Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 November 2011

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Padan muka.


Bukan padan muka pada tricubes. Tapi pada diri sendiri. Baca bawah neh ;


Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi  setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Ada bagosnya kalau PDRM boleh buat sistem neh sendiri. Lantik je sapa2 yang pandai reka sistem untuk proses kaedah yang lebih sesuai bagi kutip saman. Lebih menjimatkan wang. Lagipun PDRM ada banyak staff yang lebih kerap habiskan masa duduk di office dari buat kerja siasatan.

Tapi takpelah. Kaedah buang duit neh dah jadi adat resam kerajaan. Ahti sakit pasal NFC pun belum hilang, kini kerajaan cabar kita punya kesabaran dengan benda bodoh neh. Phetatic betul larh. Bukan kerajaan, tapi diri sendiri.  Phetatic sebab hidup diperbodoh2kan oleh pemimpin atasan yang celaka nak mampos.

Ameno : Berapa agaknya nilai tender yang dorang dapat? rm50juta dah tentu2 lebur... dapat lagi yang baru.. peh..

Bola : Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

Kah kah kah

Penyokong indonesia memang phetatic. Dah kalah redha je le weh. Tak payah larh susah payah nak ugut orang bagai.

Korang baca bawah neh. Berita aku petik dari kompas. 



Kah kah kah

Lawak arh penyokong indonesia neh. Sanggup ugut macam2 pada pemain bola sepak malaysia. Dah kalah tue buat lah cara dah kalah woit. Orang main bola nak seronok2. Nak bersukan. Nak jalin persahabatan. Nak bersaing secara sehat. Bukan nak cari gadoh woit. Sampai bila larh penyokong indonesia neh boleh bersikap profesional. 

Aku bukan nak tambah masalah tapi kan dalam perlawanan semalam aku tengok pasukan indonesia lebih banyak pemain import yang ditempatankan.Negara sikit punya besar. Penyokong sikit punya ramai. Tapi kan, takan takde yang boleh mewakili negara? 

kah kah kah 

Jangan panas beb. Aku tanya jek. Lagi satu kan pemain2 indonesia main kasar semalam. Agaknya dorang pun tertekan nak menang kowt akibat sikap agresif penyokong indonesia terhadap mereka. 

Kesian. Kalah ka menang ka korang punya sikap memang tak boleh pakai. Malaysia samada kalah or menang kita pro. Kita terima kekalahan kita dengan pro. Tapi penyokong indonesia kalah or menang asyik nak mengampang ajek. Sebab dorang tak pro. Dah puas2 maki malaysia, datang gak bekerja kat sini. Ingatkan benci betul2.

kah kah kah

Lagi satu kan kalau korang nak tahu apa benda yang kat malaysia neh semua indonesia punya. Tak percaya? Tanyalah penyokong indonesia untuk kepastian lanjut. 

kah kah kah

Ameno : Permainan ajek pun.. takan nak bunuh malaysia kowt indonesia?

Laki Shahrizat kata beli kondo keputusan bijak.

Bodoh!


Bukan kata pada laki shahrizat. Laki shahrizat memang bijak + cerdik. Memang beli kondo guna duit pinjaman adalah satu keputusan yang bijak bagi dia dan syarikat dia. Tapi keputusan neh membuktikan bahawa kerajaan bn bodoh nak mampos. Ya. Bodoh nak mampos.

Bodoh sebab dia bagi pinjaman untuk orang lain buat pelaburan sedangkan kerajaan sendiri pun berlambak2 hutang + pelaburan yang tergantung + tanggungan. Jika NFC boleh melabur guna duit pinjaman dan dapat untung, bukan kah lebih baik jika kerajaan sendiri yang melabur dan untung? Yang mana hasil keuntungan tersebut boleh berbalik kepada rakyat semula?

Dah tahu fasilitis tak lengkap tapi still bagi pinjaman penuh? Bukan kah itu bukti kerajaan bn memang bodoh nak mampos? Mereka bagi alasan kekangan kewangan sebagai faktor utama projek tertangguh tapi masih ada wang untuk bagi nfc melabur kumpul kekayaan? 

Waahh.. 

aku..  tabik.

Kenapa tidak saja gunakan wang tersebut bina dulu fasilitis yang perlu bagi memastikan projek neh terus berjalan? Aku bukan pakar ekonomi tapi benda neh bukan susah nak fikir pun. Tak perlu ada master pasal ekonomi pun boleh fikir. Apakah aku neh diperintah oleh orang2 yang dungu? Owh.. jangan jawab. Aku bukan bagi soklan. 

Satu lagi yang kerajaan tak faham2 lagi pasal isu neh ialah tentang shahrizat. Isu kerugian + kebodohan kerajaan dalam pinjaman kepada nfc ialah satu disaster kepada rakyat. Tapi yang lebih disaster lagi bilamana kerajaan tak faham bahawa shahrizat sebagai menteri sampai bila2 pun dia tak pernah boleh layak dapat projek neh sebab kaitan dia dengan kerajaan. 

Dia bukan orang biasa macam ko dan aku. Dia menteri, dia senator, dia ketua wanita umno. Walaupun mungkin benar dia dapat projek neh dengan telus [sangka baik] tapi soal dia ada jawatan dengan kerajaan bukan soal remeh. 

Jika hari neh seorang menteri boleh dapat projek bagaimana pula dengan menteri2 lain? Sudah tentu menteri2 lain fikir owhh aku pun nak projek gak. Mana aci shahrizat je ada restoran mewah. Aku pun mao. Aku pun mao. Maka berlumba2 lah menteri suruh mak bapak adik abang kakak makcik pakcik buka syarikat untuk rebut tender kerajaan.

Dan bila itu berlaku maka menteri a bagitau menteri b weh.. sedara aku apply tender, approve lah geng. Okey2, aku approve, neh makcik aku apply tender bawah kementerian hang.. approve leh? Okey2.. aku approve gak. 

Inilah yang kita cakap tak betul sebab menimbulkan conflict of interest.  Ini yang kita maksudkan disini. Bukan pasal shahrizat, bukan pasal bumiputera, bukan pasal nfc, bukan pasal bn, bukan pasal umno, bukan pasal pr tapi pasal timbul pertikaian dalam kepentingan konflik. Yang neh, ramai orang tak faham. 

Rugi adalah satu masalah besar. Tapi rugi, kita boleh repair sebab kita ada akal. Yang membuatkan kita sukar nak berfikir dengan baik bilamana tangan kanan kita kena memotong tangan kiri kita kerana mencuri. Yang neh kita tak boleh repair sebab tiada mana2 manusia pun sanggup potong tangan sendiri melainkan, kita yang potongkan untuk mereka. Sekian.

Ameno : Tolong bodoh sorang2. 

Khamis, 17 November 2011

Guru Besar Maki Guru Pro Pas Depan Ibu Bapa. [Video Inside]




"kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”


Woit guru besar bodoh ;

Hah hambek kau. Kalau dah cikgu buat cara cikgu. Kalau nak main politik masuk lah gelanggang beb. Gua pun boleh maki lue kaw2. Baru syiok..


kah kah kah

Lue sendiri main politik, masuk umno taknak plak cermin diri? Apa hak lue nak sekat pendirian politik guru2 lain? Lue sapa? Gaji lue pun rakyat yang bayar. Jadi jangan lah pongpang bagai kat sini wahai guru besar yang bodoh. Sekarang kita orang akan cakap lue bodoh ramai2.  Padan muka hang!

Baca bawah ;


SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman. -B0-

Apa lagi geng? Cikgu neh dah bagi sebab untuk kita cakap dia bodoh. So apa lagi. Jom ramai2 boooooooooooooooooooodohkan dia.. 

kah kah kah

Klik sini jika video gagal load.

Ameno : Pelajar2 lue pun malu dengan perbuatan kebudak2an lue..

Hanya RM11,700 jekk hilang - POLIS!

Sohai. 



Jadi polis rasa kesalahan neh kecik? Hilangkan bahan bukti bagi pihak polis adalah perkara remeh? 

Wahhhh...

Macam mana seorang polis boleh slumberland buat statement cincai macam neh?  Hanya rm11,700 yang hilang? Adakah patut rasa bangga? Orrr... mungkin kerana pernah hilang lebih banyak dari itu?

kah kah kah

Selagi pdrm tidak dipantau oleh rakyat selagi itulah mereka memain je buat kerja. Apa benda pun perlu audit. SPRM dan PDRM perlu audit oleh rakyat. Kami berhak review hasil kerja dorang secara tahunan. Kalau itu dibuat nescaya kualiti PDRM dan SPRM akan meningkat sebab mereka dipantau. 

Alah sama macam kita amek peperiksaan di sekolah. Kalau takde guru yang berkawal sudah tentu ada pelajar2 yang akan meniru. Jadi perlu ada kawalan dari guru bagi memantau perbuatan pelajar ketika mengambil peperiksaan. 

Perkara yang sama perlu diterapkan terhadap PDRM dan SPRM. Pasal kami dah bosan dengan polis yang slumber mak enon je bangga2 bila hilangkan rm11,000. 

Peh. 

Gila punya statement. Takde rasa malu + menyesal langsung. Ingatkan nak minta maaf sebab gagal jaga amanah tapi rupanya nak bangga. Tapi bila fikir2 balik ada betul juga yang depa cakap. Bersyukurlah. Kita baru hilang rm250juta dalam projek lembu. So rm11 +++ neh apa larh sangat. kan kan kan?

Polis di malaysia patut bersyukur anda di malaysia bukan di jepun. 

kah kah kah

Ameno : respect polis baik jek.

Hoi Muhyiddin, neh bukti Shahrizat = NFC ada kena mengena.


Sapa yang tengok berita tv3 hari tue mesti tahu pasal kenyataan bodoh TPM bahawa shahrizat tidak terlibat dalam skandal NFC. Baca sini 

Dan di bawah neh antara petikan berita online ;

"Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat," kata Muhyiddin kepada pemberita hari ini.

Kepala hotak kau. 


1- Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400… Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

2- NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara…. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

3-NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93…. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.

4-NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.

Kesemua di atas ialah antara PC yang disediakan oleh saifuddin nasution. Baca sini petikan penuh.  

Sekarang neh apa yang kita kena faham betul2 berhubung skandal neh ialah ;

1. Seluruh jentera umno melindungi shahrizat. 

2. Kenapa itu berlaku?

3. Siapakah shahrizat neh? Penting sangat ke dia? Kalau dah memang dia menyeleweng [duit dan kuasa] kenapa tak singkir dan hukum je? 

Mudah.

PAKLAH + KJ + MUHYIDDIN YASIN + NAJIB RAZAK = DI BELAKANG SHAHRIZAT. 
Jatuh shahrizat, jatuh mereka. Shahrizat takan nak jatuh sorang2 melainkan ada tawaran hebat yang menanti dia. Dan rakyat bukan bodoh2 nak lepaskan shahrizat sewenang2nya. Kami nak shahrizat letak jawatan + ganti balik rm250juta atau bersedia di penjarakan. Manakala perniagaan2 yang dibina menggunakan dana rakyat kena dipulangkan semula kepada kerajaan [tolak dalam rm250juta yang dia kena ganti tue].

Dan.. kertas siasatan berhubung NFC harus dibuka. Kami nak tahu dengan sejelas-jelasnya peranan kj, paklah, tipiem dan piem berhubung isu neh. Kalau umno + bn takmo buat pun takpe. Ada ramai sukarelawan pr sanggup buat. Isu neh antara isu paling best sekali main kat pilihanraya. Owh.. lupa nak bagitau. Kita orang pun pandai cetak dan edarkan risalah2 di kampung2 taw. Okey bai.
Ameno : tipiem = bodoh piang.

Parti Gerakan Padang Serai Bubar.



Betul ka berita yang aku baca dari blog member neh? Lihat bawah neh ;
Kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, naib pengerusi Parti Gerakan cawangan Padang Serai, Kok Ee Foh mengumumkan pembubaran parti itu setelah kebanyakan ahli mengambil keputusan meninggalkan parti itu. 
Menurut Ee Foh, sebelum ini, Bekas Pengerusi parti Tan Hiang Lye mengambil tindakan yang sama setelah kecewa dengan pucuk presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dianggap cakap tak serupa bikin. Ee Foh berkata dengan keputusan dibuat parti gerakan yang ditubuhkan sudah tidak wujud dan ini akan melemahkan Gerakan di Kedah. -SK-

Kalau betul aku nak cakap

PADAN MUKA korang.

Amekaw.

Hari tue pongpang pasal pembubaran PKR petaling apa tah tapi rupanya fitnah kantoi. Last2 parti geng sendiri yang bubar. So padan muka. Amekaw. Lagi banyak bubar lagi bagos. Ada pun macam takde. So apa lagi PR.. cepat2 lah jalankan misi rampas tahkta kat sana.

Kah kah kah

Ameno : Padan muka.

Rabu, 16 November 2011

Kerja kosong di NFC syarikat 1 happy family lembu!

Wehh..

Kita tengah sedap2 kutuk dan balon shahrizat sebab mengyonglap duit rakyat, depa pula sedap2 buat bodoh. Buktinya di bawah neh beb ;



Takpe. Aku ada cadangan. Memandangkan depa dah iklankan jawatan kosong apa lagi geng, pergi larh apply. Mana lah tahu kalau dapat kita pasang perangkap. Letak kamera pengintip ka apa ka untuk curi rahsia dan perbualan depa. Amacam? Best tak idea aku?

kah kah kah

Cuba korang baca iklan jawatan kosong tue. Kat solaris tue. Peh. Lembu ternak guna duit rakyat lepas tue bina rangkaian restoran mewah. Ada ka lagi rakyat malaysia yang bodoh piang pergi makan sana? Buat apa nak kayakan 1 lembu family ? Bodoh larh korang. 

Boikot larh weh. Apa2 product depa kita boikot sehinggalah depa dijatuhkan. Biar padan muka. Kalau betul2 untuk jaga kebajikan rakyat takpe gak nak sokong. Neh tidak. Semata2 nak penuhkan poket depa jek. So apa lagi. Boikot jek. 

kah kah kah


Sumber : rakan facebook. <-- tq geng.

Ameno : Lembu pun marah kat shahrizat sebab membusukkan keturunan dia taw..

Susu 1malaysia ditarik balik dari pasaran


Hari tue aku ada meroyan pasal susu 1malaysia kat sini. Tak pasti samada ia product yang sama ataupun berbeza. Tapi ada juga lah mulut2 yang pongpang marah konon nak nak menjahanamkan product melayu. Masalahnya ko tahu ka pengilang dia tue, pemiliknya melayu? Tahu? Tak tahu kan? 

Kebiasaannya product2 macam neh owner dia bukan melayu larh weh. Tak percaya pergi pasaraya sana check. Product2 keluaran islam biasanya memang dikenali dan harga pun bukan boleh murah. Takpe. Janji halal beb. 

Dan kebiasaan product2 yang murah neh.. heheh.. lue fikirlah sendiri. Otak jangan fikir negatif je. Ingat apa2 benda yang ada kaitan dengan kerajaan sah2 melayu punya ka? Bodoh piang. Mydin tue mamak larh tongong. Bukan nak racist. Just nak bagitau je. 

Sebab ada segilintir di antara kita neh asyik berfikir bila kondem kerajaan bererti kondem melayu walhal kita kondem benda yang kerajaan buat salah. Bukan bermaksud kondem melayu. Jangan salah faham. Kerajaan sekarang jual product cikai. Mydin plak import product dari china. 

Bukan tuduh bahan2 makanan tue buatan china tapi barangan2 tersebut masalahnya low quality + tak selamat akibat ada bahan kimia. So kita kondem larh. Takan itu pun nak merapu cakap kita kondem melayu? Tahu bangang. Tapi jangan tunjuk boleh tak?

kah kah kah

Berbalik semula kepada isu product makanan yang berkimia, berbakteria yang akan mendatangkan penyakit dan tidak selamat di makan neh, mula2 hari tue ismail sabri nafi. Okeylah tue. Lepas dah nafi, cakap pula dap nak menjahanamkan syarikat melayu. Yang neh siap main kat tv lagi. Lepas tue tup2 hari neh depa dah keluarkan arahan seperti di bawah neh ;


Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi. -malaysiakini

Nampak? So apa yang wakil rakyat PR cakap pasal neh memang terbukti benar. Dah cakap depa ada buat ujian makmal. Bodoh lah PR nak main balon tanpa bukti. Sekarang neh aku tahu kerajaan nak jual makanan murah kat rakyat. Aku pun faham makanan murah nak expect kualiti tinggi2 buat apa? 

Tapi kot ye pun tak berkualiti, janganlah jual makanan berpenyakit kat rakyat pula. Baik tak payah bantu. Kalau bantu sampai nak memamposkan rakyat apa citer? Ka kerajaan sedang buat ujikaji?

Yelah. Buat apa ada klinik 1malaysia kalau tak digunakan ye tak? Lepas sakit boleh larh singgah sana.. ye tak?

kah kah kah

Ameno : Gampang. Kualiti makanan pun ada tingkat sosial.

Isu NFC : Muhyiddin Yasin cakap Shahrizat takde kaitan.

Semalam sapa tengok tv3 buletin utama? Kat dalam berita semalam TPM ada cakap isu NFC. Dia pongpang cakap isu neh takde kaitan dengan shahrizat. Projek lembu rm250juta tue sebenarnya urusan suami shahrizat. Shahrizat takde kaitan dalam isu neh. Lebih kurang begitulah yang dia nak kita fahamkan. Ayat dia dan ayat pengacara tv3 bila digabungkan akan membawa tafsiran sebagaimana yang aku dah tulis di atas neh. 

Okey. Aku dah tahu dia bodohpiang. Takpayah nasihatkan aku soh cakap bebaik pasal dia menteri. Aku pun nak juga cakap bebaik dengan dia. Tapi masalahnya dah dia memang bodohpiang. Bodoh kalau nak belajar takpe. Neh tidak, dah larh bodoh, berlagak pula tue. Lepas tue kaki putar belit. Then melindungi penyelewengan. 

So apsal nak bersabar dengan sikap menteri pula? Dia dah menyusahkan kita. Dia dah membela penyelewengan. Dia dah bersubahat menutup kepincangan NFC. Boleh jadi dia segeng yang mengyonglap duit rakyat so nak soh hormat lagi? Pergi mampos larh weh. Sabar pun ada had. Nak sabar sampai biarkan kepala sendiri di pijak? Aku tak sanggup. Lue biar kepala lue je kena pijak. Jangan babitkan kepala orang lain. Senang citer. 

Neh, aku nak balas jawapan tpm bodohpiang neh. Cuba tengok bawah neh ;





Antara pengarah syarikat yang urus projek lembu. Nama laki dan anak beranak dia. Bukan nama laki aku or anak2 aku. Tapi laki si shahrizat. Tapi wahhhh... mereka kata bukan salah shahrizat sebab tiada nama dia dalam neh.. wahhhhh.... alasan macam tue pun boleh?

Sanggup tpm pergi sejauh neh untuk bekap shahrizat. Ada skandal ka? Ka sama2 dah songlap duit? Aku cover ko, ko cover aku? Gitu larh neh? Masih ingat kes ariffahmi? Isu menantu tgna? Ariffahmi memang berkelayakkan duduk jawatan tue. Tapi dia dipaksa untuk berhenti oleh ramai orang termasuk aku sendiri sebab nak melindungi nama baik tuk guru. 

Aku percaya arif lebih baik bekerja di tempat lain sebab dia ada bakat + ilmu so kat mana2 pun dia pergi dia boleh hidup. Selagi dia jadi CEO PMBK sementara tgna ialah MB kelantan, selagi itulah dia hanya akan menyusahkan tuk guru. Orang tak kata kat dia tapi orang akan mengata tuk guru. Sedikit sebanyak orang akan benci pada ariffahmi sebab sanggup membiarkan bapa mentua diumpat orang. So, lebih baik dia berundur walaupun siasatan SPRM tidak menemui apa2 penyelewengan yang dilakukan oleh ariffahmi.

Dan akhirnya dia undur diri. Good. Jadi umno takde modal nak balon tgna. Sebaliknya selepas setahun berlalu umno sendiri melakukan perkara yang lebih dasat dari itu. Dan apa yang maha dasat ia melibatkan vvip dalam umno sendiri.  Dan bertambah2 dasat ia adalah penyelewengan. Kuasa dan duit. Bukan macam ariffahmi. At least arif layak. Tapi shahrizat dan family serta anak beranak dia tak layak. Itu satu lagi argument penting disini.

VVIP yang terlibat ialah paklah, kj, muhyiddin, najib, shahrizat dan noh omar. Wahhh.. bukan calang2 bhai. PM dan TPM pun ada. Ini bukan orang biasa. Neh orang yang diamanahkah untuk perintah kita dan jaga amanah rakyat. Kalau mereka sendiri pun dipercayai menyeleweng [kuasa dan duit], macam mana nak expect dorang boleh jaga kebajikan kita? 

Hidup jangan jadi sochai. Kalau mampu pakai ferrari kenapa nak pakai kancil? Kalau kebajikan kita lebih baik di bawah pr kenapa nak hidup di bawah bn? 55 tahun berjasa bukan bermaksud kita ialah kulibatak depa. Songlap tetap songlap. Jasa2 mereka tetap dikenang tapi kejahatan mesti dihaposkan. Begini rupanya pemimpin aku. Dari atas sampai bawah seme kaki songlap. Bullshit. 

Ameno : Jangan bullshitkan rakyat.

Selasa, 15 November 2011

PANAS : Bukti Umno Kota Raja Rampas Tanah Rakyat! - Must Read!

Berita neh baru diterima oleh aku melalui inbox. Yang neh bukan nak fitnah ka apa ka. Just nak tanya dan minta kesahihan. Kalau salah cakap salah. Kalau betul, sila mengaku dan perbetulkan balik apa2 salahlaku yang telah dibuat.

Benda neh melibatkan hak rakyat. So mana2 adun tak boleh larh bersikap macam neh. Please. Kena faham. Tugas adun = bantu rakyat yang mengundi mereka. Bukan makan gaji buta + mengyonglap tanah. Kena faham benda neh betul2. Kalau tak faham toksah jadi adun larh weh. Jangan menyusahkan rakyat.

Lihat bawah neh ;

 

Dan lihat pula bawah neh ;


Okey dari apa yang aku faham ialah ;

1. Tanah itu dirampas sebab tidak membayar cukai.

2. Tapi takan rampas semua lot pula? Takan cukai = nilai tanah?

3. Maksud aku ada ke undang2 bahawa jika kita tak bayar cukai, kerajaan boleh rampas tanah kita? Bukan kah lebih elok penjarakan dia je. Kenapa nak rampas tanah dia pula? Aku tengok benda neh kejam. Salah dia tak bayar cukai.. tapi adakah kaedah merampas tanah itu betul pula? Tak faham aku.

4. Dah rampas satu hal. Tapi siap bagi kat umno tue perhal pula? Yelah anugerah. Tapi masalahnya kenapa kasi anugerah tue pada umno blablabla tue?

5. Yang pelik gak.. napa dengan umno boleh buat pengecualian tapi dengan pihak lain tak boleh? Jangan salah faham disini. Kalau ya pemaju salah memang dia kena dihukum tapi biarlah setimpal dengan kesalahan dia. Tapi mengambil tanah dia dan bagi pada umno.. hurmm.. bukan kah bentuk hukuman neh agak pelik? 

Nanti orang bermusuhan. Benda neh boleh jadi pertikaian. Apatah lagi umno peranan dia ialah membantu rakyat. Bukan ambil tanah orang dan jadikan ia sebagai aset sendiri.  Aku dah cuba fikir pelbagai kemungkinan. Aku dah pandang pelbagai sisi. Tapi aku masih tak boleh faham macam mana kerajaan negeri [bn] boleh merampas tanah akibat gagal membayar cukai dan memberikan tanah tersebut kepada umno? Aku pelik + confuse.

Kalau berhutang terlalu banyak [nak tolak tunggakan cukai] tue aku boleh faham. Tapi takan lah sampai bagi tanah tue pada umno? Kan dah pelik? At least kalau dibangunkan ka.. apa ka ada nampak logik sikit.

Lagi satu si acan neh dah salah faham. Dia pongpang2 nasihat orang tapi dia lupa kat diri sendiri. Dia sendirilah sedang menfitnah PR dalam isu pusat judi dan blablablabla di atas neh. Orang cakap pasal dia rampas tanah dia cakap orang rampas tanah balik. Kalau tak betul bagi hujah. Bukan dok buka citer lain untuk banding2 kejahatan [apa yang dia tulis pasal pr itu tidak betul]. 

Kejahatan tidak boleh dibanding dengan kejahatan. Sebab itu hanya akan melemahkan kita dan akan membuatkan kita rasa kita tak jahat sangat. Macam yang acan buat di atas. Dia rasa umno dapat tanah tue ialah perkara yang biasa2. Tapi masalahnya betul ka kaedah nya? Orang akan persoalkan benda neh. Dunia pun dia kena, akhirat pun dia kena. Allah swt tak pernah lupa. Ingat tue. 

Dan acan, kalau rasa umno di pihak yang benar, buktikan dengan fakta. Senang je. Ada fakta bagi, kami no hal asalkan ia betul2 fakta dan bukan fitnah. Simple.

Ameno : Rampas tanah then bagi pada umno?

Isu songlap duit tabung haji : Zahid Hamidi tolong jawab!





Ketika PRU-12 = 2008 dulu.. aku banyak sangat dengar orang2 perak kutuk zahid hamidi. Masa tue aku tak faham kenapa. Dan masa tue aku pun baru berjinak2 nak pergi ceramah politik. Seme ceramah politik tak kira parti yang dekat2 aku balon walaupun sorang2 [pergi tanpa teman].


Hasil dari percampuran tue le aku kenal pakcik2, makcik2, atuk2, nenek2  [ <-- nenek pun pergi ceramah politik pr [ketika itu parti pembangkang] weh.. walaupun berkerusi roda.. peh salute! ] dan bila bersembang2 dengan depa aku rasa macam boleh memahami pemikiran pelbagai generasi. So sejak tue baru lah aku macam ada minat nak tahu pasal politik. Sebelum tue haram. Aku sayang gile kat mahathir. Tapi rupanya Nik Aziz bukan sejuta tapi berbillion2 lebih baik dari Mahathir.  

Aku walaupun tak berapa gemar kat mahathir macam dulu tapi  respect tetap ada le. Cuma sekarang dah pandai beza antara fitnah utusan dengan fakta. Sebab tue kalau nak ubah mentaliti anak muda kita kena galakkan depa pergi ceramah politik yang dihadiri oleh tokoh2 yang relevant.  

Even dsai berucap pun aku tak makan [masuk dalam kepala hotak] masa tue. Aku start tertarik dengan pr bila tengok pemimpin pas berucap. Dan lebih tertarik bila kenal TGNA. Dan bertambah2 tertarik bila tengok saifuddin nasution. So dari situ lah pemikiran, pandangan, mentaliti aku pasal politik dan pasal pr [ketika itu parti pembangkang] berubah.

Takde sapa2 suruh aku berubah. Tapi aku tengok fakta depan mata dan kaji sendiri. Dan sambung balik pasal zahid hamidi tadi. Aku kan duduk perak. Dan dekat pula dengan kawasan dia. Dan aku tak faham kenapa rata2 orang sini tak suka dia tapi dia masih menang? Siyes aku cakap neh. 

Dia datang berceramah pun orang kutuk2. Aku dengar orang cakap dia main tipu. Yang tue aku tak berani tuduh sebab takde bukti. Tapi orang2 sini [perak ; bagan datoh] benci dia. Aku tak berapa nak benci dia melainkan benci pasal dia umno + bn = parti pengsonglap duit rakyat. 

Contoh terbaru kes email yang tersebar di beberapa blog di bawah neh. Neh sebaran email. Boleh percaya, boleh tak percaya tapi jangan sekat apa yang dia nak sampaikan kalaupun korang dipihak yang tak suka. Dan apa yang dia tulis neh belum tentu fakta. Itu je. 

Baca luahan dia ;

By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian -asd-

Ada baiknya zahid jawab isu neh. Aku pun nak tengok jawapan dia. Betul ka tak betul tuduhan di atas neh.


Ameno : Enjit jet hilang apa citer sambungan dia? Hhahaha..

Rosmah Mansur, sekolah di malaysia neh takde bumbung dan dinding - Must read!

Datin rosmah mansur seorang yang 

Pemurah

Dermawan

Penyayang

Baik ahti

Dan segala2 pujian yang baik + bagos lah untuk dia. 

Merujuk ke atas satu berita yang aku petik dari bh online tapi dah takde. Dan aku pun taktahu kenapa berita tue dah lesap or dilesapkan. Kalau korang nak tengok kat bernama disini ;

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Sekolah Palolo di Oahu, Hawaii. Beliau disambut guru besar sekolah berkenaan, Ruth Silbertain dan lebih 150 tenaga pengajar serta pelajar sekolah berkenaan. Rosmah menyampaikan sumbangan Kerajaan Malaysia sebanyak AS$10,000 kepada sekolah berkenaan untuk pembiayaan aktiviti pelajar yang majoritinya dari keluarga berpendapatan rendah... -BH ONLINE-

Rosmah menderma sebanyak USD 10,000 ribu kepada sekolah terbabit. Bukti mem kita adalah datin yang prihatin. So bila melihat situasi tersebut aku pun berbesar ahti nak larh promote kan kedaifan rakyat malaysia kepada rosmah. Harap2 dia sudi hulurkan bantuan. Kat orang luar dia sudi takan kat rakyat sendiri dia buat bangang pula kan?

Ini ialah list bagi senarai rumah2 anak yatim yang perlukan bantuan tersebut.  Dan di bawah neh ialah sekolah daif yang perlukan bantuan mem rosmah. 

Lihat bawah ;




Ini bukan strategi politik ye. Ini ialah hakikat + kebenaran + kenyataan. Sekolah2 neh wujud di malaysia. Sekolah2 agama + sabah + sarawak antara yang paling banyak daif dan perlukan bantuan mem. Aku faham sangat mem kaya raya. Dia boleh slumber membantu dengan senyuman menderma kepada sekolah hawaii yang kaya raya dengan sektor pelancongan so sudah tentu dia lebih2 lagi boleh slumber membantu dengan senyuman sekolah2 daif di malaysia. Kan rosmah kan?

Aku sudahi artikel neh dengan salam satu malaysia. Ampu rosmah sket beb. Harap2 pas neh dia bantu lah sekolah2 yang memerlukan. Ampu dia untuk bantu orang susah takpe. Jangan ampu dia untuk projek kroni. 

kah kah kah


Ameno : Lupa rakyat sendiri lebih susah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...