Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Ogos 2011

Iklan video guiness stout - baik untuk anda.

Neh hah versi iklan arak dalam bentuk video. Paparan video neh berkualiti sangat teruk. Tapi ia berupaya menyangkal persepsi negatif aku sedikit sebanyak. Kalau diperhatikan iklan arak neh dilakonkan oleh orang india yang aku percaya bukan beragama islam.

Cuma heran gak napa iklan neh tersiar dalam buku tahunan guru2 melayu? Mungkinkah guiness stout adalah sponsor kepada penerbitan buku itu? Ataupun ada sebab2 tertentu? Tak kisahlah tue. Satu point yang aku nampak disini ialah kesungguhan orang islam malaysia yang ingin berubah dan telah pun berubah dengan mengharamkan iklan2 macam neh diterbitkan di tv lagi.

Dalam isu neh aku nampak seluruh rakyat malaysia bersatu padu. Ada baiknya kita generasi sekarang ikut semangat generasi dulu dengan bersatu padu jatuhkan bn. Kalau dulu mereka boleh berubah demi kebaikan bersama, maka sekarang rakyat malaysia generasi baru pun boleh berubah dan mengubah untuk generasi akan datang.

Jangan biarkan anak cucu cicit kita maki kita disebabkan kita terlalu lembik dan berkompromi je dengan segala bagai gejala rasuah, salah laku dan penyelewengan pemimpin kini. Okey? Sila lah tonton di bawah neh ;


Trademark yang tak boleh aku lupa..

baik untuk anda..

kah kah kah


Ameno : Teringat parpu kari.. muahahaha..

Rosmah suruh aku, ko dan kita semua bersyukur.

Jangan lihat pada orang yang bagi nasihat. Sebaliknya lihatlah nasihat yang dia bagi. Maksudnya isi nasihat tersebut. Sekarang neh korang baca bawah dulu ;


Sekarang aku lihat isi nasihat. Bukan orang yang menasihatkan ye. Isi nasihat di atas ialah ;

1. Jadi lah orang yang bersyukur dengan keamanan negara

2. Bersyukur sebab cukup makan pakai dan tiada orang nak mengacau kita.

3. Rosmah juga memujikan pdrm biarpun ada pelbagai kecaman.

Okey rosmah mansur you read me carefully pula ;

1. Negara kita tak aman. Aku tak faham macam mana ko mengklafisikasikan keamanan tapi kalau ko di kelilingi beribu2 bodyguard nak kemana2, manakala tv3 hari2 pongpang2 pasal budak kena sembelih dan segala bagai maka apakah definisi aman itu bagi ko? Ko ada bodyguard. Rakyat bukan sahaja tiada bodyguard malahan polis juga tidak cekap. Aku pun takmo kutuk cara polis buat kerja. Sebab sedikit sebanyak ada yang cekap tapi segilitir aje beb.

Mungkin disebabkan pdrm tiada latihan berterusan bagi menjaga prestasi anak buah masing2. Siapa tahu? Lue fikirlah sendiri mek mah. Yang pasti lue je rasa aman, wa tak rasa aman. Makin bertambah2 tak aman bila nampak muka lue.

2. Mek mah, untuk rekod lue, lue dan seluruh geng2 bn sering mengacau wa. Wa siyes bengang neh. Lue je rasa takde sapa2 mengacau tapi wa dan ramai geng2 wa kena kacau beb. Lue jangan ingat bila lue tak kena kacau itu bermaksud mewakili seluruh rakyat malaysia. Rakyat malaysia yang otak macam lue memang lah rasa tak kena kacau pasal lue mengacau orang. Tapi orang macam wa neh hah yang kena kacau dengan puak2 lue nak rasa bersyukur apahal pula? Pakai baju kuning pun salah. Suwei betul.

3. Ye ke polis cekap? Cakap banyak takmo. Wa cadang lue tengok video bawah neh je ;


Mek mah, jadilah perdana menteri yang adil. Luahan wa harus di ambilkira gak sebab wa pun rakyat malaysia beb. 

Ameno : Mek mah lue tak pakai tudung.. apa lue lupa cara2 bersyukur dengan Allah swt ka? Saja tanya mek mah.. saja tanya.. wa pun tak baik mana..sebab tue tak berani nasihatkan orang soh bersyukur.. muahahhaha..

Rabu, 17 Ogos 2011

Luahan saiful bukhari azlan.

Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua
Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada diantaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.
Sebelum
Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini
Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama,  pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.
Selepas sumpah
Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar mengunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujukdisini
Bagaimana atasi cabaran
Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat ‘AKU’ dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.
Selain itu, saya berpegang pada prinsip ” Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada  ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK”
Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.
Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah…
Prosiding Mahkamah
Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, Saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes dipihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes diperingkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah disebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran dimasa akan datang. Insyaallah..
Kenangan manis sepanjang 3 tahun
Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan dengan rakan-rakan dialam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain.
Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga,  Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh  di sini.
Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.
Insyaallah, dibulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar
Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Baca boleh, percaya? Lue pilihlah sendiri.

Sumber : blog sba. Lupa plak nak letak tadi.

Ameno : Cukuplah sekali kue terpedaya dengan lakonan mue.. babak berlakon baik dan muka2 sedih? Kem salam je larh!!!

Ali Rustam dan plat kereta bernilai rm317,000.00 - Melaka maju melayu mampos!


Nilai tender = rm317,000.00 <-- hidup kita utk dimamposkan oleh ali rustam

No plat kereta = MCC 1 - MCC 15

Tujuan = untuk geng2 kerajaan ali rustam.

Kebaikan kepada rakyat = takde.

Kebaikan kepada melaka = takde

Kebaikan kepada islam = haram <-- jimat cermat amalan kepala hotak umno.

Kebaikan kepada melayu = mampos

Terima kasih Ali rustam. Terima kasih sebab berjaya membuktikan bahawa duit rakyat duit ko, duit ko tetap lah duit ko. Baca bawah ;


Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.? 

Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.!  Apa manfaat yang rakyat dapat  dengan nombor plat kereta tersebut.

Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.- PAS-


KEPALA HOTAK KAU! 

Sekian.

Bacaan penuh : sini

Ameno : Mari ramai2 petik duit dari pokok.

Selasa, 16 Ogos 2011

Ulasan isu jais, gambar muslim yang terdedah dan blogger umno yang jahat.

Sebelum aku ulas lanjut bagi aku masa untuk gelak jap. 

kah kah kah

Sebelum aku masuk sini untuk bongkar pemanipulasian maklumat yang dicanangkan bloggers umno aku dan membaca komen pencacai umno kat page kbsb. Yang tak boleh blah nya pencacai tuduh aku melakukan jenayah dalam diam.

kah kah kah

Jenayah? Dalam diam? Maksudnya apa? Melakukan jenayah sembunyi2 ke? Jika itu maksudnya aku tidak melakukan apa2 jenayah disini. Melainkan anti umno je. Itupun aku lakukan secara terang lagi jelas. Bila masa pula aku sembunyik2? Siap guna gambar sebenar lagi kat facebook dan twitter aku. Takan disebabkan aku anti umno maka ia dilabel jenayah?

kah kah kah

sohai punya pencacai nama pakdin.

Sila tengok gambar bawah neh ;

Nampak? Orang neh berasal dari kelantan. Dan macam biasa apa2 hal yang terkait sikit je dengan kelantan, automatik blogger umno akan menulis artikel seolah2 kelantan bukan sebahagian dari malaysia. Di mana kita dilahirkan, menetap, tinggal dan etc itu bukan isu. Hari neh ko diberanakkan di kl tapi siapa boleh jamin ko akan hidup dan mati di kl? Macam aku. Lahir dan bersekolah di kl dan johor. Tapi menetap di perak. So takan apa2 hal yang aku buat di perak neh korang nak pongpang2 kaitkan dengan kl?

Owh.. dia tue orang kl.. patutlah pown..

KEPALA HOTAK KAU! 

Tempat kelahiran bukan point. Ada je benda yang nak kutuk Nik Aziz. Isu nya sekarang dia murtad atau tidak? Sampai sekarang aku dok tertanya2.Murtad kah dia neh? Nak anggap murtad tapi tak pasti. Pasal tak dengar lagi penjelasan dari dia. So macam mana nak buat penilaian berat sebelah macam neh? Kot ye pun biarlah kedua2 pihak tampil bagi penjelasan dulu.

Tengok bawah pula ;




Huraian ringkas berhubung artikel di atas ;

1. 3 adik beradik neh dah murtad <-- merujuk hujah blogger umno.

2. Di bayar 30,000 sebagai bekalan

3. Gereja mengajar mereka apa2 yang patut bagi berhadapan dengan jais

4. Mereka akan lari [dibawa] ke luar negara

Korang rasa tak apa yang aku rasa? Ya. Betul. Aku rasa berikut di atas ialah skrip kepada filem hindustan. Sila lihat bawah neh ;





Inilah gambar tiga adik beradik yang dikatakan murtad oleh blogger umno. Nama2 mereka sila rujuk disini dan disini. Salah seorang yang dikatakan murtad oleh blogger umno adalah pelajar cemerlang spm pada tahun 2007 yang berasal dari keluarga susah. Sila rujuk berita neh. Gambar pelajar terbabit ialah di tengah2.

Hujah aku ;

1. Kenapa blogger umno beria2 mengatakan mereka murtad? Sebaiknya patut tulis dipercayai murtad sudahlah. Benda belum terbukti bhai. Tuduhan neh tuduhan berat bhai. 

2. Perhatikan kesimpulan neh ;

- dibayar rm30k = tak boleh dedahkan diri = dilindungi daripada media pembangkang = dalam masa yang sama media arus perdana bebas interview mereka = kesan :  pembangkang kena sebab membela murtad especially pas dan pkr

Kenapa gereja susah payah nak bayar rm30k kepada mereka? Apa yang cuba disorokkan? Andai mereka disorokkan macam mana media arus perdana dapat tulis kisah2 tragis mereka? Bukan kah ini satu keraguan yang munasabah?

Hanya perlu tampil cakap saya tidak murtad boleh menyelesaikan pelbagai masalah [andai benar neh konspirasi gereja]. Gereja clear orang yang diburu pun jadi clear. Kenapa nak susah payah sorokkan dorang dan biarkan rakyat fikir bukan2? Apakah gereja ada sesuatu yang cuba disembunyikkan? Kalau dah satu orang 30k? 50 orang berapa banyak ribu dia kena habiskan? Mana dia dapat dana? Pakatan sah miskin bhai. Asyik collect derma je. Nampak tak persoalan2 macam neh disini?

Bagi aku selagi 12 individu neh tak muncul dan membersihkan diri dorang sampai bila2 pun dorang kena hentam. Mereka akan jadi kambing hitam umno konon nya telah murtad dan dibela pas manakala di pihak pembangkang pula persepsi bahawa 12 individu neh dibayar untuk berdiam diri agar gereja tidak disita supaya mereka [musuh pr] boleh sesuka ahti membalon pas konon nya pas bela murtad.

Andai blogger umno baca sini dan sini, jelas bahawa pas tidak pernah keluarkan statement yang membela perlakuan gereja dan murtad. Malahan penulisan2 aku juga condong membela tindakan jais. Lihat sini, sini dan sini.

Tang mana nak kata pas dan blogger pas mengutuk jais? Aku pun pelik. Nak tuduh pun bagi lah bukti dulu beb. Kalau setakat tuduh, arnab aku pun gelak tergolek2 baca. Heh. Berkenaan video kehadiran jais di dewan gereja yang boleh lihat disini dan disini, aku dapati bahawa ;

1. Video telah disunting. Ko bagi rakaman sunting sana sini then ko expect orang nak terima hujah ko? Kalau berani bagi tanpa suntingan.Biar kami nilai sendiri. Jangan dorong akal dan minda kami untuk berfikir apa yang ko fikir.

2. Apa yang ko fikir adalah hak ko. Apa yang aku nak fikir adalah hak aku. Sebab itu aku cabar bagi bukti video penuh tanpa suntingan dan ayat2 ko yang mislead minda penonton. Aku boleh terima andai sah mereka murtad. Aku suka jika mereka diperbetulkan balik akidah mereka. Tetapi aku tak boleh terima video edit macam neh. Ia secara salah mendorong aku memaksa dan mempercayai bahawa mereka telah murtad sedangkan tiada bukti secara sahih yang mendorong kepada hujah itu.

Sebab itu aku cakap blogger umno jahat. Bila bahan dapat kat mereka, mereka edit2 then cut itu ini. Lepas tue paksa kita untuk percayai bukti mereka. Bukti apa macam tue? Tambahan pula ;

1. Kenapa sejak dari awal hanya blogger umno je yang dapat info?

2. Sepatutnya jais buat pc dan edarkan maklumat kepada semua media secara sama rata tapi kenapa jais pilih blogger umno semata2 bagi edarkan info2 semua neh?

3. Jais under hasan ali = bawah pas = kenapa blogger pas macam aku tak diberikan clue langsung pasal isu neh? Pemimpin pas pun tatau.Kenapa hasan ali buat macam neh? Kenapa sengaja menutup info kepada kami dan hanya blogger umno je dapat info?

4. Kebanyakkan info pun di misleadkan maksudnya. Kenapa? Kenapa tidak bagi direct je info contohnya isu nama. Mula2 siarkan nama. Then siarkan nama + no ic. Peh tue nama + no ic + gambar. Then rakaman. Then itu ini. Hairan aku. Kesemua info neh secara berkala dan di edarkan oleh blogger dari kumpulan parti yang sama yakni umno semata2. Dan setiap hari pula tue. Kot ye pun maklumat bocor apsal seme dok leak kat umno je? Habis tue apa guna blogger pas seperti aku yang dok terpacak macam tiang tunggul depan hasan ali? Jadi kayu ka aku?

5. Ketika malaysiakini dan malaysiainsider dihubungi gereja bagi menyampaikan ketidakpuasan ahti mereka, hasan ali sikit pun tak guna harakah media rasmi pas bagi menyampaikan situasi sebenar. Apa guna harakah sebagai media rasmi pas? Jangan bagi alasan harakah takmo cover citer neh. Hanya perlu buat pc dan of course semua media akan turun cover punya.

6. Sebaliknya hasan ali diam dan membiarkan orang buat macam2 spekulasi. Selepas itu tiba2 satu demi satu info didedahkan oleh blogger umno. Even secara tegas aku tidak membela gejala murtad tapi katakan ada 100 pandangan pr yang marahkan jais, mana lah orang nak perasan sangat 3,4 pandangan yang pro kepada jais macam aku? Sudahnya tak pasal2 pas dilihat membela gereja dan tak pasal2 blogger umno cakap orang islam dalam pakatan suka kepada murtad. 

Sedangkan yang pongpang2 cakap jais itu ini bukan keluar dari mulut pemimpin pas. Mana ada kenyataan2 dari pemimpin pas yang menyelar tindakan jais sebaliknya hanya dua orang khalid je melatah. Satu khalid ibrahim satu lagi khalid samad. Boleh faham kenapa khalid samad melatah sebab dia tak berapa ngam dengan hasan ali. Tapi pelik bila khalid ibrahim melatah sedangkan dia MB selangor. Dia ketua maa.

Dia patut dengar penjelasan dari kedua2 pihak bukan terjah melulu. Penasihat akhbar dan politik  dia harus ditukar kerana secara salah mendorong khalid ibrahim mengeluarkan yang tidak cantik berhubung isu neh. Ini siyes aku cakap neh. Bukan sekali dua. Banyak kali. Seolah2 nak menjatuhkan imej khalid ibrahim. Kalau imej khalid ibrahim hancur maka ini menaikkan azmin ali.

Isu neh juga secara salah telah digunakan oleh umno untuk memanipulasikan minda rakyat bahawa orang islam pakatan rakyat membela murtad dan tunduk kepada dap, manakala kenyataan gereja dikeluarkan satu demi satu bagi menyakitkan ahti orang bukan islam supaya membenci orang islam. Sudahnya sama2 gadoh. 

Entah2 gereja itu dibayar bagi mencetuskan hura hara dan mendapat dana supaya mengucarkkacirkan rakyat malaysia. Sapa tak seronok andai tapak haram jadi halal? Adakah itu sebabnya ia tak disita? Masing2 akan defend masing2 punya hujah. Yang muslim of course marah andai ada orang islam yang murtad, yang kristian of course bengang takan majlis makan malam pun salah, sudah nya sama2 gaduh.

Dicadangkan agar siasat agenda gereja tue dan 12 individu muslim neh. Semakin dorang meroyan semakin aku menyampah. Nak2 gereja itu pun dah dikomplain oleh orang bukan islam lagi. Ada sesuatu yang tak kena dalam gerakan dorang. Jangan2 menggunakan sentimen keagamaan bagi memecahbelahkan rakyat malaysia bagi meraih undi yang berpihak kepada bn. Hey gereja, you sokong mca dan mic ka? Slumber tak aku tanya?

Ameno : Hanya ada satu pihak je untung dalam isu jais neh.. fikirlah. Takan disebabkan 12 muslim neh dap nak bodoh2 hilang undi melayu dan pas nak bodoh2 hilang undi bukan islam?

Video serbuan JAIS ke gereja tersebar - Videos Must Watch!




Kat atas neh ada dua rakaman video jais serbu [sebenarnya bukan serbuan] gereja. Ada part 1 dan part 2. Yang aku heran dari dulu lagi sampai sekarang apsal hanya bloggers umno je dapat info2 macam neh? Kenapa bukan pihak media? Kenapa nak salurkan maklumat neh kepada blogger umno? Obviously dorang akan burukkan suasana punya.

Confident aku dorang akan tokok tambah segala bagai. Yelah tak pasal2 nama dap dan teresa kok terbabit padahal setahu aku dap dan teresa kok diam je. Ke aku ada terlepas baca komen2 dorang berhubung isu neh? Dengar citer 12 daripada individu muslim neh diwakili oleh peguam katolik? Yeke? 

Susah nak cakap, korang tengok je dulu video2 neh then kita sama2 fikir. Fikiran aku semakin menyenget sekarang. Andailah status keagamaan boleh ditukar asalkan menjayakan konspirasi aku tak hairan. Walaupun apa pun persepsi aku hanya tinggal persepsi andai tiada fakta bagi menegakkan hujah. 

Aku bukan apa, bila satu2 isu tue membabitkan umno aku takboleh nak percaya. Siyes. Aku nak paksa diri aku untuk percaya pun tak boleh. Bukan nak tuduh apa2, tapi kes neh semakin menyusahkan. Ada baiknya kalau 12 individu neh buat pc bagi clear seme benda. Nak gak aku dengar hujah dorang kenapa dorang kat sana dan betul ka dorang murtad? 

Nota : Jangan lupa spot2 apa2 pada video klip neh. Ulasan pasalvideo neh nanti aku updated.

Ameno : Makin pelik.

Isnin, 15 Ogos 2011

Kenyataan paling lawak dari ibrahim ali! - Mesti baca seriyus lawak!

Mula2 aku klik kenyataan ibrahim ali pasal isu neh, aku baca sampai habis [walaupun ada yang aku skip2] then aku terdiam. Tiba2 aku tergelak sampai kena sound.

Woit.. apahal tue?

Kelakar siott.. tak boleh blah. Kelakar gile.. diri ku merasakan bahawa ibrahim ali ialah seorang pelawak yang tah macam mana tiba2 jadi ahli politik.

kah kah kah

Baca sendiri kat bawah neh ;



  • Susulan Pandangan Isu Larangan Guna Pembesar Suara sebelum solat subuh di Penang dan Isu Gay:





  • Terdapat jama'ah sembayang subuh dikalangan kaum perempuan berjama'ah sembayang subuh dirumah tepi masjid kerana tiada ruang dalam masjid, pembesar suaralah dapat membantu bacaan ayat2 Al- Quran. Begitu juga di Mekah dan lain2 negara termasuk ada negara bukan Islam di Eropah pun tiada larangan. Agak nya MB Kelantan dan lain2 pemimpin Pas tidak berhasrat lagi guna pembesar suara bila ada program qia'mulai atau tazkrirah di mesjid,madrasah atau surau sebelum subuh,walaupun jumlah jemaah ramai.Hanya menguna suara memekik saja sudah cukup.





  • Baik sungguh pemimpin2 politik,demi undi,matalamat menghalalkan cara..Entah apa lagi konsensi amalan agama atau tradisi dan budaya umat Melayu Islam akan di gadai untuk meraih undi..undi lebeh penting dari mempertahankan akidah..slogan baru BERJUANG DEMI UNDI..Maksudnya 'AKU MESTI MENANG WALAUPUN ISLAM KALAH.hujan sudah naik ke langit..




  • Perkawinan GAY adalah perbuatan jahilliah atau barbarian human right. Negara Malaysia mengamal Tatasusila bertamadun, maka kerajaan hendaklah menulak amalan perkawiman GAY yang tidak beradaban dan bercanggah dengan Tatasusila Negara..Tok Him





  • kah kah kah

    Solat subuh berjemaah? Tak cukup ruang solat dalam masjid? Kena bersolat di luar? Apa benda punya alasan neh? Time orang bersolat = mana sama time bacaan Alquran guna pembesar suara. Isu pokok yang dispin. Pembesar suara tidak dilarang, yang diminta ialah perlahankan sedikit bacaan Alquran je.
    Ibrahim ali kena pandai beza apa itu tazkirah dan bacaan Alquran sebelum subuh. Neh main hentam je. Hujah carca marba plak tue. Penuh dengan karutan. Sebab tue aku cakap siyes lawak.

    kah kah kah

    Dan ini pula gambar yang digunakan ketika dia bagi kenyataan di atas ;
    Slumber gila senyum lepas buat statement lawak. Langsung takde ciri2 rasa bersalah. Sakit perut aku gelak.

    kah kah kah

    Kenyataan asal : fb original ibrahim ali.

    Ameno : kah kah kah.. pecah perut aku..

    Wira perkasa mengamuk siot..

    Kah kah kah 

    kah kah kah kah

    kah kah kah kah kah

    Babak2 dramatik perkauman dan memainkan sentimen keagamaan cuba diwujudkan disini. 

    1. THE STAR = MCA punya

    2. MCA = meniru cara 8tv isu iklan [8tv tidak sengaja, mca sengaja]

    3. MCA = letak benda tak sensitif.

    4. MCA = PERKASA = perang kaum dan agama.

    Ceh. Sandiwara yang senang dikesan. Takan editor the star tak check ADA BABI whoorr dalam ramadhan delight tue? Unless.. memang disengajakan..

    kah kah kah

    Baca bawah ;

    Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berang dengan cara tindakan meminta maaf ‘sambil lewa’ oleh akhbar The Star kepada umat Islam di seluruh negara dan menyifatkannya sebagai tidak ikhlas. 
    Irwan Fahmi berkata, tindakan The Star meletakkan permohonan maaf mereka di muka surat tiga akhbar itu menjelaskan bahawa akhbar tersebut ‘kurang ajar’ dan cuba bermain-main dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Itu bukan cara meminta maaf cara terbuka..itu kurang ajar namannya, minta maaf di muka surat tiga adalah satu lagi penghinaan kepada umat Islam! “Jangan buat main-main dengan isu ini, tolong minta maaf cara terhormat kepada umat Islam sekali lagi, cara tu tidak ikhlas!” jeritnya sejurus membakar akhbar The Star sebelum majlis berbuka puasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) di Kelab Sultan Sulaiman, di sini hari ini.

    Beliau berkata, PERKASA enggan menerima permohonan maaf sebegitu dari akhbar bahasa Inggeris tersebut dan mengugut akan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membatalkan lesen The Star sekiranya gagal memenuhi tuntutan pertubuhan itu.

    Sementara itu, Irwan Fahmi dan anggora Wira Perkasa yang hadir bertindak membakar beberapa naskhah akhbar The Star bersama beberapa ekor ‘ular’.

    Bacaan penuh disini 


    Ameno : Tukar taktik larh woitt..

    Kenyataan yang mengelirukan dari peguam 12 muslim di gereja.

    Persepsi aku dah semakin bengang dengan 12 individu yang sedang menyorok neh. Sudahlah di antara 12 individu bertubi2 bagi press statement kat bh online [4 individu] pasal ;

    1. holywater

    2. dibaptis

    3. ceramah mengutuk Nabi saw. 

    Macam aku dah pernah cakap dulu. Andai orang2 yang bagi statement tue bukan 12 individu yang ditahan or 50 individu yang terlibat dalam upacara buka puasa neh then tampil bagi penjelasan. Baca bawah beb ;


    KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegaskan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. <-- Ada individu cakap kena baptis. Nama dia jasmine [nama samaran]. Bersama dua anak nya. Siap ada gambar lagi. Dia claimed dia antara 12 individu yang di panggil jais.
    Dilaporkan terdapat nyayian lagu keagamaan dalam majlis itu yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, yang mana diserbu pegawai Jais pada Rabu lalu.
    Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan “kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah” sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama. <-- menyewa? Menyewa? Apa dia menyewa? Ko nak bagi bantuan tak payah kot susah payah menyewa segala bagai. Memetik sahabat facebook yang bukan islam dia cakap lebih kurang macam neh ;


    kalau nak bagi bantuan, bagi lah. Tak perlu jemput orang islam masuk gereja. Mother teresa tak ajar buat macam tue. Memberikan bantuan di mana2 pun sama sahaja. Jaga lah sensitiviti agama lain.
    “Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier. <-- kepala hotak kau. Nak bantu orang islam apa kena mengena dengan nyanyian dan ceramah yang mengutuk Nabi saw? [Andai ini benar]. Ada orang akan dedahkan rakaman ceramah pada malam itu. Kita tunggu dan lihat. Sapa benar sapa salah. Adoi.
    Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma.
    “Kerana ia (Harapan Komuniti) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan mencari lokasi yang mudah dan murah,” katanya.
    Beliau menambah, Harapan Komuniti – diketuai ahli lembaga daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India – selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gereja Methodist Damansara Utama dan pernah menyewa dewan gereja sebelum ini. <-- Dah. Nak sewa2 banyak lagi bangunan yang tiada kaitan dengan keagamaan boleh ko cari. Alasan ko neh agak bodoh lah.
    Annou juga berkata “doa kesyukuran” turut dibacakan semasa majlis makan malam itu atas bantuan yang telah diberikan bersama kira-kira 120 orang daripada pelbagai latar belakang agama. <-- bab neh je aku dah pengsan baca. Sejak bila pula doa kesyukuran kesemua umat islam dan bukan islam serupa neh bhai?
    “Ini bukan doa Kristian, ia lebih kepada berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa,” katanya. <-- dah tue ianya doa ke bukan? Kalau doa dari mahzab mana ko petik bhai? "Free mahzab sesiapa pun boleh baca ini doa kah"? Lue fikirlah sendiri. Aku agak menyampah dengan peguam kepada 12 individu muslim yang menyorok neh. Dia sangat fishy.
    Beliau berkata dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Malaysia turut dinyanyikan - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” – tetapi menegaskan ia lagu untuk semua. <-- Nak tergolek aku baca. Lawak gila beb.
    “Ia satu lagu umum kepada Tuhan yang memberikan bantuan,” katanya, turut menambahkan, tidak tahu berapa ramai yang menyanyikan lagu itu. <-- neh pun boleh buat aku tergolek baca.
    Annou juga menolak dakwaan bahawa kitab Injil versi Bahasa Malaysia dan soalan-soalan tentang Islam diberikan dalam majlis makan malam itu untuk menghina agama itu. <-- okey. Aku pun tatau sapa benar sapa salah. Yang penting kalau jais boleh bagi bukti2 kertas kena koyak, masak lah ko weh peguam. Mungkin dorang rakam dan ada gambar. Masa tue memang masak lah ko peguam.
    “Ia bukan untuk memurtadkan sesiapa, ia tidak mempengaruhi sesiapa... mereka fikir ini bulan Ramadan, jadi mereka anjurkan kuiz tentang Islam,” katanya. <-- takde soklan2 tentang islam yang ada cuma kuiz2. Kuiz2 itu bukan lah soklan2. Sekian. Muahahha.. Otak aku pun gelak neh bhai.
    Serbuan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut satu laporan daripada Jais berhubung kemelut yang berlaku <-- Serbuan itu bukan serbuan. Dan tiada orang yang bantah. Yang pongpang2 cakap ia dibantah adalah umno. Serbuan itu dipersoalkan oleh mereka2 atas sebab2 tertentu. Bukan dibantah. Sekian.

    Contest paling senang sempena merdeka. Nak iphone4 free? Ini peluang anda! 

    Ameno : Peguam lebih baik ko diam. Lagi banyak ko merepek, lagi menyusahkan pakatan rakyat. Sengal!

    SMS Lim Guan Eng halang DAP turun Bersih 2.

    Ada orang emailkan aku tiga keping gambar paparan sms lim guan eng kepada ahli2 dap bagi menghalang mereka menyertai demo bersih 2 yang lepas. Lihat bawah ;




    Aku rasa lawak pun ya. Tapi kalau sekadar cakap lawak semua orang pun pandai. Meh aku elobrate sket napa aku cakap benda neh lawak.

    1. Salam tian <-- cina kepada cina? Datuk eddy neh cina ka? Kalau cina kepada cina guna perkataan salam? Ada logik ka? Dengan mengambilkira bahawa baik tian baik datuk eddy = cina = bukan islam, maka adalah hampir mustahil dorang gunakan perkataan salam tue sebagai pembuka bicara. 

    2. Yang tak boleh blah tue siap ada terjemahan lagi. Jap ye. Aku nak gelak sat.

    kah kah kah

    Rasa tak puas pula. Jap sambung gelak balik.

    kah kah kah

    kah kah kah kah

    Gila siot. Takan ko bangang2 nak tulis bahasa cina then terjemahan segala bagai? Buang masa dowh. Baik tulis dalam bahasa english terus. Mudah lagi ringkas apatah lagi bahasa english tue dah jadi macam bahasa kedua kebanyakkan orang cina dan rakyat malaysia keseluruhan nya.

    3. Ahli cina dap? Biar melayu bergaduh? Isi kandungan SMS tue agak pelik. Takmo tuduh2. Tapi rasanya Lim Guan Eng tiada ciri2 macam tue. Dia takan musnahkan karier politik dia melalui sms. Orang yang akan dapat benefit andai sms neh benar ialah umno dan bn macam biasa. Lim guan eng pula takan dapat apa2. So sapa sebenarnya yang hantar sms neh? Lue fikirlah sendiri.

    Ameno : fitnah lagi.. takut sangat dengan dap. Macam lah dap tue maksum dan hebat sangat.. sepatutnya tarik keluar kelemahan dap.. serang dia dari sudut yang benar bukan fitnah.

    Ahad, 14 Ogos 2011

    Pakatan rakyat halang sita gereja.




    Dua dokumen laporan berhubung ops sita gereja didedahkan oleh papa gomo. Sumber sahih dari mana papa gomo dapat aku tatau dari mana. Dalam artikel yang sama aku nampak dia copy paste artikel dari blog lain dan ubah ayat sket seolah2 macam dia yang tulis ayat tersebut. Aku tahu pasal sebelum dia copy paste aku dah copy paste terlebih dahulu 2hari sebelum neh tapi bagi sumber dari mana aku petik. Yang si gomok neh nampak sangat tak malu.. mencurik depan2. Dasat gila.

    Dokumen neh juga belum tentu sahih. Aku susah nak cakap apa2 pasal isu neh. Aku dapati isu neh bukan isu pr dan bn lagi. Isu neh lebih kepada sentimen agama semata2. Ada paderi tak senang dengan pergerakkan gereja di pj tue. Sebab mereka berbeza aliran. Ala macam islam lah. Ada mahzab itu ini. 

    Namun bn dilihat cuba divert isu neh seolah2 ia masalah pr dan melambakkan segala bagai kesalahan atas bahu pr. Aku pun not sure napa benda yang tiada kelulusan sebagai gereja di jadikan sebagai gereja ataupun memang ia dari awal bukan gereja sebaliknya hanya dewan tetapi disalahanggap oleh orang lain sebagai gereja kerana ia pusat komuniti yang dipenuhi secara majoriti oleh penganut kristian berfahaman evalinges?

    Walaupun apa pun ia, aku harap pimpinan parti boleh bagi penjelasan isu neh. Ya ataupun tidak laporan neh wujud? Kenapa laporan neh wujud? Maksud aku kenapa nak sita dewan tersebut selepas kes jais bukan sebelum kes jais? Dan macam biasa 

    12 individu yang diberikan notis untuk hadir ke jais bagi sesi kaunseling

    - kenapa tak hadir?

    - kenapa menyorok dari media alternatif dan cuma buat statement dengan media arus perdana?


    3. Kenapa diam + membisu + tiada penafian bahawa korang sebenarnya tak murtad?

    Diam2 korang neh diam2 yang pelik. Apa pun pakatan rakyat baik kaji hal neh sedalam2nya. Aku lihat umno semakin perasan bahawa dorang memerangi murtad padahal beribu2 artis umno sedang melakukan maksiat depan tv dan majalah setiap hari. Sekian.

    Ameno : Pelik... urmm...

    Wajah sebenar mismah didedahkan.


    Lihat gambar di atas neh. Ini lah dia wajah sebenar mismah. Wajah yang sinar harian tutup kelmarin. Tapi dapat kat utusan, ia didedahkan. Sebab berdiri sebelah orang umno lah katakan. Mismah juga dikatakan sedih dengan tohmahan pembangkang terhadap isu kerakyatan yang dia miliki. Uihhh mismah? Orang umno punya penjelasan je ka ko dengar dan baca? 

    Pihak pembangkang tak pernah salah pun dalam isu mismah. Dah berkali2 kita sebut bahawa kita nak bersihkan sistem SPR. Dan itulah pun yang kita lakukan sekarang. Mismah patut bersyukur dengan pendedahan yang pembangkang buat. Kalau tidak sampai sekarang ic dia dalam web jpn warna merah. Dia suka ka macam tue? 

    Itu kalau benar lah bahawa wanita di dalam gambar di atas ialah = mismah. Kalau dia berlakon ka apa ka aku tatau.Itu kira citer lain.

    kah kah kah

    Ameno : Mismah tak dapat upah.. <-- mismah mengaku sendiri neh.. aik.. orang tak tanya dia pandai2 cakap pula.. kah kah kah
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...