taw. Sebelum neh depa kemain bekap. Siap ada slot khas di tv3 lagi.

5. Then SPRM serbu NFC. Berita neh pun masuk dalam semua berita arus perdana. Ia diwar2kan seboleh2nya. Hairan aku. Why tibitree why? Why you tiba2 jadi baik dan telus neh? I sangat sangsi u. Siyes neh.

6. Conclusion nya mudah beb. Media arus perdana sedang mencipta persepsi bahawa sprm menyiasat seme kes dengan serius termasuk isu nfc. Walaupun nfc neh ada kaitan dengan shahrizat. Ia adalah untuk meraih kepercayaan dan keyakinan dari rakyat.

Bila rakyat perhatikan.. owhhh..khir kena penjara.. owhhh nfc disiasat.. bagos2 bn anda berubah.. bagos2 saya mesti pangkah anda. <-- persepsi yang bn nak sangat rakyat fikir.

Tapi.. hah.. ada tapi beb..

G mampos lah lue bien. Lue ingat wa bodoh meh? Orang curi besar2, penjara setahun, orang curi shampoo.. curi rm50 dakwa atas akta yang berat.. penjara 2,3 tahun.. si khir tue setahun je? Padahal merompak satu selangor.  Lagi nak mainkan wa isu nfc? Itu hari cover kemain baik, la neh buat2 siasat bagai.. pasal pru-13 kan? G mamposlah.. wa takan masuk perangkap yang sama untuk kali ke 13 beb.. heheh.. <-- persepsi rakyat sekarang.

So bien, janganlah.. wayang ko sia2. Tiket tak laku beb. Orang boooo lagi ada. Ingat pesan aku, kalau sungguh nak sokongan boleh. Kalau sungguh nak menang pun boleh. Masukkan najib ke dalam penjara dulu. Itu langkah pertama. Selepas itu ada 9999 lagi langkah yang perlu ko follow untuk pastikan bien menang dengan adil. Ada bran ka? Heh.

Ameno : Wayang blue je kepandaian korang.. kah3x..

Dokumen penuh tentang isu penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir.

Lihat bawah neh dulu ;





Keterangan dalam dokumen di atas neh menyatakan bahawa ;

1. Surat neh ditulis oleh PAC dan jabatan audit.

2. Surat neh menyatakan bahawa Jamil Khir pernah guna wang zakat bayar kos guaman.

3. Surat neh juga menyatakan bahawa selepas pembayaran kos guaman menggunakan wang zakat dibuat, selepas beberapa tempoh, wang tersebut telah digantikan semula melalui geran kerajaan pada tahun 2010.

4. Geran kerajaan lewat diterima. Ia hanya diterima pada pertengahan tahun. Hairan. Selama neh macam mana depa survive dengan gaji dan sebagainya? Baki geran kerajaan yang terdahulu kah?

5. Jamil khir lantik peguam swasta. Tak guna kerajaan punya. Kenapa ek? Dia kan orang kerajaan tapi tak percaya pada product kerajaan sendiri kah? Bukan kah neh lebih menjimatkan ?

6.  Lagi satu walaupun jamil khir telah diberikan peruntukkan untuk bayar peguam itu neh.. tapi wajar kah ia? Wajar kah wang rakyat digunakan untuk bayar kos guaman neh? Apa kena mengena rakyat pula dengan isu neh. Menang kalah satu sen pun kita tak dapat apa2 tapi wang kita digunakan untuk biaya kos guaman dia. Dia duduk rumah besar2, renovate bagai takan rm63 ribu takde dalam tangan? Apahal plak orang2 kaya macam dia diberikan elaun bagai untuk bayar itu neh sedangkan kita dipaksanya berjimat cermat?

Errkk jap.. nanti dulu.. umat islam jangan suka meminta dan malas <-- ayat jamil khir berkaitan isu zakat kepada orang2 islam yang miskin di N9 suatu ketika itu. Sekarang neh sapa yang suka meminta wang orang untuk bayar kos guaman dan sapa yang malas cari duit untuk bayar kos guaman walaupun dia sendiri terbukti kaya raya? Dengar citer dia dapat beratus2 ribu wang anugerah dari MINDEF hasil perkhidmatan nya di sana dulu. So mana pergi? Bayarlah guna wang tersebut. Apahal libatkan rakyat dengan masalah dia?

Sepatutnya dia guna peguam kerajaan. Itulah yang betul supaya wang rakyat tidak terbazir. Pasal dia sesaja je rm63 ribu burn. Lagipun aku suspect dorang neh saja cover kes. Setakat tulis surat apa barang. Elok bagi dokumen bukti bahawa geran kerajaan benar2 tiba lewat. Bukan apa, jangan2 sebab dah kantoi so buat2 alasan geran kerajaan lewat tiba dan buat2 lah bayar balik pada zakat bagi mengaburi PAC dan AUDIT. Apa pun boleh berlaku. Siyes neh.

Ameno : Menteri songlap.

Khamis, 22 Disember 2011

Gambar lucah Adam Adli tersebar.

Wowww...

Ini ialah gambar yang sangat .. gulp.. terkesima aku beb. Tatau nak cakap apa lagi dah. Aku hanya mampu geleng2 kepala jek. Siyes neh beb. Siyes. Terkejut ada, trauma pun ada.. senang cakap macam2 ada..

Korang tengok sendiri di bawah neh ;


Lihat gambar di atas neh? Sorry aku terpaksa sensor sebab ia lucah yang amat. Keji dowh.. nampak gile adegan tue.. sial punya gambar. Nak tahu dari mana gambar neh aku dapat dan siapa yang sebarkan ia? Boleh. Lihat bawah neh ;











Time neh larh tiba2 si adam adli seorang gay.

Time neh larh tiba2 si adam adli seorang pelucah.

Time neh larh tiba2 seme yang buruk, jahat dan gampang pasal adam adli tiba2 keluar.

Time neh larh tiba2 bloggers umno boleh dapat gambar lucah adam adli.

kah kah kah

Lawak siot. 

Sapa parpu kari neh? Dia ialah blogger umno yang pemabok. Dia dikantoikan oleh TPU sebagai peminum arak. Time neh maybe dia tengah minum arak sambil2 search gambar lucah. Last2 terjumpa gambar di atas [no 1] neh dan tiba2 je ibarat magic.. tinggg.. adam adli seorang gay? Posting mengaitkan adam adli seorang gay [mereka menulis seolah2 adam adli dipercayai gay] telah tersebar di dalam pelbagai blogs umno. Tujuan nya nak mengaitkan adam dengan dsai [isu liwat].

Begitu senang mereka menulis tanpa ada rasa malu dan segan. Adam adli hanya turunkan bendera jek tapi perlu ke nak fitnah dia bagai? Adakah umno sudah terdesak sebab dah takde isu langsung nak serang pembangkang?

Tengok sekali imbas pun tahu itu bukan adam adli. Apatah lagi nak suruh orang bersumpah bagai [ruangan komen dalam blog parpukari]. Dah tak hairan lagi kenapa blog parpu kari malap. Orang tak hingin baca posting fitnah bhai. Tapi yang lebih lawak.. ada juga orang bengap yang percayakan fitnah2 lue. 

Kah kah kah
Sadis.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Khalid Ismath SMM adalah SYIAH dan SESAT?

Wahhh..

Kenapa dia neh tiba2 menjadi SYIAH? Boleh explain? Dengar khabarnya sudah ada tindakan yang akan diambil terhadap dia. Aduan dan siasatan sedang dijalankan. Lihat bawah neh ;




Hanya kerana dia mahasiswa yang bukan pro kerajaan tiba2 sahaja dia neh menjadi syiah, khawarij dan sesat? Semudah ABC melemparkan tuduhan kepada akidah seseorang itu? Itupun tidak disokong oleh bukti dan hujah yang konkrit. Andai sungguh dia neh sesat lagi menyesatkan, apasal tak lapor terus pada jabatan agama? Apa perlu menulis dan mendedahkan ia fb pula? Nak bikin panas or nak bikin fitnah?

Aku sering melihat pandangan2 yang sangat keras oleh Abu Numair neh. Kadang2 orang yang main + sokong bola pun boleh jadi sesat di mata dia. Owhhh.. main dan tonton bola buang masa yer? Kalau sokong bn dan umno dapat pahala pula ye? 

Hebat cara dia menganalisa satu2 perkara. Bukan seme orang mampu meniru cara dia menganalisa kes. Hanya orang2 yang terpilih jek. Orang2 yang mana hanya dia, bn dan umno je betul dan ada lesen boleh menghukum orang lain manakala yang lain seme adalah sesat sesesatnya dan jahat sejahatnya. Heh.

Kalau sungguh nak kata orang neh syiah, sesat dan bukan berakidah sunni, kemukakan bukti2 yang konkrit. Lagipun dah berapa lama dia jadi student? Apasal baru sekarang nak kata dia SESATTT hah?

Janganlah hanya kerana dia berucap di pentas pas, maka ko ada hak nak fitnah dia bagai. Tak suka pas, ko punya pasal. Tak suka khalid pun ko punya pasal. Tapi jangan disebabkan itu ko boleh suka2 nak tuduh orang bukan2. Apatah lagi nak buang dia dari U pula. Hormatilah kebebasan berpolitik di malaysia neh. Masing2 ada hak nak bercakap dan menyokong sapa pun. Hormati hak itu sudah lah.

Lihat video di bawah neh ;

 

Khalid Ismath yang dimaksudkan ada dalam video di atas neh. Tolong inform kat dia di atas tindakan keji dan dengki orang lain terhadap dia. Inilah dia pada pendapat aku stail orang bacol. Belum pape dah kecut. Kalau berani lawan depan2 larh beb. 

Ameno : Apa pun tak boleh.. 

Rabu, 21 Disember 2011

Mahasiswa dipaksa berdemo sokong Najib beb!

Kah kah kah

Terdesak gila beb. Sanggup tipu mahasiswa untuk berlakon depan tv. Patutlah ramai gile mahasiswa di dalam berita tv3 tadi tutup muka dan alihkan muka dari kamera. Walaupun bukan seme tapi dipercayai ramai di antara mereka ditipu habis-habisan untuk menjayakan drama "aku datang sini nak jumpa rosmah larh bangang, tapi kenapa suruh aku berdemo tengah panas sokong najib pula bahlol? Pak q larh korang"

kah kah kah.

Kisah neh memang lawak beb. Siang tadi aku sempat jeles-jelesan kat dia [nama dirahsiakan sebab saja2] sebab dia beriang ria menceritakan bakal berjumpa rosmah di dalam wall fb nya. 


on the way ke program Bersama Perdana Menteri di Putrajaya. damn! nervous gile nak jumpa Rosmah. : D  <-- Ayat di wall dia.




Ayat jeles + dengki + cemburu + sakit ahti gua di atas neh.  Mana boleh dia dapat jumpa rosmah tapi wa tak dapat jumpa walhal wa lah orangnya yang sangat cintasampaimampos kat rosmah. Bukan dia. So wa mesti jeles sampai hujung dunia. Then selepas beberapa jam berlalu.. hasil perjumpaan dia dengan rosmah [sepatutnya].. 

dia update wall fb nya dengan ;

FOR THE FIRST TIME, DAPAT RASA JADI KULI PENCACAI KERAJAAN HARI INI. SERIUS, AKU TERLOLONG, TERPEKIK MACAM ORANG GILA BERDEMONSTRASI DEPAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DI PUTRAJAYA. RUPANYA PROGRAM ' bersama perdana menteri ' HANYALAH PENIPUAN SEMATA-MATA. PROGRAM SEBENAR, ' berdemonstrasi di depan pejabat KPTM, menuntut Dato Saifuddin, timbalan menteri KPTM menerima memorandum mahasiswa Aspirasi, dan menuntut beliau meletak jawatan. ' SEMUA ORANG, SILA SAKSIKAN DEMONSTRASI KAMI DI DALAM TV YE MALAM NI. KALAU NAMPAK MUKA AKU, ASSUME SAJA AKU DAH TAK BERAKAL TIME TU. LAGIPUN, AKU DITIPU. 

#pissed.off.dengan.sikap.demokrasi.berat.sebelah.

Kena tipu ka beb? Lepak boleh? Wa nak amek masa gelak dulu.. rileks naaa..

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Rosmah tak dapat jumpa.. dapat jadi kuli batak jek.. rasanya ramai yang dah kena tipu hari neh. Aku percaya ramai juga yang geram dan maki hamun kerajaan sebab ditipu hidup2. Habislah ko najib. Lepas neh sah2 orang hilang respect kat ko. Mempergunakan mahasiswa untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia mendapat sokongan penuh walhal orang pun tak hingin berdemo sokong dia.

Kalau orang sokong sangat kat dia dah tentu2 depa tak perlu bersusah payah buat citer konon nak pergi program sekian2 last2 sampai sana disuruh berdemo bagai. Sesia je. Buat sakitkan ahti orang je lah depa neh. Pak q larh weh.

Apa pun masing2 ada hak masing2. Kalau ada mahasiswa pro pembangkang, mesti ada juga mahasiswa pro kerajaan. Bezanya mahasiswa pro kerajaan neh tak berapa ramai yang nak hadir berdemo [ataupun memang tiada sokongan] manakala mahasiswa pro pembangkang neh pula ramai yang rajin usaha buat macam2 gerakan dan program sampai melebih2 buat latihan panjang tiang turun dan naikkan bendera. Hehehe.
 

Lagi satu, rata2 ramai juga yang terpaksa berpura2 pro aspirasi sebenarnya. Walhal dalam ahti hanya Allah swt jek yang tahu. Heheheh.. sorry i terlepas cakap. Jangan marah naaa..

kah kah kah

Ameno : Sabar.. kah3x.

Bila korang nak ludah, ugut, maki, serang mereka yang kencing atas gambar ulama neh?


Ini ialah gambar beberapa orang sedang kencing. Sambil kencing, sambil gelak, sambil berposing, agar ia boleh disebarkan di dalam pelbagai blogs untuk menyakitkan ahti penyokong2 pr terutamanya penyokong pas sebab mereka neh kencing kepada dua tokoh ulama yang dihormati di dalam pas. Sorang presiden parti sorang lagi mursyidul am yang disanjung tinggi.

Benda yang buruk tidak  boleh dibanding2kan. Contohnya buang bendera banding dengan aksi kencing. Ini dilakukan supaya kita tidak rasa bahawa.. bersyukurlah jahat aku lebih kurang berbanding jahat orang lain. Nanti ramai2 pula buat jahat sambil banding2kan bahawa ada yang lebih teruk dari dia sekian2, dia punya teruk sikit je dan blablabla.. Ini tidak di ajar dalam islam. Sebaliknya apa yang di ajar ialah jauhilah kejahatan. Dan andai dah "terbuat" maka amendlah ia mengikut kaedah yang sepatutnya.

Oleh itu, aku ingin menunggu jawapan daripada panglima ludah semalaysia iaitu armand, apa pula pendirian dia dalam isu neh. Benda yang sama ditujukan kepada blogs bn dan umno, menteri2 umno dan bn termasuklah reezal yang pongpang dalam utusan kelmarin. Aku ingin sangat melihat apa pendirian korang dalam isu neh. Aku ingin sangat melihat cara korang berfikir. Cara korang berfikir adalah bukti yang paling tepat untuk pengundi atas pagar menilai akhlak korang. Siyes neh. 

Ameno : Kencing ulama.. ada sapa2 nak ludah?

Isu pinjaman di bank dunia : Akhirnya Dr M mengaku di blog.

Bukan aku cakap. Tapi DR. M yang mengaku sendiri. Baca sendiri statement dia yang aku petik dari blog dia sendiri ;

1. The accusation that I wrote to the World Bank asking for loans is baseless. But Malaysia had been borrowing project loans from the World Bank since 1958.
2. The last negotiations for the loans were made in 1997. These were for projects in:
a) Education sector USD 244 million
b) Social sector USD 60million
c) Technical sector USD100million
3. The currency crisis also began in 1997. Naturally the loans were not approved until 1999 when the crisis was over. The usual sequence is for application for a loan to be made, followed by negotiations. Approval would be given by the bank later.
4. The World Bank wanted Malaysia to request for loans to tide over the crisis like the other countries affected by currency trading. The loans would be conditional upon Malaysia following IMF advice on economic management. It is well-known that Malaysia refused to seek IMF or World Bank help because the so-called help would worsen the financial situation. Instead, in 1998 Malaysia imposed currency control which helped it to recover.
5. In June 1998 (before currency control and while Anwar was still Minister of Finance) a loan for USD 300 million was signed with the World Bank for;
a) Fund for Food Programme
b) Higher Education Loan Fund
c) Microcredit Programme
6. By 31st March 1999 a loan of USD 100 million was signed for Technical Assistance and for overcoming Y2K problems. However, this loan was stopped after drawing down USD 11.94 million.
7. Of the USD 244 million Education Project which was approved in March 1999, payment was ordered to be stopped after USD 216.7 million was drawn down.
8. Of the Social Sector loan of USD 60 million, approved in March 1999, only USD 600,000 was drawn down before it was stopped.
9. As the whole world knows Anwar was reported in the press and foreign magazines for implementing the IMF policy without the IMF loans. He raised interest rates, reduced the period for declaring loans non-performing from 6 months to 3 months, reduced budget allocation to ministries so as to achieve a budget surplus etc.
10. Although he did not oppose currency controls, his appointees as Governor and Deputy Governor of Bank Negara refused to implement the policy and resigned. Tan Sri Zeti was then appointed as Governor of Bank Negara Malaysia.
11. As stated above, Malaysia stopped the draw down on loans negotiated with the World Bank in 1997 and June 1998. This did not stop Malaysia from recovering from the crisis.
12. At no time did I write a letter or verbally request for loans from the World Bank. If Anwar can show evidence that I did, he should. Failing that he should swear on the Quran in a mosque that he knows what he says is true. I am prepared to swear that I never asked for loans from the World Bank.-chedet-
 
1. Chedet tak pernah tulis surat untuk pohon pinjaman walaupun ia berlaku ketika dr.M ialah perdana menteri dan mengakui ada menerima beberapa dana pinjaman selepas dsai dipenjarakan. Malahan dr.M juga tahu prosuder kelulusan pinjaman tersebut walaupun dia "sepatutnya" tidak terlibat langsung dalam membuat keputusan neh bukan? Adakah dia ialah perdana menteri dalam bayangan kepada setiap keputusan yang dibuat oleh dsai pada ketika itu?

2. Hubungan malaysia dengan bank dunia bermula sejak 1958. Ia bermula di bawah umno. Tak hairan. Sebab malaysia baru merdeka dan memang perlukan peruntukkan tertentu untuk bangunkan negara. Tapi apa sebab umno mencanangkan persepsi seolah2 sesiapa sahaja yang meminjam dari bank dunia ialah yahudi lah, agent lah, jual negara bagai walhal depa juga buat perkara2 tersebut? Ini kan salah.

3. Pada tahun 1999, siapa yang tandatangan pinjaman, dan siapa pula yang menerima pinjaman sebelum ia dihentikan?

4. Di akui oleh tun sendiri, dsai melaksanakan dasar2 imf tanpa pinjaman imf, lalu apa point nya mengaitkan dsai mahu meminjam dari imf pula?

5. Di akui oleh tun juga bahawa dsai tidak pernah menolak dasar kawalan matawang tapi dsai bertegas dengan pelan nya sendiri.

6. Berhenti berunding pada 1997 dan 1998, tapi masih menandatangani pinjaman pada 1999 dan menerima pinjaman pada mac 1999? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat "berhenti berunding" neh tun M?

Isu neh mudah. Aku tidak menolak keperluan malaysia untuk meminjam jika ia benar2 untuk kebaikan bersama. Jangan pinjam untuk selamatkan kroni dan syarikat anak beranak sendiri sudah larh. Apa yang berlaku antara dsai dengan mahathir ialah perbezaan pendapat dalam mengendalikan krisis negara. 

Tapi perselisihan mereka menjadi masalah negara bila masing2 bertegas. Perselisihan mereka berdua pada awalnya sepatutnya bukan urusan kita. Tapi mereka berdua neh mengheret kita rakyat malaysia untuk jadi penonton dan penilai bagi hujah2 mereka. So nak taknak kena menilai lah.

Dan penilaian aku ialah baik dsai baik mahathir masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2 dalam menguruskan negara. Mahathir sepatutnya hanya perlu bagitau dan mengaku sahaja malaysia ada pinjam dengan bank negara tetapi bukan untuk atasi masalah krisis kemelesetan sebaliknya untuk beberapa sektor yang lain. Dan pinjaman neh ada di antaranya dalam rundingan sejak bertahun2 lama. Dan ada yang telah diluluskan selepas krisis kewangan.

Mahathir juga patut mengaku sahaja bahawa malaysia ada pernah dan masih pinjam dengan bank dunia. Isu sekarang bukan lagi pasal surat. Isu sekarang ada atau tiada pinjaman. Jika ada, katakan sahaja ada. Jika tiada, takpelah. Apa guna buat penafian bertahun2 bahawa malaysia bebas dari bank dunia walhal last2 kantoi bahawa malaysia memang pernah pinjam dari bank dunia?

Mahathir juga patut mengaku bahawa dia jatuhkan dsai sebab faktor dsai melawan dia. Sebagai pm malaysia, dsai yang ketika itu tpm mengemukakan idea lain untuk mengatasi krisis kewangan negara sekaligus di anggap melawan bos. Bagi mahathir andai dsai tidak dijatuhkan maybe dia sukar nak laksanakan dasar dia so dia pun cantas dsai. Cantas dengan mengemukakan sokongan dan fakta bahawa pelan dsai itu merosakkan negara takpe, neh cantas dengan fitnah maka ia jadi salah walaupun niat mahathir mungkin baik.
Kesimpulan nya disini ialah malaysia pinjam dengan bank dunia tapi bukan dengan imf. Walaupun pinjaman neh dihentikan kemudiannya tetapi ada pinjaman yang malaysia sudah terima. Dan yang menerima nya ialah mahathir walhal dia boleh je buat permohonan batalkan pinjaman dan pulangkan semula wang. Tapi dia masih salahkan orang lain. 

Manakala dsai pula sampai sekarang masih enggan mengakui kelemahan dia yang paling utama. Dia sampai bila2 pun tidak boleh mengatasi mahathir. Walaupun dia mungkin suka, mungkin tidak suka tapi terima lah hakikat bahawa mahathir sememangnya lebih bijak dari dia. Baik dalam soal pentadbiran negara, pembangunan dan sebagainya mahupun dalam soal menyusun strategi termasuk isu fitnah, mahathir sememangnya bijak. Inilah kelebihan otak kurniaan Allah swt kepada dia.  Kena belajar terima neh.

Ameno : Dua orang punya perbezaan pendapat, satu negara kena tanggung akibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...