Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Disember 2011

Kedai ikan rakyat 1malaysia kini di pasaran.


Tahniah piem tahniah. Aku suka gile dengan idea neh. Sekarang neh aku dah tahu dah kat mana nak beli ikan murah2 di malaysia neh. Seme atas jasa piem yang baik + bijaksana + sopan + kacak + budiman + rajin + alim + tawadduk + cergas + dermawan + serdahana + pemurah + pengasih dan segala2 benda yang baik di dunia neh larh.

Bagi aku cadangan dan tindakan mewujudkan ikan 1malaysia ialah pandangan yang sangat2 bagus. Aku tahu pembangkang mesti dengki gile kan dengan idea neh? Mesti dorang akan provoke bn "hak eley ikan dah nak busuk pun lue jual dan bangga lagi siap letak jenama 1 malaysia apa barang?" Lepak lah der. BN ajar kita jimat cermat. Dalam bisnes, sampah pun boleh buat duit. Apatah lagi ikan busuk. Lue tak boleh fikir positive meh?

Nanti ada lah yang bagi alasan klasik setakat buat kat beberapa tempat nak kecoh bagai. Larrr lepak larh der. Benda perlukan masa. Nak cari tempat, nak cari rakan niaga sekroni, dan sebagainya. Lagipun kita kan ada pos malaysia. Guna je lah khidmat pos. Jangan asyik komplain jek.

Dan macam biasa alasan yang  wajib keluar dorang mesti cakap "apa lue susah2 buat ikan 1malaysia? Kalau sungguh boleh murah, biarlah peniaga ikan yang lain pun dapat sertai skim neh. Satu malaysia boleh dapat murah on the spot ma". Bukan tak boleh, tapi kita sengaja taknak bantu peniaga2 ikan yang sedia ada. Dorang neh suka cakap  banyak. Kita neh asalnya nak promote jenama 1malaysia. 

Dan ko ingat peniaga2 ikan seluruh malaysia nak pakai jenama 1malaysia? Toksah mimpi larh der. Dorang suka jual ikan tanpa jenama. Sebab tue kita malas layan depa. Baik kita tubuhkan hub sendiri. Senang sket nak jual imej. Neh seme bisnes minded. Sebab tue kerajaan kurangkan subsidi dan ganti dengan benda yang sangat unik neh. Korang tak faham apa2 pun. Elok g baca majalah mangga tue. Layan porno terbitan utusan pun okey. Halal beb. Tanyalah jakim sendiri kalau tak percaya apa yang aku tulis neh. Bai.

Ameno : 1malaysia mampos time najib mampos. Siyes neh.

RM210juta hilang. Neh sapa pula balon duit rakyat neh woitt?


Sakitnya ahti aku membaca benda kat bawah neh. Kalau larh pokok yang menjadi pelepas kemarahan aku, nescaya pokok dah lama pupus di muka bumi neh pasal terlalu banyak skandal dan penyelewengan yang membelenggu malaysia neh. Baca bawah neh ;


Satu hal yang tidak diketahui umum, dan bukan didedah oleh Ketua Auditor ialah tentang pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai Bagus, sebagaimana tujuan jambatan dibina.  Harga asal kontrak RM174 juta.  
Harga semasa sudah meningkat RM210 juta.  Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir di bawah jambatan!  Jambatan ini hampir siap dan tiada halangan dan larangan dari JKR yang mengawasi pembinaan. Bayaran dibuat mengikut kemajuan kerja. Usaha untuk mengalih anak Sungai Bagus ke bawah jambatan dilakukan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai.  Proses tender sedang dirangka.  Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

Hal neh pernah didedahkan di blog anak sungai derhaka. Search balik entry lama dia. Hal neh aku kurang info so memang tak berapa pandai nak ulas. Aku tunggu2 gak kalau2 ada sesiapa yang mahir bab pembinaan neh ulas pasal neh. Bukan apa, geng2 umno menegakkan hujah bahawa pembinaan jambatan tue relevan dan kena dengan konsep. Orang yang tak arif pasal pembinaan dan jurutera janganlah dok komplen macam bagos. So aku avoid lah komplen pasal neh. Risau gak. Komplen punya komplen last2 salah.

Tapi kalau dari hasil pembacaan teks ucapan syed hasan ali di atas tadi [dibaca di dalam dewan negara pada 7 disember] maka aku dapati bahawa ;

1. Tujuan asal pembinaan jambatan dah lari. Dulu dia cakap lain, tapi bila projek dah lulus, lain pula dia buat. 

2. Kos projek dah bertambah sebanyak 70juta. Peh. Banyak tue bhai.

3. Projek dapat pada geng2 umno. Layak? Takde masalah beb. Kadangkala kita kena faham bahawa memang ada kekawan kita neh bagus dalam buat kerja. So kalau dia umno tapi dia layak, berkebolehan, cekap, telus dan bagus, nevermind. Tapi ia jadi masalah kalau berlawanan. Isu sebenarnya ialah sudahlah geng sendiri, tak layak pula tue so orang akan bangkit pertikai. Neh jadi isu lah.

4. Bayaran telah dibuat. Tetapi bukan full sebaliknya dibuat ikut kemajuan kerja. Maknanya dorang belum siap kerja. Dalam proses. Tapi sepanjang proses pembinaan kos meningkat rm70juta. Peh. Banyak tue. <-- ulang balik.

5. Dan yang paling kelakar sekali, benda2 neh dibuat tanpa melalui dan memerlukan kelulusan. Walaupun jkr yang pantau projek neh, dorang leh slumber proceed walaupun jabatan parit dan sungai tak pernah approved usul neh. 
Why? Itu wa pun tatau. Wa pun tengah tunggu jawapan. Dan macam biasa, jawapan yang wa dan lue semua bakal terima hanya akan menghasilkan nguapan yang sangat2 panjang dan lama. Heh.

Teks ucapan penuh syed husin ali disini.

Bai.

Nota : Untuk rekod aku rasa rm174juta ialah rm147juta sebenarnya. Kalau tidak napa SHA sebut tambahan 70juta? Tapi aku tak berani nak amend teks ucapan dia. TQ.

Review HP terbaru keluaran samsung galaxy disini

Design web dan blog percuma disini.

Ameno : Songlap di malaysia lebih rendah banding dengan negara jiran beb.

Ahad, 11 Disember 2011

Inilah dalang disebalik video hina hudud part II

Peh..

Kali neh lebih banyak details mengenai mata2 = ajaff didedahkan. Mula2 tengok gambar neh terlebih dahulu ;


Lelaki yang memakai baju putih di dalam gambar atas neh dipercayai mata2 = ajaff.  Bagaimana kesimpulan neh dibuat? Ia dibuat berasaskan kepada hujah di bawah neh ;

Dari komen matamata di SINI:

Saye Mohamed Bin Abdullah mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak. 
Isteri pertama: 
A-Zainab Jussoh 
anak: 
1-Mohamad Redha
2-Nur Aisyah
3-Mohamad Suhaimi
4-Nurul Ain
5-Nurul Huda 
B-Rohani Zainal Abidin 
anak: 
1-Siti Fatimah
2-Al Hussein
3-Siti Khodijah
4-Ali Zainal Abidin
5-Siti Mariam
6-Siti Sarah

Begitulah serba sedikit tentang keluarga kami, malah masih ramai lagi ahli keluarge yang masih berade di Daek, Lingga, Bintan, Jakarta, Bandung, Jogja dll.

Jika anda termasuk dalam salasilah ini sila hubungi saye di
ajaff8@gmail.com atau matdollah2002@yahoo.com

Keluarga ajaff8 / matamata / matdollah:

Lihat printscreen di bawah neh. Aku yang petik dengan seksa guna pc adik aku yang juga memang agak seksa nak guna beb ;

Motif aku printscreen benda neh ialah nak suruh korang lihat date of comment neh. Lihat date dia tahun 2008. Aku nak highlight using arrow pun takley so korang kena click dan zoom pic neh dalam2 sehingga jumpa tarikh yang dimaksudkan.

Untuk rekod korang, pendedahan neh hasil dari kerjasama hanief, alang dan iar. Rujuk sini untuk bukti bergambar dan keterangan yang lain. 

Okey selepas komen neh terdedah, maka mereka pun menyelusuri fb yang dimiliki oleh mat dollah aka mata2 neh. Mula2 mereka menyiasat orang2 yang ada pertalian dengan mat dollah iaitu anak dia sendiri, lihat printscreen bawah neh ;


Dan melalui anak mat dollah iaitu Aisyah Mohammed aka Nur Aisyah [bapa dia nama Muhammad, dollah or mata2? den pun confused]inilah maka gambar di atas neh diperolehi. Namun ia masih dalam siasatan. Biasalah di fb neh. Macam2 boleh berlaku kan.

Selain dari pendedahan neh, mereka juga berjaya membongkar acc blogger yang dimiliki oleh ajaff tetapi ajaff dah amek langkah drastik dengan memadamkan or hide kan profile tersebut. Aku pun tak sempat nak tengok sebab baru online neh, tau2 je dia dah sorok seme. Lihat sini ===> profile ajaff disorokkan.

Sila baca juga sini pasal kegiatan ajaff dan penglibatan dia dengan umno.  Lagisatu ajaff neh dipercayai seorang programmer. So dia mahirlah bab2 editing, software, video, blog dan perkara2 yang berkaitan dengan nya. Hubungan dia dengan beberapa orang kuat umno selangor disamping kepandaian yang dia miliki dan kebetulannya pula haluan politik dia berpaksikan kepada bn maka tidak mustahil larh dia berhasil perolehi dana untuk produce drama pendek sembang rakyat.

Sayang, dia salahgunakan kelebihan yang dia miliki. Alangkah baiknya jika dia boleh mengajar rakyat bersembang dengan ilmiah, fakta dan bermoral. Ini tidak, ada ke perkara2 yang mengarut, menghina, perpecahan, fitnah dan mengeji disumbatkan kepada mentaliti rakyat dan dengan berbangga menamakan ia sebagai sembang rakyat? 

Rakyat sebenarnya marah dengan label tersebut kerana ia tidak mengambarkan apa yang rakyat sembangkan dalam dunia realiti beb. Rakyat juga berpendapat ia lebih sesuai dinamakan sebagai sembang umno. Hope tukarlah nama tue apatah lagi anda dah terbongkar kerana sendiri yang hina Allah swt. Bukan orang suka2 nak bongkar or marah si ajaff neh. 

Dia sendiri yang mendedahkan diri dia dengan perkara tersebut bilamana dengan sengaja membiarkan skrip menghina hukum hudud dibiarkan berada dalam video sembang hina hudud. Lue fikirlah sendiri. Lenkali janganlah sesekali biarkan kebencian lue terhadap pr dan pas menyebabkan lue tergamak hina perkara2 yang menyebabkan akidah lue goyang. Sekarang dah jadi macam neh sapa yang susah? Lue juga.

kah kah kah


Ameno : Ajaff, ruang tobat buat mue masih ada beb.

Inilah dalang disebalik video hina hudud - UPDATED!

Wowww...

Akhirnya konspirasi mereka terdedah. Mana mao lari. Pendedahan yang dibongkar oleh hanief pada awalnya akhirnya membawa kepada beberapa pendedahan yang lain. Padan muka lue. Berani lagi hina hudud. Kan orang dah maki lue kaw2. Sendiri cari pasal bhai. Sendiri cari pasal. Redha je larh dengan akibat yang datang sebab sendiri yang tempah ma..

kah kah kah

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;


Konspirasi neh pada asalnya didedahkan oleh hanief = malaysianews. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot sapa anif neh yer tak? Point penting pendedahan yang dibuat oleh hanief ialah ;

1. Alamat email yang mendedahkan kaitan sembang rakyat dengan beberapa blogs pro umno.

2. Alamat email yang sama juga mengaitkan sembang rakyat dengan beberapa laman pro umno.

3. Antara laman web umno yang terkaitan dengan email yang dinyatakan ialah puteri umno selangor, noh omar dan umno tanjung karang.

4. Alamat email yang dimaksudkan ialah ajaff8@gmail.com

5. Jika diperhatikan kualiti, cara pengedaran yang tersusun, barisan pelakon yang terlibat, skrip, lokasi dan kaedah pendramaan video neh dibuat, kita dapati ia memerlukan kos yang tertentu bagi menjayakan video2 berupa provokasi neh. Dan kos untuk menerbitkan video2 neh bukanlah murah apabila ia diterbitkan berkali2 dengan skrip, lokasi dan pelakon yang berbeza2.

6. Dan tidak mungkin seseorang yang biasa2, tiada wang akan menerbitkan video neh. Kalaupun ada orang2 kaya yang menerbitkan video2 neh sudah semestinya ia ada asas yang kukuh kerana motif video neh jelas terserlah membawa idea menyokong bn dan menolak pr secara terang-terangan.

7. Jadi tidak mustahil orang2 kaya neh ialah penyokong ataupun orang yang berkuasa di balik umno. Jika dia bukanlah individu yang berpangkat dalam umno, at least dia mesti perolehi faedah bila menerbitkan video2 yang menyokong umno.

Hasil pendedahan hanief kemudiannya diperkemaskan lagi oleh admin kbsb iaitu alang. Lihat bawah neh terlebih dahulu ;



Lihat bawah neh lagi ;


Antara screenshot yang diprintscreenkan oleh alang, admin kbsb. Lebih banyak bukti sila klik ==> sini.

Dalam pada itu admin kbsb [alang] juga turut mendedahkan beberapa link yang mendedahkan identiti ajaff = individu yang bertanggungjawab di atas video sembangrakyat yang mana dipercayai ditaja oleh umno. [ Saja guna word dipercayai walaupun bukti jelas dah di atas neh].
Ini FB beliau iaitu ADMIN (www.sembangrakyat.org) yang membuat video MENGHINA ALLAH DAN RASULULLAH, UMAT ISLAM, RAKYAT KELANTAN SELURUHNYA., sila hebahkan dan sebarkan . TERIMA KASIH.

AKAUN FB 1 : https://www.facebook.com/profile.php?id=100000742330090&ref=ffl

AKAUN FB 2 (fake) : fairusajaff@gmail.com : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002682323624

INI VIDEO BELIAU YANG MENGHINA ALLAH DAN RASULULLAH, UMAT ISLAM, RAKYAT KELANTAN SELURUHNYA.

1 : http://www.youtube.com/watch?v=APDXOormKqY&feature=share
2: http://www.youtube.com/watch?v=GhcdAhZBbXc&feature=share

PENDEDAHAN : SIAPA (ajaff8@gmail.com) ADMIN www.sembangrakyat.org ? Ini akaun-akaun beliau.

PICASA BELIAU : https://picasaweb.google.com/115284791309285471583

SYARIKAT BELIAU : http://my.linkedin.com/pub/matamata-matasatu/3a/529/80

YOUTUBE BELIAU : http://www.youtube.com/user/fairuzajaff

G00GLE + BELIAU : https://plus.google.com/115284791309285471583/about


Setelah pendedahan neh meletup [tersebar] di pasaran facebook, mata2 yakni orang yang terdedah dalam kes neh menghilangkan diri dan menutup sembang rakyat bagi melindungi jejaknya. Nasib baik hanief dan alang sempat sediakan bukti untuk disebarkan oleh kita. 

Apa lagi geng, sebar dan share banyak2 pendedahan hanief dan alang neh. Kalau boleh rakam, rakam dalam hp. Tunjuk pada mereka2 yang masih buta kebenaran lhor. Bila lagi nak berjuang tegakkan kebenaran kalau bukan sekarang neh. 

Muahahaha...

Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : 1 word.. KANTOI!

Sabtu, 10 Disember 2011

Ummi Hafilda bakal bertanding PRU-13 yer?


Peh.

Ummi bakal bertanding yer? Kerusi mana satu pilihan ummi? Permatang pauh kah?

kah kah kah

Ada orang bagi info kat aku bahawa baru2 neh ummi ada muncul dalam salah satu rancangan radio. Radio yang dimaksudkan ialah radio24. <-- Ada ke radio neh weh? Rancangan yang dimaksudkan ialah kerusi panas. Aku pun tak pernah dengar nama rancangan neh dan nama radio neh tapi carian di google, benda alah neh memang wujud beb.

Radio neh sebenarnya ialah radio untuk berita jek. Dia lebih kurang macam bernama tv versi radio. Bernama neh selain dari web dan tv, dia pun ada radio berita gak. Dan aku pun baru tahu sebenarnya. 

kah kah kah

Dalam rancangan tersebut, ummi membayangkan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan menjadi calon pada PRU-13 sekiranya dipilih.

WOW.. 

Ummi ada ahti nak jadi wakil rakyat gak beb? Ketika carian di google pasal radio24, aku juga berhasil menemukan neh. Berita pasal ummi mungkin bertanding rupanya ada masuk sinar harian. 

Lihat bawah neh ;


Adik kepada Timbalan Presiden PKR, Ummi Hafilda Ali tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dicalonkan.
 
Bagaimanapun menurutnya, keputusan sama ada bertanding sebagai calon terletak kepada pucuk kepimpinan negara untuk putuskannya.
 
“Kalau pucuk kepimpinan merasakan saya layak, layaklah. Kalau pucuk kepimpinan kata saya tak layak pun tidak mengapa.
 
“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk membantu kerajaan mendedahkan pekung pembangkang dan siapakah mereka ini. Saya akan terus menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah bagi tujuan itu,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, semalam. -SH-

Hehehe.. dari apa yang aku faham ialah dia sebenarnya yang nak jadi calon. So dia bagi lah hint pada pimpinan pusat. Tapi dia ubah sikit ayat2 supaya takdelah nampak desperate sangat nak jadi calon kan? Apa pun ko memang layak jadi calon pru ummi. Jadilah. Aku sungguh2 mengharapkan ko jadi calon pru-13 neh. Ikhlas dari ahti wa. 

kah kah kah

Ameno : Satu kerusi dalam tangan dah kalau dia jadi calon.. heheh.

Jumaat, 9 Disember 2011

Wey Shahrizat, rm2juta mana? MIC yang tanya bukan PR lah oiii..


kah kah kah

kah 

kah 

kah

kannnnnnnntoiii !

Habislah lue shahrizat. Lue dah kantoi rm250juta sebelum neh. So apa je dengan rm2juta ye tak? Isu disini ialah ;

1. Shahrizat edar rm2juta kepada rakyat melalui wakil rakyat bn.

2. RM2juta tersebut ialah untuk orang india yang memerlukan [orang susah].

3. Hal neh dihebahkan kepada berita setempat bagi menimbulkan persepsi baik terhadap bn.

4. Bantuan rm2juta oleh shahrizat neh akhirnya tidak sampai pun kepada orang india yang kesusahan tue.

Apa yang berlaku? Jeng3x..

5. Yang berlaku adalah sebaliknya. MIC telah menghantar 207 borang permohonan [bagi kawasan parlimen batu sahaja] namun umno cawangan [batu] telah menolak sebanyak 43 permohonan sebab mereka bukan pengundi berdaftar di batu.

Aik? Jeng3x.. kalau nak membantu mana boleh pilih2. Adatlah tinggal tempat lain, kerja tempat lain, mengundi tempat lain. Susah juga nak memohon bantuan di kawasan tempat dia mengundi. Betul tak? Takan semata2 mengundi tempat lain permohonan dia gagal. Dia dah susah dan layak patutnya lulus je. Melainkan.. jeng3x.. Ha Ha Ha..

6. Tiba hari yang dijanjikan, pemohon yang dapat bantuan tunai hanyalah sebanyak 70 orang. MIC batu diberitahu oleh penyelaras bantuan iaitu Datuk Yahaya Mat Ghani bahawa dalam sampul terbabit ada rm200. Tetapi orang yang dapat bantuan bagitau deyyyy dalam neh ada seratus sahaja larh.

Aikkk???? Kannnnntoiii.. 



7. Jadi MIC batu dah bengkek.  Mula2 daripada 207 yang dia hantar, 43 rejected. Then last2 yang dapat hanyalah 70 wakil. Memburukkan lagi keadaan ialah wakil bn [wakil memberi bantuan daripada kementerian shahrizat] dia cakap psttt2x.. dalam sampul rm200.00 beb.Masyukkk.Tapi last2 hanyalah seratus. Orang2 yang terlibat plak tuduh MIC songlap duit bantuan. Bengang punya pasal MIC batu buat siasatan.


8. Mula2 dia tanya yahaya. Deyy lue tipu sama saya hah. Lue kata dalam tue ada rm200. Tapi orang dapat bantuan cakap seratus sahaja. Lepak2. Sebenarnya itu shahrizat belum kasi wang sama saya lagi. Ya ka?.Yalah.. pasal apa saya mao tipu. Wokey2. Lue duduk sini diam2.

9. Lepas tue MIC Batu pergi check dengan kementerian shahrizat pula. Kementerian shahrizat sahkan duit tersebut dah diagihkan. Last2 MIC batu bengang. Sorang cakap gini, sorang cakap gini. Mana satu yang betul neh? Rupanya ada orang lagi pandai belit dari aku [MIC]. Sohai. 

10. Bagi membuktikan yayaha dan shahrizat di pihak yang benar, maka MIC batu minta dedahkan bukti dokumen. Dalam pada itu pas mempersoalkan shahrizat apsal dia edar wang rakyat pada wakil bn?  Memandangkan itu wang rakyat sudah semestinya larh rakyat berhak menikmati ia tanpa kira parti.

Muahahahaah..

Sendiri punya geng pun kena kencing. 


kah kah kah

Padan muka.


Sumpah lawak siot!

Pas persoalkan shahrizat isu edar bantuan disini.
MIC persoalkan isu bantuan tunai disini.


Ameno : Apa pun tak boleh lah depa neh.

BH menipu Zahid Hamidi naik kapal selam buat apa?


Kalau dah lari buatlah cara lari. Ada aku kesah dia nak naik kapal selam tue bersama lim guan eng ? Aku tak kisah der. Aku tak heran pun dengan dia walaupun aku mengaku aku heran dengan apa yang dibuat oleh LGE dalam isu neh. 

Bagi aku, bagus gak seorang menteri merasai dan melihat sendiri kapal selam yang mahal nak mampos neh. Ini perlu supaya dia tahu bahawa setiap benda yang ada di dalam kapal selam terbabit terbentuk dari wang rakyat so pls lah jaga bebaik menda alah tue. 

Walaupun dah berlakunya penyelewengan tetapi nak elak or ubah sejarah dah tak boleh. Jalan yang ada sekarang ialah repair apa yang damage. Itu je lah. Jadi amat bagus bagi LGE merasai sendiri kehebatan KD TUN RAZAK neh. Tapi masalah nya yang buat aku hangin sekarang neh ialah bila BH mengedarkan berita palsu kepada aku dan mungkin juga esok lusa dia akan cetak berita palsu neh dalam paper dia.

Lihat bawah neh beb ;

Ini yang wa rasa nak maki neh. Benda macam neh pun nak menipu. Hak eley.. tah pape larh weh. Aku ingat orang pun tak heran lah samada zahid naik ke tak naik kapal neh. Buang masa larh menipu untuk jaga reputasi si zahid neh. Heh.

Namun boleh jadi juga yang bh memang tatau yang zahid tak naik kapal neh. Hehhehhe. Kalau itu berlaku aku say sorry je larh bh. Sapa suruh ko asyik menipu je selama neh. So kalau aku salah sangka pun ia hasil dari perbuatan2 ko yang lepas juga. Nak bersangka baik pun tengok gak pada sejarah seseorang itu weh, Okey bai.

Ameno : Zahid lari sebab ada program lain walhal program2 dia semua nya dirancang terlebih dahulu beb. Mmuahahaha..

Must read : Video perli hudud !

 

Gila betul. 

Sanggup je buat kerja bodoh je semata2 nak burukkan PAS. Takpe lagi nak kecam PAS. Tapi janganlah heret islam dalam membenci PAS. Ko nak benci PAS ko punya pasal. Tapi jangan sampai benci ko pada PAS membuatkan ko tergamak hina HUDUD. 

Point penting dalam video di atas ;

1. Seronok pas dan dap bergaduh pasal hudud. [bila masa tah?]

2. Pas mainkan isu hudud nak jaga ahti pengundi kelantan.

3. Pas ikut cakap dap pasal konsep negara islam kepada kebajikan.

4. Hudud hasrat Allah swt. Ia berasaskan keadilan.

5. Undang2 malaysia adil jadi dah sama dah dengan undang2 Allah swt. Maknanya undang2 hudud = undang2 malaysia = adil dah.

6. Semua ulama suka dengan undang2 malaysia.

7. DSAI sokong TGNA pasal hudud sebab nak raih simpati penyokong pas supaya penyokong pas berdemo bela DSAI andai dia dipenjarakan.

8. DSAI seronok hukum hudud dijalankan sebab ia akan mempengaruhi perjalanan kes mahkamah nya.

9. Maksud PAS = PARTI AJARAN SONGSANG.

Ingat neh bebaik penyokong umno dan sebagainya. PAS = parti ajaran songsang. <-- korang yang label, korang yang kutuk, korang yang sebar fitnah jadi janganlah sibuk marahkan pas bilamana pas tidak mahu bersatu dengan umno.

Tak faham konsep kah? Dah puas2 hina + label + maki + fitnah + provoke last2 suruh orang bersatu dengan dia. Tak hairanlah kalau orang taknak. Gila betul permainan politik umno neh. Pas punya pasal, hudud pun sanggup dipermainkan.

Dalam isu kenapa hudud hanya dijalankan kepada umat islam, konsep dia sangat mudah. Lihat contoh di bawah neh terlebih dahulu ;


Perempuan neh ialah pelakon dalam video sembang rakyat. Dia bercakap pasal pas dan pasal hudud. Dia ialah orang islam. Tapi aneh konsep aurat dan kaler rambut pun dia gagal faham. Apatah lagi melepak tengah2 malam dengan dikelilingi oleh lelaki lagi larh dia tak faham. Jika ada perempuan di atas neh dan orang bukan islam duduk bersebelah, siapa yang patut kita dakwahkan terlebih dahulu?

Jadi dalam isu hudud pun sama. Stastistik di malaysia neh menunjukkan bahawa orang islam dan melayu mendominasikan semua jenis jenayah baik jenayah moral mahupun jenayah berat. Jelas disini akidah umat islam dilanda musibah. So hudud adalah untuk itu. Untuk mengatasi masalah yang melanda umat islam di malaysia neh.Apabila hudud lihat mampu mengatasi hal tersebut, secara sendirinya hukum hudud akan diterima pakai di malaysia.

Apa benda pun perlukan testimoni. Even Nabi saw sendiri pun menjadi testimoni kepada umat manusia di seluruh alam. Disebabkan itu ramai bukan islam masuk islam. Akhlak yang cantik disusuli pula dengan iman yang teguh barulah orang bukan islam boleh memahami apa itu islam. Ini kerana umat islam ialah cermin kepada islam itu sendiri.

Bukan kah ia jelas disini? Orang islam sendiri kena tunjuk dan amal benda yang termaktub dalam Alquran. Jika mereka sendiri gagal, jangan sesekali heret orang bukan islam di dalam kes neh. Jangan pernah mimpi bahawa orang bukan islam akan faham pasal islam apabila kita sendiri pun belum memahaminya.

Adalah amat malang bagi kita semua kerana tidak menyedari bahawa yang sedang mengadili iman kita ialah Allah swt. Bukan manusia. Apa yang dipertontonkan di dalam video neh, dia sangka bahawa manusia akan mengadili dia di pihak yang benar dan betul tetapi dia lupa, bahawa dia sedang mempertaruhkan iman sendiri. 

Walaupun mungkin sahaja pada masa akan datang dia bertaubat, tetapi kesan akibat pembikinan video neh tetap wujud dan akan tetap diadili oleh Allah swt. Ingatlah, benci pas satu hal yang lain. Jangan sampai kebencian kepada pas mengheret anda untuk benci Allah swt pula.

Ameno : Hudud diperlekehkan oleh orang islam. Dan lebih malang ada pasukan yang menyorak atas penghinaan tersebut.

Khamis, 8 Disember 2011

Kenyataan balas Chegu Bard terhadap tuduhan papagomo.

Kenyataan Terbuka
8 Disember 2011

1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai che'GuBard.

2. Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan sabuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger tersebut ?

3. Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.

5. Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).

6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi) dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr. Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah) tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut. Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi.

7. Tidak apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut.

8. Persoalan kenapa che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara peribadi.

9. Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu.

10. Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat 1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini. Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)

11. Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim. Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya diserahkan kepada polis sahaja.

12. Selepas pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).

13. che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini). Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan lucah.

14. Umno nampaknya, menilai rendah pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini). Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah di kawasan masing - masing.


Sekian

che'GuBard
http://chegubard.blogspot.com/2011/12/umno-terus-tenggelam-dengan-politik.html 

Baca, faham dan sebar. 

Dakwat kekal yang lama sudah hangus dibakar.

Woittt bangang.

Wa terpaksa suka ahti panggil spr bangang. 

Ini kerana wa memilih untuk meragui kata2 di bawah neh ;
Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.-MI-

Chisin punya orang. 

Keselamatan dan perundangan pemender neh woit? Kasi larh alasan yang lebih munasabah sikit oiittt. Sesedap lue je bakar rm2.4juta. Brengset lue SPR. Brengset. 

Pada asalnya aku bukan nak marah. Tapi penjelasan neh benar2 membuatkan orang biasa macam aku naik marah. Apa je dakwat tue boleh buat kat ko weh? Faktor keselamatan? Bunuh? Makan? Racun? Bom? Apa pun tak boleh. 

Faktor perundangan? Bebaskan penjenayah? Bela perogol? Bantu perasuah? Merompak? Edar video seks? Apa pun tak boleh. Ia kan dakwat. Apa je dakwat neh boleh buat pada manusia macam kita neh? Adoiilah.. adoillahh.. lawak apa mender neh weh.

Minta kerjasama spr, jangan pandang rendah pada rakyat Malaysia. Jangan sesekali pandang rendah pada akal rakyat Malaysia. At least sebelum ko bakar rm2.4juta tue, bagi dulu bukti2 dan penghujahan yang konkrit untuk bakar benda alah tue. Jual balik ka. At least takde lah rugi terus sampai rm2.4juta. 

Neh tah hapa2 sebab taw2 je ko dah bakar dakwat. Apalah dosa ko dakwat. Nak defend diri ko, ko dah mampos dibakar. Terpaksalah dengar pandangan sebelah pihak je. Walaupun aku tahu alasan yang dia bagi neh, usahkata orang, lembu pun pakat gelak. Baru si lembu tahu ada orang lebih bodoh dari ia. 

Ameno : Jangan2 tak pernah beli dakwat kekal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...