Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Wednesday, November 30, 2011

Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura





Shahrizat.. apa lagi ko nak meroyan lepas neh? Nak selak apa lagi? Baju pulak ke apa?


kah kah kah

Pendedahan terbaru rafizi yang si shahrizat dok pongpang cakap anak derhaka sebab dia cakap rafizi dan anak2 muda yang belajar tinggi2 neh seme atas jasa dia dan ibu2 umno.. sila rujuk sini beb, bukan tulisan tapi rakaman dia bercakap lagi beb, langsung! Heh.

Dan ini pula jawapan balas ke atas kata2 dan herdikan Shahrizat ke atas Rafizi Ramli. Harap lepas neh Shahrizat jangan berbogel sambil bersilat atas pentas umno bagi meraih keyakinan wanita2 umno pula.. 

Mowwwwmmowwwmowwww.. <-- gelak pesen baru beb.


Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau: 

  1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
  1. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
  1. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1). Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?
TARIKH                      NO CEK                     JUMLAH (RM)

8 Jan 2010                   001376                          1,524


13 Jan 2010                 001406                           1,709

26 Jan 2010                 001465                          28,476

24 Feb 2010                 001540                         12,743

24 Feb 2010                 001543                           3,076

9 Mac 2010                  001587                          22,400

9 Mac 2010                  001590                          26,572

9 Mac 2010                  001592                            5,776

31 Mac 2010                001671                           45,428

22 April 2010               001735                           27,853

13 Mei 2010                001789                           45,235

25 Mei 2010                001825                             3,196

18 Jun 2010                001848                           120,521

16 Julai 2010              001922                            89,800

16 Julai 2010              001923                            21,114

 JUMLAH                                                        455,423


  1. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
 30 NOVEMBER 2011

Aku nak tengok sejauh mana ko boleh tenang wahai shahrizat.

Ameno : shahrizat jangan harap ko dapat lari.




















































Allah - Umno - Muhammad : Ini songkok apa? Updated!


Sorry geng, ada benda yang aku nak share supaya korang pun sama confuse cam aku gak. Lihat gambar di atas neh. Apa benda yang cuba ditonjolkan menerusi songkok neh? Aku sendiri agak keconfusesan selepas admin kbsb [rakan admin] bagi link neh kat aku. Hermm.. aku fikir.. fikir dan fikir. Tapi tidak temui jawapannya. Dan aku masih fikir fikir dan fikir.. dan tatau lah sampai bila nak berhenti fikir.. muahahaha..

Yang sebenarnya ada dua benda yang confusekan aku.

1. Motif letak kalimah Allah swt dan Muhammad dalam songkok. Bila ko pakai songkok tue.. dia jadi terlindung dan tertutup..so apa ek motifnya berbuat demikian? Oleh kerana aku tak pakai songkok jadi aku tanya lah sebab nak tahu. Bagi aku benda neh siyes cakap.. rare. Belum pernah lagi aku jumpa songkok2 macam neh. 

2. Meletakkan umno di tengah2 Allah SWT dan Muhammad SAW..  yang neh lagi aku pelik. Selalunya yang aku tahu kalimah Allah SWT Muhammad SAW.. biasa larh bersebelahan antara satu sama lain. Tapi yang neh dia meletakkan umno di tengah2 bagi mengambarkan bahawa umno = kalimah suci.. ye ke? 

Kalau aku salah faham aku minta maaf. Tapi bagi pandangan aku, cara neh tidak boleh diteruskan. Dari segi hukum aku tatau. Tapi benda neh siyes.. ia dilihat tidak patut dibolehkan. Sebab.. ko lihatlah sendiri di atas.. boleh ka? Minta tolong ubah strategi larh. Aku faham korang nak bodek umno tapi ada banyak lagi cara yang boleh digunapakai tanpa menimbulkan apa2 kontroversi. Benda neh kemon larh.. songkok beb.

Pasti kah songkok tue tidak akan ditendang2, diletakkan merata2 dan sebagainya? Benda elok jadi tak elok plak last2. Jadi orang islam, yang penting bukan menzahirkan kalimah Allah swt di mana2 sebagai perhiasan ka apa ka, yang penting ialah amalan dan akidah kita. Allah swt lebih tahu iman kita. Dan Allah swt tidak perlukan songkok yang tertera kalimah Allah swt bagi mengetahui iman kita. Sekian. 

Updated!

Beb.. harga songkok neh rm800 ? Biar betul? Orang bodoh mana yang sanggup beli songkok semahal neh? Ka metro salah tulis harga? Lihat bawah neh beb ;






Gila arh kalau betul harga dia rm800 se. Niat pakai songkok sebab nak beribadat alih2 jadi pembaziran amalan rosmah.. erkk silap amalan syaitan.. buang duit seme neh weh.. buang duit.. 


kah kah kah

Ameno : Banyak lagi kaedah lain weh peniaga..

Bukti CIMB ada hubungan dengan Israel !

Itulah aku nak cakap.  Berapi2 pongpang dalam tv hanya dia je yang jaga kebajikan rakyat. Yang lain seme jahat.  Hanya dia je bangunkan negara, yang pembangkang buat seme salah. Dari dulu lagi aku dah sebut, lainkali kalau dah berani tuduh pembangkang dan bersih dapat dana dari luar, dari yahudi dari israel bagai, kena pastikan diri sendiri terlebih dahulu bebas dari israel. 

Jangan nak tuduh macam2 pada pembangkang padahal orang yang selalu berususan dengan israel ialah anak beranak ko sendiri. Ada faham tak najib? Lue tengok bawah neh larh wahai najib + muhyiddin + geng2 umno. 





CIMB telah melantik syarikat yang mencipta [mengendalikan] sistem NICE bagi menjaga keselamatan [sekuriti] sistem perbankan internet [online].Apa kena mengena NICE dengan israel? Mudah. Lihat bawah neh ;





Nampak? Ini link berita yang aku printscreen. ==> sini

Isu disini simple jek bagi aku. Jangan dok pandai2 canang + pongpang bahawa orang lain seme agent yahudi lah israel lah [dsai + pembangkang + bersih] walhal diri sendiri siap berurusan dengan israel. Ada aku kesah cimb nak bagi berjuta2 wang pun kat israel? Aku tak kesah der. 

Yang aku geram ialah pihak media kerajaan + pemimpin kerajaan + bloggers umno yang guna pakai point bahawa pembangkang neh alat yahudi walhal orang yang berkawan rapat dengan israel tue umno dan suku sakat mereka sendiri. Itu jek.

Sedangkan kalau diperhatikan isu neh betul2 pembangkang mana pernah dapat dana dari mana2 yahudi. Pasal dari dulu lagi tuduhan mereka [umno] hanya bersandarkan pada tulisan tanpa bukti. Tak seperti apa yang dilampirkan oleh aku di atas neh. Tulisan bersandarkan bukti.

Pembangkang, ya especially dsai ada kenal beberapa pemimpin yahudi tapi kenal tak bererti dia nak jual negara. Ini berbeza dengan umno. Mereka bukan sahaja kenal malahan menjalin hubungan bisnes. 

Dulu bila didedahkan fakta bahawa malaysia ada hubungan dagang dengan israel mereka pongpang bising marah cakap itu syarikat2 swasta. So nak taknak kerajaan kena bagi permit even pengeluaran permit pun kerajaan ada kuasa nak kawal sebenarnya kan. Heh.

Okey no hal. CIMB neh pun swasta gak. Tapi ada beza sikit sebab ini syarikat adik najib duduk di dalam nya. So lue, nak bagi alasan apa pula kali neh? Fikir lah lama2 sket. Wa nak pergi makan maggie yang juga makanan fav wa. Hah apa? Yahudi? Israel?Freemason? Syiah? Owh.. i loikee that. Muahahahaha..  

NICE ada kaitan dengan MOSSAD ? Baca ini juga.

Sumber : semut.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Tuesday, November 29, 2011

Isu seks bebas : Siapa yang kantoi neh? - [Video Inside]

Sapa tengok tv3 semalam? Peh.. mesti ramai yang tengok kan? Sebab rata2 ramai yang complaint persidangan umno kat wall fb memasing2. Sebenarnya, isu sekarang bukan nak citer pasal persidangan umno. Aku pun tak tengok citer tue semalam pasal tengah layan drama korea kat channel 393. Heh.

Isu sekarang nak citer pasal laporan yang disiarkan oleh buletin utama. Antara sedikit petikan laporan dari buletin utama semalam ;



TV3 sebenarnya bagitau lebih dari neh. Ini sedikit je petikan yang milosuam rakam. Walhal semalam tv3 ada bagitau secara jelas bahawa ada perhimpunan yang sokong seks bebas sokong usul bantahan yang dibawakan oleh majlis peguam. [Selain penyokong bersih].

Malahan MP Kinabatangan pun secara jelas cuba mencipta persepsi bahawa pembangkang menyokong seks bebas menerusi berita tv3. Konon nya begini lah cerita yang tv3 buat semalam ;

1. Kumpulan LBGT = sokong seks bebas [konon-nya] = sokong usul bantahan akta perhimpunan aman = sokong pembangkang.

2. Petikan ucapan MP Kinabatangan pula di ambil pada bahagian yang bercakap pasal bantahan bill perhimpunan aman, yang juga sedang persoalkan kumpulan yang menyokong seks bebas di luar parlimen [ketika itu] dan mengaitkan ia dengan pembangkang [dalam nada menyoal].

Lepas tue apa? Ada tv3 siar penjelasan dari pihak pembangkang ka? Majlis peguam ka? Mana ada. Jadi sudah tentu timbul persepsi bahawa ;

Pembangkang = bantah akta perhimpunan aman = sokong seks bebas.

Untuk rekod anda, memang lah nama dia Akta Perhimpunan Aman tapi ia isi kandungan nya ialah akta kukubesi. Kulit lain, isi lain. Kalau ia adalah satu akta yang benar2 untuk mewujudkan perhimpunan yang aman, kita juga suka. Tapi setelah diperhalusi kita dapati akta neh ialah akta yang menyekat hak2 kebebasan berhimpun sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan yang mengamalkan sistem demokrasi.

Yang sebenarnya pun andai lah benar LGBT neh nak sangat seks bebas aku pun marah. Andai dorang menyemak berhimpun sekali semalam pun aku rasa memang dorang tue bengap. Bukan apa, dengan pelbagai berita2 negatif plus fitnah yang melingkari perjuangan sia2 mereka tue, lagi berani nak muncul dalam tv siap berdemo? Bodoh ke apa? Tapi beb, korang perhatikan muka budak2 kat bawah neh ;


Ada nampak tak macam gay? Gay yang aku kenal cukup smart jaga penampilan beb. Bukan aku nak kutuk2 lelaki ka apa. Tapi siyes. Gay memang jenis ada standard. Depa jaga penampilan depa. Ini gaya macam sohai langsung takde imej, gay apa mendernya? 

Jelas kat sini depa sedang berlakon. Lagipun mana ada orang2 dari SM mempromosikan budaya seks bebas. Dorang cuma minta di iktirafkan je. Bukan minta diakui budaya seks bebas. Nampak sangat larh weh.. benda neh provokasi.

Semalam juga diberitahu oleh orang2 yang menghadiri perhimpunan tersebut bahawa terdapat orang2 yang membakar baju kuning. Mereka buka dan bakar baju kuning terbabit. Itu di buat selepas berdemo beb.

Situasi dia begini beb ;

1. Sekumpulan orang pakai baju kuning.

2. Sokong bersih + sokong seks bebas [pasal banner tulis seks bebas beb]

3. Then buka baju.

4. Then bakar.

5. Then tv3 siar pasal sekumpulan baju kuning [bersih] yang berdemo sokong seks bebas + petikan ucapan mp kinabatangan.

Yang bab buka baju dan bakar tv3 tak siar. Bukan nak tuduh. Tapi kemon lah tv3. Jadi berita jangan bias. Kalau ko berani siar pasal orang berdemo bagai, ko kena berani siar pasal buka baju dan bakar juga. Akhirnya biarlah penonton buat analisa sendiri. 

Benda takde bukti. Aku pun tak berani nak tuduh2 neh kerja tv3 ka umno ka apa ka. Sebab provokasi neh sesiapa sahaja boleh buat dan terlibat. Tapi hakikatnya, provokasi seperti neh lebih memihak kepada kerajaan bilamana tv3 siarkan berita yang separuh2. Jadi, bila orang sangka bahawa umno = pecetus provokasi, tv3 tak boleh nak salahkan persepsi rakyat sebab tv3 sendiri yang salah bila memilih untuk tidak melaporkan fakta kes dengan lengkap. Faham?


Untuk rekod, aku rasa pelik kenapa dorang tak sorok2 bakar baju ka, masukkan dalam plastik ka apa ka. Napa saja nak biarkan diri agar dilihat orang? Ini satu kepelikkan bagi aku yang suka berfikir dalam2. Adakah sengaja biarkan diri dikantoi kemudian tuduh pr sebagai pecetus provokasi? Allah swt lebih tahu semua tue beb.

Sila perhatikan pula sesi temubual yang milosuam buat semalam.


Kita manusia neh tidak tahu. Tetapi Allah swt maha mengetahui. Hentikanlah politik kotor kepada sesiapa saja yang terlibat. 

Sumber video : Milosuam.

Ameno : Sadis..

Hot - Sedara Indon gua dapat ic beb !

Malam tadi aku mendapat satu berita panas. Berita neh memang benar2 menyakitkan ahti aku. Sebenarnya dalam family aku belah jauh2 adalah seseorang tue kahwin dengan anak [orang malaysia+indonesia] warga indonesia. Dan korang tahu tak setelah beberapa bulan tak jumpa dia, apa yang dia bagitau aku semasa kami berjumpa semalam?

Keluarga hasni [bukan nama sebenar ] sekarang seme dah ada ic.  Baru2 neh ada orang bawa seluruh ahli keluarga hasni, indonesia2 yang kat gombak tue.. naik bas pergi johor amek ic. Seronoklah dorang. Mak bapak hasni dah ada ic sekarang.. 

Hasni bukan memang ada dua ic ka?

Hasni.. tapi mak bapak dia takde. Mak tiri dia pun ada ic sekarang. Semua lah. Satu family termasuk abang dia sekali.

Abang dia lahir kat sini kan?

Abang2 dia kat indonesia tu..kiranya macam abang2.. berbelit2lah family dia..  aku pun tak faham sangat budaya orang sana.

Jap2.. maksud ko family hasni tue dah dapat ic tapi walaupun sebelum neh dorang memang takde ic kan? 

Haa.. dorang memang takde ic tapi dah ada ic sekarang. Kena sign pengesahan suruh undi bn. Baru dapat ic. Makan transport seme ditanggung masa pergi johor.

Amek ic kat johor rupanya. Aik.. jap2. Bukan kah family hasni tue memang dah lama duduk di malaysia? So kalau dia dapat ic pun takde lah pelik sangat. 

Memang lah tak pelik..tapi dapat ic senang2 je.. orang beratur nak dapat ic. Ada yang bayar rm10,000 untuk satu ic tapi dorang dapat senang2 je. Tapi bukan seme yang dapat tue dah lama duduk.. ada yang baru datang dalam 2,3 tahun pun dapat ic. Hasni tahu sapa yang dapat. Sebab dia kenal seme orang2 sana. Kawan2 dia lah katakan.

Untuk rekod, si hasni neh isteri kepada orang [yakni sedara] aku di atas neh. Dia neh memang ada dua ic. Dia warga malaysia dan warga indonesia. Tapi dia lebih sayangkan indonesia berbanding malaysia. Ini dia pernah bagitau aku sendiri dulu2 larh.

Aku kenal dia dan aku dah pujuk sedara aku agar dedahkan benda neh di media. Kalau boleh salurkan informasi kepada pimpinan pas. Tapi dia cakap, dia tak kisah..masalahnya family hasni lah. Dorang taknak dedahkan neh kepada umum. Rupanya dia dah pernah discuss benda neh dengan dorang. Tapi aku tetap rasa geram. Yelah.. aku faham gak situasi dia yang tersepit antara dua tapi neh masalah seriyus bhai.

Gambar ka, info ka apa ka pasal family hasni seme aku boleh bagi tapi masalahnya sekarang dorang belum lagi nak kerjasama. Itu je. Aduhaiii.. habislah malaysia neh. Habis seme dapat ic. Celaka lue bien. Lue melegokan negara wa demi kuasa. Fack U. Sorry. Baru i perasan sabar i rupanya ada limit. 

Info : Bapak si hasni ==> pemandu teksi. Takat tue je larh aku leh share sebab menghormati permintaan suami dia yang bimbang dan takut di apa2. 

Dari apa yang aku rasa menerusi suami si hasni neh yang asyik mengelak seme idea2 aku supaya salurkan info neh pada pimpinan PAS, dorang neh kebanyakkan takut. Samada takut dengan pr ataupun takut dengan bn. Takut dengan pr <== andai selepas identiti diserbu dorang takley cari makan lagi malaysia. Takut dengan bn <== takut kena bunuh. 

Jadi.. kita kena cari jalan lain untuk mengurangkan risiko kesakitan kepada sesiapa yang terlibat dan dalam masa yang sama, kena menjaga kedaulatan negara.

Nak hadiah menarik dari blackmores? Dah jadi pelanggan setia kena cuba rebut hadiah neh dulu! 

Menangi MPV dari Microsoft.. nak cuba nasib? 

Ameno : tension.

Buku : Kenapa Najib kena berambos dari kerusi Piem.

Kah kah kah..

Ini memang point yang tepat lagi fakta. Korang tengok bawah neh. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam buku terbabit ;




Mewujudkan kabinet kawan2? Ya. Sebab tue Shahrizat walaupun kalah still boleh jadi menteri dan senator. Tapi yang paling dayus sekali si najib neh ialah di mana walaupun terbukti wujud penyelewengan dana dalam NFC.. dia boleh buat derk je dengan shahrizat walaupun shahrizat tue salah seorang dari menteri di bawah dia.  

Jadi, bila orang buat persepsi.. adakah najib shahrizat berpakat songlap wang negara, dia tak boleh nak salahkan persepsi rakyat sebab rakyat luah apa yang dorang nampak. Apa yang rakyat rasa, dorang bagitau. Kalau najib seriyus menanggani korupsi dah lama dah dia serah diri ke sprm untuk disiasat sebab dia sendiri pun penuh dengan pelbagai isu penyelewengan.

Perlantikkan apco yang didedahkan oleh dsai sehingga membuatkan dia digantung dari parlimen antara isu paling panas sekali semenjak najib jadi piem. Ko fikirlah. Selama neh umno dok balon dsai 24jam cakap dsai agent yahudi lah, cia lah, jual negara lah, member rapat yahudi lah, anak beranak israel lah, last2 sapa yang kantoi bodoh? 

Sapa yang bayar yahudi zionist untuk jadi perunding? Umno juga. Sapa yang izin product israel masuk malaysia? Umno juga. Sapa yang izin kapal israel berlabuh di malaysia? Umno juga. Boleh je nak marah orang yang sokong israel bagai neh, boleh. Tapi pastikan diri sendiri pun clear dari israel. Jangan balon seolah2 macam ko benci israel tapi dalam masa yang sama ko sendiri yang shake hand dengan yahudi bagai. Itulah nama dia hipokrit. Bini sapa yang kayakan yahudi dengan beli barangan mewah? Bini sapa? Sebutlah najib kalau lue berani.

Dan janganlah sesekali membandingkan konsep 1malaysia tue sama macam pas for all dan menyamakan ia dengan israel. At least pas tak perlu bayar kepada sesiapa untuk dapat idea tersebut. Persamaan? Lumrah lah bhai. Itu buktinya akal pas cerdik. Idea pas for all yang konon nya ditiru dari israel oleh pas, ialah pas dapat percuma. Tiada pembayaran kepada mana2 israeliat or mana2 syarikat. Tapi umno? Mereka bayar untuk 1malaysia. rm77juta. Jadi, siapa yang bodoh dan bengap sekarang? Lue fikirlah sendiri.

Tidak tegas dan flipflop adalah antara sikap najib yang satu malaysia tahu. Hari neh cakap A. Esok cakap B. Hari neh bina menara warisan guna wang rakyat. Esok cakap ia pelaburan swasta. Hari neh pongpang pasal email 1malaysia projek bernilai rm50juta, esok kata percuma, lusa cakap berbayar 0.50sen. Tak ke bodoh nama nya tue? Nak hurai pasal neh memang banyak. Aku rasa aku pun dah layak buat buku kenapa najib kena berambos dari kerusi piem. Malahan aku rasa rakyat malaysia rata2 memang layak dah menulis pasal tue. Heh.

Bab manipulasi media yang melampau pun sama gak. Amek wudhu pun masuk paper. Solat pun dia tayang. Pergi haji pun hari2 tv3 lapor. Apa ke bengap nya piem macam neh? Ko taknak orang cakap2 pasal peribadi ko, jadi ko jangan tayang or hebah. Ko tak payahlah upload seme benda2 peribadi dan minta orang komen bagai. Bila ko sendiri dah berani nak tayang ko sendiri kena berani terima akibat jika ada komen2 negatif yang wujud.

Aku tak pernah tengok pun piem2 sebelum neh beria2 sakan upload bagai gambar2 depa buat ibadah ka apa ka tapi ko neh memang luar biasa sikit. Gambar naik bas mewah pun dipromote bagai sebagai mendekati rakyat. Kalau setakat naik sehari tue toksah cakap. Ia ibarat melancong jek bagi ko. Aku cabar ko naik hari2 lah. 

Janganlah dibandingkan dengan pemimpin2 pr. Sebab yang beria2 nak tayangkan dia itu menteri pro rakyat ialah najib. So buktikanlah. Apasal nak heret pemimpin pembangkang pula? Lagipun sekarang sapa piem? Lue ka dsai? Dan macam biasa mereka akan cakap ini zaman fb dan twitter. Menteri dulu mana ada. 

Peh. 

Alasan tak boleh pakai. Twitter dan fb apa menda nye weh? Sendiri tak boleh kawal ka apa2 benda yang nak di upload dan share di wall masing2? Lagipun, yang sebenarnya tv3 dan paper larh yang paling banyak promote benda alah neh. Faham tak? Zaman dulu2 tv3 dan paper dah wujud kan? Itu tak masuk lagi bab rosmah mansur. Toksah cakaplah weh. Aku sampai fikir, rosmah piem ka najib yang piem? Heh.

Aku rasa buku neh sememangnya telah menterjemahkan luahan ahti rakyat biasa macam aku. Dan najib pula macam biasa, apa dia heran kan selagi dia di atas. Sebab tue aku nak nak nasihatkan najib beramboslah. Beramboslah sebelum diberamboskan.  

Nota : Gambar sumber rakan online yang send via email. TQ.

Ameno : Pemimpin [product] bersilih ganti. Jadilah peniaga [rakyat] yang bijaksana.

Monday, November 28, 2011

Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu



Ampuni lah kami Ya Allah swt.. apa lah kesalahan kami sehingga mendapat menteri bengap macam neh. Mesti ada silap salah kat mana2 sebab tue wanita neh menjadi menteri malaysia walaupun dia neh terbukti bengap. Bacalah kenyataan dia kat bawah neh. Terbukti dia neh memang tak tahu malu. Standard menteri umno gamaknya..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.[1]

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. [2]Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.


"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.[3]

"Keimanan kita, keikhlasan kami [4]tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.-MK-

1. Sebenarnya apa yang ko buat neh bukan merujuk kepada perbuatan sabar. Sebaliknya ko sedang berdegil mempertahankan salah laku yang melibatkan diri ko. Bercakap pasal sabar + tenang + jangan cepat melatah itu ialah merujuk kepada rakyat. Bersyukurlah kami neh rakyat malaysia. 

Kalau di luar negara sana dah lama dah ko mampos. Dah lama dah bn dan umno terkubur. Dah lama dah bangunan dibakar, rusuhan, dan berlaku pelbagai perkara lagi. Bersyukurlah weh pemimpin2 umno.. bersyukurlah yang korang tue ada kami sebagai rakyat malaysia yang tinggi dengan kesabaran.

2. Ya, ko lah orang NFC yang sedang ditanya. Nafilah banyak2. Tapi kesudahan nya tetap sama. Ko tetap orang NFC walaupun ko guna segala macam jentera bagi menafikan fakta tersebut.
3. Hahaha.. balik2 pembangkang. Balik2 pembangkang yang ko sebut. Yang persoalkan ko neh bukannya pasal pembangkang tapi pasal penyelewengan ko. Bila ko nak sedar diri dan melihat kesalahan diri sendiri shahrizat?

4. Ko ialah orang yang tidak layak cakap pasal keikhlasan. Sebab ko sendiri tidak ikhlas. NFC sebagai bukti. Kalah parlimen tapi jadi menteri jadi senator. Lagi bercakap pasal ikhlas? 

Haktuihhhhhhhh... jadilah menteri pertama yang menerima ini dari aku. Aku belum lagi buat pada mana2 menteri kerana atas dasar hormat walaupun marah. Tapi memandangkan ko jenis tatau malu jadi jangan pernah marah andai tiada orang akan hormat pada ko lagi. Sekian.

Ameno : Menteri muka tebal. Dah tidur sekatil lagi takde kaitan? Waklue!

Shahrizat tenang hadapi isu NFC.



Semalam aku ada beli paper berita minggu. Saja je beli pasal nak baca paper. Dah lama rasanya tak beli paper neh. Selak punya selak ada lah terkeluar berita kat atas neh. Tajuk berita ==> Shahrizat tenang berdepan projek lembu. Heh. Tenang bhai. Dah songlap duit juta2 dia masih boleh tenang lagi. Ini bererti benda neh dia dah biasa buat. Orang kalau tak biasa buat, usah kata juta2, kalau ringgit2 even sen2 pun jiwa rasa tak tenteram. Jiwa jadi kacor. Lumrah biasa bagi manusia yang tak suka songlap.

Tapi neh berbeza buat shahrizat. Dia masih tenang, cool dan siap pergi umrah lagi. Selepas semua penyelewengan yang membabitkan diri dia terbongkar dia masih ada mood pergi umrah. Peh. Tabik. Jauh sekali dia nak buat permohonan maaf secara terbuka ataupun mengaku salah sebaliknya dia jalan2 sambil lari2 pergi umrah supaya orang melihat dia sebagai seseorang yang cintakan ibadah. Sorry geng. Aku tahu pasti ramai yang marah sebab usik peribadi dia. Satu benda yang aku sendiri pun akan marah kalau orang usik peribadi aku.

Tapi beb, seseorang yang melakukan jenayah tidak boleh menggunakan alasan pergi umrah dan haji bagi membuktikan bahawa dia ialah bersih dan alim. Ini salah. Haji ataupun umrah bukan alat or excuse. Andai dia berada di pihak yang benar bagi fakta, bagi dokumen, bagi hujah defend dan bersihkan diri dia. Baru betul.

Walaupun aku tidak suka main peribadi orang tapi dalam situasi neh dia sendiri yang sengaja biar orang usik peribadi dia. Apatah lagi dia sempat bagi jawapan tongong. Lihat anak panah. Dia boleh cakap ini asam garam dalam dunia politik. Asam garam waklue!

Ini pasal duit. Duit yang terbabit bukan makan ribu tapi juta. Itupun bukan isu. Isu sebenarnya ialah dia sebagai seorang menteri sememangnya tidak pernah sampai bila2 pun boleh layak mendapat projek neh waima guna nama laki dia or anak dia sekalipun. Dia patut faham law neh. Neh basic sahaja beb.

Aku dah jelaskan banyak kali kenapa dan mengapa dia tak boleh layak. Dia neh memang keras ahti. Dia memang jenis spesis yang tak faham bahasa. Ataupun lebih tepat seorang penjenayah yang tahu dia melakukan jenayah tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sedang melakukan jenayah sebaliknya memaksa orang lain menerima jenayah yang dia lakukan adalah perkara biasa dan normal.

PAC sendiri pun menjelaskan [lihat sini] bahawa NFC mempunyai masalah penyelewengan yang sangat serius. Mereka ubah matlamat [goal / sasaran] bila gagal capai apa yang telah dimuktamadkan sebelum neh. Aku pernah bagitau dulu, menjelang tahun 2015, nfc patut proses 60,000 ribu lembu setahun, tapi matlamat itu di ubah kepada 60,000 ribu ekor lembu harus di hasilkan menjelang 2015. Faham tak? 

Meh tengok sini ;

Target asal ==> 60,000 ekor setahun menjelang 2015. = tahun demi tahun bilangan proses lembu patut meningkat. Contoh tahun pertama proses 12k, tahun kedua kena up lagi, 22k, tahun ketiga 33k dan begitulah seterusnya sehingga kita berjaya produce 60k setahun bagi menampung permintaan, keperluan, eksport dan menghasilkan pendapatan untuk negara dan rakyat.

Target di ubah ==> 60,000 ekor lembu sehingga 2015. = tahun demi tahun tak kesahlah berapa nak proses lembu jadi menjelang 2015 lembu yang telah dihasilkan mestilah 60,000 ekor jumlahnya.

Heyyyy.. 

Lue sendiri gagal achieve gol, lue lah yang salah bhai. Lue kasi keluar lah dari ini perjanjian. Apa pasal pula negara kena akur dengan kelemahan lue dan ubah sasaran pula? Faham tak?

Haizhh.. dah lah .. sakit ahti siot bercakap pasal isu nfc neh. Bukti dah bagi, fakta dah sebar, tinggal lagi korang kena analisis dan faham betul2 apa sebab isu nfc neh kita kena hentam kerajaan habis habisan. Marah aku, marah aku. Marah ko, aku tak boleh nak tentukan. Sebab tue disuggest pergi baca dan fahami fakta nfc neh. Supaya korang leh boleh faham apa sebab isu neh patut diselongkar habis-habisan.

Janganlah biarkan diri dipijak oleh pemimpin yang rakus. Dalam isu penyelewengan sepatutnya rakyat sesama rakyat kena sama2 bersatu tegur pemimpin yang salah guna kuasa. Tapi dalam isu nfc aku lihat ramai penyokong umno jadi buta ahti membela penyelewengan pemimpin mereka.  Hairan.

Nota : Jangan balas hujah dengan pongpang meroyan pasal nik aziz syiah ka, pas bela kafir ka, apa ka. Kalau nak meroyan sangat, boleh. Sila lah bunuh diri sendiri sekarang juga. Sekian.

Ameno : Orang gila makin banyak.  Save malaysia.

Saturday, November 26, 2011

Ketua AMK disaran masuk longkang.

Elok lah pun. Sesuai sangat. Jangan salahkan orang yang sarankan dia masuk longkang sebaliknya salahkan diri sendiri sebab bertindak bodoh padahal dia ialah seorang ketua. Aku ingat dulu time aku kutuk keras sekeras kerasnya tindakan AMK [di bawah arahan shamsul] dan UMNO yang bergadoh bagai rak di dalam masjid atas isu sumpah eskay.

Masa tue toksah cakaplah berbakol2 manusia totok AMK yang maki aku bagai. Peh. Tabik. Label boleh menghalalkan cara. Bila umno buat, ia confirm salah tapi bila AMK buat ia boleh jadi halal. Benda neh dah lumrah dalam politik Malaysia. Dah ada banyak contoh kes. Tapi itu bukan agenda utama disini. Agenda utama disini ialah menyarankan Ketua AMK masuk longkang. Heh.

Bukan mudah nak jadi seorang ketua. Tapi bila dah jadi seorang ketua kenalah berakhlak sebagaimana seorang ketua patut berakhlak. Jangan mempersoalkan orang yang mempersoalkan ketua. Ada sebab kenapa seseorang itu tidak menjadi ketua. Posisi terbaik dia ialah menegur maka itulah yang dia buat. Jika seorang ketua rasa posisi terbaik dia ialah mengetuai satu2 kepimpinan, maka silalah pergi kepada perkara tersebut. Jangan merepek dan melalut tak tentu pasal.

Ketua AMK yang bernama shamsul neh sudah memasuki frasa merepek.Eloklah bagi dia ubat cepat2 sebelum frasa merepek bertukar menjadi frasa nyanyuk. Isunya mudah. Dia tak seharusnya pandai2 mengeluarkan statement bahawa bersih 3 akan berlaku andai dsai dipenjarakan. Ini akan melahirkan persepsi bahawa ;

bersih 3 = dsai ke penjara = perjuangan bersih 3 untuk pertahankan dsai.

Gila ke apa? Sapa pula yang sanggup buang duit segala bagai untuk berdemo di atas jalan demi dsai? Okey.. katakanlah mungkin ada. Tapi aku tiada minat untuk berbuat demikian. Kenapa? Mudah sahaja. Daripada aku sibuk bergolek atas jalanraya demi dsai lebih baik aku berdemo tentang sesuatu yang boleh memperbaiki kehidupan aku. PR takan mampos walaupun DSAI takde. So usahlah membodek bagai.

Di zaman yang serba membebankan neh, elok lah jangan pentingkan diri sendiri. Hidup kena belajar realistik. Hidup pun kena pandai guna akal strategik. Lebih baik kerahkan tenaga untuk jatuhkan bn dari pimpinan berbanding demo pasal dsai. Bila bien jatuh, itukan bererti dsai bebas.

Dasar2 dan polisi2 dalam kerajaan sekarang neh moderate tetapi tidak diutilizekan sepenuhnya. Maksudnya dasar cantik tapi tukang pelaksana corrupt. Dengan berdemo di atas jalanraya andai dsai dipenjarakan adalah membuang masa semata2. Apatah lagi menggunakan medium seperti bersih. Ini ialah salahguna perjuangan. Bersih ialah untuk menuntut pilihanraya yang adil. Bukan untuk menuntut pembebasan dsai [andai dipenjarakan]. 

Jika shamsul mahu berdemo, maka silalah berdemo tanpa membabitkan bersih. Ini perlu kerana kita tidak mahu timbul salah faham dan tuduhan dari kerajaan bahawa bersih ialah alat pembangkang untuk melakukan demo itu ini.

Perkara yang sama juga merujuk kepada statement shamsul bahawa kerajaan perlu gubal undang2 bagi memastikan hanya orang melayu je boleh pimpin Malaysia. Mahathir sudah membuktikan bahawa seseorang yang berdarah india pun boleh jadi PM. So apa masalahnya si shamsul neh pongpang pasal isu bangsa? 

Sepatutnya shamsul pongpang tentang islam. Minta umno gubal perlembagaan hanya orang islam yang beriman dan bertaqwa jek boleh pimpin Malaysia. Ini perlu kerana seorang pemimpin yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt tidak akan menyakiti orang lain tak kira samada muslim ataupun bukan islam. Tetapi seorang pemimpin melayu belum tentu.

Sudah sampai masanya untuk orang islam di dalam parti PKR membuktikan bahawa Islam melindungi semua termasuklah hak2 kaum bukan islam. Sudah sampai masanya untuk orang islam di dalam PKR bersikap sebagaimana orang islam patut buat dari dulu lagi. Nampaknya shamsul hanya mampu bersikap seperti seorang melayu-umno. 

Sepatutnya orang islam dalam PKR gunakan label islam mereka untuk menerangkan apa itu islam sebagaimana pas buat dengan ahli2 bukan islam.  Tak boleh? Hanya pas jek layak? Atau hanya pas je yang wajib? Heh. 

Nota : Sama2 doakan agar shamsul kembali sembuh dari virus umno. 
Respon dari sini dan sini.

Ameno : Ingatlah apabila kita menerangkan apa itu islam kepada orang bukan islam, itu bukan bererti kita sedang memujuk mereka masuk islam sebaliknya kita sedang mengajar mereka tentang sistem islam. Islam juga ialah satu sistem sebagaimana sistem kapitalis, komunis, sosialis dan etc. Adakah apabila kita belajar pasal kapitalis, tiba2 kita tukar agama? Tidak. Jadi, betulkan salah faham terbesar neh dikalangan umat bukan islam supaya mereka faham apa itu islam

Rakyat harus insaf - Rais Yatim.

Aku berani nak anggap Rais Yatim neh bodoh nak mampos. Sorry rais, aku bersikap jujur disini. Pasal apa aku cakap begini dengan ko? Mudah. Sila ko baca balik statement ko di bawah neh terlebih dahulu ;

Rakyat harus sedar tentang objektif program-program yang diperkenalkan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan mahu membantu mereka memiliki masa depan yang lebih baik. <--  Sedar. Dah lama sedar. Program2 yang dianjurkan oleh kerajaan memang ada yang bagos tapi tak seme. Tapi masalah pokok ialah bukan pada program. Masalah pokok ialah pada pelaksana.
Tukang pelaksana program tidak jujur dan tidak amanah. Dia buat satu program dan war2 di media tapi golongan yang dibantu adalah sangat sedikit. Ambil satu contoh mudah, rumah pprt. Program bagos tapi ramai yang tidak layak pun dapat pprt sebab apa? Sebab tukang pelaksana itu tidak jujur. Bila kita komplain, kemana naiknya komplain kita? Tidak kemana2 pun.
Dulu2 pernah kita [rakyat] fikir bahawa alah, kerajaan taktahu ada kakitangan mereka yang jahat tapi sampai bila? Sampai bila alasan neh boleh bertahan dalam dunia yang serba canggih neh? Walaupun beribu complain yang naik ke pihak atasan tapi masalah sama masih berbangkit, kenapa? Sebab, undang2 yang digunakan untuk menghukum mereka yang menyeleweng tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Pasal tidak dikuatkuasakan kerana ia melibatkan orang dalam sehingga ke peringkat atasan, penyelewengan dana kerajaan berleluasa dan masih terus berlaku. Isu sekarang, bukan rakyat tak percaya pada program kerajaan tapi rakyat hilang hope + trust pada kerajaan yang sedang memerintah. Bagi lah, buat lah apa sahaja program pun, jangan pernah mimpi rakyat nak terbeli balik pasal dah muak. Jadi, kesimpulannya kita [rakyat] tiada masa depan yang baik dengan bien.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, justeru rakyat perlu memberi sokongan dan dokongan kepada program-program ini agar ia dapat diterjemahkan dengan lebih baik.

"Pembangkang tidak dapat buat perkara-perkara seperti ini walaupun mereka mempunyai pelbagai teori, jadi kita harus insaf bahawa di bawah gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, kita harus memberi dokongan kepada yang benar. <-- Insaf? Apa dia? Insaf??? Adakah rakyat sedang tersasar dari landasan sebenar hingga perlu kepada insaf? Siapa yang kena insaf neh wehh? Program2 yang dilaksanakan oleh pr ada banyak especially PAS.
Walaupun medium sebaran seperti tv dan paper dikuasai oleh umno dan bn. Walaupun dalam keadaan yang sangat menghimpit pas mampu hidupkan PASTI dan SAR. Walaupun dalam keadaan yang serba membebankan PAS mampu membina rangkaian perniagaan untuk memberikan sumbangan kepada masjid2 dan mengimarahkan masjid2 setempat. Walaupun dalam keadaan yang serba dihina dan dicaci media umno, pas mampu mengutip zakat dan terus beri kepada asnafnya.
Ko takmalu ka umno? Dalam keadaan kaki, tangan, mulut pas yang diikat, pas lebih baik menghidupkan program berbanding umno. Jadi, siapa yang perlu insaf sekarang neh? Andai pas ialah pusat, lebih baik lagi dari ini dapat dilakukan oleh pas. Tapi sayang, orang islam sendiri hanya pandai pongpang pasal islam tapi bila mengundi.. mereka tetap pilih yang sebaliknya. Allah swt menguji anda disitu. Jadi, siapa yang perlu insaf sebenarnya?


"Ini saya rasa salah satu pencernaan perjuangan rakyat sendiri selain kerajaan juga memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jelebu 2011, di sini semalam. — Bernama

Bantuan 100.00 dan 500.00 akan dicanang oleh umno untuk seumur hidup neh sampai naik kematu telinga kita mendengarnya. Percayalah. Allah swt pun tak pernah berfirman begini berkali2 dalam Alquran. Tatau dasar mengungkit umno neh ditiru dari mana. Heh.

Tiger Balm kini dalam bentuk plaster! Nak tengok ? 

Ameno : Pergilah mampos dari menyusahkan orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...