Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Monday, October 31, 2011

Gambar Rosmah Mansur dengan set barangan kemas mutiara.

Lihat bawah neh.



Okey.

Rosmah Mansur memang cun melecun dengan mutiara 1 set. Dari telinga sampai ke jari. Kat kaki ada ka takda tatau. Pasal gambar half je kan.

Kah Kah Kah

Dan ini ialah petikan artikel aku sebelum neh. Lihat news bawah neh ;


Baca betul2 apa yang dinyatakan dalam artikel di atas. First lady beli pearl bernilai AU150K. Tidak diketahui siapa. Aku pun tak boleh kata apa-apa. Jangan salah faham. Aku pun tengah cari kaitan neh. Ada ka? Takda ka? Kalau ada.. guna duit sapa? Kena tanya neh. Sebab nak kena tahu duit sapa depa guna untuk beli benda neh bagai. Kalau takde bagos. 

Kah kah kah

Cantik mutiara rosmah 1 set ye. Cincin ada. Gelang ada. Rantai ada. Subang pun ada. Heh.

Ameno : Jeng3x..

Anak Najib shopping sakan di Australia.


Peh.

Dia soh rakyat amalkan gaya hidup jimat cermat. Dia soh rakyat beli barang buatan malaysia. Dia soh rakyat percaya barangan buatan malaysia berkualiti. Tapi dia dan anak beranak dia amalkan perkara yang sebaliknya.

Takpe.

Itu bukan isu disini. Lantaklah apa anak dia nak buat dan berbelanja pun. Takde kena mengena pun dengan aku. Cuma nya aku heran. Apasal anak najib ikut serta dalam rombongan malaysia ke australia sempena CHOGM neh? Naik plane yang sama ka? Apa tugas dia sebenarnya? Nampaknya dia shopping sakan di sana. Adakah duit hotel dan blablablabla perbelanjaan yang lain ditanggung oleh diri sendiri ataupun kerajaan?

Adakah anak najib membeli belah barangan mewah yang beribu2 ausie dollar tue guna wang sendiri ataupun orang lain? Apakah perniagaan yang najib ada sehingga dia ada harta banyak2? 

Jangan salah faham. Aku tak kata najib orang miskin. Aku tahu dia kaya raya. Cuma dia perlu dedahkan harta dia kepada umum. Biar orang tahu siapa antara pemilik kasino di genting.  Supaya orang faham. Owh.. dari situ ka harta berkumpul? So orang akan faham akhirnya. Kenapa dia banyak duit. Dan kenapa dia tolak islam. Kan simple je. Heh. 

Ameno : Ahh.. anak najib. Tapi belum tentu anak rosmah. K. 

Oit shahrizat jangan ko lari lepas balon rm250juta wang rakyat.

Okey sambungan dari kes perompakkan wang secara besar-besaran oleh shahrizat dan kroni2 nya tanpa ada pengawasan dari bn. Sebenarnya aku pun tak suka nak salahkan bn dan umno dalam hal. Aku pernah fikir bahawa shahrizat dan menteri asas tani hanya berpakat mereka berdua untuk merompak wang rakyat. Lalu aku selusuri projek dan kelulusan dalam tender neh. 

Aku akhirnya mendapati bahawa apa2 benda yang melibatkan kewangan negara mestilah melalui kementerian kewangan. Okey, katakanlah tulisan atas paper cantik tanpa ada cacat cela sehingga menyebabkan kementerian kewangan berhasil memberikan kelulusan atas projek neh tetapi penglibatan shahrizat dan familyanakberanak sepatutnya boleh menimbulkan keraguan yang munasabah untuk bn faham bahawa neh projek kroni.

Tapi bn bersikap tutup mata walaupun rakyat bagitau berulang2 kali bahawa shahrizat neh menteri. Dia mana layak dapat projek. Dia mana layak dapat dana. Dia mana layak heret semua anakberanak dia buat projek neh. Dia mana layak jadi menteri walaupun kalah dalam parlimen. Tapi bn masih taknak amek tindakan. 

Masih buat pekak dan bodoh. Lepas tue rakyat mula buat persepsi. Whooorr.. bn memang menghalalkan songlap. Mungkin bukan shahrizat sahaja. Mungkin kebanyakkan menteri bn begitu. Dan itulah yang menyebabkan rakyat maki bn. Takan benda simple macam neh pun tak faham? 

Kalau ko rasa ko dah berubah dan mahu mengubah, ko jatuhkanlah dan buanglah pemimpin2 yang tak boleh pakai terlebih dahulu. Dah ko sendiri angkat pemimpin2 yang kaki songlap lepas tue ko buat kempen besar2 dalam tv dan segala media bahawa bn ialah parti yang menjaga amanah rakyat. Dan lepas tue ko expect rakyat nak gelak hihi haha dan menerima kempen2 iklan tersebut? Bullshit. 

Hanya ada 3 kategori orang yang sokong bn.

1. Orang yang tiada info tentang penyelewengan2 bn.

2. Orang yang menyokong bn demi tugas, duit, kuasa, pangkat dan etc.

3. Orang bodoh. Walaupun dia tahu bn jahat tapi dia masih sokong bn lagi sebab dia fikir bahawa itulah yang dia patut sokong.

Selain daripada 3 jenis manusia di atas, tiada mana2 manusia lagi yang sokong bn. Sebab tue depa import pengundi luar. Jangan salah faham. Membenci bn bukan bererti kita penyokong tegar pr. Membenci bn kerana dia zalim. Menyokong pr kerana itulah option yang kita ada. Ikut fakta yang dikeluarkan jabatan audit terbukti corak pemerintahan pr lebih efisien berbanding bn. Bukan sahaja jumlah hutang berkurangan, jumlah penyelewengan dan kecekapan agensi kerajaan negeri juga bertambah. 

Walaupun terdapat gerakan menjatuhkan mb selangor oleh pkr sendiri, tetapi ia tidak menjejaskan pentadbiran pr di selangor sehingga menambahkan penyelewengan. Mungkin situasi berubah jika mb selangor berubah.  Demm. Neh yang membuatkan aku tak percaya kepada parti. 

Sekarang neh sambung balik pada kes shahrizat neh. Ingat kita kena tahu info neh supaya kita boleh faham kenapa kita kena tolak bn dalam pru-13 neh.
1. Nilai projek perternakkan lembu ialah rm250juta total. 

2. Ketika itu menteri pertanian ialah muhyiddin yassin.

3. Suami shahrizat pakar dalam biotek, bukan pakar dalam bidang perternakkan haiwan, lembu dan bidang2 berkaitan.

4. Anak2 shahrizat yang baru grade dari U pada ketika itu menjadi BOD NFCorp. Kelayakkan, pengalaman, merit hapa takdak. Tahu2 je terus ada saham dalam NFCorp. Tahu2 je terus jadi orang yang berpangkat. Tahu2 je dapat hidup senang lenang guna dana kerajaan.

5. Baru2 neh NFCorp berikan alasan bahawa kelengkapan tidak disediakan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka gagal capai sasaran. Dengan nilai projek berjuta2 ringgit, sepatutnya dari awal lagi mereka kena sediakan plan yang proper baru proceed. Bukan proceed tender tanpa plan larh bahlol. 

Dan bila rugi kerajaan gak kena. Ingat NFCorp nak amek pusing ka dengan apa yang kita kata? Apa yang depa kisah sebab kerajaan pun menurut kata depa. Yang kekal merana ialah kita. Dulu begitu. Sekarang begitu. Dan akan kekal juga begitu pada masa akan datang sehinggalah bn dijatuhkan.

6. Ada info bagitau bahawa ada syarikat seperti NFCorp di pahang bekas milik kerajaan negeri pahang yang mana mereka ada pengalaman yang luas dalam bidang perternakkan neh. Syarikat itu diswastakan ketika era mahathir. Isu sekarang, kita sudah ada syarikat yang pakar why lantik/bina syarikat yang baru? Adakah untuk alirkan wang bagi kegunaan pihak tertentu? Kalau syarikat yang sedia ada bermasalah, kena atasi masalah. Bukan tambah masalah dengan wujudkan syarikat usahasama yang baru.

7. Perternak2 lembu di malaysia neh ramai. Ada yang mengeluh tiada pembeli. Apa salahnya kalau kerajaan beli lembu2 mereka untuk diproses? Sekurang2nya rakyat dan kerajaan dapat sesuatu disini. Rakyat dapat jual hasil ternakan. Kerajaan pula dapat dua pulangan. Pertama mereka dapat bantu rakyat yang memerlukan dan kedua mereka dapat keuntungan dengan menjual daging yang diproses. 

8. Atau apa salahnya kalau kerajaan wujudkan usahasama antara NFCorp dengan perternak2 tempatan dalam penghasilan lembu. Biarlah perkembangan bussiness neh dirasai oleh semua tingkat dan golongan. Bukan nak tambahkan tangga. Tambahan tangga hanya menyebabkan pertambahan kos kepada peniaga seterusnya rakyat akan mengeluh kalau membeli daging lembu dengan harga yang mahal. Apa yang disarankan ialah libatkan penternak2 lembu dalam NFCorp. Beri peluang pekerjaan dan pendapatan kepada mereka. 

Baca neh. Penulis email memberi ulasan berkaitan hal di atas neh ;
Jabatan Perkhidmatan Haiwan buat pengumuman tahun 2007 bahawa NFC akan dapat soft loan RM250 juta.
Jika semak RMK9 mungkin ada spesifik.
Syarikat penternakan milik negeri diswastakan Dr Mahathir awal 80an.
Dr Mahathir memberi kepercayaan kepada bekas DG Jab Haiwan ketika itu utk memajukan sektor penternakan.
Syarikat swasta bekas milik penuh negeri itu berkembang besar sehingga mempunyai ladang & lembu beribu kepala mereka sendiri di Australia.
Syarikat ini barjaya menjadi key player dlm industri penternakan dan mampu bersaing dgn syarikat2 milik bukan bumiputera.
Bekas DG Jab Haiwan yg menjadi Chairman syarikat ini ialah Pakcik Sharizat (Abang sulong kepada ibu Sharizat).
Pakcik Sharizat meninggal awal tahun 2002/03.
Syarikat ini terkontang kanting selepas itu.
Pengarah Urusan yg menjadi nadi syarikat lebih 2 dekad 'dipencenkan' dan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah bukan eksekutif.
Dr Mahathir pencen Pak Lah naik.
Menteri Pertanian baru.
Kroni baru.
Business model kencing baru.
Syarikat bekas anak milik negeri dibiar hidup segan mati x mahu.
Dibuat pula syarikat baru.
Diberi wang Rakyat RM250juta as soft loan.
Benda ni berlaku bukan dalam bidang penternakan shj.
Semua bidang.
Pasal tu la kita tgk Dr Mahathir berang.
Dia tahu kos yg tinggi & masa yg pjg diperlukan utk naikan 1 syarikat.

Kami mmg dari latarbelakang penternakan.
Keluarga memiliki ladang.
Kjaan Pahang bagi tanah leasehold.
Kos pembangunan kami tanggung.
Kos operasi pun kami keluarkan.
Kjaan bagi subsidi sedikit utk setiap kepala.
Jualan tinggi setahun sekali musim Haji. 
Untung dpt utk tampung operasi shj.
Kami juga ambil lembu dari Felda sekitar Pahang,Terengganu & Kelantan.
Mereka juga kata jualan lembab & ada yg tiada pembeli.
Kerajaan pulak cakap bekalan x cukup.
Kementerian x habis2 buat kempen usahawan ternak.
Pelik.
Kenapa perlu NFC?
FAMA boleh digunakan utk membeli semua lembu2 matang sedia ada dari ladang2 yg sudah mendapat pengiktirafan kualiti & kesihatan dari Jab Haiwan.
Untung 100% sampai ke penternak.
Kami nak nak jumpa Menteri Pertanian baru.
Nak sampaikan idea & isi hati penternak.
Belum apa2 tukang introduce yg bakal introduce Menteri mintak 30%.
30% dari apa2 yg Menteri luluskan.
Gila punya dunia.









Kalau yang neh pun bn masih tak faham2 kenapa rakyat marahkan depa, aku surrender larh. Aku bukan surrender untuk dedahkan penyelewengan. Jangan salah faham. Aku surrender untuk percaya bahawa bn ada harapan dan ruang untuk berubah. Sekian.

Nota : Rujuk gambar anak shahrizat di atas neh. Adakah mereka ialah BOD NFCorp? Jadi, adakah itu karier yang mereka maksudkan dalam petikan artikel di atas? Karier yang dibina menggunakan wang rakyat? Itu boleh dianggap karier? Jangan marah. Aku tanya je.

Ameno : Muak.

Sunday, October 30, 2011

Karpal Singh dan Chua soi lek bidas hudud.






Penat lah. Penat berhujah dengan orang yang tak mahu belajar untuk faham apa itu hudud. Lebih penat bila ada orang islam sendiri tolak hudud. Dan bertambah2 penat bila pemimpin islam yang mempunyai penyokong yang banyak juga tolak hudud.


Agaknya dah takde jalan lain kot. Pintu tertutup, tingkap pun tertutup. Ruang untuk bernafas pun dah takde. Begitulah keadaan umat islam yang benar2 mahukan keadilan [islam] sebenar di malaysia. Ada umat islam yang hidup dengan gembira. Dia gembira dengan apa yang dia ada. Dia tidak peduli tentang orang lain. 


Tetapi bukan semua orang islam mampu untuk berfikir macam tue. Ada sesetengah orang islam di malaysia neh mereka akan saratkan pemikiran mereka tentang cara2 nak menyelamatkan umat islam yang lain. Ini mungkin, kerana apa yang ada dalam islam ialah tentang keadilan. Dia merasa tidak seronok melihat orang lain ditindas. Oleh kerana itu, dia merasa bertanggungjawab untuk mengubah senario neh.


Tapi dia kena tempuhi halangan demi halangan. Walaupun untuk menegakkan kebenaran dan haq. Bukan lah dia mahu berbuat kerosakan. Tetapi hanya untuk mengembalikan keadilan. Itupun laluan dia berliku dan sukar. Apakah di dunia neh lebih banyak orang jahat dari orang baik? Apakah di malaysia neh orang islam tidak berhak untuk menentukan hala tuju dan perundangan sendiri untuk memulihkan kembali moral dan akidah umat islam?


Apakah orang islam di malaysia neh tidak berhak untuk memperbaiki diri sendiri dengan mewujudkan satu sistem perundangan yang telah disediakan oleh Allah swt? Apakah yang menyebabkan suara karpal singh dan chua soi lek lebih besar dari Agong dan Najib razak?


Apakah hanya dengan bergaduh dengan orang bukan islam barulah keadilan dan hak untuk orang islam akan tertegak di malaysia neh? Sampai bila orang bukan islam macam chua soi lek dan karpal singh mahu menindas, memberikan persepsi dan hujah yang salah, tidak betul dan tidak tepat tentang hudud?


Dan sampai bila pas dan umno mahu berdiri dan bersalaman dengan pihak yang memperlekehkan islam ? Apakah di malaysia neh kita perlu tunduk kepada golongan tertentu sehingga tidak boleh melaksanakan keadilan dan haq untuk diri kita? Hudud itu hak kita. Kita bukan rampas hak sapa2. Kita bukan pula paksa orang bukan islam untuk menurut perundangan kita. 


Tetapi kenapa orang bukan islam merampas hak itu dari kita? Kenapa mereka mengadili kita tanpa beri kita peluang untuk mencuba? Kenapa mereka bercakap pasal hudud sedangkan mereka tiada ilmu tentang nya? Kenapa mereka halang kita dari melaksanakan hudud? 


Jangan salah faham. Bagi aku sesiapa pun boleh bercakap pasal hudud asalkan ada ilmu tentang nya. Jika tiada ilmu, diam lebih baik. Kalau nak bercakap juga pun boleh. Tapi cari ilmu terlebih dahulu. Dan janganlah pandai2 mengadili umat islam tanpa beri peluang kepada kami untuk mencuba. Atau, adakah anda takut bila kami mempunyai moral dan akhlak yang baik? Adakah anda takut iman kami bertambah kuat? Adakah anda takut kami kembali mengenal islam dan Allah swt? 


Ameno : Apa kata karpal singh dan chua soi lek hapuskan masjid, azan dan halang umat islam dari berpuasa dan paksa kami makan babi. Mungkin kami akan pertimbangkan untuk cabut keluar dari negara neh dan anda boleh buat apa sahaja yang anda suka selepas itu. 

Saturday, October 29, 2011

SPRM terbit filem : SPRM cegah rasuah, selamatkan kerajaan.

SPRM sekarang terbit filem. 

Peh. 

Terbaik. 

Tak sangka aku rupanya SPRM dah pandai buat filem sendiri. Harap2 filem yang bakal diterbitkan SPRM neh bakal memecahkan pawagam dan astro first. Lepas tue boleh SPRM terbitkan filem tiap2 tahun untuk cari untung pula kan?

Kah Kah Kah

Tajuk filem yang diterbitkan SPRM ialah ;

Tipu-tipu 1 malaysia.

Berikut di bawah ialah antara sedutan babak dalam filem terbaru SPRM ;

Laporan audit 2008 ;

Actionn..


Cut..

Laporan audit 2009 ;

Action..



Cut...

Laporan audit 2010 ;

Action..




Cut ..

Saya dah buat satu kesilapan..

Alah lepak larh.. baru sekali..

Saya dah buat kesilapan untuk kali kedua..

Alah sabarlah, kita bukan maksum..

Saya dah buat kesalahan untuk kali ketiga. Berterusan dan konsisten tanpa perubahan..

Heh. Enjoy? Jangan lupa beli tiket. Ia sesuai untuk anda. 

Ameno : prank my heart.

Friday, October 28, 2011

Hudud : Pas akan potong kepala anda - Mahathir.


kah keh koh kih kuh 

Gelak + perli + batuk + tersedak + heran

Pas nak potong kepala sapa? Mahathir cakap pas nak potong kepala anda. Tak percaya? Meh baca bawah neh ;



KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
   
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini. 
Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. - TMI.

1. Gelak.

Sebab mahathir buat lawak. Dia cakap pas nak potong kepala. Apa dia ingat hukum hudud neh pasal potong kepala ka? 

2. Perli.

Mahathir cakap kalau dalam sekumpulan pencuri yang berlainan agama mencuri dan didapati bersalah, hukuman berbeza akan dikenakan kepada mereka. Cina dapat penjara 2 bulan, yang muslim kena potong tangan. Maksudnya disini dia pun sedar hukuman penjara dua bulan itu memang ringan. Tapi dia tak pernah fikir pasal neh time dia jadi PM dulu. 

Dah tue apsal tak tetapkan hukuman yang lebih munasabah lagi? Penjara 20 tahun ka. Memandangkan undang2 yang sedia ada sangat teruk + longgar maka wajarlah hudud diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti moral umat islam.  Yang dia dengki sangat apsal? Dan tak semudah abc larh nak potong tangan orang. Apa dia ingat hudud neh kerja dia mencacatkan tangan orang islam ka? 

3. Batok

Mahathir neh orang islam ka bukan? Kalau orang islam buat cara orang islam. Jangan nak perlekehkan hudud. Jangan bagi persepsi songsang sampai orang takut pada hudud. Belum pape dah cakap pasal potong kepala. Cakap nyanyok kang marah.
 

4. Tersedak

Dia cakap sistem perundangan [hudud] berat sebelah kepada orang islam dan bukan islam. Dah tue syariah tue apa? Sivil tue apa? Dah lama dah masyarakat muslim dan bukan muslim menerima perbezaan neh. Takde masalah pun. Pasal pa mahathir nak buat masalah pula?

Kalau rasa tak setimpal sebab jenayah hudud neh tegas hukuman nya, pinda hukuman2 yang ditetapkan dalam sivil agar seiring tegas dengan hudud. Benda kecik je. Bukan isu sangat pun. Bukan tak boleh ubah.
  
5. Heran

Mahathir cakap pas nak laksanakan hudud untuk orang islam je. So, tak boleh ka? Yang dia beria2 bantah hudud neh pasai pa?


Ameno : Hukuman potong kepala tue atas kesalahan apa?
Heh.

Thursday, October 27, 2011

Dap perkenalkan restoran menu rakyat rm2 sepinggan sahaja.


Aku takmo. Pada asalnya aku memang takmo. Tapi benda neh kelakar giler. Siyes kelakar. Dap buat lawak. Aku takmo. Siyes takmo. Tapi dah dap buat lawak dulu. So aku kena gelak larh..

kah kah kah

Isu dia macam neh ;

1. Dap perkenalkan menu rakyat yang mana ianya lebih jimat dari restoran 1malaysia.

2. Menu yang dap perkenalkan ialah nasi + 3 jenis lauk berasaskan sayuran. 

3. Harga yang ditawarkan pula ialah rm2.00.

4. Restoran neh berada di satu kawasan je.

5. Dan dap cadangkan kepada rakyat malaysia agar ramai2 pergi makan sana. [jangan gelak, neh belum habis lawak lagi].

6. Motif memperkenalkan restoran neh ialah sebab nak menandingi restoran 1malaysia yang dilihat jauh lebih mahal berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh restoran neh.

7. Restoran neh ialah restoran yang dikendalikan oleh cina yang bukan menganuti islam.

8. Tiada sijil halal sebab tak pernah mohon tapi bagitau bahawa sukar nak pohon sijil halal sebab jakim mempunyai prosedur yang ketat.

9. Dan sesiapa boleh makan disini sebab ia adalah halal menurut pemilik restoran.

Lawak bermula apabila ;

1. Dap sibuk tiru apa yang bn buat.

2. Bila bn buat dap kutuk bagai sebagai tidak realistik, menjejaskan perniagaan lain, kroni dan etc. Habis tue apa pasal dap tiru benda yang bn buat? Bukanlah cara neh boleh bantu rakyat sebenarnya kan?

3. Bila bn memperkenalkan kedai murah 1malaysia, dap dan pr kata ia hanya ada di sesetengah lokasi. Which is also similar to topic neh.  Restoran neh pun hanya ada satu. Dan lebih kelakar bila dap jemput ramai2 makan disitu. Nak tahu kenapa kelakar? Kelakar larh kalau orang tue duduk kat perak. 

Dan orang yang duduk dekat2 situ pun mungkin rasa kelakar juga. Pasal apa depa nak buang duit minyak ulang alik untuk makan di restoran murah? Serupa je macam depa makan kat kedai lain. Duit minyak tol boleh cover duit makan. Nak lagi jimat ataupun lagi menyusahkan?

4. Lepas tue depa kata restoran neh halal. Hehehe. Halal walaupun tanpa sijil halal? Nak promote restoran kroni sendiri ka? Hehehe.. jangan marah. Tanya saja.

5. Hidangan restoran neh ialah nasi + 3 jenis lauk berasaskan sayuran = rm2 dan dibandingkan dengan restoran 1malaysia nasi + 3 jenis pelbagai lauk? Perbandingan macam neh ibarat banding oren dengan epal. Ia tidak tepat. 

Lagi satu bab sijil halal. Ia dikendalikan oleh orang bukan islam. Jangan suruh orang islam makan di restoran neh. Walaupun bukan semua orang islam baik dan mengamalkan apa yang termaktub dalam Alquran tetapi itu tidak bermakna bahawa kita boleh buat derk je. Keburukan umat islam di malaysia memang banyak. 

Aku pun suka gak kutuk geng aku sendiri. Tapi itu tidak bermakna bahawa aku boleh redha melihat dorang makan di restoran neh. Kalau sungguh halal, mohon je larh sijil halal. Toksah bagi alasan bagai. Simple. 

Jangan banding dengan orang melayu. Orang melayu bukan baik sangat pun. Tapi dalam bab pemakanan ada sebab kenapa kita percayakan mereka dan merasa lebih selesa makan di restoran melayu. Nak huraikan pun tak guna. 

Bayangkan je bila korang belajar luar negara dan jumpa rakan2 senegara. Apa perasan korang? So itulah perasan orang islam. Rasanya perasan yang sama wujud pada semua jenis kaum di malaysia neh. Malahan satu dunia. Aku percaya. 

Berita penuh tentang menu rakyat dap @ pr disini

Ameno : Si peniru marah benda yang dia tiru. Apasal kelakar sangat?

Kerajaan rugi rm92.04juta ringgit dalam tender 87 klinik desa ek?

Tengok cara depa buat kerja. Bodoh gila. Ada ke bayar rm540,000.00 kepada satu syarikat tue tanpa sebab? Bukan rm54. Tapi rm540,000.00 ribu. Banyak tue. Kenapa arah bayar kepada syarikat tersebut walaupun tiada apa2 kontrak perjanjian / urus niaga dengan syarikat tersebut? 

Lihat bawah neh ;



1. Projek = bina 2 unit kuarters dan wujudkan klinik desa di 87 buah lokasi.

2.  Kos projek asal ialah rm92.04 juta. Selepas tue ada tambahan dana berjumlah rm11.27 juta. Peh. Banyak tue. Sebab2 tambahan? Tah. Tak dinyatakan.

3.  80 % projek gagal siap ikut tempoh masa meskipun telah diberikan masa lanjutan.

4.  Kerajaan hilang gantirugi sebagai rm3.29juta. Atas sebab? Tah. Kenapa kerajaan tak boleh claim gantirugi dari kontraktor plak? Bukan nya salah kerajaan kalau projek tak siap ataupun lewat siap. Melainkan, kroni2 depa yang sebat projek tersebut. Depa dah makan. So takan nak tuntut gantirugi dari geng sendiri? Karang geng sendiri bocorkan rahsia rasuah dan penyelewengan naya.  Sama2 ranap.

5. Bayaran sebanyak rm540,000,00.00 kepada satu syarikat yang tidak dinyatakan nama nya dalam laporan audit neh. Pelik. Kenapa nak bayar syarikat neh pula? Bukan nya ada ikat apa2 kontrak dengan syarikat tersebut.

6. Wujud akaun palsu yang dibuat oleh perunding. Peh. Akaun palsu beb. Maksudnya berlaku pengaliran keluar wang kerajaan kepada benda yang tidak wujud, tidak betul, ataupun tidak tepat. Dasat.

7. Walaupun terbukti dengan jelas bahawa kontraktor gagal memenuhi peraturan dan standard yang ditetapkan tetapi kerajaan [kementerian kesihatan] tidak mengambil apa2 insentif untuk menghukum ataupun mendenda kontraktor2 tersebut. Herm. Pelik.

Kemana pergi nya semua kakitangan kementerian kesihatan yang menguruskan hal projek neh? Bukan kah dorang tue sempurna anggota tubuh badan, sihat akal fikiran, dan mampu memantau projek neh dari awal sampai akhir? 

Bukan kah mereka dibayar untuk buat kerja? Apa pula menteri kesihatan buat? Takan dia sibuk fikir permasalahan dia dengan chua soi lek? Kalau begitu apa jadah dia sandang jawatan neh kalau dia tak boleh buat kerja? Takan beban kerja dia banyak sangat ataupun dia ditipu oleh orang sekeliling? 

Ahhhaaa.. jangan jawab. Neh bukan soklan. Neh cuma sangkaan baik aku terhadap kerajaan je. Okey.

Ameno : berambos larh cepat sikit.

Tidak turun 9julai satu tindakan strategik - Ibrahim Ali

Kelakar gile. 

Akhirnya Ibrahim Ali dah buktikan dia ialah seorang pengacau dan pencetus provokasi dalam isu bersih 2.0. 

Tengok bawah apa dia cakap pasal 9 julai ;

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.

Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yang boleh beritahu ada yang tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).


"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit,"
Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.
"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.



"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta,"


Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.

"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.


KAH KAH KAH

Tindakan strategik? 

KAH KAH KAH

Tak turun berhimpun sebab titah sultan?

KAH KAH KAH

Strategi perang kepala hotak kau. Ko ingat pembersih [pendemo bersih] nak berperang ka apa dengan lue?

Bukan kah dia sendiri yang mengaku dia sms semua ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan pada hari tue? Dia bagitau gak yang bas2 yang memuatkan ahli2 perkasa di halang daripada memasuki kl. Malahan dia siap hantar mata2 dia untuk memantau pergerakkan bersih pada hari tersebut. Jadi, apa benda plak yang dia melalut kat atas neh? 

Aku ingat kisah dia. Dia cakap pada awalnya bas2 dihalang memasuki kl, selepas dia dapat info dari informer dia yang menyamar sebagai peserta bersih, dia terus sms kepada ahli2 perkasa bahawa perhimpunan di batalkan. Dalam erti kata lain, bukan pasal titah sultan, bukan pasal tindakan strategik tapi pasal dia malu takde orang turun support dia. Kan?

KAH KAH KAH

Ibrahim ali mudah lupa? Adoihaiii.. hari tue cakap lain. Hari neh cakap lain. Dia punya belit memang berbelit2 beb.

Lagi satu baca bawah neh. Yang neh lagi kelakar.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.
Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita,"
Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.
Ahli perkasa mencecah hampir = 500,000.00 ribu orang.

Jumlah perhimpunan himpun = kurang dari 10,000 ribu orang.

Ahli perkasa = melayu = islam.

Jadi disini boleh larh utusan menyalahkan perkasa atas faktor kegagalan himpun. Sekurang2nya perkasa mesti ada ahli yang melebihi 100 - 300 k sekarang. So apsal depa tak join himpun? Pasal pe utusan dan mashitah nak salahkan pas dalam hal neh? Bengong. Kata ada ramai ahli. So buktikanlah. Ahli2 pas dan pkr memang kurang. Sebab setiap hari depa masuk umno. Tak caya tanya arh utusan.

kah kah kah

Ameno : Katak lagi pandai belit dari ular rupanya.

Nah, roti 1malaysia untuk anda.

kah kah kah

Aku kelakar gila baca benda neh. Apa menda pun nak letak 1malaysia. Sengal dowh. Sengal. Nak bagi bantuan bagi je larh. Tak yah ar mengarut sampai letak nama 1malaysia. Membodek je 24jam.

kah kah kah

Rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang akan menerima roti percuma setiap hari mulai hari ini menerusi program kebajikan 'Roti 1Malaysia'.

mahathir bakery the loaf langkawi 070207 breadPengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Sementara itu, Heng berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

"Kita ingin berkongsi hasrat membantu serta menaik taraf mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada visi 1Malaysia, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEIni merupakan satu cara wajar bagi mengelakkan pembaziran, dan pada masa sama, membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Heng berkata pelbagai persatuan belia serta sektor korporat akan terlibat mengedarkan roti berkenaan, dan sukarelawan dipelawa mengambil bahagian dalam program itu.

"Selain menerima sijil kerana menjayakan projek 1Malaysia ini, sukarelawan juga akan berasa bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan bangsa," katanya.

- Bernama


Whorr... mengelakkan pembaziran. Okey gak tue. Roti2 yang tak laku daripada dibiarkan rosak elok gak edarkan kepada mereka2 yang memerlukan. Cuma perlu ke letak nama 1malaysia tue? Aku rasa orang dah bosan dengan jenama 1malaysia neh. 

Nanti kalau najib bukan pm, takan jenama 1malaysia masih wujud? Btw.. agak2 korang ada tak nanti depa cop plastik roti kepada roti 1malaysia? Kalau ada itu bermaksud ada orang dapat untung whor.. mengalakkan industri sticker / cop 1malaysia.

kah kah kah

Ameno : Apa pun nak 1malaysia..

Wednesday, October 26, 2011

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA

Kah kah kah

Kelako

Kelako

Kelako

Lawak gila citer neh..

kah kah kah

Gelak puas2 dulu.

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.


perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.
Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.
Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.
Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.-MKINI-



Selamat menjawat jawatan baru ek. 
kah kah kah

Ameno : Lawak gile..

Beli sebiji bot berharga RM7.51juta pulak dah..

Aku tatau JTLM = jabatan taman laut negara neh apa peranan dia. Tapi aku fikir dia mesti melakukan kerja2 hebat. Ini kerana dia memerlukan peralatan yang hebat-hebat. Ia bukan sahaja hebat dari segi jenis peralatan. Ia juga hebat dari segi harga. 

Lihat bawah neh ;



Maafkanlah aku. Aku mengalami kesukaran untuk berfikir reasonable nya harga bot neh bernilai sebanyak rm7.51 juta. Aku ada juga fikir sebelum neh, mungkin ada sebab2 yang tertentu kenapa sebiji bot neh mahal harga nya. Mungkinkah bot neh terlampau canggih? Tapi hasil pembacaan aku menerusi laporan audit yang dikeluarkan mendapati ;

1. Kualiti / jenis / spesifikasi bot tidak sepadan dengan harga nya.

2. Terdapat lebihan bayaran akibat peralatan yang tidak diterima dan wujud perbezaan dalam spesifikasi yang diperuntukkan dalam kontrak.

3. Tiada nama model, tiada perincian tender, tiada pemeriksaan, tiada syarat tender, tiada apa2 perjanjian pun bagi melindungi kerajaan dari ditipu dalam kontrak kerjasama neh. 

4. Bayaran penuh dibuat tanpa menyelia, menguji dan memeriksa mutu, kualiti dan blablabla bot tersebut.

5. Kalau ikut dari tender di atas, ia tidak termasuk pemuliharaan bot, jaminan [warranty], latihan penggunaan bot, kos pembaikan dan penyeliaan bot. Betul tak? Adakah itu dalam tender yang lain pula? Seseorang perlu dilatih dan berlatih menggunakan bot sebab neh bot yang dibuat mengikut spesifikasi. So ada beberapa perkara yang dia kena belajar untuk faham bagi mengawal bot dengan lebih baik. Kan?

6. Pembekal bot siap dapat 2 kali lanjutan masa tapi kenapa tiada butiran mengenai kelewatan tersebut? Kita kena tahu kenapa dia lewat siapkan bahan mengikut tempoh yang ditetapkan. 

Sebenarnya siapa pemilik syarikat kapal masai sendirian berhad neh? Mungkin satu lagi projek membakolsampahkan wang negara akan dibuat dengan kerjasama syarikat neh. Kenapa kerajaan tak buang sahaja kakitangan2 yang terlibat dalam ketirisan perbelanjaan wang negara? Kenapa kerajaan tak hukum je jabatan2 dan kementerian2 yang didapati tidak telus dalam menjalankan tugas? Adakah neh ialah suara ahti kerajaan? 

Ahh.. jangan jawab. Itu bukan soklan. Aku hanya bersangka baik sebab tue aku tanya2 kucing. Okey. 

Ameno : JTLM neh didapati melakukan banyak penyelewengan.. hurmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...