Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Oktober 2011

Najib bayar sewa 9juta untuk pesawat 1malaysia bernilai 200juta.

Peh.

Lue beli pesawat guna dana kerajaan melalui saham kerajaan dalam PNB. Nilai belian 200juta sebab dah siap ubahsuai. Then bila lue nak kemana2 hala lue bayar sewa pula. Kalau lue bayar minyak + makan takpe lagi. Neh lue bayar sewa lagi. Ibaratnya gini ;

1. Aku beli kereta.

2. Tiap2 bulan aku bayar ansurans kereta pada pihak bank.

3. Setiap kali aku nak guna kereta aku kena bayar sewa pula.

So apa point aku beli kereta?

Bukan kah lebih bagos kalau kerajaan sendiri beli satu pesawat untuk kegunaan menteri dengan menggunakan terus wang kerajaan [rakyat]?  Kenapa perlu suruh pihak ketiga [itupun ada saham kerajaan] beli pesawat untuk kegunaan kerajaan dan kerajaan perlu bayar sewa setiap kali nak menggunakan pesawat tersebut? 

Kenapa tidak sahaja begini ;

1. Kerajaan beli pesawat under malaysia.

2. Kerajaan bayar guna wang cukai rakyat.

3. Kerajaan suruh TUDM selenggara pesawat tersebut.

4. Bila kerajaan nak guna maka mereka perlu tuang kos minyak + makan.

5. Bila rosak, kerajaan keluarkan wang maintance untuk repair.

6. Bila ada orang nak sewa, kerajaan beri supaya boleh gunakan wang tersebut untuk kos operasi dan penambahbaikan apa2 pada pesawat tersebut. 

Kan, buat begini lebih mudah? Apa point beli then sewa? Ini macam isu rumah rasmi PM dan TPM. Lue sendiri buat rumah rasmi tapi lue kena bayar sewa pada kroni?

Hey.. aku nak cakap

Bullshit.

Boleh tak?

Benda senang macam neh aku pun boleh fikir. Buat apa korang jadi menteri kalau korang tatau nak uruskan kewangan negara dengan cekap? Ini ialah satu pembaziran. Ko suruh rakyat jimat cermat tapi ko sendiri membazir. Dan pesawat neh juga digunakan untuk percutian ko ke sini sana. 

rm9juta?

untuk urusan kerja aku tak nampak ia salah, wahai najib.

Tapi untuk urusan percutian [peribadi], perkahwinan dan rosmah mansur? 

Damm..

Korang ingat rakyat petik duit dari pokok ke?

Sengal betul. Heyy.. sapa yang undi menangkan umno neh? Korang pergi matilah. Cepat. Dengan kadar segera. Kebodohan korang dah menyusahkan orang lain. Grrr.. geram aku. 

Untuk rekod nilai rm9juta sewa ialah untuk tahun neh SAHAJA. Dan sebanyak 21.4juta digunakan ketika najib dan muhyiddin melawat beberapa negara sejak tahun 2008. Itu nilai atas paper. Korang kena faham lah yer. Lihat sini.


Ameno : Bajet berlagak kaya guna duit rakyat.

Saksi misteri kes liwat dan pengesahan kastam atas cincin 24juta.

Perghh.. 

Sekarang menteri lue sendiri dah mengaku cincin juta2 tue wujud beb. Mana lue nak lari? Sapa yang maki hamun aku segala bagai dalam blog neh hari tue? Hah..? Apa? Lari? Sorok muka? Taknak ngaku?

KAH KAH KAH

Aku dah agaknya neh memang cara korang. Cara korang memang korang akan berlagak korang tue maksum nak mampos. Takde dosa dan takde noda. Takley nak cakap apa arh. Berani cakap je rupanya. Bila dah ada bukti dan saksi tak berani pula nak hadapi kenyataan sebenarnya. Dasar pengampu nak mampos.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. 

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.-MKINI-


 Yang penting sekarang neh ;

1. Isu cincin 24juta bukan isu fitnah sebagaimana yang dicanangkan bloggers umno.

2. Cincin 24juta [nilai dalam USD] memang wujud.

3. Anuar shaari pernah buat statement di tv3 bahawa cincin tersebut milik bakal besan rosmah mansur.

4. Cincin tersebut pernah masuk ke malaysia atas nama rosmah mansur.

CHECKMATE!

Lain2 hal tak boleh nak cakap apa. Dorang kan ada kuasa, pangkat dan wang. Kalau dorang nak tutup bukti memang boleh sesangat. Sebab tue dengan pantas bloggers umno dapat dokumen pengesahan cincin tersebut telah dibawa keluar. 

Cuma aku tak tahan nak tergelak bila terfikirkan dulu2, blogger the unspinner cakap mustahil cincin 24juta tue wujud. Siap bagi link bahawa cincin termahal adalah sekian2 cincin blablabla. Dan askar2 umno plak masa tue siap guna link blog dia sambil d0k merapu sakan provoke2 kat kbsb. Last2 cincin neh memang wujud beb. Lue, orang2 umno jilat ludah lue balik whorr.. err silap. Bukan ludah lue orang. Tapi ludah kita orang. eeeee.. geli siottt...

kah kah kah

Dan tadi di mahkamah dalam isu liwat dsai-sba, najwan halimi dipanggil sebagai saksi. Siapa najwan halimi neh? Secara dekat maybe ramai tak kenal sangat kot. Ataupun just kenal sikit2. Tapi semasa isu liwat neh baru naik, tahu tak blog dia pun naik hits mencanak2? 

Sebab dalam blog dia ada mendedahkan siapa saiful sebenarnya. Malahan dia antara yang mengingatkan anwar ibrahim tentang perangkap saiful. Boleh dikatakan mereka2 yang terlibat dalam aktivis kempen pkr [ketika itu] seakan2 boleh baca bahawa sba neh ada muslihat tertentu. Tapi dsai tak boleh baca. 

Dia menulis keraguan dia dalam blog. Sebelum isu liwat muncul. Dia neh pun bukan tak kenal sapa sba. Kenal. Malahan sba siap berbalas komen dalam blog najwan lagi menafikan sangkaan najwan tapi nampaknya sba memang dasar penipu. Selepas dia tulis komen yang baik2 pasal dsai, 3-4 selepas itu tiba2 dia mengaku kena liwat. Nak tahu betul ke tak betul korang buka je blog najwan dan baca sendiri. Bukti ada depan mata.Terserah lue nak terima atau taknak.Sekian.

Ameno : Nak lari kemana mem?

Video nasihat najib kepada pejuang anti-ISA.

kah keh koh kih.

Najib bagi nasihat sambil buat lawak beb. Aku sampai tertongeng2 gelak bila dengar nasihat

kebabommm

dari najib neh. Aku rasa korang pun akan rasa

kebabomm..

bila dengar nasihat najib neh.

kah kah kah

Sila lihat video di bawah neh ;



Dah dengar nasihat najib neh? 

kah kah kah

Sebenarnya PR dah lama perjuangkan mahsuh ISA sebelum tahun 2009. GMI tak silap aku wujud semasa zaman mahathir lagi [mungkin masa tue nama lain kot, sorry ingat2 lupa].

Sekarang sapa yang lembu punya susu, sapi dapat nama neh?? Dia yang makan nama kita, kita lak kena dengar nasihat dia? Lawak gile dowh. Nampak sangat najib neh muka tak malu.

kah kah kah

Korang pernah nampak najib menyertai mana2 demo anti isa? Demo mahsuh ISA? Forum hapus ISA? Takde..?

kah kah kah

Hoittt najib. Ngaku je larh ko hapus ISA sebab nak raih undi dan sokongan rakyat. Bukan luak apa pun. Tak payah larh nak menipu segala bagai. Ko ingat cakap2 ko macam tue dalam tv majoriti rakyat nak percaya ke? Penyokong umno marah sebab ko hapus ISA sebab dorang cakap ko ikut nafsu pembangkang, dan rakyat pun menyampah tengok ko bangga2 mengaku memperjuangkan gerakan hapus ISA padahal sebelum2 neh ko dan geng2 ko gak yang mati2 pertahankan ISA. 

Aku ingat kita kena buka balik news lama pasal ISA neh. Kita perlu cari untuk refreshkan kembali ingatan najib neh. Mari kita sama2 cari komen2 najib pasal ISA. Kalau boleh start dari tahun 2009. Sapa2 then share sini or email aku kat sini => orderonline2010@gmail.com

Mari kita lihat sapa yang kena..

kah kah kah

Ameno : Ini bukan melayu mudah lupa.. tapi najib dan umno yang mudah lupa neh.. kah keh koh kih..

Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan buat report terhadap Namewee.


Semak weh semak.

Semak gila utusan neh.

Macam tue lah yang nik aziz kena. Yang anwar ibrahim kena. Yang lain2 pemimpin pr kena. Tapi lue tak peduli sehinggalah bila lue sendiri kena f***!

Bila lue promote blogs2 lucah dan fitnah lue tak rasa jijik.  Tapi bila lue sendiri kena f*** lue bengang. Tapi selama neh lue f*** kan orang lue tak sedar diri pula? Berapa banyak artikel2 f***, lucah, porno, racist dan fitnah lue jaja? Hampir setiap hari whorr..

Lue tak sedar diri plak? Tapi bila lue kena baru sekali lue dah meroyan macam ulat kepanasan. Padahal lue hari2 pun promote blogs yang f*** kan pemimpin pr tiap2 hari dalam artikel2 bodoh lue tue. Kat paper kat tv kat seme tempat kalau boleh.

Tapi bile lue kena sekali f*** dari rakyat marhaen, terus lue memondan sampai report polis?

kah kah kah

Itu baru satu f*** dari namewee. Belum lagi beribu2 fack dari rakyat malaysia. Yang sebenarnya suara ahti namewee tue suara ahti wa juga. Wa pun dah lama f*** lue. Wa bengang dengan artikel2 fitnah lue. Dari 100% citer lue 99.9% berita lue berita meroyan + fitnah + racist + bodohkan orang melayu. Disebabkan itulah beribu2 rakyat melayu yang taktahu apa2 buta2 kena tipu dan buat tindakan2 mengarut sebab percaya pada mentaliti apa yang dilaporkan akhbar semestinya benar dan tulin.

Sudah sampai masanya lue harus dimamposkan. Wa dah tak nampak jalan lain. Yang wa nampak asal bn mampos lue pun akan turut sama mampos. Bukan wa nak mamposkan syarikat lue or pekerja2 lue. Tapi format / cara lue berkerja tue yang wa nak mamposkan. Sudah sampai masa nya malaysia neh tukar pentadbiran supaya lue boleh belajar menulis dengan benar dan beretika. Selagi bn perintah malaysia selagi itulah lue takan berani cakap benar sebab tuhan lue bn maa.. bukan Allah swt.. lue yang tunjuk sendiri melalui amal perbuatan lue. Sekian.

Ameno : report polis? kena f*** pun nak mengadu ka?

Surat untuk Umno Selangor - Tukar sahaja TEKUN kepada DUITUMNO




Lihat petikan printscreen di atas dan baca surat di bawah neh ;

Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat. 

Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN.

Sememangnya ahli politik dari Tanjung Karang tiada pernah menghampakan pemerhati-pemerhati politik. Dari zaman beliau di "boo" oleh pelajar-pelajar di Universiti Malaya dalam tahun 1999 apabila beliau mengherdik mereka agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan, sehinggalah ketika beliau diasak oleh Azmin Ali mengenai dakwaan duit rakyat yang digunakan oleh ahli politik Umno yang dibelanjakan untuk majlis rumah terbuka hari raya.

Portfolio Kementerian Pertanian ini adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar, khususnya para petani, yang rata-ratanya amat memerlukan bantuan kerajaan. Di negera-negara Barat sekalipun, seperti Amerika Syarikat dan Perancis, kerajaan amat berhati-hati di dalam menyokong dan membantu para petani. 

Sememangnya di Malaysia, sekiranya dilihat bilangan orang Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah amat penting bahawa polisi dan perjalanan kementerian ini dijalankan secara adil.

Akan tetapi, jika menterinya mengambil pendirian bahawa sokongan orang-orang Umno adalah diperlukan bagi memohon apa-apa peruntukan di bawah kementerian beliau, ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa. Sebarang bentuk dana yang diperolehi oleh mana-mana kementerian adalah milik rakyat, dan Umno sendiri adalah sememangnya tidak mampu untuk menyediakan dana tersebut dari tabung mereka sendiri, dan hanya orang yang tidak berakal sahaja yang akan menganggap bahawa semua rakyat Malaysia adalah orang Umno.

Pihak pimpinan Umno perlu sedar akan masalah ini dan tidak boleh menghalalkan apa yang dilakukan oleh Noh Omar ini sebagai "strategi untuk membantu Umno". 

Kita masih ingat lagi di mana pimpinan Umno Selangor juga yang bersalah yang membenarkan Datuk Harun Idris yang memerintah Selangor dengan cara "political patronage" yang akhirnya jatuh tersungkur kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

Contoh "political patronage" ini adalah hanya memberikan kontrak dan bantuan kepada ahli Umno atau dengan sokongan Umno sahaja. Secara amnya, ia mungkin adalah baik untuk Umno, tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha sebegini rupa adalah hanya untuk menguntungkan yang terlibat sahaja agar mereka mempunyai pengikut setia yang terhutang-budi setelah mendapat habuan. 

Benarlah kata orang, politik jenis ini hanya inginkan kuasa dan kekayaan, dan hanya menggunakan "kepentingan Umno/Melayu" sebagai slogan atau retorik kosong semata-mata. 

Umno Selangor juga bersalah dalam membenarkan "Abang Z" bermaharajalela di Kelang sehingga dapat membina 'istana'. Umno Selangor dan ditolak oleh rakyat bukanlah disebabkan oleh PKR atau DAP ataupun PAS. Umno Selangor sendiri yang bermasalah. Perdana Menteri kita telah menasihati Umno Selangor baru-baru ini agar jujur dan ikhlas. 

Bila lagi Umno Selangor akan jujur dan ikhlas? -MKINI-

Sebab tue aku cakap lebih baik korang tukarkan je tekun tue kepada duitumno. Buat apa korang buat tekun kalau paksa kami daftar jadi ahli umno dan suruh undi bn? Fack You! Bukan guna duit umno pun. Andai PR perintah pun benda neh still ada gak. Bukan hapus or mahsuh. Maybe ditambahbaik dan disalurkan pada golongan sasaran aku rasa. 

So, noh omar ko dan kroni2 umno patut fikir dalam2. Ini duit, duit rakyat. Kalau ko rasa umno je layak dapat pinjaman, jangan ko kutip cukai dan zakat dari penyokong pr. Boleh? Ko kutip dari penyokong umno sudah. Yang penyokong pr kami taknak bayar cukai dan zakat kepada kerajaan sebab bukan kami dapat apa2 kebaikan pun.

Buat jalan cantik2 guna duit rakyat tapi ko letak tol. Dua kali bayar lak tue. Buat jalan guna duit kami, nak lalu jalan tue kami kena bayar tol. Tah hapa2 tah. Sapa lah maloan2 yang sanggup kena buli dengan bn neh. Siyes aku tak sanggup. Aku bukan kulibatak lue bn, bukan. 

Ameno : Ini negara nama dia MALAYSIA bukan UMNO.

Laman web semakic dah hilang - SPR lue takut ka?

Okey aku tak faham kenapa SPR buat macam neh. Mula2 korang tengok bawah dulu ;


So sekarang kalau korang nak semak IC korang takley ikut laluan biasa. Laman neh telah dimahsuhkan serta merta. Untuk check ic masih boleh. Cuma korang kena bayar tol. Lihat bawah neh ;



Apa? Kena register? Untuk check ic aku kena register? Lue ingat wa bodoh meh? Wa takmo register. Lue mao trace wa punya ip sahaja kan? Lue mao trace berapa ramai orang check satu2 ic supaya lue boleh manipulate satu2 isu dengan cepat kan? Lue memang pandai cari jalan untuk belit. 

Wa memang respect sama lue. Tapi tindakan lue hanya membuktikan lue memang kaki belit ma. Lue kawal maklumat ka tak kawal maklumat ka lue tetap kena whorr. 

Takpe. Wa percaya hak2 warga asing lue mesti mao jaga. After all dorang kan pemenang buat bn. Kita orang, rakyat malaysia lue punya pengkalah ma.

kah kah kah

laman web semak ic yang dah lesap ==> http://www.jpn.gov.my/semakic/

Laman web baru yang digunakan untuk semak permohonan baru ==> http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php  

Bukti2 printscreen sebelum laman web lesap ==> http://www.facebook.com/bersih2  

Ameno : spr = suruhanjaya penipu .

Ahad, 2 Oktober 2011

Gambar istana 800juta - rakyat tengok saja.

800 juta bhai.

perghhhh

kenapa aku takde rm800juta..

grrr...  tensionnnnnnn bhai gua tension neh..

KAH KAH KAH

Korang tahu kan di malaysia neh ada banyak bangunan2 lama dan bersejarah. Dan bangunan2 neh di pulihara supaya boleh terus digunakan. Tapi ini berbeza untuk istana negara. Lagi satu, aku tatau larh tapi setahu aku satu2 bangunan yang dibina memang boleh dipakai lama dan sampai bila2 asalkan ia diselenggara dengan baik dan tidak runtuh. 

Hiasan dalaman boleh ditukar bila2 ikut kemodenan dan keperluan. Keluasan pun boleh ditambah ikut kesesuaian. Tak semestinya ia kena lebar, tambahan ruang boleh dibuat melalui ketinggian juga.  

Ala kalau korang ada rumah dan ia dah uzur, sudah tentu korang akan cari jalan untuk repair rumah korang kan? Renovate sana sini untuk jadi cantik dan luas kan? Takan korang expect rumah korang ada tempoh usia tertentu betul tak? Mesti korang fikir ia akan diwarisi oleh anak2 korang sambil2 ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa ikut keperluan.

Tapi benda tue berbeza sket untuk istana kita. Istana negara sekarang neh dikhabarkan, sudah uzur. Itu pasal istana baru dibina. Konon nya dah tak relevant pulihara istana negara sekarang. Hahaha.. aku tatau andai itu boleh di anggap sebagai alasan.

Kos asal pembinaan istana baru neh ialah 400juta. Selepas itu 600juta. Dan kini ia 800juta. Samada ia akan jadi 1billion atau tidak, sama2 kita nanti. Di sini sebahagian dari gambar2 istana baru yang dah siap dengan perabot. Sila lihat sambil menangis. 

Sila lihat sambil memikirkan ramai lagi rakyat malaysia yang tiada rumah, hutang berlambak, penuh masalah, barang naik, kerja kurang, kerja tak setimpal gaji, gaji tak cukup makan, loan susah nak approved bagi memperluaskan perniagaan, loan hanya pada kroni, bantuan berbias, faedah pinjaman untuk pelajar, nak belajar pun kena hutang, jurang kehidupan kaya dan miskin, yang kaya selalu hina orang miskin, karenah biokrasi, dan macam2 lagi larh masalah rakyat kebanyakkan macam kita hadapi. 

Sila fikir tentang itu apabila korang lihat gambar2 di bawah neh.












Gambar ada banyak. Aku upload sikit dulu. Aku akan tambah dari masa ke semasa. Tenkiu sebab email gambar neh kepada aku. Aku hayati gambar neh sambil menangis. Beginilah nasib rakyat biasa macam aku dapat. Hanya dapat melihat kekayaan negara diberikan kepada orang yang memang sedia kaya. Haizhh... 

Ameno : Rumah Allah swt pun kalah. Heh

Jumaat, 30 September 2011

Najib naik van


Lihat gambar di atas neh. Najib dan Muhyiddin naik van. 

Dengan ini aku isytiharkan bahawa ;

Najib ialah pemimpin yang berjiwa rakyat, bagus, fahami pendapat rakyat, suka dengar luahan rakyat, terer mentadbir, cekap menjaga harta negara dan amanah [dalam mimpi nko].

dan 


Muhyiddin ialah pemimpin yang mendengar pandangan semua rakyat, memahami kesusahan rakyat, pandai berjimat cermat dan menerima pakai semua pandangan dan luahan rakyat walaupun berbentuk negatif [dalam mimpi nko juga].


Puas ahti?


Kempen seterusnya sila naik beca. Takpun kereta lembu. Tak pun jangan naik apa2. Jalan kaki je. Pergi kerja. Tiap2 hari2. Confirm aku respect dengan kempen tersebut. Itupun dalam mimpi korang gak.


kah kah kah


Ameno : Penipu mana boleh berhenti menipu.

Bendera israel buat apa kat UPM neh?



Gambar di atas neh gambar bendera israel. Ia di tangkap ketika bendera israel ini berada di dalam malaysia. Lokasi gambar ini ialah Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Faktor bendera israel berada di malaysia ialah disebabkan AXN yang baru2 neh menganjurkan pertandingan iaitu "the challenger muaythai" yang baru disiarkan di AXN dalam 3,4 minggu dah kot.


Salah seorang peserta dalam pertandingan neh ialah peserta kelahiran israel. So ada apa masalah peserta kelahiran israel memasuki pertandingan neh? Aku agak biol memikirkan benda neh. Apa yang kerajaan israel buat terhadap palestin belum tentu mewakili kehendak ahti nurani rakyat israel. Tapi dalam waktu yang sama, terpampangnya bendera israel di malaysia neh aku percaya ramai kot yang rasa kurang senang.

Aku rasa ramai yang tidak tahu bahawa ;

1. Kerajaan malaysia tidak hubungan diplomatik secara langsung dengan israel. 

2. Hubungan diplomatik bukan bererti hubungan perniagaan. Hanya hubungan diplomatik je tiada. Bukan hubungan perniagaan. Kapal israel boleh masuk ke pelabuhan malaysia. PM boleh melantik apco untuk menasihati dia dalam urusan rasmi negara dengan negara lain. Itu hubungan perniagaan dan perdagangan, bukan diplomatik. Kena faham perbezaan itu.

3. Rakyat malaysia tidak boleh ke israel, bukan rakyat israel tidak boleh ke malaysia.

4. Sukan berbeza dengan hubungan2 lain. Walaupun israel sendiri berkali2 menghalang kemasukkan peserta palestine tetapi peserta dia, okey je dalam mana2 sukan. Ha Ha Ha.

Andai kita faham semua di atas neh, maka kita akan faham kenapa bendera israel neh boleh ada di malaysia. So, macam mana? Nak rasa marah, pelik, buat taktahu, entah.. lantak korang larh. Pasal aku pun tatau nak rasa apa. Sebab bagi aku umno di malaysia lebih kurang macam israel di palestine.

Kah kah kah

Maklumat lanjut tentang bendera israel di malaysia korang boleh baca disini.

Ameno : israel = umno.

Harga telur ayam semua gred naik serta merta.

Kah kah kah

Apa tah aku sibukkan sangat semalam satu hari, sampaikan aku terlalu lewat baca berita neh. 

Lihat bawah beb ; 




Yang neh aku tak pasti tv3 ada siar ke takde , sebab aku skip2 tengok berita semalam. Bowsaan. Buka2 je potpet pasal lim guan eng. Malas aku layan. Baik aku blah. 

Tapi yang aku pasti andai berita neh tercetak di dalam paper, berita neh mungkin bersize kecik di utusan dan media arus perdana yang lain sebab berita neh bukan berita bodek bn or kutuk pembangkang, kemenangan dalam sukan ataupun bencana alam. Hanya 4 berita neh je yang layak dapat front page di paper2 arus perdana di malaysia neh.

kah kah kah

Telur ayam sekarang, untuk kesemua gred naik 2 sen. Ia berkuatkuasa serta merta. Nanti dulu penyokong umno, nanti dulu. Sebelum korang cakap biar aku yang cakap dulu.

Harga telur ayam naik dua sen je der..  <-- tiap2 hari aku beli telur ayam sebijik je. So naik 2sen sebijik memang takde effect der. Hehehe..

Harga telur ayam lebih murah di malaysia berbanding di negara jiran der <-- Ye, ye aku setuju. Bandingkan nilai matawang, gaji, pendapatan perkapita, kos sara hidup, harga rumah, harga barang keperluan, cukai dan macam2 beban yang aku kena tanggung di malaysia neh.. aku setuju je lah dengan pendapat ko tue. Heheheh..

Makan banyak telur boleh kena penyakit der <-- Ye.. ye aku dah faham. Hehehhe..

Telur, satu makanan yang mak aku hampir setiap hari masak ketika aku kecik2 dulu sebab masa tue family aku susah sangat. Almaklumlah mak aku, ibu tunggal. Aku dapat makan telur dah rasa bersyukur sangat. Kalau tak maggie kosong je weh. Takpun sambal kosong. Hehehe..

Telur neh sebenarnya, bukan makanan orang kaya pun. Hehehe.. tapi korang nak naikkan telur atas alasan tak cukup bekalan. 

Barang kurang = permintaan belum tentu tinggi = tapi harga dinaikkan?

Andai permintaan tinggi = bekalan kurang = belum tentu kenaikkan harga dapat menyelesaikan masalah.

Menaikkan harga bukan boleh mengurangkan permintaan terhadap telur sebab telur neh lebih kurang macam barang keperluan. Ada banyak masakan yang memerlukan telur dalam resepi mereka. Kek, kuih muih, lauk pauk, nasi lemak, roti dan etc. Kenaikan 2 sen mungkin kecik bagi sebiji telur, tapi berbijik2 telur boleh menghasilkan pelbagai jenis roti dan makanan.

Dan banyak di antara makanan2 yang terhasil di mana majoritinya makanan2 murah, orang2 macam aku akan makan. Aku mungkinlah kot, mampu hidup, telur naik 2sen sebijik neh sekarang. Tapi macam mana yer kalau ada keluarga yang susah2 macam kehidupan aku masa kecik2 dulu.. yang mana dorang makan telur hari2 ? Lue fikirlah sendiri.

Nota : Masa kecoh isu telur tiruan, dorang cakap bekalan dalam negara SENTIASA mencukupi.

Ameno : telur ni makanan orang kaya ke?

Khamis, 29 September 2011

Video "undilah" tak disenangi rakyat - Rais Yatim.

Rais bagitau macam neh kepada pemberita apabila ditanya mengenai isu video undi lah yang dilarang penayangan nya di kaca tv kerajaan dan swasta ;

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

rais yatim pc 020709 02"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.-MKINI-

Whorrr.. aku dah faham. Namewee neh memang bodoh gile. Sama gak dengan adflin shauki.

Bodoh

bodoh

bodoh. 

Lainkali nak buat video klip selit2lah dengan unsur2 porno ngok! Ini korang buat video tanpa porno dan seks mana larh boleh lulus. Bodoh. Tak tengok tv malaysia punya orang!

Tengok macam bawah neh hah sebagai contoh ;


Ini ada lagi contoh.



 

Seksi

mengarut

lucah

merepek

meroyan

bergosip pasal rumahtangga

program yang tiada manfaat

porno

fitnah
liwat

je yang boleh diluluskan untuk tayangan tv, filem dan majalah. Jika korang nak bawa mesej2 ilmiah, akedemik dan islamik sila pergi mampos. Ini kerajaan bn yang punya.

kah kah kah.

Jika video satu dan dua gagal load klik sini dan sini.

Ameno : Bodoh gila alasan rais neh.

Hudud : Dap tolak, Pas pertahan, PKR terima.

Semalam pimpinan tertinggi PR telah bermesyuarat dan hasilnya ialah ;

1. PAS akan tetap mempertahankan pendirian mereka untuk melaksanakan hudud di dalam negara neh.

2. DAP menolak hudud sebagai agenda PR dalam buku jingga. 

3. PKR menerima perbezaan pendapat antara PAS dan DAP namun dalam masa yang sama PKR akan cuba cari jalan bagi menyelesaikan perbezaan antara PAS dan DAP.

Namun selain dari itu ;

1. DAP walaupun menolak hudud sebagai sebahagian dari agenda PR dalam buku jingga mereka tidak akan menghalang pelaksanaan hudud di kelantan dan terengganu. Kerana benda tue dah lama diperjuangkan oleh PAS sebelum PR terbentuk.

2. Ini bermakna laluan untuk hudud hanya selesa di kelantan dan terengganu tanpa campur tangan DAP. Selain dari dua negeri itu, hudud tidak akan terlaksana di dalam mana2 negeri tanpa bantahan DAP dan Kerajaan pusat.

3. Dalam isu hudud, pendirian PKR ialah menghormati permintaan DAP dan PAS. 

4. DAP juga menolak untuk memberikan jawapan adakah hudud akan dilaksanakan andai PR berjaya mengambilalih putrajaya.

Bagi aku penolakkan DAP ke atas hudud memang mempunyai asas. Jika undang2 jenayah islam digunapakai, umat islam akan selangkah ke hadapan untuk berubah dan memajukan diri. Ini sesuatu yang orang2 dalam DAP mungkin gusar walaupun jaminan telah diberikan oleh nik aziz bahawa hudud tidak akan digunapakai untuk orang2 bukan islam. 

Jadi DAP tiada point untuk takut. Melainkan dorang melihat kebaikan hudud neh untuk orang islam. Sesuatu yang baik untuk orang islam sepatutnya ia baik juga untuk orang bukan islam. Tetapi ada sesetengah orang islam dan orang bukan islam memilih untuk saling bermusuh. Mungkin ini jalan yang beberapa ahli pimpinan tertinggi dalam dap, pilih. 

Sebab itu, dap harus dibersihkan dari orang2 macam neh. Hanya orang2 macam lim guan eng je wajar duduk dalam dap. Sebab orang2 yang berfikiran macam lim guan eng boleh menyatukan perbezaan umat islam dengan umat bukan islam. Kalau orang2 macam karpal singh ataupun ngar kor meng.. erhmm tak payah mimpi larh der. Dorang tak boleh pakai.

Dalam hal neh PKR parti yang konon nya liberal telah memilih untuk menghormati pendirian pas dalam soal hudud. Sesuatu yang aku mesti puji. Sebab dalam PKR bukan hanya ada muslim. Bukan muslim pun ada dalam PKR juga. Peranan PKR untuk mendamaikan PAS dan DAP mungkin memakan masa dan inilah yang umno marah dari dulu sampai sekarang dengan PKR. 

Bagi mereka untuk menghancurkan PR dengan melaga2kan dap dan pas adalah kerja mudah. Tetapi ia jadi tak mudah setelah kewujudan PKR. PKR tahu cari jalan nak membuatkan PAS dan DAP bermuafakat. Sebab tue kadangkala aku rasa korang2 yang benci PKR dalam PR, kena tengok peranan PKR dalam isu neh. Ada beberapa benda dalam PKR yang aku rasa kita semua benci tetapi ada juga benda2 baik dalam PKR yang kita kena pandang juga. Hopefully suatu masa kelak, PR akan bersefahaman dalam isu hudud.

Tapi jangan terlepas pandang bahawa DAP tidak menolak pelaksaaan hudud di kelantan. Ini bererti hudud di kelantan sudah ada green light dari pimpinan tertinggi PR. Yang sekarang kita tunggu green light dari umno. Jika dap yang begitu menolak hudud pun boleh terima hudud di kelantan, bagaimana pula dengan umno yang konon nya seorang muslim yang menerima hudud sebahagian dalam islam?

Ameno : Tolak tak bererti musuh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...