Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Ogos 2011

[Video Inside] MP PAS Che Rosli balon PAS dan ANTI-LYNAS di TV3. - Update

Baru sebentar tadi di tv3 Ahli Parlimen Pas, Yb che rosli muncul di tv3 melalui rancangan buletin utama. Korang nak tahu pasai pa yb neh muncul di buletin utama? Dia sokong pembinaan kilang LYNAS. Dan dia juga bagitau bahawa kilang neh selamat. Dia bagitau semua tue berasaskan atas pandangan dan pemerhatian dia sebagai seorang ahli sainstis. Point dia yang aku ingat ;

1. Lynas di salah ertikan sebagai loji nuklear padahal lynas hanyalah sebuah kilang yang memproses nadir bumi.

2. Isu lynas pada awalnya di bawa oleh PKR.

3. Yb cuba memberikan pandangan nya sebelum neh tetapi di halang oleh bahagian penerangan pas dalam bentuk amaran.

4. Yb juga disuruh tutup mulut oleh PAS [bahagian penerangan].

5. Namun Yb rasa tidak adil apabila yang lain boleh terus menerus memberikan komen [kritikan] terhadap LYNAS melalui sedangkan dia pula disuruh tutup mulut.

6. Yb menegaskan bahawa kilang neh selamat.

7. Yb juga memberitahu kilang neh selamat selagi dipatuhi prosuder yang sepatutnya selain dipantau oleh pihak2 tertentu.

8. Yb terlibat dalam proses pembinaan kilang neh ataupun sekurang2nya telah memantau aktiviti kilang neh sebab tue dia cakap kilang neh selamat berdasarkan kepada teknologi yang digunakan serta tahap kualiti keselamatan nya.

9. Yb tak kisah andai lepas neh dia di ambil tindakan di atas kelantangan nya mengemukakan hujah menggunakan tv3.

Selain MP PAS, ada lagi sorang yang aku tak ingat nama dia. Dia pun mempertahankan kilang LYNAS. Dia cakap LYNAS beroperasi di malaysia di atas faktor kos yang lebih rendah [yer tak perlu cukai selama 12 tahun] berbanding kos di australia yang jauh lebih mahal. Dan dia juga menyatakan bahawa kilang LYNAS neh selamat. Pihak tertentu telah memanipulasikan isu neh atas kepentingan tertentu.

Bagi aku ;

- Kita kena dengar pandangan dari kesemua pihak sebelum pongpang2 salahkan sapa2.

- PAS kena belajar bersikap terbuka menerima kritikan. Nampaknya PAS tidak seadil yang disebut. Aku kecewa. PAS anda loser. Hanya loser je tak boleh terima kritikan dan perbezaan pendapat. Iaitu anda. Heh.

- Harakah kena belajar buka pintu. Bukan kat orang lain. Tapi pada ahli2 parti sendiri. Biasalah separti tak semesti seakal. Ilmu lain2 ma. Pengalaman pun lain2. Macam mana pula pendapat mesti sama ?

- Pembinaan kilang Lynas aku tetap tentang. Aku tak menentang dia sebab dia LYNAS. Aku menentang ia kerana UMNO. Apa sahaja benda yang ada campurtangan umno wajar ditolak kerana mereka berkiblatkan wang dan kuasa, bukan nya rakyat.

Kemaskini.





Video dari buletin utama tadi leh tengok sini ;


Kalau takley, klik sini.




Dan ada orang cakap otak aku sempit gila menentang LYNAS sebab umno.. sebenarnya otak aku luas. Disebabkan otak aku luas larh aku menentang LYNAS. Macam mana nak pertaruhkan masa depan dan nyawa anak2 kuantan di bawah parti perasuah? Boleh mehh?


Kalau hari neh dia boleh menerima rasuah dan izin bina LYNAS tanpa pengawasan teliti, maka tak mustahil suatu hari nanti jika apa2 berlaku dia akan gunakan duit untuk tutup kes. Lagi satu, disebabkan duit, pemantauan dan pengawasan akan menjadi tidak tegas. 


Jika ia benar2 dipantau dan di awasi dengan ketat sehingga jaminan 100% bebas rasuah, bebas penyelewengan dan bebas penipuan, rasanya semua orang boleh terima. Tunggu gak kerajaan dedah butiran perjanjian neh. Kalau berani dedah, nak takut apa? Dalam bab nyawa2 neh no rahsia2. OSA ka apa ka tue seme no kira. Kalau sungguh telus dan selamat dedah seme. Boleh?


kah kah kah


Nota : Ayat yang aku gunakan tidak semestinya digunakan oleh YB che rosli dalam tv3 tadi. Aku cuba menulis balik sedekat yang mungkin bagi menyampaikan maksud yang dinyatakan oleh yb di tv3 tadi.

Ameno : Patut gunakan malaysiakini or malaysia insider takpun blog hentam harakah yang pilihkasih dalam isu LYNAS neh.. tindakan berani mati che rosli tadi memang betul2 berani. Taktahu nak salute ka nak marah ka..

Gani Patail apsal company neh bayar lue hah?


Gani patail, ko jangan salah anggap bila orang nak tahu napa company neh bayar ko. Ada sebab kenapa orang ataupun lebih tepat diri aku sendiri beria2 nak menyibuk untuk amek tahu dalam kes neh. Kisah nya mudah je gani, mudah.

1. Ko tengok invoice atas neh.

2. Ko nampak tak syarikat apa yang keluarkan invoice gani? Aku anggap ko nampak. Good.

3. Then ko nampak tak sang penerima invoice = sang keluar duit? Tak nampak? Sila buat2 nampak gani, sila.

4. Then ko nampak tak dia tulis AG banglo? Tue tulis dalam english tue. 

5. Then ko tengok tahun. Tahun bila? 2009. Sapa AG time tue? Ko kan? Sapa AG time neh? Erhh masih ko lagi.. hahaha..

6. Then ko tengok pula jumlah pembayaran nya.

RM28, 050.00

RM28RIBU beb. Bukan ratus bukan ringgit. Sapa yang buta2 nak belanja ko rm28ribu tanpa sebab AG? sapa?? lue bilang wa sapaaa??? Pasal wa pun mao suruh dia belanja whorrrr...

Wa bukan tuduh sama lue makan rasuah.. lue jangan salah faham sama wa, wa cuma mao tahu apa pasal ini company bayar sama lue ? Lue bukan orang biasa. Lue ada jawatan dalam kerajaan. Lue pegang itu undang2 punya ma. Kalau lue sendiri langgar undang2, wa mao respect sama lue meh? 

Itu liwat punya kes lue sudah bikin banyak lawak, tapi ini kes bukan lawak whor.. ini kes banyak besar punya. Kalau lue betul2 ada makan rasuah.. ini terbukti undang2 di malaysia sedang tergadai whor.. kalau rakyat tak boleh dapat undang2 yang adil di bawah kerajaan barisan nasional apa pasal itu bn masih jadi kerajaan? Sila berambos larh. Rakyat bukan bn punya kuli batak ma. Ada faham ka? Wa mao bersih lagi. Lue tunggu sahaja. Ini kali satu malaysia akan ajar lue orang.


Offer termurah di IKEA hari neh 

Ameno : Lue rasuah lue mampos.

Inilah gambar objek plastik yang masuk ke tuttt si saiful!



Aku tengah sibuk2 fikir rewind kembali hujah2 lucu isu kes liwat II si saiful tadi alih2 ada orang bagi aku gambar plastik yang terjah kat tutt si saiful tue. Katanya dengan penuh tawadduk dan khusyuk bahawa neh lah objek nya yang telah menerjah ke gawang saiful bukhari azlan punya "gawang".

Korang nak tengok ka?

Alarhh.. tak payah larh..

Sungguh nak tengok neh?

Alarhh tak payah larh..

Betul nak tengok neh?

Owhh okey2. AKu tunjuk. Tapi dengan satu syarat. Jangan tak gelak taw. Pendedahan neh bukan di buat oleh aku. Ia dibuat oleh blogger umno. Seorang yang mengakui bahawa dia doktor. Sapa lagi kalau bukan si novari tue. Dia larh yang dedahkan objek di bawah neh telah masuk ke dalam tuttt.. si saiful.

Dah bersedia larh.. jeng jeng jenng.. inilah dia objek plastik yang dimaksudkan tue ;


kah kah opsss... belum lagi masa untuk gelak beb. Meh baca dulu hujah dr novari neh. Hujah si novari neh ialah ;

1. Dia cakap doktor osman periksa tutt si saiful guna objek di atas <-- Mana dia dapat info neh? Dia kaji. Dia yang mengaku dalam blog dia beb. Heh.

2. Dia cakap benda di atas neh diperbuat daripada plastik.

3. Dan dia juga cakap memang benar ada objek plastik di masukkan ke dalam tuutt si saiful sebab doktor tue nak periksa si saiful. Benda neh dimasukkan selepas saiful diliwat. Dia merujuk kepada keterangan doktor osman di mahkamah siang tadi.

Okey beb.. aku dah tak tahan. Aku terpaksa gelak gak neh. Amek masa masing2. Jom gelak dulu.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Adakah novari nak cakap bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful dan kemudian nya memberikan keterangan bertulis dalam bentuk laporan bahawa ada objek plastik dimasukkan ke dalam tutt si saiful? Bodoh sangat ke seseorang doktor tue sampaikan dia terlupa apa objek yang dia gunakan untuk periksa tuttt si saiful? 

Adakah si novari neh nak cakap bahawa doktor osman liwat saiful guna objek tue pula? 

Kah kah kah

Pokoknya novari telah membuktikan satu perkara bahawa memang ada objek plastik di masukkan ke dalam tuttt si saiful. Yang neh aku suka. Dan mengatakan bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful atas tujuan pemeriksaan dan kemudian nya memasukkan ia dalam laporan bertulis adalah hujah dangkal.

Ini disebabkan laporan bertulis itu adalah menerangkan apa yang berlaku di tutttt si saiful. Bukan menceritakan apa objek yang digunakan untuk periksa si saiful. Selain objek plastik di atas.. kan ada benda lain lagi yang masuk ke dalam tuttt si saiful? 

Yelah selepas di periksa pusrawi.. kan saiful ke hkl? Tentu di masukkan objek lain bagi memeriksa tuttt si saiful. Apa kata dedahkan semua sekali alat peralatan perubatan yang digunakan untuk periksa tuttt si saiful tue. Biar satu malaysia tahu apa yang masuk kat dalam tuttt si saiful tue. Habis citer.

Kah kah kah

Nota : Nama doktor tue novandri, aku tulis novari je senang dan ringkas. Link blog tersebut ialah ini.


Ameno : Lepas masuk benda alah tue baru lah dapat kesan ada objek plastik masuk ke dalam tutt si saiful.

Selasa, 23 Ogos 2011

Rais yatim soh blogger malaysia minta maaf.



Rais yatim soh blogger malaysia minta maaf. Dia soh minta maaf sebab memainkan isu rosmah mansur dan cincin juta2. Hurmm.. apsal lkena minta maaf plak? Lantaklah blogger malaysia nak tulis apa pun asalkan bukan fitnah cukuplah. Yang kenapa pula tak boleh tulis pasal cincin? Punya pasal tulis pasal cincin pun. Bukan kita fitnah. Ataupun lebih tepat bukan aku fitnah. 

Sekarang neh rais ko faham isu tak? Meh sini aku terangkan sikit. 

1. Nilai cincin tue berapa sekarang? Apsal kompas, tv3 dan ko sendiri sebut nilai dalam USD? Kenapa bukan RM? Ko tahu tak kalau USD24m berapa nilai nya dalam juta? So disini terbukti persoalan yang dibangkitkan oleh aku ada asasnya.

2. Ketika isu cincin neh mula2 hot dulu blogger pakatan di cabar untuk report polis so chegubard did. Then SPRM mana SPRM? Apsal dia tak siasat? Itu satu hal. Satu hal lagi jalan citer neh jadi belit2. Kronologi ikut kepala hotak aku [setakat info yang aku tahu larh]

- Chegu bard dedahkan prinstscreen kastam.

- blogger PR macam kami hebohkan

- Blogger umno cabar chegu bard report sprm

- Chegu bard report.

- Blogger umno meroyan cakap cincin USD24J mustahil wujud = pongpang cakap kami fitnah. <-- jangan dilupakan ini beb. Wajib hafal time bloggers umno meroyan atas hujah neh.

- SPRM terima laporan

- Blogger umno dedah dokumen cincin di bawa keluar ke singapore. <-- cincin 24j dah wujud plak time neh? sadis dowh.. sadisss..

- Blogger pr dedahkan pula isu gelang aka bangle. Bangle ini lebih ajaib dan berkuasa hebat kalah ac mizal bhai. Bangle neh sepasang plak tue. Dimiliki oleh rosmah.

- Syarikat yang jual gelang dan cincin pun terdedah. Jacob and co. Milik yahudi. Dengar citer bestfriend anwar ibrahim. Tapi camne tah tersesat berkawan dengan najib dan rosmah.

- Individu dipercayai menyokong pakatan meroyan. Buat super impose fitnah rosmah mansur menabung dari kecik beli cincin. Front page utusan <-- Tindakan neh aku keji. Tak pasal2 ramai orang percaya. Sampai sekarang plak tue.

- Bloggers umno makin meroyan. Cakap pakatan fitnah isu cincin. Harga cincin cuma RM24J. Ya cuma RM24Juta jer.. itupun dibawa masuk untuk pameran VVIP. Juga mengulas isu superimpose frontpage utusan. Kata PR takde modal.

- Blogger pakatan tak putus asa. Terus dedah misteri dan pelbagai persoalan membabitkan isu cincin.

- Kompas masuk line. <-- Nilai cincin di tulis dalam nilai USD.

- Rosmah jawab balas. Sebab isu makin besar.

- Pakatan kena bidas dengan bloggers umno sebab fitnah [kononnya] rosmah mansur.

- Kompas minta maaf. <-- nilai cincin masih ditulis / disebut dalam bentuk USD.

- Pakatan kena bidas lagi. Konon nya fitnah. Walhal kita tanya dan mahu persoalan neh dirungkaikan. Sebab itu laporan SPRM dibuat.

- CHEGU bard dikecam dan dituduh buat konspirasi jatuhkan rosmah mansur.

- TV3 siar ucapan minta maaf kompas <--  Pengacara tv3 sebut USD 24j

-  Anuar shaari muncul di tv3 pada semalam. Cakap cincin itu dimiliki besan rosmah. [dipercayai]

KAH KAH KAH

Sekarang sapa yang dilihat cuba menutup isu? Kami ka? Geng rosmah ka? Soklan dia mudah je.

PR : Oitt cincin 24j neh sapa punya? Apsal di bawa masuk atas nama rosmah?

UMNO : Cincin 24j tak wujud.

PR : Oittt ada rekod maa..

UMNO : Barang sudah keluar pergi singapore sana

PR : Oitt tapi apsal di bawa masuk atas nama rosmah ?

UMNO : Untuk pameran VVIP

PR : Pameran VVIP apa? Takde info pown?

UMNO : PR hanya pandai fitnah

PR : Sekarang cincin dipercayai milik bakal besan rosmah pula?

UMNO : Biarlah rezeki dia. Dengki apahal.Orang nak bagi hadiah, Korang sibuk2 napa?

kah kah kah

Sakit perut aku. 

Oittt.. perut aku dah tergolek2 neh.. oittt dia lari larh woittt.. dia pun tak boleh blah tengok umno buat lawak.. habislah aku. Pas neh hidup tak berperut. 

KAH KAH KAH

Ameno : Lawak gileee wa cakap luee..

Harga kangkung naik disebabkan masalah global!

Video wajib tonton. Kalau korang tak tonton macam mana korang nak faham masalah neh betul2? Sebab tue lah wajib tonton untuk faham

Apa

Bagaimana

Macam mana

Mengapa

Kenaikan harga kangkung di malaysia neh boleh dikaitkan dengan fenomena global?


Tonton sampai habis dan fahamkan. Benda neh lah kerajaan tak faham2. Dan dalam masa yang sama dok pongpang cakap rakyat tak faham2. Padahal yang tak faham sekarang kerajaan. Bukan nya kita rakyat. Susah betul bercakap dengan kerajaan yang pentingkan diri sendiri. Bila larh dorang boleh berambos sebagai kerajaan. Dah menyampah rasanya aku..

kah kah kah 

Ameno : Harga air kosong pun masalah fenomena global.. Muahahah..

Isnin, 22 Ogos 2011

Cincin USD 24j milik besan rosmah ka?

Sapa tengok buletin utama tadi? Aku tengok. Ya, aku punya pasal dan aku punya suka sebab tv aku, okey umno totok? Aku tahu mesti korang ada soklan macam tue dalam ahti korang. Walaupun dah berkali2 aku cakap bahawa utusan paper kesayangan aku dan buletin utama rancangan yang paling aku minat tak habis2 korang asyik pongpang2 memekak 

"enh tengok juga tv3.. ingatkan tak tengok.."

"kepala hotak kau. Aku kutuk bab lain. Aku tengok bab yang lain. Aku memang suka mengutuk sambil menengok. Baru ada feel ma."

kah kah kah

Puas aku godek website tv3 tadi cari video berita pasal tue tapi takde. Hampa gak lah. Pasal apa aku beria2 sangat nak cari berita pasal tue? Sebabnya dalam berita tue membuktikan bahawa ;

1. Cincin itu memang wujud.

2. Cincin itu memang di bawa masuk ke malaysia.

3. Nilai cincin itu USD 24 j kot. Pasal kompas semalam dan pengacara tv3 sebut USD. Napa tak sebut RM je? <-- Tanyalah larh woitt umno totok. Korang neh bukan reti beza antara tanya, fitnah, spekulasi, andaian, buah fikiran, dan etc. Selalu sangat dah aku explain. Kalau satu2 isu aku tanya, aku bagitau aku nak tanya. Kalau aku speculate aku jelaskan bahawa aku speculate je. Soh baca malas. Tapi tahu meroyan kat pages aku macam2. Heh.

4. Cincin itu ada kaitan dengan bakal besan rosmah.. 

WOW..

Aku rasa itu kot yang anuar apa tah nama nya cakap depan tv tadi..ataupun dia cakap cincin itu dimiliki oleh bakal besan rosmah.. kalau tak silap aku neh lah yang aku dengar. Kalau tak betul, betulkan aku balik nanti. Tapi kalau betul aku terpaksa cakap.. urmm.. cakap apa yer? Jap2 otak aku sekarang macam neh ;

Cincin 24 juta di bawa masuk atas nama rosmah.. then cincin tue ada kaitan dengan bakal besan rosmah..then najib dan rosmah melawat2 kazasthan.. then buka banyak peluang pelaburan dua hala..then bawa barang hantaran guna nama lawatan kerja then anak najib bakal kahwin dengan orang kazasthan then blablablabla.. 

Aku tak boleh terima kebiadapan neh. Aku bukan kulibatak rosmah ataupun najib. Aku tak hidup di dunia neh untuk disusahkan oleh dua individu neh. Aku seriyus tak puas ahti. Apa? Cincin itu ada kaitan pula dengan bakal besan? Dah bakal besan tengok sahaja lah di rumah bakal besan masa ko ke sana.Apa susah payah bawa masuk pula? 

Aku mula merasakan kerajaan barisan nasional neh memang sedang menghellkan rakyat malaysia. Sekian.


Ameno : Hidup untuk ditipu.

Saiful boleh lari tapi napa dia tak lari?

Hah amek kau! Aku membaca hujah2 anwar ibrahim di mahkamah memang sama apa yang ada dalam kepala hotak aku. Seseorang yang diliwat secara paksa sudah tentu akan cuba melarikan diri. Ada telefon boleh minta tolong. Cedera tidak. Lari tidak.Alih2 menuduh dsai meliwat dia? Waklue!!!!

Bagi aku ini menjatuhkan maruah kaum lelaki. Betapa saiful tue dah takde harga diri. Pandang kot ceruk mana pun aku tak boleh terima hujah2 seperti neh ;

1. Saya tahu anwar nak meliwat saya pada hari kejadian <-- dia tahu bhai.

2. Saya nak hantar dokumen kepada anwar ibrahim apabila diminta <-- Ada bukti rekod anwar ibrahim telefon dia sebelum dia datang ke appartment tersebut?

3. Saya tukar kepada tuala apabila disuruh <-- Dia rela tukar beb. Ingatkan anwar yang londehkan seluar.

4. Lepas diliwat saya sempat makan karipap dan minum air kopi <-- Ini ialah **** ! Gila kan? Mana ada orang yang diliwat secara paksa boleh ada selera makan KARIPAP!

5. Seluar dalam lembab saya di ambil dari rumah ex tunang as bukti diliwat <-- Ba** betul! Seluar dalam senndiri pun kat rumah ex. Lue buat apa kat sana sampai tertinggal seluar dalam woittt?

6. KY JELLY milik anwar ibrahim ada dalam simpanan saya  <-- KAH KAH KAH.. sakit perut aku. Ada tak dna anwar kat ky jelly simpanan ko tue? Bukan kat botol dia. Tapi kat corong hujung tiup tue. Cuba bayangkan aksi orang guna kyjelly.. dia akan pegang macam mana? So kalau padan dengan cap jari anwar cara pegang tue sah lah ia milik dsai. Kalau tak? Lue fikirlah sendiri. Pendakwaan takde bukti tue. Sebab tue dia tak kemukakan ia as fakta kes.

Sekarang neh satu malaysia tahu neh kes fitnah. Pompuan pun sanggup mati dari dirogol.  Pompuan lagi lemah dari ko weh saiful. Ingat kisah sorang remaja sanggup lari accident kereta dari kena rogol. Kes awal tahun lepas. Itu keazaman. Ko? Usah kata nak lari.. siap salin baju lagi. Itupun jalan citer ko tak logik. Kalau tanya ko sapa yang sediakan karipap dan air kopi tue, ko nak jawab apa? Ia berada disitu tak sebelum ko kena liwat? Banyak benda aku nak soal ko depan2 saiful. Tapi kang silap2 anwar ibrahim upah aku jadi peguam dia pula. Menangis karpal singh karang.

kah kah kah

Apa yang pasti saiful enough is enough. Ada jalan untuk ko berubah. Jangan takut. Sapa yang ugut ko? Ko cakap je dengan kita orang. Ko ada masa untuk tamatkan seme neh saiful. Berubahlah sebelum Allah swt pula yang soal ko depan2. 

Sumber baca sini

Ameno : Pondan pun benci saiful

Ahad, 21 Ogos 2011

Kerajaan tak salah isu barang naik di malaysia - Menteri meroyan baru wakeup tidur.


Kah kah kah

Lawak gile !!!

Aku tak faham perangai menteri neh. Napa dia suka meroyan tanpa memahami situasi sebenar? Perhatikan ulasan menteri neh di bawah ;

1. Kerajaan BN tiada kuasa untuk naikkan harga barang.

Owh ? Apa? Itu alasan ka? Itu boleh di anggap alasan ka? Gula beras minyak monopoli cukai pentadbiran lue pegang seme then lue boleh pongpang2 canang cakap lue takde kuasa nak naikkan harga barang segala bagai? Kalau dah takde kuasa boleh pula umumkan ye? Lagi satu jangan lupa lue punya video neh. Lihat sini. Dap punca kenaikan harga2 barang di malaysia ma. Bukan masalah global. Itu kan hujah anak buah lue juga. So apa lagi? Lue kasi rembat lah sama dap. Wa pun nak tengok neh.

kah kah kah

2. Hal neh memang disedari oleh pihak PAS.

Larhhh.. lue dah salah faham. PAS sedar lue ialah pemangkin / penentu kepada harga barang2 di malaysia je. Contohnya kalau lue turunkan cukai berjenama barangan mewah untuk mem rosmah maka rosmah boleh beli belah beg branded dengan harga yang lebih rendah lagi. Sebab cukai kemasukkan rendah ma. Sama gak dengan lain2 barang. Kalau lue boleh buat sistem pengagihan keuntungan yang cantik dan winwin situation di antara pengilang - pemborong - peniaga sudah tentu lah customer macam wa neh dapat benefit baik punya. Ini tidak, lue biar suka2 pemborong dan pengilang tentukan harga. Sebab apa? Semakin mahal barang jualan = semakin tinggi untung = semakin banyak cukai lue dapat ma. Lue mesti suka punya. Rakyat macam wa larh yang tersiksa.

3. Kerajaan sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga.

Bab neh wa setuju. Antara cara2 yang kerajaan gunapakai ialah ;

- Iklan jimat cermat <-- duit bayar iklan ada. Duit kawal kenaikan harga barang takde.

- Banner jimat cermat satu malaysia <-- bayar kroni buat banner ada duit, duit untuk rakyat takde.

- Nasihatkan rakyat jimat cermat <-- Dan lue pula sewa bil api + air beratus2 ribu sebulan. Cantek.

- Suruh rakyat beli kereta nasional dan barangan buatan malaysia <-- dan lue layan import guna duit gaji yang rakyat bayar tiap2 bulan kat lue.

- Bagi nasihat suruh menabung dan kerja lebih masa <-- supaya lue boleh rembat wang rakyat dan bila anak2 bermasalah lue boleh blame mak bapak yang sibuk cari duit sampai tiada masa utk anak2.

- Iklan rancang kewangan dan membeli belah secara bijak <-- dan lue pula beli belah sampai rabak guna duit rakyat pun okey. Beg seratus ribu pun cantik. Konon lue ada bakti sama rakyat. Bakti apa? Wa satusen pun tak merasa makan bakti tue. Makan ahti ada wa rasa. Banyak kali pula tue.

- Iklan jaga kesihatan tubuh badan dan berdiet serta bersenam <-- Ya betul tapi lue sendiri gemuk dan buncit nak mampos. Bukan salah kalau lue gemuk or buncit dan segala bagai tapi salah bila lue sendiri gemuk nak mampos lue nasihatkan orang lain supaya kurus padahal lue tak cermin diri.

- Berita2 merapu mengenai obesiti, penyakit, amalan jimat cermat mula ditulis oleh wartawan2 upahan lue <-- Ya taktik yang tak pernah basi. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb.

- Drama2 swasta menteri bagi jaminan, bagi janji, tangkapan dua tiga kali peniaga tamak dibuat <-- Ya, ya ini pun taktik yang tak pernah lapuk. Sekali lagi wa copypaste. Orang bodoh percaya. Wa bijak. Wa nampak permainan manipulasi minda rakyat neh. Wa dikalangan yang berfikir. Lue tak boleh kawal wa sampai mampos. Lue surrender je lah beb


- Nasihatkan rakyat bertubi2. Sambil2 salahkan rakyat <-- Jalan terakhir lue. Itu je modal lue ada. Rakyat confirm salah. Lue confident betul. Wa minta 1ominit berucap dalam buletin utama kalau lue siyes cakap lue betul. Wa takmo edit2. Wa siyes nak kutuk lue dalam tv. Itupun kalau lue bagi can. Wa memang suka nak buat tue. 

kah kah kah

Sekian.

Berita asal : sini

Ameno : Myfootlah kau!

Hot : Pemimpin PKR pun PATI.. !

Alamak geng..

Checkmate beb!

kah kah kah 

Takutnya den..

Lihat bawah ;






Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327

Tempat Lahir : Indonesia 
No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973


Info dari blogger umno.

kah kah kah

Apa yang checkmate nya tah? Bloggers umno tak faham isu neh. Meh aku jelaskan disini ;

1. PAS bukan nak bongkar PADI ataupun rakyat yang sudah mendapat kerakyatan malaysia. Buat apa nak kacau benda alah tue?

2. PAS cuma bongkar pasal PATI = Instant warganegara je.

3. Instant warganegara neh macam neh ;

- hari neh ic ko merah
- esok ic ko biru

Itu je. Yang korang melalut2 pergi mengungkit orang yang dah dapat status kerakyatan tue pasal apa? Awat tak mengungkit pasal khir toyo? Bapak si mahathir? Dan lain2 lagi pemimpin2 korang? Benda takde kaitan. Pas sedang tolong bersihkan daftar pemilih SPR sebab itu pas buat benda neh. Ia memang perlu dikecohkan bagi memahamkan SPR bahawa dia kena alert. Buat senyap2 takley. Sejarah membuktikan SPR tak pandang dengan hidung sekalipun andai PAS buat secara senyap2 ingatkan SPR. 

Maka kita hebohkan secara besar2an. Kita tak kata kita salah or kita betul disini. Kita cuma bagi info untuk disiasat. Kalau info yang kita hebah neh salah okey fine spr bagi bukti then kita terima. Andai info yang kita hebah neh betul then spr kena bertindak membersihkan daftar pemilih. Simple je. Memang dari dulu pun harapan PAS ialah nak membersihkan daftar pemilih. Ada kita cakap benda lain selain daripada sistem? Daftar pemilih yang lompang akan mengundang kekeliruan dan penipuan.

Dan buat blogger umno berhenti menutup penipuan dengan penipuan. It wont help settle anything whorr. Nampak penipuan then atasi. Ada penipuan lagi then dedah. Nampak kepincangan then cakap. Tak guna korang buat pendedahan di atas untuk membela SPR. Memang sistem SPR bermasalah. Kalau tak bermasalah takan arwah bapak kepada ustaz badrulamin yang dah meninggal pun masih ada dalam rekod SPR?

kah kah kah

Ameno : Check fast!

Sabtu, 20 Ogos 2011

Gambar papagomo bersama keluarga.


Ini ialah gambar papa gomo bersama ahli keluarganya. Bukan menjadi cara aku menyerang orang2 yang tak berkaitan bagi melepaskan rasa marah terhadap papa gomo. Selain dari gambar neh ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Aku ulang. Ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Tak kira lah gambar apa dan macam mana yang pasti ia bukan sesuatu yang baik untuk didedahkan. Dan aku juga tidak akan dedahkan. Sebab apa? Mudah. Aku cuma tak suka dengan fitnah2 papa gomo terhadap PR dan PAS. Itu je hal nya. Anak dan isteri dia tiada kaitan dalam hal neh.

Tak kisah lah samada warna rambut isteri dia itu ini ke bukan hal aku. Hal aku cuma dengan papa gomo maka papa gomo je lah yang aku nak persoalkan sekarang. Apa yang aku ingin papa gomo faham ialah mudah je. Hormatilah mereka2 yang menganuti agama selain dari islam. Di dalam islam kita memang di ajar untuk menghormati kebebasan beragama. So ko kena hormat tue. 

Ko pun hidup dalam suasana macam tue. Ko ada pengalaman macam tue. Apa ko suka tengok orang islam dan kristian bergaduh akibat posting2 racist dan fitnah ko? Benda kalau ko cakap pasal fakta takde sapa nak marah beb. Tapi ko fitnah. Kita ada ramai kawan2 bukan islam. So? Takan nak jadikan islam dan bukan islam berperang pula di malaysia neh?

Itu satu hal. Satu hal lagi ko suka mengapi2kan suasana. Ko suka cakap macam ko bagus sangat. Baik sangat. Alim sangat. Aku sungguh siyes tak faham macam mana ye orang macam ko neh boleh hidup? Di depan pembaca ko hipokrit. Macam alim dan takde dosa langsung. Perghh. Terbaek. Tapi realiti kehidupan macam mana? Sapa yang tahu selain dari Allah swt? Mereka bukan orang bisu. 

Bezanya aku dengan ko ialah aku terang2 mengaku jahat. Aku dalam proses untuk tarbiahkan diri aku sebab itu aku masuk pas. Aku yakin rakan2 dalam pas boleh membantu aku jadi lebih baik. Lebih semangat mengejar kebaikan kalau ada dorongan.  Itu yang aku buat. Sebab itu aku masuk pas. 

Ko pula lain. Ko tulis mengutuk, memaki hamun, menfitnah, letak gambar lucah, edit gambar2 ulama, tulis nama2 pemimpin pakatan rakyat yang salah dan bagi gelaran bukan2 segala bagai.. ko fikir orang suka macam tue?  Aku paling berani pun gelar rosmah mansur sebagai mek mah or mem.. tak berani aku tulis lebih2 dari itu.

Hanya orang yang rasa diri dia bagus je dia boleh bagi gelaran yang bukan2 pada orang yang dia benci. Itulah ko. Semua orang yang ko benci macam2 ko gelar dan fitnah. Gambar neh kalau gambar aku, ko akan dedahkan habis. Aku percaya tue. Tapi sayangnya aku bukan macam ko. Aku bukan berblog sebab anti ko. Aku berblog sebab anti kezaliman. Aku mahu kerajaan mendengar suara dan membaca luahan aku. Benda2 yang tiada kaitan macam neh bukan hal aku.

Cuma aku nak ingatkan kepada ko, orang yang dedahkan butiran diri ko dia tak suka ko menghina kristian secara keterlaluan. Ingatlah ada beza antara hinaan, cercaan dengan fakta. Ko boleh kemukakan fakta2 hebat andai benar ada paderi yang memurtadkan umat islam tapi ko tiada hak nak hina orang kristian. Apatah lagi ajaran mereka. Yang memurtadkan = individu. Bukan ajaran kristian. Belajar untuk hormat agama orang lain. Baru dorang akan hormat ko. Sekian.

Ameno : Masalah family?Not my bussiness larh!!!

Tolong siasat orang yang maki Allah swt neh sat..


Geng2 yang pandai siasat ip2 neh diminta tolong siasat identiti bomoh kambing neh sat. Dulu waktu aku mula2 kenal dia, dia suka kutuk2 ulama dan aku suspect dia pro kerajaan barisan. Tapi dah lama2 baru aku perasan dia hanya kutuk pas dan pas dan hanya pas. Hairan. 

Mungkin gak dia menyamar. Kata2 dia neh banyak merapu. Macam geng2 hajjah sitt. Tapi account bomoh kambing neh memang rapat dengan cybertroopers umno. Mungkin sebab sasaran kumpulan yang mereka kutuk tue sama kot.

Tapi apahal2 tolong siasat dulu coz aku tak berapa suka lah kalau orang macam neh wujud dalam bn ataupun pr sebab menyusahkan orang lain. Bayangkan ye ada berapa ramai orang bukan islam dan atheis boleh bebas menghormati dasar kebebasan beragama dan menghormati hak2 orang yang beragama? Ramai. Berbeza sahaja, tak semestinya kena kutuk2. Ko islam ka apa ka ko punya pasal lah. Aku tak patut masuk campur sebab bukan urusan aku.

Begitu juga lah berapa ramai orang islam yang menghormati dasar2 orang bukan islam dan hak2 mereka mengamalkan apa2 yang mereka sukai asalkan tidak menyusahkan kita. Ko bukan islam ka apa ka lantak ko lah, hak ko. Buat apa aku nak sibuk2 sangat?

So sebab tue aku cakap orang2 yang tak reti hormat agama orang lain neh patut mampos dan patut pupus. Belajar terima perbezaan. Kalau taknak hormat, cari bangunan sprm dan terjun sampai mampos. Sekian.

Nota : Aku percaya orang bn ka orang pr ka bila masuk bab kutuk mengutuk orang yang beragama memang dorang takan t0lerate.

Sumber : sini

Ameno : bomoh kambing neh geng2 hajjah sitt ka? <-- tanya je.

Umno dalang tangkapan JAIS masuk akal lah Najib!

Najib, meh aku bagitau ko kenapa aku cakap memang persepsi umno dalang jais masuk akal dan menyanggah pendapat ko. Ko baca bawah ye ;

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan tuduhan pembangkang bahawa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini didalangi oleh Umno adalah sesuatu yang tidak masuk akal. <-- Masuk akal. Sebab apa? Mudah ;

1. MPBK cakap gereja neh tak bertauliah. Maksudnya ia diwujudkan atas kapasiti dewan bukan gereja. No wonder lah napa orang leh sewa dewan neh untuk kegunaan tertentu. Dalam waktu yang sama memang ada melakukan aktiviti keagamaan. Macam dewan serbaguna. Nak buat apa2 aktiviti pun lantak aku lah dah aku punya.

2. Faham tak? Benda neh bukan gereja. Dah tue jais tak boleh lagi tuduh2 dewan neh gereja. Kalau nak claimed ia gereja sila lah sita bangunan neh sebab dah salah gunakan fungsi kelulusan yang diberi. Apa yang special sangat bangunan yang menyalahi akta neh?

3. Ke sebab geng2 gereja neh pro mca dan kerajaan? Hahaha.. wa tatau. Tapi yang wa tahu semua benda yang mpbk cakap dan edar kepada blog umno dan menyalahkan pakatan dalam isu neh memang tak logik. Nak sita? Sita je lah. Ko nak takut apa andai benar bangunan neh melanggari akta? Rakam je percakapan mana2 orang yang halang ko daripada sita benda neh.. boleh? Then kalau ko dipecat of course kami boleh nampak sapa yang salah dan sapa yang betul kat sini. 

4. Tapi kenapa ko belit2? Sekejap sebar sms cakap nak sita. Sekejap sebar sms cakap ahli pakatan tak bagi sita?Ka ko kena bayar untuk berlakon bagai nak rak?

5. Kalau ko nak sita ko dah lakukan awal2. Sebab ko dah tahu benda neh awal2. Tapi apsal ko tunggu jais raid baru ko pongpang2? Itu fishy dan ia maybe ada kaitan dengan umno weh najib.

Presiden Umno berkata, adalah tidak berasas sekiranya Umno dikaitkandengan insiden berkenaan kerana JAIS terletak di bawah bidang kuasakerajaan negeri yang ditadbir pembangkang. "Ini semua tuduhan, macam mana kita nak arahkan orang yang bukan dibawah Umno. JAIS di bawah siapa? <-- JAIS bawah MAIS. MAIS = kerajaan pusat. Dan walaupun JAIS untuk area selangor di bawah PR jangan ingat seme yang bekerja dengan jais ialah orang pakatan. Hujah aku mudah je ;
1. JAIS bertindak atas aduan. Ya aku setuju jais patut cegah murtad.

2. Tapi masalahnya kenapa jais tak buat pc selepas gereja pongpang2 cakap depa kena serbu? Walhal berdasarkan rakaman video memang tiada apa2 serbuan berlaku? Lebih kurang macam tetamu yang tidak di undang jerk.
3. Sudah lah jais mendiamkan diri untuk satu tempoh. Perbuatan berdiam itu diri untuk mengundang pelbagai persepsi ma. Seolah2 macam sengaja nak membiarkan ia mengundang pelbagai persepsi pada ketika itu. Itu satu hal. 
4. Satu hal lagi jais bagi seme info berkaitan kat bloggers umno. Apsal? Tindakan jais neh seolah2 sengaja buka ruang dan beri peluang kepada bloggers umno menambah2kan citer. Benda yang tiada di ada2kan. Contoh video klip jais - gereja. Kenapa edit? Itu masalahnya!!! Nak bagi bukti, bagi lah yang clear. Kalau dah edit sana sini baik ko tak payah bagi bukti!!!
Dah tue apsal jais hanya salur bukti kat bloggers umno? Apa yang special sangat dorang neh? Kalau jais pro pakatan neh hah aku neh yang layak dapat bukti2 tue. Aku pun suka gak cegah murtad. Tapi tak perlu lah kot sampai fitnah dan tokok tambah citer yang bukan2 segala bagai bagi menyemarakkan kebencian orang ramai terhadap islam!
"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno buat ini, ini tak masuk akal...susahlah kalau buat tuduhan tak masuk akak, tuduhan melulu,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat. <-- Dah tue takan jais tak boleh buat PC dan salurkan semua bukti2 yang dia ada kepada kami pula? Kenapa dia pilih bloggers umno? Kenapa? Di sinilah pertikaian besar wujud. 

1. JAIS boleh raid andai benar MUDC salah murtadkan orang islam.

2. JAIS juga boleh buat PC dan dedahkan seme info yang dia ada.

3. Tapi JAIS TIDAK! Sebaliknya dia bagi seme info dan bukti kepada bloggers umno untuk tujuan sebaran. 

4. Dan bila kita sebut bloggers umno kita kena faham 0.000000001 daripada penulisan d0rang sahaja yang boleh dipercaya. Iaitu ejaan mereka. Kebanyakkan nya betul. Tapi isi dia 0.00000001 pun belum tentu boleh hadam masuk otak.

5. Sebab tue wajar keraguan neh timbul dan wajar umno dikaitkan sebagai dalang serbuan gereja.

6. Dan dalam masa yang sama, aku juga mahu JAIS mendakwa dan mentarbiah 12 individu yang disyaki murtad tue. 

7. Jangan hanya pandai tangkap dan pandai pongpang2 melalui media umno. Tapi last2 ko jais tak buat apa2 untuk mengembalikan akidah mereka. [Andai benar mereka murtad sebagaimana tuduhan bloggers umno]

8. Kes neh asalnya simple sangat. Jais cegah murtad. Gereja marah kerana function di gangu. Tapi boleh settle andai masing2 boleh bagi hujah masing2. Tapi masing2 dok sembunyik2 bagi hujah.

9. Yang si miskin cakap gereja nak bantu. Sebab dia takde duit. Tapi dia boleh upah lawyer untuk defend diri dia. Kesemua 12 individu neh dibekalkan peguam bagi membela diri masing2. Itu yang aku heran. Sapa bagi peguam? Sapa bayar? Kenapa nak main peguam? Lue fikir sendiri.

10. Yang si jais pula melalui bloggers umno cakap depa murtad. Tapi tang mana murtad? Apa bukti? Apa hujah? Seme pun takde. Makin fishy lagi ada.

11. Yang 12 individu neh pula dalam masa yang sama pergi menjaja citer2 sedih dan kemurtadan dorang di paper2 arus perdana. Lagi sadis. Then tak lupa juga salahkan holly water. Part yang paling lawak tue bagi aku.

12. Kalau ikut otak aku ;

- 12 individu neh
- jais
- geng2 gereja mudc
- bloggers umno

mereka ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Entah hapa aku tak pasti. Tapi cara2 mereka menyembunyikan itu ini berjaya melahirkan persepsi2 buruk dan sekaligus sentimen keagamaan makin kuat berkumandangan. Bagi aku mudah je, kalau dah miskin buat cara miskin, lue buat apa upah peguam untuk defend lue kalau lue miskin? Kalau dah murtad, maka dakwa je lah lue apa susah pongpang2 citer pasal dorang guna mulut umno? Kalau lue bantu orang miskin maka lue tunjukkan lah bukti2 pembayaran dan segala bagai bagi membela hujah2 lue, kalau lue rasa pakatan rakyat salah maka apa pasal lue edit seme video dan bukti2 lue? 

Seme keempat2 mereka di atas neh bermasalah dan memberi masalah secara total kepada pakatan rakyat.  Siyes aku menyampah. Sehingga mereka berjaya bukti mereka tidak bermain sandiwara maybe rasa menyampah itu akan hilang.

Ameno : Sapa pun aku tak percaya. Kecuali Allah swt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...