Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Disember 2011

Umno umpama Power Rangers.


kah kah kah

Sumpah lawak!

Baru korang perasan yang umno = power rangers = mitos = khayalan = rekaan = wira2 palsu ka?

Aku dah lama sedar wayang neh. Bukan hanya power rangers, cicakman, superman, spiderman segala2 benda yang mitos, khurafat, mengarut, meroyan dan apa sahaja memanglah terbukti sangat umno pun.

Hanya orang bengap je mengagung2kan benda bodoh bagai neh. Transformerslah hapa lah. Memang sesuailah dengan jatidiri dan pendirian umno. Memang layak bangat disamakan seperti heroan mitos. Sebab? Sebab janji2 umno + kata2 umno = mitos. Simple.

Boleh telek akal umno. Samakan diri sendiri dengan power rangers. Penunjuk idola pun salah. Patutlah tolak hukum Allah swt. Cuba samakan diri sendiri dengan perjuangan2 agamawan ka, Nabi2 ka, para sahabat ka, barulah boleh tercetus semangat nak buat perubahan dan penambahbaikan sebab idola dari kalangan mereka yang benar2 wujud + real berdasarkan kepada perjuangan yang juga wujud + real. Ini dibanding dengan benda2 mitos lagi rekaan? Patutlah strategi pun asyik meroyan.

kah kah kah

Walaupun ada orang2 yang baik dalam umno tapi mereka seme dah jadi legend ataupun dilegendkan. Mereka dah tiada suara dan kuasa nak tentukan hala tuju umno sekarang. Sebaliknya umno sekarang dikuasai oleh mereka2 yang tamak haloba dan gila kuasa. Berubahlah umno tapi kalau taknak berubah pun takpe. Biar rakyat je ubah undi mereka. 

kah kah kah

Aku pun dah bosan tengok pemandangan bawah neh. Korang tak bosan ke apa?


Ameno : Memang standard power rangers lah korang. Dasar takreal dan sangat mitos. Heh.

Hamster sound Shahrizat atas isu NFC.

Peh.

Nampaknya bukan hanya rakyat malaysia jek bengkek dengan shahrizat. Ketua persatuan binatang2 se-malaysia pun bengkek gak dengan shahrizat. Siapa lagi kalau bukan pengerusi agung depa iaitu hamster wonderpet.

Lihat bawah neh. Dia bagi shahrizat warning beb.



Habislah ko shahrizat. Mana lagi ko nak lari. Bayangkan lepas neh lembu, kucing, katak dan lain2 binatang bagi amaran yang sama dekat shahrizat.. macam mana? Habislah ko shahrizat.. habislah.

kah kah kah

Ameno : lembu punya ada tak? kah kah kah

Khamis, 1 Disember 2011

NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng



Kah kah kah

Polis, 

Dengarlah nasihat aku neh.

Kembalilah semula kepada fitrah ko. Fitrah pdrm ialah membela keadilan, membanteras kejahatan. Tapi apa yang dilakukan oleh pdrm kini ialah berlawanan dengan fitrah. Ini salah. Sebagai manusia ko tak boleh melawan fitrah. Ini salah. Malahan berdosa kerana ini melibatkan kezaliman yang menganiaya orang lain [rakyat]. 

RM250juta bukan satu angka yang kecil yang boleh diselindungkan oleh pdrm dan sprm dan dalam masa yang sama mengharap agar rakyat menerima penjelasan2 tersebut. Aniya polis. Choltey aniya. Jangan harap dan jangan hadap rakyat akan hihihaha dan okey2 wa terima penjelasan pdrm. Wa respect. Aniya. Rakyat akan ludah ko balik. Pasal disini terang2 ko dah salah gunakan kuasa untuk menghalalkan penyelewengan.

Jadi pdrm, kembalilah semula kepada fitrah ko. Kembalilah sebelum ko dimamposkan oleh Allah swt. Dunia akhirat ko pasti menyesal. Ini janji Allah swt pada penzalim. Bukan janji aku. Samada kami tahu ataupun tidak saat ko mendapat balasan itu bukan point. Pointnya ialah janji Allah swt itu pasti hadir. Cepat atau lambat. 

Ameno : Terang lagi bersuluh pun dibekapnya lagi. Heh.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum




Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.-CI-

Point penting ;

1. Kedudukan merosot dari 56 ke 60.

2. Malaysia alami penurunan ranking sejak tahun 2009. [sejak zaman kejatuhan paklah].

3. Penyertaan negara makin bertambah, tapi ranking malaysia semakin jatuh. Ini bermaksud, malaysia semakin lama semakin teruk walaupun dibanding dengan negara2 yang baru menyertai ranking antarabangsa neh.

Punca masalah ;

1. SPRM suka main lompat dari bangunan tinggi daripada tangani kes rasuah.

2. SPRM suka menyiasat kes video lucah yang senang di akses melalui komputer di pejabat sprm.

3. SPRM juga gemar bina tembok. Rakyat biasa tak boleh lihat perkembangan kes rasuah tahu2 je kes rasuah settle hanya dengan beberapa arahan.

4. SPRM juga tak suka makan jerung sebab haram. Sebaliknya dia hanya makan ikan bilis.

5. SPRM juga lebih gemar belikan gula2 yang berkalestrol tinggi + bodek kuasa mega unlimited untuk pemimpin2 negara yang terpalit dengan kes rasuah.

Kelima2 punca masalah neh, andai diatasi insya-Allah indeks persepsi rasuah malaysia akan meningkat semula. Hanya dengan satu cara je yang boleh mengubah semua perkara2 buruk neh. Undilah selain dari bn.


Ameno : apa pun tak boleh larh bien neh.

Fernandes lancar perang ke atas MAHB atas kenaikan cukai penumpang 28%!


Aku suka bila TF [TonyFerdanez] cakap macam neh ;


“To all Malaysians. AirAsia has made flying affordable for all. Before it was just for the rich. We won’t allow Malaysia Airports to keep wasting money and increase charges for you. We will fight. Our campaign starts tomorrow,”

Translate ;

"Kepada semua rakyat Malaysia. AirAsia telah menyediakan perkhidmatan penerbangan yang berpatutan untuk semua. Sebelum ini, ia hanya untuk orang2 kaya. Kita tidak akan membenarkan Malaysia Airports untuk terus membazirkan wang dan meningkatkan [menuntut] caj dari anda. Kita akan melawan. Kempen kita bermula esok, ".

Betul lah tue apa yang dikatakan oleh TF. Aku ingat dulu time aku study, aku kenal budak dari sabah. Dia ulang alik pada asalnya naik MAS time cuti. Tapi sejak AirAsia buat penerbangan ke sabah [time tue AirAsia masih baru kot, aku pun tak berapa faham sangat] dia ulang alik naik AirAsia jek. Jimat bukan setakat rm10-20 beb. Jimat makan ratus. Sapa tak seronok? Bukan orang2 kaya jek perlu guna perkhidmatan kapal terbang neh. 

Ramai orang perlu guna atas faktor jarak yang dipisahkan dengan laluan yang tidak boleh dimasuki dengan kenderaan lain + masa yang terhad.  Jadi kewujudan AirAsia pada ketika itu memang menyeronokkan orang2 yang sebegini, yang sentiasa risau akan tambang kapal terbang yang sangat2 mahal ketika itu [MAS]. 

Yang peliknya, MAS dah larh charge mahal tapi sentiasa rugi. Daripada AirAsia yang charge murah tapi dari tahun ke tahun untung. Jadi macam mana orang tak marah dan bandingkan AirAsia dengan MAS? Betul tak?

Tapi berbalik pada isu pokok, TF sekarang sedang lancarkan kempen anti kenaikan cukai. Cukai neh akan dikenakan kepada para pengguna perkhidmatan kapal terbang. Di bawah neh aku susun sikit supaya korang senang faham apa sebab masalah neh akan membebankan rakyat yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

kenaikan cukai penumpang = dikenakan kepada setiap penumpang yang menggunakan kapal terbang = di caj ketika korang beli tiket kapal terbang = jumlah kenaikan ialah 28%.

Kenaikan cukai pendaratan = 18%. Yang neh aku tak sure dikenakan kepada siapa, tapi aku rasa ini dikenakan kepada syarikat2 yang menyediakan perkhidmatan penerbangan.

Kenaikan cukai parking [tempat letak] kapal terbang = 9%. Yang neh pun aku rasa dicaj kepada penyedia perkhidmatan penerbangan.

Cukai asal yang perlu di bayar oleh penumpang sebelum neh ialah ;

Naik dari pulau pinang, kuching dan langkawi = rm51 cukai asal yang dibayar penumpang akan menjadi rm65. [cukai yang baru]. 

Pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada MAHB akan dihentikan sebab telah mencapai caj cukai yang dipersetujui [buat masa ini]. Sebelum tahun 2014, kerajaan dan MAHB [GLC = syarikat berkaitan kerajaan juga] telah bersetuju bahawa andai cukai yang dikenakan terhadap penumpang tidak mencapai rm65 [maksima] per penumpang, maka kerajaan kena bayar pampasan kepada MAHB atas perkara tersebut.

Tapi sekarang baru tahun 2011, dan kerajaan dah bagi greenlight [kementerian pengangkutan] kepada MAHB untuk naikkan caj [cukai] penumpang so, pampasan kerajaan ke atas MAHB akan dihentikan. Kajian mengenai tarifan cukai baru akan dibuat pada tahun 2014. 

Naik dari kota kinabalu dan klia [lcct] = Dari rm25 kepada rm32. 

Semua caj neh hanya tertakluk kepada penerbangan antarabangsa. Tak pasti samada ia untuk tambang pergi dan balik atau apa. Tapi aku sedikit pelik. MAHB ialah GLC. Dasar yang ditentukan dalam MAHB sedikit sebanyak ada pengaruh dari kerajaan. Macam mana kerajaan dan MAHB [GLC] menetapkan kadar cukai sebelum neh? Tidak boleh ke kalau kerajaan just tetapkan cukai pada tahap tertentu dan tidak perlu bayar apa2 pampasan? 

Kenapa nak tetapkan cukai dan bayar pampasan itu neh? Aku neh siyes tak faham, macam mana kerajaan mengrulingkan malaysia neh? Apahal dah ada cukai, then bayar pampasan lagi? Kerja bodoh seme neh weh.

Contohnya macam neh. Pada awalnya cukai yang dipersetujui ialah rm51. Okey. So bayar je lah cukai pada MAHB. Then apahal kerajaan pun kena bayar pampasan pada MAHB? Sedangkan MAHB pun kerajaan punya juga. Andai mereka perlu tambah dua tiga tahun untuk perolehi untung, aku rasa itu boleh dipertimbangkan lagi. Daripada kerajaan susah payah keluarkan pampasan then apa ? Kalau balik modal cepat pun then apa? Aphal nak meniaga pun asyik kena feed jek?

Faham tak? Aku rasa penyokong2 pr banyak yang faham dan cerdik. Tak perlu lah nak hurai lanjut pasal neh. Tinggal lagi penyokong2 umno. Aku ucapkan goodluck larh pada korang. Moga2 korang faham lah apa yang aku cuba nak sampaikan disini. Heh

Selain dari cukai, MAHB juga akan kenakan levi rm7. Yang neh dikenakan kepada siapa dan macam mana aku pun not sure. Dari apa yang difahamkan, tindakan MAHB menaikkan kadar cukai yang tinggi adalah disebabkan peningkatan kos pembinaan lapangan terbang KLIA2 yang mendadak, daripada rm2billion kepada rm3.9billion.

Bagi menampung perkara tersebut, maka kenaikan cukai dipersetujui. Sedangkan ketika usul pembinaan KLIA2 sedang diperbincangkan, kerajaan [menerusi MAHB] pernah memberikan jaminan bahawa tiada apa2 kenaikan cukai akan berlaku akibat daripada pembinaan KLIA2 neh. Tapi nampaknya janji tinggal janji. Heh.

Pandangan aku dalam isu neh ialah begini. MAHB = glc = kerajaan punya. Kenaikan kos pembinaan KLIA2 ada kaitan dengan masalah pengurusan dari kerajaan [MAHB] juga. Cukai pun dikenakan dari kerajaan [BN] dan pergi kepada kerajaan [MAHB]. Pampasan yang dibayar pun dari kerajaan[BN] pergi kepada kerajaan [MAHB] gak. 

Senang cakap yang buat masalah neh seme ialah kerajaan. Jadi, untuk hapuskan masalah neh ialah kena keluar / jauhkan diri dari kerajaan [BN]. Pandai2 lah undi apa sahaja asal bukan bn. Kalau tidak siap sedia lah cukai sana sini weh. 

Untuk rekod MAHB cakap alasan kenaikan cukai neh ialah "cukai di malaysia lebih rendah berbanding cukai di negara serantau". Heh. Phetatic.

Ameno : Cukai je memanjang.

Rabu, 30 November 2011

Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura





Shahrizat.. apa lagi ko nak meroyan lepas neh? Nak selak apa lagi? Baju pulak ke apa?


kah kah kah

Pendedahan terbaru rafizi yang si shahrizat dok pongpang cakap anak derhaka sebab dia cakap rafizi dan anak2 muda yang belajar tinggi2 neh seme atas jasa dia dan ibu2 umno.. sila rujuk sini beb, bukan tulisan tapi rakaman dia bercakap lagi beb, langsung! Heh.

Dan ini pula jawapan balas ke atas kata2 dan herdikan Shahrizat ke atas Rafizi Ramli. Harap lepas neh Shahrizat jangan berbogel sambil bersilat atas pentas umno bagi meraih keyakinan wanita2 umno pula.. 

Mowwwwmmowwwmowwww.. <-- gelak pesen baru beb.


Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau: 

  1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
  1. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
  1. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1). Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?
TARIKH                      NO CEK                     JUMLAH (RM)

8 Jan 2010                   001376                          1,524


13 Jan 2010                 001406                           1,709

26 Jan 2010                 001465                          28,476

24 Feb 2010                 001540                         12,743

24 Feb 2010                 001543                           3,076

9 Mac 2010                  001587                          22,400

9 Mac 2010                  001590                          26,572

9 Mac 2010                  001592                            5,776

31 Mac 2010                001671                           45,428

22 April 2010               001735                           27,853

13 Mei 2010                001789                           45,235

25 Mei 2010                001825                             3,196

18 Jun 2010                001848                           120,521

16 Julai 2010              001922                            89,800

16 Julai 2010              001923                            21,114

 JUMLAH                                                        455,423


  1. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
 30 NOVEMBER 2011

Aku nak tengok sejauh mana ko boleh tenang wahai shahrizat.

Ameno : shahrizat jangan harap ko dapat lari.




















































Allah - Umno - Muhammad : Ini songkok apa? Updated!


Sorry geng, ada benda yang aku nak share supaya korang pun sama confuse cam aku gak. Lihat gambar di atas neh. Apa benda yang cuba ditonjolkan menerusi songkok neh? Aku sendiri agak keconfusesan selepas admin kbsb [rakan admin] bagi link neh kat aku. Hermm.. aku fikir.. fikir dan fikir. Tapi tidak temui jawapannya. Dan aku masih fikir fikir dan fikir.. dan tatau lah sampai bila nak berhenti fikir.. muahahaha..

Yang sebenarnya ada dua benda yang confusekan aku.

1. Motif letak kalimah Allah swt dan Muhammad dalam songkok. Bila ko pakai songkok tue.. dia jadi terlindung dan tertutup..so apa ek motifnya berbuat demikian? Oleh kerana aku tak pakai songkok jadi aku tanya lah sebab nak tahu. Bagi aku benda neh siyes cakap.. rare. Belum pernah lagi aku jumpa songkok2 macam neh. 

2. Meletakkan umno di tengah2 Allah SWT dan Muhammad SAW..  yang neh lagi aku pelik. Selalunya yang aku tahu kalimah Allah SWT Muhammad SAW.. biasa larh bersebelahan antara satu sama lain. Tapi yang neh dia meletakkan umno di tengah2 bagi mengambarkan bahawa umno = kalimah suci.. ye ke? 

Kalau aku salah faham aku minta maaf. Tapi bagi pandangan aku, cara neh tidak boleh diteruskan. Dari segi hukum aku tatau. Tapi benda neh siyes.. ia dilihat tidak patut dibolehkan. Sebab.. ko lihatlah sendiri di atas.. boleh ka? Minta tolong ubah strategi larh. Aku faham korang nak bodek umno tapi ada banyak lagi cara yang boleh digunapakai tanpa menimbulkan apa2 kontroversi. Benda neh kemon larh.. songkok beb.

Pasti kah songkok tue tidak akan ditendang2, diletakkan merata2 dan sebagainya? Benda elok jadi tak elok plak last2. Jadi orang islam, yang penting bukan menzahirkan kalimah Allah swt di mana2 sebagai perhiasan ka apa ka, yang penting ialah amalan dan akidah kita. Allah swt lebih tahu iman kita. Dan Allah swt tidak perlukan songkok yang tertera kalimah Allah swt bagi mengetahui iman kita. Sekian. 

Updated!

Beb.. harga songkok neh rm800 ? Biar betul? Orang bodoh mana yang sanggup beli songkok semahal neh? Ka metro salah tulis harga? Lihat bawah neh beb ;






Gila arh kalau betul harga dia rm800 se. Niat pakai songkok sebab nak beribadat alih2 jadi pembaziran amalan rosmah.. erkk silap amalan syaitan.. buang duit seme neh weh.. buang duit.. 


kah kah kah

Ameno : Banyak lagi kaedah lain weh peniaga..

Bukti CIMB ada hubungan dengan Israel !

Itulah aku nak cakap.  Berapi2 pongpang dalam tv hanya dia je yang jaga kebajikan rakyat. Yang lain seme jahat.  Hanya dia je bangunkan negara, yang pembangkang buat seme salah. Dari dulu lagi aku dah sebut, lainkali kalau dah berani tuduh pembangkang dan bersih dapat dana dari luar, dari yahudi dari israel bagai, kena pastikan diri sendiri terlebih dahulu bebas dari israel. 

Jangan nak tuduh macam2 pada pembangkang padahal orang yang selalu berususan dengan israel ialah anak beranak ko sendiri. Ada faham tak najib? Lue tengok bawah neh larh wahai najib + muhyiddin + geng2 umno. 





CIMB telah melantik syarikat yang mencipta [mengendalikan] sistem NICE bagi menjaga keselamatan [sekuriti] sistem perbankan internet [online].Apa kena mengena NICE dengan israel? Mudah. Lihat bawah neh ;





Nampak? Ini link berita yang aku printscreen. ==> sini

Isu disini simple jek bagi aku. Jangan dok pandai2 canang + pongpang bahawa orang lain seme agent yahudi lah israel lah [dsai + pembangkang + bersih] walhal diri sendiri siap berurusan dengan israel. Ada aku kesah cimb nak bagi berjuta2 wang pun kat israel? Aku tak kesah der. 

Yang aku geram ialah pihak media kerajaan + pemimpin kerajaan + bloggers umno yang guna pakai point bahawa pembangkang neh alat yahudi walhal orang yang berkawan rapat dengan israel tue umno dan suku sakat mereka sendiri. Itu jek.

Sedangkan kalau diperhatikan isu neh betul2 pembangkang mana pernah dapat dana dari mana2 yahudi. Pasal dari dulu lagi tuduhan mereka [umno] hanya bersandarkan pada tulisan tanpa bukti. Tak seperti apa yang dilampirkan oleh aku di atas neh. Tulisan bersandarkan bukti.

Pembangkang, ya especially dsai ada kenal beberapa pemimpin yahudi tapi kenal tak bererti dia nak jual negara. Ini berbeza dengan umno. Mereka bukan sahaja kenal malahan menjalin hubungan bisnes. 

Dulu bila didedahkan fakta bahawa malaysia ada hubungan dagang dengan israel mereka pongpang bising marah cakap itu syarikat2 swasta. So nak taknak kerajaan kena bagi permit even pengeluaran permit pun kerajaan ada kuasa nak kawal sebenarnya kan. Heh.

Okey no hal. CIMB neh pun swasta gak. Tapi ada beza sikit sebab ini syarikat adik najib duduk di dalam nya. So lue, nak bagi alasan apa pula kali neh? Fikir lah lama2 sket. Wa nak pergi makan maggie yang juga makanan fav wa. Hah apa? Yahudi? Israel?Freemason? Syiah? Owh.. i loikee that. Muahahahaha..  

NICE ada kaitan dengan MOSSAD ? Baca ini juga.

Sumber : semut.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Selasa, 29 November 2011

Isu seks bebas : Siapa yang kantoi neh? - [Video Inside]

Sapa tengok tv3 semalam? Peh.. mesti ramai yang tengok kan? Sebab rata2 ramai yang complaint persidangan umno kat wall fb memasing2. Sebenarnya, isu sekarang bukan nak citer pasal persidangan umno. Aku pun tak tengok citer tue semalam pasal tengah layan drama korea kat channel 393. Heh.

Isu sekarang nak citer pasal laporan yang disiarkan oleh buletin utama. Antara sedikit petikan laporan dari buletin utama semalam ;



TV3 sebenarnya bagitau lebih dari neh. Ini sedikit je petikan yang milosuam rakam. Walhal semalam tv3 ada bagitau secara jelas bahawa ada perhimpunan yang sokong seks bebas sokong usul bantahan yang dibawakan oleh majlis peguam. [Selain penyokong bersih].

Malahan MP Kinabatangan pun secara jelas cuba mencipta persepsi bahawa pembangkang menyokong seks bebas menerusi berita tv3. Konon nya begini lah cerita yang tv3 buat semalam ;

1. Kumpulan LBGT = sokong seks bebas [konon-nya] = sokong usul bantahan akta perhimpunan aman = sokong pembangkang.

2. Petikan ucapan MP Kinabatangan pula di ambil pada bahagian yang bercakap pasal bantahan bill perhimpunan aman, yang juga sedang persoalkan kumpulan yang menyokong seks bebas di luar parlimen [ketika itu] dan mengaitkan ia dengan pembangkang [dalam nada menyoal].

Lepas tue apa? Ada tv3 siar penjelasan dari pihak pembangkang ka? Majlis peguam ka? Mana ada. Jadi sudah tentu timbul persepsi bahawa ;

Pembangkang = bantah akta perhimpunan aman = sokong seks bebas.

Untuk rekod anda, memang lah nama dia Akta Perhimpunan Aman tapi ia isi kandungan nya ialah akta kukubesi. Kulit lain, isi lain. Kalau ia adalah satu akta yang benar2 untuk mewujudkan perhimpunan yang aman, kita juga suka. Tapi setelah diperhalusi kita dapati akta neh ialah akta yang menyekat hak2 kebebasan berhimpun sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan yang mengamalkan sistem demokrasi.

Yang sebenarnya pun andai lah benar LGBT neh nak sangat seks bebas aku pun marah. Andai dorang menyemak berhimpun sekali semalam pun aku rasa memang dorang tue bengap. Bukan apa, dengan pelbagai berita2 negatif plus fitnah yang melingkari perjuangan sia2 mereka tue, lagi berani nak muncul dalam tv siap berdemo? Bodoh ke apa? Tapi beb, korang perhatikan muka budak2 kat bawah neh ;


Ada nampak tak macam gay? Gay yang aku kenal cukup smart jaga penampilan beb. Bukan aku nak kutuk2 lelaki ka apa. Tapi siyes. Gay memang jenis ada standard. Depa jaga penampilan depa. Ini gaya macam sohai langsung takde imej, gay apa mendernya? 

Jelas kat sini depa sedang berlakon. Lagipun mana ada orang2 dari SM mempromosikan budaya seks bebas. Dorang cuma minta di iktirafkan je. Bukan minta diakui budaya seks bebas. Nampak sangat larh weh.. benda neh provokasi.

Semalam juga diberitahu oleh orang2 yang menghadiri perhimpunan tersebut bahawa terdapat orang2 yang membakar baju kuning. Mereka buka dan bakar baju kuning terbabit. Itu di buat selepas berdemo beb.

Situasi dia begini beb ;

1. Sekumpulan orang pakai baju kuning.

2. Sokong bersih + sokong seks bebas [pasal banner tulis seks bebas beb]

3. Then buka baju.

4. Then bakar.

5. Then tv3 siar pasal sekumpulan baju kuning [bersih] yang berdemo sokong seks bebas + petikan ucapan mp kinabatangan.

Yang bab buka baju dan bakar tv3 tak siar. Bukan nak tuduh. Tapi kemon lah tv3. Jadi berita jangan bias. Kalau ko berani siar pasal orang berdemo bagai, ko kena berani siar pasal buka baju dan bakar juga. Akhirnya biarlah penonton buat analisa sendiri. 

Benda takde bukti. Aku pun tak berani nak tuduh2 neh kerja tv3 ka umno ka apa ka. Sebab provokasi neh sesiapa sahaja boleh buat dan terlibat. Tapi hakikatnya, provokasi seperti neh lebih memihak kepada kerajaan bilamana tv3 siarkan berita yang separuh2. Jadi, bila orang sangka bahawa umno = pecetus provokasi, tv3 tak boleh nak salahkan persepsi rakyat sebab tv3 sendiri yang salah bila memilih untuk tidak melaporkan fakta kes dengan lengkap. Faham?


Untuk rekod, aku rasa pelik kenapa dorang tak sorok2 bakar baju ka, masukkan dalam plastik ka apa ka. Napa saja nak biarkan diri agar dilihat orang? Ini satu kepelikkan bagi aku yang suka berfikir dalam2. Adakah sengaja biarkan diri dikantoi kemudian tuduh pr sebagai pecetus provokasi? Allah swt lebih tahu semua tue beb.

Sila perhatikan pula sesi temubual yang milosuam buat semalam.


Kita manusia neh tidak tahu. Tetapi Allah swt maha mengetahui. Hentikanlah politik kotor kepada sesiapa saja yang terlibat. 

Sumber video : Milosuam.

Ameno : Sadis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...