Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Disember 2011

Kenyataan balas Chegu Bard terhadap tuduhan papagomo.

Kenyataan Terbuka
8 Disember 2011

1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai che'GuBard.

2. Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan sabuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger tersebut ?

3. Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.

5. Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).

6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi) dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr. Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah) tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut. Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi.

7. Tidak apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut.

8. Persoalan kenapa che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara peribadi.

9. Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu.

10. Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat 1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini. Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)

11. Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim. Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya diserahkan kepada polis sahaja.

12. Selepas pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).

13. che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini). Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan lucah.

14. Umno nampaknya, menilai rendah pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini). Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah di kawasan masing - masing.


Sekian

che'GuBard
http://chegubard.blogspot.com/2011/12/umno-terus-tenggelam-dengan-politik.html 

Baca, faham dan sebar. 

Dakwat kekal yang lama sudah hangus dibakar.

Woittt bangang.

Wa terpaksa suka ahti panggil spr bangang. 

Ini kerana wa memilih untuk meragui kata2 di bawah neh ;
Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.-MI-

Chisin punya orang. 

Keselamatan dan perundangan pemender neh woit? Kasi larh alasan yang lebih munasabah sikit oiittt. Sesedap lue je bakar rm2.4juta. Brengset lue SPR. Brengset. 

Pada asalnya aku bukan nak marah. Tapi penjelasan neh benar2 membuatkan orang biasa macam aku naik marah. Apa je dakwat tue boleh buat kat ko weh? Faktor keselamatan? Bunuh? Makan? Racun? Bom? Apa pun tak boleh. 

Faktor perundangan? Bebaskan penjenayah? Bela perogol? Bantu perasuah? Merompak? Edar video seks? Apa pun tak boleh. Ia kan dakwat. Apa je dakwat neh boleh buat pada manusia macam kita neh? Adoiilah.. adoillahh.. lawak apa mender neh weh.

Minta kerjasama spr, jangan pandang rendah pada rakyat Malaysia. Jangan sesekali pandang rendah pada akal rakyat Malaysia. At least sebelum ko bakar rm2.4juta tue, bagi dulu bukti2 dan penghujahan yang konkrit untuk bakar benda alah tue. Jual balik ka. At least takde lah rugi terus sampai rm2.4juta. 

Neh tah hapa2 sebab taw2 je ko dah bakar dakwat. Apalah dosa ko dakwat. Nak defend diri ko, ko dah mampos dibakar. Terpaksalah dengar pandangan sebelah pihak je. Walaupun aku tahu alasan yang dia bagi neh, usahkata orang, lembu pun pakat gelak. Baru si lembu tahu ada orang lebih bodoh dari ia. 

Ameno : Jangan2 tak pernah beli dakwat kekal.

Utusan tanya apsal PAS kedekut bina satu masjid jek.


Bowwsaan.

Artikel di utusan dari atas sampai ke bawah citer pasal pas.

1. Ummi hafilda dapat ganti rugi rm50k dari harakah.

2. Pas hanya bina satu masjid.

3. Ustaz budak disiasat.

4. Kartun perli pas sebab bina satu masjid je selama 22 tahun pemerintahan pas di kelantan.

Utusan neh dah takde idea ke apa bila tulis pasal berita? Utamakanlah isu2 semasa. Cuba komplain pasal adegan bercium lisa dengan aaron ka [lihat sini]. Ada gak faedahnya. Sekurang2nya nak bagi jabatan agama aware pasal akidah umat islam. Neh pasal pembinaan masjid ko pongpang2kan buat hapa? Lainlah kalau ada unsur salahguna kuasa ka apa ka.

Untuk rekod memanglah pas hanya berjaya bina 1 sahaja masjid tanpa menggunakan wang peruntukkan dari kerajaan pusat. Tetapi dalam masa yang sama pas juga memelihara dan memulihara surau2 dan masjid2 di seluruh kelantan. Contohnya memperbesarkan surau dan masjid, memperbaiki, menambahkan kelengkapan,  mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti dan sebagainya.

Kalau ada masjid banyak2 tapi jemaah takde pun sakit ahti juga.  Kalau bina masjid untuk tujuan pelancongan sebagaimana yang umno selalu buat pun sia2 juga. Apa yang penting ialah pengisian. Apa guna masjid banyak2, berterabur tapi bilangan jemaah kalah dengan jumlah jari tangan dan kaki? Sebenarnya jumlah pembinaan masjid neh bukan isu sangat pun.

Tapi utusan tetap nak menjadikan kisah bodoh neh sebagai isu dan siap muncul di front page lagi. Orang yang tengok pun tahu dan sedar yang utusan neh bengap sebab di depan jadi alim2 paper pongpang2 pasal masjid manakala di belakang pula jadi nakal berjudi bila pongpang2 pasal iklan judi dan skim cepat kaya. 

Itu tak masuk lagi isu pemimpin umno yang bila bercakap pasal islam, dia lah orang yang paling alim tapi heran baik dari kasino sampailah ke judi sukan dan hub hiburan malam, seme diluluskan di bawah pentadbiran umno. Bukan kah itu realiti?

Jadi sekarang bina satu masjid + banteras maksiat lebih baik ka ataupun bina masjid2 banyak2 + bina maksiat banyak2 yang lebih baik?Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Ulangcetak isu sebab tiada isu baru. Kesian. PR hari2 ada isu baru beb.

SPR nak belanjakan juta2 lagi untuk beli dakwat kekal.

Lagi. 

Di ulangi lagi.

Baca bawah neh sat ;

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh. -mkini-

Adoiii lah.

Sakit ahti aku membacanya. rm5juta bukanlah tak berbaloi digunakan untuk beli dakwat kekal. Memang berbaloi andai ia benar2 sesuai dengan jenis, label, kualiti dan blablabla sebagainya. Tapi masalahnya di malaysia neh kita sudah ada dakwat kekal. Tak payah susah2 nak beli lagi. Benda neh pun bukan nya makanan. Kalau tarikh luput pun apa ada hal? Dakwat je pun. 

Apa kata uji dulu dakwat yang sedia ada tengok samada ia mengakibatkan kesan negatif ataupun tidak andai digunakan. Rasanya sangat2 membazir dakwat yang sedia ada dibuang begitu sahaja. Apalah bengap sangat spr bila dah berani buang duit beli dakwat lepas tue tak digunakan. 

Sekarang andai terbukti dakwat neh benar2 tidak boleh digunakan lagi, spr layak ganti balik duit rakyat yang telah terbazir disini. Apakah ko slumber mak enon berfikir selepas membuang duit, rakyat akan buat tatau jer dengan perbuatan ko? Adakah ko merasakan ko boleh berjalan dengan lengang kangkung selepas membazirkan wang rakyat? Ketpol. Dalam mimpi ko boleh larh. 

Ada baiknya spr mendedahkan dakwat kekal yang ada dalam simpanan kerajaan neh benar2 bermasalah andai digunakan. Buktikan ia dengan fakta dan bukti yang jelas. Bukan main cakap2 jer. Cakap2 ko dah tak laku waima satu sen pun. Sebab korang sendiri yang suka menipu. Dan dikantoikan banyak kali plak tue.

Buat ujian kimia lebih kurang lah. Lantik 3 pihak. Satu spr, satu pembangkang dan satu lagi bebas.Aku dengan sengaja tidak mahu percaya dakwat itu dah luput tarikhnya. Dengan spr, lebih baik korang jangan percaya langsung. Dorang ada phd dalam ilmu belit2 1malaysia beb.

Ameno : Berlakon je pandai.

Rabu, 7 Disember 2011

HUDUD : MCA cabar DAP berdebat.


Kah kah kah

Lawak siot. Orang bukan islam pun ada usaha nak debat pasal hudud. Sharey2. Satu pencapaian yang bagus.  Tapi tajuk dia kena amend sikitlah. Takan debat pasal pelaksanaan hudud, undang2 hudud, dan sebagainya kan? Tajuk debat yang sesuai ialah ;

Kenapa orang bukan islam wajar menghormati orang islam yang mahu laksanakan hudud. 

DAP = PENCADANG.

MCA = PEMBANGKANG

Kalau debat pasal hudud, pasal pelaksanaan, pasal hukum2, neh kerja orang2 yang arif bab islam. Dan sudah semestinya orang yang arif bab islam ialah orang islam itu sendiri. Aku sejujurnya sokong debat neh. Dan proposal tambahan ialah PAS debat Umno juga pasal kenapa hudud perlu dilaksanakan, cara pelaksanaan dan sebagainya.

Dan MCA dan DAP pula debat pasal title di atas. Kita sebagai orang islam kena dengar apa pandangan orang bukan islam tentang hudud. Apa ketakutan dorang, apa persoalan2 yang bermain2 di minda dorang, apa harapan dan keinginan dorang. 

Dari situ barulah kita boleh tahu dan faham cara nak setelkan masalah neh. Jangan tutup pintu dan fikir debat neh dengan otak yang negatif. Setiap masalah mesti dicari punca asalnya barulah boleh diselesaikan. So debat neh memang bagus. LGE, ko kena terima. Dan title dia kena tukar supaya elak salah faham. Dan pas dan umno juga kena berdebat pasal hudud walaupun aku tahu adalah sesuatu yang mustahil untuk melihat umno merelakan perdebatan neh berlaku.

kah kah kah

Ameno : debat airliur..

Polis siasat Azmin Ali pasal perkataan "robohkan tembok penjara".


Alahai.

Apa larh malang nasib rakyat malaysia dapat polis macam neh? Polis ada masa ko pergilah buat kerja2 yang sepatutnya. Antaranya tangkap penjenayah dan fikirkan cara yang terbaru dan strategik untuk tanggani penjenayah yang semakin kreatif dalam melakukan penjenayahan.

Rasanya perkataan ;

"Robohkan tembok penjara"

Bukanlah isu yang begitu serius untuk difikirkan dan disiasat oleh pdrm. Malahan ia adalah satu perkara yang benar2 membuang masa. Sedangkan file jenayah di atas meja pegawai ko semakin tinggi dan menimbun. Kes yang tidak berjaya diselesaikan lebih banyak daripada kes yang berjaya diselesaikan. Dan inilah yang berlaku bila tiada mana2 agensi mengaudit cara pdrm buat kerja. Ini ialah perkara yang benar2 membencikan. 

Kenapa sibuk sangat siasat orang2 politik dan mengabaikan tanggungjawab sebenar ko? Menyiasat orang2 politik bukanlah kerja utama ko pun. Orang2 politik biasalah buat statement berapi2 memang hebat tetapi bukanlah ada keberanian mahu merealitikan apa yang dorang maksudkan. Tidak kah ko belajar sesuatu hasil hubungan akrab ko dengan bien selama neh? Ko patut sudah belajar bukan? Dorang [politikers bien] lebih mahir dalam membuat statement2 begini. Pernah ko melihat dorang merealitikan apa yang dorang maksudkan? Dorang tidak.

Dorang pandai cakap terbalik. Kalau dorang sebut pasal A, dorang sebenarnya sedang memaksudkan B. Banyak ahli politik bersikap begini. Ini penyokong depa panggil aura. Dan aku pula memanggil ia sebagai ketpol. PDRM patut lebih mahir tentang neh. Aneh. Ko benar2 tidak pandai berfikir. Sebab itu agaknya kerja2 bodoh sebegini dibuat oleh pdrm. Ia benar2 memualkan.

Berhentilah PDRM. Berhentilah sebelum lebih banyak orang yang menghina ko. Sebelum ko sibuk marah rakyat yang asyik hina ko, lebih baik ko semak dan selidik dulu diri ko apa punca seme neh berlaku. Ia bukan datang dengan sendiri. Ia bersebab.

Ameno : Menjaga hal ehwal politik ialah bidang kuasa pdrm ka?

Chegu Bard nak beli papa gomo.




Bertindak dari apa yang Gomo maklumkan dalam Twitter mengenai video Chegubard yang sudah berada ditangan Papa Gomo maka Chegubard telah mengarahkan agar seseorang cuba membeli Gomo untuk tidak mengeluarkan video tersebut. Namun silap kerana Papa Gomo bukan boleh dijual beli kerana kepentingan nya adalah Amanah yang dipertanggung jawapkan demi kesedaran Masyarakat.

Mungkin atas sebab itu Chegubard mengadakan operasi besar besaran dalam menentang Papa Gomo bagi mendesak pihak Polis dan SKMM menghalang Blogg Papa Gomo dari terus beroperasi membongkarkan segala Bukti dan Fakta akan kejahatan Pakatan Pembangkang terutama pemimpin mereka. -papagomo-

Kalau neh blog aku, lebih baik aku bunuh diri. Pasal hidup aku neh dah menyusahkan orang lain. Hidup yang dah menyusahkan orang lain neh ialah hidup yang sia2. Macam mana insan yang bergelar papa gomo neh masih lagi boleh wujud dan bergelak2 tawa senda riang tanpa ada perasan bersalah waima sedikit pun? Heran aku.

Apa pun kali neh drama yang terbaru dari papa gomo ialah ;
1. Dia ada video reaksi chegubard ketika tonton babak video seks.

2. Dia nak dedahkan butiran video terbabit.

3. Chegubard tahu dan hantar seseorang untuk menyogok papa gomo agar jangan reveal kandungan video tersebut.

Dan dalam drama neh apa yang paling pelik sekali ialah nama papa gomo bertukar habis. Dari norzamrizal kepada wan apa tah. Dan no ic dia ialah 83. Gila larh. Aku sikit pun tak percaya usia dia 28 tahun. Dia sangat bermuka pakcik. Lihat bawah neh betul2.








Aku siap guling2 atas katil tension punya pasal. Biar betul seorang yang bermuka pakcik neh berusia 28 tahun? Ia benar2 sangat.. hem..tah lah. Mungkin aku tak patut ulas lebih2 pasal muka dia sebab ia ciptaan Allah swt. 

Berbalik pada kisah chegu bard tadi, aku rasa better tunggu je penjelasan chegu bard mengenai isu neh. Kalaupun reaksi chegu bard disiarkan, so what? Ada apa hal? Neh ialah perkara yang normal. Apa pun pandangan pertama chegu bard berhubung isu video itu  [melalui rakaman video] ialah pandangan yang lepas. Bukan mewakili pandangan nya kini. Sama macam kita.

Dulu kita rasa dia neh macam neh, selepas beberapa seketika pandangan kita jadi lain pula. So benda2 neh memang normal beb. So bila papa gomo jual berita normal neh seolah2 ia sangat tidak normal ia benar2 membuktikan bahawa papagomo neh seseorang yang tidak normal = kurang waras.

Itupun andai video neh benar2 wujudlah. Tak pun satu lagi sinetron dari bloggers umno. Hey sinetron video seks di hotel II dah habis siar ka belum? Setahu aku belum kan? Masih tak nampak video itu tersebar pun. Heh. Bai.

Ameno : gomok.

Saluran berita baru mengantikan media kerajaan dan pembangkang yang membencikan.

Wahh..

Sudah ada saluran berita terbaru sebagai alternatif kepada berita yang sedia ada di malaysia neh. Baca bawah neh ;

Worldview Broadcasting Channel (WBC), satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April tahun depan kini membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Dis lalu.

Worldview Broadcasting Channel, Malaysia’s first terresterial all news and current affairs TV stationMenurut satu kenyataan Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd, ujian siaran itu adalah dari pukul 7 petang hingga 10 malam dan boleh diikuti menerusi frekunesi UHF Saluran 39 pada 615.25 megahertz dengan siaran program majalah serta dokumentari tempatan dan asing.

Kandungan utama stesen televisyen itu adalah 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala bakinya adalah pelbagai program meliputi hal ehwal semasa dan dokumentari.

"Penonton WBC boleh mengikuti laporan berita yang disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi di seluruh dunia yang disampaikan mengikuti perspektif Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Arab," demikian menurut kenyataan itu.

Worldview Broadcasting Channel, Malaysia’s first terresterial all news and current affairs TV stationKenyataan itu menyebut pendekatan WBC untuk mempelbagaikan sumber berita menerusi kerjasama dengan stesen televisyen berita dan hal ehwal semasa seluruh dunia akan memberikan penonton pengalaman baru menonton siaran berita.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.wbcchannel.tv, menurut kenyataan itu. -MKINI-

Untuk rekod 90% pemberitaan di malaysia neh memang memualkan. Baik dari pr mahupun dari bn. Mereka memang benar2 membencikan. 10% je yang okey. Antaranya malaysia insider, sinar dan awani. 

Kalau diperhatikan pemberitaan politik di malaysia neh mereka akan cenderung bagi alasan bahawa kebiasan media arus perdana sebagai punca mereka memilih untuk melapor berita dengan sendiri. Ini satu usaha yang bagus. Tapi masalah bermula apabila mereka sendiri melakukan pembiasan yang sama sebagaimana media arus perdana lakukan. Inilah yang benar2 membencikan.

Asalnya ko benci BIAS. Good. Tapi ko sendiri amal BIAS? Boleh? Selepas tue mereka bagi pula alasan lapok owhh dorang buat takpe. Kita pun buat lah balik. Lagipun normal lah neh kan media pembangkang mestilah siar berita2 pro pembangkang jek.

Wakluee.. 

Kalau itu alasan nya maka normal juga media arus perdana bias sebab media tersebut dikuasai oleh bn. Jadi jangan pongpang pasal bias dan pasal undi bila sendiri dah tetapkan di minda bahawa media pembangkang = berita mestilah pro pembangkang = dan hasilnya hanya pro pembangkang je larh yg undi ko. Adil bukan? 

Walhal, ko nak raih undi kan? Adakah hanya pro pembangkang je yang mengundi? Aniaya. Bukan. 12juta pengundi di malaysia neh ada pelbagai pandangan. Pro pembangkang dan pro kerajaan hanyalah meliputi 5juta ataupun kurang darinya. Yang menguasai undi ialah orang atas pagar = bebas = neutral yang menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta dan penjelasan yang kukuh.


Inilah target sasaran ko. Orang pro pembangkang neh dah sah2 takan undi lain. Lagi ko buat media untuk dorang buat hapa? Ko nak orang sokong ko kan? Ko nak orang lihat ko berkaliber kan? Ko fikir orang akan melihat ko berbeza bilamana ko amalkan apa yang umno dan bn buat? Aniaya. Choltey aniya. Tidak sama sekali. Jangan pernah mimpi.

Apa salahnya, walaupun ko media di bawah pembangkang tetapi ko laporkan berita2 yang benar dan tanpa bias. Apa salahnya instead of sering mencari salah, ko laporkan berita2 yang boleh memperbaiki kesalahan2 tersebut?  Manusia ada akal. Dorang akan pandai banding. Contohnya ;

Harakah bias : CSL HINA HUDUD. BIADAP. <-- berita bias, time csl lapor time karpal sorok.

Utusan bias : Karpal singh hina hudud. Pas bawah kawalan Dap. <-- berita bias, time csl senyap time karpal lapor.

HARAKAH = UTUSAN = MEDIA ARUS PERDANA = MEDIA PRO PEMBANGKANG.

Bezanya? Utusan jual fitnah, harakah pula jual propaganda dan lawak.  

Ya.. ya ya.. lepak dulu. Ruangan komen ada kat bawah tue. Nak marah ka nak sakit ahti ka nak apa ka, buat selepas neh. Okey? 

Cuba bayangkan ; 

Harakah pro telus : CSL DAN Karpal singh persoal hudud. Pas akan tarbiah bn dan dap secara berjadual.

Bila orang tengok dan baca, ini secara automatiknya akan mengubah persepsi seseorang. Akhlak yang baik akan meraih rasa hormat orang lain. Inilah yang PR gagal faham. Pemberitaan di malaysia neh bukan di tangan umno dan bn. UMNO dan BN bukanlah penanda aras ataupun rujukan kita bila kita melaporkan berita. Kita sepatutnya ada trademark sendiri.

Jika utusan dan media arus perdana tidak boleh pergi kepada ketelusan, maka kita buat. Jangan sesekali merendahkan diri kita dengan membandingkan cara pemberitaan antara pr dan bn. Siapa bn itu sehingga kita perlu meniru cara mereka melaporkan berita? Siapa?

Sampai bila harakah [khususnya dan media pro pembangkang umumnya] hanya mahu dibaca dan dibeli oleh ahli sahaja? Sampai bila nak harap dan hadap undi dari ahli2 + penyokong2 pas dan pr sahaja? Bukan kah sudah sampai masanya untuk harakah keluar kepompong tersebut? Kalau nak undi rakyat malaysia syarat pertama kena jadi adil dulu. Apa sahaja dibuat oleh bn, jangan lagi ditiru. Orang jadi malas dengan pembangkang sebab mereka melihat bn dan pr ialah cermin kepada diri masing2. Faham?

Dan sudah sepatutnya harakah boleh berdiri sendiri. Pengalaman sangat luas. Lebih luas dari malaysiakini dan malaysiainsider tetapi kenapa harakah dilihat sangat kuno dan lembab? Ini benar2 membencikan.

Kalau utusan tak boleh lapor berita telus, harakah lah buat. Biar baik buruk pembangkang dan kerajaan seme disiarkan tanpa bias. Perkemaskini bahasa dan jangan sesekali mempromosikan budaya maki hamun. 

Sampai bila harakah mahu orang mengenali pas sebagai parti islam yang suka maki hamun? [melalui penulisan mengarut wartawan harakah]. Sampai bila harakah hanya mahu memasang cita2 owhh harakah neh untuk ahli sahaja maa. Biarlah kami nak sempoi2. Mana pergi otak bussiness dalam brain orang2 harakah neh? Mana?

Apa salahnya meluaskan penulisan harakah sehingga memaksa orang ramai tercari2 harakah di pasaran. Inikan product orang islam. Product neh perlukan inovasi bhai. Idea yang kreatif mesti mao. Inilah caranya kita berkembang. Ekonomi first, barulah dakwah senang.

Andai kata orang ramai mula tercari2 harakah, mereka akan sedaya upaya langgan dan jadi ahli supaya boleh baca harakah sekaligus bermakna market dan modal bertambah. Bila market dan modal bertambah, media harakah boleh berjalan seiringan dengan utusan. Malahan mungkin lebih hebat dari utusan.

Bukan kah peluasan penerbitan harakah akan memperluaskan konsep dakwah? Bukan kah ia akan menjana pendapatan umat islam dan mencipta peluang pekerjaan? Bukan kah ia akan membantu pertambahan dana politik pas yang selama neh asyik pandai minta derma jek?

Inilah kesilapan jentera media penerangan pas yang benar2 membencikan. Mereka bukan sahaja tidak pandai mempromosikan pas malahan mereka gagal membawa perubahan terhadap pandangan orang ramai terhadap pas. Buat apa ko jadi media pas kalau akhirnya melalui ko, orang bertambah2 benci pada PAS dan PR?

Dan macam biasa setiap kritikan kepada pas hanyalah satu lagi catitan dosa. Ini lah pasal agaknya orang malas nak mengkritik pas. Ia benar2 membencikan. 

Ameno : harakah dan utusan adik beradik tapi sorang nakal dan sorang jahat.

Debat NFC : Jawapan balas Khairy kepada Rafizi


Kat atas neh jawapan balas yang diterima oleh rafizi dan pkr di atas jemputan debat oleh pkr dan rafizi atas isu projek NFC. Khairi Jamaluddin telah menolak jemputan debat neh atas alasan dia perlu menghadiri program yang lain. Namun, dia bukan menolak terus perdebatan neh. Dia masih tetap mahu teruskan perdebatan cuma di minta agar ubah tarikh nya sahaja.

Ini satu proses yang sihat sebenarnya. Sepatutnya dari dulu lagi pembangkang dan kerajaan kena berdebat begini supaya rakyat macam kami boleh menilai dan menyemak dengan mendalam atas satu2 projek yang sedang berjalan. After all, neh seme membabitkan wang rakyat dan rakyat deservedly should know the truth. 

Dan lebih cantik kalau perdebatan neh boleh disiarkan di tv. Ini lah proses demokrasi. Baik rafizi mahupun khairy, rakyat berhak menilai ketokohan mereka berdua dengan diberikan platform yang sama rata kepada kedua2 wakil rakyat neh. Bagaimana? Berani kah RTM membuka ruang tersebut sebagai saluran tv kerajaan? Takan filem lucah je boleh, debat tak boleh? Ye tak Rais?

kah kah kah

Ameno : Jangan tangguh lagi sudah larh ye khairy.

Selasa, 6 Disember 2011

Inilah dia gaji anak beranak shahrizat dalam NFC.

Peh.

Terbaik beb, terbaek. Lue memang orang kaya. Gaji lue memang bisa menjeleskan wa. 

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Pengerusi NFC = Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) = Gaji bulanan RM100,000
 

Pengarah Eksekutif NFC =Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun)  = RM45,000
 

Ketua Pegawai Eksekutif NFC = Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) = RM35,000
 
 
Pengarah NFC = Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun) =  RM35,000


Salah ka gaji depa neh weh? Tak salah. Kalau layak memang tak pernah salah. Ini satu benda yang bagos. Menjadi orang yang bergaji besar dan kayaraya. Orang melayu dan islam pula tue. Sudah semestinya sedikit sebanyak mereka akan membantu orang islam yang lain pula. Rasanya ramai orang2 yang kaya raya neh suka bantu orang. Dermawan.


Tapi masalahnya layak ke family shahrizat neh? Kalau shahrizat bukan menteri , tiada kaitan dengan politik rasanya ini bukan lah sesuatu yg besar. Gaji pengarah pkns pun kalah. Untuk rekod aku menentang gaji pengarah pkns yang sangat tinggi dan luar biasa mahalnya tue.

Tapi disebabkan shahrizat neh menteri, senator dan pemimpin wanita umno maka neh ialah satu keraguan yang munasabah. Kenapa orang macam dia neh, boleh dapat projek kerajaan walaupun guna nama laki dia? Point aku pasal nfc neh dah banyak kali ditulis so aku takmo ulang tulis. Search aje entry lama aku. 

Memang sangat betul persepsi rakyat dari awal lagi projek neh memang bermasalah apabila laki dia yang dapat tender. Dan bertambah2 masalah bila ubah target asal. Dan menjadi lebih bermasalah bila sistem pentadbiran syarikat kucar kacir. Dan bagi melengkapkan masalah2 itu seme, perjalanan kewangan syarikat dan projek asal terabai. 

Projek neh diklasifikasikan sebagai projek yang bermasalah dan masalah neh hanya berlaku bila projek neh dikendalikan oleh bn dan umno. Masalah seperti neh sangat jarang berlaku di bawah mahathir sebab sekalipun mahathir melantik kroni dia untuk uruskan projek dia akan pastikan kroni dia betul2 layak mengendalikan projek bukan asal bagi je macam paklah dan najib. Yang neh beza kroni mahathir dengan kroni paklah dan najib. Jengkel.


Sumber gaji : disini
Ameno : RM100,000.00 sebulan? Peh.

Kempen Hope 2 Walk

 (1)

Langit tidak selalunya cerah. Kadangkala, ketika kita menyangka ianya cerah hingga ke petang, namun baru sahaja tengah hari, hujan turun dengan lebatnya.Terpaksalah kita kenselkan program yang telah dirancang.

Begitu jugalah dengan kehidupan manusia. Tidak selalunya indah. Kadangkala kita berada diatas, kadangkala kita berada di bawah. Turun naik.

Apabila kita berada di atas, kita sering terlupa. Kita sangkakan hidup ini indah, best dan semuanya berada dalam genggaman kita.

Bila di atas, kita sangkakan orang sekeliling kita teman atau sahabat. Mereka sentiasa bersama. Tetapi apabila kita terjatuh kebawah, barulah kita tahu siapa teman siapa sahabat. Siapa ikhlas dan siapa ada kepentingan.

Jangan terkejut jika yang kamu sangkakan teman baik itulah - bukan sahaja tidak menolong malahan memijak-mijak lagi kamu yang sedang menderita.

Diatas hanyalah introduksi yang boleh menjadi pengajaran kepada saya dan anda yang membaca tulisan ini agar berhati-hati dalam hidup dan jangan terlalu percayakan "keindahan" yang dilihat disekeliling.

(2)

Semenjak menglibatkan diri dalam dunia aktivisme dari zaman mahasiswa sehingga hari ini, pelbagai manusia telah diketemui. Ada yang berjuang untuk mendapatkan sesuatu seperti pangkat, kedudukan dan habuan.

Namun tak dapat dinafikan ramai juga yang berjuang tanpa memikirkan "ganjaran" atau "habuan". Diantaranya adalah sepasang suami isteri dan dua orang anaknya yang telah aku kenali semenjak berberapa tahun lalu.

Aku seringkali terlihat mereka berdua membawa dua orang anaknya dalam kebanyakkan program-program kerakyatan termasuklah dalam kebanyakkan demonstrasi-demonstrasi di ibukota. Pasangan ini tidak lain tidak bukan adalah Fendi, Sham dan kedua anaknya Annisa dan An-Nur.

Mereka kurang bernasib baik kerana kedua anaknya menghidap penyakit "Cerebral Palsy". Aku tak berapa faham sangat dengan penyakit ini- akan tetapi aku ada pakcik yang mempunyai anak yang menghidap penyakit ini.

Pakcik aku kurang bernasib baik kerana kedua anaknya yang menghidap penyakit ini telahpun meninggal dunia walaupun telah berpuluh tahun membela kedua anaknya itu.


Aku kagum dengan semangat yang ada pada Fendi dan isterinya Sham. Mereka tidak berputus asa. Kini mereka ingin mencari jalan untuk memberikan sinar baru kepada Annisa dan An-Nur. Mereka bercadang untuk membawa kedua anak tersayang ke China untuk mendapatkan perubatan dan pendidikan.

Di China terdapat hospital yang boleh memberikan rawatan dan terdapat juga sekolah khas untuk penghidap penyakit "Cerebral Palsy". Namun ianya bukan murah. Fendi dan isterinya memerlukan lebih kurang RM 500,000 untuk menjayakan impian mereka.

Dengan sokongan dan dokongan daripada teman-teman yang baik hati, maka terlancarlah kempen yang dinamakan "Hope 2 Walk". Kempen ini bertujuan untuk memungut derma bagi mencukupkan dana bagi memberikan harapan baru kepada Annisa dan An-Nur. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen "Hope 2 Walk", sila klik disini atau rajin-rajinlah melawat blog www.kulupsakah.blogspot.com

Jika anda mempunyai rezeki lebih, dermalah kepada mereka. Mereka benar-benar memerlukan. Jika tidak boleh derma besar, derma sikit-sikit pun tak apa. Sekadar yang termampu. Untuk menghubungi Fendi, lawatilah alamat blog diatas.


Artikel neh untuk tujuan sebaran. Jika anda ada blog dan sudi membantu mereka, sila sebarkan kempen derma neh di blog masing2. TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...