Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 September 2011

Cukai prepaid tangguh, cukai simpack kekal.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

rais yatimKhamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur. -MKINI-

Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan cuma bukan pada 15 sept neh. Boleh jadi mereka akan divide kepada 2 pihak. Telco akan buat drama cakap dorang serap 3 dan kita bayar 3 or macam mana ikut suka dorang padahal kita tetap bayar 6 pada bila2 masa pun pada masa akan datang bila ia di luluskan kelak.

Dan bila kerajaan cakap dorang mengenang jasa telco.. siyes aku rasa bahawa kerajaan neh memang sedang bagi hint bahawa jasa telco je dorang akan ambilkira. Jasa orang macam ko dan aku neh dorang akan campak ke tepi. Jasa bagi kerajaan ialah duit. Siapa boleh bagi dorang lebih banyak wang maka pihak itulah yang berjasa. 

Walhal dorang lupa rakyat lah pemberi wang terbanyak pada dorang. Pelbagai cukai yang rakyat bayar jika dihimpunkan kesemua kami, lebih dari rm6billion beb rais. Kami larh syarikat yang lue patut kenang. Bukan syarikat telekomunikasi yang takat bagi lue rm6billion atas dokumen je [luar dokumen lain citer]. Lue fikirlah sendiri.
Ameno : Lame.

Wartawan utusan kutuk utusan - Must read !

Semalam aku pergi kedai nak beli paper. Aku tengok2 dulu tajuk utama sebelum buat keputusan untuk beli paper apa. Pasal apa, aku dah lama tak baca paper. So sahaja larh nak baca paper semalam. Belek punya belek takde paper yang aku berkenaan. Tajuk seme bowsan. Then aku terperasan yang aku tak belek berita minggu lagi. Rupanya dah habis awal2. Yang menimbun2 ada kat kedai tue utusan dan metro. Selalu aku perhatikan metro laku gak hari2 minggu cam neh. Dan headline semalam pasal isteri mencari seks [lebih kurang]. Maybe pasal tue tiada orang nak beli kot..

kah kah kah

Kalau pr berpeluang rule malaysia neh aku harap pr boleh tariklesen hm ataupun warning keras akibat tindakan dorang yang secara terang2an menjaja berita lucah dan seks. 7 hari seminggu ada je kisah seks yang nak ditawarkan. Nak menjadikan malaysia neh masyarakat yang gila seks dan porno ke? Memandangkan headline seks tue membuatkan aku nak muntah maut maka aku pun memaksa jiwa aku membeli utusan walhal tak rela.

Tapi rerupa tak sesia aku beli utusan semalam. Sebab ada wartawan utusan yang perli big boss dia secara halus beb. Aku suka weh.. i loikeee... lihat bawah neh ;


kah kah kah

Hujah dia halus lagi dalam. Aku terpaksa suka. Memang hanya di malaysia je yang melayan penjajah mereka dengan baik. Itupun sanggup alih perkataan daripada penjajah kepada penaung sebab sayang sangat pada british.

kah kah kah


Ameno : Only in malaysia.

Soal-jawab cukai prepaid yang anda mesti tahu.

Aku dah agak benda neh akan berlaku. Malahan aku percaya ramai di kalangan kita pun dah agak benda yang sama. Jadi straight to the point je larh. 

1. Kenaikan cukai prepaid tiada kena mengena dengan kerajaan.

Bohong. Kenaikan cukai prepaid memang ada kaitan dengan kerajaan. Lihat bawah neh ;


Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.




Statement di atas ialah sebahagian dari hansard parlimen yang pernah dibentangkan di dalam parlimen untuk kelulusan, yakni dah diluluskan pun iaitu pada tahun lepas. Apa yang anda perlu faham ialah ;

- cukai perkhidmatan telah diwujudkan oleh kerajaan malaysia sejak zaman berzaman.

- kadar bayaran dan cara / kaedah nya mungkin mengalami revolusi bersesuaian dengan kehendak kerajaan.

- dulu kadarnya 5% tapi sekarang dah naik 1% menjadikan ia kepada 6%.

- Sila lihat  [b] (ii) = astro dulu tak dikenakan cukai perkhidmatan, tetapi kerajaan wujudkan cukai jenis neh bagi mengollect cukai perkhidmatan. Astro sudah semestinya membayar cukai perniagaan dan lain2 cukai kepada kerajaan tetapi nampaknya tak cukup sehingga kerajaan sanggup minta duit cukai dari kita.

2. Okey, tapi kerajaan bukan suruh rakyat bayar.. dia suruh syarikat telekomunikasi yang bayar. Cukai neh dulu diserap oleh syarikat dan sekarang syarikat malas nak serap cukai neh lalu dia alihkan beban kepada rakyat. Of course larh kita kena marah syarikat telekomunikasi bukannya kerajaan.

Rujuk perenggan [b] (i) disitu. Betul ke syarikat telekomunikasi serap cukai kita? Boleh percaya ke cakap dorang? Contohnya begini ;

- Ali meniaga nasi lemak. Dia kena membayar cukai kepada kerajaan dalam 2 bentuk. Satu cukai perniagaan yang ditolak dari keuntungan tahunan, satu lagi cukai perkhidmatan atas perkhidmatan nasi lemak yang dia jual.

- Melalui peruntukkan cukai yang ada di dalam akta percukaian, dia boleh memilih untuk mengalihkan cukai tersebut kepada rakyat secara langsung [terus], ataupun mengenakan bayaran kepada pelanggan melalui harga nasi lemak bercukai dengan meletakkan notis pemberitahuan di setiap pek nasi lemak bahawa perkhidmatan neh termasuk cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6%.

Maksudnya disini memang sejak awal lagi kita membayar cukai 5% neh. Tidak mungkin celcom, maxis, digi dan lain2 syarikat telekomunikasi membayar untuk kita. Apakah korang fikir peniaga akan berbuat demikian? Bayarkan cukai untuk korang? What a joke dude. Tiada mana2 peniaga akan bayarkan cukai untuk korang. Walaupun korang mahu tetapi ia tidak akan berlaku. Lihat bawah neh ;

Sejujurnya ikut persepsi aku [ belum terbukti benar ]  ;

1. Kerajaan mungkin telah mengubah cara / kaedah dorang mengenakan cukai kepada syarikat telco neh.

2. Jika dulu kerajaan mengenakan ia secara kolektif. Maksudnya disini maxis menawarkan perkhidmatan prepaid, setiap keuntungan yang maxis raih melalui perkhidmatan neh di tolak sebanyak 5% untuk cukai tetapi sekarang kerajaan mengira per individu. Jadi ini mungkin memeningkan pihak telco. 

3. Ada beza yang sangat besar bila kiraan per individu atau kiraan kolektif digunapakai atau kedua2nya sekali. [cukai perkhidmatan + GST] 

4. Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah je jika cara pengiraan cukai 6% sama macam 5% yang dulu, syarikat telco rasanya tak perlu susah payah naikkan harga prepaid dorang. Sudah tentu dorang pandai belit2 di mana wang prepaid rm10 yang kita beli tetap boleh dapat rm10 di dalam nya dengan menawarkan perkhidmatan belit2 macam yang dorang buat sekarang.

Contohnya ;
tutt.. tutt..tutt.. tutt.. tutt.. haiii.. anda kini sedang memasuki voice mail.. demmm! Potong 33sen aku. Celaka anakharamjadah. <-- antara perkhidmatan belit2 syarikat telco untuk sebat wang kita bagi membayar cukai perkhidmatan.

0124346788 nak call gay larh..  tett.. haii saya gay..saya sedang sibuk tak dapat nak jawab telefon sekarang..  demmm!!!! Lebur lagi 33sen aku. Haramjadah. Call tak dapat cakap.. duit tetap kena potong <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

122 check baki ada rm7.. takpe baru hilang 66sen je wa banyak duit neh... nak call azie larh.... 012blablabla.. harap maaf, kredit anda telah tamat tempoh, sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya..  demmm!!! ada rm7 lagi larh woitt..tapi kena paksa topup tiap2 minggu <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

Dorang dah memang pakar dalam benda neh. Dulu 3 naik kepada 5 dorang tetap maintain padahal naik 2%. Tapi napa bila 5 naik kepada 6 dorang jadi kelam kabut? Dorang boleh je ubahsuai kandungan perkhidmatan agar tidak menjejaskan pendapatan / keuntungan dorang. Melainkan ada perubahan besar selain dari kenaikan, kaedah pengiraan cukai juga mungkin telah di ubah.  

Apa pun benda neh bukan lah fakta. Ia sekadar persepsi aku. Boleh percaya, boleh taknak percaya tetapi jangan anggap ia fakta selagi belum terbukti benar.

Cuma apa yang aku faham ialah ;

1. Fakta nya ialah memang kerajaan yang menaikkan cukai perkhidmatan prepaid dan lain2 perkhidmatan termasuklah broadband [incoming]

2. Akta cukai yang membolehkan syarikat mengalihkan cukai kepada pelanggan memang sudah sedia wujud. Malahan syarikat diberikan sepenuh kebebasan oleh akta neh melalui kerajaan samada memilih untuk meminta secara direct dari pelanggan ataupun menitipkan notis bahawa perkhidmatan sejenis neh, bayaran yang dibuat termasuklah dengan cukai.

3. Bila kerajaan menyeru syarikat telco menangguhkan cukai perkhidmatan neh bermaksud tangguhkan dulu, bukan batalkan terus. Maksudnya disini kerajaan sendiri bersedia menangguhkan kenaikan [ mengenakan ] cukai perkhidmatan kepada syarikat telco sebab itu dorang buat statement macam neh.

4. Bila kerajaan menyeru syarikat telco agar mengkaji cukai perkhidmatan bermaksud kerajaan sendiri sedang mengkaji adakah cukai perkhidmatan boleh diteruskan kepada syarikat telco ataupun tidak, at least for sekarang. Sebab itu setiap statement yang dibuat oleh kerajaan akan disusuli oleh syarikat telco. 

5. Bila kerajaan jamin bahawa cukai 6% tidak akan dikenakan ke atas pelanggan prepaid, sehingga mendapat kelulusan kabinet, itu bermaksud kerajaan telah menarik balik / hold sementara keputusan yang telah dibuat. 

Isu neh sama macam astro. Bezanya tentangan terhadap prepaid lebih besar berbanding astro sebab prepaid di pakai majoriti rakyat malaysia bukan macam astro. Nanti tak berprepaid lagi susah. Public phone memanjang je rosak. Samada kena abuse ataupun takley masuk syilling ada je peel dorang. Kalau urgent tengah2 malam lagi payah. Satu hal lagi nak mengembara cari public phone pula. Sebab tue ramai yang bangkit dan marah.

So bila kerajaan melihat reaction rakyat huge dalam isu neh maka dorang dengan sendirinya jadi serba salah dan mula buat statement2 bodoh. Dari awal hingga akhir memang ada campurtangan kerajaan dalam isu neh. Melarikan diri daripada tindakan yang telah dibuat ialah kerajaan dayus. Aku tak harap kerajaan aku maksum pasal aku pun bukan lah sesempurna mana. Tetapi at least mesti ada keberanian dan ketegasan. Kalau kerajaan rasa cukai neh wajar maka berdiri lah di depan2 betul2, debat dengan rakyat.

Jangan main pusing2 cakap neh. Takut sangat sedangkan keputusan dibuat oleh diri sendiri. Macam mana seorang perdana menteri berani buat keputusan tapi tak berani hadapi tentangan? Perdana menteri pengecut macam neh kena reject je. Siyes aku cakap. Penakut nak mampos tapi lead negara? Ceh.. 

Ameno : Kalau dah berani jadi leader, kena berani terima kritikan.

Ahad, 11 September 2011

Banner2 on the street, pergi mati lagi bagus.




So?

So?

So?

Soooooooooo?

Ada aku kesah dengan ko punya bangga? Perlu ke ko buat banner neh untuk inform satu dunia berapa2 jumlah orang yang ko dah bantu dan sekian2 citer? Tak perlu seme tue bhai. Tak perlu. Lue dah bantu, gua ucap tahniah sama lue sebab buat benda baik.. tapi bila lue dah bantu dan lue kasi heboh bantuan yang lue dah hulur melalui pampangan banner macam neh siyes gua rasa nak pijak lue. Nasib baik gua tak mampu nak pijak lue. Sebab tue gua berani cakap. Kalau gua mampu confirm gua pijak dulu, cakap kemudian.

kah kah kah

Dan najib razak.. gua memang respect lue dan bini lue banyak2. Memang lue promote habis program lue kat permatang pauh neh yer. Cantek.. gua dulu2 heran napa lue beria2 sangat promote diri lue tapi selepas program neh berakhir baru gua tahu napa.. rupanya lue takut takde orang datang yer? Dont worry najib.. rombongan2 luar yang di bawa masuk berjaya memeriahkan majlis lue. Tunggu je larh pendedahan blogger pakatan yang berada di sana. Informasi dah ada. Maybe dah disebarkan kot. Lue jangan risau, bikin malu sama lue memang kami dah biasa.

kah kah kah

Ameno : Takut dengan anwar rupanya.. ingatkan dengan bikmama je.. kah3x

Chua Jui Meng sebut Ya Allah positif atau negatif?

Lihat bawah ;


Aku sebenarnya bukan nak menyemak sangat dalam urusan ko putera apc tapi pasal dah ada orang bagi link neh kat aku soh aku pun cadang nak berborak santai larh dengan ko. Mungkin di depan ko politik segala2nya. Umno dan bn segalanya2. Tapi aku nak nasihatkan ko politik politik juga tapi benda macam kat atas neh ko kena fikir positif. Hujah ko di bawah neh ;


Bila Masa Chua Jui Meng Masuk Islam ?? Tak Bagi Tahu Pun ??

Aduh! Hebat puak-puak Pakatan Haram ni. Semalam Mat Syabu tukar fakta sejarah. Hari ini Chu Jui Meng pulak tukar Agama.

"Sampai bila ya Allah ..."

Sejak bila Chua Jui Meng masuk Islam?

Oh ya. Saya lupa. Nanti juak-juak Pakatan Haram kata, nama Allah boleh digunakan oleh semua Agama.

Siapa aku nak pertikaikan kan?

Mereka ada pemegang kunci syurga. Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat! 

-Putera.

Aku hormat hujah ko, tapi sayangnya ia tak betul. Hormat hal yang lain . Tak betul hujah ko hal yang lain pula.  Ko kena faham bahawa Allah swt tuhan sekalian makluk. Bukan tuhan sekalian islam sahaja. Kalau ko faham neh sudah tentu normal pengucapan chua jui meng di atas. Apa yang penting ialah kalimah Allah swt digunakan untuk Allah swt.. bukan untuk hal yang lain. 

Dan ini hujah nik aziz. Ko dah salah faham bila ko fikir pr cakap kalimah Allah swt boleh digunakan oleh semua agama. Sebenarnya pr hanya bercerita pasal kristian sahaja. Tidak termasuk agama yang lain2. 

Itu pun bersyarat. Kalimah Allah swt wajib digunakan pada tempat yang betul iaitu mengenai Allah swt bukan mengambarkan Allah swt kepada makhluk ataupun objek tertentu. Aku tidak mahu ko terus terusan menyebarkan fitnah dan memanipulasikan / memesongkan maklumat sebenar. Jadi orang islam macam kita neh, harus belajar mencintai kebenaran [islam] bukan nya politik. Fikirlah baik2 putera apc. 

Jangan membelakangkan ahti nurani ko. Asal manusia semua nya adalah baik2. Mari kembali semula kepada asal kita. Jangan lagi memesongkan maklumat atas nama politik. Jadi manusia kena rujuk dan baca seme pandangan tak kira apa, jangan hanya pandangan sesisi kita je kita terima, pandangan lain kita tolak atas nama politik. 

Ameno : Pandai cjm besarkan huruf A..

Mais tahan najib sebab bagi tazkirah tanpa tauliah.


Gila betul. Habis perdana menteri pun kena tahan sebab bagi tazkirah tak bertauliah. Alahaii.. bagi nasihat serba sedikit pun mais bertindak gak. Rileks larh mais, rileks. Sesama orang islam kalau kita bagi tazkirah ringkas2 yang simple2 tanpa memerlukan kita menafsir Alquran [akibat tiada ilmu dan tidak layak untuk berbuat demikian] abaikan je larh mais. 

Contohnya cam aku nak nasihatkan ko.. mais tak baik mencuri waktu kerja.. takan itu pun nak kena ada tauliah. Hish.. sadis dowh sadis.. payah bebeno nak bagi nasihat zaman sekarang. Nasihat pun kena guna tauliah macam mana larh islam nak berkembang. Sehingga terbukti yang tukang nasihat tue datang dari syiah [takut menyebarkan fahaman syiah, untuk rekod aku hormat syiah tetap undang2 ttp undang2 kita kena faham bahawa malaysia pengamal shafie'] ataupun ajaran sesat ataupun yang menyeleweng dari maksud sebenar [tafsir hadith, Alquran, etc] barulah ko leh sound ke nak marah2 ke.

Neh orang sekadar bagi tazkirah ringkas pun kena balon tak pasal2. Takde tauliah segala bagai konon. Yang paderi kristian berdakyah takde tauliah. Yang umat islam kemain rumit prosuder untuk berdakwah. Apa neh negara kristian ka? Kat hotel2 pun penuh bible rileks je. Mais neh cam support dakyah kristian je. 

Jangan2 yahudi beli neh. Confirm neh aku rasa. Mais berkerjasama dengan dap. Confirm. Siyes. Yahudi menyamar mais untuk mengucarkacirkan malaysia. Arhhh sudah patutlah najib kena tahan. Rileks larh najib. Halangan untuk berdakwah memang sukar sebab ada orang islam yang suka menganggap diri mereka lebih baik dan bagus dari orang lain. Macam ko dan mais. Eh..!

Ameno :  Berdakwah pun susah..

Sabtu, 10 September 2011

Gambar misteri untuk anda.

Sila lihat bawah ;


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Psssttttt...  

tengah bincang cara nak fitnah ka?

cara nak spin isu rasuah ketika rule selangor dulu?

planning buat video seks nik aziz pula ka?

ataupun cara nak licinkan kulit guna tempe?

kah kah kah

Tukang sponsor dah di spot, tak hairan napa dia tak pernah kena ketuk di blog rupanya ada misi disebalik blogging. Ha Ha Ha.. kalau dah rasuah tue tetaplah perasuah.. kalau dah menyeleweng tue tetap larh penyeleweng.. salah satu sebab kenapa PR kena jadi kerajaan pusat sebab individu baju putih di atas. Korang boleh sabar ka tengok dia terlepas dari perbuatan jenayah nya? Lue fikirlah sendiri.

Sumber : rakan fb

Ameno : Setiap kali tgk tempe teringat pencurik..apsal hah?

Kenapa kerajaan jaga kubur british andai tidak pernah dijajah? - Kubur polis melayu bukit kepong diabaikan.

Cakap benar susah cakap tak benar lagi susah. Hari2 rakyat terpaksa menipu sebab bn paksa rakyat percaya pada penipuan. Heh. Lihat bawah neh jap ;


Gambar 1 ialah gambar perkuburan tentera british di cheras. Perghhh baik punya jaga.

Gambar 2 ialah gambar kubur polis yang terkorban dalam peristiwa bukit kepong.

Bagi aku dalam peristiwa neh sepatutnya tiada sapa2 yang salah or sapa2 yang benar. Kesemua pihak memilih untuk bertindak apa yang mereka rasakan patut pada ketika itu. Sejarah yang ditulis umno memaksa rakyat mempercayai bahawa ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah. Tetapi bagi aku sejarah yang ditulis oleh umno belum tentu menceritakan hal yang sebenar.

Sebab tue aku suka memilih tengah2. Jangan salahkan sesiapa. Tujuan sejarah itu sendiri ialah untuk mengingatkan manusia generasi akan datang tentang kisah yang pernah berlaku dulu, bukan untuk tuding jari itu ini seme salah.. di samping ambil iktibar, pengajaran dan ilmu darinya. Nampaknya umno tak faham maksud sejarah sebab tue dia melalut tulis sejarah dia hero yang lain seme penjahat. Heh.

Kalau korang perhatikan statement zainal kling di bawah neh ;


 


1. Di video dia cakap tanah melayu tak pernah dijajah. Lepas tue dia cakap tanah melayu kena jajah 2 tahun dengan british. Then dengan jepun. Then dengan komunis. So sekarang tanah melayu pernah kena jajah ke tidak?

2. Macam mana dia nak huraikan statement dia sendiri kat atas neh? [keratan printscreen]. Dia sendiri cakap penjajahan british.. apa dia tak faham ke apa yang dia tulis dan cakap sebelum neh?

3. Macam mana dia nak elobrate isu peristiwa melaka diserang portugis dan belanda andai tanah melayu tidak pernah dijajah?

4. Apakah kesemua negeri2 yang wujud sekarang dihuni orang pada zaman dahulu? Yelah.. kalau cuma ada beberapa negeri je yang wujud.. tak mustahil pula british cuma menjajah beberapa negeri yang wujud..macam mana boleh jajah negeri yang belum wujud pula ? Ataupun jajah negeri yang tiada penghuni atau kurang penghuni ?  

5. Adakah sejarah kewujudan [kelahiran] negeri2 di tanah melayu neh semua nya sama? Sehingga memungkinkan dorang dijajah dalam waktu yang sama? Ataupun adakah sejarah ketibaan tentera inggeris di tanah melayu adalah sama untuk seme negeri? Sehingga memungkinkan dorang terjajah pada waktu yang sama pula? 

6. Siapa datok bahaman? Maharajalela? Orang kaya empat? Siapa dorang tue seme? Dorang memberontak pasai pa? Andai benar british menaungi melayu pasai pa ada pemberontakkan dan penolakkan melayu terhadap inggeris?

7. Apakah perkataan menaungi yang terdapat di dalam perjanjian2 negeri2 tanah melayu dengan british tidak mempunyai maksud dan makna yang tersirat? Contohnya macam kerajaan sekarang bila naikkan harga barang dorang cakap merasionalisasikan subsidi.. sebagai ganti nama harga barang naik.. jadi apakah neh yang umno warisi daripada british? Heh.

8. Kalau british ialah sekadar penaung, kenapa habis seme sistem pentadbiran, keselamatan dan kewangan dia yang control? Dan salurkan hasil [pendapatan] tanah melayu kepada kerajaan britain sebelum dan selepas kedatangan komunis? 

Motif dia neh seolah2 cuba membersihkan nama british. Siapa british pada malaysia sehingga perlu buat statement macam neh untuk menampakkan british tue baik sangat? Kenapa nak sangat rakyat nampak dan lihat british tue sebagai baik? Supaya rakyat tak persoalkan hari kepolisan yang beratus tahun tue padahal malaysia cuma baru merdeka 55 tahun je ? Macam mana pula hari polis boleh jadi sambutan yang ke beratus2 tahun? 

Umno.. boleh jelaskan kenapa malaysia sebahagian daripada komanwel tak? Apa maksud dan motif komanwel itu sendiri? Umno, tolong baca sini. Hubungan malaysia dengan komanwel. Bukan rekaan pembangkang, okey. Heh.

Bagi aku, kesimpulan dia begini kot. Pemimpin taknak kita anggap british jahat. Menganggap british jahat bererti rakyat akan menganggap mereka jahat juga. Ini kerana mereka, pemimpin bn dulu dan sekarang masih taat setia kepada british dan mengamalkan sistem pentadbiran, kehakiman, kepolisan yang berasal dari british. 

Selain itu terdapat banyak bukti bahawa apa yang berlaku di atas british dan kerajaan zaman dulu especially umno ialah peralihan kuasa yang berdasarkan perjanjian yang menguntungkan british dengan umno sanggup mengorbankan jiwa2 nasionalisme yang berjuang secara mati2an mengikut perintah british. Dan umno juga sanggup membiarkan kematian orang2 islam yang mana menjadi dendam kepada pihak british. Tidak cukup dengan itu, gerakan islam juga diharamkan atas nasihat dan arahan british. Seme umno ikut atas nama kuasa dan pangkat.

Jika ini yang cuba ditutup oleh umno, maka mereka silap besar larh bahawa kejahatan mereka akan terkubur selamanya berdasarkan catitan sejarah palsu. Yang sebenarnya umno.. aku nak bagitau manusia memang boleh mati tetapi bukan Allah swt. Dan hak kebenaran itu sentiasa ada, cuma cepat ataupun lambat je untuk orang sedar hal itu.

Tengok aje kubur di atas sebagai bukti. Yang mana satu mendapat layan mesra kerajaan, british ataupun pejuang rakyat biasa melayu yang menjadi askar british?Yang berjuang bersama british pun tidak dihargai.. apatah lagi yang berjuang menentang penjajahan british.. lue fikirlah sendiri.

Sumber rujukan :  sini, sini, sini, dan sini.

Ameno : Tahun depan no merdeka larh yer?

Umno berpolitik di sekolah menengah pula dah..


Lihat gambar di atas neh. Nampak tak bendera parti bn dan umno lebih banyak mengalahkan bendera malaysia. Gamaknya dorang nak kita fikir bahawa bendera dorang lagi power kot dari bendera malaysia. Heh. Gambar neh di ambil ketika program rumah terbuka 1malaysia. Sebut aje 1malaysia sudah tentu kita terbayangkan ia under kerajaan pusat. 

Tapi masalahnya kerajaan pusat dah tak boleh nak bezakan apa program under kerajaan dan apa program under parti. Meletakkan bendera parti di sekeliling sekolah menengah neh bukan kah bererti jelas terpampang umno mempolitikkan sekolah ? Dorang marah guru berpolitik tapi dorang sendiri bawa imej politik ke sekolah apa point nya disitu? Yang tak boleh blah siap edarkan leaflet kutuk pr lagi.

kah kah kah

Dasar bangang!

Kemon larh umno.. kemon. Cuba cakap sambil berani bikin. Jangan cakap je lebih pongpang sana sini tapi buat nya tidak. Setakat cakap [fitnah] havoc depan tv konon nya pembangkang berpolitik di sekolah segala bagai dah tue yang kat atas neh apa kejadahnya? Bullshit larh korang. Cakap je cam bagus tapi bullshit. Sekian.

Sumber : sini

Ameno : Payah hidup dengan bullshit.

Jumaat, 9 September 2011

Najib nafi lulus cukai prepaid ! [Video Inside]




Lihat video atas neh. Najib baru sahaja membuktikan bahawa dia menyangka rakyat malaysia neh bengap2 belaka. Padahal sorry to say najib..sorry lue je yang bengap sebenar.

Sama macam isu menara warisan, stadium untuk bersih dan lain2 isu yang membabitkan najib, isu neh sekali lagi najib bagi hujah bodoh piang kat depan tv.

Aku bukan nak marah ko sangat najib walaupun aku memang tak puas ahti kat ko banyak tapi yang selalu buat aku bikin panas sama lue neh bila lue berani buat tindakan lue tak berani mengaku. Apa masalahnya pun kalau lue terang2 admit hah yer cukai tue for government? so what? Rileks larh rakyat.. ekonomi negara perlu dipacu.. duit mesti mao dalam proses tue.. sikit je pun wa rembat.. jangan marah sangat rakyat weh.. nahh.. gentle maaa..  aku rileks je kalau ko gentle. Marah memang marah tapi still ada had sebab ko berani buat dan berani mengaku. Tapi bila ko berani buat tapi tak berani mengaku neh yang buat aku terbayang kaki ku di muka mu neh najib. Siyes aku cakap neh.

Aku tatau niat ko nak tipu sapa tapi aku nak bagitau ko bahawa selama 3,4 bulan neh aku mengikuti dengan rapat statement2 media maxis di ruangan ekonomi berhubung isu neh. Dari awal lagi maxis dan celcom dah menegaskan berkali2 bahawa cukai neh ialah kehendak kerajaan. Bukan mereka yang nak laksanakan. Mereka tertakluk kepada peraturan. Macam cukai pada astro tue. Astro cakap cukai 6%  neh bukan dorang yang amek dan ia disalurkan kepada kerajaan. Dan cukai yang sama kaedah neh juga kini ada pada prepaid. Ko faham tak najib apa yang kita orang faham sekarang neh?

Dan ko faham tak yang ko sedang menipu sekarang neh? Ko fikir dah berapa lama maxis, celcom dan digi berniaga di malaysia neh? Ko fikir dorang bengap2 nak balon pelanggan kalau bukan ko di belakang mereka? Hey..najib aku tidak akan tertipu sebagaimana aku tertipu dengan astro hari tue. Member gua yang baru bekerja di astro memberitahu begini kepada ku ;

Kin, setiap jumlah pembayaran kepada astro akan dikenakan tax 6% oleh kerajaan berdasarkan kepada jumlah pembayaran. Semakin tinggi jumlah collection astro maka semakin tinggi jumlah collection cukai kerajaan. Jadi ko fikir kerajaan akan bodoh2 halang astro daripada naikkan harga sekaligus mengurangkan collection mereka?

Hah.. yeke? Mana aku tahu.. aku tak pernah sangka buruk pada kerajaan weh. Aku selalu sangka baik walaupun aku sedar kerajaan neh jahat. Rupanya isu rais yatim tue wayang je larh.

Tahu pun ko. Astro tidak akan membuat apa2 penyelarasan andai tiada tangan2 yang meluluskan. Walaupun apa pun yang berlaku di dalam media.. percayalah baik astro dan kerajaan mereka bersalaman peluk cium duduk sekerusi dalam hal neh. Orang2 macam ko akan terus ditipu. Ahli politik dan ahli perniagaan ialah pelakon yang hebat.

Berbekalkan ingatan aku terhadap perbualan neh maka dengan neh aku memilih untuk tidak mempercayai najib neh langsung. Siyes fack! Macam mana telco boleh buat keputusan ikutsukaahtimakbapak dia tanpa ada kelulusan dari pihak ko? 

Sementelah cukai neh dialirkan kepada ko, najib. Cukai kepada kerajaan.. tengok nama cukai itu sendiri pun dah membuktikan ia dicollect oleh ko dan ko lagi mao cakap ia ditetapkan oleh telco? Apa telco = kerajaan kah? Cukup najib, cukup. Aku cuma nak ko jujur. Jangan tipu2. Ko kena belajar bertanggungjawab atas keputusan yang ko dah buat. Ko berani buat, ko kena berani hadap. 

Kalau ko rasa cukai 6% neh relevant maka buktikan ia. Aku memang marah dengan cukai neh tapi aku lebih marah dengan sikap penipu ko tue. Jangan bagi orang sebab untuk maki ko najib. Jangan.


Lihat sini andai video gagal loading.


Ameno : flipflip punya pm.. apa larh nasib rakyat malaysia..

Cukai kereta naik 12% - 30 %.

Hidup susah mati pun susah. Hari2 rakyat susah bn yang buat. 

SOHAI punya kerajaan. 

Kerajaan najib sekali lagi bertindak merasionalisasikan cukai haramjadah untuk penjual dan pembeli kereta import yang terpakai. Itupun dia buat secara senyap2. Trademark dia gamaknya. Buat dulu, bagitau kemudian, kalau keadaan genting boleh lari ke luar negara guna dana rakyat atas nama lawatan kerja. Conform!

kah kah kah

Arhhh sudah. Dulu-dulu kan ;

Proton mahal weh.. jual pada rakyat sendiri pun mahal nak mampos. <-- luahan rakyat

Laa kalau dah tak mampu toksah larh pakai proton. Beli larh kereta yang ko mampu beli. Apa susah merunggut je pandai <-- luahan totok kerajaan.

Memang aku taknak pakai proton. Mahal setanding kualiti takpe. Neh harap je mahal, kualiti haprak. Baik beli kereta import secondhand, murah pun murah..  rosak pun payah, lagi puas ahti meskipun prosuder pembelian agak ketat. <-- luahan rakyat.

Mungkin disebabkan neh agaknya perdana menteri buat kenaikan cukai untuk kereta import secondhand. Mana boleh biarkan barang murah wujud di negara neh ma. Tak sesuai larh dengan polisi bn = barang naik. 

Barang murah? Di malaysia? 

Choiiii <-- bn kata.

Harga barang mesti mao mahal sejajar dengan bn = barang naik dalam usaha untuk meningkatkan  pendapatan negara.. bukan pendapatan rakyat dan sebagainya. Faham?

kah kah kah..

baca bawah ;

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport. Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli. <-- hishh..mana ada.. lebih murah berbanding negara jiran weh.. kah3x

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus [ <-- kecik je tue ] dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000.

Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu. <-- naik senyap2 sebab kurangkan pencemaran udara.. kah3x

''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu.

Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini. <-- kerajaan sedang membantu bumiputera neh..caya larh.. kah3x

''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.

''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya.

Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara.

Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu.

''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung.

''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya.

Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali. <-- demi proton 1malaysia susah pun okey maa.. kah3x

SUMBER : SINI

Ameno  : Demi bn 1 malaysia susah pun takpe. Hehehe..

Gempar !!! Pakatan rakyat penipu.

Sila lihat di bawah neh ;






Nampak apa yang aku nampak? Faham apa yang aku faham? Hah.. tak faham? Takpe.. jangan risau. Sapa makan cili dia akan rasa pedas dengan nasihat aku neh. Sebenarnya aku nak nasihatkan ko sikit. Ya, ko yang cetak dan edar leaflet neh. 

Aku dan ramai lagi rakyat malaysia sebenarnya takde masa layan permainan remeh temeh dan fitnah macam neh. Ko faham tak? Kalau ko ada duit lebih daripada ko cetak benda alah haramjadah neh ada baiknya ko focus macam mana nak hapuskan cukai untuk prepaid sebanyak 6% tue. Ke memang neh plan ko? Buat cukai bangang untuk buat kerja bangang macam neh?

Ko dengar sini baik2 aku nak cakap ;

sila pergi mati

cepat pergi mampos

Cari larh kerja yang berfaedah sket. Tiada sesiapa pun anggap pr tue maksum so tak perlu guna fitnah segala bagai nak jatuhkan pr. Guna sahaja pendekatan yang pr guna untuk jatuhkan bn iaitu menentang dengan fakta kerana bn zalim.. ke memang aku yang salah? Zalim lawannya baik. Kalau pr dah act sebagai baik tak hairan juga posisi zalim tue bn yang pegang. 

kah kah kah

Berita penuh disini

Ameno : Kalau tak fitnah tak umno namanya. 

Bukan 6% tapi 11% cukai untuk topup ka?

kah kah kah

Padan muka aku, ko dan kita seme. 

Memandangkan kita seme pengguna prepaid maka memang wajarlah kita rasa marah dengan kenaikan neh. Tapi ada sedikit kekeliruan berhubung isu cukai topup neh. Aku pun pada awalnya tak nampak kekeliruan neh. Meh sini aku elobrate sikit supaya korang nampak apa benda yang aku keliru mana larh tau2 korang leh explain kat aku pas neh.

Sila lihat bawah ;



Gambar di atas neh benda yang kita dah biasa tengok. Rasanya ramai tahu prepaid ada tax 5% sebelum neh. Maksudnya pembelian kad topup rm5 dan ke atas dengan harga asal iaitu rm5 [ataupun mungkin lebih ikut tempat] sebenarnya dah termasuk 5% cukai untuk kerajaan.

Selalunya rm5 dan rm10 je orang jual mahal sebab untung ciput tapi rm15 [hot tiket] dan ke atas dorang jual ikut harga biasa. Yang menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya sekarang jika kad prabayar rm10 yang dijual sedia ada dah termasuk dengan cukai maka apa sebab pula kena wujud tambahan harga disini ketika membeli? Contoh ;

Cukai 5% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm10 dalam kad = termasuk cukai 5%.

Cukai 6% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm10 dalam kad = termasuk cukai 6%

Bukan kah sepatutnya macam neh je? Kalau nak alih beban kepada pengguna pula bukan kah sepatutnya macam neh ;

Cukai 5% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm9.50 dalam kad = termasuk cukai 5%

Cukai 6% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm9.40 dalam kad = termasuk cukai 6%

Bukan kah macam neh dah cukup? Tapi napa bayar rm10.60 untuk topup rm10 pula? Itupun rm10.60 ialah harga ter-rendah yang ditetapkan. Apa itu harga ter-rendah? Baca sini dulu untuk faham betul2.

Adakah begini sebenarnya ;

Cukai maxis kepada kerajaan = termasuk dalam harga topup rm10, manakala cukai kepada pelanggan bukan lah alihan cukai yang sedia ada sebaliknya ialah cukai baru yang diwujudkan oleh kerajaan ataupun lebih tepat ialah gst? Jika ini benar maka berlaku manipulasi maklumat dan penyelewengan oleh media kerajaan kepada rakyat malaysia berhubung isu neh. Sudah tentu mereka di arah untuk menipu rakyat. Bukan kah ini telah melanggar etika perniagaan apabila menyeleweng dalam menyalurkan maklumat sebenar kepada pengguna? Faham betul2.

Di malaysia neh selaku pengguna kita ada hak2 kita. Dan setiap product perniagaan wajib menyampaikan maklumat benar supaya kita tidak rasa tertipu apabila membeli product tersebut tapi macam mana kita nak count benda neh bilamana kerajaan sendiri yang sepatutnya melindungi pengguna berkerjasama dengan media arus perdana bagi memanipulasikan maklumat agar kita tertipu dalam isu cukai prepaid neh? Jika kerajaan melakukan kesalahan, kepada siapa kami rakyat kena mengadu pula? 

Harap ada pihak yang boleh menjelaskan secara terperinci bagaimana cara cukai neh dikira.. aku siyes rasa kena tipu neh beb.

Ameno : bangsatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...