Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 September 2011

MAS taja jersi QPR juta2 - banyak duit ko MAS?


Bowsaannn!

Walaupun apa pun yang berlaku kepada ko pada masa akan datang jangan lagi memaksa rakyat membail-out ko setiap kali ko hadapi masalah. Bowwwsaaaaannnnn.... banyak gile duit ko jadi penaja bolasepak antarabangsa.. bola sepak malaysia taknak pula ko care [kecuali air-asia]. Hehehe..  jangan lagi keluar berita bodoh macam kat bawah neh sudah ;




Samada kena bayar gantirugi ataupun rugi.. rakyat malaysia dah boleh hafal dah berita2 pasal MAS neh.. sekarang airasia plak dah masuk.. hehehe.. lue fikir larh sendiri.. kalau tak gadai tak umno namanya tue.. hehehe..

Ameno : jahanam seme harta milik rakyat malaysia..

Jom cari rumah jamil khir yang besar gedabak neh


Lihat gambar di atas neh. Gambar neh dipercayai rumah milik jamil khir. Nilai rumah neh ialah 

juta - jutaan

ringgit...

WOW.. !!!

Besar no problem. Mahal pun no problem. Masalah nya ialah mampu + layak ke dia? Baca bawah neh ;



Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. -cina islam-

Perghh.. lihat statement jamil khir di bawah neh plak ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan mereka yang suka meminta-minta sebagai tamak dan boros.

"Contohnya kes di Negeri Sembilan, di mana seorang individu bukan sahaja telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal malah sanggup meminta bantuan dari sebuah gereja di Seremban," katanya. -MKINI-

Maksudnya kalau lue meminta-minta = tamak tapi kalau lue mencuri + merompak  = rezeki. Yeke jamil khir? Cuba explain sikit..

kah kah kah

Btw.. sapa tahu lokasi rumah neh di mana? Teringin nak beraya beb... maklum kan through inbox aku pun takpe. Ada info g tau yer. 

Ameno : Patutlarh jamil khir mudah buta..

Isu cukai prepaid, najib terbukti bohong - fakta yang wajib sebar!



1. Lihat gambar 1 dan gambar 2.

2. Gambar 1 menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang telco daripada mengagihkan beban cukai 6% kepada pengguna. Tarikh berita ialah hari neh.

3. Gambar 2 ialah menyatakan kerajaan sedang berbincang dengan telco berhubung isu neh. Dan dengan jelas memberitahu bahawa keputusan untuk mengenakan cukai prabayar akan diputuskan oleh kementerian kewangan = najib razak.

4. Lihat video di bawah neh ;

 

Dengar betul2 apa yang najib razak cakap. Sekarang korang faham tak apa yang aku faham? Sebab tue wajib kita tolak najib razak sebagai pemimpin. Penipu dan dayus mana boleh jadi pemimpin kita. Apa masyarakat malaysia neh sengkek sangat ke sampaikan individu penipu macam neh boleh di angkat menjadi pemimpin? Lue fikirlah sendiri. Lue dah kantoi najib, dah kantoi. Jangan lue bunuh wa pula. Kang wa plak terpaksa lari macam rpk.

kah kah kah

 Jika video gagal load lihat sini.

Ameno : Sadis gileee.. menipu dengan slumber.

Pendedahan panas : Anwar Ibrahim bayar wikileaks




Hebat! Anwar ibrahim serba boleh di malaysia neh. Susah nak cari orang macam anwar ibrahim.  Lihat video di atas neh sendiri. Hanya satu benda je yang aku boleh cakap pasal anwar ibrahim iaitu HEBAT. Memang hebat sebab setiap hari ada je benda baru yang aku tahu pasal dia.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Silap2 pas neh anwar ibrahim berdarah yahudi plak.. 

kah kah kah

Apa pun tak boleh..

Klik sini jika video gagal load.

Ameno : Takut pada Allah swt, bukan anwar ibrahim weh orang2 umno..

Selasa, 13 September 2011

Utusan mahu aku bunuh orang cina. - kartun kontroversi disiar utusan

UTUSAN

KO 

NAK

AKU

ANGKAT

PARANG

TIKAM

CINA

INDIA

KRISTIAN

DAN 

ORANG BUKAN ISLAM

BARU KO PUAS AHTI KAN?

Lihat gambar kartun di bawah neh ;



Lebih baik ko berhenti sebelum ko menyesal utusan. Rakyat dah makin menyampah. Ko jangan sampai aku tanya soklan2 teknikal macam neh ;

1. Dari mana komunis dapat guni?

2. Macam mana komunis boleh tahu mereka neh tok bilal dan tok imam lalu diberi babi panggang?

3. Motif kenapa warga emas dan kanak2 di bakar hidup2?

4. Kenapa ia tidak diceritakan dalam teks sejarah umno?

Lihat bawah neh pula ;

Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya.
 

Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.


Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.

5. Sayur apa yang ditanam? Tempoh penanaman? Macam mana komunis boleh tanam dan jaga kebun sayuran tersebut? 

6. Najis apa yang digunakan untuk melumur kepada Alquran? 

7. Waris iman dan bilal yang jadi mangsa masih wujud ka? Nama penuh? Ahli keluarga? Lokasi?

Banyak benda yang boleh ditanya sebenarnya. Kalau kisah neh benar sedetail detail pun kita tanya, sedetail2 pun dia leh bagitau. Tapi kemon larh.. benar? utusan ? G mati larh ko. Heh

Updated.

Sebab tadi aku tulis entry masa nak dekat2 mahgrib so aku publish dulu then baru cadang nak edit balik. Ramai ingat yang aku neh bela komunis larh sangat. Padahal isu sekarang bukan isu pasal komunis. Aku faham ada komunis yang kejam. Aku terima benda tue sebab realiti. Tapi masalahnya sekarang bukan larh aim utusan nak bongkar dan siasat kekejaman komunis pun.


Sebaliknya dorang cuma nak serapkan sentimen kebencian di kalangan masyarakat malaysia je. Susah payah mahathir satukan kita, datang najib habis dia porak perandakan seme. Like father like son.. betul ka? Walaupun mahathir takde lah pro bab islam tapi dia takde larh main isu racist untuk raih undi. Maybe sebab mahathir bukan melayu tulen so dia agak memahami perasaan kaum lain tapi masalahnya najib tak nampak benda tue.


Kalau najib nampak dah lama dah utusan racist neh mampos ke laut. Sila perhatikan keyword statement di atas ;


1. tok iman / bilal <-- islam


2. masjid dan surau <-- islam


3. babi panggang <-- islam larang


4. Alquran <-- islam


So? Nampak? Kemon larh utusan + najib + umno.. kemon larh jangan main sentimen racist lagi beb. Mahathir ko dah terlalu tua sehingga diperbodohkan oleh penganti ko. Mathias chang pun sure ludah utusan kali neh.

Ameno : Bodohpiang punya 1malaysia.

Susu coklat jenama 1 malaysia - lebih murah berbanding negara jiran.



Susu coklat dengan logo 1 Malaysia? Jenama baru ka neh? Lebih murah berbanding ;

thailand

myammar

indonesia

singapore

filiphina

laos

vietnam

kah kah kah

Nak sakit perut boleh larh minum benda alah di atas neh. Orang yang cakap, bukan aku. Tak pernah lagi aku minum susu 1 malaysia neh. Mungkin sampai bebila tak akan minum kot.. yerlah satgi sakit perut..

kah kah kah


Sumber : sini

Ameno : prepaid 1malaysia bakal menyusul.

Anwar ibrahim - Sudah murtad ka di munich?

Aku bukan nak bekap atau nak balon dsai dalam isu neh. Aku menghormati dan mengalu2kan dialog antara agama. Bagi aku selagi kita takut melemparkan perbezaan kita secara terangan2 selagi itu kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh menerima perbezaan2 di antara kita dengan ahti yang terbuka. Contoh ;

1. Saya muslim.. saya takut larh nak kawan dengan orang kristian.. nanti dia hasut saya masuk kristian pula.. 

2. Saya kristian, saya menyampah kawan dengan orang muslim. Dorang suka reka2 citer untuk burukkan kristian.

3. Saya orang takde agama. Saya menyampah tengok kristian dan muslim suka bergaduh hal remeh temeh.

4. Saya orang buddha. Saya okey walaupun buddha tapi kadangkala hairan apsal ada orang ektrem dalam kristian dan islam.

5. Saya orang hindu. Saya ada banyak ritual yang kadangkala kuat dan sesetengah orang seperti tidak mahu menghormati ritual2 kami.

Di atas neh ialah senario biasa. Senario neh wujud ada banyak sebab. Contohnya ;

Khalid bertemu joseph. Joseph seorang kristian yang kuat pegangan agama nya. Khalid ada kawan bernama mamat. Semakin lama mamat melihat khalid mula meninggalkan ajaran islam dan perlahan2 mengamalkan ajaran kristian. Mamat membuat persepsi bahawa orang kristian suka murtadkan umat islam. 

Pengalaman menjadikan persepsi kita sebagai fakta. Mungkin ya joseph kristiankan khalid. Mungkin ya khalid lemah iman tetapi salah jika menganggap bahawa semua penganut kristian mahu memurtadkan umat islam. Tindakan joseph hanya mewakili joseph dan bukan mewakili seluruh penganut kristian yang lain. Yang neh kita kena faham. Tetapi ramai yang masih tidak faham. Kita pun tak boleh nak marah pada orang yang tidak faham.

Sebab, macam mana orang nak faham andai tidak diberikan penerangan? Sebab itu dialog antara agama diperlukan. Supaya permasalahan2 seperti ini kita boleh hadapi. Persidangan seperti ini andai ada di malaysia aku suka. Kita boleh direct discuss perbezaan kita untuk mencari alternatif bagaimana mahu menyelesaikan perbezaan kita. Katakan kes joseph - khalid sebagai contoh ;

1. Kenapa ada gerakan kristian yang memurtadkan umat islam wujud di malaysia? Adakah ia pandangan kesemua aliran kristian ataupun minoriti?

2. Kenapa ada umat islam yang lemah iman sehingga menukar agama? Kenapa ada umat islam yang miskin waima zakat menimbun2 sampai mengharapkan bantuan kristian?

Antara isu yang kita boleh bincang dan kaji masalahnya. Masalah, bukan untuk disorok ataupun ditutup. Menutup masalah tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah adalah untuk diselesaikan. Tapi macam mana nak selesaikan masalah andai masing2 ego dan tidak mahu berlapang dada dalam mencari titik permasalahan yang sebenarnya? 

Selagi kita tidak nampak apa yang menyebabkan masalah, selagi itu kita tidak akan nampak jalan penyelesaian. Ramai penganut agama merosakkan ajaran di dalam agama itu sendiri. Dan ramai pula menyangka penganut agama yang rosak itu ialah majoriti dan mewakili agamanya padahal penganut dan agama itu sendiri sudah memberikan gambaran jelas bahawa ia adalah perkara yang sangat berbeza. 

Tindakan umat islam bukan sewajibnya mewakili ajaran islam tetapi tindakan ajaran islam itu semestinya mewakili tindakan yang umat islam kena patuh. Yang neh ramai orang bukan islam tidak faham kerana tidak diberikan penerangan. Sebab itu dialog antara agama sangat2 diperlukan di malaysia bagi mematikan semua salah faham neh.  Sebab itu bila dsai menyertai persidangan 

"Bound to Live Together. Religions and Cultures in Dialogue" 

di munich aku tak nampak ia isu yang bermasalah. Najib juga kunjungi pope. Dan aku masih tak rasa ia masalah. Ada nampak najib murtad selepas kunjungi pope? Takde pun. Ada nampak najib masuk kristian selepas kunjungi pope? Takde pun. Peduli larh dia buat macam tue untuk raih sokongan ka undi ka apa ka yang penting kunjungi najib ke vantican city tidak membuatkan iman najib bertukar dari Allah swt kepada jesus. Jadi isu yang sama juga apabila membabitkan dsai, tidak boleh larh penyokong umno nak melalut segala bagai. Lihat bawah ;


Salah seorang mereka yang menghadiri persidangan di munich. Aku nak patahkan hujah orang umno yang menuduh dsai satu2nya orang islam yang dijemput hadir di sana. Ada macam2 sesi dialog dan pelbagai umat islam hadir datang dari pelbagai bidang dan negara. Klik sini. Jurucakap alazhar pun hadir sekali. 

Jangan salah faham tentang posting neh. Apa yang aku nak sampaikan cuma satu, iaitu belajar untuk saling menerima dan faham memahami. Untuk semua penganut yang datang dari semua agama, of course. Siapa pun anda, belajar larh untuk memahami. Sekian.

Ameno : Dialog antara agama bukan bermaksud pluralisme agama macam iklan raya tv3 tue..

Duit parpu kari ke ribu-ribu neh?

Aku rasa neh entry paling ringkas kot yang aku buat. Sila tengok bawah neh ;


Duit ko ker parpu kari ribu2 neh? Tahniah kalau betul. Seronok lihat ko kaya raya. Ada link dengan zambry kadir ke? Tahniah gak. Tak salah blogger macam ko bekerja dengan kerajaan dan dibayar gaji tiap2 bulan. Aku tak nampak ia salah ataupun berdosa disini. Blogger pun orang gak. Takan dia tak payah makan minum tidur bayar itu ini dan segala bagai kan? 

Cuma.. adakah bayaran neh  berhalalan dengan kerja2 blogging yang ko buat? Itu je. Berapa banyak ko dapat ialah rezeki ko, tiada persoalan patut timbul tentang isu itu. Aku pun rasa ramai orang faham tentang neh. Tapi harap rezeki yang ko raih neh bukan hasil akibat jual fitnah. Itu je. Sekian.

Nota : Itupun jika slip di atas neh milik ko, andai bukan, maka abaikan je larh. 

Sumber : sini 

Ameno : Kaya pakcik weh..

Video terima kasih kerajaan sebab tangguh cukai prepaid.

Cukai

prepaid

cuma

tangguh 

bukan

mahsuh

tapi

kenapa

perlu

nak

terima

kasih

pada 

kerajaan

pula?

Aku dah agak dah benda macam neh confirm keluar tv3. So saja aku bersedia dengan kamera untuk rakam babak yang lucu bagi aku. Aku takmo kutuk memana watak yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dalam video neh. Pasal aku tak kenal dorang sapa. Lagipun aku tak pasti situasi dorang macam mana. So tak perlu larh nak mengutuk2 benda yang tak sahih. 

Cuma benda yang sahih je aku nak komplain. Macam biasa, tv3 sekali lagi paparkan komen 1malaysia yang ada 3 kaum yang memberikan penghargaan kepada kerajaan dalam isu topup neh. Yang aku tak boleh blah ialah benda neh dicanangkan gah bagai macam larh cukai prepaid tue hapus terus. Padahal ia cuma tangguh je. 

Kalau larh aku berpeluang muncul di tv3 dalam slot buletin utama yang juga impian aku, confirm aku akan cakap kerajaan neh bodoh piang. Sendiri buat keputusan sendiri tangguh dan sendiri suka ahti bila orang puji diri sendiri prihatin. Tak ke itu nama nya bodoh piang? Maaflah kerajaan, kerana di negara neh ada rakyat jujur macam aku. Sekian.

Tengok video bawah neh yer 
 


Kalau video gagal loading klik sini.


Ameno : Bodek 1malaysia. 

Isnin, 12 September 2011

Cukai prepaid tangguh, cukai simpack kekal.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatimKhamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur. -MKINI-

Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan cuma bukan pada 15 sept neh. Boleh jadi mereka akan divide kepada 2 pihak. Telco akan buat drama cakap dorang serap 3 dan kita bayar 3 or macam mana ikut suka dorang padahal kita tetap bayar 6 pada bila2 masa pun pada masa akan datang bila ia di luluskan kelak.

Dan bila kerajaan cakap dorang mengenang jasa telco.. siyes aku rasa bahawa kerajaan neh memang sedang bagi hint bahawa jasa telco je dorang akan ambilkira. Jasa orang macam ko dan aku neh dorang akan campak ke tepi. Jasa bagi kerajaan ialah duit. Siapa boleh bagi dorang lebih banyak wang maka pihak itulah yang berjasa. 

Walhal dorang lupa rakyat lah pemberi wang terbanyak pada dorang. Pelbagai cukai yang rakyat bayar jika dihimpunkan kesemua kami, lebih dari rm6billion beb rais. Kami larh syarikat yang lue patut kenang. Bukan syarikat telekomunikasi yang takat bagi lue rm6billion atas dokumen je [luar dokumen lain citer]. Lue fikirlah sendiri.
Ameno : Lame.

Wartawan utusan kutuk utusan - Must read !

Semalam aku pergi kedai nak beli paper. Aku tengok2 dulu tajuk utama sebelum buat keputusan untuk beli paper apa. Pasal apa, aku dah lama tak baca paper. So sahaja larh nak baca paper semalam. Belek punya belek takde paper yang aku berkenaan. Tajuk seme bowsan. Then aku terperasan yang aku tak belek berita minggu lagi. Rupanya dah habis awal2. Yang menimbun2 ada kat kedai tue utusan dan metro. Selalu aku perhatikan metro laku gak hari2 minggu cam neh. Dan headline semalam pasal isteri mencari seks [lebih kurang]. Maybe pasal tue tiada orang nak beli kot..

kah kah kah

Kalau pr berpeluang rule malaysia neh aku harap pr boleh tariklesen hm ataupun warning keras akibat tindakan dorang yang secara terang2an menjaja berita lucah dan seks. 7 hari seminggu ada je kisah seks yang nak ditawarkan. Nak menjadikan malaysia neh masyarakat yang gila seks dan porno ke? Memandangkan headline seks tue membuatkan aku nak muntah maut maka aku pun memaksa jiwa aku membeli utusan walhal tak rela.

Tapi rerupa tak sesia aku beli utusan semalam. Sebab ada wartawan utusan yang perli big boss dia secara halus beb. Aku suka weh.. i loikeee... lihat bawah neh ;


kah kah kah

Hujah dia halus lagi dalam. Aku terpaksa suka. Memang hanya di malaysia je yang melayan penjajah mereka dengan baik. Itupun sanggup alih perkataan daripada penjajah kepada penaung sebab sayang sangat pada british.

kah kah kah


Ameno : Only in malaysia.

Soal-jawab cukai prepaid yang anda mesti tahu.

Aku dah agak benda neh akan berlaku. Malahan aku percaya ramai di kalangan kita pun dah agak benda yang sama. Jadi straight to the point je larh. 

1. Kenaikan cukai prepaid tiada kena mengena dengan kerajaan.

Bohong. Kenaikan cukai prepaid memang ada kaitan dengan kerajaan. Lihat bawah neh ;


Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.




Statement di atas ialah sebahagian dari hansard parlimen yang pernah dibentangkan di dalam parlimen untuk kelulusan, yakni dah diluluskan pun iaitu pada tahun lepas. Apa yang anda perlu faham ialah ;

- cukai perkhidmatan telah diwujudkan oleh kerajaan malaysia sejak zaman berzaman.

- kadar bayaran dan cara / kaedah nya mungkin mengalami revolusi bersesuaian dengan kehendak kerajaan.

- dulu kadarnya 5% tapi sekarang dah naik 1% menjadikan ia kepada 6%.

- Sila lihat  [b] (ii) = astro dulu tak dikenakan cukai perkhidmatan, tetapi kerajaan wujudkan cukai jenis neh bagi mengollect cukai perkhidmatan. Astro sudah semestinya membayar cukai perniagaan dan lain2 cukai kepada kerajaan tetapi nampaknya tak cukup sehingga kerajaan sanggup minta duit cukai dari kita.

2. Okey, tapi kerajaan bukan suruh rakyat bayar.. dia suruh syarikat telekomunikasi yang bayar. Cukai neh dulu diserap oleh syarikat dan sekarang syarikat malas nak serap cukai neh lalu dia alihkan beban kepada rakyat. Of course larh kita kena marah syarikat telekomunikasi bukannya kerajaan.

Rujuk perenggan [b] (i) disitu. Betul ke syarikat telekomunikasi serap cukai kita? Boleh percaya ke cakap dorang? Contohnya begini ;

- Ali meniaga nasi lemak. Dia kena membayar cukai kepada kerajaan dalam 2 bentuk. Satu cukai perniagaan yang ditolak dari keuntungan tahunan, satu lagi cukai perkhidmatan atas perkhidmatan nasi lemak yang dia jual.

- Melalui peruntukkan cukai yang ada di dalam akta percukaian, dia boleh memilih untuk mengalihkan cukai tersebut kepada rakyat secara langsung [terus], ataupun mengenakan bayaran kepada pelanggan melalui harga nasi lemak bercukai dengan meletakkan notis pemberitahuan di setiap pek nasi lemak bahawa perkhidmatan neh termasuk cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6%.

Maksudnya disini memang sejak awal lagi kita membayar cukai 5% neh. Tidak mungkin celcom, maxis, digi dan lain2 syarikat telekomunikasi membayar untuk kita. Apakah korang fikir peniaga akan berbuat demikian? Bayarkan cukai untuk korang? What a joke dude. Tiada mana2 peniaga akan bayarkan cukai untuk korang. Walaupun korang mahu tetapi ia tidak akan berlaku. Lihat bawah neh ;

Sejujurnya ikut persepsi aku [ belum terbukti benar ]  ;

1. Kerajaan mungkin telah mengubah cara / kaedah dorang mengenakan cukai kepada syarikat telco neh.

2. Jika dulu kerajaan mengenakan ia secara kolektif. Maksudnya disini maxis menawarkan perkhidmatan prepaid, setiap keuntungan yang maxis raih melalui perkhidmatan neh di tolak sebanyak 5% untuk cukai tetapi sekarang kerajaan mengira per individu. Jadi ini mungkin memeningkan pihak telco. 

3. Ada beza yang sangat besar bila kiraan per individu atau kiraan kolektif digunapakai atau kedua2nya sekali. [cukai perkhidmatan + GST] 

4. Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah je jika cara pengiraan cukai 6% sama macam 5% yang dulu, syarikat telco rasanya tak perlu susah payah naikkan harga prepaid dorang. Sudah tentu dorang pandai belit2 di mana wang prepaid rm10 yang kita beli tetap boleh dapat rm10 di dalam nya dengan menawarkan perkhidmatan belit2 macam yang dorang buat sekarang.

Contohnya ;
tutt.. tutt..tutt.. tutt.. tutt.. haiii.. anda kini sedang memasuki voice mail.. demmm! Potong 33sen aku. Celaka anakharamjadah. <-- antara perkhidmatan belit2 syarikat telco untuk sebat wang kita bagi membayar cukai perkhidmatan.

0124346788 nak call gay larh..  tett.. haii saya gay..saya sedang sibuk tak dapat nak jawab telefon sekarang..  demmm!!!! Lebur lagi 33sen aku. Haramjadah. Call tak dapat cakap.. duit tetap kena potong <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

122 check baki ada rm7.. takpe baru hilang 66sen je wa banyak duit neh... nak call azie larh.... 012blablabla.. harap maaf, kredit anda telah tamat tempoh, sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya..  demmm!!! ada rm7 lagi larh woitt..tapi kena paksa topup tiap2 minggu <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

Dorang dah memang pakar dalam benda neh. Dulu 3 naik kepada 5 dorang tetap maintain padahal naik 2%. Tapi napa bila 5 naik kepada 6 dorang jadi kelam kabut? Dorang boleh je ubahsuai kandungan perkhidmatan agar tidak menjejaskan pendapatan / keuntungan dorang. Melainkan ada perubahan besar selain dari kenaikan, kaedah pengiraan cukai juga mungkin telah di ubah.  

Apa pun benda neh bukan lah fakta. Ia sekadar persepsi aku. Boleh percaya, boleh taknak percaya tetapi jangan anggap ia fakta selagi belum terbukti benar.

Cuma apa yang aku faham ialah ;

1. Fakta nya ialah memang kerajaan yang menaikkan cukai perkhidmatan prepaid dan lain2 perkhidmatan termasuklah broadband [incoming]

2. Akta cukai yang membolehkan syarikat mengalihkan cukai kepada pelanggan memang sudah sedia wujud. Malahan syarikat diberikan sepenuh kebebasan oleh akta neh melalui kerajaan samada memilih untuk meminta secara direct dari pelanggan ataupun menitipkan notis bahawa perkhidmatan sejenis neh, bayaran yang dibuat termasuklah dengan cukai.

3. Bila kerajaan menyeru syarikat telco menangguhkan cukai perkhidmatan neh bermaksud tangguhkan dulu, bukan batalkan terus. Maksudnya disini kerajaan sendiri bersedia menangguhkan kenaikan [ mengenakan ] cukai perkhidmatan kepada syarikat telco sebab itu dorang buat statement macam neh.

4. Bila kerajaan menyeru syarikat telco agar mengkaji cukai perkhidmatan bermaksud kerajaan sendiri sedang mengkaji adakah cukai perkhidmatan boleh diteruskan kepada syarikat telco ataupun tidak, at least for sekarang. Sebab itu setiap statement yang dibuat oleh kerajaan akan disusuli oleh syarikat telco. 

5. Bila kerajaan jamin bahawa cukai 6% tidak akan dikenakan ke atas pelanggan prepaid, sehingga mendapat kelulusan kabinet, itu bermaksud kerajaan telah menarik balik / hold sementara keputusan yang telah dibuat. 

Isu neh sama macam astro. Bezanya tentangan terhadap prepaid lebih besar berbanding astro sebab prepaid di pakai majoriti rakyat malaysia bukan macam astro. Nanti tak berprepaid lagi susah. Public phone memanjang je rosak. Samada kena abuse ataupun takley masuk syilling ada je peel dorang. Kalau urgent tengah2 malam lagi payah. Satu hal lagi nak mengembara cari public phone pula. Sebab tue ramai yang bangkit dan marah.

So bila kerajaan melihat reaction rakyat huge dalam isu neh maka dorang dengan sendirinya jadi serba salah dan mula buat statement2 bodoh. Dari awal hingga akhir memang ada campurtangan kerajaan dalam isu neh. Melarikan diri daripada tindakan yang telah dibuat ialah kerajaan dayus. Aku tak harap kerajaan aku maksum pasal aku pun bukan lah sesempurna mana. Tetapi at least mesti ada keberanian dan ketegasan. Kalau kerajaan rasa cukai neh wajar maka berdiri lah di depan2 betul2, debat dengan rakyat.

Jangan main pusing2 cakap neh. Takut sangat sedangkan keputusan dibuat oleh diri sendiri. Macam mana seorang perdana menteri berani buat keputusan tapi tak berani hadapi tentangan? Perdana menteri pengecut macam neh kena reject je. Siyes aku cakap. Penakut nak mampos tapi lead negara? Ceh.. 

Ameno : Kalau dah berani jadi leader, kena berani terima kritikan.

Ahad, 11 September 2011

Banner2 on the street, pergi mati lagi bagus.




So?

So?

So?

Soooooooooo?

Ada aku kesah dengan ko punya bangga? Perlu ke ko buat banner neh untuk inform satu dunia berapa2 jumlah orang yang ko dah bantu dan sekian2 citer? Tak perlu seme tue bhai. Tak perlu. Lue dah bantu, gua ucap tahniah sama lue sebab buat benda baik.. tapi bila lue dah bantu dan lue kasi heboh bantuan yang lue dah hulur melalui pampangan banner macam neh siyes gua rasa nak pijak lue. Nasib baik gua tak mampu nak pijak lue. Sebab tue gua berani cakap. Kalau gua mampu confirm gua pijak dulu, cakap kemudian.

kah kah kah

Dan najib razak.. gua memang respect lue dan bini lue banyak2. Memang lue promote habis program lue kat permatang pauh neh yer. Cantek.. gua dulu2 heran napa lue beria2 sangat promote diri lue tapi selepas program neh berakhir baru gua tahu napa.. rupanya lue takut takde orang datang yer? Dont worry najib.. rombongan2 luar yang di bawa masuk berjaya memeriahkan majlis lue. Tunggu je larh pendedahan blogger pakatan yang berada di sana. Informasi dah ada. Maybe dah disebarkan kot. Lue jangan risau, bikin malu sama lue memang kami dah biasa.

kah kah kah

Ameno : Takut dengan anwar rupanya.. ingatkan dengan bikmama je.. kah3x

Chua Jui Meng sebut Ya Allah positif atau negatif?

Lihat bawah ;


Aku sebenarnya bukan nak menyemak sangat dalam urusan ko putera apc tapi pasal dah ada orang bagi link neh kat aku soh aku pun cadang nak berborak santai larh dengan ko. Mungkin di depan ko politik segala2nya. Umno dan bn segalanya2. Tapi aku nak nasihatkan ko politik politik juga tapi benda macam kat atas neh ko kena fikir positif. Hujah ko di bawah neh ;


Bila Masa Chua Jui Meng Masuk Islam ?? Tak Bagi Tahu Pun ??

Aduh! Hebat puak-puak Pakatan Haram ni. Semalam Mat Syabu tukar fakta sejarah. Hari ini Chu Jui Meng pulak tukar Agama.

"Sampai bila ya Allah ..."

Sejak bila Chua Jui Meng masuk Islam?

Oh ya. Saya lupa. Nanti juak-juak Pakatan Haram kata, nama Allah boleh digunakan oleh semua Agama.

Siapa aku nak pertikaikan kan?

Mereka ada pemegang kunci syurga. Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat! 

-Putera.

Aku hormat hujah ko, tapi sayangnya ia tak betul. Hormat hal yang lain . Tak betul hujah ko hal yang lain pula.  Ko kena faham bahawa Allah swt tuhan sekalian makluk. Bukan tuhan sekalian islam sahaja. Kalau ko faham neh sudah tentu normal pengucapan chua jui meng di atas. Apa yang penting ialah kalimah Allah swt digunakan untuk Allah swt.. bukan untuk hal yang lain. 

Dan ini hujah nik aziz. Ko dah salah faham bila ko fikir pr cakap kalimah Allah swt boleh digunakan oleh semua agama. Sebenarnya pr hanya bercerita pasal kristian sahaja. Tidak termasuk agama yang lain2. 

Itu pun bersyarat. Kalimah Allah swt wajib digunakan pada tempat yang betul iaitu mengenai Allah swt bukan mengambarkan Allah swt kepada makhluk ataupun objek tertentu. Aku tidak mahu ko terus terusan menyebarkan fitnah dan memanipulasikan / memesongkan maklumat sebenar. Jadi orang islam macam kita neh, harus belajar mencintai kebenaran [islam] bukan nya politik. Fikirlah baik2 putera apc. 

Jangan membelakangkan ahti nurani ko. Asal manusia semua nya adalah baik2. Mari kembali semula kepada asal kita. Jangan lagi memesongkan maklumat atas nama politik. Jadi manusia kena rujuk dan baca seme pandangan tak kira apa, jangan hanya pandangan sesisi kita je kita terima, pandangan lain kita tolak atas nama politik. 

Ameno : Pandai cjm besarkan huruf A..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...