Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Disember 2011

Penjelasan isu Nasruddin Mat Isa, Hasan Ali dan perpecahan dalam PAS.



Dari awal lagi aku ragu2 nak masuk campur dan ulas pasal neh. Dalam ahti mula2 nak tulis sebab teman suruh ulas tapi sengaja tangguh nak tengok dulu respon dan komen dari pelbagai pihak. Rasanya macam okey tapi last2 jadi tak okey juga. Salah faham tetap timbul. Persepsi serong dah dilahirkan dan pemimpin pas macam biasa orang pakai keyboard depa pakai mesin taip masih lambat nak jernihkan apa yang keruh. 

Isu sebenarnya mudah. Benda neh bergolak bukan dari sekarang tapi dari lama dulu dah sejak tahun 2008. Mulanya ia masalah dalaman tapi akhirnya ia jadi masalah luaran bila seme pakat2 nak umumkan di media cari sokongan. 

Aku berfikir sangat lama dan dalam. Adakah aku patut menulis dengan menyebelahi pemimpin pas? Adakah aku patut menyerap persepsi baik terhadap Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa? Ataupun aku hanya perlu menulis suara ahti ahli dan penyokong pas sahaja?

Kisah asalnya bermula nama Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali digugurkan dari senarai calon wakil rakyat pada pru-13. Kalau nak calonkan seseorang ia perlu lalui proses persetujuan dan perbincangan. Perkara yang sama perlu dilalui ketika nak keluarkan seseorang daripada pencalonan. Ia adalah suara yang dihormati oleh semua calon. Mereka faham dan bersedia menerima bahawa nama mereka boleh digugurkan dan dicalonkan pada bila2 masa. 

Tapi biarlah ia berlaku dengan cara yang proper. Menulis isu neh di blog [mendedahkan hasil mesyuarat] dan menyebarkan ia sehingga wakil rakyat yang bakal digugurkan itu dari tidak tahu dan tiba2 menjadi tahu apakah dia tidak terasa dan kecik ahti? Adakah mereka bukan manusia? Adakah mereka tiada ahti dan perasan? Adakah mereka seseorang yang lahir tanpa emosi? Adakah mereka ialah patung nyawa? Mereka bukan ma. Mereka orang ma. Mereka itu wajib ada pelbagai perasan. 

Siapa yang tidak rasa sedih, kecik ahti dan marah tiba2 sahaja dia tahu bahawa dia bukan bakal calon dari mulut orang lain. Bukanlah tidak boleh pergi dan berbincang kepada mereka. Ajak minum2 dan pujuk2. Berbincang dari ahti ke ahti. Berbincang sampai mereka yang digugurkan itu faham kenapa ia mesti berlaku.

Ana nak bagitau sesuatu pada enta. Enta bukan lagi calon MP dalam pru-13. Nama enta digugurkan. Kenapa2? Apa salah ana? Apa yang ana buat sampai nama ana digugurkan? Enta tak buat kerja dengan cekap dan agak malas. Di saat ramai wakil rakyat pas bawa pelbagai isu2 rakyat di parlimen, enta lebih banyak ponteng dan jadi patung bisu. Yang sedang sakit ketika itu pun [arwah Dr.Lolo, Alfatihah untuk arwah] lebih rancak buat kerja berbanding enta. 

Macam mana neh? Dengan orang sakit pun kalah. Jadi enta di undurkan. Lagipun enta menghadapi krisis kepercayaan dan sokongan dari ahli2 dan penyokong pas. Sejak krisis enta terlibat dengan kerajaan perpaduan dengan umno ramai orang marah. 

Ana cuma nak berfikir luar dari kotak. Ana fikir waktu itu mungkin ada ruang kerjasama dengan umno. Mungkin umno dah insaf. Enta jangan mimpi. Umno hanya nak gunakan kita. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ada umno berubah? Tidak bukan. Jadi enta kena faham. Bukan suka2 nak gugurkan nama enta tapi semua berlaku ia bersebab. 



Nah..

Kawan pujuk kawan lebih berkesan disini. Mendengar ia dari mulut orang lain yang mana maybe dah pongpang ditokoktambah dari cerita asal boleh menghasilkan persepsi yang berbeza apabila ia singgah di telinga hasan dan ustaz nasa. 

Nak gugurkan ka nak apa ka lantak lue lah pimpinan pusat tapi jangan sampai mengecilkan ahti orang lain. Tidaklah best pun nasruddin tue dalam buat kerja2 hentam umno tapi kerja2 lain dia mungkin bagos tapi kita tidak tahu sebab ia bukan dihebahkan dalam berita. 

Sama juga kes nya dengan Hasan Ali. Kemarahan Hasan Ali mudah difahami. Semua nya berpunca dari DAP yang menyemak masuk campur dalam urusan umat islam di selangor. PKR pula memilih sikap bohlayan. Hasan Ali pula walaupun dinasihat berkali2 agar bersabar tetapi dia memilih langgar arus. Cara dia sangat tidak betul. Janganlah kerana marahkan dap, maka dengan umno pun dia sanggup. Marah hal lain. Tapi janganlah biarkan rasa marah itu menyebabkan dia melukakan ahti pas pula. Ini salah.

Aku faham dia pun ada emosi dan ego dia juga. Tapi apahal pula dia sering ke depan dengan isu yang bercanggahan. Walaupun matlamat dan niat dia betul tapi cara dan kaedah dia salah. Dia nak provoke dap selangor tapi dia lupa kesan nya pada keseluruhan pimpinan pas dan pr. Adalah bukan mudah nak menjalankan kerja2 dakwah di saat umat kafir membenci islam, jadi lebih baik jangan tambah sukarkan ia lagi. 

Apatah lagi, sekarang neh juga ada sekumpulan umat islam yang lain, bersama subahat menyusahkan kerja2 dakwah islamiah. Jadi, atasi yang neh dulu. Perbaiki akidah umat islam bila akidah umat islam dah lurus, maka kita akan bersatu, dan bila kita bersatu barulah boleh berdakwah kepada mereka yang sering pandang serong terhadap islam. 

Cara nak menyelesaikan masalah mestilah dengan mengkaji punca masalah. Kalau tatau punca, macam mana nak atasi ia dengan berkesan? Ubat yang berbeza untuk sakit yang berbeza sebab ia datang dari virus yang berbeza. Hasan Ali bukan salah seme tapi dia juga bukan betul seme nya.

Kesilapan Nasaruddin dan Hasan Ali yang gunakan medium berita pro kerajaan luahkan perasaan juga amatlah dikesali. Itu belum masuk lagi penulisan yang ditokoktambah bagi tambah panas. Sendiri baca utusan sendiri rasa marah. Sendiri tengok tv3 sendiri rasa marah. Dah tahu utusan dan tv3 itu paper dan media yang suka fitnah lagi ada ahti mao percaya bulat2.

Yang sepatutnya harakah bagi ruang pada ustaz Nasa dan Hasan Ali luahkan apa yang mereka rasa. Itulah dia tujuan harakah. Ia adalah luahan rasa ahli, penyokong dan pimpinan pas seme pihak. Bukan pihak2 yang tertentu je. Bila dah jadi media rasmi pendapat pro pihak tertentu sahaja maka orang2 lain terpaksa lari salur pendapat di tempat lain.

Aku dah tak boleh bezakan antara utusan dan harakah sekarang neh. Sila tukar cara ia membawa berita ataupun bakar sahaja harakah sama macam utusan. Lebih bagos disitu. Sebab apa? Sebab instead of jernihkan suasana, dia pergi tambah api dan pecahkan lagi pas kepada beberapa kelompok. Maybe harakah dah jadi freemason. Ini ialah kesimpulan yang paling senang boleh dibuat. Heh.

Sebagai ahli dan penyokong pas apabila anda memilih untuk hentam Hasan Ali dan Nasaruddin pastikan anda benar2 balon mereka apabila mereka benar2 buat pada salah perjuangan. Niat menyatukan pas dan umno oleh mereka neh adalah salah. Yang neh kita hentam habis-habisan. Bagi kita, andai umno mahu berubah kita tidak perlu duduk di bawah satu parti. Cukuplah umno sokong apa sahaja usul2 menguatkan akidah dan kesatuan umat islam di malaysia yang dibawa oleh pas. Dengan neh kita akan dapat rasakan keikhlasan umno.

Buat apa duduk dalam satu parti selepas itu islam ke mana, akidah ke mana, last2 gadoh dan meroyan. Akhirnya jadi balik macam peristiwa lama2, pas keluar dengan ahti yang berdarah sebab ditikam belakang. Yang neh Hasan Ali dan Nasaruddin patut dah faham. UMNO tidak pernah ikhlas dengan PAS. Tidak dulu, tidak hari neh dan mungkin juga tidak pada masa akan datang. 

Sama juga dengan penyokong dan ahli pas. Apabila anda dah bersetuju menyokong pas, maka berikanlah kepercayaan anda kepada mereka untuk membuat apa yang telah dipersetujui. Berikanlah sedikit kepercayaan anda kepada Hasan Ali dan Nasaruddin. Apakah anda ingat mereka benar2 akan masuk umno dan meninggalkan pas semudah ABC? Ya.. itu memang akan berlaku andai anda memegang watak tukang provoke. 

Dan janganlah hentam dan balon mereka andai apa yang mereka buat itu betul. Betulnya hasan ali bila dia memang mahu mendakwahkan islamiah di selangor. Ini betul walaupun cara dia kurang tepat. Kritik dia pada tempat yang betul. Betulnya Nasa apabila dia beranggapan umat islam sesama sendiri berperang dan cara neh sepertinya tidak enak dilihat. Apakah ada penyelesaian yang lebih baik dari neh? Ini pandangan yang betul. Kritik lah dia bahawa "pemandangan" dia betul tapi cara penafsiran dia tidak betul.

Kita bukan sedang berbicara dengan musuh. Kita sedang berbicara dengan sahabat kita. Apa pula alasan kita menggunakan cara yang keras lagi kejam dengan sahabat kita sendiri? Kita sebenarnya tiada alasan itu. Jika sahabat tidak faham, ini ialah tanggungjawab kita untuk fahamkan mereka. Jika mereka tetap juga tidak faham, maka hormat sahaja perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat neh ada di mana2. Ini kita panggil demokrasi. Kalau dah pandai laung, kena pandai amal.

Menjadi ahli dan penyokong pas memang mudah. Memprovoke pun mudah. Marah pun mudah. Maki lagi mudah. Tapi siapa pula yang boleh menjernihkan suasana yang keruh dan memahamkan seme pihak bahawa isu neh ialah isu dalaman yang perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah? 

Adakah ahli dan penyokong biasa macam aku dan yang lain2 perlu ingatkan neh pada pimpinan pas pusat? Perlu melalui unit penerangan bagi menyampaikan isi ahti? Perlu ke kami mengajar kepada anda bagaimana cara mahu berbincang sesama sendiri? Perlu ke?

Ameno : Jika perlu call sahaja no aku.

Bank Dunia dan IMF ialah dua perkara yang berbeza.

Ini ialah artikel pencerahan daripada artikel sebelum nya disini ==> Adakah Mahathir meminjam dari IMF.

Aku diberitahu oleh beberapa orang sahabat bahawa bank dunia dan IMF ialah dua perkara yang berbeza. Dua2nya ialah tempat yang boleh kita pinjam wang tetapi kedua2nya mempunyai matlamat, sasaran dan mengenakan faedah yang berbeza. IMF neh fungsi dia macam lintah darat. Dia boleh bagi pinjam tapi dia kena faedah yang sangat tinggi pada negara yang sangat2 terdesak dan memerlukan pinjaman. Lebih kurang macam ambil kesempatan. Adakala nya dia baik dengan negara2 tertentu atas sebab2 tertentu. Dan dia memang sahabat baik kepada US. Mereka ada plan dan strategi tertentu sejajar dengan apa yang telah mereka matlamatkan menerusi target IMF.

Manakala bank dunia pula mempunyai peranan menyalurkan pinjaman kepada negara2 yang memerlukan pinjaman tetapi dengan syarat boleh bayar. Ada juga pinjaman yang ditawarkan berupa ihsan semata2 dengan kelonggaran dari segi faedah [atau tanpa faedah] untuk membantu negara2 miskin dan negara2 yang dilanda krisis. Sebab itu mereka boleh siarkan nama peminjam dan penerima dana secara terbuka. Dalam erti kata lain peranan bank dunia dan IMF ialah sangat berbeza. 

Jadi bagaimana dan kenapa kekeliruan seperti neh timbul? Mudah. 

Lihat sahaja di bawah neh ;


Berdasarkan artikel neh dan berita yang keluar di tv3. Mereka [pembaca berita / wartawan] menulis tentang bank dunia walhal Mahathir menjawab pasal IMF. Orang lain aku tidak tahu, tetapi aku sendiri sangka benda neh ialah perkara yang sama lalu aku terkeliru. Samada ia pernah disebut oleh Mahathir sehingga wartawan turut keliru ataupun wartawan sama macam aku yang keliru [akibat pembacaan berita] dan anggap bahawa bank dunia = IMF. 

Walau apa pun ia, fakta yang ada hanya menunjukkan bahawa mahathir meminjam dari bank dunia dan bukan nya dari IMF. Minta maaf kepada semua di atas kekeliruan neh. Pendirian aku adalah seperti sebelum nya [artikel lepas] meminjam dari bank dunia ataupun IMF tidak menjadi kita jahat, yahudi, kafir, kristian ataupun agent kepada mana2 pihak. Andai ia benar2 boleh membantu negara, maka keputusan pemimpin pada ketika itu baik DSAI mahupun Mahathir kita akan respect.


Ameno : Pinjam tetap pinjam, cuma pinjam dari orang lain..

Ahad, 18 Disember 2011

Di kelantan pun ada bina badan pakai spender juga ek?

Woitt..

Apa benda gambar kat bawah neh?


Ada sahabat facebook bagi aku benda neh. Aku confused nak anggap apa. Masa mula2 tengok aku dah hampir nak mampos tapi aku soh nyawa sabar dulu. Masih banyak benda yang aku boleh persoalkan berdasarkan banner neh so pls nyawa jangan main nak mampos melulu. Lagipun bangunan sprm jauh dari tempat aku bhai. Bukan kah itu cara mampos yang paling popular di malaysia neh? So aku pending niat aku.

Ada dua benda yang aku pelik. Dengan mengambilkira gambar neh ori bukan gambar super impose aku menganggap bahawa ;

1. Majlis neh di kelantan = masih baru.

2. Majlis neh dipercayai dalam pengetahuan Pas kelantan sebab ada gambar TGNA.

Apa guna PAS melaka balon Ali Rustam atas isu neh kalau Pas kelantan menghalalkan pula benda alah neh? Ini aku panggil kebahlolan melampau. Tapi takpe. Aku sudi dengar penerangan dari PAS. Satu gambar neh boleh membawa pelbagai erti so harap sangat pas cepat2 jelaskan apa yang telah berlaku.

Dari dulu lagi aku cukup bengang dengan sukan bodoh neh. Aku tak pernah anggap pun benda neh sukan sebenarnya. Aku betul2 jijik tengok lelaki tayang badan berminyak sambil berspender atau berseluar ketat. Siyes. Geli siottt.. dan bertambah2 geleman bila yang buat benda2 gini lelaki melayu islam.. gheewww... seriauwww..

Harap PAS kelantan boleh explain benda neh. Aku pun dalam mode bertanya neh. Bukan dalam mode menyerang. Kalau jawapan agak fak baru boleh serang menyerang lepas neh. Okey bai.

Ameno : geli aku..

Tengok lelaki pakai spender free jek.. - Agenda menarik pelancong ke Melaka!

Peh. 



Lihat bawah neh sat ;

Ini ialah gambar orang yang selalu tayangkan muscle depa depan orang atas tujuan tertentu. Di melaka, di  bawah program pesta pantai melaka, anda dapat saksika ia secara live sebab ia diadakan di atas pantai, di tengah2 orang ramai yang lalu lalang dan yang paling best ia di bawah seliaan kerajaan negeri. Syabas. Well done. 

Kini mereka juga menyajikan kita hiburan seksa secara percuma. Bukan senang nak dapat kerajaan macam tue. Selalunya benda neh kena dibuat sorok2, belakang2. Tapi di melaka ia dibuat secara open, depan orang ramai yang majoritinya umat islam, depan budak2 yang tengok lelaki slumber pakai spender ketat. Semuanya di bawakan kepada anda oleh kerajaan negeri melaka pimpinan Ali Rustam.

Tidak kah anda patut belajar sesuatu dari neh? Ya.. belajar lah kawan2. Belajarlah bersyukur. Mari ramai2, kita tunjukkan rasa syukur dan terima kasih kita kepada bn melalui peti undi nanti ye..

kah kah kah

Enhh.. nanti dulu. Lupa nak bagitau. Orang2 yang menyertai Mr. Muscle Beach neh dipercayai islam yer.. di ulangi sekali lagi.. dipercayai islam yer.. berbanggalah wahai umat islam. Kini kita boleh melakukan maksiat dan dalam waktu yang sama mengslogankan selamatkanlah akidah umat islam sambil mendapat bonus dengan menyalahkan kafir, yahudi, freemason dan kristian di atas kerja2 jahat yang dilakukan oleh umat islam itu sendiri. Bukan itu bagus.. sangat? Heh.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : Salahkan kafir, dap, kristian, freemason dan seme benda cepat.. ini kepakaran no 1 umat islam beb..

Polis Akan Tangkap Facebooker's Kutuk UMNO?


Memetik penulisan dari blog addin, diberitahu bermula Jan 2012, polis akan berkerjasama dengan facebook bagi menahan mana2 individu [facebookers] dari malaysia yang mengutuk umno dan kerajaan secara keterlaluan. Selain dari itu, polis juga akan bertindak terhadap mereka yang salahgunakan page dan group tertentu. 

Yang neh aku tak berapa faham konsep dia. Apa maksud polis nak tahan seme facebookers malaysia yang kutuk umno? Dan apa pula maksud polis nak tahan orang yang create page / group yang menyebarkan dakyah pembangkang? 

Tidak kah polis sedar betapa ramai gile orang yang kutuk umno di alam maya neh? Ia bukan golongan minoriti tetapi majoriti. Maksudnya disini bilangan orang yang menggunakan medium online untuk memaki hamun umno dan kerajaan adalah bilangan ter-ramai, terbesar dan terbanyak. Ia ada di mana2 pages, blogs, forum dan twitter.

Menahan mereka adalah satu kerja yang bodoh. Menahan penjenayah okey. Menahan orang yang anti umno not okey. Orang yang anti umno ialah orang yang berpolitik. Sejak bila politik itu menjadi satu kesalahan pula? Dan sampai bila polis harus letakkan usaha melampau2 dalam menjaga karier politik umno? Apa benda pun kena ada limit. 

Polis sudah sepatutnya sedar limit mereka mempertahankan umno pada masa neh harus berakhir. Disebabkan polis tidak nampak batasan mereka, maka pdrm dicaci maki hingga mengheret masyarakat hilang respect pada pdrm itu sendiri. Bukan suka2 masyarakat nak hilang respect. Ia hadir dengan bersebab. Sebab itu polis sendiri yang timbulkan. 

Nama polis itu membawa maksud police = menjaga / mengawasi.. dan bidang kuasa polis ialah menjaga keselamatan rakyat. Tetapi apa yang polis malaysia buat ialah mereka menjaga keselamatan rakyat = pemimpin yang tertentu sahaja. Hanya pemimpin, rakyat yang polis sudi jaga. Rakyat biasa macam kita, polis tak hingin pandang dan kesah pun. 

Dah kalau polis sendiri memilih hanya menjaga individu tertentu, macam mana nak paksa rakyat respect pula? Apatah lagi yang dilindungi itu adalah orang yang bersalah. Lagi lah makin tak direspect. 

Tetapi berita yang dipetik dari blog addin neh masih bersifat spekulasi dan belum lagi ada berita sahih mengenainya. Boleh jadi benda neh betul, boleh jadi benda neh salah. Andai ia bertujuan menakutkan rakyat, maka aku fikir jalan neh tidak berkesan ke atas tegar pr melainkan kepada mereka yang baru berjinak2 dalam politik dan cenderung kepada pr.

Untuk rekod hanya facebookers yang menghina kerajaan dan bn sahaja yang akan diambil tindakan dan bukan nya perkara sebaliknya andai ia dikuatkuasakan pada Jan 2012 kelak.

Ameno : Muat ka penjara tue?

Adakah ini buktinya Mahathir meminjam dari IMF?

Mahathir pada semalam meminta dsai bersumpah bahawa dia pernah meminjam dari bank dunia pada tahun 1998 - 1999 selepas pemecatan dsai. Malahan dia juga akan bersumpah sekali bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Kiranya dia mahu membersihkan nama dia melalui sumpah. 

Satu kaedah baru yang juga ekpress bagi membuktikan bahawa diri tidak bersalah. Terima kasih pada najib kerana memperkenalkan kaedah neh di malaysia. Polis,mahkamah dan perkara2 yang berkaitan perundangan boleh bersara dah selepas neh. Heh.

Semalam di tv3, beria2 Mahathir mempertahankan diri bahawa dia di pihak yang benar dan dsai pula di pihak yang salah. Sebelum neh dsai ada menegaskan bahawa dia difitnah dalam isu IMF sebab pemimjam sebenar IMF ialah Mahathir bukan nya dia. Jadi apa yang Mahathir ulas semalam adalah balasan di atas kenyataan dsai terhadapnya. Takpe, dont worry mahathir. Dsai tidak perlu bersumpah. Mahathir hanya perlu jawab neh sahaja.

Mari lihat bukti printscreen di bawah neh terlebih dahulu ;





Laman web neh ialah laman web bank dunia. Info di atas diperolehi melalui laman web di atas neh. Apakah ada kemungkinan laman web neh memasukkan info yang salah dan kurang tepat? Aku tidak tahu.

Apakah ada kemungkinan bahawa Mahathir lupa dia pernah meminjam IMF? Aku pun tidak tahu. Setiap pinjaman yang dibuat, ada menyatakan sebab2 kenapa perkara itu perlu. Bagi aku, andai ini kaedah yang perlu dibuat pada ketika itu, untuk menyelamatkn dan membangunkan ekonomi malaysia, tiada masalah. Momantai.

Tapi timbul masalah andai berani pinjam tapi tak berani mengaku. Lebih bermasalah andai sudahlah sendiri pinjam tapi dok pongpang fitnah orang agent yahudi, usa bagai.  Sudah semestinya ada sebab2 tertentu kenapa mahathir dan malaysia melakukan pinjaman neh. Aku tidak mahu mempertikaikan ia kerana neh urusan ekonomi, urusan yang aku sendiri tidak arif. Oleh itu lebih baik aku elak bercakap pasal perkara yang aku sendiri tidak tahu asal usulnya. 

Cuma, aku pelik dalam kes neh. Kenapa salah melakukan pinjaman di IMF andai malaysia benar2 memerlukan ia pada ketika itu? Dan kenapa pula mesti menyalahkan dsai di atas apa yang mahathir putuskan? Dan sejak bila meminjam dari IMF menjadikan kita agent yahudi, kafir, usa dan bagai? Rileks larh.. tak salah pun berurusan dengan orang bukan islam asalkan akidah, kedaulatan, keamanan, nyawa dan keselamatan bukan taruhan. Tapi jadi salah bila sendiri pinjam tapi salahkan orang lain sehingga dia difitnah dan dimaki atas perkara yang dia sendiri tidak pernah buat.

Inilah masalahnya umat malaysia sekarang neh. Mereka cenderung mempercayai apa yang orang lain mahu mereka percayakan. Persepsi meminjam di bank dunia adalah perkara yang jahat, persepsi bahawa dsai pihak yang meminjam dan persepsi mahathir berjaya tanpa imf.. semua itu hanyalah persepsi semata2. Fakta membuktikan sebaliknya. Dan fakta itu ramai orang sukar nak terima. Aneh.


Sumber printscreen : IAR


Update : Mahathir pinjam dari bank dunia, bukan dari IMF. Baca sini perbezaan IMF dan bank dunia.

Ameno : Betulkan balik kekeliruan neh mahathir sebelum Allah swt jemput anda ke alam baru..

Jumaat, 16 Disember 2011

Kartun kedai ikan 1malaysia - bukti pr dengki dengan bn.


kah kah kah

Lawak gile larh pelukis kartun neh. Ada jek isu nak attack pr. Pasal kedai ikan 1malaysia yang kononnya 40% lebih murah dari harga pasaran pun nak bangga. Setakat ikan yang dah lama toksah hadap nak bangga sangat. Setakat kroni noh omar yang handdle pun toksah hadap bangga sangat. <-- orang yang bagitau. Kalau salah betul kan yer.

Bukan ko yang dapat projek neh sampai beria2 nak bekap bagai. Buang masa seme tue. Yang tak boleh blah tue siap nafi lagi isu product KR1M memang beracun bagai? Neh gua kasi lue bukti.


Yang dedahkan neh ialah website rasmi kerajaan. Bukan blog gua. Bukan blog pembangkang. Bukan pula website pembangkang. Tapi website kerajaan larh mangkok. Dasar kartun. Seme benda taknak mengaku salah. Walhal bukti dah trang.. tranggg.. lagi.

Bila larh pr nak alih putrajaya neh. Tak sabar rasanya nak bebaskan media malaysia dari kecaman kuasa politik. Habis seme benda depa putarbelit. Rakyat yang tatau apa2 habis jadi mangsa media fitnah acuan bn. Kadangkala simpati juga tengok penyokong bn yang bodoh nak mampos. Asyik ditipu je. Tapi nak buat macam mana. Dalam dunia neh adatlah ada orang bodoh dan ada orang cerdik. Seme tue bersebab. Bukan sia2.

kah kah kah

Ameno : Jual ikan lama pun nak bangga..

Wajah blogger umno RBF yang disaman.


Inilah wajah sebenar blogger umno yang berblog melalui rbf online. Posting dia 99.9% adalah berasaskan fitnah dan penipuan. Kalau baca blog dia memang tiada apa yang dapat melainkan auta semata2. Menulis berasaskan pembohongan, tiada fakta, menuduh membabi buta, tidak menjaga kredibliti sebagai penulis antara jati diri kebanyakkan bloggers umno. Dalam erti kata lain, senang cakap dorang menulis fitnah.

Sebenarnya blog neh macam luahan perasaan. Apa yang kita rasa kita tulis melalui blog neh. Dorang pun boleh luahkan juga perasaan dorang di blog. Tak salah pun. Kalau dorang benci sesangat dengan pr pun no problem. Momantai. Lantaklah bahasa politik masing2. Lue punya suka wa punya suka nak kesah apa?

Tapi jadi isu bila cara dorang menulis tue bukan meluahkan perasaan tapi menyebarkan fitnah. Benda tiada, di ada2kan. Bukti direka2 untuk jatuhkan pr. Walaupun dihamburkan fakta depa tetap sebar auta. Itu yang orang jadi meluat dan menyampah. Bukan nak menerima hakikat kebenaran sebaliknya dorang tetap sebar kepalsuan. 

Benda neh rata2 bloggers politik memang suka buat tak kira parti, aku akui tetapi bloggers politik pr tidak sedegil dan seteruk bloggers umno. At least bila satu2 isu tue disalah tafsir, we willing to take the responsibility and minta maaf. Inilah bezanya bloggers pr dengan bn. At least kami jaga kredibliti sebagai penulis blog. Tidak lagi menyebarkan benda yang salah.

Kalau seseorang penulis itu tiada kredibliti hari2 masuk tv3 pun tak guna. Sebab apa yang dia tulis orang dah aim sampah so sapa nak percaya melainkan geng2 fitnah dia je yang percaya dan sebarkan.

Kepada rbf online kaki auta +  fitnah, ingatlah dunia neh sementara jek. Kita hidup selama2nya. Lepas dunia alam kubur dan akhirat menyusul. Masa tue orang2 yang bayar ko untuk sebar fitnah pun lari diri dari ko. Sorang2 je lah defend diri sendiri. Penyokong kemana, ko kemana. Tinggallah ko sorang2 mengadap dan menjawab depan Allah swt. Berani ko jawab dengan fitnah? Heh. 

Ameno : fitnah memang trademark umno.

Panas : Penyokong Shahrizat serang UMNO Cheras isu NFC!!

Peh..

Mula2 perhatikan dulu gambar2 di bawah neh beb ;








Okey, dah tengok?

Gambar neh dapat dari rakan fb. Dia bagi link kat aku pasal story neh. Sumber asal ataupun orang yang upload gambar neh di fb boleh rujuk sini. Thanks kepada dia apa2 hal sebab share benda neh.

Gambar di atas neh mengisahkan penyokong2 shahrizat yang menyerang umno cheras sebab menyarankan shahrizat letak jawatan atas isu nfc. Kiranya depa neh pembela si shahrizat. Hak eley... ada ka sang penyonglap macam tue pun ada yang sokong. Bengap ka apa dorang neh hah? Nak tanya sat.

Wehh,

Bodohhh.. berapa lue dapat backup shahrizat hah? Ada rm250j? Kalau setakat ratus or ribu g mamposlah weh.. buang masa seme neh faham tak buang masa? Bukan orang suka2 nak desak si kak jat tue berambos, tapi dah memang dia buat pailang baik punya sebab tue orang menyampah. Apa ke bahlolnya sangat orang yang sokong shahrizat neh? Bengap nak mampos. Amekaww..

Kah kah kah

Tapi kan geng, ada rakan2 dan sedara mara aku jadi ahli umno cheras tue beb.. dorang pun takde lak nak share benda2 neh dengan aku. Cuak gamaknya nak dedahkan pekung sendiri. Neh kalo depa baca benda neh sure sakit ahti kat aku neh. Sebab dedahkan masalah dalaman mereka. Lepak lah beb. Time kawan kita kawan, time sedara kita sedara, time kahwin kita gotong royong, time politik ko umno aku pas, kutuk mesti kutuk, habis citer..

kah kah kah

Ameno : Samseng.. samseng .. samseng.. samseng..

Khamis, 15 Disember 2011

Pergi jahanam dengan islam, babai.


Pergi jahanam dengan islam !!!

Hidup melayu.

Logo pas berbabi. Ada gambar tuk guru.

Peh. 

Neh provokasi apa neh? Pergi jahanam dengan pas aku selalu dengar. Benda yang sama gak selalu dengar dan sebut [aku sendiri] pergi jahanam dengan umno. Tapi neh pergi jahanam dengan islam. Sapa pula yang buat poster provoke macam neh? 

Aku lihat benda neh kesemua pihak ada kepentingan dan kelebihan masing2. Baik datang dari bn or pr, masing2 dapat benefit dengan poster sedemikian. Sebab apa? Sebab masing2 akan dapat rasa simpati dari penyokong masing2 bahawa masing2 difitnah. Aku dapat tahu poster neh dari peguam ummi hafilda.

Aku tak faham pemahaman korang macam mana tapi kalau diperhatikan betul2 words pergi jahanam dengan islam tue ada dwi maksud. Bagi aku statement pergi jahanam dengan islam tue diletak untuk perli pas, konon nya pas tunduk pada dap. Dalam waktu yang sama, boleh jadi words pergi jahanam dengan islam betul2 maksudkan apa yang dituliskan. Entahlah. Susah nak cakap.

Tapi lebih bagus kalau polis siasat banner neh. Siyes nak sangat tengok tukang provokasi mana yang bingai buat banner bengap neh. Bagi aku neh seme benda yang buang duit. Dari buat banner, edarkan risalah berfakta lagi bagus.  Kata nak kempen cara sihat. Tapi biasalah, kalau pr edar risalah tiba2 ia jadi risalah fitnah padahal kita edar pasal fakta jek. Susah betul lah nak berkempen di malaysia neh. Apa pun tak boleh. Umno jek boleh. Membosankan.

Ameno : provokasi terlampau.

Tong sampah ada kod neh berharga rm120.00 se?

Aku confuse baca berita pasal tong sampah neh. Tong sampah neh ialah tong sampah yang ada code. Tujuan kewujudan tong sampah neh ialah sangat bagus. Baca bawah neh sat ;

Kesemua tong yang akan diagihkan secara percuma kepada setiap rumah dan premis di negeri ini termasuk Negeri Sembilan dan Johor akan mempunyai nombor kod sendiri.
Pengurus Besar Kumpulan Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn. Bhd., Adnan Ibrahim berkata, nombor kod berdasarkan kawasan itu dicetak di permukaan sisi setiap tong bertujuan memudahkan pengendalian sisa pepejal itu.
“Melalui kod ini butiran pemilik akan direkodkan dalam sistem pangkalan data SWM. Kod ini bertujuan mengelakkan berlaku perpindahan atau pertukaran tong serta memudahkan pemiliknya mengesan tong tersebut jika hilang,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, sebanyak sejuta tong bernilai RM120 juta akan diagih-agihkan secara percuma di setiap premis di ketiga-tiga negeri tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun.

Sejuta tong = kalau kos sejuta = rm1.00 satu tong. Kalau 10juta makna nya 10.00 satu tong. Kalau rm120j maknanya rm120 satu tong.

Mahal ka? Sejujurnya aku tatau nak nilai harga tong neh macam mana sebab belum tengok benda neh depan mata lagi. Tong neh diperbuat pada apa, size dan etc. Yang aku tahu setakat neh dua perkara jek. Iaitu tong neh ada roda dan ia dalam size yang mudah dialih / di angkat sebab penduduk kena mohon dan amek sendiri tong neh kalau nak guna. Tapi kalau setakat tong plastik macam gambar di atas neh memang larh celaka jawabnya sebab mahal nak mampos.

Setakat bubuh code then markup rega kaw2 punya mahal memanglah kena maki. Walaupun benda neh percuma tapi ia guna duit pembayar cukai. Ini projek under kerajaan, so aku bukan nak kutuk bagai. Aku puji usaha kerajaan negeri jaga kebersihan dan uruskan sistem pepejal secara sistematik. Tapi jangan buat kerja bodoh dengan markup harga tong neh kaw2. Mana ada syarikat yang bagi buta2 rm120j pada rakyat. Walaupun tidak dinyatakan guna duit sapa tapi sendiri mao fikirlah neh mesti duit cukai punya.

Sesiapa yang dah mohon dan guna tong sampah neh mohon share gambar dia kat aku. Aku nak tengok apa specialnya tong sampah rega rm120.00 neh beb.

Berita penuh sini.

Ameno : Tong sampah pun dah mahal yer

Pesta Joget 1Malaysia Melaka.

Wahhh..

Rupanya sekarang dah ada pesta joget 1malaysia yer? Best lah geng. Boleh larh berjoget sakan. Joget bukan joget biasa plak tue. Neh joget 1malaysia taw. Gempak siot.. 

kah kah kah

Joget 1malaysia neh akan diadakan di melaka anjuran kementerian pelancongan. Biasanya untuk mencari minat para pelancong agar berkunjung ataupun yang sedang berkunjung ke melaka. Idea neh langsung tak fresh. Idea2 macam neh dah lapok. Apa lah boleh diharapkan dari menteri lapok dan zeason? 

Sudah tentulah ide2 yang lapok dan zeason juga. Dulu pun ada joget juga. Cuma nama joget itu aje yang bertukar. Dulu joget nama lain sekarang nama joget ialah joget 1malaysia pula.

kah kah kah
 
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pesta Joget 1Malaysia Melaka (PJ1M) pada 16 Disember ini.
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) melalui satu kenyataan media memberitahu, pesta itu akan diadakan di  Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.
“Acara melibatkan persembahan joget daripada 500 orang artis budaya, badan bukan kerajaan, kumpulan Tunas Budaya JKKN dan pelbagai persatuan pelbagai kaum.
“Orang ramai dijemput hadir pada pesta ini dan kemasukan adalah percuma,” kata kenyataan itu hari ini.

Bacaan penuh disini.

Ameno : Seme pun 1malaysia..

Rabu, 14 Disember 2011

NFC nak saman, saman je lah.

Loser...

Main tarik pula si salleh neh.

Nak saman, lue saman, lue saman. Taknak saman lue dediam dah larh. Aku rasa ramai pemimpin pr dah bersedia untuk disaman oleh salleh dalam isu nfc neh. Hujah2 yang dipakai oleh salleh bersandarkan penafian tanpa dokumen dan fakta je. Contohnya begini ;


Rakyat : Jabatan audit mendedahkan nfc tidak mencapai target. <== dengan bukti + fakta.

Salleh : Jabatan audit tersilap lapor. <== bukti mana? Dokumen mana? Takdak. Tapi dia soh kita percaya dia?

Rakyat : PAC mendedahkan berlakunya penyelewengan, salah urus dana dan lari target oleh nfc <== bukti video kenyataan oleh azmi khalid.

Salleh : Hentikan fitnah atau saya saman.<== waklue. Yang cakap tue PAC. Kami cuma angkat dan sebarkan ajek. Lue ingat PAC = PKR kah? PAC = gov whorr. fitnah apa menda nya?

Then last2 guna polis bersihkan nama dia. Ingat rakyat percaya ka? Apa2 benda penyelewengan kalau guna polis aku satusen pun tak percaya. Tapi kalau ko bagi aku macam aku ikut dan perhatikan siasatan polis neh, baru aku boleh buat pilihan. Toksah hadap lah rakyat malaysia neh bengap macam lembu beb. 

Satu persatu isu salleh neh kantoi tapi dia still tegakkan benang yang basah. Aku no hal kalau dia neh betul2 pandai berbisnes bagai. Tapi jadi hal bila dia sesedap dapat pinjaman dan gunakan pinjaman tersebut utk bina kekayaan sendiri. Walhal pinjaman tue sepatutnya untuk NFC. Dia boleh pakai untuk kepentingan peribadi plak.

Senang cakap, salleh ko saman je larh. Banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Di ulangi, banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Tinggal lagi ko kena saman jek. Ko cepat saman sekarang. Kalau ko rasa ko betul dan benar ko saman. Aku cabar ko untuk saman. Mari kita lihat siapa yang kena dalam isu neh.

Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.


Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

“Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dipetik Berita Harian.


Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil itu berkata, “saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai.” -MI-

Ameno : Takut saham jatuh larh tue..

Isu BR1M : Penjelasan Borang dan Email yang palsu.

Wahh..

Rupanya ada banyak borang bantuan palsu diedarkan. Sebelum neh kecoh dengan isu jual borang. La neh edar borang palsu plak. Hairan betul. Lihat bawah neh ;



TV3 tadi kata ia palsu. Yang neh aku sangka baik je dengan tv3. Tapi aku tetap nak timbulkan beberapa persoalan. Aku heran apa susah payah nak edar dan cetak borang2 palsu neh? Tambahan pula ia diedarkan dengan percuma. Kalau dapat bayaran nampaklah juga motifnya. 

Tapi yang neh diedarkan secara percuma. Percuma. Di ulangi percuma. Kos print, kos photostat dan etc tak payah kira ka? Takan buta2 buat provokasi? Bukan senang nak perolehi borang neh. Orang biasa macam aku tak boleh juga nak pandai2 cipta borang neh dan sebarkan. Sebab tue aku pelik sket. Ka ada orang2 kerajaan yang cuba main tipu? Yang neh bukan tuduh tanya je sambil2 buat penaakulan.

Selain dari isu borang neh, isu email di bawah neh pun palsu. TV3 tak lapor pun pasal neh. Even sebelum orang2 umno cakap ia palsu pun aku dah predict benda neh palsu beb. 




Penjelasan LHDN berhubung isu neh ialah ;

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Tuan,
Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan.
Pihak kami akan sentiasa berwaspada dan menyemak semua borang yang dikemukakan oleh pemohon yang layak.

Kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk turut sama menghebahkan kepada pemohon yang layak di kawasan tuan untuk mendapatkan borang yang benar.
Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Rusidah Abdul Rahim
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Klang
Telefon: 03-3341 8258 / 03-3361 4633 samb 39005
Faks : 03-3342 4109
E-mel : rusidah@hasil.gov.my / klang@hasil.gov.my


Sebenarnya aku ingat2 lupa benda neh. Tapi selepas berita pasal email neh tersebar aku teringat balik. Salah satu strategi yang najib = umno = bn akan guna pakai ialah elemen simpati. Maksudnya dia akan buat seolah2 dia dan kerajaan difitnah. Seseorang yang difitnah dengan mudah akan mendapat simpati orang ramai. Dsai begitu. TGNA juga begitu. Mereka difitnah dengan hebat dan hasilnya ramai yang simpati pada mereka.

Jadi, inilah salah satu elemen yang akan digunakan pakai oleh umno. Mereka sendiri yang akan buat fitnah terhadap kerajaan dan kita pula yang tatau apa2 menyebarkan fitnah sehingga ia kelihatan di bawa oleh pr dan last2 kita kantoi. Minta sesama kita kerjasama dalam isu neh. Baru2 neh dalam isu amanat dsai pun sama. Aku pun terkena nasib baik ada rakan yang betulkan. Terima kasih pada dia.

Terdapat banyak maklumat2 dan info2 yang perlu tapisan. Kalau kita main sebar tanpa periksa asal usul kita yang kena balik. Harap ada geng2 yang sudi tapis dan periksa setiap kesahihan info yang datang agar kita tidak terperangkap dengan permainan mereka.

Ameno : Dah up dah strategi najib..

Alamak kawan blogger aku kena saman dengan Musa Hasan.


Lepak geng, lepak. Cara terbaik amend balik artikel tue dan minta maaf je pada Musa Hasan. Tak berbaloi beb kena saman pasal isu neh. Tiga blogs yang BAKAL disaman oleh Musa Hasan ialah ;


1. free malays.blogpot.com, 

2. pulakdah.blogspot.co

3. abushahid.wordpress.com.

Salah seorang dari 3 bloggers di atas aku kenal. Kenyataan Musa adalah seperti di bawah neh ;
Kuala Lumpur - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.


 Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com - GB-

Musa tidak menamakan blog aku, tapi dia bagi warning jek. Tapi takde lah aku nak terasa sangat pasal aku pun bukan tuduh dia. Just tanya jek. Tapi kalau itupun salah kena lah aku beralah dan amend balik artikel tersebut dengan kenyataan minta maaf. 

Harap rakan2 bloggers yang lain pun buat cara gini gak. Tak berbaloi beb disaman. Banyak lagi benda yang lebih berfaedah patut dibuat contohnya menjatuhkan rejim zalim ka.. 
kah kah kah

Ameno : Peh.. cuak gak aku beb tadi. Muahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...