Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 November 2011

Pas jual tanah wakaf ka?



Rasanya dah dekat seminggu lebih kowt blogger umno mainkan isu tanah wakaf neh. Siap masuk berita tv3 lagi tue. 

Peh. Terbaek.  Ini lah masanya nak balon pas.

kah kah kah

Perhatikan video di atas neh. 

Point penting yang korang mesti faham dalam isu neh ialah ;

1. Ya memang betul ia melibatkan tanah wakaf.

2. Ya memang betul kawasan pembangunan yang diluluskan oleh pas melibatkan tanah wakaf = yang turut menempatkan surau.[berdekatan tanah wakaf].

3. Tanah tersebut antara kawasan yang terlibat dalam pembinaan shooping kompleks.

4. Kompleks baru itu pula akan menyediakan surau [di bahagian bawah] yang boleh memuatkan hampir 400 jemaah dalam satu2 masa. Surau itu akan disediakan di bahagian bawah dan ia akan diperlihatkan sebagai surau dari pandangan luar supaya ramai orang perasan. Ia akan didirikan semula atas kawasan yang berdekatan + dalam shooping complex = kekal = lebih luas = lebih cantik = lebih lengkap = boleh memuatkan lebih ramai jemaah.

5. Hal ini dipersetujui oleh pemaju + majlis fatwa negeri + majlis agama negeri. 

Faham?

Itu belum habis lagi.

6. Ada bayaran pampasan yang telah dipersetujui atas perpindahan neh. Sebanyak rm1.85juta. Telah pun dibayar.

Sebelum neh surau yang di dirikan di atas tanah wakaf neh hampir tiada jemaah. Asar + Zohor je. Time maghrib takde. So isu sekarang ialah kerajaan negeri robohkan surau wakaf = gantikan ia dengan yang lebih baik = mengikut ketetapan fatwa. Bukan main langgar.  Lihat sendiri video di atas neh untuk penjelasan dari mulut MB kedah sendiri. 

PAS tidak jual, lebur, labur tanah wakaf untuk kepentingan sapa2. TV3 stop spinthestory like a satan. I know u like that. But, i dont. Tenkiu.  

Baca sini juga.

Ameno : Pas ganti surau yang lebih baik pun jadi isu. Apa bodoh piang punya blogger umno neh?

Jom keluar PKR dan masuk umno boleh dapat rm4,000 ribu woitt..




Peh.


Asal keluar pkr mesti masuk umno. <-- skrip wajib umno.

Asal masuk umno mesti kena bayar. <-- skrip wajib pkr

KAH KAH KAH

Terbaek..

Dah jadi macam skrip wajib dah. Memang ahli politik pakar membuatkan rakyat macam aku gelak. Woittt.. perut aku ada satu je le woittt.. korang nak pecahkan perut aku berapa kali hah?

kah kah kah

Baca lawak kat bawah neh ;


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

“Dia dapat
RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya. -SH-

Ahli takde pengaruh + tidak aktif = boleh jadi naib cabang? 

kah kah kah

Ahli takde pengaruh + tidak aktif = sanggup bn bayar rm4,000 sebulan + rm200,000.00 untuk buat program belia?
kah kah kah

Neh sapa yang bodoh neh? Meh aku bagi 3 pilihan. 

1. UMNO BODOH.

2. PKR BODOH

3. UMNO + PKR BODOH BERJEMAAH.
Sila pilih ikut suka hang..

kah kah kah

Ameno : Ahli politik banyak ada bakat pelawak..

PANAS : PKR Cabang Petaling Jaya Selatan bubar !


BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubuhan dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sinar Harian

Ciri2 wajib ada.

1. Lepas keluar parti pkr wajib masuk umno. Wajib. Faham betul2. Wajib masuk umno. Mesti umno. Bukan parti lain.

2. Mesti umum depan media. Confirm. Tak boleh keluar / bubar diam2. Mesti nak kena hebahkan dalam media. Wajib.

3. Mesti ada pemimpin umno / bn yang menerima borang kemasukkan ahli. Confirm. Wajib ada.

4. Mesti mengutuk kepimpinan PKR dan memuji barisan nasional. Wajib.

5. Mesti masuk secara beramai2. Tak boleh sorang2. Wajib.

6. Mesti diakhiri dengan pembubaran cabang. Wajib.

So.. bila ahli pkr nak habis neh? Aku rasa pkr mana ada 3juta ahli. Aku rasa pkr patut tinggal beberapa orang je. Kesian pkr. 

kah kah kah

Istimewa untuk kaki fashion 

Ameno : So.. Sapa nak jadi pelakon?

Gambar Rosmah Mansur berfashion di hawaii.




Ini ialah mem rosmah kita ketika baru tiba di hawaii. Dia telah memakai selendang satu set dengan warna baju dia. 

Peh.

Cun gila. Idola aku mem rosmah neh. Bukan senang nak jadi cantik bila usia dah masuk 50an ++.

Dan perhatikan pula di bawah neh. Gambar ketika mem rosmah dan najib hadiri persidangan APEC di hawaii.




Rupanya selendang yang selalu dipakai oleh rosmah ada pelbagai kegunaan. 

Wahhhh.. 

terbaik punya isteri piem. Kadang2 boleh letak di kepala. Kadang2 boleh letak di perut. Dan kadang2 mungkin boleh letak di tempat lain. Kreatif gile arh mem rosmah neh. Tak sia2 aku jadi pengikut tetap dia. Banyak yang aku boleh belajar rupanya.

kah kah kah

Pernah dengar waikiki shopping? Dengar cite ia syurga membeli belah. 

Peh. 

Rosmah. Dah dekat tue. Apa lagi. Gunakanlah skill mem sekarang. Itulah kehebatan mem. Kami rakyat malaysia berbangga dengan bakat semulajadi yang mem miliki itu. Harap lepas shopping sakan boleh larh pamerkan apa yang mem beli tue. Just nak tahu citarasa orang kaya macam mem. Biasalah mem, tak dapat beli dapat tengok pun jadi larh.

kah kah kah

Ameno : Program Permata makin menyepi sekarang. Biasalah. Mem sibuk buat kerja2 najib.. kan mem kan? hahhha..

Ahad, 13 November 2011

Adun PKR Tidur dalam sidang DUN Selangor.

Wahhhhh...

Tidur ka?


Takan sakit macam Ibrahim Ali kot?

kah kah kah

Takan tindakan dia halal sebab dia adun PR kot?

kah kah kah

Rakyat kemain berusaha mengundi dia kemain sedap tidur [agaknya] dalam dewan. Macam lah sidang dun tiap2 hari. Hanya beberapa hari pun tak boleh nak focus. Inilah salah satu contoh yang tidak baik. Tidak kira dia siapa atau dari parti mana apabila dia masuk ke dewan dia kena buat kerja. 

Gunakan telinga + mata + otak yang ada untuk dengar point2 penting penghujahan supaya dia boleh bidas balik dengan fakta andai BN putarbelitkan info. Neh setakat masuk dewan then tidur lepas tue dapat gaji.. aku pun mao. Sapa tak mao.

kah kah kah

Nasihat untuk semua wakil rakyat tanpa kira parti. Ada sebab kenapa anda jadi wakil rakyat dan ada sebab kenapa saya jadi pengundi. Ia tidak datang percuma. Ia pakej dengan tanggungjawab. Pengundi buat tanggungjawab pengundi. Wakil rakyat buat tanggungjawab wakil rakyat. Dan tidur dalam sidang bukan sebahagian dari tanggungjawab tersebut. Sekian. 

Ameno : Ibrahim Ali ada geng..

Pembangkang support gay kata mashitah.



Calon mana?

Kerusi apa?

Titiwangsa? Kawasan arwah dr.lolo? 

Rasa boleh menang ka?

Kempen cara fitnah boleh ka menurut islam?

Ada masuk dalam terma darurat ka?

Terima kasih banyak2 ustazah. Aku semakin jelas dengan muka sebenar dia. Dan aku percaya ramai juga orang akan semakin jelas dengan rentak dia. Topeng dia dah semakin tersingkap.

Hari neh seorang ustazah melakukan fitnah yang amat dasat. Dia ialah ustazah yang sepatutnya jelas dan faham hukum menfitnah. Tapi bila seorang ustazah sendiri menfitnah, di manakah rasa hormat kami terhadap ustazah harus diletakkan?

Kembali larh ke pangkal jalan. Jalan yang ko pilih neh salah. Terang lagi jelas. Jangan lah rosakkan ilmu yang ko ada. 
Ameno : Salute. Bukan senang nak tengok ustazah tersasar..

Sabtu, 12 November 2011

Adakah ini rumah Saifuddin Nasution yang berjuta-juta tue?

Lihat kat bawah neh ;


Gambar di atas neh dipercayai rumah saifuddin nasution. Rumah neh dikatakan bernilai jutaan ringgit. Nak tahu siapa yang kata begitu? Nak tahu tak? Boleh. Memang boleh.

Pejam mata memasing dulu.

kah kah kah

Woitt.. aku cakap pejam mata kan? Neh perhal tak pejam2 lagi? Kalau dah pejam macam mana ko boleh baca apa yang aku tulis neh? Main tipu ka?

kah kah kah

Yang sebenarnya gambar rumah neh sedang dimainkan di beberapa blog umno. Kata mereka neh rumah mewah saifuddin. Rumah neh cecah jutaan ringgit. Kata mereka larh. Bukan kata aku.So bila mereka yang kata korang kena faham yang setiap ayat ada makna tersembunyi. Contohnya begini ;

Wahhhhh 

besar nya rumah neh. Inilah rumah pemimpin pkr yang bernama saifuddin nasution. <-- Ayat yang dibaca.

Wahhh..

Inilah masanya kita balon saifuddin sebab bongkar isu kondo lembu <-- Makna tersirat.

Wahhhh...

Nilai rumah neh makan juta beb. Mana dia dapat duit beli rumah neh? <-- Ayat yang dibaca.

Wahhhh...

Mari lah kita sama2 bekerjasama tutup isu penyelewengan NFC dengan bikin panas buat isu lain. Mangsa nya ialah pemimpin yang dedahkan skandal NFC <-- Makna tersirat.

Bagi aku tiada mana2 pemimpin / wakil rakyat yang maksum. Tapi menyerang pemimpin hanya kerana mereka bongkarkan penyelewengan itu nama nya dayus. Aku taktahu gambar tue betul ke tidak rumah dia tapi kalau betul pun kenapa sekarang? 

Kenapa sekarang baru korang serang peribadi dia? Dia bukan baru pindah rumah. Aku tak dengar khabar bahawa dia baru pindah rumah + renovate + beli pun? So sudah semestinya dia dah duduk disitu lama. Jadi apa masalahnya sehingga korang serang peribadi dia?

Isu mudah. Korang tak patut bela / tutup penyelewengan pemimpin. Penyelewengan tidak boleh dibalas dengan membandingkan ia dengan penyelewengan yang lain [bukan merujuk rumah saifuddin nasution]. Ini cara yang salah. Korang patut bantu untuk bina negara yang bebas rasuah + penyelewengan. Bukan bagi tambah masalah dengan spin / bela penyelewengan.
 
Pemimpin bukan maksum. BN begitu. PR juga begitu. Sepatutnya cari jalan macam mana nak desak pemimpin agar bertanggungjawab dalam isu NFC. Bukan nya dok membela penyelewengan dorang. Tak hairan kenapa korang [blogger umno] digelar pencacai. Ia bukan datang sendiri. Ia mencerminkan mentaliti dan sikap yang korang miliki. Heh.

Ameno : Dasar pencacai.

Jumaat, 11 November 2011

NFC : Beli Kondo ialah pelaburan bukan penyelewengan - KJ



Owhh...

KJ dah bagi jawapan balas beb. Isu pembelian kondo mewah. Peh. Gua mesti tabik. Gila arh kalau gua tak tabik. Jawapan kj bisa membuatkan gua dan seluruh rakyat malaysia akan mencari bangunan sprm selepas neh sebab kita orang nak terjun beramai2. Siyes.

kah kah kah

KJ cakap ;


“Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartmen One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
“Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api,” 
Khairy menjelaskan kajiannya juga menunjukkan memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung tetapi “pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.” 
“Daripada sumber ini, NFC telah memindahkan sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC,” katanya. 


Kita faham bahawa ;


1. Memang benar NLMC beli kondo mewah bernilai rm9.8juta


2. Memang benar NLMC beli guna dana yang dipindahkan oleh NFC yang mendapat dari kerajaan.


3. Memang benar KJ terlibat sebab dia menjadi jurucakap dalam isu neh.


4. Memang benar kementerian kewangan + asas tani terlibat sebab mereka yang luluskan dana tersebut dan pembelian kondo tersebut berada di dalam pengetahuan mereka berdasarkan kepada kenyataan kj sendiri di atas yang menegaskan bahawa akaun pinjaman khas untuk diselia dan dikawal ketat oleh kementerian kewangan.


Dan kenyataan KJ lagi ;



“Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas di sini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi,” katanya. 
Malangnya kata Khairy, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi dan ia bukannya disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan sepertimana dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Parlimen Selasa lalu ialah kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. 
Oleh itu kata beliau, apabila kelewatan ini berlaku, maka pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. “Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi?” katanya. 
“Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. 
Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu,” kata beliau sambil menambah, pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah.” 
Kata Khairy, sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. 
“Difahamkan, apartmen berkenaan telah pun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya lagi.


Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;


1. KJ cakap kerajaan punca kelewatan operasi NFC dan masalah sebenar bukan berpunca dari NFC. 


Peh. Kalau tengok pegangan saham kerajaan dalam NFC kecik tapi modal yang disumbangkan cukup banyak dan sebenarnya kesemua modal datang dari kerajaan tapi last2 kerajaan juga kena blame dalam isu kerugian NFC?


2. KJ cakap kerajaan gagal sediakan ladang2 satelit sebab tiada peruntukkan. 


Laaa.. dah takde peruntukan yang lue bagi pinjaman kat NFC berjuta2 ringgit watpa? Lue bangunkan dulu ladang2 satelit barulah lue sibuk fikir benda lain. Nak cakap bengap kang marah.


3. KJ cakap disebabkan itulah NLMC bertindak laburkan duit untuk membina keuntungan.


Peh. Boleh ka syarikat bertindak demikian? Wa takde dana nak bangunkan ladang2 satelit tapi wa ada dana untuk bagi lue pinjam supaya lue boleh labur dan untung? Lue ingat wa lembu meh?


4. KJ cakap pelaburan tersebut telah memberikan pulangan kepada NLMC.


Ya ka? So NLMC dah ganti balik ka pinjaman tersebut? Mesti dia boleh bayar balik loan secara ansurans kan? Dah lar berniaga tak payah keluar modal satusen, usaha pun cacamarba sesedap jek dapat untung atas angin. Waklue..


Aku pun tatau larh apa larh malang nasib rakyat dapat menteri + pimpinan + wakil rakyat bingai macam neh. Mesti kita ada buat dosa besar secara berjemaah neh. Neh larh balasan kita. Elok sesama fikir balik di mana silap salah kita supaya bala sebegini hebat dapat dimatikan. Rasanya dah tak tahan hidup diperintahkan menteri bingai. Aku tatau pendapat korang tapi siyes aku cakap hanya orang bodoh je rela diperintah oleh menteri bingai. Sekian.


Ameno : Apsal kj beria bela shahrizat neh beb? Ada saham sekali ka?

Inilah dia Beg Rosmah Mansur Crocodile Birkin yang bernilai 300,000!








Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar beg. Harga beg neh sangat mahal. Nama beg neh ialah Hermès Himalaya Crocodile Birkin. Rosmah mansur ada beg macam neh. Tatau samada satu ataupun lebih dari satu. Tapi apa yang pasti dia memang ada beg macam neh. Gambar di bawah neh sebagai bukti kukuh bahawa rosmah mansur ada beg seperti neh. 


Lihat bawah neh ;






Nampak apa yang aku nampak? Ya, beg itu. Bukan tengok rosmah beb, tengok beg tue hah. Perhatikan betul2. Sama tak? Sama kan? So nak tahu nilai sebenar beg tue? Nilai dia dalam matawang malaysia ialah rm300,000 ++.


Peh. Itu harga lelong ebay. Kalau harga tak lelong berapa pula? Takan rosmah mansur beli beg lelong guna ebay? Mana standard maaa.. jatuhlah taraf dia beb.


kah kah kah


Nanti dulu penyokong umno. Jangan nak marah aku melulu. Gambar di atas neh bukan edit ka apa ka. Ia adalah gambar real. Rakan blogger semut boleh bagi bukti kukuh kat korang. Masa tue nak bunuh diri ka apa ka sila terjun dari bangunan sprm supaya lebih simbolik. 


kah kah kah 


Peh.


Kat luar negara berani arh lue tayang ek? Kat malaysia lue cover2 sikit ek. Apa pun kalau beg neh lue beli guna duit rakyat or duir peruntukkan dari PERMATA 111 lue memang cari nahas beb. Harap2 lue tak beli guna duit rakyat. Jangan bikin wa panasss..


Klik sini bukti lanjut rosmah mansur ada beg mahal nak mampos neh.


Nota : Aku dah buat pembetulan pada harga beg. Rabun makin menjadi2. Guna komputer adik aku berpinau mata beb. Muahahaha..


Ameno : Beg ajek rm300ribu beb.. beg ajekkk....

Khamis, 10 November 2011

Keluarga Shahrizat beli kondo mewah rm9.8juta guna dana NFC?

Siri penyelewengan keluarga shahrizat melalui dana NFC diteruskan dengan pendedahan terbaru oleh keadilan apabila terdapat bukti bahawa shahrizat telah membeli kondo mewah menggunakan pindahan wang dari account syarikat bank semasa NFC atas tujuan pembelian kondominium mewah.


Lihat bawah neh ;




Rumah shahrizat dipercayai berada di dalam salah satu dari bangunan tersebut. Nilai rate rumah mewah kat sini antara 3juta - 10juta ikut keluasan. So sudah semestinya hanya orang2 kaya + berpengaruh je boleh beli. Kawalan sekuriti kat sini gak sangat ketat. Orang2 macam ko dan aku toksah mimpi nak main masuk beb. Nak melawat pun toksah mimpi. Silap2 kena halau. 


kah kah kah


Rumah neh dibeli under NLMC = National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd = Shahrizat punya company.


NLMC telah dipinjamkan wang / disalurkan dana oleh NFC sebanyak rm83juta. Dana neh dicatatkan sebagai hutang NLMC kepada NFC.  Dan melalui rm83juta neh lah NLMC telah menggunakan wang untuk membeli kondo melalui 4 pengeluaran wang iaitu ;






2 Disember 2009699,870
2 Disember 2009694,150
2 Disember 20094,199,220
2 Disember 20094,164,900
Jumlah9,758,140


Pembayaran dibuat melalui Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


Melalui pendedahan neh juga keadilan telah menfailkan laporan kepada SPRM untuk dibuat siasatan lanjut walaupun kita tahu bahawa SPRM [PELINDUNG LEMBU] = MENTERI [LEMBU] = satu geng.


Isu nya mudah. Kita kena buat laporan SPRM supaya kita nak orang luar sana tahu bahawa kita sememangnya yakin dengan dakwaan kita bersandarkan kepada bukti2/salinan2 dokumen yang telah dan sedang dikumpulkan.


Kalau kita tak buat report depa akan cakap hek eley lue cakap? Lue punya bukti? Lue punya hujah? Kalau berani lue report larh beb. Okey. Wa dah report. So? Jadi penyokong2 umno takde modal nak meroyan sakan lagi beb.




Menurut satu video disini ataupun boleh tengok bawah ;





Apa yang disimpulkan oleh nasution dan aku nak tuliskan disini sebab bukan semua orang boleh view video terbabit ialah ;


1, Kenapa NFC agih dana kepada syarikat NLMC dan kemudian digunakan untuk membeli kondo mewah?


2. Andai NLMC dikatakan meminjam wang tersebut untuk beli kondo dan kemudian akan ganti balik pun tidak bermakna shahrizat dan family boleh lepas. Apahal plak NLMC sibuk beli kondo walhal tugas dia sepatutnya bela lembu? Lagipun sehingga kini account2 milik syarikat shahrizat belum clear dan diclearkan. Kita tidak tahu bila mereka ganti. Ataupun adakah mereka akan ganti. Ataupun adakah telah diganti secara ansurans. Ataupun memang takde cita2 nak ganti sampai bebila. Heh.


3. Tuduhan KJ mengatakan setiap transaksi NFC dipantau ketat adalah penyelewengan maklumat semata2. Kalau betul dipantau ketat dibuat sudah tentu awal2 lagi kerajaan dah block semua transaksi kepada NFC dan trannsaksi NFC kepada semua snak2 syarikat shahrizat sebab sudah tentu kerajaan boleh nampak dan sedar akan penyelewengan dana berlaku disini melainkan kerajaan pun ikut syer menyeleweng. Heh.


Pilih antara satu. Samada kerajaan tidak memantau ketat pengagihan dana yang berlaku antara kementerian kewangan kepada NFC dan NFC kepada anak2 syarikat shahrizat ataupun kerajaan memang memantau ketat dan sedar akan wujudnya penyelewengan terbabit tapi still proceed because of certain reason? Mana lebih baik untuk anda? Heh.


4. Kenapa kj beria2 bantu shahrizat dalam isu neh? Konklusi mudah untuk kita semua faham.


Tahun 2004 = mac 2008 = paklah = kj menantu paklah = paklah promote pertanian sebagai sektor yang mendapat peruntukkan besar sehingga 10billion dan pelbagai rancangan2 bagi memajukan dan memperluaskan industri pertanian telah diluluskan pada ketika itu. Antaranya ialah NFC yang juga tercatat sebagai salah satu projek high impact untuk RMK-9 = Located N9 = REMBAU [KJ]  = ketua pemuda umno = penasihat tidak rasmi perdana menteri ketika itu = Paklah kembali. 


Nampak kaitan dia? Kenapa dia beria2 bela shahrizat? Dia ada makan gak ke? Bumbung stadium runtuh = NFC ??? Lue fikir sendiri. Wa pun taktahu. Tapi benda neh memang fishy. Orang tak cucuk dia tapi dia melatah bagai. Orang cucuk shahrizat tapi dia melompat lagi tinggi dari shahrizat. Apa kehelnya?


kah kah kah


Ingat beberapa nama penting dalam projek NFC neh ;


- Paklah = pm dulu


- KJ = PUM = menantu paklah = orang yang bekap shahrizat dengan penipuan


- Shahrizat = menteri yang diberikan projek


- Muhyiddin = orang yang meluluskan projek


- Noh omar = orang yang menyeleweng fakta projek


- Najib = orang yang dah tahu projek neh fishy but still approved payment melalui kementerian kewangan bermula march 2008 hingga pertengahan tahun 2010? Yeke? Kalau bukan dia so sapa yang sign? Apsal dia tak pantau? RMK-9 high impact neh woittt..


Sepatutnya bila dah tahu wujud penyelewengan ia haruslah dihentikan segera. Bertindak. Nak avoid rugi tak boleh. Tapi boleh repair. Tapi sayangnya pemikiran nak lindungi geng2 sendiri menebal dan kuat. Even apa yang dia buat itu salah tapi still nak bekap. Itupun maybe atas faktor2 tertentu. 


Berapa banyak VVIP terlibat dalam kes neh? Bersiap sedia untuk menangis. RM250juta akan lebur begitu sahaja. Babai. Sayonara. Tata. Selamat tinggal. Heh. 


Ameno : lebur lew jawabnya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...