Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 November 2011

Bukti Shahrizat balon duit rakyat dalam projek lembu NFC! Part II

Berikut ialah sambungan kisah penyelewengan wang negara berjumlah rm250juta yang disonglap oleh shahrizat dengan penuh berani + yakin + tanpa was2 sebab tiada mana2 menteri + sprm + polis akan mempersoalkan shahrizat sebab dia ada sijil tauliah untuk merompak wang negara.

Lihat bawah neh ;



Kat atas neh antara kenyataan akhbar rafizi ramli berhubung isu lembu nfc.  Sila perhatikan carta di atas neh baik2.

Fakta yang korang kena tahu ;

1. Shahrizat ada lima syarikat yang terlibat dalam projek lembu nasional - kementerian asas tani.

2. Mula2 dia masuk tender guna nama syarikat agroscience. Kerajaan kata shahrizat layak sebab capable. [Ye, capable menjahanamkan wang rakyat kot. Statement tak habis dari menteri berkaitan].

3. Selepas itu tiga anak syarikat shahrizat masuk campur dalam pengurusan projek lembu nasional bilamana nfc melantik rfc = real food sebagai pengedar daging lembu.

4. RFC dimiliki oleh anak2 syarikat milik penuh shahrizat dan family secara total.

5. Tugas RFC sepatutnya ialah memasarkan daging yang dihasilkan oleh nfc. Tapi apa yang rfc buat ialah membeli daging dengan murah dari nfc, menjual dengan mahal di dalam rangkaian restoran mewah milik mereka. 

Peh. 

Saya mesti Tabik.

6. Anak2 syarikat shahrizat yang lain pula disalurkan dana menerusi pindahan dana dari nfc ke rfc kepada mana2 syarikat milik shahrizat. Dari situ larh modal rakyat berpusing2 dan rakyat satu hapa tak merasa dengan pelaburan bodoh neh.

7. Saham kerajaan dalam nfc juga kecil dan sedikit. Bayangkan ;

modal dari rakyat + pinjaman lagi + tapak disediakan kerajaan negeri + geran projek = saham kerajaan sikit, saham shahrizat banyak?

Hello kawan, 

wa bagi lue tapak, wa bagi lue duit, wa bagi pinjam, wa siap jamin lue juta2 tapi wa punya saham lebih kecil dari lue yang cuma proses apa yang wa hulur? Itu pun lue buat cincai boncai. Lue ka ataupun wa yang bodoh?  

Nampak tak?

Perhatikan petikan printscreen dari laman2 web yang dimiliki oleh syarikat2 shahrizat.




9. Untuk rekod gemasgold di bawah pengurusan nfc. Tapi daging2 itu dipasarkan untuk restoran mewah milik shahrizat. Rakyat dapat apa?

10. NFC mempunyai website tapi tiada apa2 update / gambar2 ladang ternak. Aku tak hairan napa jingga 13 dilarang masuk ke ladang neh hari tue.

11. Video dari rfc tue video ladang ternak nfc ka? Apsal aku rasa bukan jek? Hang2 pula tue. Dapat tengok seminit pun tak sampai.

12. Kalau diperhatikan website rfc dan gemasgold lebih baik dan lebih update dari nfc. Nfc neh seolah2 batu loncatan yang digunakan oleh shahrizat untuk raih modal dari kerajaan jek. NFC last update pun tahun 2010. Hairan. Seolah2 nfc seperti dah dibiarkan selepas dapat pinjaman penuh dari kerajaan. 

Lihat bawah neh ;



Myfoot! Jabatan audit cakap baru 11%. Nampaknya anak shahrizat pun pandai menipu juga. Biasalah ada tukang ajar larh katakan. Uass! kurang dua tahun hotak kau. Sampai la neh infrastruktur pun tak lengkap2 dengan pagar tercabut sana sini. Ya, terlupa aku. Kan ada pakar menipu yang mengajar dia menipu. 

So sekarang ada sapa2 yang nampak gemasgold masuk pasar basah? Aku jenama gemasgold neh kenal pun tidak. Kalau bukan pasal shahrizat ingat sampai ke mati kot tak tahu gemasgold neh lembu keluaran kerajaan yang mahal nak mampos harganya. 

Kat bawah neh ialah bukti TPM malaysia terlibat dengan penyelewengan wang kerajaan rm250juta sebab dia yang approved project high impact neh. Kalau dia nak bagi alasan bahawa dia luluskan je tapi bab gagal2 tue takde kaitan pun aku nak cakap dia bodoh gak. 

Pasal apa dia dah salurkan dana kepada lambert then lambert lari tapi kerajaan tak boleh amek tindakan sebab tiada apa2 perjanjian. Lepas tue macam larh tak boleh nak check samada syarikat2 yang involved tue milik sapa melainkan ada something yang disorokkan. 

Bila dah terbukti nfc [shahrizat] gagal, kerajaan tak amek tindakan pown. So lagi nak cakap project high impact? Hah ye..high impact myfoot!


Tajuk artikel march 2007 tapi sekarang dah nov 2011. Dah lebih dari tempoh yang diperkatakan tapi pembangunan masih incomplete walhal dana pinjaman + modal kerajaan + geran habis disalurkan kepada nfc. Satu lagi kerajaan cakap ia boleh hasilkan 60,000 ekor lembu setahun selepas beberapa tahun. Tapi apsal laporan audit ubah kepada 60,000 menjelang 2015? Lue fikirlah sendiri. 

Bila projek dah gagal, lue ubah2 ayat supaya tak nampak macam ia teruk sangat. 60,000 setahun bukan mustahil dengan kerjasama peternak2 kecil tempatan sekaligus dapat menstabilkan harga daging di pasaran dan lebihan daging boleh di import tapi dek kerana kebodohan sang pengurusan rm250juta pinjaman sahaja lebur, itu tak masuk lain2 kerugian. Bila dipersoalkan ada ka menteri bodoh piang suruh pr amek alih?

Boleh. 

Lue berambos larh jangan jadi kerajaan pusat. Amacam? Ada bran?

Ameno : Lembu pun nages tgk menteri bodoh sangat uruskan dia.

Bukti Shahrizat balon duit rakyat dalam projek lembu NFC!

Pendedahan lanjut dalam projek lembu shahrizat. 

Lihat dokumen bawah neh terlebih dahulu ;




Perhatikan petikan printscreen di atas.

1. Projek nasional neh di bawah rancangan rmk-9. Diluluskan pada tahun 2008. Tapi dorang dah setup company2 yang akan terlibat dengan projek neh dari awal lagi. NFC di setup pada tahun 2006. Ikut dari info kita [laporan akhbar / jabatan audit] MOU antara menteri asas tani dengan 6 syarikat pengendali ladang ternak lembu bermula pada tahun 2008. Dan selepas MOU itu barulah NFC ditubuhkan. Ini apa pasal NFC ada dulu sebelum MOU tersebut masuk paper?

2. Jelas ini ialah satu penyelewengan dana / wang kerajaan yang terancang dan berniat. 

3. Selepas itu NFC food yang tugasnya menjual daging lembu bertukar nama pada tahun 2008. Makna nya  sebelum neh dorang memang dah beroperasi. Ikut dari apa yang aku fahamkan ialah ;

- NFC memang dah wujud lama.

- MOU 6 syarikat + menteri asas tani ialah propaganda. Yang sebenarnya masing2 dah tahu NFC memang dah wujud. Dorang kelentong cakap NFC wujud pada tahun 2008 hasil MOU dengan 6 syarikat yang terlibat. Sudahnya syarikat pengendali utama lari. Maybe dia dah tahu rahsia tertentu.

- NFC kemudian nya diberikan tanggungjawab + dana + projek oleh kerajaan.

Kita tutup pasal neh. Apa yang penting kita tahu 3 perkara baru. 

Lihat bawah neh pula ;






Kat atas neh ialah pemilik dan pengarah syarikat yang terlibat dalam pengedaran daging sejuk-beku lembu / rangkaian restoran mewah milik family shahrizat. National meat tue dipercayai syarikat yang dimiliki oleh shahrizat 100%.

Wahhh.. kerajaan tahu ek shahrizat anak beranak yang kendalikan syarikat NFC neh. Tapi apsal kerajaan buat bodoh jek? Ingatkan shahrizat ada guna taktik2 tertentu untuk tipu kerajaan rupanya takde. Kaaa.. ada pakatan bersama? Lue fikirlah sendiri.

Fakta kes ;

Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat gambar di bawah) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari: 
PINJAMAN DARI KERAJAAN                RM 250,000,000
GERAN KERAJAAN                             RM     6,082,518 
Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.


Pendedahan neh hasil siasatan oleh rafizi ramli pengarah strategi PKR. Pendedahan neh panjang. Akan bersambung di artikel seterusnya. Sila sebarkan. 
Kita akan lawan shahrizat habis2an. Mana boleh guna dana kerajaan [wang rakyat] untuk bina kekayaan. Waklue larh shahrizat. Bikin gua panas beb.
Ameno : Kenapa bn masih bela shahrizat neh hah?

Selasa, 8 November 2011

Mufti terkejut Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji awal.


Bukan aku cakap. Tapi mufti yang cakap. Dia terkejut kenapa ds najib dan rosmah mansur selesai tunai haji walhal urusan wajib haji belum lagi lengkap. 

kah kah kah

Tak percaya baca bawah neh ;


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Ahhhaaaa...

Agaknya najib bayar dam kot. 

kah kah kah

Habislah. Satu malaysia tahu najib bayar dam. Lepas neh satu malaysia akan terfikir2 apsal najib beria2 sangat nak selesaikan amalan peribadatan haji dengan awal? Itulah. Orang dah pesan. Pergi haji senyap2 sudah. Ini tidak. Asyik update di twitter jek. Upload gambar macam2. Lepas tue update bagitau dah selesai haji. Kan dah kantoi disitu. 

kah kah kah

Last2 bila tindakan2 najib ditafsir oleh rakyat dalam pelbagai version, bn/umno blame persepsi rakyat pula. Padahal yang sengaja ghairah menayang itu siapa? Adakah rakyat follow najib 24jam? Aniya. Tidak. Najib sendiri yang heboh. So, janganlah salahkan persepsi rakyat. Lain kali buat senyap2 sudah. Neh kan dah menyusahkan diri sendiri. Habis satu malaysia tahu najib bayar dam. Sekarang sapa yang rugi kalau bukan diri sendiri? Lue fikirlah sendiri.

kah kah kah

Ameno : Tak campur tapi tolak jek.

Isnin, 7 November 2011

Isu Seksualiti Merdeka : Marina Mahathir Sound tv3.


Marina mahathir sound tv3 tepat pasal isu SM [Shortform seksualiti merdeka]. Katanya tv3 telah menfitnah SM dan ianya sangat keterlaluan. TV3 juga dicabar agar menyiarkan kecaman penuh marina mahathir terhadap tv3. Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh marina neh betul kali neh. Kebetulan semalam aku ada nampak seseorang update isu neh di facebook dia. Dia pun fikir SM = seks bebas. Aku ada larh tulis SM bukan seks bebas. 

Lihat bawah neh ;



Nampak tak kesan nya kepada persepsi masyarakat bila tv3 buat fitnah seperti neh? Beginilah yang mereka lakukan setiap hari terhadap pakatan rakyat. Tak banyak, sedikit pun ada juga yang termakan dakyah fitnah oleh tv3 neh. Boleh tak suka tapi jangan disebabkan rasa tak suka mendorong kepada fitnah. 

Matlamat SM bagi aku dah salah sebab mereka mendorong ahli2 SM agar menerima diri mereka seadanya dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat agar menerima perbezaan SM. 

Langkah itu dah salah. Walhal langkah sepatutnya ialah membantu ahli2 SM menyelesaikan masalah mereka dengan pelbagai kaedah agar mereka kembali kepada fitrah. Ini baru betul. Menjadi gay, les dan lain2 bukan fitrah manusia. Percayalah. Ia benar2 bukan fitrah anda, saya dan sesiapa pun. Ia adalah kesan daripada mengikut keinginan nafsu sepenuhnya.

Marina mungkin tak faham hal neh. Aku boleh nampak niat dia nak membantu mereka. Tapi kenapa perlu dorong mereka agar menerima hakikat betapa songsangnya nafsu mereka? Cara itu tidak membantu malahan akan merosakkan lagi mereka. 

Lihat bawah neh ;


Marina sendiri mengakui dia sebagai penyokong SM. Apa pula yang blogger/penyokong umno nak cakap pasal neh? Takpelah. Aku dah tahu jawapan dan analisis mereka. Sudah semestinya kesalahan hanya akan tetap dilambakkan kepada bersih dan pr juga. Macam biasa.

Apa yang aku nak bagitau kat sini ialah satu benda jek. Iaitu berita2 fitnah yang sering dimainkan oleh tv3. Selalunya kita tak pernah nak amek port sehinggalah kita sendiri difitnah. Tetapi selama neh kita biarkan jek tv3 fitnah sana sini sedangkan kita sedia maklum bahawa berita2 mereka ialah berita2 fitnah. Tapi kita buat tak peduli. Atas sikap beginilah tv3 semakin berani dan mara ke depan dengan menyajikan berita2 fitnah.

Sudah tentu akan wujud komen begini. Alah.. pr punya lagi teruk fitnahnya. <-- Mentaliti orang yang kurang bijak. Sekarang korang nak buat perbandingan fitnah siapa yang paling terbaik dan terbanyak pula ka? 

Fitnah ialah fitnah. Tidak sepatutnya wujud persoalan siapa fitnah lebih banyak dan sebagainya. Isu yang hanya boleh dan patut timbul ialah bagaimana kita nak pastikan tv3 jangan suka2 fitnah orang lagi dan bagaimanakah kita nak kawal penulisan media yang bersikap begini. Itu jek. 

Sebab apa? Sebab fitnah neh bahaya besar. Ia ibarat virus. Disebabkan satu laporan berita yang fitnah pelbagai persepsi akan timbul. Contohnya isu bersih. Berapa banyak fitnah yang dilemparkan. Berapa banyak kecaman yang diterima? Tapi adakah ia benar hingga ke hari neh? 

Mana rm200 aku? Sampai sekarang aku menanti. Walaupun seribu kali kita jelaskan bahawa bersih bukan agenda yahudi tapi adakah semua rakyat malaysia membaca blog neh? Aniya. Tidak. No. Bukan semua orang. Tak boleh lawan dengan fitnah tv3. 

Dorang mainkan isu yang sama dan berulang2 di minda penonton sehingga satu persepsi negatif melekat di pemikiran mereka ke atas kita. Adakah tv3 tahu apa kesan nya pada masyarakat? Kita akan jadi saling benci membenci. Kita benci tv3 yang kerja nya menfitnah kita. Orang yang termakan dengan fitnah tv3 pula akan membenci kita. Sudahnya kita akan saling hidup bercakaran antara satu sama lain sampai mati. Semua nya atas satu sebab. Iaitu...  fitnah.

Ameno : Sebab itu fitnah lebih bahaya dari membunuh. Bila ko membunuh ko hanya tarik nyawa, tapi bila ko menfitnah ko tarik banyak roh jadi jahat dan saling membenci.

Bukan Najib tapi swasta yang sumbangkan 402 ekor lembu.- Rasuah ka?

Laarr.. 

Bukan Najib ka?

Awat berita semalam lapor najib? Awat bagi orang salah sangka? Awat nak buat persepsi seolah2 najib yang sumbangkan lembu tersebut? Tadi aku baca satu laporan berita yang menafikan artikel milosuam bahawa najib guna wang gajinya selama 4 tahun untuk beli dan sumbangkan lembu korban kepada penduduk pekan.

Bukan. 

Laporan berita terbabit mengatakan bukan najib yang beli. Sebaliknya ia adalah hasil pembelian bersama yang melibatkan 9 buah syarikat swasta. Nah. Bukan aku cakap. Tapi berita tersebut yang bagitau macam tue. Maksudnya disini bukan najib yang beli tapi nama najib terpahat sebagai penyumbang. Hairan.

Kalau aku beli lembu untuk dibuat korban, aku lebih suka jika aku sendiri diketahui bahawa aku lah pembeli lembu tersebut. Jangan salah faham. Bukan nak riak. Cuma kalau memilih untuk memberitahu maka apa salahnya mengaku. Kenapa nak buat macam neh ;

Beli + sumbang lembu dan gunakan nama najib?

Najib ialah perdana menteri. 9 buah syarikat tersebut ialah pihak swasta. Adakah itu ialah lembu rasuah? Bagi rasuah pada najib dalam bentuk lembu? Dan apakah ganjaran yang pihak swasta akan dapat? Projek? Selalunya dan aku percaya ini juga apa yang orang lain percaya, syarikat swasta mementingkan nama dan imej baik syarikat masing2. Jika mereka beli + sumbang lembu, mereka akan sertakan nama syarikat mereka sebagai penaja bagi meraih persepsi baik orang ramai. Ini dinamakan strategi marketing. 

Syarikat mana yang nak beli + sumbang lembu dan biarkan orang lain pula dapat nama dan persepsi yang baik? Aku sendiri, jika ada syarikat tidak akan berbuat demikian. Tahu kah anda betapa pentingnya duit dan imej yang baik buat syarikat2 swasta? Bukan materialistik tapi inilah hakikatnya. Duit memang membahagiakan. Jika duit boleh menyumbang kepada lebih banyak duit-duit maka aku tak hairan kenapa syarikat swasta neh rela najib mendapat nama.

Jangan salah faham. Aku hormat najib yang berada di mekah. Bukan aku yang dedahkan semua hal neh. Aku baca dalam laporan berita. So sebagai rakyat aku benar2 ingin tahu lalu aku bertanya. Adakah lembu2 itu ialah lembu rasuah? Mengapakah seorang perdana menteri boleh menerima tajaan pelbagai pihak swasta dan hanya nama dia sahaja yang tampil sebagai penyumbang lembu korban? Kenapa pihak swasta nak berbuat demikian? Kenapa nak sangat beria2 ambil ahti najib? Apakah ada ganjaran yang lebih baik dari ini selepas neh kelak?

Nampak semua tanda soal? Apa yang ada dalam otak aku perlu ditulis. Sebab tue korang nampak tanda soal. Dan tanda soal itu berbeza dengan kenyataan. Jadi jangan merapu cakap aku fitnah.


Ameno : Hahahaa... terjangkit dari khalid ibrahim ka?

Sabtu, 5 November 2011

Marina Mahathir Rasmikan Program Seksualiti Merdeka

Heh.

Apa beza anak bekas perdana menteri dengan Ambiga yang rasmikan program Seksualiti Merdeka ?

Adakah Marina Mahathir juga akan digelar dajal? Boleh faham Ambiga yang bukan islam rasmikan program neh tapi susah nak cuba faham kenapa orang islam macam marina mahathir boleh involved dalam program2 sebegini.

Kalau nak cakap program neh adalah untuk memberikan peluang kepada golongan LGBT agar mereka rasa tidak terpinggir ataupun nak bentuk kesedaran untuk mereka berubah okey. Tapi masalahnya matlamat program neh adalah untuk memberikan mereka harapan palsu. 

Harapan bahawa mereka neh normal. Harapan bahawa mereka adalah di pihak yang teraniaya. Harapan bahawa mereka kena yakin dan percaya bahawa kecenderungan nafsu mereka adalah sesungguhnya bukan perkara yanng pelik. Ia ibarat membentuk kekuatan. Bukan nak bagi tambah betulkan depa tapi bagi tambah songsang. So aim program neh dah salah. 

Kalau nak pimpin depa kembali kepada fitrah takpe. Aku pun tak pernah pinggir golongan macam neh. Bagi aku meminggirkan depa, mengutuk depa ataupun mendikriminasikan depa bukanlah perbuatan yang baik walaupun masyarakat malaysia akan melihat kita neh freak bila berjalan dengan golongan macam neh di public.

Bagi aku kejahatan dan perbuatan yang salah bukan untuk dilihat dan dikutuk. Ia adalah untuk di ubah dan di repair. Sebab tue aku tak pernah nak pinggirkan depa. Kalau ada di antara korang yang mendkriminasikan golongan macam neh sememangnya korang bermasalah. Menerima dan membantu mereka berubah bukan bererti kita menerima perbuatan mereka. Kita bantu mereka untuk keluar dari perasan khayalan. Takpelah andai ini aim program seksualiti merdeka. Tapi masalahnya bukan.

bukan

bukan

bukan

Matlamat program neh adalah untuk membantu golongan LGBT memahami dan menerima diri mereka sepenuhnya dan berasa yakin dengan apa jua benda yang mereka buat. Dah salah sebab ia mendorong. Mendorong bererti ko merosakkan dia lagi. 

Contohnya seorang maknyah yang rasa tertekan di tempat kerja sebab tidak boleh berpakaian macam wanita. Matlamat seksualiti merdeka adalah memperjuangkan hak2 maknyah agar mereka boleh berpakaian seperti wanita dan masyarakat awam perlu menghormati hak maknyah. Ini penyelesaian yang songsang lagi menyongsangkan.

Sedangkan penyelesaian yang betul ialah kita akan support maknyah neh untuk berubah. Kita akan bawa dia bersukan. Kita akan bawa dia pergi medical checkup. Kita akan kenalpasti masalah dan kenapa dia berkecenderungan begitu. Kita akan pimpin tangan dia sehingga dia benar2 pulih dan bersedia melepaskan tangan kita agar dia boleh berjalan sendiri.

Sebab tue program neh salah. Salah sebab mereka akan menyesatkan rakan2 kita yang tertekan dan tidak tahu apa2. Salah sebab dia memberikan persepsi salah kepada golongan2 LGBT konon nya masyarakat awam pinggirkan mereka dan dikriminasikan hak2 mereka. 

Sebenarnya masyarakat malaysia tidak pernah bersikap demikian. Apa yang kita marahkan ialah membawa gejala negatif dan memaksa kita untuk menerima bahawa ia adalah perkara normal. Sepatutnya seseorang yang membawa gejala negatif harus sedia untuk dibantu bila kita datang membantu. Bukan nya memberontak dan menyalahkan masyarakat secara melulu.

Bukan jua mencari sokongan untuk menzahirkan apa yang dia rasa. Lihat bawah neh ;


Lihat anak panah yang aku tunjukkan. Lelaki tersebut ialah pang yang membuat statement di bawah neh ;


Lihatlah kenyataan2 dia. Kenyataan2 dia adalah berupa hasutan dan memberikan persepsi yang salah tentang kita yang sedang membantu golongan2 sebegini untuk berubah. Aku pernah pergi di wall fb dia. Dia delete dan halang aku dari beri komen. Aku tak pernah guna kekasaran bila berbahas. Tapi dia takut. Dia takut kelembutan aku akan menyedarkan ramai golongan2 LGBT bahawa mereka sememangnya disayangi masyarakat. 

Bukti masyarakat menyayangi mereka adalah dengan cara membantu mereka untuk berubah dan kembali kepada fitrah. Bukan nya macam pang. Dia tak sayang depa. Dia nak heret golongan2 LGBT menjadi mangsa2 kecaman dan kutukan masyarakat dengan menyongsangkan lagi pemikiran2 depa. Haizh. Nampaknya pang yang berniat jahat itu lebih dipercayai daripada kita masyarakat yang berniat baik untuk memulihkan depa. Herm.

Dan untuk mereka2 yang marahkan ambiga, aku faham perasan korang. Tetapi hidup jangan pernah bias. Kalau ambiga dikecam dan dimarah kerana merasmikan program neh, perkara yang sama juga harus dirasai oleh marina mahathir sebab dia ialah orang islam which is lebih teruk. 

Kalau ambiga dikecam bertubi2, maka adalah amat adil jika kita mengecam marina bertubi2 juga. Kedua2 mereka sama walaupun berbeza agama dan bangsa. Sama2 membantu memberikan persepsi salah kepada golongan2 LGBT bahawa mereka adalah normal dan perlu diberikan hak2 yang sebenarnya bukan hak pun. 

Nota : Gambar2 marina mahathir rasmikan seksualiti merdeka 2009 dan pencetus idea 2010 disini.

Ameno : Pang, sejarah sebenarnya tidak pernah menyebelahi anda. Malahan kehidupan hari neh dan akan datang juga tidak akan pernah menyebelahi anda.

Jumaat, 4 November 2011

Buku : Bukti PAS bukan Parti Islam.


Heh. 

Tolonglarh. Buku macam neh pun ada ka? Oii jamilkhir, ko takde kerja yang lebih penting yang perlu dijaga ka? Contohnya miss bapok 2011 ka ataupun isu pendna-an babi di dalam product2 makanan ka ataupun isu2 permasalahan akidah umat islam ka? Bukan kah itu lebih mucho2 penting berbanding buku propaganda mengarut kat atas neh?

Weh.. 

korang tahu tak benda neh dah dibeli beb? Bukan takat sebut harga jek.



Maksudnya jamil betul2 beli buku neh. Aku tak faham kenapa dia beli. Apa bidang tugas dia sebenarnya? Dia sepatutnya menjaga umat islam. Dia sepatutnya menjaga kepentingan umat islam. Itu sebab dia jadi menteri agama. Tapi menteri agama apa yang mengutuk parti islam dan menjalankan kempen untuk memburuk2kan parti islam? Betul ka dia neh menteri islam? Aku dah start was2 neh. Siyes. Lagi satu depa cakap dia beli guna wang zakat. Berdasarkan dokumen di bawah neh ;


Betul ka?

Yayasan taqwa tue jaga zakat kita ka? Sapa leh explain? Kalau betul aku nak maki dia. Pasal dia cari pasal. Dulu dia cakap orang islam jangan boros, tamak dan suka meminta. Atas isu orang islam yang murtad dan raih bantuan dari kristian.

Neh dia minta duit orang beli buku mengarut takpe plak? Lebih2 lagi buku tue tiada kaitan dengan islam. Ia lebih kepada politik kepartian. Lainlah kalau beli buku pasal solat tertib ka. puasa ka apa ka. Neh tidak. Buku pasal kutuk pas dibelinya? Buang masa betul larh. 

Tugas dia terlalu senang gamaknya. Aku lebih layak pegang jawatan ko tue jamil khir. Aku lebih layak. Disebabkan aku lebih layak larh aku tak dapat pegang jawatan tue. Umat akhir zaman akan dipimpin oleh pemimpin zalim. Sebelum tiba zaman kebangkitan. Now you see, aku bukan pemimpin sebab aku bukan zalim. Heh.

Dokumen lengkap disini.

Ameno : Menteri agama jangan suka merapu boleh tak?

Akhbar Australia buat pembetulan atas isu anak najib shopping sakan di david jones.


Kat atas neh keratan akhbar australia yang buat pembetulan atas berita yang pernah mereka keluarkan berhubung satu artikel yang menyatakan bahawa anak najib berbelanja besar hampir UAD60,000.00 di david jones. Tindakan tersebut dibuat selepas najib menafikan anak dia turut serta dalam rombongan terbabit.

Berita yang disiarkan oleh akhbar australia juga telah mengundang pelbagai reaksi dari rakyat malaysia termasuk aku. Andai benar akhbar australia telah melaporkan sesuatu yang salah aku pun nak minta maaf pada najib dan family sebab tersalah sangka berhubung isu neh.

Ada gak member facebook yang buat persepsi bahawa akhbar australia nafi sebab nak jaga reputasi najib. Yang itu aku tatau sebab takde bukti yang boleh mengesahkan persepsi dia. Ada juga terfikir adakah akhbar tersebut sengaja salah lapor supaya rakyat malaysia ber-reaksi terhadap berita tersebut dan akhirnya mereka tarikbalik laporan berita terbabit atas sebab2 tertentu?

Yelah kot2 saja nak kenakan rakyat malaysia. Tapi apa pun neh hanyalah persepsi aku je. Sila jangan nak percaya melulu. Kalau nak percaya sendiri tanggung dan jangan babitkan aku. Yang benar hanya mereka yang terlibat je tahu. 

Dengan penafian neh aku pun malas nak percaya dah anak najib shopping sakan di ausie. Akhbar sama yang tulis ya dan akhbar yang sama juga tulis tidak. Kalau aku pilih nak percaya bila dia tulis ya apa sebab aku tidak percaya bila dia tulis tidak? So kesimpulannya aku rasa baik kita jangan pergi sangat atas isu2 neh. Buang masa betul. 

Nota : Kita kena cari bukti lanjut kalau nak terus bercakap pasal isu neh.

Sumber asal : sini

Ameno : November-fool.

Najib nafi laporan akhbar australia.

Najib menafikan bahawa anak dia shopping sakan di australia. Najib juga menafikan bahawa isteri dia membeli barangan kemas bernilai ratusan ribu di australia. Pendek kata laporan akhbar di bawah neh ialah tidak betul. Tidak betul menurut najib razak. Harap anda faham.



Tak dapat dinafikan bahawa laporan akhbar di atas memang tidak pernah menyebut nama rosmah mansur sebagai pembeli barangan kemas mutiara yang bernilai ratusan ribu ringgit tue. Laporan akhbar di atas juga menulis "dipercayai anak najib" membelanjakan 60k untuk bershopping.  Dan bukan semua laporan akhbar adalah benar. Ada juga paper yang suka tulis mengarut. Contohnya paper nama utusan tue.

Apa yang membuatkan orang mengandaikan bahawa rosmah mungkin pembeli barangan kemas tersebut ialah disebabkan gambar di bawah neh ;


Aku pernah siarkan gambar neh dulu disini. Aku tanya ada kaitan ke takde dengan laporan berita tersebut. Kalau takde okeylah tue. Kalau ada memang kena jelaskan. Cuma aku rasa najib kena buat lebih dari neh. Andai benar bukan anak dia yang shopping sakan apa kata dia tuntut media yang buat laporan tersebut minta maaf?

Sebab apa, orang boleh fikir bahawa alah.. dia dah balik lah tue lepas kecoh2 semua benda neh. Hah.. persepsi lain pula timbul. So andai najib betul tidak membawa anak dia dalam rombongan ke australia sila tuntut akhbar tersebut buat permohonan maaf. Jangan pernah takut pasal cctv david jones. Depa takan mampu dapat screenshot gambar anak ataupun isteri najib sebab depa sepatutnya tidak berada di sana kan?

So harap lepas najib tunai najib dia boleh berbuat demikian. Sekian.

Ameno : Hehehhe.. terima je larh penafian dia sehingga ada bukti baru..

Khamis, 3 November 2011

Pas tak boleh ganggu keharmonian dengan hudud - MIC


Orang gila dah menyalak. Keharmonian masyarakat takde kena mengena hudud larh mangkok. Ko sibuk apa kami nak potong tangan kami? Semak je larh dorang neh. Aku dari dulu lagi tak faham apa yang orang bukan islam sibuk sangat pasal hudud? Benda neh mudah je. Macam pakai tudung. Macam solat. 

Ada orang islam di malaysia soh korang semua pakai tudung? Bersolat? Takde kan. So lantak p larh dengan hudud. Ada kami soh korang amalkan hudud di malaysia? Takde. Kami nak practise undang2 apa pun hak kami. Ini ialah hak asasi kami sebab kami tidak menyentuh hak asasi anda. Bukan macam budaya gay dan blablablab. Yang jelas menyentuh hak asasi orang lain. 

Neh pasal undang2. Kami sendiri buat law dan kami sendiri tetapkan law untuk umat kami. So ko sebagai bukan islam tak payah sibuk sangat tentang benda yang takde kaitan dengan ko. Bukanlah kami nak pergi potong tangan korang ataupun paksa korang mengikuti dan mengamalkan undang2 hudud. 

Bagi pandangan aku hanya satu je sebab kenapa orang bukan islam menyemak dalam urusan hudud neh. Dorang taknak orang islam bertambah baik dan bertambah faham dan bertambah dekat dengan islam dan Allah swt. Dorang juga mungkin dengki dan takut sebab hudud pasti berjaya menjaga dan membentuk moral dan akhlak kita dengan tertib maka kita akan menjadi lebih kuat dan teguh. Tapi aku heran. Kalau orang bukan islam tolak hudud atas sebab tersebut maka orang islam tolak hudud sebab apa pula? Takan atas sebab yang sama juga? Owhh.. takut juga rupanya.


Ameno : Takde sapa cakap ko bisu kalau ko diam.

JAWI tak serbu Miss bapok 2011 ka?

Jawi,

Kenapa anda tidak serbu event di bawah neh?


Event neh berlangsung pada bulan 10 = october 2011 yang lepas. So benda neh masih baru dan fresh lagi. Aku tak pasti samada event neh ada permit ataupun tiada cuma aku berharap agar jawi dan jabatan2 agama islam boleh larh bersiap2 buka kertas siasatan untuk ambil tindakan terhadap event neh.

Aku boleh faham bahawa jawi mungkin tak dapat info berkaitan hal neh. Siyes. Aku pun boleh faham bahawa jawi tidak boleh serbu dan banteras event neh sebab dorang lambat tahu. Normal. Itu sebelum. Tapi aku tidak akan faham dan tidak akan bertolenrasi andai jawi tidak mengambil apa2 pendekatan berhubung event di atas neh. Ini selepas.

Satu2 hal yang berlaku samada sebelum, semasa ataupun selepas bukan isu. Isu nya ialah adakah jawi akan ambil apa2 tindakan bagi memerangi perkara di atas? Sebelum neh kita memang pernah banyak kali ada miss bapok. Tapi sehingga ke hari neh belum lagi kita lihat tindakan di ambil ke atas peserta2 miss bapok walaupun kita sedar bahawa mereka yang terlibat itu terang2an orang islam = melayu.

Aku akan dengan seriyus menganggap bahawa jawi mentauliah event di atas neh andai tiada tindakan di ambil terhadap penganjur, peserta dan mereka yang terlibat dalam event neh. Aku juga dengan secara seriyus akan memandang bahawa jawi sememangnya hina andai mereka berdiam diri terhadap penganjuran event di atas. 

Jangan salah faham. Aku bukan nak kecam jawi sangat. Tapi pasal aku dah banyak kali nampak. Bila bab politik dan pr jawi dan geng2 mereka akan melompat dan menganggap seolah2 kami neh penyokong dan penyebar benda2 jahat dan sebahagian dari agenda yang menyesatkan umat islam. Tapi bila masuk bab yang betul2 kena tepat tang akidah depa buat derk. So pls, sebelum kami berani maki jawi baiklah buat kerja anda.

Baca lanjut tentang event neh disini.

Ameno : Jangan buat tindakan terpilih je beb.

Subsidi ubat di cetak dalam bil.



Nak kata gila, tapi menteri. Nak kata normal tapi buat kerja bodoh. Dasar mengungkit. Depa ingat duit subsidi tue datang dari poket depa ka? Punya pasal larh rakyat nak berterima kasih ka taknak berterima kasih ka apa ka dah duit sendiri. Takan beria2 pula nak sembah bn pasal subsidi? 

Yang sebenarnya tujuan asal ialah nak tingkat kebergantungan rakyat terhadap bn. Dengan memomokkan persepsi bahawa apa jua benda yang dinikmati oleh rakyat ialah datang dari hasil pemberian bn.Maka secara perlahan2 rakyat akan merasa bersalah andai undi parti lain. Itulah tujuan asal.

Kerajaan, tak pernah sekalipun menanggung apa2 benda di malaysia neh. Yang tanggung itu semua ialah rakyat. Dari rakyat kerajaan dapat duit untuk berniaga dan kembangkan hasil. Jadi sebagai rakyat apa jua benda yang kita nikmati pada hari neh ialah hak kita. Dan kita tidak perlu berterima kasih pada sesiapa pun. Sebab itu, kita ada pilihanraya. Jika kerajaan merasa ia sukar, maka janganlah bertanding lagi pada pru-13. Biarlah parti yang mahu menjaga hak rakyat je bertanding. Yang tidak sanggup silakanlah berambos jauh2.

Tapi bagus juga menjadi seseorang yang tahu kemana pergi hasil2 negara selama neh. Jika kerajaan mahu mencetak nilai sebenar bil jangan lupa juga mencetak kualiti sebenar ubat, perkhidmatan, layanan dan fasilitis di hospital kerajaan. Dan juga, jangan pernah lupa untuk mencetak dari mana wang subsidi itu datang. Sekian.

Ameno : Gila. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...