Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 November 2011

PANAS : Bukti Umno Kota Raja Rampas Tanah Rakyat! - Must Read!

Berita neh baru diterima oleh aku melalui inbox. Yang neh bukan nak fitnah ka apa ka. Just nak tanya dan minta kesahihan. Kalau salah cakap salah. Kalau betul, sila mengaku dan perbetulkan balik apa2 salahlaku yang telah dibuat.

Benda neh melibatkan hak rakyat. So mana2 adun tak boleh larh bersikap macam neh. Please. Kena faham. Tugas adun = bantu rakyat yang mengundi mereka. Bukan makan gaji buta + mengyonglap tanah. Kena faham benda neh betul2. Kalau tak faham toksah jadi adun larh weh. Jangan menyusahkan rakyat.

Lihat bawah neh ;

 

Dan lihat pula bawah neh ;


Okey dari apa yang aku faham ialah ;

1. Tanah itu dirampas sebab tidak membayar cukai.

2. Tapi takan rampas semua lot pula? Takan cukai = nilai tanah?

3. Maksud aku ada ke undang2 bahawa jika kita tak bayar cukai, kerajaan boleh rampas tanah kita? Bukan kah lebih elok penjarakan dia je. Kenapa nak rampas tanah dia pula? Aku tengok benda neh kejam. Salah dia tak bayar cukai.. tapi adakah kaedah merampas tanah itu betul pula? Tak faham aku.

4. Dah rampas satu hal. Tapi siap bagi kat umno tue perhal pula? Yelah anugerah. Tapi masalahnya kenapa kasi anugerah tue pada umno blablabla tue?

5. Yang pelik gak.. napa dengan umno boleh buat pengecualian tapi dengan pihak lain tak boleh? Jangan salah faham disini. Kalau ya pemaju salah memang dia kena dihukum tapi biarlah setimpal dengan kesalahan dia. Tapi mengambil tanah dia dan bagi pada umno.. hurmm.. bukan kah bentuk hukuman neh agak pelik? 

Nanti orang bermusuhan. Benda neh boleh jadi pertikaian. Apatah lagi umno peranan dia ialah membantu rakyat. Bukan ambil tanah orang dan jadikan ia sebagai aset sendiri.  Aku dah cuba fikir pelbagai kemungkinan. Aku dah pandang pelbagai sisi. Tapi aku masih tak boleh faham macam mana kerajaan negeri [bn] boleh merampas tanah akibat gagal membayar cukai dan memberikan tanah tersebut kepada umno? Aku pelik + confuse.

Kalau berhutang terlalu banyak [nak tolak tunggakan cukai] tue aku boleh faham. Tapi takan lah sampai bagi tanah tue pada umno? Kan dah pelik? At least kalau dibangunkan ka.. apa ka ada nampak logik sikit.

Lagi satu si acan neh dah salah faham. Dia pongpang2 nasihat orang tapi dia lupa kat diri sendiri. Dia sendirilah sedang menfitnah PR dalam isu pusat judi dan blablablabla di atas neh. Orang cakap pasal dia rampas tanah dia cakap orang rampas tanah balik. Kalau tak betul bagi hujah. Bukan dok buka citer lain untuk banding2 kejahatan [apa yang dia tulis pasal pr itu tidak betul]. 

Kejahatan tidak boleh dibanding dengan kejahatan. Sebab itu hanya akan melemahkan kita dan akan membuatkan kita rasa kita tak jahat sangat. Macam yang acan buat di atas. Dia rasa umno dapat tanah tue ialah perkara yang biasa2. Tapi masalahnya betul ka kaedah nya? Orang akan persoalkan benda neh. Dunia pun dia kena, akhirat pun dia kena. Allah swt tak pernah lupa. Ingat tue. 

Dan acan, kalau rasa umno di pihak yang benar, buktikan dengan fakta. Senang je. Ada fakta bagi, kami no hal asalkan ia betul2 fakta dan bukan fitnah. Simple.

Ameno : Rampas tanah then bagi pada umno?

Isu songlap duit tabung haji : Zahid Hamidi tolong jawab!





Ketika PRU-12 = 2008 dulu.. aku banyak sangat dengar orang2 perak kutuk zahid hamidi. Masa tue aku tak faham kenapa. Dan masa tue aku pun baru berjinak2 nak pergi ceramah politik. Seme ceramah politik tak kira parti yang dekat2 aku balon walaupun sorang2 [pergi tanpa teman].


Hasil dari percampuran tue le aku kenal pakcik2, makcik2, atuk2, nenek2  [ <-- nenek pun pergi ceramah politik pr [ketika itu parti pembangkang] weh.. walaupun berkerusi roda.. peh salute! ] dan bila bersembang2 dengan depa aku rasa macam boleh memahami pemikiran pelbagai generasi. So sejak tue baru lah aku macam ada minat nak tahu pasal politik. Sebelum tue haram. Aku sayang gile kat mahathir. Tapi rupanya Nik Aziz bukan sejuta tapi berbillion2 lebih baik dari Mahathir.  

Aku walaupun tak berapa gemar kat mahathir macam dulu tapi  respect tetap ada le. Cuma sekarang dah pandai beza antara fitnah utusan dengan fakta. Sebab tue kalau nak ubah mentaliti anak muda kita kena galakkan depa pergi ceramah politik yang dihadiri oleh tokoh2 yang relevant.  

Even dsai berucap pun aku tak makan [masuk dalam kepala hotak] masa tue. Aku start tertarik dengan pr bila tengok pemimpin pas berucap. Dan lebih tertarik bila kenal TGNA. Dan bertambah2 tertarik bila tengok saifuddin nasution. So dari situ lah pemikiran, pandangan, mentaliti aku pasal politik dan pasal pr [ketika itu parti pembangkang] berubah.

Takde sapa2 suruh aku berubah. Tapi aku tengok fakta depan mata dan kaji sendiri. Dan sambung balik pasal zahid hamidi tadi. Aku kan duduk perak. Dan dekat pula dengan kawasan dia. Dan aku tak faham kenapa rata2 orang sini tak suka dia tapi dia masih menang? Siyes aku cakap neh. 

Dia datang berceramah pun orang kutuk2. Aku dengar orang cakap dia main tipu. Yang tue aku tak berani tuduh sebab takde bukti. Tapi orang2 sini [perak ; bagan datoh] benci dia. Aku tak berapa nak benci dia melainkan benci pasal dia umno + bn = parti pengsonglap duit rakyat. 

Contoh terbaru kes email yang tersebar di beberapa blog di bawah neh. Neh sebaran email. Boleh percaya, boleh tak percaya tapi jangan sekat apa yang dia nak sampaikan kalaupun korang dipihak yang tak suka. Dan apa yang dia tulis neh belum tentu fakta. Itu je. 

Baca luahan dia ;

By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian -asd-

Ada baiknya zahid jawab isu neh. Aku pun nak tengok jawapan dia. Betul ka tak betul tuduhan di atas neh.


Ameno : Enjit jet hilang apa citer sambungan dia? Hhahaha..

Rosmah Mansur, sekolah di malaysia neh takde bumbung dan dinding - Must read!

Datin rosmah mansur seorang yang 

Pemurah

Dermawan

Penyayang

Baik ahti

Dan segala2 pujian yang baik + bagos lah untuk dia. 

Merujuk ke atas satu berita yang aku petik dari bh online tapi dah takde. Dan aku pun taktahu kenapa berita tue dah lesap or dilesapkan. Kalau korang nak tengok kat bernama disini ;

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Sekolah Palolo di Oahu, Hawaii. Beliau disambut guru besar sekolah berkenaan, Ruth Silbertain dan lebih 150 tenaga pengajar serta pelajar sekolah berkenaan. Rosmah menyampaikan sumbangan Kerajaan Malaysia sebanyak AS$10,000 kepada sekolah berkenaan untuk pembiayaan aktiviti pelajar yang majoritinya dari keluarga berpendapatan rendah... -BH ONLINE-

Rosmah menderma sebanyak USD 10,000 ribu kepada sekolah terbabit. Bukti mem kita adalah datin yang prihatin. So bila melihat situasi tersebut aku pun berbesar ahti nak larh promote kan kedaifan rakyat malaysia kepada rosmah. Harap2 dia sudi hulurkan bantuan. Kat orang luar dia sudi takan kat rakyat sendiri dia buat bangang pula kan?

Ini ialah list bagi senarai rumah2 anak yatim yang perlukan bantuan tersebut.  Dan di bawah neh ialah sekolah daif yang perlukan bantuan mem rosmah. 

Lihat bawah ;




Ini bukan strategi politik ye. Ini ialah hakikat + kebenaran + kenyataan. Sekolah2 neh wujud di malaysia. Sekolah2 agama + sabah + sarawak antara yang paling banyak daif dan perlukan bantuan mem. Aku faham sangat mem kaya raya. Dia boleh slumber membantu dengan senyuman menderma kepada sekolah hawaii yang kaya raya dengan sektor pelancongan so sudah tentu dia lebih2 lagi boleh slumber membantu dengan senyuman sekolah2 daif di malaysia. Kan rosmah kan?

Aku sudahi artikel neh dengan salam satu malaysia. Ampu rosmah sket beb. Harap2 pas neh dia bantu lah sekolah2 yang memerlukan. Ampu dia untuk bantu orang susah takpe. Jangan ampu dia untuk projek kroni. 

kah kah kah


Ameno : Lupa rakyat sendiri lebih susah..

Isnin, 14 November 2011

Pas jual tanah wakaf ka?



Rasanya dah dekat seminggu lebih kowt blogger umno mainkan isu tanah wakaf neh. Siap masuk berita tv3 lagi tue. 

Peh. Terbaek.  Ini lah masanya nak balon pas.

kah kah kah

Perhatikan video di atas neh. 

Point penting yang korang mesti faham dalam isu neh ialah ;

1. Ya memang betul ia melibatkan tanah wakaf.

2. Ya memang betul kawasan pembangunan yang diluluskan oleh pas melibatkan tanah wakaf = yang turut menempatkan surau.[berdekatan tanah wakaf].

3. Tanah tersebut antara kawasan yang terlibat dalam pembinaan shooping kompleks.

4. Kompleks baru itu pula akan menyediakan surau [di bahagian bawah] yang boleh memuatkan hampir 400 jemaah dalam satu2 masa. Surau itu akan disediakan di bahagian bawah dan ia akan diperlihatkan sebagai surau dari pandangan luar supaya ramai orang perasan. Ia akan didirikan semula atas kawasan yang berdekatan + dalam shooping complex = kekal = lebih luas = lebih cantik = lebih lengkap = boleh memuatkan lebih ramai jemaah.

5. Hal ini dipersetujui oleh pemaju + majlis fatwa negeri + majlis agama negeri. 

Faham?

Itu belum habis lagi.

6. Ada bayaran pampasan yang telah dipersetujui atas perpindahan neh. Sebanyak rm1.85juta. Telah pun dibayar.

Sebelum neh surau yang di dirikan di atas tanah wakaf neh hampir tiada jemaah. Asar + Zohor je. Time maghrib takde. So isu sekarang ialah kerajaan negeri robohkan surau wakaf = gantikan ia dengan yang lebih baik = mengikut ketetapan fatwa. Bukan main langgar.  Lihat sendiri video di atas neh untuk penjelasan dari mulut MB kedah sendiri. 

PAS tidak jual, lebur, labur tanah wakaf untuk kepentingan sapa2. TV3 stop spinthestory like a satan. I know u like that. But, i dont. Tenkiu.  

Baca sini juga.

Ameno : Pas ganti surau yang lebih baik pun jadi isu. Apa bodoh piang punya blogger umno neh?

Jom keluar PKR dan masuk umno boleh dapat rm4,000 ribu woitt..




Peh.


Asal keluar pkr mesti masuk umno. <-- skrip wajib umno.

Asal masuk umno mesti kena bayar. <-- skrip wajib pkr

KAH KAH KAH

Terbaek..

Dah jadi macam skrip wajib dah. Memang ahli politik pakar membuatkan rakyat macam aku gelak. Woittt.. perut aku ada satu je le woittt.. korang nak pecahkan perut aku berapa kali hah?

kah kah kah

Baca lawak kat bawah neh ;


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

“Dia dapat
RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya. -SH-

Ahli takde pengaruh + tidak aktif = boleh jadi naib cabang? 

kah kah kah

Ahli takde pengaruh + tidak aktif = sanggup bn bayar rm4,000 sebulan + rm200,000.00 untuk buat program belia?
kah kah kah

Neh sapa yang bodoh neh? Meh aku bagi 3 pilihan. 

1. UMNO BODOH.

2. PKR BODOH

3. UMNO + PKR BODOH BERJEMAAH.
Sila pilih ikut suka hang..

kah kah kah

Ameno : Ahli politik banyak ada bakat pelawak..

PANAS : PKR Cabang Petaling Jaya Selatan bubar !


BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubuhan dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sinar Harian

Ciri2 wajib ada.

1. Lepas keluar parti pkr wajib masuk umno. Wajib. Faham betul2. Wajib masuk umno. Mesti umno. Bukan parti lain.

2. Mesti umum depan media. Confirm. Tak boleh keluar / bubar diam2. Mesti nak kena hebahkan dalam media. Wajib.

3. Mesti ada pemimpin umno / bn yang menerima borang kemasukkan ahli. Confirm. Wajib ada.

4. Mesti mengutuk kepimpinan PKR dan memuji barisan nasional. Wajib.

5. Mesti masuk secara beramai2. Tak boleh sorang2. Wajib.

6. Mesti diakhiri dengan pembubaran cabang. Wajib.

So.. bila ahli pkr nak habis neh? Aku rasa pkr mana ada 3juta ahli. Aku rasa pkr patut tinggal beberapa orang je. Kesian pkr. 

kah kah kah

Istimewa untuk kaki fashion 

Ameno : So.. Sapa nak jadi pelakon?

Gambar Rosmah Mansur berfashion di hawaii.




Ini ialah mem rosmah kita ketika baru tiba di hawaii. Dia telah memakai selendang satu set dengan warna baju dia. 

Peh.

Cun gila. Idola aku mem rosmah neh. Bukan senang nak jadi cantik bila usia dah masuk 50an ++.

Dan perhatikan pula di bawah neh. Gambar ketika mem rosmah dan najib hadiri persidangan APEC di hawaii.




Rupanya selendang yang selalu dipakai oleh rosmah ada pelbagai kegunaan. 

Wahhhh.. 

terbaik punya isteri piem. Kadang2 boleh letak di kepala. Kadang2 boleh letak di perut. Dan kadang2 mungkin boleh letak di tempat lain. Kreatif gile arh mem rosmah neh. Tak sia2 aku jadi pengikut tetap dia. Banyak yang aku boleh belajar rupanya.

kah kah kah

Pernah dengar waikiki shopping? Dengar cite ia syurga membeli belah. 

Peh. 

Rosmah. Dah dekat tue. Apa lagi. Gunakanlah skill mem sekarang. Itulah kehebatan mem. Kami rakyat malaysia berbangga dengan bakat semulajadi yang mem miliki itu. Harap lepas shopping sakan boleh larh pamerkan apa yang mem beli tue. Just nak tahu citarasa orang kaya macam mem. Biasalah mem, tak dapat beli dapat tengok pun jadi larh.

kah kah kah

Ameno : Program Permata makin menyepi sekarang. Biasalah. Mem sibuk buat kerja2 najib.. kan mem kan? hahhha..

Ahad, 13 November 2011

Adun PKR Tidur dalam sidang DUN Selangor.

Wahhhhh...

Tidur ka?


Takan sakit macam Ibrahim Ali kot?

kah kah kah

Takan tindakan dia halal sebab dia adun PR kot?

kah kah kah

Rakyat kemain berusaha mengundi dia kemain sedap tidur [agaknya] dalam dewan. Macam lah sidang dun tiap2 hari. Hanya beberapa hari pun tak boleh nak focus. Inilah salah satu contoh yang tidak baik. Tidak kira dia siapa atau dari parti mana apabila dia masuk ke dewan dia kena buat kerja. 

Gunakan telinga + mata + otak yang ada untuk dengar point2 penting penghujahan supaya dia boleh bidas balik dengan fakta andai BN putarbelitkan info. Neh setakat masuk dewan then tidur lepas tue dapat gaji.. aku pun mao. Sapa tak mao.

kah kah kah

Nasihat untuk semua wakil rakyat tanpa kira parti. Ada sebab kenapa anda jadi wakil rakyat dan ada sebab kenapa saya jadi pengundi. Ia tidak datang percuma. Ia pakej dengan tanggungjawab. Pengundi buat tanggungjawab pengundi. Wakil rakyat buat tanggungjawab wakil rakyat. Dan tidur dalam sidang bukan sebahagian dari tanggungjawab tersebut. Sekian. 

Ameno : Ibrahim Ali ada geng..

Pembangkang support gay kata mashitah.



Calon mana?

Kerusi apa?

Titiwangsa? Kawasan arwah dr.lolo? 

Rasa boleh menang ka?

Kempen cara fitnah boleh ka menurut islam?

Ada masuk dalam terma darurat ka?

Terima kasih banyak2 ustazah. Aku semakin jelas dengan muka sebenar dia. Dan aku percaya ramai juga orang akan semakin jelas dengan rentak dia. Topeng dia dah semakin tersingkap.

Hari neh seorang ustazah melakukan fitnah yang amat dasat. Dia ialah ustazah yang sepatutnya jelas dan faham hukum menfitnah. Tapi bila seorang ustazah sendiri menfitnah, di manakah rasa hormat kami terhadap ustazah harus diletakkan?

Kembali larh ke pangkal jalan. Jalan yang ko pilih neh salah. Terang lagi jelas. Jangan lah rosakkan ilmu yang ko ada. 
Ameno : Salute. Bukan senang nak tengok ustazah tersasar..

Sabtu, 12 November 2011

Adakah ini rumah Saifuddin Nasution yang berjuta-juta tue?

Lihat kat bawah neh ;


Gambar di atas neh dipercayai rumah saifuddin nasution. Rumah neh dikatakan bernilai jutaan ringgit. Nak tahu siapa yang kata begitu? Nak tahu tak? Boleh. Memang boleh.

Pejam mata memasing dulu.

kah kah kah

Woitt.. aku cakap pejam mata kan? Neh perhal tak pejam2 lagi? Kalau dah pejam macam mana ko boleh baca apa yang aku tulis neh? Main tipu ka?

kah kah kah

Yang sebenarnya gambar rumah neh sedang dimainkan di beberapa blog umno. Kata mereka neh rumah mewah saifuddin. Rumah neh cecah jutaan ringgit. Kata mereka larh. Bukan kata aku.So bila mereka yang kata korang kena faham yang setiap ayat ada makna tersembunyi. Contohnya begini ;

Wahhhhh 

besar nya rumah neh. Inilah rumah pemimpin pkr yang bernama saifuddin nasution. <-- Ayat yang dibaca.

Wahhh..

Inilah masanya kita balon saifuddin sebab bongkar isu kondo lembu <-- Makna tersirat.

Wahhhh...

Nilai rumah neh makan juta beb. Mana dia dapat duit beli rumah neh? <-- Ayat yang dibaca.

Wahhhh...

Mari lah kita sama2 bekerjasama tutup isu penyelewengan NFC dengan bikin panas buat isu lain. Mangsa nya ialah pemimpin yang dedahkan skandal NFC <-- Makna tersirat.

Bagi aku tiada mana2 pemimpin / wakil rakyat yang maksum. Tapi menyerang pemimpin hanya kerana mereka bongkarkan penyelewengan itu nama nya dayus. Aku taktahu gambar tue betul ke tidak rumah dia tapi kalau betul pun kenapa sekarang? 

Kenapa sekarang baru korang serang peribadi dia? Dia bukan baru pindah rumah. Aku tak dengar khabar bahawa dia baru pindah rumah + renovate + beli pun? So sudah semestinya dia dah duduk disitu lama. Jadi apa masalahnya sehingga korang serang peribadi dia?

Isu mudah. Korang tak patut bela / tutup penyelewengan pemimpin. Penyelewengan tidak boleh dibalas dengan membandingkan ia dengan penyelewengan yang lain [bukan merujuk rumah saifuddin nasution]. Ini cara yang salah. Korang patut bantu untuk bina negara yang bebas rasuah + penyelewengan. Bukan bagi tambah masalah dengan spin / bela penyelewengan.
 
Pemimpin bukan maksum. BN begitu. PR juga begitu. Sepatutnya cari jalan macam mana nak desak pemimpin agar bertanggungjawab dalam isu NFC. Bukan nya dok membela penyelewengan dorang. Tak hairan kenapa korang [blogger umno] digelar pencacai. Ia bukan datang sendiri. Ia mencerminkan mentaliti dan sikap yang korang miliki. Heh.

Ameno : Dasar pencacai.

Jumaat, 11 November 2011

NFC : Beli Kondo ialah pelaburan bukan penyelewengan - KJ



Owhh...

KJ dah bagi jawapan balas beb. Isu pembelian kondo mewah. Peh. Gua mesti tabik. Gila arh kalau gua tak tabik. Jawapan kj bisa membuatkan gua dan seluruh rakyat malaysia akan mencari bangunan sprm selepas neh sebab kita orang nak terjun beramai2. Siyes.

kah kah kah

KJ cakap ;


“Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartmen One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
“Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api,” 
Khairy menjelaskan kajiannya juga menunjukkan memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung tetapi “pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.” 
“Daripada sumber ini, NFC telah memindahkan sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC,” katanya. 


Kita faham bahawa ;


1. Memang benar NLMC beli kondo mewah bernilai rm9.8juta


2. Memang benar NLMC beli guna dana yang dipindahkan oleh NFC yang mendapat dari kerajaan.


3. Memang benar KJ terlibat sebab dia menjadi jurucakap dalam isu neh.


4. Memang benar kementerian kewangan + asas tani terlibat sebab mereka yang luluskan dana tersebut dan pembelian kondo tersebut berada di dalam pengetahuan mereka berdasarkan kepada kenyataan kj sendiri di atas yang menegaskan bahawa akaun pinjaman khas untuk diselia dan dikawal ketat oleh kementerian kewangan.


Dan kenyataan KJ lagi ;



“Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas di sini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi,” katanya. 
Malangnya kata Khairy, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi dan ia bukannya disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan sepertimana dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Parlimen Selasa lalu ialah kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. 
Oleh itu kata beliau, apabila kelewatan ini berlaku, maka pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. “Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi?” katanya. 
“Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. 
Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu,” kata beliau sambil menambah, pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah.” 
Kata Khairy, sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. 
“Difahamkan, apartmen berkenaan telah pun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya lagi.


Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;


1. KJ cakap kerajaan punca kelewatan operasi NFC dan masalah sebenar bukan berpunca dari NFC. 


Peh. Kalau tengok pegangan saham kerajaan dalam NFC kecik tapi modal yang disumbangkan cukup banyak dan sebenarnya kesemua modal datang dari kerajaan tapi last2 kerajaan juga kena blame dalam isu kerugian NFC?


2. KJ cakap kerajaan gagal sediakan ladang2 satelit sebab tiada peruntukkan. 


Laaa.. dah takde peruntukan yang lue bagi pinjaman kat NFC berjuta2 ringgit watpa? Lue bangunkan dulu ladang2 satelit barulah lue sibuk fikir benda lain. Nak cakap bengap kang marah.


3. KJ cakap disebabkan itulah NLMC bertindak laburkan duit untuk membina keuntungan.


Peh. Boleh ka syarikat bertindak demikian? Wa takde dana nak bangunkan ladang2 satelit tapi wa ada dana untuk bagi lue pinjam supaya lue boleh labur dan untung? Lue ingat wa lembu meh?


4. KJ cakap pelaburan tersebut telah memberikan pulangan kepada NLMC.


Ya ka? So NLMC dah ganti balik ka pinjaman tersebut? Mesti dia boleh bayar balik loan secara ansurans kan? Dah lar berniaga tak payah keluar modal satusen, usaha pun cacamarba sesedap jek dapat untung atas angin. Waklue..


Aku pun tatau larh apa larh malang nasib rakyat dapat menteri + pimpinan + wakil rakyat bingai macam neh. Mesti kita ada buat dosa besar secara berjemaah neh. Neh larh balasan kita. Elok sesama fikir balik di mana silap salah kita supaya bala sebegini hebat dapat dimatikan. Rasanya dah tak tahan hidup diperintahkan menteri bingai. Aku tatau pendapat korang tapi siyes aku cakap hanya orang bodoh je rela diperintah oleh menteri bingai. Sekian.


Ameno : Apsal kj beria bela shahrizat neh beb? Ada saham sekali ka?

Inilah dia Beg Rosmah Mansur Crocodile Birkin yang bernilai 300,000!








Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar beg. Harga beg neh sangat mahal. Nama beg neh ialah Hermès Himalaya Crocodile Birkin. Rosmah mansur ada beg macam neh. Tatau samada satu ataupun lebih dari satu. Tapi apa yang pasti dia memang ada beg macam neh. Gambar di bawah neh sebagai bukti kukuh bahawa rosmah mansur ada beg seperti neh. 


Lihat bawah neh ;






Nampak apa yang aku nampak? Ya, beg itu. Bukan tengok rosmah beb, tengok beg tue hah. Perhatikan betul2. Sama tak? Sama kan? So nak tahu nilai sebenar beg tue? Nilai dia dalam matawang malaysia ialah rm300,000 ++.


Peh. Itu harga lelong ebay. Kalau harga tak lelong berapa pula? Takan rosmah mansur beli beg lelong guna ebay? Mana standard maaa.. jatuhlah taraf dia beb.


kah kah kah


Nanti dulu penyokong umno. Jangan nak marah aku melulu. Gambar di atas neh bukan edit ka apa ka. Ia adalah gambar real. Rakan blogger semut boleh bagi bukti kukuh kat korang. Masa tue nak bunuh diri ka apa ka sila terjun dari bangunan sprm supaya lebih simbolik. 


kah kah kah 


Peh.


Kat luar negara berani arh lue tayang ek? Kat malaysia lue cover2 sikit ek. Apa pun kalau beg neh lue beli guna duit rakyat or duir peruntukkan dari PERMATA 111 lue memang cari nahas beb. Harap2 lue tak beli guna duit rakyat. Jangan bikin wa panasss..


Klik sini bukti lanjut rosmah mansur ada beg mahal nak mampos neh.


Nota : Aku dah buat pembetulan pada harga beg. Rabun makin menjadi2. Guna komputer adik aku berpinau mata beb. Muahahaha..


Ameno : Beg ajek rm300ribu beb.. beg ajekkk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...