Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 September 2011

Video seks anwar ibrahim 16minit dah tersebar. - Panas tergolek.

Perghhh..

Polis lue memang terbaik.. gile arhh... epik-sen tul kerja lue bila babitkan pembangkang kan? Wa terpaksa paksa diri wa untuk tabik sama lue. 

Terbaek!!!

Inilah ungkapan yang wa dapat cakap ikhlas dari ahti neh. Lihat bawah neh beb ;



Dari apa yang aku faham kat atas neh ialah ;

1. Polis akan buka kertas siasatan baru kalau ada laporan.

2. Video seks yang di upload berdurasi 16minit panjangnya.

3. Video seks yang di upload ialah versi baru.

4. Video seks neh dah tersebar di beberapa blogs pada selasa yang baru berlalu [semalam].

Siasatan aku pula ;

1. Video seks versi baru belum tersebar lagi.

2. Tiada mana2 blogs umno mahupun pr pun yang sebarkan video seks berdurasi 16minit.

3. Papagomo kata akan disebarkan tapi bukan bermaksud ia dah disebarkan. Yang ada cctv tue pun mana ada berdurasi sampai 16minit bhai. 

4. Jadi polis tengah citer pasal apa? 

Sebab tue aku cakap polis malaysia terbaek. Benda belum keluar pun dorang dah bagi statement awal2. Ini membuktikan bahawa dorang memang epik-sen. So kalau aku tak puji polis terbaek aku nak puji apa lagi?

kah kah kah

Ameno : Ini kantoi ke apa?

Bukti umno fitnah Mat Sabu.

Baca apa yang tertulis di atas neh. Penulis yang menulis buku sejarah neh ialah arwah Ismail Bin Adnan. Sedikit info tentang dia boleh klik disini.

Satu benda yang umno tak faham ialah sejarah yang dipersoalkan oleh mat sabu sebenarnya bukan datang dari kehendak mat sabu sendiri. Dia pun dapat setelah pembacaan daripada pelbagai karya penulisan dan hasil perbandingan yang dirujuk daripada pelbagai sumber. Yang neh kenapa umno abaikan? Kang kata bodoh marah tapi masalahnya memang itulah sikap dorang. Penipu. 

Di tv tunjuk yang buruk2 je pasal mat sabu. Bab neh tak pernah pula dedahkan sekali kat dalam tv. Apa taknak heret sekali penulis buku neh? Bukan aku nak suruh umno mengheret orang yang dah meninggal dunia cuma aku nak umno hebahkan bahawa karya neh wujud. Napa dorang tak berbuat demikian di tv? Napa citer sikit dan sembunyikan banyak kebenaran? Itu sebab dorang sedang bermain politik disini. Itu sebabnya. 

Ada banyak masa, pergi larh bantu rakyat. Memang aku faham ahli politik kerja dia berpolitik. Tapi orang berpolitik tugas dia berpolitik dalam buat kerja bukan suruh ko berpolitik buat wayang. Kalau macam neh aku pun boleh jadi ahli politik. Gebang lebih kurang dah dapat upah.

Lagi satu sekarang blogger umno mengutuk2 mat sabu miskin bagai sebab minta sedekah untuk bayar ikat jamin. Ada gak yang cakap mat sabu sorok duit sendiri sebab nak guna duit derma untuk bayar ikatjamin. Entahlarh. Aku bukan mat sabu. Aku pun tak boleh nak jawab bagi pihak dia. Tapi yang aku heran apa yang blogger umno susah sangat pun dalam hal neh? Ada ke sekarang mat sabu minta duit dia or duit pemimpin2 dia? Ada ke sekarang neh mat sabu guna duit rakyat? Hermm.. macam takde. So jangan semak sangat larh.

Ameno : Parpu kari memang kaya sebab tue slumber kutuk orang lain miskin.

Hantu datang kat korang.

Peh. 

Gila

Hantu nak datang kat korang neh. Tak takut ke apa? Tahu larh zaman sekarang hidup dibelenggu dengan hantu je 24 jam. Macam2 hantu korang leh jumpa setiap hari dalam dan luar tv. 

kah kah kah

Tapi dengan ini hantu korang jangan main2 whorr.. ini hantu dasat punya. Sekali dia hantoo sama korang mampuih larh korang terseksa selama 5 tahun. Amacam? Nak kena sangat kepe dengan hantu neh? Kalau taknak meh ramai2 kita support bersihkan pengundi hanto di malaysia neh. Lihat bawah ;




Daripada sumber2 yang dipercayai hantu spesis neh takut dengan kaler kuning. Dan hanto neh juga dikenalpasti sebagai hanto import. So digalakkan kita mengguning ramai2 bagi membanteras penyebaran hanto neh. Segala urusan berkaitan tshirt di atas sila ke sini. 

Bersihkan hantoo sebelum mengundi. Kalau tak pr confirm kalah lagi. Heh

Ameno : hantoooo.....

PM Najib pengecut - Boo sama dia.



kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Aku ingatkan bila dia berani pongpang2 kutuk anwar ibrahim dan pembangkang segala bagai dalam tv dan paper kerajaan dia berani sangat. Rupanya cakap je hebat tapi tindakan hampeh. Tarak. Beria2 kutuk anwar ibrahim takut larh, lari larh, pengecut larh, dah tue dia sendiri macam mana?

Ingatkan bila dah kutuk2 anwar ibrahim macam2 mesti larh kita membayangkan dia seseorang yang berani. Rupanya tidak. Cakap je eksyen lebih. Sebenarnya dia pun sama je dengan orang yang dia kutuk2kan tue. Buktinya di bawah neh. Dia takmo beri keterangan dalam kes liwat anwar ibrahim.

Apahall?

Baca bawah neh ;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.



Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.



Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui. -MKINI-

Rupanya berani act depan penyokong sendiri je. Bukanlah berani sangat sebagaimana yang dia gambarkan melalui kata2 dia. Kalau sungguh tak terlibat dalam kes liwat neh bagi je larh keterangan yang menjahanamkan anwar ibrahim. Apa susah. Ke susah sebab memang terlibat?

kah kah kah

lue fikirlah sendiri.



Ameno : kulit keras telur je rupanya..

Mereka dapat IC malaysia. [Video Inside]

Video lama yang aku tak pernah tengok. Tapi ada member di facebook share info neh kat fanpage. Thanks geng. Hehehe.. tak sangka aku benda neh masuk international news [seberang pun kira international gak kan].

Lihat bawah neh ;

 


Patutlarh orang sabah marah. Selama bertahun2 neh aku hanya terfikir napa larh member2 aku dari sabahan yang pernah keja kilang sekali dulu mereka marah sangat bila citer bab indonesia neh. Rupanya mereka ditindas. Ramai dah member2 sabah cakap pasal neh. Aku percaya pasal depa bukan cakap atas kapasiti politik. Cuma masa tue tak nampak lagi kaitan hal neh dengan umno pasal tak berapa nak amek port pasal politik. Masa zaman2 kena tipuliah. Ingatkan bn dan umno sosuci. Rupa2nya so fakcy. Dasat bhai.

Andai benar umno gunakan strategi seperti neh untuk raih undi pada masa dulu, memang tidak dapat nafikan mereka mungkin akan gunakan strategi yang sama pada PRU 13 kelak. Alamakkk.. habislah. Berapa banyak bangla, nepal, indonesia dan lain2 warga negara asing nak berkampung disini. Tak boleh blah. Negara ku negara mereka jua.

kah kah kah

Ameno : sadiss..

Review 1pengguna.com - berapa harga ayam itu?

Dah lama aku tak berkunjung ke portal bersejarah neh. Portal neh bersejarah sebab dia cipta sejarah. Sejarah yang dia cipta ialah portal neh bernilai juta2 ringgit. Di samping itu portal neh juga ialah portal pendua kepada portal yang pernah dicipta sebelum neh oleh kementerian yang sama tetapi tidak diupdate atas alasan apa aku pun taktahu so better jangan tanya aku.

Memandangkan hari masa awal dan belum ada apa2 berita jadi aku pun buang masa kat portal neh. Jom lihat review aku pasal portal neh.



keterkinian dalam portal neh ialah hari2 lama. Kesian. Takde larh popular sangat portal neh ismail sabri kan kan kan? Hheheh.. ada orang tue cakap portal neh lagi best dari facebook. Yeke? Tapi apasal update2 terkini dorang makan hari ye? Yang di facebook saya benci harga barang naik makan jam dan minit je. 

kah kah kah

lawak siot. Takpe. Itu hal kecik je. Aku tak rasa ini akan memberikan bad impression untuk portal bersejarah neh. Meh tengok yang lain pula. 





TADAAA.....

Eh.. dah boleh access larh benda neh. Hehehhe.. 


Korang tahu nak guna benda alah neh? Dont worry aku leh ajar. Tadi aku dah godek2 habis. Memula pilih locatian dan banding harga barang then masukkan tempat tue.. klik play untuk dia masuk ke dalam kotak kanan then baru pilih teruskan. Kerja leceh. Tak user friendly. Tapi sebab aku citizenfriendly so i decided not to complain but absorb je ketidakfriendlyan this portal.

Then aku proceed dengan aku punya niat iaitu nak banding harga barang.




Ini yang aku dapat pada hasil akhir. Part yang kena download tue siyes aku cakap kerja bodoh. Nak download untuk semak price siyes buang masa. Kenapa dia tak paparkan result je instead of guna kaedah download neh? Dont ask me coz i also want to know why.

Portal neh siyes aku taktahu nak cakap apa. Nak nages ke nak gelak ke apa. Aku serba salah. Duit rakyat berjuta2 habis semata2 untuk buat benda bodoh haramjadah neh. Aku rasa simpati + sayu plak pada diri sendiri sebab ada menteri bodohpiang. Kelebihan portal neh pada aku ialah ia tiada kelebihan langsung. 

nada

obso

tiada.

faham tak? Tak faham main sendiri portal tue habis citer. Heh

Samsung Galaxy tab review 

Ameno : Bowwsaannn

Mat sabu ditahan polis..

KAH KAH KAH 

Menyampah aku tengok polis malaysia buat kerja. Benda takde pape pun nak tahan. Benda yang melingkupkan orang macam fitnah2 dari bloggers umno haram nak amek port. Okey takpe dorang bagi alasan sama geng takan nak tangkap geng2 sendiri.. so minah meroyan si penghina islam tegar bernama hajjah sitt apa citer plak? Taknak pula tahan? Ke sama gak batch dalam master menghina islam?

KAH KAH KAH

Pape pun di ucapkan mucho2 thanks sebab memberikan kami satu lagi sebab kenapa PR harus jadi kerajaan pusat.. komawooo pdrmm komawoo.. baca bawah neh ;


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

NONEKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.
"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.
“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamPetang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.
Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. MK/-

Ameno : Nampak sangat barua nya weh..

Selasa, 20 September 2011

Azizan mengaku beli kereta mewah

MB kedah dah jawab isu berhubung pembelian kereta mewah yang dihebohkan oleh blogger umno sebagai penyelewengan. Fack U. Diri sendiri pun tak betul tapi sibuk urusan orang lain. Moral pemimpin sendiri dibanding dengan lembu, lembu pun kalah whorrr.. lagi mao canang peribadi pemimpin pembangkang? 

Paling getik dengan blogger macam neh. Kalau berpeluang jumpa memang rasa nak ludah je.. tapi bukan ludah depan2, belakang2 je lar.. sebab confirm dorang seme besar2 kan.. muahahahah.. baca bawah beb, penjelasan dari MB kedah berhubung isu neh ;
Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,”
katanya. -SH-

Laaa.. mahathir pun pernah naik kereta neh? Awat blogger umno takmo lapor ka apa? BODOHPIANG. Bagi aku kalau betul kereta tue untuk kegunaan rasmi terpaksa lah beli kan. Kang asyik nak sewa kenderaan plak payah. So better beli. 

Cuma macam biasa.. asal beli je mesti kereta import. Kereta nasional neh memang cikai takde kualiti kan? Sebab tue seme pemimpin baik pembangkang ataupun kerajaan layan import je. Bab2 nasional tue campak ke kita je lew.. muahahahah..

Ameno : blogger umno pun layan kereta import.. walhal beria2 bela proton muahahah...

Miss bikini di perak - Di sokong 100% tanpa was2.



Aku tak pasti samada zambry boleh dipersalahkan atau tidak dalam isu neh sebab maklumat yang dilampirkan dalam bentuk yang was2. Betul ke pelancongan perak yang anjurkan event di atas neh? Jangan salah faham. Aku bukan nak bela zambry dalam soal neh. Cuma at least bagi lah hujah konkrit untuk menyalahkan zambry dalam isu neh apa2 hal dulu.

Bagi aku kalau event neh memenuhi beberapa syarat yang ada di malaysia [kena faham maksud ayat neh yer] ;

1. di anjurkan oleh orang bukan islam

2. yang terlibat ialah orang bukan islam

3. dapat permit dari penguatkuasa

4. tidak berbuat apa2 kekacauan kepada masyarakat yang tinggal berhampiran

5. tidak melibatkan orang islam dari segenap segi samada pekerja + peserta

Itu dah enough. Mungkin ramai orang akan marah dengan pandangan aku, tetapi pandangan aku ialah pandangan orang yang sedar diri. Orang yang sedar diri macam aku tidak akan sibuk masuk campur dalam moral umat bukan islam di saat moral umat islam itu sendiri sedang menuju kehancuran. Aku bukan nak bela dorang..tapi siapa aku nak tegur dan perbetulkan dorang kalau umat islam sendiri sedang hanyut dan rosak segala bagai?

Pada aku, lantaklah dorang nak buat apa pun sebab umat islam pun lebih kurang gitu je. Fasha sandha siap berbikini di bali lagi. Ramai lagi artis islam berbikini walaupun tanpa miss bikini. Neh at least mereka berbikini sebab miss bikini tapi yang bukan ada miss bikini tapi sibuk berbikini gak apa cerita? Apa tindakan kerajaan dalam menghukum dan mentarbiah mereka? NONE. I repeat, NONE.

Akhlak umat islam sendiri adalah disaster di malaysia neh tapi sibuk pula nak memperbetulkan akhlak orang bukan islam? Kelawakan apakah neh? Umat islam ada hidayah + ilmu + pengetahuan tentang akhlak berbanding orang bukan islam tapi dorang tak amal. Dan bila ada benda2 yang membabitkan umat islam contoh kes berbikini sana sini haramm nak amek tindakan. Sapa pun tak mendongak untuk pantau.

So.. kalau dah umat islam sendiri tergolek berbikini dalam dan luar filem, yang ada kelulusan finas dan sebagainya.. jangan sibuk2 nak halang event orang lain plak. Event neh aku sokong 100%. Korang nak marah aku, marah larh. Bagi aku menyokong event orang bukan islam lebih baik dari melihat umat islam yang tak sedar diri moral masyarakat islam tapi sibuk menegur moral umat bukan islam. Sekian.

Ameno : Sehingga sedar diri..

Harga minyak dunia terus turun

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;


Aku sebenarnya tak pasti samada news kat atas neh matter ataupun tidak pada malaysia. Benda dipetik dari sini. Sila semak sendiri. Melalui pembacaan aku di beberapa blogs antarabangsa dan amerika, harga minyak dunia mencatatkan penurunan dalam beberapa bulan sebelum neh dan dijangka kekal turun untuk beberapa bulan yang akan datang. 

Ada beberapa andaian [aku tulis andaian sebab aku tak pasti samada mereka berhujah secara speculate ataupun ia benar2 fakta disitu] yang dibuat berhubung penurunan harga minyak. Tapi yang aku heran melalui hujah dorang tue.. harga minyak samada naik ataupun turun ia tetap menjejaskan ekonomi dunia. Dalam erti kata lain..naik pun salah..turun pun salah.. mungkin kah pengekalan harga minyak ialah perkara yang betul? So kenapa tak kekalkan je harga minyak pada satu tahap yang stabil? Entah.. aku bukan pakar ekonomi. So mana larh aku nak faham napa dorang tak tetapkan je harga minyak tue pada satu harga yang kekal.

Cuma sekarang neh aku nak tahu adakah penurunan harga minyak dunia neh akan memberikan apa2 effect kepada kerajaan dalam menyelaraskan harga minyak? Setahu aku ron 97 ikut harga global. Neh global dah turun harga malahan dijangka harga minyak per barrel akan mencecah USD80 tak berapa lama lagi sehingga memaksa peniaga2 saham neh beralih angin daripada komoditi minyak kepada emas yang dilihat lebih stabil. 

Boleh jadi ada penglibatan speculator dalam isu penurunan harga minyak neh tapi penurunan harga minyak USD85 per barrel sepatutnya di ikuti dengan penurunan ron 97 dan ron 95 sebab harga minyak malaysia sebelum naik lebih kurang USD 80 - USD 90 per barrel gak masa tue. Memang beberapa tahun lepas harga minyak per barrel dalam rate USD 60 - USD 70 tapi masa tue tengok larh harga ron 97 dan ron 95 berapa pula? 

Sekarang neh harga ron 97 dan ron 95 seolah2 harga minyak dunia dalam rate USD 100 per barrel padahal minyak dunia dah turun. Apa pula langkah kerajaan sekarang neh? Dediam je. Sibuk canang video seks segala bagai padahal kerja sendiri ada, tapi taknak buat. Focus larh pada kerja yang ada sekarang neh. Dah masuk bulan sept neh kan? Aku masih lagi tak dengar lagi pengumuman dari kerajaan untuk turunkan harga minyak dalam 2,3 bulan neh. Ikut kata kerajaan minyak malaysia ikut harga minyak dunia time naik. Sekarang time turun. Ikut harga dunia ye ke tidak dalam isu penurunan neh? Cuba khabar sikit kerajaan weh? 

Nota : crude oil naik beberapa sen sebentar tadi.

Ameno : Kerajaan lupa dorang rasionalisasikan subsidi masa harga minyak dunia turun ka?

Isnin, 19 September 2011

Poster berniat jahat dan kereta mewah ustaz azizan?



KAH KAH KAH

Kerja orang yang tiada kerja. Aku taknak tuduh sapa2 sebab sesiapa pun yang buat poster neh akan dapat simpati politik. Baik PR baik BN dedua dapat kebaikan dalam kes neh.  Pemikiran aku macam neh ;


1. Poster kecik dibuat pr = dapat simpati politik = umno kena balon sebab kutuk dsai dan edarkan di serata kedah.

2. Poster kecik di buat umno = umno berlakon mereka di aniaya = reka bukti bagi kuatkan hujah mereka = dapat simpati politik = persepsi neutral terhadap pr mula dipersoalkan.


Barang siapa buat poster kecik neh tetap ada untung. Malahan PR lebih untung lagi dari umno. Sebab tue aku malas nak tuduh2. Kalau aku polis dah lama aku check detail2 dan dalam2. Dari cop jari atas kertas sampai ke ink printer pun boleh detect. Tapi tue larh aku bukan polis dan isu macam neh biasanya tidak akan terjawab sampai bebila sebab sistem keselamatan negara kan jenis cincai boncai. Maka cincai boncai je larh yang kita dapat. 

Dan tadi masa aku jejalan kat blog umno aku dapat baca satu isu yang mungkin boleh mencalarkan imej ustaz. Aku nak ustaz jawab isu neh sebab ia memudaratkan nama baik ustaz. Aku tak percaya pada kata2 orang umno neh. Depa kata ustaz azizan beli kereta guna wang rakyat dan tak pakai pula kereta tersebut sebab takut kena kutuk. 

Kereta tersebut dibeli atas tujuan rasmi kerajaan negeri dan atas nama kerajaan negeri. Dah kalau untuk urusan kerajaan negeri apa masalahnya pula? Aku percaya mesti ada sebab kenapa depa beli andai betul larh hal neh.

Bab yang ustaz azizan tak guna kemudahan tue maybe ada penjelasan yang lain. Apa pun tak guna gak aku jawab bagi pihak ustaz pasal isu neh aku blank. Bukti takde, sumber pertanyaan pun takde so elok tanya dalam blog je. Sila patahkan pembohongan oleh umno neh yer ustaz azizan. Sekian



Ameno : tak paka kereta neh bagi aku je lerh.. hehehhe

Tiada bukti DNA datang dari sperma dan DNA dari mangkok tandas.


Lihat gambar di atas neh. Malaysiakini tunjuk gambar tandas neh dalam isu berkaitan perbicaraan kes fitnah liwat II dsai-sba. Malaysiakini belum lagi update sampai isu sperma dari mangkok tandas tapi portal lain macam keadilandaily dan tmi dah update pasal isu neh. Dari apa yang aku faham menerusi hujah mcdonald = pakar ahli kimia setelah membaca news ialah ;

1. Tiada bukti bahawa dna milik dsai yang berada di sba punya tutt.. datang dari sperma. Kat situ je dah membuktikan blogger umno memang berperangai keji sebab menonong tuduh sperma dsai melekat kat bontot si lembik tue.

2. doktor yang periksa sample pun takley bagi hujah dari segi perubatan bahawa dna yang dikatakan milik dsai itu datang dari sperma melalui analisis mcdonald.

3. Ini disebabkan doktor yang memeriksa saiful tidak menghadirkan bukti dari segi sainstifik bagi menyokong hujah dia bahawa dna = datang dari sperma = milik dsai. Setakat cakap je dna di bontot sba sepadan dengan dna dengan tuala good morning yang digunakan dsai then heboh secara besar2an bahawa dna = sperma dsai. Aku pun boleh macam tue..  cakap je larh.. bukti belakang citer. Bodoh siot. Benda neh tak sampai kat dalam paper arus perdana. Sampai ke mampos kena tipu dengan bn siot. Geram nya aku bila memikirkan hal tersebut.

4. Doktor yang memeriksa sba ada menemui dna daripada lelaki lain. Tapi dia tak siasat dna tersebut milik siapa. Bila ditanya doktor seah [doktor yang periksa sba] memberitahu bahawa dia menyimpulkan dna lelaki lain yang terdapat di bontot sba datang dari mangkok tandas. Lepas tue mcdonald bidas seah, dia cakap sba tak pergi tandas [berak] selama 2 hari sebab nak simpan bukti.

kah kah kah

Kalau pun sba berak + sebagainya sekalipun.. ada ke polis sanggup nak check bilik air rumah sba tue macam mana? Confirm ke tandas dia jenis tandas duduk ataupun cangkung? Dah masuk bab yang jijik2 plak. Aku pun geli nak menulis. Bangsat gile kes neh. Dan kalau sungguh transfer dna dari mangkok tandas ke bontot sba semasa sba tengah tetttt..  bukan kah logik ia datang dari adik beradik + ahli keluarga + sedara mara terdekat dia? Dah tue napa seah taknak jalankan siasatan ? Ataupun dia sebenarnya mengabaikan sample tersebut dengan sengaja disebabkan ada hal yang lain?

Terdapat jelas unsur2 pengabaian yang nyata dalam kes liwat neh. Belum pape dah cakap dna = sperma dsai walhal tiada bukti pun dna dsai datang dari airmani. Dan ada dna = yang dipercayai air main = sperma yang tidak dapat dibuktikan ia milik dsai tetapi secara rambang dikatakan ia adalah milik dsai. 

Seme neh hanya berlaku di mahkamah malaysia je. Dan seme kes neh berlaku hanya bersandarkan kepada bontot sba. Tiada bontot lain yang lebih powerful daripada bontot orang neh. Macam2 ada. Astro pun kalah. Heh.

Sumber : sini, sini dan sini.

Ameno : Umno pertahankan maruah diri guna bontot orang yang tak bermaruah.

KD Kasturi? 470 juta? Duit rakyat hangus lagi ka?

Susulan dari artikel neh yang aku publish kat blog semalam, aku dapat yang neh menerusi inbox ;

kalu ko nk tau naik taraf lg masyuk dr beli kapal baru...& kalu ko nk tau, skg ni navy tgh naik taraf kapal CORVETE KD KASTURI kt boustead naval ship yard lumut. kos naik taraf sejumlah RM470 JUTA...dlm perjanjian mereka akan naik taraf 2 biji kapal skali dlm kelas corvete iaitu KD KASTURI & KD LEKIR. kd kasturi akan keluar dlm tahun 2013, manakala kd lekir akan masuk refit/SLAP hujung tahun/awal tahun depan...bayangkan 1 biji kapal kos dia RM470JUTA x 2??? sape yg untung??? kroni2 & kontraktor2 cina yg sapu semua tender tu...BUMIPUTERA dpt apa...??? lu pikirlah sendiri....kalu x pecaye, g tye sendiri budak2 navy / kontraktor2 melayu kt lumut tu.. ssshhhhhhhhh.......jgn ckp aku bg tau k. janji.....

Butiran pengirim email dirahsiakan. Dari pada apa yang aku tahu benda neh termasuk dalam rahsia TLDM. Dorang sebenarnya tak boleh hebah2kan isu dalam TLDM sangat. So kalau korang neh navy2 yang nak tulis komen yang negatif kepada kerajaan dan TLDM itu sendiri gunakan nick anom pun okey. Janji bagi info yang betul itu je.

Berhubung perkara di atas aku harap ahli parlimen PR boleh siasat betul ke tak betul naik taraf KD Kasturi menncecah rm470juta? Kalau ya adakah angka neh setimpal dengan hasilnya? Aku faham bukan murah yer proses nak naiktaraf kapal neh whorr.. tapi adakah hasil yang diterima = harga yang dikeluarkan = setimpal? 

Itu isu sekarang. Aku tak rasa dorang + aku mempersoalkan kerja2 dalam TLDM melainkan hanya mempersoalkan tentang ketelusan dalam proses naiktaraf kapal2 neh je. Hopefully jangan ada yang salah faham dan menonong melulu plak. Baca dan faham. Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan dan mengharapkan siasatan. Wang rakyat yang dipersoalkan disini so rakyat berhak tahu. Sekian

Ameno : Perkasa lue taknak mengamuk?

Kapal tenggelam lagi.. - Zahid lue jangan tidur mati boleh tak?



Jap..jap aku tak faham isu sebenar kat sini.  Cuba baca bawah neh jap ;

KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama

Then baca neh ;

Salam Sejahtera,

Baru terima SMS dari pemberi maklumat dari Teluk Sepangar Sabah,,,
KD PARI mendapat arahan umtuk mengesan kapal People Republic Of China (PRC) yang memasuki peairan Malaysia,
Kesian,, bila staff Engine Room baru nak rem engine (RPM) tiba-tiba bilik engine room dah mengalami kebocoran,, kapal yang baru keluar dari pangkalan jeti terumbu berpatah balik ke jeti, selepas 4 jam dari kejadian tersebut baru kapal KD PARI tenggelam, nasib baik kesemua anak-anak kapal selamat...
Mengikut maklumat stern tube bocor, shaft center tercabut,, jadi usaha nak menyelamat keadaan dari kebocoran memang susah, sebab stern tube tu terletak dibawah generator centre... jadi sukar nak menutup lubang kebecoran tu..
Mengikut sumber pada hari Raya yang kedua lalu Kapal KD SERANG dilaporkan mengalami kebakaran, tidak pasti kecil atau besar,,, 2 bulan yang lalu, Kapal KD TODAK grounded (tersangkut), kes sebegini disebabkan batang balak yang hanyut,,, sure lingkup kipas (proppeller) kapal tu....
Susah nak cakap dengan kualiti anggota tentera terutama yang muda-muda sekarang ni,,, malas aku nak komen........apa akan jadi dalam masa 10 tahun lagi.
Apakah ini sebagai ketidakan puasan hati anggota bawahan terhadap Panglima Tentera Laut Dato Aziz yang dikatakan terlalu angkuh dan berkira dengan anggota bawahan,,, sekarang ni bila aku berbual dengan anggota-anggota TLDM, proses nak sambung perkhidmatan cukup susah buat anggota LLP, entah kenapa,, tetapi untuk pegawai,, errmmm mudah.... inilah jadinya bila keadilan dalam sesuatu organisasi dah tiada... -manjongmari-

 Then baca neh ;

gua x mau cakap panjang lebar la.. adalah satu yang x masuk akal bila sebuah kapal TLDM yang baru selesai refit (pembaikan) pada tahun 2009 dgn kos lebih kurang RM 12 juta boleh tenggelam kat jeti. mana CO ALD 2?
Mana CO DSA?
mana CO FSD?
Mana Panglima Sistem?
Mana KP Mat?
Mana KP Jutra?
Mana AKS LOG?
Mana PTL?
kenapa isu ni x boleh dihebahkan? sensitif sangat ke? kos pembaikan kapal di limbungan ditanggung oleh cukai yang dibayar oleh rakyat. jadi apa-apa yang terjadi kepada aset yang dibayar oleh rakyat, rakyat kena tau. konsep operasi x penting yang penting adakah aset yang ada digunapakai dengan baik dan selamat. kita x nafikan pengorbanan anggota dan warga kapal yang dok tengah laut masa orang lain cuti tapi keselamatan mereka dan kapal mereka harus diutamakan. ni bukan cerita kapal baru atau kapal lama. ni cerita kapal rosak yang dipaksa belayar sebab ada orang tak mau bersoal jawab dengan pihak yng lebih tinggi. ni la akibatnya. nyawa budak-budak kat kapal tu jadi taruhan. kalau kat US panglima di dah berenti dah bukan CO kapal tu. sapa yang nak cabar masuk balik gua rasa dia yang x tau status navy skrg ni. -manjongmari-

Aku malas nak menulis sangat dalam isu yang aku tak faham. Bab kapal mengapal neh memang siyes cakap aku zero knowlegde. Tapi setelah aku baca perkara di atas jelas yang aku faham ialah ;

1.KD PARI dah berusia lama. Lebih dari 30tahun. Kalau salah betulkan yer.

2. Pada tahun 2009 KD Pari pernah dibaiki sebanyak 12 juta.

3. Wujud unsur2 penyelewengan pegawai atasan yang menekan pegawai bawahan.

4. Dan berdasarkan kepada usia-nya KD PARI sepatutnya bersara daripada menjalani apa2 tugas akibat dah "uzur" meskipun kerajaan dah kerugian kerana 12juta dah terbuang akibat kos membaikpulih-nya pada tahun 2009.

Lihat statement zahid sendiri kat bawah neh ;

TELUK INTAN: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM Lumut semalam terbakar untuk kali kedua Jumaat.

Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan semalam. Bagaimanapun, sehingga jam 5 petang tadi, kapal tersebut masih kelihatan terbakar.

Terdahulu, bercakap kepada para wartawan di Bagan Datoh dekat sini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua itu mungkin berpunca daripada bara api yang masih wujud di dalam kapal berkenaan.

"Sekarang, saya masih menunggu maklumat berkenaan situasi semasa yang dikemaskinikan," katanya selepas melancarkan lima platun Askar Wataniah di Perak Selatan.

Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan tidak dapat menentukan apa yang harus dilakukan terhadap kapal itu sehingga menerima laporan penuh mengenai insiden itu daripada lembaga penyiasatan dalam tempoh sebulan.

"Kita akan tunggu laporan itu sebelum menentukan apa yang harus dilakukan dengan kapal itu," katanya ketika ditanya sama ada kapal tersebut boleh diselamatkan dan diubahsuai menjadi muzium.

KD Sri Inderapura dibina pada 1970 dan pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat selepas ditauliahkan sebagai USS Spartanburg County.

Pada Disember, 1994, kapal itu diserahkan kepada tentera laut Malaysia.

Ia merupakan salah satu kapal tentera laut yang digunakan untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia bagi mengelakkan serangan lanun di Teluk Aden, Somalia tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata kerosakan pada kapal tersebut Khamis lalu adalah jauh lebih besar berbanding kerosakan pada 2002 juga ekoran kebakaran.

"Ia menelan RM68 juta untuk TLDM membaiki kapal berkenaan selepas kebakaran pada tahun 2002 dan kos membaikpulihnya kini barangkali adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

"Sekiranya ia boleh dibaiki pada kadar harga berpatutan, kita akan baikinya. Jika tidak, adalah lebih baik kita membeli kapal baru," katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, pihak kerajaan berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk membeli kapal pada kelas yang berlainan iaitu kapal pelbagai kegunaan.

Ini kerana katanya, tentera laut telah mempunyai kapal pendarat yang lain.

Sambil menyangkal spekulasi kebakaran Khamis lalu itu adalah satu sabotaj atau kecuaian, Ahmad Zahid berkata, beliau sangat yakin dan mempercayai keupayaan anggota-anggota tentera.

"Seperti orang tua yang mungkin sakit di sini dan situ, saya percaya kapal itu mungkin mengalami kerosakan-kerosakan teknikal tertentu.

"Bagaimanapun, ia tidak berpunca daripada sabotaj atau kecuaian kerana tentera laut membuat pemeriksaan seperti yang dijadualkan," kata Ahmad Zahid.

Beliau menambah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan kapal-kapal yang telah berusia 25 tahun ke atas. -berita dipetik dari blog-

Hurrmmm... aku suka nak dengar pandangan orang yang arif dalam bidang neh. Aku bukan apa.. kalau benda2 dah rosak cam neh takyah guna lagi larh weh. Duit boleh cari. Kalau dah teruk sangat dari repair juta2 elok larh beli lain je [pastikan bebas penyelewengan]. Neh babitkan urusan nyawa whoorr.. jangan main2 dengan nyawa manusia. Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : nuri dah jadi pengajaran.. takmo amek iktibar ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...