Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 November 2011

Bola : Indonesia hina bendera Malaysia lagi.


Miskin nya depa. Teruknya negara indonesia. Nak pakai baju dan seluar pun tak mampu rupanya. Hina korang. Slumber tak aku kutuk?

kah kah kah

Padan muka. 

Sekarang sapa yang cari pasal dulu? Malaysian ke indonesian? Hidup jangan jadi sochai larh weh. Kalah bola jek. Bukan nya mampos terus. Lainkali boleh usaha lagi. Macam sekarang. Akhirnya malaysia bertemu indonesia di final. 

Walaupun hakikatnya aku agak benci dengan pertembungan neh. Benci bukan pasal takut kalah ka apa. Benci pasal bila berlawan dengan depa bukan macam berlawan atas semangat kesukanan tapi macam berlawan atas semangat peperangan. Gila siot.

Kalau korang nak tahu beberapa hari yang lepas, sebelum perlawanan peringkat kumpulan berlangsung aku ada terbaca komen dari indonesia yang siap sedia nak gempur [perang] dengan malaysia kalau kalah bola [peringkat kumpulan]. Aku boleh kata depa bodoh dengan berani. Kalah bola jek pun nak serang malaysia? Tak ke bodoh nama nya tue weh..? Alasan paling lawak dalam sejarah peperangan andai benda tue benar2 berlaku.

kah kah kah

Apa tah motif depa beria2 provoke dan sakitkan ahti malaysia. Padahal dah banyak kali kita explain bahawa media indonesia saja bikin panas supaya depa benci kita. Kita bukanlah jahat [nakal sikit2 jek] sangat sebagaimana yang digambarkan oleh media mereka. Bengkek siot aku. 

Apa pun muka2 orang indonesia kat atas neh adalah spesis terdesak. Kesian. Kalau lue takde baju datang lah malaysia. Chowkit pun dah jadi hak milik spesis2 macam lue kan. So, apa lagi, lue marilah sini. Dapat gaji nanti beli baju ek.. 

kah kah kah

Sumber gambar disini

Ameno : Orang bodoh jek berperang pasal sukan.

Skuad negara naik baracuda ke stadium esok!





Tak boleh blah berita yang aku baca dari bernama neh beb. Walaupun depa tulis berkias tapi aku percaya permintaan neh memang penting sebab ada kemungkinan penyokong2 indonesia akan main kasar dengan pemain bolasepak malaysia. Dan andaikata indonesia kalah, confirmlah depa akan lagi mengamuk. 


Baca bawah neh ;

Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.-bernama

Tolonglah penyokong indonesia. Tolonglah act bagaimana manusia normal patut act. Tak guna korang pongpang marahkan malaysia. Kalah menang adat dalam mana2 pertandingan. Janganlah buat macam kita neh sedang berperang pula. Orang bersukan je beb.  Sampai bila larh korang boleh buang perangai2 bodoh macam neh. 

Rakyat malaysia dah lama sabar sebenarnya. Kalau pasal penderaan dan sebagainya, ia berlaku di mana2. Bukan aku nak menghalalkan perbuatan tue, jangan salah faham. Aku cuma nak bagitau bahawa jangan menilai semua rakyat malaysia sebagai jahat hanya kerana ada maid indonesia yang kena dera. Salurkan kemarahan korang kepada individu yang buat onar. Tak adil korang marahkan semua rakyat malaysia tak pasal2 sebab bukan semua rakyat malaysia yang mendera maid2 indonesia.

Kalau pasal pembunuhan dan sebagainya pun, bukan malaysia jek, singapore pun pernah. Tapi takde pun aku nampak korang marahkan singapore kaw2 macam marahkan malaysia? Lagipun singapore tue kawan baik israel taw. Apsal korang sayang sangat? Arhh sudah. Aku bukan nak suruh benci singapore. Jangan salah faham. Cuma nak bagitau kalau dengan singapore korang boleh act rasional, maka apa sebab korang tak boleh act rasional dengan malaysia pula? Budaya singapore pun sama macam malaysia beb. Apa kes?


Ameno : Pilih kasih.

Bukti Yayasan Noah terlibat dengan Genting.

Ada orang marah. Kata dia hujah mengatakan umno terlibat dengan kegiatan perjudian sebagai "cakap tak pakai otak". Di zaman teknologi canggih manggih neh, info di hujung jari jek. Dengan jari kaki pun berlambak2 info yang korang boleh dapat asalkan pandai cari dan faham matlamat pencarian korang.

Sekarang neh aku bagi bukti betapa tak pakai otaknya hujah aku neh.

Lihat bawah neh ;


Ini structure organisasi genting pada tahun 2000. Selepas itu organisasi mereka berubah. Pada tahun 2001, rekod yayasan noah sebagai pelabur dalam syarikat neh tiada. Sebaliknya nama2 syarikat baru pula muncul dalam listing. Apa sebab dan punca tidak pula diketahui.

Tetapi tahun2 seperti 1999 - 2001 ialah antara tahun2 umno mendapat kecaman hebat dari rakyat berhubung isu dsai dipecat dari tpm. Boleh jadi ia antara isu yang berjaya meraih perhatian rakyat bilamana mereka dapat tahu bahawa umno ada terlibat dengan syarikat perjudian genting.

Sila baca sini dan sini. Nama Tan sri noah kurang menonjol dalam syarikat neh walaupun dia adalah pengasas bersama [baca link pertama]. Pandangan aku, ini mungkin disengajakan sebab noah ;

- orang islam + melayu
- terlibat dengan umno
- terlibat dengan parlimen malaysia.

Matlamat syarikat neh pada asalnya ialah berkaitan percutian dan hiburan. Dan ia akhirnya berkembang menjadi hiburan berasaskan perjudian. 

Adalah kurang elok nama Noah disebut2 sebab dia dah meninggal. Tetapi menulis semula kisah neh adalah sebagai pengajaran kepada kita semua. Bukan nak mengungkit ataupun mengutuk2 arwah. Harap maklum.

1. Memang Tan sri noah = pemilik yayasan noah = pengasas bersama genting, yang mana matlamat asal dia ialah hiburan santai.

2. Di samping itu, noah juga terlibat dengan umno dan pernah menjawat jawatan speaker dewan. Dia adalah orang kaya. Disebabkan itulah dia boleh buka syarikat bersama dengan lim goh tong.  

3. Tidak tahu samada tanah di pahang [genting] itu, diberikan kepada syarikat dia dengan telus ataupun disebabkan dia berlabel umno pada ketika itu.

4. Kalau dibaca dari profil awal, kita dapati genting sepatutnya involved dengan resort dan pusat percutian. Selepas itu perniagaan genting nampaknya mula berubah haluan dan kerajaan tidak berbuat apa2 untuk mencegah industri perjudian. Hasilnya zaman sekarang ramai orang cina bunuh diri dan dibunuh akibat judi.

5. Memang Tan sri noah ialah datuk kepada hishammuddin dan najib. Mereka jadi cucu kepada noah sebab isteri razak dan isteri tun hussein on, kedua2nya kahwin dengan anak noah. Rahah dan suhaila adalah adik beradik kandung hasil perkahwinan pertama noah.

 6. Yayasan noah kemudiannya diwariskan kepada pewaris noah. Yayasan noah masih wujud. Cuma tiada profil lanjut mengenai yayasan neh. Ia tidak dihebahkan. Atas sebab apa aku kurang pasti. Tapi dua perkara yang aku tahu mengenai yayasan neh ialah ;

- Noah telah membina masjid pertama di genting supaya memudahkan urusan solat umat islam.

- Yayasan noah terlibat dalam aktiviti menderma / membantu pihak yang memerlukan. 

"Kilang" judi mereka bukan sahaja beroperasi di malaysia. Di luar negara pun mereka ada [buka link kedua]. Kalau diperhatikan, yayasan noah hilang dari senarai pemilikan saham genting pada tahun 2000. Boleh jadi dia bertukar duduk bawah resort world [antara anak syarikat genting yang uruskan projek resort, hotel].

Sebaliknya beberapa nama baru muncul seperti syarikat cartaban nominees sdn bhd, malaysia nominees sdn bhd, maybank bhd. Bila korang search cartaban blablabla di internet maka korang akan dapati ia ada kaitan dengan axiata. Axiata neh sapa yang punya sapa? Klik sini dan sini. Lihat sendiri pemilik dan saham apa yang mereka pegang di malaysia neh. BOD Axiata bukan calang2 orang beb. Klik pada gambar depa untuk baca profile mereka dan penglibatan mereka dengan kerajaan.

Bila aku perhatikan structure syarikat nfc yang berbelit2, maka aku dapati memang tak hairan lah kalau ada orang lain [syarikat lain ] boleh membelit2 semata2 untuk menyorokkan diri mereka ada kaitan dengan syarikat judi. Bukan semua perniagaan genting berasaskan judi. Ada juga perniagaan mereka yang bagos seperti terlibat dalam industri perhotelan, pelancongan dan taman tema.

Jika najib and family, umno dan kerajaan mahu terlibat dengan genting, mereka mesti belajar untuk mengasingkan perniagaan2 yang halal dan perniagaan yang haram. Kalau pun pr amek alih putrajaya, bukan mudah kerajaan nak lepaskan pegangan saham mereka dalam syarikat2 seperti neh kerana ia adalah tindakan bodoh. Sapa pula nak lepaskan saham yang boleh bagi keuntungan berjuta2 ringgit setahun?

Tetapi lebih bodoh kalau kita mengalakkan judi [melalui pemilikkan saham] dan kemudian-nya dalam masa yang sama buat kempen jauhi judi. Heh. 

Nota : Annual report genting tahun 1999 dan 2000.

Nota : Nama syarikat2 yang terlibat dengan genting bhd tidak semestinya sama pada tahun 2011. Nama anak2 syarikat genting tidak semestinya sama pada tahun 2011. Genting bhd dan world resort sdn bhd telah mengalami beberapa perubahan organisasi dari tahun 2000 - 2011. Sekian.

Ameno : Sekarang aku cakap tak pakai otak ka?

Sabtu, 19 November 2011

Adakah ini gambar Gelang Rosmah Mansur yang bernilai US 55,000 ?

Ada terbaca beberapa komen yang meminta bukti bahawa rosmah pergi beijing pada tahun 2009. Boleh baca sini kalau tak percaya rosmah pernah pergi beijing pada tahun 2009. Itu petikan dari blog najib razak sendiri. Kalau tak percaya tak tahu lah aku nak cakap apa lagi.

Dan ada juga minta bukti bahawa gambar yang disebarkan menerusi blog malaysia-today tue ialah gambar rosmah yang sebenarnya. Aku secara jujurnya tak berapa pandai nak telek gambar super impose. Tapi apa kata korang lihat dua gambar di bawah neh terlebih dahulu ;



Gambar di ambil dari website rosmah mansur. Baru aku perasan rosmah suka pakai jed. Rasanya ada banyak gambar rosmah mansur dengan jed. Dan gambar yang dikatakan di ambil dari fanghua pearls neh pun ada jed. Jadi adakah ini super impose? Aku rasa bukan kowt. 

Kalau nak tahu fanghua neh ada website beb. Takan dorang nak cemarkan reputasi syarikat sendiri dengan sebarkan info palsu macam neh kan? Pelik gak. Sekarang tengok gambar bawah neh pula ;



Neh antara apa yang aku jumpa dalam website dorang. Aku dah telek beberapa gambar rosmah bagi mencari persamaan gelang yang konon nya ada dibeli rosmah. Tapi belum berhasil lagi setakat neh. Lagipun belum tentu fanghua pamerkan gelang tersebut di website dorang. Aku pun no clue gelang mana satu yang rosmah beli. Kalau ada gambar dia cun gak. Boleh larh godek2.

Tapi ketika godek2 gambar rosmah tadi, aku terperasan dua perkara. Cuba korang tengok gambar cincin di atas dan gambar rosmah kat bawah neh ;




Korang perasan tak cincin yang rosmah pakai ada persamaan dengan product yang dijual oleh fanghua? Aku tak pasti samada rosmah beli barangan neh dari fanghua ke apa tapi persamaan tue memang ada. Cuba zoom untuk kepastian. Aku tak berapa pandai nak zoom. Naik pening dah aku tengok gambar2 rosmah tadi.

Untuk rekod nama kedai emas located china neh fanghua pearls. Aku baru perasan yang rosmah mansur memang ada banyak aksesori yang berkaitan mutiara. Lihat bawah neh as bukti ;



Neh baru sebahagian kecik. Sebenarnya ada banyak sangat gambar2 rosmah mansur dengan barangan kemas. Kuning ada, putih pun ada.  Siap dua jari lagi tue. 

Peh. 

Gempak.

Tapi belum lagi ada bukti bahawa rosmah mansur beli barangan kemas guna duit rakyat. Yang neh adalah fakta. Memang dia ada beli barang kemas tapi guna duit sapa aku pun taktahu. Nak cakap lebih2 pun tak guna sebab bukti takde. Untuk rekod, rosmah dapat dana untuk program permata pada tahun 2010.

Kesimpulan nya ada 3 perkara ;

1. Rosmah suka pakai jed. 

2. Rosmah suka shopping di tempat yang branded2 macam fanghua pearls.

3. Rosmah ada banyak koleksi barangan kemas.

Aku baru tahu neh. Korang boleh check sendiri kat website rosmah. Sikit punya susah nak cari persamaan cincin yang dia pakai [baju oren] dengan product dalam list fanghua pearls tue tahu. Bila dah jumpa rasa bangga sekejap. Pandai gak aku main cari2 neh.

kah kah kah

Ameno : Belanja mutiara sato mem.. kan ada banyak..

Jawapan balas isu NFC di Buletin Utama.

Malam semalam sapa tengok tv3? Mesti ada tengok berita pasal NFC kan? Itupun selepas berita bodek PM berlalu. Piem tak berapa berani nak kutuk obama atas isu palestin. Macam lah najib tatau yang usa + israel penentang terkuat bila unesco menerima palestin sebagai ahli mereka. 

US siap guna kuasa veto + tarik balik bantuan. Tapi bukan pasal tue yang aku nak sibukkan pun. Yang penting sekarang isu NFC. Umno memandang berat isu nfc neh. Itu sebab 15minit terawal di berita semalam hanya menyiarkan isu nfc sepenuhnya. Aku sengaja rakam supaya boleh tengok berulang2. Bila aku dapat tengok berulang2 maka senang lah aku nak kupas persoalan2 penting disini.

Hujah pertama datang dari tipiem. Tipiem kata terserah kepada rakyat nak bawa isu nfc ke sprm ataupun apa sebab kerajaan dan nfc dah terangkan sepenuhnya kepada rakyat. Kenyataan neh menjelaskan bahawa tipiem seboleh2 mahu kita faham bahawa nfc tidak bersalah.

Tetapi kita pula nak tipiem faham, dari saat kita [rakyat] tahu projek neh linked dengan shahrizat, dari saat itulah kita dah pandang, projek nfc neh memang bermasalah dan salah. 

Hujah kedua datang dari laki shahrizat yang bernama salleh tue. Kata si salleh ;

1. Perjanjian nfc - kerajaan ialah selama 30 tahun. Sekarang baru 3 tahun jadi belum boleh nak bagi persepsi bahawa nfc rugi atau apa. 

Yang neh jabatan audit tatau ka? Mesti dorang tahu kan? So sekarang neh jabatan audit yang dedahkan isu nfc neh. Hasil pendedahan tersebut, maka timbul lah pelbagai persoalan. Sebab itu wakil rakyat pr siasat isu nfc neh lebih dalam. Bila di siasat lebih dalam maka dapatlah temui pelbagai lagi penyelewengan yang tidak di dedahkan oleh audit. Biasalah, audit yang di edit kan? Heh.

Perjanjian 30 tahun tue, aku sendiri pun tatau. Tapi aku ada sedikit confuse. Adakah selepas 30 tahun nfc ialah satu projek yang tiada kaitan dengan kerajaan lagi ataupun selepas 30 tahun nfc berhasil membayar 250juta atau apa? Perjanjian apa yang dimaksudkan selama 30 tahun tue? Boleh huraikan kan tak?

2. Selepas tue salleh bagi lah hujah2 bahawa hujan antara faktor kegagalan mencapai sasaran. Aku cuba nak faham apa kaitan hujan dengan ternakan lembu neh. Adakah lembu akan mampos  apabila dihujankan? Adakah tempat proses lembu {penyembelihan + pembungkusan + dll} tiada bumbung sehingga apabila hujan muncul maka ia mengangu kelancaran projek neh? Untuk rekod, aku masih sedang cuba untuk faham. So aku takmo ulas lebih2 pasal neh.

3. Then si salleh tiba2 sangkal laporan audit sebagai gagal. Mula2 dia bagi faktor hujan sebagai kegagalan projek neh [gagal capai sasaran]. Dia juga bagitau bahawa adalah amat logik projek yang baru bermula akan mengalami kesulitan pada awal2 operasi. Lepas tue tiba2 dia divert hujah bahawa nfc berjaya capai sasaran. Laporan audit salah. 

NFC berkembang dan semakin baik dalam 3 tahun neh. Dan nfc berjaya capai sasaran. Sasaran lembu ialah 8,000. Tapi nfc berjaya hasil 8,016 ekor. Jadi nfc bukan sahaja berjaya capai sasaran sebaliknya lebih 16 ekor. So, mari kita tepuk tangan ramai2. Bangga bhai. Nfc capai target. Apa bodoh sangat audit kutuk nfc sebagai gagal capai sasaran.

Kalau korang baca sini, laporan berita neh ada menyatakan bahawa target 60,000 ekor lembu setahun bakal dihasilkan oleh nfc. Kalau based on angka neh, kita dapati at least pada tahun 2010 mestilah 10,000 ribu - 12 ribu ekor lembu harus dihasilkan. Ini perlu kepada pada tahun 2015 nfc harus menghasilkan 60,000 ribu ekor lembu. 

Tapi nilai target itu telah berubah seiring dengan kegagalan nfc mencapai target. Dalam projek, apabila kita gagal capai target, si gagal akan dikeluarkan bagi mengatasi kegagalan tersebut. Si gagal tue boleh menjadi sesiapa sahaja / apa2 faktor pun. Dalam isu nfc, si gagal bukan sahaja bertahan di nfc, malahan target yang sepatutnya nfc capai pun berubah akibat kebangangang si pengurus projek. 

Nak saman aku? Tolong jangan. Sila saman nfc. Dorang yang keluarkan artikel itu beb, bukan aku. Ini bermaksud, sasaran terpaksa direndahkan kerana nfc tidak boleh mencapai sasaran. Tapi si salleh siap bangga lagi bila dia berjaya hasil 8,016 ekor lembu. Pelik.

4. Si salleh dan tv3 tak habis2 mencanangkan pkr sebagai asbab kepada salah faham dalam projek nfc. Yang sebenarnya salleh dan tv3 memang mangkok ayon. Bukan pkr punca kepada salah faham dan kecuriositian rakyat dalam isu neh.  

Rakyat sendiri memang minat nak ikuti isu neh sejak mendapati shahrizat linking dengan projek lembu. Itu berlaku sebelum tahun 2008. Itu pasal menteri tue kalah dengan nurul izzah. Ini bukan pasal kekeliruan. Ini pasal, apa sebab shahrizat dapat projek walhal dia menteri ketika itu? Dan apa sebab dia masih jadi menteri walaupun kalah tergolek dengan nurul izzah?

Dan tiada salah faham pun dalam projek neh. Rakyat memahami fakta dan kes isu nfc dengan jelas. Tepat lagi terang. Yang tidak faham dan sedang terkeliru sekarang neh ialah tv3 dan salleh.  

Salah faham Salleh dan tv3 terhadap rakyat ialah ;

1.1 Pkr punca rakyat memandang berat isu nfc.

Penjelasan : Shahrizat punca rakyat memandang berat isu nfc.

2.1 Pkr punca rakyat salah faham terhadap projek nfc.

Penjelasan : Pkr cuma memberitahu kepada rakyat bahawa = Nfc gagal capai target, penglibatan shahrizat dan family, kegagalan kerajaan menjelaskan dengan yakin bahawa nfc di uruskan dengan baik. 

Contoh kes ;

Lambert [pengendali utama ketika itu] cabut lari, kerajaan tidak boleh dakwa lambert sebab tiada perjanjian. Rakyat pelik. Bagaimana dana dimasukkan, mou di sign, di umumkan di paper, selepas itu bila lambert cabut lari, kerajaan [tipiem yang sign, tipiem yang confess tak boleh dakwa] tak boleh dakwa lambert sebab langgar perjanjian? Bagaimana rakyat nak yakin nfc diuruskan dengan telus? 

kos pembinaan fasilitis + saliran air + jalanraya + lampu = meningkat berganda2 dari kos asal. Alasan pada ketika itu ialah kenaikan harga minyak. Tapi tiada data / bukti / dokumen bagi membenarkan perkara tersebut. Kita faham peningkatan harga kos operasi [pembinaan] memang berlaku. 

Tetapi yang kita tak faham ialah kenapa peningkatan neh hanya di sokong melalui cakap mulut? At least bagi lah bukti bhai. Lue sakit pun minta mc. Bukti maa nak tunjuk pada bos. So, ini duit rakyat. Kalau betul kos operasi meningkat, bukti kasi tunjuklah. Kita faham. Tapi kita nak faham dengan bukti. Simple.

3.1 Rakyat salah faham pasal pembelian kondo. Sebenarnya bukan 1 tapi dua kondo dibeli untuk pelaburan dengan nilai rm13.7 juta. Ini sebab kalau duit di simpan di bank, kadar faedah rendah, so lebih baik nfc labur sementara tunggu fasilitis lengkap.

Penjelasan : Good. Rupanya 2 kondo. Thanks sebab bagitau. Kata salleh, duit itu berada di acc bank khas yang dikawal oleh kerajaan. So sepatutnya faedah kat bank tue, kerajaan yang dapat. Kenapa pula nfc nak dengki bagai keluarkan duit itu untuk beli kondo?

Elok2 kerajaan boleh dapat faedah, tapi bila bagi kat nfc, satu hapa kerajaan tak boleh dapat. Lepas tue dari sibuk2 bagi nfc pinjam, lebih baik kerajaan completekan dulu apa2 yang tak lengkap dalam isu fasilitis perternakkan lembu. Kan lebih bagos?

Dan lebih sadis, selepas 3 tahun, nfc masih tidak membayar sedikitpun pinjaman yang diperolehi sedangkan mereka kata mereka untung banyak dalam pelaburan kondo. So apa lagi? Bayar larh bhai. Untuk rekod, nfc sendiri kata bahawa mereka perlu bayar balik selepas 3 tahun beroperasi. 

4.1 PM dan TPM tidak terlibat dalam pembohongan nfc.

Penjelasan : Terlibat. Sebab TPM dan PM ialah pemimpin malaysia. Apabila pemimpin malaysia buat derk je dengan penglibatan shahrizat dalam projek neh dan tidak ambil peduli kerugian yang terjadi akibat kecuaian operasi maka persepsi rakyat akan mengatakan PM dan TPM memang terlibat. Cara mana mereka terlibat itu aku tak boleh hurai. Tapi apabila bersubahat dalam menyorok/menutup kejahatan walaupun tak buat jahat itu tetap dipanggil terlibat.

5.1 Rakyat salah faham harga lembu nfc mahal.

Penjelasan : Rakyat tidak salah faham. Harga lembu nfc memang mahal. Mahal sebab apa itu bukan isu. Isu sekarang harga lembu nfc mahal sedangkan aim projek neh ialah untuk membantu penternak + pembeli lembu. Dan matlamat asal nfc dah lari. 

Yang dia beria2 jual lembu dengan harga mahal buat apa? Apa salahnya dia hasilkan lembu kualiti dengan harga yang mampu milik? Bukan tak boleh untung dan cari kaedah win2 situation pun. Sudahlah. Nak berlakon je pandai. Asal mao mesti boleh. Lagipun itulah matlamat asalnya. Matlamat lari, sasaran lari, semua pun lari selepas tue bila orang persoalkan alih2 dia nak saman pula? Hek eley. Kenapa nak ugut rakyat? 

Lepas tue kebanyakkan product dia salur kat geng2 dia. Kat restoran mewah dia. Jadi rakyat dapat apa? Dulu dia kata product dia untuk rakyat marhaen. Akan masuk pasar basah. Tapi aku haram tahu product gemasgold tue wujud. Maknanya product2 tue terhad pemasaran dia dan mungkin lebih banyak dipasarkan untuk restoran2 mewah dan akhirnya rakyat macam kita tak merasa hapa pun.

6.1 NFC bagi discount pada semua pembeli berdaftar di bawah nfc, bukan rfc je dapat discount. Rakyat dah salah faham neh.

Penjelasan : rfc = shahrizat punya. RFC dapat discount rm2.9juta. Adakah semua pembeli nfc [70 pembeli yang berdaftar] mendapat nilai discount yang sama? Atau, hanya geng2 shahrizat jek yang dapat? Dan kenapa tak bagitau di tv3 bahawa nfc ka, rfc ka, meatwork ka apa kata semua linking dengan salleh + anak2 shahrizat?

7.1 Ladang NFC di gemas tiada lembu. Ini fitnah dan tohmahan.

Penjelasan : Sapa pula cakap ladang nfc takde lembu? Orang cuma nak tengok ladang nfc di gemas. Tetapi kakitangan nfc tak bagi masuk. Itulah yang pembangkang bagitau. Selepas beberapa hari berlalu [mungkin dah di edit, dikemaskini, diperbaiki] baru depa cabar suruh kita lawat sendiri. Adakah lawatan mengejut sama seperti lawatan yang di undang?

8.1 NFC hanya memperolehi rm181juta bukan 250juta. Dan rm250juta ialah pinjaman bukan nya geran. Fitnah dari pkr untuk mencetuskan kekeliruan fakta di kalangan rakyat.

Penjelasan : Semua pun faham bahawa rm250juta ialah pinjaman. Baca lah berita pro pembangkang betul2. Kita kata rm250j pinjaman + 6j = geran so total = rm256juta. Dan bagi membuktikan bahawa hanya rm181juta jek yang nfc dah amek, layaklah nfc bagi dokumen untuk membenarkan perkara neh. Ingat, pkr bagi dokumen SSM. NFC bagi cakap mulut. Antara mulut dengan dokumen, mana satu orang percaya? 

9.1 NFC layak mendapat tender neh. Kata2 pembangkang bahawa nfc tidak layak adalah berupa satu tohmahan yang busuk ahti dan orang yang berpenyakit.

Penjelasan : Rasanya ko belum cukup faham kenapa ko dibalon atas isu nfc. Rugi satu hal. Ko mengalihkan [menukar] matlamat asal projek neh pun satu hal. Ko dapat pinjaman mudah pun satu hal. Tapi hal yang paling besar sekali ialah shahrizat tue menteri. Ko faham tak? Aku malas nak ulang2. Ko baca jek sini salleh. Please.


10.1 NFC tidak mendapat pinjaman dan tanah dengan mudah. Sebaliknya ia melalui proses tender yang telus.

Penjelasan : Ya. Itu pasal aku bagitau ko. Seme neh berlaku sebab shahrizat tue bini ko. Bila shahrizat yang menteri + senator + ketua wanita umno tue jadi bini ko, maka apa2 tender kerajaan yang ko dapat akan jadi pertikaian. Kalau ko rasa ko layak, ko buatlah bisnes sendiri. Tak payah grab projek kerajaan. Buktikan kemampuan ko berdiri tanpa mendapat tender dari kerajaan. Masa tue ramai larh yang akan respect ko. Tak pun ko suruh lah shahrizat tue nyah dari jawatan dia. Dan satu family ko harus disiasat bagi membuktikan yang korang benar2 bersih dalam mendapatkan tender neh.


Sebelum memamposkan hujah2 mereka di tv3, mereka sempat warning bahawa segala isu berbangkit berkaitan nfc akan boleh berdepan dengan tindakan saman. Saman? Ko nak saman rakyat yang persoalkan projek neh? Peguam nfc nak saman rakyat? Wehhh..? Kenapa? Saham ko jatuh ka? Orang boikot taknak makan di restoran ko ka? Sebab tue ko masuk tv3 dan bercerita bagai ka?


NFC, kita hidup selama-lamanya. Lepas hidup di dunia. Sambung di kubur plak. Lepas tue sambung di akhirat. Lepas tue sambung di syurga or neraka. Aku harap ko boleh pertimbangkan kenyataan ugutan berhubung isu saman tue dalam2. Hopefully ko fikir sikit, rakyat bukan tahu seme perkara. Tapi Allah swt tahu. 


Nota : Salleh, ko masih ada ruang untuk membetulkan segala kesilapan neh. Ingat, orang yang buat salah, berubah adalah lebih baik dari orang yang tahu dia buat salah tetapi mempertahankan kesalahan dia.

Ameno : Lembu marah dengan nfc. Siyes. Lembu tak buat dosa, tak mencuri, menyeleweng, pecah amanah dan sebagainya. Menyamakan nfc dengan lembu adalah perbuatan yang sangat keji.

Jumaat, 18 November 2011

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Padan muka.


Bukan padan muka pada tricubes. Tapi pada diri sendiri. Baca bawah neh ;


Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi  setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Ada bagosnya kalau PDRM boleh buat sistem neh sendiri. Lantik je sapa2 yang pandai reka sistem untuk proses kaedah yang lebih sesuai bagi kutip saman. Lebih menjimatkan wang. Lagipun PDRM ada banyak staff yang lebih kerap habiskan masa duduk di office dari buat kerja siasatan.

Tapi takpelah. Kaedah buang duit neh dah jadi adat resam kerajaan. Ahti sakit pasal NFC pun belum hilang, kini kerajaan cabar kita punya kesabaran dengan benda bodoh neh. Phetatic betul larh. Bukan kerajaan, tapi diri sendiri.  Phetatic sebab hidup diperbodoh2kan oleh pemimpin atasan yang celaka nak mampos.

Ameno : Berapa agaknya nilai tender yang dorang dapat? rm50juta dah tentu2 lebur... dapat lagi yang baru.. peh..

Bola : Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

Kah kah kah

Penyokong indonesia memang phetatic. Dah kalah redha je le weh. Tak payah larh susah payah nak ugut orang bagai.

Korang baca bawah neh. Berita aku petik dari kompas. 



Kah kah kah

Lawak arh penyokong indonesia neh. Sanggup ugut macam2 pada pemain bola sepak malaysia. Dah kalah tue buat lah cara dah kalah woit. Orang main bola nak seronok2. Nak bersukan. Nak jalin persahabatan. Nak bersaing secara sehat. Bukan nak cari gadoh woit. Sampai bila larh penyokong indonesia neh boleh bersikap profesional. 

Aku bukan nak tambah masalah tapi kan dalam perlawanan semalam aku tengok pasukan indonesia lebih banyak pemain import yang ditempatankan.Negara sikit punya besar. Penyokong sikit punya ramai. Tapi kan, takan takde yang boleh mewakili negara? 

kah kah kah 

Jangan panas beb. Aku tanya jek. Lagi satu kan pemain2 indonesia main kasar semalam. Agaknya dorang pun tertekan nak menang kowt akibat sikap agresif penyokong indonesia terhadap mereka. 

Kesian. Kalah ka menang ka korang punya sikap memang tak boleh pakai. Malaysia samada kalah or menang kita pro. Kita terima kekalahan kita dengan pro. Tapi penyokong indonesia kalah or menang asyik nak mengampang ajek. Sebab dorang tak pro. Dah puas2 maki malaysia, datang gak bekerja kat sini. Ingatkan benci betul2.

kah kah kah

Lagi satu kan kalau korang nak tahu apa benda yang kat malaysia neh semua indonesia punya. Tak percaya? Tanyalah penyokong indonesia untuk kepastian lanjut. 

kah kah kah

Ameno : Permainan ajek pun.. takan nak bunuh malaysia kowt indonesia?

Laki Shahrizat kata beli kondo keputusan bijak.

Bodoh!


Bukan kata pada laki shahrizat. Laki shahrizat memang bijak + cerdik. Memang beli kondo guna duit pinjaman adalah satu keputusan yang bijak bagi dia dan syarikat dia. Tapi keputusan neh membuktikan bahawa kerajaan bn bodoh nak mampos. Ya. Bodoh nak mampos.

Bodoh sebab dia bagi pinjaman untuk orang lain buat pelaburan sedangkan kerajaan sendiri pun berlambak2 hutang + pelaburan yang tergantung + tanggungan. Jika NFC boleh melabur guna duit pinjaman dan dapat untung, bukan kah lebih baik jika kerajaan sendiri yang melabur dan untung? Yang mana hasil keuntungan tersebut boleh berbalik kepada rakyat semula?

Dah tahu fasilitis tak lengkap tapi still bagi pinjaman penuh? Bukan kah itu bukti kerajaan bn memang bodoh nak mampos? Mereka bagi alasan kekangan kewangan sebagai faktor utama projek tertangguh tapi masih ada wang untuk bagi nfc melabur kumpul kekayaan? 

Waahh.. 

aku..  tabik.

Kenapa tidak saja gunakan wang tersebut bina dulu fasilitis yang perlu bagi memastikan projek neh terus berjalan? Aku bukan pakar ekonomi tapi benda neh bukan susah nak fikir pun. Tak perlu ada master pasal ekonomi pun boleh fikir. Apakah aku neh diperintah oleh orang2 yang dungu? Owh.. jangan jawab. Aku bukan bagi soklan. 

Satu lagi yang kerajaan tak faham2 lagi pasal isu neh ialah tentang shahrizat. Isu kerugian + kebodohan kerajaan dalam pinjaman kepada nfc ialah satu disaster kepada rakyat. Tapi yang lebih disaster lagi bilamana kerajaan tak faham bahawa shahrizat sebagai menteri sampai bila2 pun dia tak pernah boleh layak dapat projek neh sebab kaitan dia dengan kerajaan. 

Dia bukan orang biasa macam ko dan aku. Dia menteri, dia senator, dia ketua wanita umno. Walaupun mungkin benar dia dapat projek neh dengan telus [sangka baik] tapi soal dia ada jawatan dengan kerajaan bukan soal remeh. 

Jika hari neh seorang menteri boleh dapat projek bagaimana pula dengan menteri2 lain? Sudah tentu menteri2 lain fikir owhh aku pun nak projek gak. Mana aci shahrizat je ada restoran mewah. Aku pun mao. Aku pun mao. Maka berlumba2 lah menteri suruh mak bapak adik abang kakak makcik pakcik buka syarikat untuk rebut tender kerajaan.

Dan bila itu berlaku maka menteri a bagitau menteri b weh.. sedara aku apply tender, approve lah geng. Okey2, aku approve, neh makcik aku apply tender bawah kementerian hang.. approve leh? Okey2.. aku approve gak. 

Inilah yang kita cakap tak betul sebab menimbulkan conflict of interest.  Ini yang kita maksudkan disini. Bukan pasal shahrizat, bukan pasal bumiputera, bukan pasal nfc, bukan pasal bn, bukan pasal umno, bukan pasal pr tapi pasal timbul pertikaian dalam kepentingan konflik. Yang neh, ramai orang tak faham. 

Rugi adalah satu masalah besar. Tapi rugi, kita boleh repair sebab kita ada akal. Yang membuatkan kita sukar nak berfikir dengan baik bilamana tangan kanan kita kena memotong tangan kiri kita kerana mencuri. Yang neh kita tak boleh repair sebab tiada mana2 manusia pun sanggup potong tangan sendiri melainkan, kita yang potongkan untuk mereka. Sekian.

Ameno : Tolong bodoh sorang2. 

Khamis, 17 November 2011

Guru Besar Maki Guru Pro Pas Depan Ibu Bapa. [Video Inside]




"kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”


Woit guru besar bodoh ;

Hah hambek kau. Kalau dah cikgu buat cara cikgu. Kalau nak main politik masuk lah gelanggang beb. Gua pun boleh maki lue kaw2. Baru syiok..


kah kah kah

Lue sendiri main politik, masuk umno taknak plak cermin diri? Apa hak lue nak sekat pendirian politik guru2 lain? Lue sapa? Gaji lue pun rakyat yang bayar. Jadi jangan lah pongpang bagai kat sini wahai guru besar yang bodoh. Sekarang kita orang akan cakap lue bodoh ramai2.  Padan muka hang!

Baca bawah ;


SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman. -B0-

Apa lagi geng? Cikgu neh dah bagi sebab untuk kita cakap dia bodoh. So apa lagi. Jom ramai2 boooooooooooooooooooodohkan dia.. 

kah kah kah

Klik sini jika video gagal load.

Ameno : Pelajar2 lue pun malu dengan perbuatan kebudak2an lue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...