Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Disember 2011

Inilah dia gaji anak beranak shahrizat dalam NFC.

Peh.

Terbaik beb, terbaek. Lue memang orang kaya. Gaji lue memang bisa menjeleskan wa. 

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Pengerusi NFC = Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) = Gaji bulanan RM100,000
 

Pengarah Eksekutif NFC =Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun)  = RM45,000
 

Ketua Pegawai Eksekutif NFC = Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) = RM35,000
 
 
Pengarah NFC = Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun) =  RM35,000


Salah ka gaji depa neh weh? Tak salah. Kalau layak memang tak pernah salah. Ini satu benda yang bagos. Menjadi orang yang bergaji besar dan kayaraya. Orang melayu dan islam pula tue. Sudah semestinya sedikit sebanyak mereka akan membantu orang islam yang lain pula. Rasanya ramai orang2 yang kaya raya neh suka bantu orang. Dermawan.


Tapi masalahnya layak ke family shahrizat neh? Kalau shahrizat bukan menteri , tiada kaitan dengan politik rasanya ini bukan lah sesuatu yg besar. Gaji pengarah pkns pun kalah. Untuk rekod aku menentang gaji pengarah pkns yang sangat tinggi dan luar biasa mahalnya tue.

Tapi disebabkan shahrizat neh menteri, senator dan pemimpin wanita umno maka neh ialah satu keraguan yang munasabah. Kenapa orang macam dia neh, boleh dapat projek kerajaan walaupun guna nama laki dia? Point aku pasal nfc neh dah banyak kali ditulis so aku takmo ulang tulis. Search aje entry lama aku. 

Memang sangat betul persepsi rakyat dari awal lagi projek neh memang bermasalah apabila laki dia yang dapat tender. Dan bertambah2 masalah bila ubah target asal. Dan menjadi lebih bermasalah bila sistem pentadbiran syarikat kucar kacir. Dan bagi melengkapkan masalah2 itu seme, perjalanan kewangan syarikat dan projek asal terabai. 

Projek neh diklasifikasikan sebagai projek yang bermasalah dan masalah neh hanya berlaku bila projek neh dikendalikan oleh bn dan umno. Masalah seperti neh sangat jarang berlaku di bawah mahathir sebab sekalipun mahathir melantik kroni dia untuk uruskan projek dia akan pastikan kroni dia betul2 layak mengendalikan projek bukan asal bagi je macam paklah dan najib. Yang neh beza kroni mahathir dengan kroni paklah dan najib. Jengkel.


Sumber gaji : disini
Ameno : RM100,000.00 sebulan? Peh.

Kempen Hope 2 Walk

 (1)

Langit tidak selalunya cerah. Kadangkala, ketika kita menyangka ianya cerah hingga ke petang, namun baru sahaja tengah hari, hujan turun dengan lebatnya.Terpaksalah kita kenselkan program yang telah dirancang.

Begitu jugalah dengan kehidupan manusia. Tidak selalunya indah. Kadangkala kita berada diatas, kadangkala kita berada di bawah. Turun naik.

Apabila kita berada di atas, kita sering terlupa. Kita sangkakan hidup ini indah, best dan semuanya berada dalam genggaman kita.

Bila di atas, kita sangkakan orang sekeliling kita teman atau sahabat. Mereka sentiasa bersama. Tetapi apabila kita terjatuh kebawah, barulah kita tahu siapa teman siapa sahabat. Siapa ikhlas dan siapa ada kepentingan.

Jangan terkejut jika yang kamu sangkakan teman baik itulah - bukan sahaja tidak menolong malahan memijak-mijak lagi kamu yang sedang menderita.

Diatas hanyalah introduksi yang boleh menjadi pengajaran kepada saya dan anda yang membaca tulisan ini agar berhati-hati dalam hidup dan jangan terlalu percayakan "keindahan" yang dilihat disekeliling.

(2)

Semenjak menglibatkan diri dalam dunia aktivisme dari zaman mahasiswa sehingga hari ini, pelbagai manusia telah diketemui. Ada yang berjuang untuk mendapatkan sesuatu seperti pangkat, kedudukan dan habuan.

Namun tak dapat dinafikan ramai juga yang berjuang tanpa memikirkan "ganjaran" atau "habuan". Diantaranya adalah sepasang suami isteri dan dua orang anaknya yang telah aku kenali semenjak berberapa tahun lalu.

Aku seringkali terlihat mereka berdua membawa dua orang anaknya dalam kebanyakkan program-program kerakyatan termasuklah dalam kebanyakkan demonstrasi-demonstrasi di ibukota. Pasangan ini tidak lain tidak bukan adalah Fendi, Sham dan kedua anaknya Annisa dan An-Nur.

Mereka kurang bernasib baik kerana kedua anaknya menghidap penyakit "Cerebral Palsy". Aku tak berapa faham sangat dengan penyakit ini- akan tetapi aku ada pakcik yang mempunyai anak yang menghidap penyakit ini.

Pakcik aku kurang bernasib baik kerana kedua anaknya yang menghidap penyakit ini telahpun meninggal dunia walaupun telah berpuluh tahun membela kedua anaknya itu.


Aku kagum dengan semangat yang ada pada Fendi dan isterinya Sham. Mereka tidak berputus asa. Kini mereka ingin mencari jalan untuk memberikan sinar baru kepada Annisa dan An-Nur. Mereka bercadang untuk membawa kedua anak tersayang ke China untuk mendapatkan perubatan dan pendidikan.

Di China terdapat hospital yang boleh memberikan rawatan dan terdapat juga sekolah khas untuk penghidap penyakit "Cerebral Palsy". Namun ianya bukan murah. Fendi dan isterinya memerlukan lebih kurang RM 500,000 untuk menjayakan impian mereka.

Dengan sokongan dan dokongan daripada teman-teman yang baik hati, maka terlancarlah kempen yang dinamakan "Hope 2 Walk". Kempen ini bertujuan untuk memungut derma bagi mencukupkan dana bagi memberikan harapan baru kepada Annisa dan An-Nur. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen "Hope 2 Walk", sila klik disini atau rajin-rajinlah melawat blog www.kulupsakah.blogspot.com

Jika anda mempunyai rezeki lebih, dermalah kepada mereka. Mereka benar-benar memerlukan. Jika tidak boleh derma besar, derma sikit-sikit pun tak apa. Sekadar yang termampu. Untuk menghubungi Fendi, lawatilah alamat blog diatas.


Artikel neh untuk tujuan sebaran. Jika anda ada blog dan sudi membantu mereka, sila sebarkan kempen derma neh di blog masing2. TQ

Isu NFC : Hishammuddin dan Mahathir sudah2lah tue bekap shahrizat.

Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.
“Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur,” katanya. - Mahathir.
The Umno vice-president also said that it was up to the rakyat to decide whether Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil was considered a liability due to her family’s involvement in the NFC case.
Asked to comment on growing concerns among some delegates that Shahrizat could be a liability to the party because of the case, he said:
“It is not those people who speak at the assembly who will decide whether she is a liability.
“At the end of the day, it is the rakyat who will decide and we will know in the next general election,” Hisham­muddin said. -Hishammuddin.
Nampak dah sikap muka2 pemimpin dan bekas pemimpin umno neh. Dulu Mahathir kata, dia singkirkan dsai atas isu moral. Ada dua main point ketika itu ;

1. Liwat.

2. Rasuah.

Dsai dipenjarakan walaupun tiada bukti rasuah. Dia dipenjarakan atas kes liwat. Namun akhirnya dibebaskan time paklah jadi piem. Syarat pembebasan dsai pada ketika itu ialah dsai tidak boleh melibatkan diri dengan aktiviti politik malaysia. Ada beberapa versi sebab pembebasan dsai yang tersebar. Antaranya ialah ;
Versi 1 : Paklah bersetuju bebaskan dsai disebabkan ibunya [arwah] yang berkawan dengan ibu dsai [kini arwah]. Ibunya pernah meminta agar paklah melepaskan dan membersihkan semula nama dsai. 
Versi 2 : Wan azizah dan ahli keluarga dsai merayu kepada paklah agar bebaskan dsai yang teraniaya. Dan paklah yang merasa simpati pun membebaskan dsai.
Paklah dan dsai bukanlah orang yang begitu rapat ketika dalam umno. Dsai lebih rapat dengan najib sebenarnya. Tapi yang membebaskan dsai ialah paklah. Manakala najib pula terus kekal mempertahankan kekuasaan tanpa memikirkan nasib kawan dia di dalam penjara. Sebab tue sukar [ataupun tiada] nak tengok dsai serang paklah. Mungkin mengenangkan jasa paklah yang bebaskan dia dari penjara.
Antara perkara baik yang dia dibuat. Walaupun selepas itu dsai mungkir janji dan melibatkan diri dengan politik Malaysia. Penglibatan dsai dengan politik adalah disebabkan desakan dan harapan orang ramai terhadapnya. 
Dan mahathir yang marah sangat dengan keputusan paklah neh berazam mahu membalas dendam. Apa benda yang diputuskan oleh paklah semua nya bertentangan dengan kemahuan dan keinginan Mahathir. Dia fikir paklah senang dikawal. Tapi paklah pula menunjukkan bahawa dia bukan pm bayangan kepada mahathir. 
Disebabkan masalah moral dan penyelewengan [walaupun tidak pernah didakwa] paklah akhirnya jatuh. Ini sebab utama mahathir jatuhkan dsai dan paklah. Bezanya dsai dijatuhkan dengan fitnah, manakala realitinya pentadbiran paklah memang penuh dengan korupsi tetapi diselindungkan sebab ia berkait antara satu sama lain.
Main point dia disini ialah masalah moral. Masalah neh sepatutnya sudah cukup kuat kenapa mahathir seharusnya menyuruh dan mendesak shahrizat undur. Tapi apahal dia seolah tidak berminat dengan skandal nfc dan penyelewengan yang berlaku di dalamnya? Adakah kerana shahrizat sering mengikut kata dia? Ataupun kerana najib dan tipiem terlibat dalam skandal tersebut?
Mahathir yang tegas neh sepatutnya sedar wang yang dilibatkan disini ialah wang rakyat dan menteri yang salah guna kuasa disini ialah shahrizat. Ini ialah perbuatan yang sepatutnya dia benci. Inilah asas kenapa dia singkirkan paklah. Tapi hairan, kenapa bila shahrizat buat perkara yang sama, dia buat donno? Ada something yang umno + mahathir dan hishammuddin sedang sembunyikan.

Shahrizat mungkin ada something yang besar sehingga dia sukar dijatuhkan. Even hishammudin juga menentang suara ahti perwakilan dan memilih untuk bekap shahrizat. Sepatutnya dari awal lagi, piem harus mendesak shahrizat bercuti sehinggalah siasatan diselesaikan. Namun apa yang piem dan menteri buat ialah terus terusan bekap shahrizat. Dan yang lebih malang kes neh hampir sama dengan kes menantu tgna. Dahulu pelbagai desakan dibuat terhadap tgna agar mendesak ariffahmi berundur dari ceo pmbk [termasuk aku]. Jawatan dalam kerajaan negeri bukan lah untuk anak beranak menantu segeng dan sebagainya.
Tapi malangnya benda yang umno pernah desak [lebih kepada spin sebenarnya] pada tgna diulangi oleh mereka dengan penuh gaya, bangga dan langsung tiada sedikitpun rasa bersalah. Inilah kebodohan pemimpin umno baru dan lama. Mereka hanya pandai cakap dengarlah suara orang bawah, dengarlah suara perwakilan, dengarlah suara rakyat. Dan memang inilah yang mereka buat. Dengar sahaja. Dengar bukan bererti kena ambil tindakan kan? Dengar sahaja maa.. so dengar je lah. Heh
Ameno : Dengan umno, mencuri juga satu pekerjaan yang halal. 

Isu sebenar parking bukit bendera.


Ng yen yen neh memang lah memalukan. Sendiri punya kes pun masih tak setel2. Lagi berani serang orang lain. Itupun serang tanpa fakta dan hujah yang betul. Walhal dia boleh je cari bukti terlebih dahulu sebab dia neh orang yang berpengaruh dan ada akses yang meluas. 

Lainlah kita yang cuma ada blog dan fb je untuk meluahkan dan tanya itu neh. Sengal betul larh menteri songlap duit buat pages di fb. Itupun ada geng2 yang bekap tindakan Ng yen yen lagi. Tindakan ng yen yen neh dilihat dari apa sudut sekalipun memanglah tidak berasas. Apatah lagi gaji rm5,000 sebulan untuk update status page jek. Nampak sangat orang yang bekap ng yen yen neh bodoh piang. Sorry i ikhlas sangat neh.

Berbalik kepada isu bukit bendera. Isu yang diputarbelitkan oleh ng yen yen dan bloggers bn. Biasalah dorang punya drama. Dari A tiba2 boleh jadi Z. A, kalau bertukar jadi I ke L ke ada maafnya lagi sebab garisan lurus pada A tue ada pada I dan L.. tapi bila A bertukar jadi Z.. herm.. hancurlah jawabnya. Habis seme jadi fitnah mengarut. Tinggal lagi tv3 edit serba sedikit mana yang patut sebelum dihebahkan pada rakyat dalam filem berita fitnah.



Kisah asal parking bukit bendera.

BN : Parking bukit bendera nak dirobohkan. Gila ke apa LGE neh buat duit rakyat rm5juta? Satu lagi projek bumiputera hancur bawah LGE yang racist dan biadap neh. 

Penjelasan : Ya, memang patut dirobohkan sebelum ia roboh sendiri. Bila ia roboh sendiri, rmm5juta pun tak boleh mengantikan mana2 nyawa. Isu perobohan neh tiada kaitan dengan identiti bangsa dan agama LGE. Isu neh berkaitan dengan keselamatan dan peraturan dalam pembinaan bangunan. Neh orang2 jurutera dan kontraktor2 boleh explain details kat korang. 

Namun tindakan merobohkan ia bukanlah melibatkan keseluruhan bangunan. Apa yang dilakukan ialah, roboh apa2 yang perlu, bina semula apa2 yang dirobohkan, perbaiki apa2 yang rosak, bermasalah, dan memenuhi apa2 benda yang tidak menepati standard dan piawaian keselamatan.  Dalam erti kata lain, projek neh sedang melalui frasa membaikpulih. Ia dirobohkan, dibina semula dengan kapasiti yang lebih besar. Bukan menghapuskan ia terus.

BN : Laaa.. awat bodoh nak mampos LGE neh. Lue yang pandai2 lantik kontraktor bodoh buat projek watpa. Neh.. tengoklah kan dah rugi habis duit rakyat.

Penjelasan : Projek neh projek yang bagus. Ia diluluskan oleh bn pada tahun 2007. Dan ya ia masih lagi idea dan projek yang bagus. Cuma cara ia dikendalikan sahaja tidak berapa bagus bila tukang [arkitek yang mereka pelan] yang menguruskan projek neh bersikap cuai. Hasil penelitian pakar yang dilantik dalam lembaga siasatan, mengusulkan agar bangunan tersebut dirobohkan bagi memenuhi standard usul yang telah diluluskan [memperbesarkan bangunan dan kapasiti. Untuk rekod, ada 3 usul sebenarnya dan usul yang dipersetujui ialah memperbesarkan bangunan bagi mengurangkan kerugian].

Ini berlaku kerana ada kecuaian dalam pelan asal. Selain dari itu projek neh juga mengalami masalah CF. Ini kerana sepertimana yang dilaporkan di atas, pelan dan pembangunan projek neh bermasalah sebab tue CF pun delay.

BN : Laaaa.. dah bn lulus, seme bn lah yang salah? Awat bodoh sangat LGE neh..? Dah tahu ada projek neh awat dia tak pantau awal2. Bengap betul lah.

Penjelasan : Projek lulus 2007. LGE rule tahun 2008. Dalam masa 2008 - 2011, bukan hanya satu, tapi banyak projek dan masalah yang sedang LGE uruskan. 

Contoh ;

Ada orang berikan kita roti 10 lapisan. Sudah tentu kita akan ambil roti dari tingkat [lapisan] teratas dulu kan? Kita makan dan makan sehinggalah tiba ke roti yang terakhir. Semasa makan sudah tentu lah masa berjalan. Itu tak masuk lagi time kita minum air, berangan, bercakap dan sebagainya. Jadi, apa yang dilalui oleh LGE juga sama. Ia memerlukan masa bagi mendalami, memahami dan mengetahui perjalanan tentang sesuatu projek.

Apa yang penting sekarang, projek neh telah diselesaikan dengan keputusan yang tepat. Adalah lebih baik bien jangan lagi bermain spinsanasini. Sokonglah perkara yang betul. Ada masa terluang? Banyak sangat? Okey. Selesaikan masalah sendiri. Sekian. 

Nota : arkitek yang terlibat dalam kecuaian projek neh telah pun dikenakan tindakan. 

Ameno : Ng yen yen, wa nak kerja dengan lue. Gaji rm5k sebulan. Update fb jek. Wa expert bhai.

Isnin, 5 Disember 2011

Ini ke cara wakil rakyat elak bayar parking?


Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar sebuah kereta yang dipercayai telah diparking secara salah. Apa kena mengena gambar neh dengan politik pula? Kereta dalam gambar neh dimiliki oleh Md Sirat, Ahli Parlimen Bukit Katil [melaka] dari BN.



Kereta yang bernombor plat WSW 958 neh telah memarkingkan diri ia secara salah oleh ahli parlimen bukit katil kerana nak menjimat wang. Ini ialah spekulasi, andaian dan kata2 yang telah tersebar di beberapa wall facebook. Hakikatnya aku sendiri pun tatau. Bagi aku, aku faham apabila kita bencikan seseorang apa sahaja yang dia buat memang membencikan.

Ini dirasai oleh aku sendiri. Apa sahaja yang si najib buat dan cakap bagi aku ia memang membencikan. Waima dia tak cakap apa2, sekadar senyum pun aku rasa ia benar2 membencikan. Pendek kata, asal sahaja ia najib, ia benar2 membencikan aku. Aku pun tak faham kenapa sejauh neh aku membenci dia tapi siyes dia benar2 membencikan.


Tapi hidup neh kena pandai membezakan. Membencikan seseorang sebab peribadi ataupun membencikan seseorang sebab perbuatan. Satu gambar neh boleh menghuraikan pelbagai andaian dan persepsi. Kalau benar dia parking secara salah, ia haruslah dibuktikan lebih dari sekadar gambar. Ko tak boleh tangkap gambar kereta yang tak jelas no plat dia, then buat story pongpang2 di wall. 

Ini kerja yang bloggers umno suka buat. Tangkap satu gambar dan reka drama bagai. Dan drama bagai depa siap bersiri lagi. Drama tv pun kalah. Kalau boleh terpilih anugerah blogger drama rantaian terbaik, sah2 bloggers umno boleh menang. Saingan sesama mereka memang sengit. Tapi bloggers pr takde chance larh nak rebut apa2 anugerah. Pasal masing2 failed dalam mengolah drama. Heh.

Melalui satu gambar neh boleh timbul macam2 persepsi. Siapa tahu kereta dia rosak? Siapa tahu kereta neh benar2 dimiliki oleh MP BN? Siapa pula pasti yang dia benar2 tidak disaman ketika membawa kereta neh? Dan siapa pula boleh pastikan bahawa dia lah individu yang benar2 telah memandu kereta neh? Hah.. tak boleh kan? Sebelum orang lain pongpang2 bersuara dan mempersoalkan neh, lebih baik kita sendiri fikir dan mempersoalkan perkara2 neh dalam diri kita. Nanti boleh larh kita bagi jawapan balas pada orang umno sebab bangkitkan isu neh. Ye tak?

Apa pun, boleh jadi YB neh pun sama macam kita. Dia pun terkesan dengan kenaikan harga barang agaknya. Kalau benar, maafkanlah dia. Ini yang najib pongpang ekonomi malaysia baik? Eley.. MP sendiri pun dipercayai cari jalan skip parking najib oit..  baik apa nya?


kah kah kah


Ameno : MP kan ada elaun parking..

ISU HUDUD PAS BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ALLAH

KENYATAAN RASMI IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM) BERKAITAN TUDUHAN ISU HUDUD PAS BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ALLAH

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri BesarTerengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah. 

Contact Persons ILMAM:
Presiden: Dr Amnurraasyid Yatiban (0163332475)
Timb. Presiden: Us Mohd Asri Md Daud (0199177581)
Naib Presiden: Us Syed Abdul Kadir Aljoofre (017-7770282)
S/U Agung : Mohd Farhan Madzlan (0192103035)

JANGAN CALAR IMEJ KEPIMPINAN NEGERI PR DENGAN ISU HIV.

Perhimpunan Agung Umno 2011 (PAU) yang sedang berlangsung sekarang di PWTC adalah medan bagi Umno untuk membelasah Pakatan Rakyat. Mempolitikkan isu HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab sebagaimana yang ditunjukkan oleh para perwakilan PAU 2011. Dengan bermodalkan fakta HIV tertinggi di negeri-negeri Pakatan Rakyat, para perwakilan PAU 2011 cuba mencalar imej bersih kepimpinan negeri Pakatan Rakyat. 
 
UMNO sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka. Sekaligus sikap seperti inilah yang akan mengundang kemusnahan kepada rakyat Malaysia. Malah, inilah wajah sebenar para pemimpin UMNO/BN.
 
Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan membawa penyakit Autoimmune Deficiency Syndrome (AIDS) merupakan masalah global. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Semakin hari semakin meningkat. Usaha yang berterusan oleh semua pihak perlu dilakukan dan tentunya kos yang besar perlu dilaburkan demi melihat Malaysia aman dan sejahtera dari HIV/AIDS.
 
Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Bukan di Kelantan bilangan yang tertinggi penghidap jangkitan HIV tetapi Selangor (yang diperintah oleh UMNO/BN sehingga penggal lalu) dan Johor (negeri yang diperintah oleh UMNO/BN sejak merdeka). Jumlah peningkatan HIV dari sudut statistik itu penting sebagaimana yang dilaporkan oleh Majlis AIDS Malaysia (MAM) untuk menganggarkan jangkitan dalam populasi masyarakat, namun sebagai pemimpin yang prihatin kita perlu melihat jumlah sebenar mereka yang dijangkiti kerana setiap mereka adalah rakyat Malaysia dan setiap mereka memerlukan kos untuk dirawat yang menggunakan wang seluruh rakyat Malaysia.
 
Jika menyalahkan Kelantan sebagai sumber HIV sebagaimana yang dijenakakan, apakah di sana tiada peranan Kerajaan Persekutuan untuk menanganinya? Mengikut statistik, 75% jangkitan HIV adalah dari pengambilan suntikan dadah menggunakan perkongsian jarum, manakala 15% adalah dari seks bebas. Tanggungjawab siapakah untuk mencegahnya? 
 
Kalau pemimpin UMNO/BN begitu rakus untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak melaksanakan tanggungjawabnya, nah bukankah semua badan pencegahan untuk 75% kes HIV itu adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan? Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK), Hospital dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pendidikan yang kesemuanya itu di bawah Kerajaan Persekutuan. Persoalannya, apakah UMNO/BN mahu menyalahkan seluruh jentera kerajaan persekutuan itu atas peratusan kes HIV yang mereka sangka adalah akibat dari kelemahan kerajaan negeri?
 
Cukup mudah untuk menuding jari kepada pihak yang mereka benci. Apatah lagi apabila ianya boleh meraih keuntungan politik dan dapat mengalihkan isu rasuah yang melibatkan para pemimpin tertinggi mereka, sehingga dalam isu yang kritikal dan membabitkan nyawa rakyat sekalipun, UMNO/BN sanggup menjadikan isu politik murahan mereka. UMNO/BN kena sedar, pencegahan yang paling ampuh di antara undang-undang yang dicipta manusia ialah undang-undang Allah iaitu Undang-Undang Islam. Kelantan telah sedaya upaya meluluskan undang-undang Kanun Jenayah Syariah pada tahun 1993, tetapi UMNO/BN telah menghalangnya melalui satu surat amaran Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. 
 
UMNO/BN juga perlu sedar bahawa Hukum Islam bukan sahaja wajib dilaksanakan di Kelantan, tapi di seluruh Malaysia. Jika sistem dan Hukum Islam dilaksanakan, pastinya kita melihat menurunnya penyakit yang melibatkan kesalahan-kesalahan hudud dan takzir itu yang menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes HIV bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh Malaysia. Rakyat akan sentiasa ingat bahawa UMNO/BN-lah yang menyumbang kepada gagalnya hukum Allah dilaksanakan di bumi Malaysia.
 
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS, usaha pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz sepatutnya dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain kerana Kelantan adalah negeri yang pantas melaksanakan usaha pencegahan dan pengawalan penularan kes HIV. 
 
Antaranya, Kelantan adalah negeri pertama yang melaksanakan program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) di bawah Kementerian Kesihatan, Kelantan antara negeri yang terawal mewajibkan saringan HIV Pra-perkahwinan (premarital HIV screening) bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Kelantan memperuntukkan sebahagian dana kerajaan negeri kepada Pertubuhan Masyarakat Prihatin sebuah badan NGO yang sangat aktif menangani mangsa HIV, memberikan latihan kepada para imam di seluruh negeri Kelantan dan banyak lagi. 
 
Hanyasanya kepantasan penyakit itu merebak amat sukar dibendung menyebabkan kes ini masih tinggi di Kelantan. Sudah tiba masanya rakyat menolak kerajaan UMNO/BN yang ketandusan idea ini.
 
DR GHAZALI BIN HASBULLAH
PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...