Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 September 2011

Prepaid rm10 bukan harga rm10.60 tapi rm11 ataupun rm12..

kah kah kah..

Padan muka.

Memandangkan aku ada kenal member2 yang buka kedai telekomunikasi sebab dulu ada gak involved dengan bisnes neh, aku pun calling2 larh dorang sambil mengumpat2 kerajaan. Then aku tanya dia beberapa perkara. Kat sini aku susun supaya korang senang faham.

1. Wey topup sekarang dah ada cukai kan?

Aha.. tapi kita orang dah tahu awal2. Sebab tue borong stok banyak2 tapi jual harga baru. Tapi jangan salah faham.. kita orang tak dapat untung sangat sebab pembelian dari sana pun di hadkan. Maksudnya walaupun kita orang nak beli banyak2 untuk simpan stok tapi syarikat telekomunikasi [MAXIS, DIGI, CELCOM, UMOBILE DAN DLL] lagi pandai. Dorang sorok stok dan kawal pengedaran nya.  sehingga 15/9 melainkan kepada anak syarikat dorang sendiri.

2. Okey so sekarang berapa aku kena bayar? Ikut harga kerajaan ke?

Tak. Harga rm10.60 ialah harga paling rendah ko boleh dapat untuk topup rm10. Ko kena faham apa yang dimaksudkan bila dorang tetapkan harga. Penetapan harga itu hanya menentukan harga rendah bukan harga tinggi beb. Mungkin di sesetengah kedai akan jual rm11 dan kedai yang jual rm11 akan jual rm12 pula bergantung kepada harga kos yang dia kena bayar masa amek stok nanti. Ko faham kan pasal ko line neh.

3. Macam mana dengan e-reload? Sama gak ke?

Ramai orang jual e-reload rm5.30 sebelum cukai, selepas cukai samada rm5.60 ataupun jadi rm6 untuk topup rm5.

4. So aku nak maki ko boleh?

Jangan, kita member. Ko maki larh kerajaan. Bukan aku yang buat undang2 neh. Tapi dorang. Selain dari prepaid dan simpack.. syarikat telekomunikasi juga akan dikenakan cukai di atas setiap product jualan mereka macam broadband. Katakan ko beli broadband kat celcom  rm199 + cukai 6% itulah harga yang perlu ko bayar. Tapi neh seme masih dalam proses. Aku tatau bila nak laksanakan. Info pun dari sana gak.

So sekarang korang dah faham kan beban yang kita kena tanggung kelak? Carta harga prepaid tue sebenarnya tak berguna langsung sebab tak boleh pakai. Hehehe.. aku tertarik bila member aku cakap harga yang ditetapkan ialah harga ter-rendah bukan harga tertinggi. 

kah kah kah

Masak weh.. masak! Hari2 rakyat susah bn yang buat.

Ameno : BN tahu rakyat belum mampos lagi.. harus disedut duit kita sampai kita mampos maaa.. caya larh bn.. terbaekk..!

Updated : Topup kini confirm ada cukai. - 15/9/2011 hari cukai malaysia bermula!

Status seorang sahabat."Baru dapat sms kat hp tadi...dia tulis "Pelanggan dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek p'mulaan akan di kenakan cukai p'khidmatan sebyk 6% ". betul ke? <-- geng, sapa dapat sms pasal neh? Aku tak dapat lagi..neh aku amek dari sini.

Maksudnya apa? Cukai topup confirm naik or confirm ditolak secara langsung dari kredit kita? Situasi dia macam neh ;

1. topup memang ada cukai.

2. tapi bukan cukai direct dari kita.

3. tak silap aku cukai sekarang 5% kot. Itu ada tertera dekat kad topup. Aku jarang beli kad. Selalu masuk terus je. 

4. Hari tue ada baca press statement released by maxis dia bagitau bahawa maxis sedang memikirkan kaedah terbaek untuk mengenakan cukai yang tidak membebankan pelanggan.

5. Cukai yang dikenakan neh bukan datang dari maxis, ia dikenakan oleh kerajaan dan maxis cuma mematuhi arahan sambil memberitahu bahawa celcom telah bersetuju akan melaksanakan cukai neh dalam masa terdekat. Merujuk kepada berita time tue larh kan. Samada celcom dah buat or belum time neh aku pun tak sure. 

6. Daripada apa yang aku fahamkan ialah ada 2 method yang dorang plan ;

- cukai topup yang tolak langsung dari pengguna. Iaitu kalau ko beli topup rm10 isian semula ko hanya ada rm9.40. Neh lebih menguntungkan kerajaan kerana ia dikira setiap kali ko topup tanpa kira bangsa, warganegara dan usia. Pendek kata hasil punggutan cukai lebih tinggi.


- cukai topup yang ditolak langsung dari maxis. Maksudnya perkhidmatan penjualan topup neh dikira berapa banyak ko jual dan kadar cukai 6% akan ditolak dari jumlah jualan. 


Tapi andai kaedah kedua yang dilaksanakan, maka pihak maxis sepatutnya tak perlu susah payah buat pc untuk luahkan pendirian mereka sebab kaedah neh dah memang kaedah yang biasa diamalkan. Terdapat desas desus bahawa kaedah pertama itu yang akan dilaksanakan sebab itu maxis buat pc untuk pencerahan. Tetapi pc maxis bukan bermakna bahawa perkara itu muktamad. Cuma dia bagi hint bahawa ada kemungkinan method pertama akan digunapakai bagi mengira cukai perkhidmatan sambil menegaskan bahawa maxis tidak mampu lagi menangung beban [ayat lame].

So nak tahu jelas tak jelas tunggu je larh 15 september neh. Apa pun aku faham kenapa kerajaan kena cukai.. tapi aku cuma tak faham macam mana cukai yang dikenakan neh boleh membantu aku kembali?


Dan ini, adalah persoalan yang ada pada ramai rakyat malaysia. Rakyat malaysia bukan merunggut pasal cukai, cuma merunggut kenapa cukai di atas kami menjadi duit untuk menambahkan harta persendirian bagi kamu? Nampak tak disini kenapa kami bengang?

UPDATED :



Confirm beb. Tapi ada perubahan sket dari segi calculation aku sebentar tadi. Jika ko beli topup rm10, bukan kredit ko jadi rm9.40 tapi ko kena bayar rm10.60sen. Ha.. ini cara yang digunapakai. Apa? Nak fack government? Boleh.. tunggu aku fack dulu..



FACK U!



Sekian.


Ameno : cukai sana sini.

Singapore nak perang dengan Malaysia - Okey cepat sket.

Singapore nak perang dengan malaysia. Dan dorang yakin dorang leh menang. Walaupun negara dorang kecik tapi kenyakinan dorang besar dan aku mesti salute. Terbaik larh ko singapore. Memang berani habis. Mesti ko ada banyak duit untuk rasuah polis2 malaysia supaya belot kan? 

kah kah kah

Singapore nak berperang dengan malaysia atas dua sebab. Iaitu ;

1. Isu tanjung pagar.

2. Isu air.

Isu neh jika berlaku di zaman mahathir, aku cakap terus terang jangan harap mahathir nak mengalah dengan singapore neh. Satu sikap mahathir yang aku memang respect bab ketegasan dia dalam menjaga hak malaysia. Owh lupa dia bukan orang melayu macam najib or paklah maa.. so bab gadai mengadai tue bukan larh amalan dia sangat. Heh.

Dan kat bawah neh pula kelengkapan perang yang singapore ada untuk melawan malaysia ;

    • 122 Sqn 6 C-130H (Transport), 4 KC-130B (Transport/Aerial refuelling)
    • 141 Sqn 6 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor) - Disbanded since Nov 2005 with aircraft being reassigned to 144 and 149 Sqn.
    • 144 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 7 F-5T (Training/Interceptor)
    • 149 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor); currently transitioning to the F-15SG (Strike), received 5 F-15SG to date.[23]
    • 111 Sqn 4 E-2C Hawkeye (AEW & C); currently transitioning to G550 CAEWs
    • 140 Sqn 7 F-16C (Interceptor), 5 F-16D Blk 52 (Strike)
    • 142 Sqn 18 T/A-4SU Super Skyhawks (Fighter-bomber) - disbanded in 2004.
    • 143 Sqn 2 F-16C (Interceptor), 10 F-16D Blk 52 (Strike)
    • RSAF Black Knights - RSAF's aerobatic team.
  • Chong Pang Camp SADA (Singapore Air Defense Artillery)
    • 3rd DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
    • 6th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
    • 9th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
    • 18th DA Mistral SAM
    • 160 Sqn Oerlikon 35 mm AA Guns (Airfield defence)
  • Lim Chu Kang Camp II SADA (Singapore Air Defense Artillery)
    • 163 Sqn I-HAWK SAM (Medium altitude air defence)
    • 165 Sqn Rapier Blindfire SAM (Low altitude air defence)
  • Other assets of SADA (Singapore Air Defense Artillery)
    • 201 Sqn FPS 117 Radar (Fighter control, SAM control, Surveillance, ASP)
    • 203 Sqn LORADS Radar (RASP, SAR, "listening watch" for distress signals)
    • 116 Sqn Hermes 450 (Reconnaissance)
    • 128 Sqn 40 IAI Searcher (Reconnaissance)
       
Dan malaysia pula ;

  • 1st Division
    • 2 Squadron - Fokker F-28 Fellowship, Falcon 900, Global Express, Boeing BBJ (737-700), Subang AFB
    • 3 Squadron - S-61A4A Nuri, Butterworth AFB
    • 6 Squadron - BAE Hawk 108/Hawk 208, Kuantan AFB
    • 10 Squadron - S-61A4A Nuri, Kuala Lumpur AFB
    • 11 Squadron - Su-30MKM Flanker, Gong Kedak AFB
    • 12 Squadron - Northrop F-5E/F, RF-5E, Butterworth AFB
    • 15 Squadron - BAE Hawk 108/208, Aermacchi MB-339AM, Butterworth AFB
    • 16 Squadron - Beech 200T, Subang AFB
    • 18 Squadron - Boeing F/A-18D Hornet, Butterworth AFB
    • 19 Squadron - MiG 29N/UB, Kuantan AFB
    • 20 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, C-130T Subang AFB
    • 21 Squadron - CN-235-200M, Subang AFB
  • 2nd Division
    • 5 Squadron - S-61A4A, Nuri Labuan AFB
    • 7 Squadron - S-61A4A, Nuri Kuching AFB
    • 14 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, Labuan AFB
  • Training Division
    • 1 FTC PC-7/PC-7 Mk II, Alor Setar AFB
    • 2 FTC Alouette III Alor, Setar AFB
    • 3 FTC MB-339AM/CM, Kuantan AFB

Perbandingan di atas hanya membabitkan perbandingan di antara tentera udara malaysia dan singapore je. Silap2 masa tengah berperang.. nuri jatuh terhempas..tak pun ada jet yang tiada enjin..

kah kah kah

Dasat singapore. Sekecik2 negara dia tidak membuktikan akal dorang kecik. Bukan macam umno. Sebesar2 perut dorang tidak mencerminkan akal dorang yang besar.. sebaliknya hampir sahaja boleh dianggap tidak berakal. Heh.

Singapore kalau ko nak serang malaysia sangat sila serang bn + harta benda bn sahaja. Yang lain2 ko jangan usik yer. Lagibagus kalau ko dapat umpan seme pemimpin bn dalam satu tempat dan bom dorang sekaligus. Aku pun dah bosan dah hidup di bawah rejim zalim. Makin lama makin suka pula dorang menzalimi rakyat macam aku neh hah. Pedap ko tau.. pedap!

Apa? Tiada semangat patriotisme? Sorry beb.. sorry. Semangat sayangkan negara aku menebal sebenarnya. Sebab tue aku nak bn terkubur. Korang yang sayang bn sebenarnya tak patriotik.. bukan aku. Faham larh bebaik.

Sumber : sini

Ameno :  Bn mampos, rakyat selamat.

Hey adun alam shah pakatan rakyat, pergi mamposlah ko.

Kebabian apa kah neh? Betul ke dia neh berperangai seorang adun? Adun apa yang boleh suka ahti botak tak sedar diri neh boleh hina islam pula? 

Sohai nak mampos. 

Dah taknak mampos awal2, hidup menyusahkan orang. Sila tengok bawah ;


Sebentar tadi aku mendapat info mengenai neh menerusi email. Dia bagitau aku dia penyokong PR tapi kecewa cara adun dap neh mempersendakan doa umat islam. Ya, aku setuju gak dengan pendapat dia. Cuma dia setakat kecewa je tapi aku ada lebih dari kecewa. Aku siap nak tanya dia 3 soklan lagi. 3 soklan itu ialah ;

Bila ko nak mampos?

Bila ko nak mampos?

Bila ko nak mampos?

Itulah soklan2 yang aku berhajat nak tanya dia. Apa yang funny tah pada doa neh. Funny meh ejek kepercayaan orang lain? Setiap orang ada kepercayaan masing2. Ko hormat sudah. Kalau taknak hormat pun takpe. Tapi ko kena mampos dulu larh. Simple je. 

So, pergi larh mampos.

Sebagai adun ko tak pandai menjaga sensitiviti umat islam. Itu baru kuasa kecik bhai. Belum kuasa besar lagi. Kalau ko ada kuasa apa gamaknya yang ko bakal buat tah. Jangan2 umat islam nak baca berdoa pun ko haramkan yer tak?

Beginilah selaku rakyat yang beragama islam, aku sedar dan faham tindakan ko neh mewakili diri ko bukan mewakili ajaran yang ko anuti. Aku faham tue sebab akal aku cerdik. Ada beza antara penganut dan anutan. Aku menghormati semua ajaran, agama malahan fahaman termasuk larh syiah walaupun aku teruk kena balon.

Tapi ko nampaknya tak faham. Ko nak membalon kerajaan tapi ko babitkan sensitiviti umat islam. Di sini ko dah silap besar sebab ko cari pasal. Begini larh ikut je nasihat aku iaitu pergi mampos. Ko, kalau minta maaf pun tiada guna nya. Sebab maaf ko hanya bersifat sementara. Sehingga ko benar2 faham apa itu maksud menghormati agama lain baik ko jangan jadi adun. Kalau tidak aku sendiri akan keluarkan leaflet penghinaan neh dan sebarkan kat tempat ko wakili. Ko jangan cabar, dengan umno pun sanggup aku bekerjasama bagi memamposkan ko. Sekian.  

Link gambar tersebut : sini  <-- kalau korang friend dengan dia,kasi sound dia pedas2 kasi mampos.

Ameno : g mampos larh ko.

Jakim, ko pergi mati lagi bagus.

Sabar dulu. Bukan aku nak suruh jakim bunuh diri dengan menggunakan cara yang kejam. Jangan risau ;

- cefour

atau

- terjun dari bangunan tinggi

tiada dalam kepala hotak aku. Aku cuma minta jakim mampos cara baik. Caranya ialah sila hapuskan kewujudan jakim dalam kementerian malaysia. Bukan apa, jakim kan tiada bidang kuasa yang boleh menahan sitt alwuzara. Sila rujuk sini. So kalau dah takde kuasa, maka apa guna dia wujud? Kan lebih bagus dia mampos? Patutlah isu seperti di bawah neh tak pernah dipersoalkan oleh jakim yer ;



Kat atas pongpang pasal maulidur rasul tapi front page meninggalkan amalan islam. Yang kat bawah pula macam trend pula bergambar dalam kolam. Macam tak artis kalau tak buat macam tue yer?

Tapi yerlah jakim mana ada kuasa bhai. Mana dia boleh tahan or persoalkan tindakan majalah mangga or artis lelaki [artis lelaki orang islam] neh. Tak baik taw.. kita marah2 jakim. Sian dia. Lagipun artis lelaki neh masih pakai baju. Lainlah kalau dia buka baju macam faizal tahir tue. Memang larh kena sound pedas2 siap kena hukum lagi.

kah kah kah

Sebab tue aku nak nasihatkan jakim, elok korang g mampos. Korang takde tauliah  / lesen / kuasa untuk pantau akidah dan moral umat islam, aku no hal. Aku faham ko takde kuasa. Takpe.. small the matter. Sebab tue aku soh ko g mampos, nanti bila ko dah mampos sudah tentu akan lahir kementerian yang baru. Dan untuk kementerian baru yang bakal menjaga hal ewhal islam neh kelak, aku akan minta ahli politik terutamanya dari pas untuk memasukkan kuasa2 yang ko takde sekarang. Simple. 

Orang kata tiada yang mampos bagaimana mao ada yang hidup. So jakim ko g mampos dulu. Lagi cepat lagi bagus. Sebab aku pun dah tak sabar2 nak tunggu kelahiran kementerian baru. Ko ada ke takde tetap tak boleh pakai. Lebih baik ko mampos. Percayalah cakap aku jakim. Aku menipu pandai cuma melalui percakapan je bukan penulisan. 

kah kah kah

Erkk dah berapa kali aku soh ko mampos neh jakim? Hopefully ko betul2 mampos larh pas neh. Sekian.
Ameno : hidup tak hidup menyusahkan orang jerk.

Rabu, 7 September 2011

Pusat zakat semalam mengutip, hari neh menderma, esok tidur.

Pusat zakat hari itu ;


Pusat zakat hari neh ;



Pusat zakat hari marah ;



Pusat zakat hari seronok ;



Baca sini pusat zakat, baca dan faham bebaik ;

1. Sasaran kutip zakat disiarkan, sasaran bantuan ada ko peduli?

2. Dua hari ko bantu orang berjuta2 siap masuk paper, hari2 lain berapa juta pula ko bantu agaknya? Aneh.. tak keluar paper pula? Makin bertambah atau makin berkurang atau makin tak buat kerja?

3. Umat islam memang ada yang tamak, ada yang malas, tapi siapa jamin yang mengeluarkan kata2 neh tidak tamak? Dan benar2 melakukan kerja sebagaimana yang di amanahkan?

4. Membina bangunan guna wang dari siapa? Dari mana dana neh datang? Boleh kemuka kan dari mana dapat dana ? Kalau dana zakat, sewa pula bangunan, hasil sewa bagi pada siapa pula?

Jangan ingat label pusat zakat didepan boleh membuatkan rakyat tidak memandang akaun / duit keluar masuk dalam operasi korang. Kini masa untuk kami mengetahui bagaimana operasi korang berjalan. Dedahkan seme hasil punggutan dan dedahkan seberapa banyak rakyat yang korang telah dan sedang bantu. Akaun pusat zakat wajib didedahkan untuk diteliti oleh rakyat.

Lihat video di bawah neh ;

 

Jamil khir kata sekolah agama, masjid dan surau dibina menggunakan wang zakat. Dah kalau gitu napa ada pelajar2 islam yang tercicir dari sekolah agama atas nama yuran? Seme faham bahawa operasi sekolah agama memang memerlukan dana untuk bergerak tapi dah ko buat guna wang zakat, sudah pasti ko mampu sekurang2nya memastikan semua orang islam berhak bersekolah agama bukan? Dan yang tak mampu tue sudah tentu ko ada jalan untuk memampukan mereka bukan?

Dan lagi satu, memandangkan surau dan masjid dibina menggunakan wang zakat, boleh tak kalau ko soh kerajaan ko jangan pongpang pasal kebaikan umno berhubung isu pembinaan masjid.. ? Sebab ko baru sahaja bagitau tadi bahawa masjid dibina menggunakan wang zakat aku dan orang islam seme... yakni ia sepatutnya milik rakyat dan berhak pula aku nak keluar masuk masjid tanpa perlu berterima kasih pada umno, kan?

Pusat zakat, aku anti ko nombor satu kalau ko nak tahu. Aku bukan anti pasal ko pusat zakat, tapi aku anti ko pasal ko curi zakat. Clear tak? Heh.

Ameno : Bayar bonus kakitangan guna zakat yer? Mulut orang bukan macam mulut tempayan.. tak boleh tutup sampai bebila weh.. hahaha..

11 Koleksi beg tangan branded rosmah mansur

Korang ada apa yang rosmah mansur ada neh? 

Takde?

Jangan jeles okey.. dia memang special neh di malaysia neh..  barangan branded neh abc je bagi dia.. orang kata kacanglarh!

kah kah kah












Merah

Biru pekat

Biru cair

Oren

Hitam

Pink

Coklat pekat

Merun

Kelabu

Kaler beige / coklat samar

Coklat

Urmm.. tak cukup seme kaler neh rosmah.. mana kaler hijau? Warna ungu? Kuning? Warna kebanggaan rakyat malaysia what..? Apsal tak beli sekali? Apa kata you borong lagi beg2 branded lagi mahal neh? Rakyat malaysia penyayang ma.. dont worry, be happy dengan menghabiskan duit. We all faham konsep bersyukur dan amalan jimat cermat. 

kah kah kah

Ameno : Koleksi yang nampak, yang tak nampak, banyak mana pula?

Mashitah dari ustazah kini terjun ke bidang politik.

Mashitah..

Mashitah..

Aku sebenarnya sayang kat ko neh. Siyes aku cakap. Walaupun ko dah berubah terlalu jauh tetapi aku masih sayang kat ko. Aku ingat dulu time aku mula2 nampak ko berceramah dalam program apa tah kat tv3.. suka sangat tengok ko. Masa tue kening steady takde cukur2 macam sekarang [ dipercayai cukur / auter ]. Makeup pun nampak natural bukan macam sekarang. Tapi tah macam mana sejak ko mula terlibat dengan kerajaan pendirian ko berubah. Nasihat2 ko mula berpaksi. Kata2 ko semakin tak boleh pakai. 

Tapi aku tak boleh nak buang rasa sayang terhadap ko. Sebab aku percaya suatu masa kelak, ko akan kembali semula. Kembali seperti asal. Kembali ke pangkal jalan. Cuma bukan sekarang. Lihat bawah neh ;



Hish.. hish mashitah mashitah. Ko nak jadi ahli politik ke sekarang neh? Kempen ubah gaya hidup anjuran rosmah ka mashitah weh?

1. Ko soh dsai bersumpah. Aku faham pendirian ko. Aku tak nampak usul ko neh salah sebenarnya. Tapi masalahnya dalam isu neh ko dah bersikap memihak kepada saiful. Sebab ko cakap dsai takde bukti yang boleh menyokong kenyataan dsai. Kat sini je point ko dah salah. Yang tiada bukti sekarang ialah saiful bukan dsai. Dah kalau dia ada bukti untuk pertahankan diri apsal pula dia mesti sibuk nak bersumpah? Hanya mahkamah je taknak terima bukti dia. Bukan sebab dia tiada bukti dan saksi. Mahkamah malaysia neh pelik sket. Yang ada bukti dan saksi kena tolak, yang tiada bukti, saksi dan siap makan karipap lepas diliwat diterima pula hujah dan kesaksian dia meskipun based on air liur je. Dasat beb.


2. Selain dari kes liwat II, mashitah juga menyuruh dsai bersumpah atas kes zina I. [Maybe ada episode zina II in future]. Apakah mashitah boleh menjamin dengan bersumpah selepas neh umno dan seluruh geng2 kerajaan tidak akan mengaitkan dsai dengan liwat dan zina lagi? Kalau boleh hari neh gak dsai sanggup bersumpah. Yang masalahnya dsai dah taknak melayan isu sumpah2 neh pasal dulu pun dia bersumpah gak tapi akhirnya tetap masuk ke penjara. Bagi dia bersumpah or tak bersumpah hampir sahaja tiada beza. Yang membezakan ialah cuma dia bersumpah dan tidak bersumpah itu je. Hahaa.. samada dia bersumpah or tidak bersumpah umno telah set sampai mampos bahawa dsai akan diserang tak kira apa tindakan yang dia ambil kelak. 

So, what's the point untuk dia bersumpah sekarang? Kalau tidak akan menghadirkan apa2 perbezaan? For me, aku berpegang kepada hujah. Hujahnya ialah aku tak percayakan kes liwat dan kes zina neh setelah aku kaji kes mendalam dari awal sampai akhir. Bersumpah bagi aku ialah orang lemah yang tiada hujah. Ya, lemah dan lembik macam saiful dan najib. Tapi tak mustahil sampai satu saat dsai mungkin akan bersumpah apabila dia menemui jalan buntu. Tak siapa tahu hal tue. 

Tekanan yang dia hadapi sebenar dasat. Boleh tengok air muka dia yang menampakkan kesengsaraan akibat penderitaan yang dia tanggung. Cuba ko letakkan diri ko ditempat dia, boleh ko hidup aman dengan fitnah 24jam calling in dalam hidup ko, mashitah? Tak boleh punya. Takde larh aku bangang nak anggap dsai neh anugerah Allah swt ke apa ke or taksub membuta tuli tapi aku pegang pada fakta. Fakta nya sekarang dsai kena fitnah. Kenapa nak menjatuhkan dsai dengan jalan fitnah ? Serang aje dia depan2. Kalau dia serang kerajaan guna isu penyelewengan, bidas balik larh guna hujah yang sama. Apa pasal mesti guna jalan fitnah untuk jatuhkan orang? Apakah umno menggangap bahawa dsai itu maksum? Bebas dari kesalahan?

Bagi aku ada banyak perkara2 dalam pkr yang umno tidak berapa nak highlightkan kerana umno sedar bahawa apa yang pkr buat, dorang juga buat, malahan dengan lebih dasat lagi. Itu larh pasal umno memilih jalan fitnah untuk jatuhkan orang. Jalan yang memang aku, ko mashitah, dan umat islam kena tolak. Sampai bila kita nak membiarkan fitnah melingkari politik di malaysia? 

3. Isu karpal singh sebenarnya aku no komen. Pasal aku nak mashitah faham yang selain dari karpal singh yang bertitlekan peguam politik, banyak lagi peguam politik lain yang wujud sekarang. Apa kata mashitah berkenalan dengan zulkifli nordin dan lain2 peguam politik pro kerajaan yang menceburkan diri dalam politik dan dalam masa yang sama menawarkan khidmat guaman di malaysia neh, boleh?


Ameno : Ahli politik baru.

Selasa, 6 September 2011

Rahimi yang sewel, yahudi dan jiwa yang terguris.

Semalam sapa tengok berita tv3? Semalam tv3 memainkan isu komunis dan mengaitkan ia dengan mat sabu dan kemunculan rahimi di tv3 dalam slot khas pendedahan haprak yang aku sedar bukan lah pendedahan apa sangat. 

Aku tak berapa ingat sangat isu mat sabu kat tv3 semalam. Yang aku ingat ialah makcik yang menangis dan anak perempuan kepada makcik itu minta mat sabu jangan mengangu keluarga mereka lagi. Di samping itu anak perempuan makcik itu juga menjelaskan bahawa mat sabu ada menelefon dan mahu membela keluarga di bukit kepong. Mat sabu siap cakap nak bawa lawyer lagi bagi membela kes tersebut.

Namun anuk perempuan kepada makcik yang menangis itu telah menolak. Tiada kata2 kasar semasa dia menolak hajat mat sabu tetapi jelas dia tak faham apa yang cuba dibawa oleh mat sabu. Kepada rakan2 anak gadis tersebut dan pakcik2 dia yang marah akibat isu neh minta korang faham hal neh dalam sedalam nya sebelum membuat tohmahan yang melulu.

Mustahil untuk tidak sedih. Mustahil untuk ahli keluarga polis yang terbunuh tidak sedih. Mustahil untuk anggota pemberontak yang terbunuh tidak bersedih. Tetapi untuk menghadapi kesedihan itu, bukan setakat lari dan lupakan ia sahaja beb. Suka tak suka kes neh melukakan banyak pihak. Dan semua pihak yang terluka berhak memahami siapa yang menyebabkan kelukaan mereka parah.

Kita sebagai manusia yang cintakan kebenaran sebagaimana yang di ajar dalam islam harus belajar bahawa kelukaan masa silam ialah sejarah yang harus kita ambil iktibar. Tapi macam mana kita nak amek iktibar pada sejarah yang dipesongkan? Adakah Allah swt melupakan kebaikan abu jahal di dalam Alquran ketika Nabi saw belum bergelar rasul? Allah swt tidak..maka siapa kita hambaNya yang layak melupakan kebaikan orang lain? Kita tidak layak beb, kita kena sedar.

Semua yang terlibat dalam isu neh berdendam. Dendam ialah perkara yang dasat. Tetapi dendam berasaskan fitnah adalah maha dasat. Benda yang tiada, di ada2kan dan tercetus dendam kerana nya sehingga mengakibat sentimen kebencian, wajar ke? Wajar ke kita mendendami satu2 hal berasaskan daripada kisah fitnah? 

Kita sebagai manusia kena belajar, kesilapan masa lalu tidak boleh diteruskan oleh generasi kini. Kita kena buka minda, buka ahti dan berlapang dada. Terima kebenaran. Yang mati tetap dah mati. Yang hidup kena tolong si mati bersihkan perkara2 yang sepatutnya. Jangan ingat dengan menyebarkan fitnah dan menutup kisah sebenar, si mati tidak mendapat azab di dalam kubur. Mereka dapat beb. Jadi korang yang masih hidup neh sebenarnya tidak menolong mereka. Cara mana korang menolong mereka ialah belajar menerima kebenaran. Dan mendoakan mereka yang telah terkorban. 

Kita tidak tahu hal sebenar sebab kita tidak hidup di zaman mereka. Boleh jadi semua nya ada lah wira. Semua nya berjuang demi negara. Dan mencari salah betul bukan bidang tugas kita. Bukan pula bidang kuasa umno. Sepatutnya fakta diperhalusi dengan memikirkan sentimen kesemua pihak. Jangan ada yang terasa ahti. Kenapa tidak menerangkan fakta tanpa perlu menganalisis dari pandangan kepartian ketika itu? 

Suka tak suka umno telah memupuk perasan benci pada orang yang kita tidak perlu benci. Instead of perasan bencikan maksiat dan setan, umno mengajar kita membenci manusia dan pejuang. Umno neh bukan parti yang baik. Parti yang baik tidak akan memesongkan sejarah. Apa salahnya mencatitkan sejarah dan mengajar manusia mengambil iktibar daripadanya? Apa salahnya mengatakan kedua2 pihak tersepit antara fahaman, idelogi dan semangat cintakan negara. Apa salahnya menganggap kedua2 nya adalah wira yang berkorban untuk negara walaupun memilih cara yang berbeza? 

Apa salahnya menanamkan persepsi baik untuk kedua2 belah pihak instead of menentukan siapa salah dan siapa benar sedangkan hal itu tidak wujud sekalipun? Mereka semua adalah benar dan mereka percaya apa yang mereka juangkan. Tanggungjawab kita ialah memahami mereka dan bukan mencerca antara satu sama saling. 

Dan umno tidak pernah serik. Tidak serik untuk memanipulasikan fakta dan memainkan sentimen kebencian. Sejarah sudah membuktikan berkali2. Itulah umno dulu dan kini. Dan terbaru di tv3, anwar ibrahim ialah ikon kebencian yang dijaja umno sebagaimana pejuang kemerdekaan dulu dikecam, difitnah, dizalimi dan dihina.

Semalam di tv3 juga rahimi muncul dan potpet pasal yahudi. Siapa yahudi neh yang kita kena benci sangat? Adakah rahimi secara rambang mengatakan bahawa bangsa yahudi bangsa yang layak dibenci? Apakah Allah swt mengatakan bahawa kita wajib benci yahudi ataupun golongan yahudi keturunan dari suku bani israel? 

Kebencian terhadap yahudi harus dikaji. Aku benar2 mahu faham dari mana sikap bencikan yahudi neh timbul dan kenapa aku mesti benci yahudi walhal bukan semua yahudi itu jahat. Malahan ada yahudi beragama islam. Apakah rahimi tidak faham apa yang dia sendiri bencikan? Boleh ke dia berikan dalil dan asbab atas sebab apa aku kena benci yahudi disini?

Rahimi cakap apa2 benda yang yahudi taja kepada anwar ibrahim, yahudi mahukan balasannya. Ya, jadi mana bukti bahawa yahudi taja anwar ibrahim dan pkr? Isu sekarang bukan isu yahudi taja anwar ibrahim, isu sekarang mana bukti anwar ibrahim ditaja oleh yahudi dan mahu mengadaikan malaysia neh. Simple bukan?

Ko, boleh pongpang masuk tv3 kutuk pkr. Dan aku juga berhajatkan sampai mampos agaknya mahu muncul di tv3 untuk bidas hujah ko. Walaupun aku tahu ia hampir sahaja mustahil melainkan ketetapan Allah swt mengubah segalanya. Tetapi boleh tak ko, pongpang benda yang memang wujud? Apa guna ko muncul di tv3 komen itu ini sedangkan tiada satu bukti pun yang ko bawa. 

Lagi satu yang aku paling jelik bila tv3 boleh buat sesi interview dengan orang sohai macam ko. Ko sendiri tak sedar dari mana pkr dapat dana tapi ko sendiri dah makan dana2 yang pkr dapat tiap2 bulan, selama bertahun2 sebelum neh? Bukan aku tuduh ko menipu. Jangan salah faham bhai. Bukan aku membela pkr. Jangan salah faham bhai. Tapi sikap ko sendiri tue hah.

Ko siap ajak saiful bukhari azlan lagi sebagai kroni bagi menjaga kerusi dan pangkat ko selepas kepergian adun seri setia yang menang kerusi pru. Apasal masa tue ko tak gunakan peluang untuk collect bukti dan siasat?

Owh yer.. lupa aku, manusia macam ko bertuan duit. Di mana duit mengalir, disitu tuan ko. Ketika itu ko tak terfikir nak siasat sebab dilimpahi duit dan kuasa. Sebab itu orang macam ko tak layak pun berhujah isu neh. Orang yang berpaksi pada duit mana pernah ada pendirian. Orang yang ada pendirian ialah dia akan bercakap apa sahaja tanpa mengira kritikan dan kecaman waima dia mendedahkan kepincangan parti dia sendiri sekalipun. 

Itu sebab aku memandang seme parti politik neh sama je. Bila dah sama, so seme memang layak kena kritik larh. Selagi ada minda yang memikirkan bahawa ada parti politik maksum selagi itu politik di malaysia neh tak boleh berubah. Selagi ada minda memikirkan bahawa ahli parti a tak boleh kritik parti a selagi itu larh parti politik malaysia neh bullshit. Bila bercakap soal politik, terima lah hakikat bahawa kritikan itu adalah satu kewajipan.

Dan sememangnya suka tak suka, rahimi ko baru sahaja membuktikan kepada aku semalam, bahawa ko bukan sekadar pondan yang biasa. Ko ialah pondan yang sewel. Malahan keturunan pondan juga benci dengan kesewelan yang ko paparkan semalam. Tetapi memandangkan ko sendiri memilih untuk jadi sewel secara ikhlas demi wang, maka kalau ada orang kata ko bullshit, terima je lah dengan senyuman.

Ameno : Bullshit lagi membullshitkan.

Mat sabu ada dua resit perubatan rupanya..

WOW.. rupanya mat sabu ada dua resit perubatan. Patut larh dia dapat rm8ribu kat sini. Lihat bawah dulu ;



Perhatikan amount dia. Rupanya mat sabu memang membayar sebanyak rm8k kepada hospital terbabit. Jadi tak hairan larh napa PBA bayar mat sabu rm8k semula. Sekarang neh aku fikir macam neh ;

1. Sudah tentu reezal neh tahu dan sedar bahawa jumlah pembayaran mat sabu kepada hospital ialah rm8ribu kan? Tapi napa dia cuma dedahkan satu resit je beb?

2. Dan ini jelas satu fitnah. Ya Allah swt, tahu kah apa hukum nya orang yang menfitnah? Amat berat, wajib kita semua, aku, ko dan orang islam menolak hujah dan pendirian orang yang menfitnah. Wajib pula bagi umno menghukumi reezal. Jika umno tidak berbuat demikian, umno akan dilihat menyokong fitnah.

3. Mengenai isu bersih dan perhimpunan haram etc telah dijelaskan dengan detail disini. Actually umno tiada isu sebenarnya dalam kes neh. Sebagai rakyat aku melihat bilik vip itu satu isu. Pendirian rakyat biasa macam aku. Bagi aku normal aku mahu mendapatkan pemimpin berjiwa Muhammad saw, tak hairan walaupun aku tahu dan sedar ia adalah mustahil walaupun belum tentu tidak mungkin cuma belum wujud lagi agaknya selepas nik aziz.

Tetapi umno tidak merungkai bilik vip satu isu sebab dorang sedar cara dorang hidup lebih mewah daripada mat sabu. Tak hairan. Yang hairan kenapa yer benda dah terang2 terbukti tiada isu, boleh di highlightkan dalam tv3? Tv3, sedarlah setiap fitnah yang berjalan sedang diperhatikan oleh Allah swt.. Allah swt itu ada.. kenali sifat 20. Jangan membiarkan fitnah melingkari station itu sehingga melupakan kewujudan Allah swt.

Sumber resit : sini

Ameno : Dasat beb.. tak sangka aku sebegini jauh dorang pergi untuk kuasa.. dasat.. apa larh nak jadi dengan pemimpin malaysia neh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...