Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Ogos 2011

Harga tong gas rm230? Wak lue lah !

Gila apa? Takan harga tong gas semahal neh? Setahu aku rm75 je beb. Paling mahal pun takde lah sampai  seratus. Korang baca bawah jap ;


Nampak tak? Kalau aku dok sarawak memang mampos lah jawabnya. Kalau harga tong gas dah cecah rm230 setong, macam mana pula harga refill? Maksud aku setiap kali kita nak beli gas memasak bila tong gas dah habis gas kita kan akan buat macam trade in. Tong lama dia amek, tong baru dapat kat kita. So harga refill gas memasak tue berapa pula? Mahal gak ke?

Gila betul kos sara hidup kat sarawak. Mahal. Lebih mahal dari kl. Tapi kalau tengok dari sudut ekonomi, sarawak antara negeri yang miskin. Miskin pasal taib lah. Sapa lagi. Tak sangka sarawakian masih memilih taib dan mengundi bn pada prn yang lepas. 

Dorang memang suka hidup susah kot. Kepada pengundi bn je lah. Walaupun kita semua tahu bahawa sarawak mampu menjana hasil yang banyak dan mencukupi untuk rakyat mereka. Malahan kl dan jb sepatutnya dah lama kalah whorrr.. apa yang berlaku? Lue fikirlah sendiri.

Sumber penuh baca sini

Ameno : Macam neh punya mahal hidup di sarawak... patutlahh..

[Video must watch] Umno cakap NO kepada Alquran episode II !

Wow....

Akhirnya aku dah dapat satu kepastian. Kepastian nya ialah surat ini pernah dibawa ke dalam parlimen. Lihat posting neh terlebih dahulu beb. Baru korang akan dapat gambaran jelas. Then baru layan video di bawah neh ;


Nampaknya surat itu memang realiti + wujud. Kalau dah gitu memang betul lah umno kampar tolak Alquran ye? Hish... tak sangka aku begitu teruknya mentaliti puak2 umno neh. Aku boleh faham kalau dap, mca dan mic tolak hujah Alquran. Siyes aku cakap. Tapi aku sikit pun tak boleh nak faham dan terima kenapa umno mesti tolak hujah dan dalil Alquran padahal dorang kan islam?

Tak heran aku napa umno tolak rang undang2 murtad dan hudud daripada PAS sebelum2 neh. Instead of mengkaji kelemahan yang terdapat dalam rang2 tersebut, or sediakan rang2 dan draf yang lebih baik daripada PAS, mereka lebih senang tolak sebarang usul berkaitan pemulihan akidah dan moral umat islam dan memberikan alasan2 biol bagi mempertahankan pendapat mereka.

Jangan salah faham. Aku tak kata pas maksum dan sempurna. Kalau ada kekurangan dalam draf dan rang undang2  yang pas buat tue, kenapa tidak umno berusaha memperelokkan-nya dah umno sendiri yang complain benda tue ada lompang sini sana? Hah... apsal? Lue fikirlah sendiri.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Umno banyak bagi dalih dari daya. Neh membuktikan stout mungkin dah berakar umbi dalam kepala hotak masing2 lew tew..

kah kah kah


Sumber video : rakan facebook. Thanks!

Ameno : Minumlah stout untuk kebaikan umno... muahahahhaah..

Tutorial : Cara nak hide no telefon korang yang terdedah di facebook

Dari semalam aku tengok ada je orang posting pasal cara2 nak sorokkan no telefon masing2 di facebook. Pada awalnya aku pun tak faham napa nak sibuk2 benda neh? Kan ke memang sepatutnya ramai facebookers tahu cara nak set privacy setting memasing. Then tadi aku terai recheck aku nya privacy. Everything is absolutely fine. Cantek. 

Then aku pergi kat edit friend. Rupanya kat edit friend ada satu ruangan baru iaitu contact. Aku memang taktahu bila masa wujud ruangan contact neh. Then aku click, aku dapati bahawa semua no telefon rakan2 dalam friendlist aku ter appear kat sini. Lihat bawah ;



Makk aii banyak gile no telefon yang terdedah. Setengah dari mereka mungkin tahu. Setengah dari mereka mungkin tatau. Tapi aku rasa baik korang hide kan ia samada korang tahu ke taktahu. Tak berapa sesuai facebook menyimpan banyak data2 korang dan mempamerkan ia secara terbuka pula tue. Ini seolah2 korang memberikan ruang kepada orang lain untuk mencerobohi privacy korang.

Cara2 nak hide mudah je. Aku ajar cara bertulis.

1. Pergi kat account

2. Cari privacy preferences

3. Cari customize settings

4. Di bahagian bawah, ada terpapar no telefon korang, setkan hanya sebagai only me. Ini lebih baik. Manalah tahu kot2 bergaduh dalam fb ka.. habis macam2 kena dedah whor... bahaya.

Senang. Baik buat. Kot ye pun korang celebrity tak perlulah nak dedahkan benda2 alah seme neh. Macam2 boleh diketahui walaupun melalui no hp je beb. Sekian

Ameno : Hampir 2k kekawan yang tak hide benda neh..yang aku check random lah.. tak termasuk yang bagi no hp palsu.

Guiness stout baik untuk kesihatan - iklan umno dulu2?

Ya ataupun tidak iklan neh wujud dalam buku KGMMB = Kesatuan guru-guru melayu malaysia barat?

Sedikit info pasal iklan arak neh ;

1. Iklan yang korang bakal saksikan di bawah neh ditemui dalam booklet KGMMB tahunan terbitan 1968.

2. Booklet neh pula menjadi sebahagian dari arkib sejarah di dalam university Ohio.

3. Dan selepas muka surat iklan neh, ucapan arwah tun razak pula menyusul.

4. Buku neh sepatutnya mencerminkan bahawa guru2 melayu = guru2 islam. Sila betulkan andai aku salah.

5. Lalu apa sebab iklan benda neh ada di sini?

6. Adakah guiness stout bukan arak pada zaman dulu?

Tolong berikan jawapan balas yang clear. Aku sangat2 mahu tahu kenapa dan mengapa buku tahunan guru2 melayu ada iklan arak macam neh. Siyes rasa tak puas ahti. Jangan2 yang buat iklan tue pun orang melayu gak.. well adakah dia islam? Allah swt lebih tahu. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak? Sejarah mencatitkan bahawa arak = umno = geng. Kalau salah betulkan aku. Tapi macam aku cakap kat atas tadi. Aku siyes tak puas ahti kewujudan iklan macam neh dalam buku tahunan guru2 melayu. Bagi aku tak relevant langsung melayu yang sepatutnya islam mempromosikan arak dengan terbuka. Siap cakap baik untuk kita lagi.. baik apa nya? Waklue lah.

Lihat bawah ;



Tolong jelaskan minda aku. Aku bukan membuat tuduhan melulu. Tapi still iklan arak? Guru melayu? Mana yang masuk tue? Lue fikir sendiri. 



Ameno : Ya, baik untuk melalaikan umat islam.

Selasa, 9 Ogos 2011

Pakcik rashid pun ada dua ic gak ka?

Pakcik neh bernama rashid. Dia neh sapa aku seriyus tak kenal. Sekarang neh baru nak kenal-kenalan dengan dia. By the way ada satu benda yang fishy kat pakcik rashid neh. Kes dia sama macam pakcik sulong bezanya pakcik sulong dah collect kedua2 mycard yang dia ada. Rashid neh pula hanya baru collect satu. Satu lagi tak collect lagi. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak? Ya betul. Image menunjukkan kad belum di collect. Lihat gambar di bawah neh pula ;



Ini pula kad yang telah di collect. Menjadi satu tanda tanya bagi aku macam mana pakcik rashid neh yang mempunyai no ic lama yang sama [ataupun passport] + nama yang sama boleh ada dua no mycard yang berbeza + alamat mengundi yang berbeza?

? <-- tanda tanya. Maksudnya sekarang aku tertanya2. So spr tolong bagi jawapan. Kalau ko buka mulut dan sebut je kerani.. automatik aku tidur. So tolong bagi alasan lain. Yang lebih konkrit. Aku rasa satu malaysia pun nak tahu gak neh. Sekian.

kah kah kah

Source : TPU

Ameno : SPR pun dah penat dengan pendedahan2 neh gamaknya..

Hebat : Kampung baru pun boleh mengundi!


Ini hebat. Betul2 hebat. Nak tahu kenapa? Lihat atas neh ;

1. Dalam JPN no ic neh dimiliki oleh seorang perempuan.

2. Dalam SPR no ic neh dimiliki oleh satu kampung.

Kah kah kah

Gila betul. Satu kampung boleh mengundi neh bhai. Satu kampung nak undi sapa? BN ka PR ka? Lue fikirlah sendiri. Yang penting SPR akan jawab bahawa ini kesilapan perkeranian. Taktahu kerani mana yang tak boleh bezakan nama kampung dengan nama orang.

kah kah kah

Ameno  : Sakit perut aku tengok ketidakcerdikkan mereka neh.. banyak sangat ketawa beb.

Video lucu yang bakal membuatkan anda pecah perut..

Geng.. aku ada dua video nak share. Siyes aku cakap neh. Lepas korang tonton video neh korang akan terpeliot urat saraf perut. Paling teruk perut korang pecah punya. Kaw2 pecah. So lepas neh kalau terbatal puasa korang jangan salahkan aku pulak.

kah kah kah

Tengoklah dua video terlawak di abad neh di bawah ;



kah kah kah

Macam neh rupanya dorang nya propaganda nak menyerang PR..bukan sahaja PR tak tergugat.. malahan akan dapat lebih banyak sokongan sebab dorang neh lawakkkk sangat.. 

kah kah kah

Ameno : Sakit perut tengok mentaliti dorang.

Okey, minyak dunia turun, so what?

Aku dapat info dari member blogger semut dan papan kekunci bahawa minyak dunia turun. Sila lihat bawah petikan yang dia screenshot ;

Nampak apa yang aku nampak? Turun nya agak banyak. Tapi itu di luar negara punya market. Ikut kepala hotak aku , cara aku faham bn sekarang macam neh ;

1. Minyak dunia naik = masalah global = minyak malaysia wajib naik.

2. Minyak dunia turun = ekonomi teruk = malaysia kena stabilkan harga minyak

Pasal apa? Bila minyak dunia turun, minyak malaysia yang di eksport ke luar negara pun terjejas. Itu alasan dorang lah kan. So nak taknak korang kena terima je lah. Naik pun kita kena ngap. Turun pun kita kena ngap. Duduk tengah2 neh memang bahaya sket. Bila lah kita nak duduk tepi2 neh hah?

kah kah kah

Ameno : Duit rakyat duit bn, duit bn duit bn jee lah..

Isnin, 8 Ogos 2011

Pakcik sulong kenapa pakcik ada dua no ic?

Korang kenal tak pakcik sulong neh sapa? Aku pun tak kenal sapa. Aku baru kenal dia dua hari lepas. Dia neh ada dua no ic. Itu yang pelik sket. Takan kesilapan perkeranian lagi kot? Korang tengok bawah terlebih dahulu ;



Pada awalnya aku fikir alah rileks lah der. Orang nama serupa banyak whoorr di malaysia neh. Ce ko jangan cuak sangat. Then aku pun ronda2 kat SPR. Cuba korang tengok bawah neh pula ;


Arh sudah. Bukan nama je serupa. Rumah pun serupa bhai. Tempat mengundi pun serupa bhai. No ic lama / pasport / id pendatang == > [6290844] pun serupa gak bhai. Biar betul. Pakcik sulong ko kembar ka? Kalau kembar takan guna id pasport [kemungkinan, actually aku taktahu itu id apa] yang serupa?

kah kah kah

rileks pakcik sulong. Aku tanya je neh. Takde nak syak or kata bukan2. So pakcik sulong jangan segan2 menjawab. Kesilapan perkeranian dah terkeluar dari senarai jawapan pilihan yang pakcik ada. So jangan sesekali pakcik pakai reason itu lagi. Sekian. 


Info : TPU.

Ameno : Pakcik bongsu takdak ka?

Ahad, 7 Ogos 2011

Pengakuan sebenar orang islam yang diserbu JAIS - Lue sendiri cari pasal.




Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu

Kalau rajin baca artikel MAZA kat sini. Kupasan yang menarik aku rasa. Pandangan aku atas kes neh mudah je. Sendiri yang cari pasal. Bukan masalah kristian ataupun gereja. Sendiri yang tak reti nak minta tolong pada badan yang berkaitan. Lepas tue nak pongpang2 menyalahkan gereja.

Dalam isu neh bagi aku ;

JAIS tak salah <-- buat kerja sebab terima aduan. Terbukti sekarang aduan benar.

Gereja tak salah <-- cara dia berdakyah, dia punya pasal lah. Itu hak dan kebebasan dia. Dijamin dalam perlembagaan kena ingat tue

Mangsa serbuan [yeke mangsa?] <-- Salah. Of course. Mak aku ibu tunggal. Tapi satusenharamjadah pun mak aku tak pernah meminta tolong kat gereja. Benda macam neh boleh menimbulkan was2. Bila dah was2, mangsa amek mudah. Blame gereja. Blame seme benda yang dia boleh blame. Padahal dia yang terdesak amek bantuan tue. Dan dia juga yang rela amek bantuan tue. Pihak gereja tak paksa dia pun. So dia nak cakap gereja bagi dia minum2 air? Dah tue minum pasai pa? Dia pergi pasal duit. Hubungan dia dan gereja terbina pasal duit. Dan duit itu penentusahkan. Kalau takde duit dia pun takmo jejak gereja. Sama macam masjid. Pasal tak bagi duit punyalah banyak orang islam malas datang masjid. Ace ko soh masjid bagi duit. Penuh kalah solat jumaat pun mao.

Khalid ibrahim <-- Salah. Pasal belum apa2 dah pongpang2 kutuk JAIS. Orang bijak dengar penjelasan dari kedua2 belah pihak. Baru pongpang2. Macam TGNA. Dengar dan tunggu. Sebab tue boleh lihat kebanyakkan hujah tokoh2 ilmuwan agama macam MAZA dan TGNA tidak cenderung memihak dan berpihak. Mereka tunggu dan komen dengan penuh ilmu. Khalid dalam situasi neh memang terbukti hampeh. Tak hairan napa dia sokong MTV. 

Bagi aku isu neh memang macam ada something yang cuba disorokkan. Mari kita lihat sedikit ;

1. Sapa yang melapor kepada jais? Jais bertindak atas aduan. So jais samasekali tidak patut dipersalahkan. Bila dia nampak ada orang islam berbuka puasa di gereja dalam keadaan yang mencurigakan, memang hak jais untuk melakukan sportcheck. Bukan niat nak kacau di rumah ibadat kristian.

2. Mangsa2 [mangsa ke?] yang menghadiri majlis berbuka puasa di gereja sepatutnya fikir guna akal. Kenapa mereka cenderung hadir tanpa guna akal? Macam yang kita tahu orang yang anjurkan majlis berbuka puasa neh orang islam. So salah meh? Mana ada salah berbuka di gereja. Aku melihat ini sangat positif untuk damaikan kedua2 pengikut agama. Tapi benda neh menimbulkan syak wasangka. Sebab dibuat secara misteri. Kalau tak misteri, nak lari buat apa?

3. Orang islam yang anjurkan majlis neh sepatutnya dihukum keras. Dia menggunakan rumah ibadat kristian untuk meraih simpati dan sokongan. Tindakan dia neh juga dilihat tidak bijak kerana memecahbelahkan hubungan kristian dan islam. Sepatutnya dia gunakan akal dia untuk berfikir berkali2 sebelum anjurkan program neh. Tak boleh nak salahkan gereja dan penganut kristian. Mereka memang open dalam menjalin kerjasama. Boleh lihat cara kristian berdakwah macam mana. Mereka anjurkan kerjasama dan hubungan dua hala. 

4. Pengakuan mangsa yang dapat rm20k harus disiasat habis-habisan. Betul ke gereja bagi dia rm20k asalkan dia hadir dalam majlis tersebut tiap2 minggu dan minum sejenis air? 

Untuk rekod orang yang bertanggungjawab agih2 zakat neh ialah kerja jabatan kebajikan masyarakat dan pusat2 zakat negeri dan pusat. Takde kena mengena dengan jais tetapi jakim boleh dipersoalkan dalam isu neh. Jakim + umno + bn + pakatan rakyat harus bertanggungjawab dalam isu neh.

Ibu tunggal neh duduk di mana? Selangor? Selangor bawah sapa? Umno? Umno tak bantu dia punya pasal. Pasal dia memang begitu. Yang PR juga tidak bantu kenapa? Owhh pusat zakat bukan di bawah kawalan PR? Habis tue.. apa kawalan PR? Tak boleh buat sportcheck dari rumah ke rumah detect orang susah? Then bawa orang susah tue pergi mohon bantuan JKM dan Pusat Zakat? Tak boleh? Tak boleh takpa. Biar orang yang boleh macam aku dan berjuta2 lemon rakyat yang boleh pegang negara neh. Habis citer. Sekian.

Nota : Jangan jadikan miskin + susah + berhutang utk ko berpaling dari rahmat Allah swt. Ko yang pandai buat hutang, ko pandailah cari jalan bayar hutang.

Ameno : Sendiri punya salah tak nampak. Lame.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Google translate cari pasal dengan rakyat malaysia.

Kepala hotak kau lah. Apahal pula tiba2 nak mengaitkan makna bangladesh dengan malaysia? Gila2 aku tak puas ahti. Tengok bawah neh hah ;

Google translator neh dah sewel. Kalau google search tue ada maafnya lagi. Ini translation. Takan pula makna bangladesh tue malaysia dalam bahasa melayu? Ada ka bangladesh tue english yang bermaksud malaysia? Lagi lah tak masuk akal sebab bangladesh tue kan memang nama negara. Pusing2 dalam bahasa english ka bahasa ka mesti kait2 dengan bangla gak. Musykil yang amat aku.

Agaknya ini lah pasal patriot bagi baju free kat bangladesh.. jangan2..

kah kah kah

1malaysia betul lah macam neh. Suruhlah 1kampung bangladesh mai malaysia terus. Senang. Habis citer.. tak sangka google pun iktirafkan bangladesh sebagai malaysia.. anyway apa kata kalau korang rajin bila korang check benda neh kat google translate sila pilih offensive kat ruangan "rate" tue. Lawak, lawak juga. Tapi benda neh siyes satu persinggungan <--  [ bahasa bangla kot neh.. ] yang amat2 besar buat kita rakyat malaysia.. siyes menyampah lah plak bila tahu.

Ameno : Patutnya bangladesh = patriot. Bukan nya malaysia. Huh

Jumaat, 5 Ogos 2011

[VIDEO] Fitnah besar terhadap DAP!

Fitnah besar terhadap parti DAP. Video ini memaparkan fitnah yang maha hebat terhadap pakatan rakyat khusus nya parti dap. Ada 3 elemen bangang diserapkan dalam video neh ;

1. Promosi suratkhabar utusan dan mengutuk suratkhabar harakah. Walaupun bukan semua yang ada dalam harakah tue bagus tapi jika dibandingkan dengan utusan.. tolonglah! Tak terbanding sebab utusan memang dah nazak habis.

2. DAP punca harga barang naik di malaysia. Ini fitnah. Video neh mengatakan semua peniaga besar cina menaikkan harga barang di malaysia adalah berdasarkan kepada arahan dap. Ini kerana peniaga2 neh sokong dap lalu mereka menaikkan harga barang bagi membebankan rakyat. 

Sejak bila pemilik gula [felda] + beras + tnb + air = menyokong dap? Aku taktahu pun. Ko ingat bila dap arah peniaga tue naikkan harga barang, dorang akan setuju? Tengok contoh di bawah neh ;

dap : Oi peniaga, ini malam saya mahu awak naikkan harga gula 100%. Ikut arahan saya.

peniaga : lue sapa? 

dap : saya dap ma. Awak sokong saya kan?

peniaga : so? lue sapa panggil saya suka2 bikin naik harga barang? saya robot ka? lue remote ka? politik lain cerita, saya punya bisnes lain cerita. Lue mao naikkan harga barang guna lue punya kedai, guna lue punya bisnes. Jangan suka2 guna saya punya bisnes. Bodoh liawmahsengchingshihlahlei

Nampak? Gila apa? Kalau dap arah dah tentu sah2 peniaga2 akan fikir dap gila. Dari orang sokong terus jadi tak sokong. So mana ada logik yang dap nak buat benda macam tue? Mengarut gila.

3. Promosi kedai 1malaysia. Nak promote, promote lah der. Apa kena mengena dengan pakatan rakyat pula dalam isu neh? Pongpang2 kutuk pr padahal motif cuma nak promote kedai 1malaysia je. Isi pasal 1malaysia yang nak di promosikan tue cuma 3,4 kali je dorang sebut selebihnya dorang kutuk dan fitnah PR. Yang tak tahan tue siap tokok tambah cakap barang 1malaysia lebih murah dari 30% hingga ke 70%. Aduhhhh myfoot betul lah. Neh pun aku rasa dah melebih2 over aku menulis neh.

Tak perlu lah menipu sampai macam neh. Kedai neh terhad. Bukan ada di seluruh malaysia maka mungkin ada yang tertipu. Andai kerajaan boleh jual murah macam tue napa tak diperluaskan lagi rangkaian tersebut kepada peniaga2 yang biasa dan yang dah lama berniaga? Nampak tak permainan kat sini. Sebab tue aku cakap myfoot.

Seterusnya sila tonton sendiri video bawah neh. Nak gelak boleh. Nak sebarkan pada pemimpin2 pakatan terutamanya kepada dap pun boleh. 




Klik sini andai tak dapat tengok video di atas.

Ameno : boleh tak suka dap.. tapi biar atas landasan fakta bukan fitnah..

Onar pendatang asing di malaysia..

Geram betul lah aku tengok pengemis neh. Pengemis bukan sebarang pengemis. Pengemis import daripada kemboja sana. Korang tengok paparan gambar kat bawah neh terlebih dahulu ;



Owh sedihnya aku tengok dia. Kaki kena jerangkap samar tue. Sebab tue lah kudung. Orang islam di malaysia pula memang pemurah gila2. Biarlah susah macam mana pun insya-Allah asal dapat derma kita derma.. sekarang tengok gambar kat bawah neh pula ;



Arh sudah.. ada kaki rupanya. Walaupun kaki palsu still ada kaki lah kan. Dah tue napa time mengemis tadi tak bawa kaki sekali? Awat tinggal kaki tue? Ada shift macam kerja kilang ka? Itu baru hal pertama. Hal kedua lebih gempak. Tengok bawah neh ;



Laaa.. simpan kopiah ye pakcik? Awat? Kopiah tadi tue perhiasan buat raih simpati ka ataupun nak tunjuk kat orang yang pakcik tue orang islam? Sedih neh.. tak pasal2 islam juga yang dapat nama buruk..

Pakcik kat atas neh orang kemboja dan dipercayai bukan orang islam. Dia datang dari jauh dan cari rezeki di malaysia disebabkan kesusahan hidupnya di negara asal. Bayangkan kalau dia mohon status warganegara? Di malaysia neh dengan menetap selama 10-12 tahun sesiapa pun boleh meminta untuk menjadi warganegara. Senang beb. Senang gile. Sapa tak sakit ahti macam tue?

Kalau dia cari rezeki dengan cara baik ada maafnya lagi. Tapi cara pakcik neh phetatic. Bukan pasal dia mengemis. Aku sejujurnya boleh faham kenapa dia mengemis walaupun aku tahu itu bukan cara yang bagus. Tapi yang aku tak boleh terima cara dia guna kopiah untuk tarik simpati. Perkara neh buat aku rasa sayu. Islam digunakan untuk cari duit?

Itu belum masuk lagi berjuta2 lemon warga kemboja yang meniaga merata2 di malaysia sehingga berlaku perebutan tapak2 di pasar malam dengan peniaga melayu. Aku faham kerajaan nak bantu dorang. Tapi yang aku tak boleh faham perlu ke bantu dorang sehingga rakyat sendiri terpinggir? Kita dipijak dibumi kita sendiri. Terang dan tersembunyi. Hak kita semakin menipis. 


Nota : tolong jangan hina pakcik neh. Dan artikel neh bukan untuk mengaibkan pakcik neh. Harap maklum.

Sumber : sini

Ameno : Haizhh.. <-- mengeluh lagi.

Bila orang islam sendiri hina islam..


Aku agak tersinggung bila menonton video neh. Aku sungguh baru tengok benda alah neh meskipun video neh berada di pasaran youtube pada tahun lepas. Sesungguhnya aku tak faham motif bebudak neh buat macam neh tapi jelas ianya menyinggungkan perasan aku sedikit sebanyak.

Mungkin mereka berniat bergurau. Tapi perlu ke macam neh? Maksud aku perlu ke nak kutuk dikir barat dengan mengalunkan kalimah zikir? Jangan disebabkan kebencian ko kepada dikir barat ka dikir timur ka apa ka ko melepaskan geram terhadap islam pula.

Sedih tengok bila orang islam sendiri tak sensitif. Apa pula nak mengharap pada orang bukan islam untuk sensitif dan berpada2 pada hukum islam bilamana ada golongan yang macam neh? Mungkin mereka dah berubah. Aku taktahu. Yang aku tahu aku sedih tengok perlakuan mereka. 

Ameno : Haizhh..

Tutorial : Cara pasang iklan nuffnang di sudut bawah tepi blog.

Muahaahah.. aku suka benda alah neh. Dah lama aku nak cari macam mana nak buat iklan nuffnang neh berada tetap letaknya di dalam blog. Sekarang aku dah tahu. Caranya mak aiii senang gila. Aku sampai terguling2 happy pasal senang gilee nak proses benda neh.

kah kah kah

Okeh mula2 bagi korang yang taktahu apa maksud cara nak pasang iklan nuffnang di sudut bawah tepi blog neh aku cadangkan korang cari iklan nuffnang sidebar blog neh terlebih dahulu. Okey.. dah cari? Baik.. itulah dia. Hehehhe.. sebelum neh dia ada kat atas kan? Sekarang neh kat mana korang pergi kat bawah screen komputer korang lah dia akan terperuk.

Nak buat macam tue? Boleh. Meh aku sharing ilmu neh kat korang. Walaupun pada hakikatnya aku pun rembat ilmu neh dari orang lain.

kah kah kah

Mula2 korang copy paste dulu code kat bawah neh ;


<div style='position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;'> kod iklan nuffnang </div>


Nota : Aku copy paste ayat dia je tapi tah macam mana dengan box2 neh sekali appear dalam artikel neh. Apsal hah?

Then ;

1. Masuk dashboard

2. Pilih blog yang nak edit [bagi yang ada blog lebih dari satu]

3. Cari design

4. Pergi kat widget iklan yang korang nak edit [nuffnang ka, innity ka, advertlets ka]

5. then paste code di atas tue. Ataupun tengok bawah ;

<div style='position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;'> kod iklan korang  </div>

6. Klik save.

Part left tue boleh digantikan dengan right. Maksudnya kiri kanan tue adjustable. 

7. Peh tue korang leh review lah hasilnya. Benda neh senang gila. Kalau tak jadi kat blog korang tak reti lah aku nak cakap apa dah.. 

kah kah kah

Dah gi buat memasing2 pada yang ada blog tue..

Untuk wordpress pun boleh. Klik pada sumber yer.

Sumber : sini

Ameno : Macam mana nak letak iklan text tukar2 plak arh? Ada sesiapa tahu? Kat wordpress je selalu ada.

Khamis, 4 Ogos 2011

Azmin dan nasution rupanya pendatang...

Tah hapa tah yang kantoi. Aku tak faham. Aku siyes pelik neh. Blogger umno cakap bahawa pr dah kantoi dalam isu mismah sebab angka 71. Ini disebabkan angka 71 juga terdapat dalam ic si azmin dan nasution. Menurut info si GAP neh lah. Aku tatau samada dalam lampiran gambar di bawah neh memang betul2 ic mereka ataupun tidak.





Aku dah cakap awal2. Kisah mismah neh bukan bermula di malaysiakini. Rujuk sini. Lagipun hasil pembacaan aku di malaysiakini, malaysiakini tak main pun no 71 tue. Aku? Aku pun tak main whorr..  so sapa yang main?Bloggers umno je yang main aku nampak.

lihat sini pasal mismah yang aku tulis ==> sini dan sini

Ada nampak aku main isu angka 71? Tak pown. Dalam isu posting naseem memang ada aku main pasal angka 71. Tapi bukan untuk hihglightkan pasal angka tue. Sebaliknya nak menunjukkan bahawa rakyat pakistan pun ada IC di malaysia [berdasarkan nama + usia dia]. Kisah nya begini ;

Naseem umur = 58. Katakanlah dia datang ke malaysia pada tahun 20 tahun yang lepas [sebenarnya era2 kebanjiran pakistan neh dalam 10 tahun kebelakangan neh aku rasa]. Still tak sepatutnya jadi warganegara yang mana dengan mudahnya mendapat segala hak rakyat malaysia macam orang malaysia yang lain. Tapi nampak gaya rupanya dengan hanya menetap 12 tahun ke atas sesiapa pun boleh jadi warganegara malaysia ataupun sekurangnya2 penduduk tetap. Bukan aku tulis pasal tue. Korang boleh baca sendiri disini.

Untuk pengetahuan korang kat sini ada pasangan suami isteri singh yang tak reti cakap melayu. Tapi claimed orang malaysia. Tapi anak2 dia bagitau yang mak bapak dia dari india. Anak2 dia tue ada 2 orang. Umur 13 tahun sorang dan 9 tahun sorang. Dan anak dia yang sulung lahir di india. Nanti aku terai tanya pasal ic dorang. Budak2 neh senang sikit nak tanya. Kalau aku tanya mak bapak dia kena lempang lah jawabnya.

kah kah kah

Tapi kan korang fikir tak apa yang aku fikir? Apasal dorang beria2 sangat citer pasal 71 tue hah? Kita pongpang pasal ic merah dorang pongpang pasal 71. Ini something fishy yang kita kena alert. Mereka nak selindung something2 neh beb. Siyes cakap.

Dan member aku kata pula, kenapa angka 71 untuk pendatang disamakan dengan no rakyat malaysia yang lahir diluar negara? Ko tak rasa ka apa yang aku rasa neh kin? Benda neh ada makna mendalam. Bukan tak boleh guna no lain tapi memang sengaja taknak. Pasal apa? Pasal nak mewujudkan kekeliruan. Keliru sikit je, hujah pengundi hantu akan jadi pertikaian SPR. Itu pasalnya. 

Aku rasa point dia memang betul. Sepatutnya rakyat malaysia dan pendatang yang apply untuk jadi rakyat malaysia dibezakan dari segi code. Tapi entahlah. Susah gak nak faham motif JPN neh selagi mana kita tak kenal mana2 pengubal code2 bagi no ic neh. Kalau dapat info pasal tue pun cantek gak. Kalau main tulis pun itu hanya sekadar spekulasi je. Fakta takde beb.

Ameno : Dorang yang kantoi, dia kata kita pula.

Pas, iklan tv9 yang boring dan permainan politik.

Maaf cakaplah ye. Aku mempunyai pandangan yang berbeza dengan pas dalam isu iklan tv9 neh. Aku rasa apa yang pas dan pakatan rakyat cuma buat ialah main politik. Mula2 korang pongpang2 mengamuk pasal iklan 8tv. Lepas tue pongpang2 mengamok pasal iklan tv9. Mereka gagal cari kelemahan iklan raya yang teruk macam tahun lepas kali neh tah hapa2 punya iklan asal dapat bantai mereka bantai.

Mereka bantai dengan mengabaikan roh. Maksudnya disini mereka main balon je asal boleh balon tapi sebab2 nak membalon iklan neh tiada ataupun tidak konkrit. Lihat bawah. Iklan yang dikatakan mentertawakan ibadah sahur di bulan ramadhan tue ;



Aku paksa diri aku. Aku paksa diri aku cari point untuk balon media prima berlandaskan iklan neh. Sama macam aku paksa diri aku cari point untuk balon 8tv pasal iklan mereka. Tapi pemikiran aku tak jumpa. Benda kat atas neh ialah iklan biasa. Iklan lawak yang sangat2 biasa. Iklan yang ada hampir tiap2 tahun di malaysia. Apa sebab iklan neh jadi berbeza pada tahun neh selepas tv3 dikecam teruk pada tahun lepas? Lue fikirlah sendiri.

Motif iklan neh pun jelas mempromosikan program hotradio dalam tema ramadhan. Of course lah ia akan membawa iklan yang mempertontonkan imej lawak dj2 radio berkenaan. So apa masalahnya? Takde pun aku nampak dorang hina ataupun memperlawakkan sahur. Aku tak terhibur langsung tengok iklan neh. Aku tak terhibur sebab lawak dorang lame. Lawak yang dah biasa aku tengok.

Bab aurat tue memang betul. Tapi bukan iklan neh je. Ada banyak iklan. Ada banyak drama. Apa sebab aurat dalam iklan neh je yang dipersoalkan?Boleh nampak tak? Benda neh just permainan politik. Dan ianya sangat boring. Daripada pas pongpang2 pasal benda neh lebih baik mereka pantau iklan tahlil berbayar di laman web mereka. Iklan yang mana satu lebih jelas menghina ramadhan neh? Iklan tersebut masih wujud di website harakah sehingga hari neh. Boleh semak sendiri. Baca sini pasal tahlil berbayar.

Jangan sia2kan bakat melukis dan kreativiti anda, mari sertai contest nescafe dan menangi rm10ribu 

Ameno : Menentang dengan emosi itulah yang dapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...