Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 September 2011

Azizan mengaku beli kereta mewah

MB kedah dah jawab isu berhubung pembelian kereta mewah yang dihebohkan oleh blogger umno sebagai penyelewengan. Fack U. Diri sendiri pun tak betul tapi sibuk urusan orang lain. Moral pemimpin sendiri dibanding dengan lembu, lembu pun kalah whorrr.. lagi mao canang peribadi pemimpin pembangkang? 

Paling getik dengan blogger macam neh. Kalau berpeluang jumpa memang rasa nak ludah je.. tapi bukan ludah depan2, belakang2 je lar.. sebab confirm dorang seme besar2 kan.. muahahahah.. baca bawah beb, penjelasan dari MB kedah berhubung isu neh ;
Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,”
katanya. -SH-

Laaa.. mahathir pun pernah naik kereta neh? Awat blogger umno takmo lapor ka apa? BODOHPIANG. Bagi aku kalau betul kereta tue untuk kegunaan rasmi terpaksa lah beli kan. Kang asyik nak sewa kenderaan plak payah. So better beli. 

Cuma macam biasa.. asal beli je mesti kereta import. Kereta nasional neh memang cikai takde kualiti kan? Sebab tue seme pemimpin baik pembangkang ataupun kerajaan layan import je. Bab2 nasional tue campak ke kita je lew.. muahahahah..

Ameno : blogger umno pun layan kereta import.. walhal beria2 bela proton muahahah...

Miss bikini di perak - Di sokong 100% tanpa was2.



Aku tak pasti samada zambry boleh dipersalahkan atau tidak dalam isu neh sebab maklumat yang dilampirkan dalam bentuk yang was2. Betul ke pelancongan perak yang anjurkan event di atas neh? Jangan salah faham. Aku bukan nak bela zambry dalam soal neh. Cuma at least bagi lah hujah konkrit untuk menyalahkan zambry dalam isu neh apa2 hal dulu.

Bagi aku kalau event neh memenuhi beberapa syarat yang ada di malaysia [kena faham maksud ayat neh yer] ;

1. di anjurkan oleh orang bukan islam

2. yang terlibat ialah orang bukan islam

3. dapat permit dari penguatkuasa

4. tidak berbuat apa2 kekacauan kepada masyarakat yang tinggal berhampiran

5. tidak melibatkan orang islam dari segenap segi samada pekerja + peserta

Itu dah enough. Mungkin ramai orang akan marah dengan pandangan aku, tetapi pandangan aku ialah pandangan orang yang sedar diri. Orang yang sedar diri macam aku tidak akan sibuk masuk campur dalam moral umat bukan islam di saat moral umat islam itu sendiri sedang menuju kehancuran. Aku bukan nak bela dorang..tapi siapa aku nak tegur dan perbetulkan dorang kalau umat islam sendiri sedang hanyut dan rosak segala bagai?

Pada aku, lantaklah dorang nak buat apa pun sebab umat islam pun lebih kurang gitu je. Fasha sandha siap berbikini di bali lagi. Ramai lagi artis islam berbikini walaupun tanpa miss bikini. Neh at least mereka berbikini sebab miss bikini tapi yang bukan ada miss bikini tapi sibuk berbikini gak apa cerita? Apa tindakan kerajaan dalam menghukum dan mentarbiah mereka? NONE. I repeat, NONE.

Akhlak umat islam sendiri adalah disaster di malaysia neh tapi sibuk pula nak memperbetulkan akhlak orang bukan islam? Kelawakan apakah neh? Umat islam ada hidayah + ilmu + pengetahuan tentang akhlak berbanding orang bukan islam tapi dorang tak amal. Dan bila ada benda2 yang membabitkan umat islam contoh kes berbikini sana sini haramm nak amek tindakan. Sapa pun tak mendongak untuk pantau.

So.. kalau dah umat islam sendiri tergolek berbikini dalam dan luar filem, yang ada kelulusan finas dan sebagainya.. jangan sibuk2 nak halang event orang lain plak. Event neh aku sokong 100%. Korang nak marah aku, marah larh. Bagi aku menyokong event orang bukan islam lebih baik dari melihat umat islam yang tak sedar diri moral masyarakat islam tapi sibuk menegur moral umat bukan islam. Sekian.

Ameno : Sehingga sedar diri..

Harga minyak dunia terus turun

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;


Aku sebenarnya tak pasti samada news kat atas neh matter ataupun tidak pada malaysia. Benda dipetik dari sini. Sila semak sendiri. Melalui pembacaan aku di beberapa blogs antarabangsa dan amerika, harga minyak dunia mencatatkan penurunan dalam beberapa bulan sebelum neh dan dijangka kekal turun untuk beberapa bulan yang akan datang. 

Ada beberapa andaian [aku tulis andaian sebab aku tak pasti samada mereka berhujah secara speculate ataupun ia benar2 fakta disitu] yang dibuat berhubung penurunan harga minyak. Tapi yang aku heran melalui hujah dorang tue.. harga minyak samada naik ataupun turun ia tetap menjejaskan ekonomi dunia. Dalam erti kata lain..naik pun salah..turun pun salah.. mungkin kah pengekalan harga minyak ialah perkara yang betul? So kenapa tak kekalkan je harga minyak pada satu tahap yang stabil? Entah.. aku bukan pakar ekonomi. So mana larh aku nak faham napa dorang tak tetapkan je harga minyak tue pada satu harga yang kekal.

Cuma sekarang neh aku nak tahu adakah penurunan harga minyak dunia neh akan memberikan apa2 effect kepada kerajaan dalam menyelaraskan harga minyak? Setahu aku ron 97 ikut harga global. Neh global dah turun harga malahan dijangka harga minyak per barrel akan mencecah USD80 tak berapa lama lagi sehingga memaksa peniaga2 saham neh beralih angin daripada komoditi minyak kepada emas yang dilihat lebih stabil. 

Boleh jadi ada penglibatan speculator dalam isu penurunan harga minyak neh tapi penurunan harga minyak USD85 per barrel sepatutnya di ikuti dengan penurunan ron 97 dan ron 95 sebab harga minyak malaysia sebelum naik lebih kurang USD 80 - USD 90 per barrel gak masa tue. Memang beberapa tahun lepas harga minyak per barrel dalam rate USD 60 - USD 70 tapi masa tue tengok larh harga ron 97 dan ron 95 berapa pula? 

Sekarang neh harga ron 97 dan ron 95 seolah2 harga minyak dunia dalam rate USD 100 per barrel padahal minyak dunia dah turun. Apa pula langkah kerajaan sekarang neh? Dediam je. Sibuk canang video seks segala bagai padahal kerja sendiri ada, tapi taknak buat. Focus larh pada kerja yang ada sekarang neh. Dah masuk bulan sept neh kan? Aku masih lagi tak dengar lagi pengumuman dari kerajaan untuk turunkan harga minyak dalam 2,3 bulan neh. Ikut kata kerajaan minyak malaysia ikut harga minyak dunia time naik. Sekarang time turun. Ikut harga dunia ye ke tidak dalam isu penurunan neh? Cuba khabar sikit kerajaan weh? 

Nota : crude oil naik beberapa sen sebentar tadi.

Ameno : Kerajaan lupa dorang rasionalisasikan subsidi masa harga minyak dunia turun ka?

Isnin, 19 September 2011

Poster berniat jahat dan kereta mewah ustaz azizan?



KAH KAH KAH

Kerja orang yang tiada kerja. Aku taknak tuduh sapa2 sebab sesiapa pun yang buat poster neh akan dapat simpati politik. Baik PR baik BN dedua dapat kebaikan dalam kes neh.  Pemikiran aku macam neh ;


1. Poster kecik dibuat pr = dapat simpati politik = umno kena balon sebab kutuk dsai dan edarkan di serata kedah.

2. Poster kecik di buat umno = umno berlakon mereka di aniaya = reka bukti bagi kuatkan hujah mereka = dapat simpati politik = persepsi neutral terhadap pr mula dipersoalkan.


Barang siapa buat poster kecik neh tetap ada untung. Malahan PR lebih untung lagi dari umno. Sebab tue aku malas nak tuduh2. Kalau aku polis dah lama aku check detail2 dan dalam2. Dari cop jari atas kertas sampai ke ink printer pun boleh detect. Tapi tue larh aku bukan polis dan isu macam neh biasanya tidak akan terjawab sampai bebila sebab sistem keselamatan negara kan jenis cincai boncai. Maka cincai boncai je larh yang kita dapat. 

Dan tadi masa aku jejalan kat blog umno aku dapat baca satu isu yang mungkin boleh mencalarkan imej ustaz. Aku nak ustaz jawab isu neh sebab ia memudaratkan nama baik ustaz. Aku tak percaya pada kata2 orang umno neh. Depa kata ustaz azizan beli kereta guna wang rakyat dan tak pakai pula kereta tersebut sebab takut kena kutuk. 

Kereta tersebut dibeli atas tujuan rasmi kerajaan negeri dan atas nama kerajaan negeri. Dah kalau untuk urusan kerajaan negeri apa masalahnya pula? Aku percaya mesti ada sebab kenapa depa beli andai betul larh hal neh.

Bab yang ustaz azizan tak guna kemudahan tue maybe ada penjelasan yang lain. Apa pun tak guna gak aku jawab bagi pihak ustaz pasal isu neh aku blank. Bukti takde, sumber pertanyaan pun takde so elok tanya dalam blog je. Sila patahkan pembohongan oleh umno neh yer ustaz azizan. Sekian



Ameno : tak paka kereta neh bagi aku je lerh.. hehehhe

Tiada bukti DNA datang dari sperma dan DNA dari mangkok tandas.


Lihat gambar di atas neh. Malaysiakini tunjuk gambar tandas neh dalam isu berkaitan perbicaraan kes fitnah liwat II dsai-sba. Malaysiakini belum lagi update sampai isu sperma dari mangkok tandas tapi portal lain macam keadilandaily dan tmi dah update pasal isu neh. Dari apa yang aku faham menerusi hujah mcdonald = pakar ahli kimia setelah membaca news ialah ;

1. Tiada bukti bahawa dna milik dsai yang berada di sba punya tutt.. datang dari sperma. Kat situ je dah membuktikan blogger umno memang berperangai keji sebab menonong tuduh sperma dsai melekat kat bontot si lembik tue.

2. doktor yang periksa sample pun takley bagi hujah dari segi perubatan bahawa dna yang dikatakan milik dsai itu datang dari sperma melalui analisis mcdonald.

3. Ini disebabkan doktor yang memeriksa saiful tidak menghadirkan bukti dari segi sainstifik bagi menyokong hujah dia bahawa dna = datang dari sperma = milik dsai. Setakat cakap je dna di bontot sba sepadan dengan dna dengan tuala good morning yang digunakan dsai then heboh secara besar2an bahawa dna = sperma dsai. Aku pun boleh macam tue..  cakap je larh.. bukti belakang citer. Bodoh siot. Benda neh tak sampai kat dalam paper arus perdana. Sampai ke mampos kena tipu dengan bn siot. Geram nya aku bila memikirkan hal tersebut.

4. Doktor yang memeriksa sba ada menemui dna daripada lelaki lain. Tapi dia tak siasat dna tersebut milik siapa. Bila ditanya doktor seah [doktor yang periksa sba] memberitahu bahawa dia menyimpulkan dna lelaki lain yang terdapat di bontot sba datang dari mangkok tandas. Lepas tue mcdonald bidas seah, dia cakap sba tak pergi tandas [berak] selama 2 hari sebab nak simpan bukti.

kah kah kah

Kalau pun sba berak + sebagainya sekalipun.. ada ke polis sanggup nak check bilik air rumah sba tue macam mana? Confirm ke tandas dia jenis tandas duduk ataupun cangkung? Dah masuk bab yang jijik2 plak. Aku pun geli nak menulis. Bangsat gile kes neh. Dan kalau sungguh transfer dna dari mangkok tandas ke bontot sba semasa sba tengah tetttt..  bukan kah logik ia datang dari adik beradik + ahli keluarga + sedara mara terdekat dia? Dah tue napa seah taknak jalankan siasatan ? Ataupun dia sebenarnya mengabaikan sample tersebut dengan sengaja disebabkan ada hal yang lain?

Terdapat jelas unsur2 pengabaian yang nyata dalam kes liwat neh. Belum pape dah cakap dna = sperma dsai walhal tiada bukti pun dna dsai datang dari airmani. Dan ada dna = yang dipercayai air main = sperma yang tidak dapat dibuktikan ia milik dsai tetapi secara rambang dikatakan ia adalah milik dsai. 

Seme neh hanya berlaku di mahkamah malaysia je. Dan seme kes neh berlaku hanya bersandarkan kepada bontot sba. Tiada bontot lain yang lebih powerful daripada bontot orang neh. Macam2 ada. Astro pun kalah. Heh.

Sumber : sini, sini dan sini.

Ameno : Umno pertahankan maruah diri guna bontot orang yang tak bermaruah.

KD Kasturi? 470 juta? Duit rakyat hangus lagi ka?

Susulan dari artikel neh yang aku publish kat blog semalam, aku dapat yang neh menerusi inbox ;

kalu ko nk tau naik taraf lg masyuk dr beli kapal baru...& kalu ko nk tau, skg ni navy tgh naik taraf kapal CORVETE KD KASTURI kt boustead naval ship yard lumut. kos naik taraf sejumlah RM470 JUTA...dlm perjanjian mereka akan naik taraf 2 biji kapal skali dlm kelas corvete iaitu KD KASTURI & KD LEKIR. kd kasturi akan keluar dlm tahun 2013, manakala kd lekir akan masuk refit/SLAP hujung tahun/awal tahun depan...bayangkan 1 biji kapal kos dia RM470JUTA x 2??? sape yg untung??? kroni2 & kontraktor2 cina yg sapu semua tender tu...BUMIPUTERA dpt apa...??? lu pikirlah sendiri....kalu x pecaye, g tye sendiri budak2 navy / kontraktor2 melayu kt lumut tu.. ssshhhhhhhhh.......jgn ckp aku bg tau k. janji.....

Butiran pengirim email dirahsiakan. Dari pada apa yang aku tahu benda neh termasuk dalam rahsia TLDM. Dorang sebenarnya tak boleh hebah2kan isu dalam TLDM sangat. So kalau korang neh navy2 yang nak tulis komen yang negatif kepada kerajaan dan TLDM itu sendiri gunakan nick anom pun okey. Janji bagi info yang betul itu je.

Berhubung perkara di atas aku harap ahli parlimen PR boleh siasat betul ke tak betul naik taraf KD Kasturi menncecah rm470juta? Kalau ya adakah angka neh setimpal dengan hasilnya? Aku faham bukan murah yer proses nak naiktaraf kapal neh whorr.. tapi adakah hasil yang diterima = harga yang dikeluarkan = setimpal? 

Itu isu sekarang. Aku tak rasa dorang + aku mempersoalkan kerja2 dalam TLDM melainkan hanya mempersoalkan tentang ketelusan dalam proses naiktaraf kapal2 neh je. Hopefully jangan ada yang salah faham dan menonong melulu plak. Baca dan faham. Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan dan mengharapkan siasatan. Wang rakyat yang dipersoalkan disini so rakyat berhak tahu. Sekian

Ameno : Perkasa lue taknak mengamuk?

Kapal tenggelam lagi.. - Zahid lue jangan tidur mati boleh tak?



Jap..jap aku tak faham isu sebenar kat sini.  Cuba baca bawah neh jap ;

KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama

Then baca neh ;

Salam Sejahtera,

Baru terima SMS dari pemberi maklumat dari Teluk Sepangar Sabah,,,
KD PARI mendapat arahan umtuk mengesan kapal People Republic Of China (PRC) yang memasuki peairan Malaysia,
Kesian,, bila staff Engine Room baru nak rem engine (RPM) tiba-tiba bilik engine room dah mengalami kebocoran,, kapal yang baru keluar dari pangkalan jeti terumbu berpatah balik ke jeti, selepas 4 jam dari kejadian tersebut baru kapal KD PARI tenggelam, nasib baik kesemua anak-anak kapal selamat...
Mengikut maklumat stern tube bocor, shaft center tercabut,, jadi usaha nak menyelamat keadaan dari kebocoran memang susah, sebab stern tube tu terletak dibawah generator centre... jadi sukar nak menutup lubang kebecoran tu..
Mengikut sumber pada hari Raya yang kedua lalu Kapal KD SERANG dilaporkan mengalami kebakaran, tidak pasti kecil atau besar,,, 2 bulan yang lalu, Kapal KD TODAK grounded (tersangkut), kes sebegini disebabkan batang balak yang hanyut,,, sure lingkup kipas (proppeller) kapal tu....
Susah nak cakap dengan kualiti anggota tentera terutama yang muda-muda sekarang ni,,, malas aku nak komen........apa akan jadi dalam masa 10 tahun lagi.
Apakah ini sebagai ketidakan puasan hati anggota bawahan terhadap Panglima Tentera Laut Dato Aziz yang dikatakan terlalu angkuh dan berkira dengan anggota bawahan,,, sekarang ni bila aku berbual dengan anggota-anggota TLDM, proses nak sambung perkhidmatan cukup susah buat anggota LLP, entah kenapa,, tetapi untuk pegawai,, errmmm mudah.... inilah jadinya bila keadilan dalam sesuatu organisasi dah tiada... -manjongmari-

 Then baca neh ;

gua x mau cakap panjang lebar la.. adalah satu yang x masuk akal bila sebuah kapal TLDM yang baru selesai refit (pembaikan) pada tahun 2009 dgn kos lebih kurang RM 12 juta boleh tenggelam kat jeti. mana CO ALD 2?
Mana CO DSA?
mana CO FSD?
Mana Panglima Sistem?
Mana KP Mat?
Mana KP Jutra?
Mana AKS LOG?
Mana PTL?
kenapa isu ni x boleh dihebahkan? sensitif sangat ke? kos pembaikan kapal di limbungan ditanggung oleh cukai yang dibayar oleh rakyat. jadi apa-apa yang terjadi kepada aset yang dibayar oleh rakyat, rakyat kena tau. konsep operasi x penting yang penting adakah aset yang ada digunapakai dengan baik dan selamat. kita x nafikan pengorbanan anggota dan warga kapal yang dok tengah laut masa orang lain cuti tapi keselamatan mereka dan kapal mereka harus diutamakan. ni bukan cerita kapal baru atau kapal lama. ni cerita kapal rosak yang dipaksa belayar sebab ada orang tak mau bersoal jawab dengan pihak yng lebih tinggi. ni la akibatnya. nyawa budak-budak kat kapal tu jadi taruhan. kalau kat US panglima di dah berenti dah bukan CO kapal tu. sapa yang nak cabar masuk balik gua rasa dia yang x tau status navy skrg ni. -manjongmari-

Aku malas nak menulis sangat dalam isu yang aku tak faham. Bab kapal mengapal neh memang siyes cakap aku zero knowlegde. Tapi setelah aku baca perkara di atas jelas yang aku faham ialah ;

1.KD PARI dah berusia lama. Lebih dari 30tahun. Kalau salah betulkan yer.

2. Pada tahun 2009 KD Pari pernah dibaiki sebanyak 12 juta.

3. Wujud unsur2 penyelewengan pegawai atasan yang menekan pegawai bawahan.

4. Dan berdasarkan kepada usia-nya KD PARI sepatutnya bersara daripada menjalani apa2 tugas akibat dah "uzur" meskipun kerajaan dah kerugian kerana 12juta dah terbuang akibat kos membaikpulih-nya pada tahun 2009.

Lihat statement zahid sendiri kat bawah neh ;

TELUK INTAN: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM Lumut semalam terbakar untuk kali kedua Jumaat.

Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan semalam. Bagaimanapun, sehingga jam 5 petang tadi, kapal tersebut masih kelihatan terbakar.

Terdahulu, bercakap kepada para wartawan di Bagan Datoh dekat sini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua itu mungkin berpunca daripada bara api yang masih wujud di dalam kapal berkenaan.

"Sekarang, saya masih menunggu maklumat berkenaan situasi semasa yang dikemaskinikan," katanya selepas melancarkan lima platun Askar Wataniah di Perak Selatan.

Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan tidak dapat menentukan apa yang harus dilakukan terhadap kapal itu sehingga menerima laporan penuh mengenai insiden itu daripada lembaga penyiasatan dalam tempoh sebulan.

"Kita akan tunggu laporan itu sebelum menentukan apa yang harus dilakukan dengan kapal itu," katanya ketika ditanya sama ada kapal tersebut boleh diselamatkan dan diubahsuai menjadi muzium.

KD Sri Inderapura dibina pada 1970 dan pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat selepas ditauliahkan sebagai USS Spartanburg County.

Pada Disember, 1994, kapal itu diserahkan kepada tentera laut Malaysia.

Ia merupakan salah satu kapal tentera laut yang digunakan untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia bagi mengelakkan serangan lanun di Teluk Aden, Somalia tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata kerosakan pada kapal tersebut Khamis lalu adalah jauh lebih besar berbanding kerosakan pada 2002 juga ekoran kebakaran.

"Ia menelan RM68 juta untuk TLDM membaiki kapal berkenaan selepas kebakaran pada tahun 2002 dan kos membaikpulihnya kini barangkali adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

"Sekiranya ia boleh dibaiki pada kadar harga berpatutan, kita akan baikinya. Jika tidak, adalah lebih baik kita membeli kapal baru," katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, pihak kerajaan berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk membeli kapal pada kelas yang berlainan iaitu kapal pelbagai kegunaan.

Ini kerana katanya, tentera laut telah mempunyai kapal pendarat yang lain.

Sambil menyangkal spekulasi kebakaran Khamis lalu itu adalah satu sabotaj atau kecuaian, Ahmad Zahid berkata, beliau sangat yakin dan mempercayai keupayaan anggota-anggota tentera.

"Seperti orang tua yang mungkin sakit di sini dan situ, saya percaya kapal itu mungkin mengalami kerosakan-kerosakan teknikal tertentu.

"Bagaimanapun, ia tidak berpunca daripada sabotaj atau kecuaian kerana tentera laut membuat pemeriksaan seperti yang dijadualkan," kata Ahmad Zahid.

Beliau menambah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan kapal-kapal yang telah berusia 25 tahun ke atas. -berita dipetik dari blog-

Hurrmmm... aku suka nak dengar pandangan orang yang arif dalam bidang neh. Aku bukan apa.. kalau benda2 dah rosak cam neh takyah guna lagi larh weh. Duit boleh cari. Kalau dah teruk sangat dari repair juta2 elok larh beli lain je [pastikan bebas penyelewengan]. Neh babitkan urusan nyawa whoorr.. jangan main2 dengan nyawa manusia. Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : nuri dah jadi pengajaran.. takmo amek iktibar ka?

Ahad, 18 September 2011

Laman NGO Bangladesh dihack rupanya.

Novandri tengah kecoh mempersoalkan napa blogger pembangkang tak dedahkan isu bahawa laman ngo bangladesh tue kena hack. Laaa.. sebelum ko dan blog2 umno yang lain dedah.. aku dah dedahkan dulu dah kat dalam fan page aku. Sila tengok bawah neh ;


Klik sini dan sini untuk lihat hari apa aku tulis pasal neh. Petang isu neh heboh malam tue aku upload benda neh. Lagi satu aku tatau larh samada seme blogger pembangkang tuduh ka apa ka dalam isu neh tapi dalam artikel milosuam aku tak nampak pun dia tuduh. Dia bagitau dia dapat informasi dari pembaca dia dan maklumat neh belum terjamin benar sebab dia pun tulis " andai maklumat neh benar ". So takan tak faham isu mudah cam neh?

Tapi yang heran nya blogger umno leh tuduh pr ubahsuai kandungan dalam tue pula. Hahaha.. yang tue aku tatau. Pasal benda tiada bukti. Kalau umno leh tuduh pr ubahsuai.. pr pun leh tuduh umno ubahsuai gak. Mungkin gak umno yang hacked info dalam web tue dan tulis macam2 dan sampaikan info neh pada pr untuk dikecohkan sampai satu masa dorang dedah bahawa website neh telah dihack dan pr menfitnah segala bagai. Mana nak tahu kan? Dah saling tuduh menuduh je.

Kali terakhir aku masuk semalam dan sempat printscreen ialah benda kat bawah neh ;


Dan tadi bila aku masuk dia jadi macam neh ;




Maksudnya kerajaan bangladesh dah dapat info pasal neh larh sebab tue dorang kemaskini maklumat dalam neh. Apa pun macam aku dah tulis kat atas samada laman neh wujud ataupun tak wujud bukan isu pokok. Isunya memang ada pengundi dari bangladesh di malaysia neh. Dan memang mereka disuruh mengundi bn sebagai syarat mendapat kewarganegaraan di malaysia neh bagi yang dah lama menetap. Konon-nya sebagai balas budi.

Tak percaya baca luahan tiara disini. 

Ameno : 1malaysia international races. Hahaha..

[Video] Mashitah bidas anwar ibrahim.

Semakin lama semakin rancak pula dia attack anwar ibrahim dalam tv3. Adakah ini salah satu strategi untuk meraih sokongan apabila rakyat melihat seorang ustazah menyerang ahli politik mereka akan sokong hujah ustazah semta-mata sebab dia seorang ustazah? Intergriti mashitah dah lama terjejas sejak dia masuk umno dan membuat statement2 kontroversi disamping menukar penampilan diri. Bukan larh aku nak kata aku lebih baik dari dia tapi bukan kah title ustazah tue harus tele dengan penampilan dia? Macam mana seorang ustazah boleh memiliki sepasang kening yang semakin halus? Heh.. lihat bawah neh ;

 

Mashitah.. aku pun dah serba salah nak pandang ko sebagai seorang ustazah. Aku kecik ahti dengan sikap bias ko sebenarnya. Punyalah berlambak2 isu dan masalah umat islam yang ko boleh focus tapi ko memilih untuk menyemak dalam kes anwar ibrahim neh buat apa? Kalau tv3 boleh bagi ko peluang untuk ko bidas anwar ibrahim apasal pula ko takley guna slot sama untuk bidas beberapa perkara yang menyebabkan persatuan umat islam semakin lemah? Dengan penguatkuasa dan undang2 yang sangat2 loose, gejala sosial yang melibatkan anak muda islam sangat ketara bilangan pertambahan dari hari ke hari. 

Jangan campur bab politik larh mashitah. Dah berlambak2 orang politik bicara hal neh. Ko elok buat kerja ko je. Berlambak2 lagi umat islam perlukan bantuan daripada pelbagai segi. Yang neh bidang tugas ko. Politik bukan urusan ko. Jangan ko ingat ko ustazah level ko tue setingkat dengan Nabi saw pula. Ko pun manusia macam aku. Cuma ilmu ko tinggi je. Tapi tak guna kalau tak amal mashitah. Tak guna. 

Ameno : Kempen pru-13 larh neh..

Warga asing dapat potongan cukai bila beli kereta di malaysia import dan local.

Malaysia is not my second home. Malaysia is my first and the only home. So i do understand why we as malaysians always "First kena dulu". Hahaha.. lihat bawah ;





Gambar di atas neh ialah senarai harga kereta. Harga kereta neh bebas cukai disebabkan ia tertakluk dalam program malaysia is my second home untuk warga asing agar mereka sudi menetap lebih lama di malaysia. Korang leh search program neh menerusi google tak pun just direct masuk web neh je. Website under government. ==> Malaysia is my second home.

Aku mengaku terus terang aku cemburu tengok harga kereta2 tue. Pada tahun 2009 dorang berpeluang beli kereta local dengan harga yang rendah. Diberitahu bahawa kereta2 neh ada had penjualan. Contohnya mungkin setiap seorang warga asing hanya boleh beli satu kereta local dan import dengan harga bebas cukai.

Best kan? Aku tak pasti samada bayaran neh secara ansurans ataupun tunai. Tapi berdasarkan kepada harga di atas aku tengok cukai yang dikenakan kerajaan ke atas kita memang tinggi nak mampos. Itu tak masuk faedah bank dan sales komisen. Perghhh free2 je kita kena tindas. Aku nak PR mengurangkan cukai ke atas kereta bila dorang tadbir kelak. Harga kereta yang diletakkan di atas neh dah termasuk harga untung penjualan. Maksudnya modal nak buat kereta neh lagi rendah larh jawabnya. 

Nampaknya jadi warga asing di malaysia neh memang seronok. Jadi bumiputera pun tak seronok macam neh. Nak exchange larh dengan dorang. Daripada aku kelaparan dirumah elok aku masuk hutan, dapat gak susu.. okey tak?

kah kah kah

Updated ;

Ada yang tak faham kenapa aku + orang lain mempersoalkan isu neh. Kata mereka bukan mudah warga asing nak apply benda neh. There alot of process yang they perlu go through untuk dapatkan approval. Antara procudure yang dorang kena lalui ialah ;


1. Ada rm300k dalam bank account 

or

2. fixed deposit about rm150k for 2 years if i am not mistaken here


Maksudnya disini pembelian vehicle w/o tax neh for orang2 asing yang kayaraya. Dorang digalakkan untuk tinggal disini supaya pelaburan dan wang pencen dorang berada dalam negara. Maybe main purpose dia lain. Tapi these two things antara purpose yang ada dalam program malaysia is my second home.


And like always of course akan ada kelompok yang pro gov dalam isu neh. Meh aku explain sikit napa kita layak argue isu neh ;


- Kerajaan nak galak orang2 kaya warga asing duduk + menetap disini. Satu usaha murni sebab nak tarik pelaburan. So dapat ke hasil yang kerajaan jangkakan sebelum neh? Mesti ada plan and penanda aras bagi mengukur kejayaan program neh kan?


- Kerajaan juga mengurangkan cukai kepada orang2 kaya sedangkan orang2 kaya neh dah memang larh kaya raya so apa perlu kurangkan /hapuskan cukai pada mereka pula? Apa takde ke kaedah lain yang mana win2 situation pada rakyat, kerajaan dan mereka warga asing disini?


- Sebanyak 15ribu ++ warga asing dapat kelebihan neh pada tahun 2011 sahaja [dipercayai, info dari orang lain, sila semak sendiri yer]. So ini membuktikan memang ramai warga asing yang kaya raya disini tapi bagaimana dengan sumber kekayaan dorang? Apa kerajaan ada cara untuk memastikan bahawa mereka bukan buat kerja haram untuk raih pendapatan tinggi?


Faham dulu kenapa orang macam aku dan ramai lagi kecik ahti dengan program neh. Kita orang bukan nak balon gov 24 jam je beb. Tapi masalahnya kita orang kecik ahti sebab cukai kereta import dan nasional yang terlalu tinggi dan membeban. Ia tak setimpal dengan harga dan kualiti yang ditawarkan. 

Orang boleh cakap lue tak mampu lue naikklah bas.. tapi beb, bas pun belum tentu ada. Wa tahu larh wa duduk kampung neh wa tengok orang2 yang takde kenderaan memang sakit jiwa whooorr . Nak naik bas je berjam2 punya citer. Balik dan pergi kerja memang menyiksakan dorang. Kualiti pengangkutan di kampung2 dan luar bandar memang bullshit habis. 

Ingat orang bandar je ke yang nak kerja + pergi sana sini + sekolah lengkap kemudahan + jalanraya cantik bagai ? Helloo.. orang di kampung2 neh bukan orang dan tak layak dapat kemudahan ka? Orang2 di kampung2 neh tak bayar cukai ka? Wa asal bandar dan duduk di kampung neh memang nampak perbezaan ketara antara bandar dan kampung2. Sebab tue wa heran apasal masih lagi bullshitkan diri support current gov yang terang2 membullshitkan orang kampung dan bias dari seme segi?

The thing is program neh takde apa2 benefit pada rakyat dan faedahnya pada kerajaan pun masih blur. Yang patut kerajaan fikir ialah macam mana nak kurangkan beban rakyat yang ditindas selama 55 tahun neh. Apa kerajaan tak boleh ke hentikan rasa tamak dalam ahti dorang? 


Sudah larh nak beli kenderaan mmg babi mahal nak mampos. Nak naik bas pula takde. Segala2nya lancau di malaysia neh. Apa pun tak boleh. Hah yer.. nak soh orang jalan kaki pergi kerja or tak payah kerja? Nanti bila minta bantuan dikata malas + tamak pula. Korang cuba menyamakan semua perkara dalam dunia neh kepada persepsi + pengalaman2 korang. Padahal korang lupa.. pengalaman + kehidupan + kesusahan + masalah setiap orang berbeza2. Di sebabkan itulah korang bertindak jadi hakim menilai masalah2 dorang macam larh kehidupan dorang tue yer2 sama macam kehidupan korang kan?


Ada banyak kemiskinan yang aku lihat disini. Sampaikan satu tahap aku dah tak mampu nak peduli lagi pasal sedih sangat. Budak2 melayu + india tak pergi sekolah. Mak bapak kerja siang malam sampai mampos pun masih tak cukup. Kadang2 aku tegur gak. Lue dah miskin, lue jangan larh asyik beranak je. Lue dah tahu lue tak mampu tapi lue masih lagi beranak dan beranak. Lue tak fikir panjang ke apa? Tapi biasalah bukan seme orang pergi sekolah. Bukan seme faham. Bukan seme diberikan ilmu + pendedahan + penerangan. 


So macam mana? Ini seme salah kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab mereka di kampung2. Apa mereka fikir kampung ialah tempat terpencil so segala kelebihan yang bandar dapat kampung tak layak dapat ka? Dah tue salah kan larh diri sendiri gak bila orang2 kampung tak pandai nak berfikir sangat sebab sistem pendidikan pun macam bullshit gak kat sini. 

Nak hantar sekolah jauh larh, takde kenderaan larh, takde duit larh, takde kemampuan nak bayar yuran larh, kena ejek sebab miskin larh, cikgu kutuk sebab panggil nama pasal tak bayar yuran larh dan macam2 lagi alasan yang wa rasa baik wa nages je dari dengar alasan2 bebudak tak pergi sekolah.

Sebab tue wa dah tanamkan azam, selain dari sekolah cina + swasta agama + sains, jangan mimpi wa nak jejak sekolah bullshit kerajaan disini. Melainkan wa pindah kl balik. Harapan dah pindah kl balik memang meluas je neh. Kat kampung neh wa tengok berlakunya pengabaikan yang sangat2 jahat oleh bn. Satu dikriminasi yang wa memang benci gilababi. Apa pun tak boleh. Teruk.

Ameno : warga asing apa pun boleh ~ ~

Sabtu, 17 September 2011

[Video] TV3 promote cctv AnwarEskay - Gabung lancar fitnah dengan papa gomo ka?

Tergelak aku tengok umno yang beria2 jatuhkan dsai menggunakan taktik keji neh. Yang sebenarnya dorang tak terfikir bahawa rakyat akan minta cctv masuk appartment sebab dorang fikir dengan meniru skandal seks CSL bulat2 maka karier anwar akan jatuh tapi malangnya lagi ramai orang menyampah kat umno sebab jaja cerita seks dan porno. Itupun kisah fitnah. Lagi larh bertambah orang ludah umno dan tv3 serentak.

Dan macam biasa malam tadi tv3 sibuk jaja kisah neh lagi. Tengok video kat bawah neh ;



Korang perasan tak apa yang aku perasan? Baju si eskay tue. Bukan hanya anwar ibrahim je berbaju lain, rupanya eskay pun sekali. Dalam video neh yang aku rakam dari tv3 menunjukkan eskay pakai baju putih kosong lengan panjang. Aikk eskay yang ko sibuk tukar baju buat apa? Aku tak marah ko tukar baju. Cuma aku tak faham je. 

Apsal masa dalam bilik dalam video part 1 baju ko lengan pendek dan berwarna gelap tapi apsal dalam video seks part lain baju ko jadi kaler putih dan berlengan panjang? Lebih kurang macam baju lelaki yang dipercayai dsai pakai pula. Dan apsal pula bila keluar dari bilik ko mesti tukar baju lain? Sama macam dsai gak. Korang main tukar2 baju ka? 

kah kah kah

Aku rasa kan, korang dah kantoi sebenarnya. So aku nasihatkan elok larh hentikan benda2 macam neh. Masih sempat lagi nak bertaubat. Allah swt maha pengampun. Tak caya terai bertaubat dulu yer.. 

Lagipun tindakan macam neh tidak akan menjatuhkan dsai samada video neh tulen ataupun tidak. Sebaliknya umno yang makin nazak. Sebab orang islam dan orang bukan islam memandang menyebarkan video neh samada video neh tulen ataupun palsu ia bertentangan dengan moral masyarakat malaysia. Andai kata video neh tulen sekalipun yang diludah tetap umno. Apatah lagi bila video neh semakin membuktikan bahawa dsai telah difitnah. Lagi teruk korang kena ludah. 

kah kah kah


Jika video gagal load klik sini

Ameno : dorang neh buat lawak seks ka?

Butiran video xxxx terbaru anwar ibrahim dan kepelikan yang papa gomo kena jawab.

Nota : Dsai yang dimaksudnya di penulisan neh ialah lelaki mirip dsai dan bukan mewakili dsai yang sebenarnya. Harap maklum. 

Aku jelajah blogs pro umno dan aku dapat tahu beberapa butiran mengenai video seks yang bakal didedahkan tak lama lagi, iaitu ;

1. Tarikh video 13 jan 2011

2. Atas katil dengan dua wanita thailand
3. Rakaman hitam putih.

Ada beberapa perkara mengconfiuskan aku. Lihat bawah neh ;





Eskay memang pakai baju lengan pendek dalam dan luar bilik. Sebelum dan selepas rakaman. Kalau tak silap aku tue jam tangan kot dalam gambar kedua neh. Tapi masalah sekarang bukan pada baju eskay sebaliknya pada baju anwar ibrahim. Lihat bawah neh ;



Maaf agak lucah sket. Gambar neh aku petik dari blog badutrakyat. Posting asal yang ada gambar neh dah hilang. Aku pun tatau napa. Tapi baju yang dsai pakai dalam video seks atas neh ialah lengan panjang. Bukan lengan pendek. Dalam video yang disebarkan papa gomo dia hentikan video sampai dsai pakai baju lengan pendek tshirt je. Aku sebenarnya tak tengok rakaman neh lebih dari sekali. So aku takley memorize apa2 sangat dalam neh. Yang aku ingat masa aku tengok cctv naik lif yang disebarkan oleh papa gomo tue ialah dsai pakai kemeja kosong ketika dalam bilik . 

Tapi yang disiarkan dalam youtube neh ada corak. Walaupun dalam versi hitam putih aku tak rasa kemeja yang ada corak akan hilang coraknya terus dan menampakkan ia sebagai kemeja kosong. Apatah lagi jadi singkat selepas panjang. Takan dsai nak auter baju lengan panjang dia jadi pendek plak masa turun? Ataupun auter baju lengan pendek jadi panjang selepas naik?  Lalu aku buat sedikit analisis. 

Lihat bawah neh ;



Aku edit guna photoscape. Asalnya aku nak edit guna picasa tapi gagal. Dah berkali2 aku nak edit tapi gambar takmo masuk picasa. Aku sampai menangis depan komputer. Nak marah, dia komputer. Sebab dah terlampau marah aku keluar airmata. Itu pun nasib baik aku teringat ada photoscape. Kalau tak aku nak berhenti sejenak je daripada update. Tension siot. Heheheh..

Nampak tak perbezaan disini? Lagi satu semasa aku amati video yang papa gomo neh bagi betul2 memang aku perasan ketika turun di kedua2 belah tangan dsai tiada jam tangan. Itu apa yang aku nampak. Korang boleh teliti sendiri. Mungkin apa yang aku nampak tidak sama apa yang korang nampak. 

Dan lihat bawah neh lagi ;

Apa benda yang eskay bawa neh? Video ka? Aku takmo buat apa2 konklusi disini. Tapi kemon larh.. video + cctv yang digabungkan? Jadi satu cerita? Kalau ada cctv eskay dan anwar ibrahim masuk bilik mesti ada cctv wanita itu naik lif juga kan?

Dan lagi satu tak silap kisah video seks part 1 menunjukkan bahawa anwar ibrahim orang yang dah ada dalam bilik awal2, manakala wanita dan eskay ialah mereka yang baru masuk bilik. Aku ingat pasal benda neh aku dah tonton banyak kali pasal aku nak mencari bukti bagi menyakinkan diri aku bahawa dsai difitnah. Bagi aku selagi aku tak yakin dsai difitnah selagi itu aku tidak akan berhujah dalam isu neh. Aku sendiri kena yakin dan percaya dulu bahawa dsai tidak bersalah baru aku boleh yakinkan orang lain. Simple.

Sebab tue aku tonton part 1 berkali2 sampai dah hafal jalan citer dia. Mengenai jam pula aku memang sengaja tulis disini sebab benda tue aku notice. Selalu aku tengok orang lelaki ketika nak bersolat dorang akan tanggal jam dan masukkan ia ke dalam kocek. Sebab nak berwudhu. Aku tak pakai jam tangan tapi boleh jadi ketika itu dsai ada sebab untuk buka jam tersebut. Itupun andai benar dsai orang yang berada dalam cctv terbabit. Tapi pelaku seks dalam video terbabit memang bukan dsai. 

Bagi aku tarikh dalam cctv juga boleh diubahsuai. Benda neh sebenarnya mudah je. CCTV neh tidak akan wujud sekarang. Mesti dah lama wujud andai benar dsai berada di sana. Tetapi kenapa dedahkan rakaman neh sekarang? Melainkan rakaman neh baru dibuat ataupun baru diperolehi daripada beberapa destinasi yang pernah dikunjungi bersama..? Nampak tak keraguan disini?

Dan tak silap aku eskay cakap dia yang bawa wanita tue pergi kepada dsai. Aku tak faham maksud dia bawa pergi tue apa. Adakah dia amek wanita tersebut dan bawa naik ke appartment ataupun dia tahu contact no perempuan tue? Kalau dia ada info sepatutnya dah lama polis berjaya dedahkan wanita dalam video seks terbabit. Hairan gak aku.. dengan pelbagai teknologi dan kuasa yang ada amat mustahil sukar mencari seorang wanita? Melainkan.. memang taknak cari ataupun tak boleh cari. 

Lue fikirlah sendiri tapi papa gomo berani ka nak jawab pasal neh? Jawapan dia bagi aku sebenarnya tak penting. Pasal dari dulu lagi dia cuma nak menjatuhkan kredibliti dan imej pemimpin pembangkang [cara fitnah] bukan nya nak berhujah pasal fakta ataupun meningkatkan sistem pentadbiran negara. So ada ataupun tiada, jawapan dia tak pernah penting pun pada aku dan korang seme. Heh. 


Ameno : rosak larh lue orang dipornokan umno.. adakah khir toyo membayar papa gomo untuk menjatuhkan dsai in order untuk membolehkan khir toyo bebas dari tuduhan mahkamah? <-- tanya.. ye tanya.. ada informer tapi tiada bukti.. so aku tanya je.. jangan cakap aku tuduh or fitnah pula yer.. heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...