Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Oktober 2011

Elaun kenaikan Ahli Parlimen akan tetap dibahaskan ye?

Nanti dulu. Kalau tetap dibahaskan ini bermaksud usul kenaikan elaun ahli parlimen belum ditarikbalik. Faham tak? Walaupun nazri sendiri kata usul tersebut telah ditarikbalik sebelum neh. Kalau telah ditarikbalik apa pula perlu dibahaskan lagi? Andai ia diperbahaskan, ini bermakna ia ada harapan untuk dinaikkan. Alamak. Lihat bawah neh beb ;




Sekarang aku fikir macam neh ;

Najib : Marilah kita naikkan elaun2 kita neh. Kos sara hidup dah makin meningkat walaupun kita pergi mana2 pun free je. Beban kerja kita dah bertambah2 walaupun kita bukan buat kerja sangat. Moh lah kita pakat2 sefahaman naikkan elaun kita.

Anwar : Taknak aku. Rakyat merempat sana sini ada ahti nak naikkan elaun.

Rakyat : Gila larh korang. Kerja dah larh malas. Turun padang time pru je. Itupun nak naikkan elaun ? Dah lama pergi sana sini di tanggung habis itupun tak cukup2 lagi ke?Apa yang korang buat dengan elauan bulanan rm10ribu + elaun tol rm5k sebulan? Joli sampai mampos ka?

Najib : Rakyat dah bengang neh.. adeh camne? Botak kepala aku fikir nak balon duit rakyat neh..

Rosmah : Takpe bang.. kita kan ada mp bebas dan menteri bebal. Marilah kita gunakan mereka sebagai umpan. He He He

Najib : Hehehe.. nazri ko pergi cakap bahawa usul neh telah ditarikbalik bukti kerajaan dengar pendapat rakyat. Chookeong ko pergi bantah penarikkan balik usul neh dan bagi lah alasan merapu2 supaya kita boleh bincangkan juga hal neh dalam parlimen.

Nazri : Usul kenaikan elaun ahli parlimen telah ditarikbalik. Kerajaan bn sering mendengar luahan rakyat dari segenap segi. Kami prihatin dan juara rakyat.

Choo keong : Saya tidak setuju. Kita berhak bincangkan hal neh dalam parlimen walaupun tukang usul [najib = bn] telah tarikbalik idea bodoh neh. Saya tetap nak bahas. Saya sokong perbahasan neh. Kita boleh dan berhak bahaskan ia. Saya akan buat usul untuk bahaskan ia dalam parlimen nanti.

kah kah kah

Faham tak?

Watak di atas neh ialah rekaan saya semata2. Sapa makan cili dia rasa pedas. Sapa makan pisang, dia rasa pisang, sapa makan sup, dia rasa sup. Ehh betul kan? 

kah kah kah

Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Pakat2 habiskan duit belaka

Kos lawatan Najib ke kazakhstan ialah RM1juta.

What the hell is this?

RM1JUTA untuk pergi urus kahwin anak sambil berlakon buat2 kerja?

Baca bawah neh ;

Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.

Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.

Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.

Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.

Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19. -harakah-

Kesimpulan nya ialah ;

Najib, lue pergi kazakstan berapa kos nya?

1juta lebih sikit.

Berapa hari najib?

Lima hari je.

Bila najib?

5,6,7,8,9 jun

Owh..

5 hari = 1 juta lebih. 

Tahniah.

Rakyat malaysia memang suka jimat cermat neh najib. Harap lepas neh iklan jimat cermat edisi baru leh dikeluarkan pula yer.

Lepas tue lue pergi mana najib?

Turkmenistan

Berapa kos nya najib?

Murah sket berbanding negara jiran.. iaitu 300 ratus ribu lebih je.

Berapa hari najib?

Dua hari jek.

Cantik.

Ini salah satu cara untuk mengalakkan ekonomi malaysia. Amalan jimat cermat untuk rakyat marhaen je bhai.

Dan dengan neh aku pun nak ucapkan

f*ck

kepada najib. Sekian. Bai.

Ameno : lima hari sejuta.. dah 2 tahun berapa plak?

Kenapa kita kena tolak subsidi.

Rakyat malaysia, kita semua kena tolak subsidi. Kenapa kita kena tolak subsidi? Apa yang best sangat subsidi neh? Kenapa mesti ada subsidi? Apa itu subsidi?

Subsidi ialah istilah yang kerajaan cadangkan dan canangkan kepada kita.  

Maksudnya disini ialah ;

Bagi kerajaan apabila mereka menghulurkan hak rakyat, ia adalah bukti bahawa kerajaan sedang buat kerja. Bagi memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa kerajaan sedang buat kerja, maka istilah subsidi dicadangkan. Apabila rakyat ditarbiah dengan perkataan subsidi secara automatiknya rakyat akan ditampal dengan rasa prihatin dan kasih kepada kerajaan. Bagi mereka, tanpa kerajaan bn maka tiada lah subsidi walaupun secara fakta subsidi ialah hak milik rakyat samada kerajaan buat kerja ataupun tidak buat kerja.

Sebab itu cadang dan canang istilah subsidi neh diperluaskan oleh kerajaan agar rakyat tidak berpaling dengan mengundi yang lain. Walaupun seteruk mana mereka menyeleweng, sejahat mana mereka merompak wang rakyat, andai dijaja isu subsidi maka rakyat sedikit sebanyak akan mengenangkan jasa BN.

Kita harus membetulkan balik maksud sebenar subsidi disini. Selagi mana istilah subsidi tidak dibetulkan selagi itulah kerajaan akan mengambil kesempatan terhadap rakyat dengan istilah tersebut.

Apa yang best sangat subsidi neh?

1. Subsidi ialah hak. Hak neh selayaknya diberikan kepada pihak yang berhak. Adakah semua rakyat malaysia berhak menerima hak masing2? Ya. Semua rakyat malaysia dan bukan rakyat malaysia berhak menerima hak masing2 berdasarkan kepada perlembagaan negara.

2. Contoh kes ;

Subsidi petrol. 

Petrol ialah kegunaan orang yang memiliki kenderaan. Andai kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk orang2 miskin dan mestilah berwarganegara malaysia, maka itulah yang harus dilaksanakan oleh kerajaan.

Dengan mengagihkan subsidi kepada golongan yang berhak dan layak, kerajaan boleh menggunakan wang selebihnya untuk perkara2 yang lain. Contohnya ;

meningkatkan fasiliti dan gaji kakitangan hospital kerajaan agar setanding dengan perubatan swasta. Kita tidak mahu lagi wujud orang2 begini ;

- rakyat terpaksa berusaha keras untuk menjadi kaya raya atas tuntutan hidup. Mereka mahukan perubatan yang baik, mereka mahukan pendidikan yang baik, mereka mahukan rumah yang baik, mereka mahukan kualiti hidup yang baik tetapi semua itu memerlukan kos yang sangat tinggi, disebabkan itu dikalangan mereka ada yang berusaha menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat. Seolah2 matlamat mereka adalah hidup demi duit. Dan mengabaikan aspek2 yang lebih penting seperti kerohanian, agama, dan pergaulan sosial.

- rakyat yang miskin pula terpaksa merayu2 mengharapkan bantuan dan simpati. Walaupun mereka sedar mereka memerlukan bantuan tetapi mereka juga ada perasaan malu. Ada yang gagal dapatkan bantuan sehingga mati akibat tidak mampu merawat penyakit.

-  faktor gaji yang rendah di kalangan pekerja kerajaan menyebabkan pekerja2 di hospital kerajaan kurang berdaya saing. Mereka bukan sahaja kerap marah, tidak mesra pelanggan, malahan ada di sesetengah hospital, mereka tidak mematuhi piagam yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian, kecacatan, dan sebagainya. Andai lebihan subsidi digunakan untuk menaikkan gaji mereka agar selevel dengan beban kerja mereka, sudah tentu faktor kekurangan pegawai perubatan dapat di atasi sekaligus mengurangkan beban mereka.

Selain itu, sudah sampai masanya kerajaan menghulurkan lebihan subsidi kepada perkara2 yang lebih memerlukan perhatian. Antara cadangan ialah melantik badan bebas yang memantau operasi hospital kerajaan secara berkala dengan mengejut dan berlakon sebagai pesakit. Cara sama boleh digunapakai untuk semua agensi kerajaan bagi meningkatkan kecekapan pekerja kerajaan.

Sesetengah orang akan bertanya, kenapa subsidi untuk orang miskin je? Bagaimana dengan orang kaya? Apakah kami tidak membayar cukai? Kenapa hanya kami sahaja yang perlu memberi lagi dan lagi?

Ada banyak sebab kenapa subsidi hanya untuk golongan yang berhak. Orang yang berhak menerima subsidi, bukan sampai bila2 hanya akan menerima subsidi. Mereka juga perlu di ajar agar keluar dari kelompok penerima subsidi. Ini perlu dilakukan supaya mereka boleh berdikari dan subsidi disalurkan pula kepada golongan yang lain. Keadaan neh akan berterusan, sehinggalah tiada lagi rakyat malaysia yang layak menerima subsidi.

Penerima subsidi juga tidak boleh dibuat berdasarkan bangsa dan agama. Ia harus dibuat berdasarkan rakyat malaysia. Sesiapa yang miskin dan perlukan bantuan, maka dia seharusnya layak menerima tanpa kira bangsa dan anutan dia.

Andai kata penerima subsidi dikurangkan, sudah tentu kerajaan ada lebihan wang. Maka dari sini, golongan kaya akan menerima faedah. Sudah semestinya lebihan wang akan disalurkan kepada sektor pendidikan, pengangkutan, perubatan, jalanraya, harga kereta yang lebih rendah dan sebagainya. Untuk sektor2 seperti neh, tidak patut ada tingkat perbezaan di antara golongan kaya dan miskin. 

Jika kerajaan mampu sediakan sekolah satu sistem yang efisien, sudah tentu orang2 kaya akan menghantar anak2 mereka belajar di sekolah kerajaan. Yakni, mereka mampu lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan untuk anak2. Dari sini, mereka dapat kembali merasa pembayaran wang cukai mereka. 

Jika kerajaan boleh hapuskan tol dan tingkatkan tahap keselamatan, sudah tentu ianya akan dirasai oleh semua golongan tanpa kira kaya dan miskin. Yakni, mereka dapat kurangkan kos perjalanan dan bayaran untuk menjaga keselamatan masing2. Dari sini, semua rakyat malaysia berhasil menikmati kembali cukai yang mereka bayar.  Sudah tentu orang2 kaya tidak akan merunggut lagi kenapa mereka perlu bayar lebih.

Jika kerajaan boleh wujudkan pasaran kos pendidikan yang berpatutan untuk semua rakyat malaysia, dengan kualiti pendidikan yang setara dengan tahap piawaian antarabangsa, sudah tentu orang2 kaya tidak akan salurkan wang ke luar negara bagi menghantar anak2 belajar di luar negara.  Yakni, mereka dapat lakukan penjimatan dari segi kos pendidikan lanjutan untuk anak2. 

Sebaliknya kita yang akan menarik pelajar luar masuk ke malaysia. Suasana seperti ini sudah tentu akan dirasai oleh golongan2 kaya dan sudah tentu mereka seronok kerana dapat merasai kembali hasil pembayaran wang cukai mereka. 

Jadi, tolak subsidi kita boleh maju?
Ya. Sudah tentu.

Tapi kenapa hanya subsidi yang membabitkan rakyat? Bagaimana pula dengan subsidi untuk kroni kerajaan?

Kita akan tolak semua bentuk subsidi. Bukan hanya rakyat sahaja perlu di educate untuk mengeluarkan diri dari kelompok subsidi, kerajaan pun sama. Kita tidak mahu lagi wang kerajaan digunakan untuk bailout MAS, PROTON dan lain2 GLC. 

Kita juga tidak mahu kerajaan wujudkan subsidi IPP untuk syarikat2 besar seperti YTL. Subsidi untuk rumah rasmi PM dan TPM pun tidak perlu. Sudah sampai masanya untuk kerajaan beli rumah rasmi sendiri, dan hanya gunakan api dan elektrik jika ada urusan rasmi yang mewajibkan penggunaan rumah terbabit.
6 perkara yang paling penting ;

pendidikan

pengangkutan

sara hidup yang berpatutan

keselamatan
kesihatan

rumah

Kita dapat tinggal dengan selesa, kita boleh membeli belah dengan selesa, kita boleh bergerak dengan selesa, kita boleh belajar dengan selesa, kita boleh mengubati penyakit dengan selesa, sambil hidup dengan tahap keselamatan yang selesa, lalu apa lagi yang kita inginkan dalam kehidupan neh? 

Kerajaan sekarang tak boleh bagi apa yang kita inginkan di atas. Subsidi hanyalah ubat untuk mengkhayalkan kita. Sampai bila kita kena hidup berasaskan subsidi? Kerajaan sepatutnya salurkan subsidi kepada golongan dan sektor yang memerlukan sambil mendidik masyarakat betapa peri pentingnya untuk keluar dari kehidupan bersubsidi.

Dalam waktu yang sama, kerajaan juga sepatutnya tidak menyalahgunakan istilah subsidi untuk kepentingan politik mereka. Subsidi ialah hak kepada mereka yang berhak. Subsidi itu sendiri ialah antara cabang kerja yang kerajaan kena laksanakan dengan telus. Bukan nya mengagihkan ia kepada golongan tertentu [kroni] dan menyasarkan kepada penyokong mereka sahaja. Suasana seperti ini menyebabkan rakyat malaysia berbalah sesama mereka.  

Yang layak mendapat subsidi, merunggut kerana tidak dibantu. Yang tidak layak pula, merunggut kepada orang lain dengki dia dapat, yang tidak dapat pula hairan kenapa mereka berbalah, sedangkan dia boleh hidup walaupun tanpa subsidi, meskipun dia agak marah kerana terlalu kerap memberi daripada menerima kembali wang cukai mereka dan begitulah seterusnya. Dan sampai bila2. Andai yang hak tidak menerima hak, yang tidak berhak, menerima hak dan yang tidak layak seringkali dipaksa mengeluarkan hak sehingga melebihi dari apa yang sepatutnya.

Memandangkan kerajaan sekarang gagal educate rakyat apa itu subsidi dan sering mencandukan kita dengan subsidi, maka kita kena cari jalan lain untuk ubah cara hidup dan pemikiran kita agar kita lebih maju ke depan berbanding negara2 lain. Kita kena sentiasa berfikir bahawa kitalah perintis dan bukannya pengikut.  

Untuk langkah pertama, kita kena ubah kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang tidak pandai menguruskan malaysia dan malaysians. Kita kena berani mengubah andai kita mahu berubah. Kita tak pernah rugi apa andai menolak kerajaan corrupt. Tetapi kita akan rugi berterusan andai undi kerajaan yang rasuahkan subsidi semata2 demi undi.

Lagipun, ini baru isu penyelewengan wang subsidi. Kita belum ambilkira penyelewengan wang zakat lagi.  Jika kesemua neh di ambilkira, maka kita akan faham betapa teruknya kita di aniaya oleh kerajaan selama neh.

Sudah sampainya masa untuk kita menolak subsidi. Kita mampu berdikari dengan usaha dan kaki kita sendiri. Buktikan ia dengan menolak BN terlebih dahulu.

Ameno : Apa pun nak menipu lah kerajaan neh..

Isnin, 10 Oktober 2011

Rosmah Mansur Menteri Kewangan ketiga.

Ya. Betul. Tak percaya? Tengok bawah neh ;



Nampak? Tengok bahagian yang bertanda tue. Nampak tak?  

Isu nya ialah ;

1. Najib buat lawatan mesra dengan kakitangan kementerian yang terlibat dalam penyediaan laporan bajet 2012.

2. Najib buat sekali perjumpaan tertutup dengan pegawai2 kanan penyedia laporan terbabit.

3. Mem kita, rosmah mansur turut ikut serta dalam lawatan mesra dan perjumpaan tertutup terbabit.

What?

Lawatan mesra = okey.

Perjumpaan tertutup = disokey.

Siapa mem rosmah neh? Apa jawatan rasmi dia dalam kerajaan? Kenapa dia ikut serta dalam perjumpaan tutup yang membincangkan perjalanan kewangan negara?

Jawapan nya ialah ;

ROSMAH MANSUR IALAH MENTERI KEWANGAN KETIGA ALIAS MENTERI BAYANGAN KEPADA NAJIB RAZAK.

Agaknya larh. Persepsi aku je. Tapi rasanya macam betul. Kalau tak betul, apsal dia ikut campur dalam urusan kewangan negara?

Ka.. memang dia yang control wang negara selama neh? 

Owh My Allah swt..

Mampuih den.. mesti tak dapat bonus rm500 dari mem rosmah lepas neh. Almaklumlah den kan selalu mengempakkan rosmah mansur selama neh..

kah kah kah

Dan baru den tahu.. patutlah nama singkat dia RM. Rupanya ada erti yang mendalam. 

kah kah kah

Ameno : Rosmah mansur cipta sejarah sebagai isteri pm pertama yang mengikuti meeting rahsia pasal bajet 2012. Peh. Makin hebat. 

Jet peribadi sapa pula neh..?

Menteri dan TV Hijrah mewah berbelanja

Ini kisah seorang menteri yang belum sepenggal berada dalam kabinet dah mula tunjuk hidup mewah. Menteri lain yang berpuluh tahun pegang jawatan, tak hidup semewah menteri yang sorang ni. Bukan nak menuduh, jauh sekali nak fitnah. Tetapi inilah hakikat yang berlaku di depan mata. Belum habis edah isu pembaikian rumah yang bernilai berjuta-juta ringgit itu, hari ini timbul pula keborosannya berbelanja duit kerajaan.

Sikap borosnya hanya Tuhan saja yang tahu. Selain gaya hidupnya yang keterlaluan mewah sehingga mengalahkan ahli perniagaan dan jutawan, menteri ini juga dikatakan tidak mesra pekerja di bawahnya.

Baru-baru ini, pada 27 September 2011, TV Hijrah dikatakan telah menempah atau menyewa khas sebuah jet peribadi untuk membawa krewnya bersama menteri yang juga penaungnya membuat liputan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Guar Cempedak, Yan, Kedah.

Tindakan ini amat mengejutkan kerana TV Hijrah yang baru dua tahun beroperasi boleh berbelanja besar semata-mata hendak pergi buat liputan program Solehah di Rumah Budi, Yan, selepas ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu. RTM yang berpuluh-puluh tahun beroperasi pun masih belum mampu hidup sederhana mewah, inikan pula nak bermewah-mewahan seperti dinikmati dan dikecapi TV Hijrah yang berusia baru setahun jagung itu.

Nak tanya pihak pengurusan TV Hijrah, ada apa-apa perjanjian istimewa ke dengan orang yang ada kepentingan dengan projek itu sehingga menempah jet peribadi untuk membawa mereka ke Yan. Atau mereka mendapat kelulusan Lembag Pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Yusof Nor atau atas arahan menterinya atau CEOnya memandai-mandai membuat keputusan sendiri?
Inilah yang menimbulkan tanda tanya dengan sikap mewah TV Hijrah dan menteri yang menjaganya. Walhal, terbang naik MAS, AirAsia atau Firefly pun boleh sampai setakat ke lapangan terbang Kedah tu.

Naik van yang menjadi pengangkutan utama krew RTM keliling Malaysia untuk menyiapkan program pun boleh. Tak ada masalahnya. Setakat Kuala Lumpur ke Kedah, lalu Lebuh Raya Utara Selatan dengan tolnya tak sampai RM30 dan minyak tak sampai RM100 pun boleh sampai.


Tak perlulah baik jet peribadi dan tak perlulah nak tunjuk hidup bermewah-mewahan. Menteri berkenaan sepatutnya bertanggungjawab dalam kes ini. Beliau wajar memberi penjelasan kepada rakyat yang nak tahu kenapa naik jet peribadi untuk ke program kecil.

Gambar:
Jet peribadi yang disewa khas oleh pengurusan TV Hijrah untuk menerbangkan krew program Solehah dan menteri berkenaan ke Kedah

1. Bukan aku yang tulis artikel neh.

2. Aku siar atas permintaan penulis email.

3. Lihat gambar yang dimaksudkan di bawah neh ;



Jeng jeng jeng..

Ada orang nampak..

Jeng jeng jeng..

Orang yang nampak sudah marah..

Jeng jeng jeng..

Umat islam jangan suka meminta2 dan tamak..

Jeng jeng jeng..

Allah swt maha melihat..

Nota : Kisah ini benar berdasarkan kepada persepsi penulis. Saya selaku penyiar, sekadar menyediakan platform. Harap maklum.

Ameno : Isu zakat.. dari orang berkaitan.. aku dah dengar banyak komplain.. habislah.. mulut orang bukan mulut tempayan..

Ahad, 9 Oktober 2011

Bajet 2012 - Jamil khir : Bajet neh untuk dunia akhirat.



Tolong jamil khir..

Tolong....

Tolong...

Tolong..

Tolong jangan bodek sampai tak hengat donia boleh tak?

Sedikit petikan dari atas neh ;

"Kita  ingin lihat pembangunan keseluruhan termasuk di kelantan [<-- macam biasa, kelantan gak yang ko sebut padahal sabah, sarawak dan perak ialah negeri yang lebih mundur dari kelantan] dan dalam konteks negara kita adalah pembangunan yang seimbang termasuk rohani dan jasmani [Apa? Seimbang rohani dan jasmani? Apa tue? Apa kaitan benda tue dengan bajet 2012?]

"Bajet ini juga demi untuk kesinambungan kepimpinan dan untuk meletakkan negara di landasan sebenar seiringan dengan pembangunan dunia dan akhirat [Apa? Apa benda orang neh merepek dan mengarut?]

"Saya melihat samada ada tohmahan dan cakap2 kosong itu hanyalah untuk merendahkan bajet ini sendiri, sedangkan hakikatnya ia membantu rakyat sejak kecil hinggalah mereka mati. Apabila kerajaan mengambilkira pembinaan hospital, sekolah, pembinaan hospital baru dan sebagainya, bermakna kita mengambil peduli perihal dari lahir sampailah kematian". [Apa? Kalau takde hospital orang tak boleh mati ke? Asal mati mesti guna hospital ke? Ko neh pernah ziarah orang meninggal ke tak? Apa semua hospital di malaysia neh kerajaan punya ke? Apa benda orang neh melalut dan meroyan bagai?]

Jamil khir,

Aku tahu rumah ko besar. Aku tatau dari mana ko dapat dana, tapi aku percaya benda tue dah menyusahkan diri ko. Aku ada bukti. Buktinya ko meroyan di atas. Sila baca semula apa yang ko komen pasa bajet 2012. Takde satu pun kena dengan isu bajet. Semua nya merapu dan mengarut. Bukti ko dipercayai telah makan duit tetttt.. . Padan muka. Berani ko makan, berani ko tanggung. Dunia akhirat. Yang neh baru betul.

Ameno : Patutlah jakim makin meroyan. Menteri dorang pun dah berapa betul otaknya.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet 2012 - Zahrain : Anwar berbohong, Zulkifli : Kagum penyangak dapat bantuan.



Aku nak gelak je larh. Kelakar gile komen2 di atas neh. Sedikit petikan dari komen2 di atas neh ;

"Ini belanjawan yang beri pukulan kepada pembangkang. Jadi saya turut alu-alukan dan gembira walaupun ekonomi luar dan dalam tidak menentu tetapi kerajaan tetap berani kemukakan belanjawan yang cukup berani," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. <-- Pukulan kepada pembangkang? Aku tak faham napa dia nak kaitkan bajet 2012 dengan pembangkang? Apa yang penting ialah dia ulas bajet neh dari segi kebaikan kepada rakyat. Apahal lak dia nak kaitkan bajet neh dengan anti dia kepada pembangkang?


Datuk Zulkifli Noordin berkata: "Belanjawan kali ini membuat saya teruja dan kagum, saya anggap ia syumul (menyeluruh) dan merangkumi semua struktur, semua lapisan rakyat daripada yang kecil sampai dewasa daripada miskin kepada berada. Daripada swasta, kerajaan dan pasukan keselamatan kepada kakitangan awam dan ia menyentuh semua."

Zulkifli berkata, beliau juga kagum sebab penyangak dan penyamun boleh mendapat faedah menerusi bantuan peguam daripada Yayasan Guaman Kebangsaan. "Maknanya, semua yang masuk mahkamah dapat bantuan. Ini tidak pernah berlaku di tempat lain. Rakyat perlu hargai kerana ia bajet rakyat," katanya. <-- kah kah kah.  

Kepala hotak kau. Benda neh dah lama di luar negara. Neh mesti tak pernah tengok drama csi, laws and justice dan boston apatah.. dah lama dah.. drama tue.. peguam percuma kepada mereka yang tidak mampu dah lama wujud di luar negara, si zul neh nampak sangat penipu.

Lagi satu melabelkan orang yang belum didapati bersalah sebagai penyangak adalah melampau. Bukan seme orang yang tak dapat bayar yuran guaman dan upah peguam tue penyangak. Ingat seme yang tak mampu / miskin = penyangak ke apa? Razak baginda kaya raya dan mampu bayar yuran guaman tapi dia pun penyangak gak pa. Khir toyo pun penyangak gak pe. Sengal betul peguam neh. 

Datuk Seri Zahrain Hashim ialah bajet kerajaan kali ini benar-benar memberi kesan untuk ekonomi berkembang lebih maju. "Tetapi belanjawan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang adalah satu khayalan saja kerana (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim bukan seorang pakar ekonomi. "(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri berpendapat Anwar tidak tahu mengenai ekonomi, sebaliknya beliau hanya berbohong. "Oleh itu, beliau disaran menyimpan Buku Jingga berkenaan dan tidak perlu menyebutnya lagi," katanya. <-- Neh satu lagi oak senget. Nak komen pasal bajet najib tapi babitkan anwar ibrahim perhal? Kan dua benda neh berbeza? Apa kebaikan pada bajet 2012 itu yang patut ko focus, neh tak pasal2 melalut komen pasal anwar pembohong dan etc. Apa kena mengena anwar dengan bajet 2012? 

Takde kena mengena pun. Bajet pr lain, bajet bn lain, ulaskan lah dengan pro. Janganlah merepek je 24jam. Anwar pembohong? So.. benda neh ada kaitan dengan bajet ka? Dia neh lari topik betul. Orang suruh ulas pasal bajet bn tapi dia melalut citer pasal buku jingga. Haitt.. dah makan ubat ke blom?


Dorang neh memang muka wajib tayang dalam utusan dan tv3 setiap kali ada apa2. Aku rasa wakil rakyat bn seme dah mampos kot.




kah kah kah



Ameno : Bajet bn bagus? keji gile tuduhan itu.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Najib: Elaun, kemudahan Ahli Parlimen akan dinaikkan.

F*ck!!
Kepala hotak kau. 

Dah lah kaki ponteng, pemalas, suka tidur, merepek tak tentu hala, ada yang tak pandai berbahas, jawapan ikut skrip, turun padang time pilihanraya, buat bantuan terpilih, suka kronisme lagi ada ahti nak naikkan elaun ahli parlimen?

Ini ialah keF**ckan yang nyata dan jelas.

100% aku bantah. Kesemua MP baik dari PR dan BN memang ramai yang pemalas, kaki ponteng, suka skip, dan kaki tidur. Itu tak masuk lagi, apabila kerja2 membantu rakyat yang tertangguh disebabkan budaya kerja dorang yang tak pandai bahagi kerja sendiri [perniagaan] dengan tugas terhadap rakyat. Dok pongpang cakap MP tak boleh involved dengan bussiness konon tapi berlambak2 MP macam tue. Semak oi semak!

Aku nak bagitau najib, elok ko tarikbalik usul bodoh ko neh. Dan MP PR korang pun tak payah nak semak happy dengan usul bodohnakmampos neh. Korang tue pemalas tahu tak PEMALAS. Baca betul2 kat bawah neh ;

PEMALAS.

Aku ulang

PEMALAS.
Ingat kampung baru ingat bn
Ingat kampung baru ingat pr
Ingat kampung baru ingat mp2 pemalas.

Dasar pemalas, tak sedar diri, pandai membodek, kuat mengampu, dasar tak sedar dek untung lagi mao kenaikan elaun dan kemudahan? 

BULLSHIT lah neh semua

Yang terbeban tue sekarang kami, bukan nya korang. MP seme hidup senang lenang, bila kena bamboo ada yang tolong bekap bagai.. apa yang susahnya tah? G mamposlah sesiapa yang bawa dan sokong idea neh. G, mampos!


KUALA LUMPUR, 7 Okt — Bajet 2012 bukan sahaja menyentuh kebajikan rakyat jelata, malah turut menekankan usaha mahu menjaga kepentingan ahli-ahli Parlimen - mengkaji semula elaun dan kemudahan wakil rakyat.
“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.
Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak... parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”
Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.

Ameno : Bodohnakmampos.

Bajet 2012 - Pendidikan percuma, perubatan percuma, tambang 50% lebih rendah.- Apa kata anda?

Pendidikan percuma = bagus.

Pendidikan percuma neh pernah di propose oleh rakyat melalui PR suatu ketika dulu [dan masih berterusan] dan kini BN laksanakan ia. Menarik. Ini ialah satu bukti bahawa BN nampak bahawa ada idea2 dari PR memang realistik untuk dilaksanakan. Soal samada mereka nak mengaku ataupun tidak, itu isu lain. Soalnya kini apa yang PR pernah usulkan dulu, BN nampak  dan BN mengaplikasikan ia kini. Ini membuktikan bahawa PR telah memainkan tugas yang baik bagi menjaga kebajikan masyarakat.

Di sisi lain, tidak semua apa yang PR cadangkan, di tolak bulat2 oleh BN. Nampaknya kerajaan dengar juga rintihan ahti rakyat walaupun ia bertujuan untuk meraih undi. Bagi aku baik PR dan BN mereka memang masing2 bertugas demi meraih undi. Soal itu tak penting. 

Apa yang penting, layak kah mereka dapat undi ? Jika mereka membuktikan bahawa mereka layak dapat undi dengan buat kerja, nevermind. Kita akan terus undi tapi syaratnya mereka kena buat kerja. Lebih kurang macam peniaga dan pembeli. Ko nak undi aku, maka ko buat kerja. Kalau ko buat kerja semata2 nak raih undi, aku pun tak kesah janji kebajikan aku terjaga.

Di bawah neh senarai bajet ikut kepentingan  ;

 PENDIDIKAN

18.Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah - RM1 bilion


19.Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah <-- Bayaran tambahan neh kurang pasti samada ia termasuk PIBG. Setahu aku bayaran tambahan neh merujuk kepada korikulum dan aktiviti sukan dan persatuan.

20.Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. <-- Yang neh aku kurang faham macam mana ia bakal di aplikasikan. Adakah untuk orang2 yang miskin sahaja?

21.Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara. <-- Idea menarik tapi harus diberikan kepada golongan yang benar2 tidak mampu. Jangan orang kaya pun dapat sekali.

22.Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)  <-- Kurang tepat. Selalunya sekolah2 luar bandar seperti SAR, Kebangsaan jarang dibantu. Sekolah2 tamil dan cina [terutamanya] mudah dapat bantuan. Kebanyakkan peniaga2 besar pun dari kaum2 ini. Walaupun di luar bandar, sekolah mereka setara dengan sekolah2 bandar. Dan selama neh pun memang sudah ada potongan cukai apa. 

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR


23.Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) - RM1 Bil

24.Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak

25.Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.

26.Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)

27.Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)

28.Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta

29.Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)

30.Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN

31.Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan <-- Aku akan tengok macam mana ia boleh mengubah perkhidmatan bas buruk dan teruk disini.

32.Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk


MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT


44.Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah <-- masih tunggu info lanjut

45.Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion

46.Penerusan subsidi bil elektrik RM20 <-- okey, tapi kalau orang yang ramai anak, ia tak guna. Bil rm20 neh belum tentu wujud pada semua isi rumah yang memerlukan ia. Maksud aku, apa korang ingat rumah orang yang dah kahwin ada anak ramai2 bil dorang rm2o sebulan ka? Masak nasi + tv + seterika = anak ramai, lebih whorr.. peti ais lagi, mesin basuh lagi. Sepatutnya sasaran orang yang ada ramai anak, keluarga besar, pendapatan bulanan yang rendah. 

Rebet rm20 kepada mereka sebanyak rm2o sebulan mungkin nampak kecil tapi ia benar2 boleh membantu. Kalau bil ko rm32 sebulan, dapat rebet rm20, ko hanya perlu bayar rm12, okey lah tue. Katakan gaji ko rm1,000k kebawah.. ataupun rm1,500k dengan ada tanggungan hutang kereta + rumah + anak2 + makanan + etc, rebet rm2o benar2 membantu. Sebab tue kerajaan kena tukar cara pelaksanaan bantuan neh. Biar golongan sasaran je menikmati ia. Yang bil rm20 sebulan belum tentu pada orang yang benar2 memerlukan ia. Kena faham konsep.


47.Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah. <-- setahu aku kerajaan wujudkan program francais kan? Boleh tak latih usahawan2 muda / baru untuk buka perniagaan neh? Maksud aku, mereka yang berminat nak francaiskan perniagaan neh diberikan kursus dan insentif. Untung bahagi dua. Kerajaan bekal barang, kita jual. Amacam? Boleh buat ka?

48.Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara

49.Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia <-- Yang neh.. ntahlah.

50.Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.

51.Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT <-- Aku hampir tiap2 tahun dengar benda sama tapi berbeza nama. Isunya sekarang macam mana program neh benar2 boleh membantu orang yang tiada rumah? Apsal orang yang dah ada 2,3 rumah pun boleh pohon SPNB [lebih kurang sama kan?] dan lulus? Aku dah 2 tahun pohon tapi satu panggilan pun takde. Tanah sendiri bhai.

52.Skim Rumah Pertamaku - meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. 

53.Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) - diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit

54.Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah <-- Bina kemudian guna, ada tak?

55.Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit <-- Apa kata jangan bagi angka dulu? Apa kata bina PPR di kawasan dan mereka yang memerlukan. Itu lebih senang difikirkan. Jangan dikejar angka tapi last2 orang lain yang dapat kebaikannya [pembina rumah = kroni].

56.Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah. <-- Haizhh.. BILA KO NAK PANGGIL ATAU APA2 JE dengan permohonan aku tue?

57.Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan <-- Okey aku ada kenal nelayan yang memerlukan neh. Aku akan tolong dorang dapatkan insentif neh.


MENGHARGAI JASA WARGA EMAS



58.Percuma - caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.<-- Bagi pandangan aku, neh bagus. Tapi lebih bagus kalau ko percumakan sekali ubat-ubatan, scan, xray, dan lain2 lagi lah. Senang cakap warga emas yang miskin tanpa kira kaum layak dapat perubatan percuma automatik tanpa perlu mohon2 dan tunggu pengesahan segala bagai.


59.Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel. <-- Ada baiknya insentif neh diperluaskan kepada 5 hari seminggu kepada mereka yang bekerja dan bersekolah. Bukan warga emas je dapat. Okey tak? Ia mungkin nampak kecil tapi kesan nya besar. Satu hari dapat jimat rm2 terhadap tambang memberikan kita peluang beli benda yang lebih penting dengan rm2 tue whorr.




PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI



60.Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia


61.Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)


62.Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi = RM600 sebulan


Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80 SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA


63.Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.



MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA



64.Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta


65.Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi


66.Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 



MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN



67.Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan


68.Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.


69.Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian


70.Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan


71.Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)


72.Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560


Overall, aku rasa benda neh nampak macam benar2 membantu pemandu teksi, tetapi sehingga ia benar2 dilaksanakan, kita tak boleh nak cakap apa2.  Kena tunggu pelaksanaan dulu. Sama gak dengan insentif perubatan. Kena tunggu ia jalan dulu. Baru boleh nampak hasil. No testimoni, no feedback.



YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN



73.Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi 


ANJUNG SINGGAH



74.Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.  <-- Yang neh aku sokong dan nampak usaha neh memang bagus. Aku harap perkhidmatan seperti neh juga boleh diberikan kepada wanita yang pregnant luar nikah tapi tatau nak letak anak di mana. Harap boleh buat satu talian SMS / CALL untuk buang anak. Kita call no tue dan bagitau kita nak buang anak, bagitahu lokasi dan tunggu orang pickup budak tue. 

Jangan ditanya sebab dan identiti dia. Biarlah ibu tue. Yang penting, kita selamatkan bayi yang tak berdosa. Kita belum laksanakan hudud, so nak taknak kita kena cari apa2 jalan sebaik mungkin untuk cegah2 agar tidak menjadi lebih buruk dan teruk.


MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA


75.Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan


76.Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)

77.Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro <-- tak payahlah. Ini nak mohon kemain payah. Bunga yang tinggi. Buat secara berkumpulan lak tue. Sorang tak bayar yang lain kena tanggung. Semak. AIM itu sendiri kena ubah cara, proses dan kaedah pemberian pinjaman itu sendiri.


78.Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur 


BELIA PENGGERAK MASA DEPAN


79.Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.  <-- Neh bau2 KRONI mula berlegar dalam otak aku.


80.Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).

81.150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim. <-- The thing's bukan pasal futsal. Kenapa perlu focus kepada futsal? Lain tempat lain caranya. Mungkin A perlu gelangang futsal tapi B tak perlu. Aku cadangkan bina kompleks sukan yang dikendalikan oleh masyarakat setempat. Alah.. bina kompleks yang ringkas, yang mana dalam nya ada gelangang futsal, tempat main badminton, dan etc2. 


Satu gelangang boleh main macam2 kan. Dan ia dikendalikan oleh masyarakat setempat. Sapa nak main kena jadi ahli. Bayaran ahli rm5 setahun ke. Belia2 boleh beriadah kat situ. Sapa yang pandai cari penaja boleh upgrade tempat masing2. Nak harapkan kerajaan bantu seme pun tak patut gak. Tapi kalau kerajaan leh sediakan kompleks dengan kemudahan ringkas untuk belia, aku fikir itu dah cukup bagus.

82.30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah 


PENDAFTARAN AWAL HAJI


83.Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum KWSP 

Bajet neh masih sama seperti bajet2 terdahulu. Belum lagi aku nampak ia ada apa2 impak yang besar kepada aku. Agak hampa. Tapi ada beberapa golongan yang dapat manfaat. Bagus untuk mereka. 

Tapi diharapkan kerajaan boleh memperluaskan insentif agar semua boleh dapat bantuan. Jangan diberikan kepada mereka2 yang tertentu je sebab semua pun rakyat malaysia kan.  Lihat lagi di bawah neh. Maybe pakar2 ekonomi leh hurai sebab neh kepandaian dorang ;

INSENTIF PERCUKAIAN


95.Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah.


96.Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.

97.Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.

98.Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.

99.Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.

100.Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.


INSENTIF PERCUKAIAN Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan


84.Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun


85.Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman

86.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan.

87.Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun

88.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

89.Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.

90.Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

91.Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

92.Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.

93.Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid. Industri Perhotelan

94.Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.



MELIGAT PELABURAN



1.Meliberalisasi 17 subsektor perkhidmatan

2.Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion

3.Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas

4.Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion

5.Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)

6.Pakej Rangsangan Khas – RM6 Bilion  <-- LAGGIII??

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)


7.Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion - Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan

8.Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta - Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan

9.Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan

10.Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi


11.Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA

12.Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru

13.Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia

14.Program realiti dan dokumentari di media <-- Neh jangan bagi pada kroni je

15.Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)

16.Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru - jangkaan GNI, RM30 Bil.

17.Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum


Ameno : Tak boleh lawan bajet PR pun.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...