Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Julai 2011

Diskaun Mykad hilang dengan cop umno disini !

Wey korang ada hilang mykad tak? Ataupun rosak ke? Okey kalau korang rajin + tak malu boleh lah apply surat sokongan diskaun daripada umno mengenai hal tersebut. Ini siyes beb. Betul2 siyes neh. Sila lihat bawah terlebih dahulu ;


Jangan tanya aku apa kaitan JPN dengan umno. Ataupun apa kaitan umno dengan JPN. Pasal aku siyes tak boleh nak jawab soklan tue secara tepat. Sebab tue aku kata aku nampak kerajaan [malaysia] = umno [parti]. Korang plak kata aku merapu sakan. Sekarang sapa yang merapu? Sapa yang buat aku nampak merapu? Sapa sebenarnya yang menyebabkan aku merapu sedemikian? Boleh fikir tak?

kah kah kah

Aku kebetulan nya dalam proses apply mykad sebab cip rosak ari tue, tapi kan.. siyes lah diskaun depan mata daripada umno pun tak hingin der aku amek. Menyampah lagi ada.


kah kah kah

Jadi jangan salahkan aku kalau aku anggap kerajaan = umno. Sebab dorang sendiri yang buat persepsi macam tue. Bukan aku. Tapi dorang. So daripada salahkan persepsi aku, baik korang betulkan mentaliti orang umno tue terlebih dahulu. Sekian.

Ameno : Ini mak bapak umno punya negara kah?

Ibrahim Ali otak pembelit - Ular pun kalah beb!



Gila + meroyan. Tak percaya? Meh tengok bawah ;

Menurut Ibrahim, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut. <-- Ini buktinya ibrahim ali main kotor. Dia mengaku terus terang bahawa dia menyuruh ahli2 perkasa menyelinap ke dalam bersih pada hari itu. Ini membuktikan kemungkinan besar orang yang baling batu [wujud] dan memprovokasi polis [andai wujud] ialah orang umno + perkasa. Kenyataan neh di buat oleh ibrahim ali sendiri beb. Bukan aku beb. 

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai."Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim. <-- lokasi neh di klsentral. Polis menayangkan provokasi penyokong bersih di kl sentral. Dipercayai dengan peratusan yang tinggi bahawa provokasi di sana adalah cetusan orang umno + perkasa. 

Dan jika fikir ke dalam sket maka ;

1. Ibrahim ali soh 50 penyokong perkasa survey keadaan

2. Ibrahim ali duduk di rumah

3. Ibrahim ali cakap kalau dia mahu 3k ahli perkasa akan berada di atas jalan pada hari itu

4. Ibrahim ali dapat tahu bahawa cina dan india hanya sedikit. Melayu ramai.

5. Ibrahim ali batalkan perhimpunan perkasa saat akhir.

Soklan aku ialah adakah 3k ahli perkasa tue duduk serumah/setempat dengan ibrahim ali? Bukan kah nak pergi kl perlukan masa? Bukan kah ibrahim ali cakap 50 bas terkandas di lebuhraya sebelum neh? So ini laporan benar ataupun palsu? Jadi sepatutnya alasan perkasa membatalkan perhimpunan ialah bas terkandas di lebuhraya ataupun ibrahim ali yang meminta ia dibatalkan?

Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu,” <-- Patriot pun tak cecah 300 orang pada hari tersebut tapi still berani berarak sebelum dihalang. Ini kan pula perkasa yang konon nya ada 300 orang di titiwangsa.. Kalau tak berani tue mengaku aje terus terang. Tak perlu lah nak tipu2.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA,” dakwanya. <---- Batalkan perhimpunan pada jam 1 petang? Jam 1 petang tue lah crowd dari cina + india semakin ramai beb di kl sentral menuju ke masjid jamek dan plaza rakyat. Aku dari sana.Aku tahu lah. Mula2 nya aku pun tertanya2 gak ada ke orang cina + india pergi demo neh beb? 

Tapi memang ada. Ramai. Rata2 kaki demo [ahli pas] memberitahu kepada aku bahawa bersih 2.0 kali neh disertai lebih ramai dari orang2 cina + india berbanding bersih 1.0 hari tue. Dorang plak seme macam aku. Pakai baju biasa, act macam orang nak berjalan2 padahal nak pergi demo. 

Yang aku pula tak putus2 bertembung kumpulan 1malaysia. Ada pelbagai kaum bergabung pergi demo beb. Padahal aku rasa dorang kenal pun tidak. Aku cakap berdasarkan fakta. Sudahlah ibrahim ali. Ko boleh bercakap apa sahaja tapi sejarah membuktikan ko hanyalah pembohong. Ko tidak berada disana macam kami. Oleh itu segala apa yang ko cakapkan disini hanyalah ilusi dan rekaan ko semata2. SADIS.

Nasihat aku kepada ibrahim ali ialah berhentilah sebelum parah. Semakin lama semakin kronik penyakit ko neh weh.

kah kah kah


Ameno : suka cakap besar..

Khamis, 28 Julai 2011

Umno cakap NO kepada Alquran!


Ini ialah dua surat. Berdasarkan kepada keterangan surat neh dia bagitau bahawa di minta ahli2 umno agar jangan terpengaruh dengan hujah agama melainkan dengan apa yang disampaikan oleh kerajaan sahaja. Dia juga bagitau agar berhati2 dalam menjemput penceramah agama. Dia juga bagitau bahawa ada hujah yang tidak boleh diterima kerana ini bertentangan dengan ajaran umno.

Melihat kepada ejaan dan cara surat neh, jelas neh surat lama. Ejaan hujah di tulis sebagai hujjah? Tahun 1996 aku dah wujud. Dan aku sepatutnya dah pandai membaca dan mengeja tahun tue. Ejaan hujjah pada tahun 1996 ialah hujah bukan nya hujjah. Komputer pun dah wujud. Tataulah alau umno kapar neh sengkek sangat sampai guna mesin taip. Padahal boleh je cucuk minta peruntukan beli komputer dan printer.

Persoalan yang utama disini ialah bukan isi kandungan surat neh. Persoalan yang utama ialah adakah surat neh surat benar ataupun rekaan sahaja? Jika surat neh surat benar, kita bersedia bashing umno. Jika surat neh rekaan, apakah motif dan niat orang yang mereka surat neh? Dia dah bagi orang kena saman ka? Ataupun dia nak jatuhkan umno guna taktik keji? Taktik keji boleh digunapakai ke atas orang keji? Owhh taktik keji = digunakan oleh orang keji. Keji a lawan keji b, samada a ataupun menang b, kedua2nya tetap ada kaitan dengan keji. Urmm...

Sesiapa yang pakar tolong siasat kesahihan surat neh. Pasal dah ada yang syak bahawa ini mungkin surat palsu. Tapi ada juga yang menyatakan bahawa neh ialah surat benar kerana pernah menerima arahan tersebut. Dan aku pula? Taktau. Malas nak cakap walaupun aku percaya umno memang keji. Sekian.


Ameno : Umno tak tolak hujah keji + lucah + porno

Utusan paw duit RTM nak bayar hutang ka?


Apa itu utusan? Utusan ialah surat khabar milik orang umno. Sebab tue ramai orang suka panggil utusan sebagai utusan umno bukan utusan malaysia. Ini terjadi kerana utusan hanya menyiarkan kisah2 umno di dalam suratkhabar itu, bukan kisah "malaysia" sebagaimana nama nya.

Apa itu rtm? RTM ialah salah satu jabatan penerangan milik kerajaan malaysia. Dan ia berada di bawah menteri umno. Sebab itu umno buat rtm neh macam mak bapak dia yang punya.

Apa itu 8.6juta? 8.6juta ialah duit yang utusan nak pow daripada rtm atas alasan rtm telah melanggar syarat2 perjanjian haramjadah [kerajaan batalkan niat nak beriklan di utusan] bersama utusan. Hey.. tak boleh ka rtm taknak beriklan dengan kau hah utusan?

Cuba korang fikir mendalam sket.

1. RTM <-- kerajaan punya

2. RTM buat deal dengan utusan pasal pengiklanan [taktau lah depa nak iklan apa kan] <-- ada sign memorandum ka? Apa benefit kepada RTM kalau dia sign benda neh? Korang faham tak maksud aku apa? Kalau takde benefit kenapa RTM sign? 

3. Korang tengok matematik pasal hal neh ;

Jika rtm meneruskan pernjanjian dengan utusan = rtm keluar duit + dapat ber-iklan.

Jika rtm membatalkan perjanjian dengan utusan = rtm keluar duit bayar pampasan + takde iklan

Disini samada rtm teruskan ataupun batalkan, musibah tetap sama iaitu kena keluar duit. Sama keluar duit untuk bayar iklan, ataupun kena keluar duit bayar pampasan.

RTM beriklan dengan utusan = keluar duit
RTM batalkan beriklan dengan utusan = keluar duit.

So sekarang korang boleh faham tak kenapa aku angin neh? Ya betul. Betul sesangat dah tue.

BULLSHIT.

Duit aku turun dari langit.Sekian.

Nota : Baca neh pasal tuntutan saman ke atas utusan.
          Baca neh pasal belanjawan 2011

Ameno : Aku tengah fikir cara nak singkirkan rakyat yang bodoh.

Lagi juta2 terbuang disini... - kerajaan hang kaya sangat ka?

Perdana Menteri mengumumkan bahawa perbelanjaan mengurus untuk 2011 adalah RM162.8 bilion. Sekarang kerajaan meminta peruntukan tambahan sebanyak RM13.19 bilion untuk baki 6 bulan. Kini jumlah perbelanjaan mengurus ialah RM176 bilion. Adakah hasil persekutuan yang dianggarkan meningkat lebih daripada RM165.8 bilion?

Ameno : Maksudnya baru2 neh kerajaan mohon peruntukan tambahan di parlimen. Tahun lepas dorang cakap rm162.8 billion untuk mengurus malaysia sepanjang tahun 2011 tapi pada pertengahan tahun neh [2011] dorang minta tambahan sebanyak rm13.19billion. Aik.. ko cut segala bagai subsidi, ko minta dana lagi? Tak cukup ka? Tahun lepas di anggarkan hasil persekutuan ialah rm165.8billion. Tengok macam neh ;

Anggaran hasil persekutuan bagi tahun 2011 : rm165.8b

Anggaran perbelanjaan mengurus : rm162.8b <-- ini bermaksud ada lebihan 2billion lebih tapi..

Peruntukkan tambahan : rm13.19b

Nilai baru perbelanjaan mengurus bagi tahun 2011 : rm176b

So adakah berlaku defisit disini? HUTANG lagi? Pinjam duit dari mana hah? KWSP dah habis dia songlap. Mungkin SOSCO? No wonder lah sosco minta kaji kadar potongan

Lihat bawah pula ;

Berapakah bilangan Imam dan Guru Takmir yang akan menikmati Elaun atau Bantuan baru dari peruntukan tambahan RM 66 juta yang dipohon? Apakah kadar elaun baru yang akan digunapakai? <-- Salah satu peruntukan tambahan yang di mohon adalah untuk disalurkan kepada imam2. Imam seluruh malaysia ka? Baik korang tanya imam kat tempat masing2, dorang ada menikmati kenaikan baru ka takdak.

Apakah rasional bagi pelaksanaan Government Integrated Radio Network [GIRN] yang akan melibatkan kos sebanyak RM 35 juta? Kenapa tambah cost dari cost asal RM22.7 juta? Apakah manfaat kepada rakyat jelata daripada pelaksanaan GIRN? Kenapakah JPM yang menguruskan projek GIRN dan bukan Kementerian Penerangan? <-- Yang neh aku pun confused. GIRN tue apa hah? Ada ke orang zaman sekarang dengar radio kerajaan? Sorry, aku tanya je. Bukan nak kutuk. Tapi siyes aku tak faham matlamat benda alah neh.

Sebanyak RM1 juta dipohon untuk menampung kos penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock. <-- Hehehe.. 1 juta? Untuk siasat kes je ko makan satu juta? Apa benda tue? 1juta neh secara spesificnya digunakan untuk apa? Cetak 88 naskah buah buku laporan penuh siasatan suruhanjaya diraja?

Sebanyak RM19,980,000.00 untuk mengajur dialog antarabangsa langkawi. <-- ko gila ka gomen? Nak anjur dialog pun makan juta2? Tang mana relevant nya angka juta2 neh? Dan kepentingan kepada rakyat? Rakyat terbanyak yang aku maksudkan disini.. well aku tak rasa ianya membawa kebaikan kepada rakyat langkawi sekalipun.

Sebanyak RM 150 juta dipohon untuk membayar Maswings Sendirian Berhad bagi sewa pajakan pesawat di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu bayar syarikat ini?  Siapakah pemilik syarikat Maswings Sendirian Berhad? Mohon Menteri berkenaan menyenaraikan butir-butir perbelanjaan bagi peruntukan tambahan ini. <-- Ya, aku pun teringin gak nak tahu. Sapa mangkuk yang memiliki syarikat neh hah?

Sebanyak RM 8.6 juta dipohon untuk bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad atas alasan pembatalan slot masa siaran iklan dan televisyen RTM. Apakah sebab-sebab pembatalan? Adakah bayaran pampasan ini dimeterai dalam perjanjian di antara Kerajaan dan Utusan Malaysia? <-- hehhehe.. woit bahlol. Ko ingat aku bodoh ka? Utusan tue pun ko punya juga. Apa benda yang korang melalut guna duit rakyat neh hah? Aku maki karang. Bukan kah selama neh free ja rtm iklan kat utusan? Woor kena bayar lah tue? Iklan sumpah laknat eskay pun kena bayar lah tue? BABI betul. Beginilah duit kita digunakan.

RM 30 juta dibelanja oleh Kementerian Dalam Negeri bagi maksud kawalan keselamatan semasa Pilhan Raya Umum DUN Sarawak. Ada kah jumlah ini luar jangkaan atau lebih daripada budget. <-- Untuk pilihanraya negeri yang begitu singkat iaitu cuma 10 hari je ko gunapakai 30juta utk kawal keselamatan? Ko lantik polis tambahan ka? Ke gaji overtime polis2 neh? Lagi bagus ko bagi data dan stastistik yang menyokong hal di atas neh.

Lagi lanjut korang baca sini. Kalau taknak sakit ahti jangan baca. Tapi kalau nak rasa sakit ahti sila baca.

Ameno : Petik duit dari pokok gamaknya kita semua neh.

Tutorial : Tukar tulisan facebook korang kepada kaler kuning, hijau, merah dan lain2 kaler.

Korang teringin tak nak tengok tulisan facebook korang berwarna lain selain dari warna hitam? Baru2 neh aku tengok ramai gak orang main tulisan biru kat facebook masing2. Sampaikan ada group yang menyampah dengan tulisan kaler biru neh. Tak caya? Tengok bawah neh hah ; 



Rupanya ramai gak menyampah dengan tulisan biru tue. Ke memang dorang menyampah dengan segala kaler maler biru di malaysia neh?

kah kah kah

Okey. Berbalik pada topic di atas. Mula2 untuk tukar kaler tulisan facebook korang, korang kena like benda kat bawah neh terlebih dahulu ;


Selepas itu korang kena copy code di bawah neh ;

@[184559744940365:WRITE UR TEXT HERE]

Copy code yang neh ========> @[184559744940365:  perkataan yang korang hajatkan nak tukar selain dari warna hitam ===> WRITE UR TEXT HERE]  


Dah siap.

Hah apa? Keluar warna biru ka? Bukan kuning? Takde warna hijau yerk? Warna oren dan merah pun tak boleh? Hah, memang pown. Boleh kaler biru je. Hahahaha.. Aku pun teringin gak nak tukar tulisan facebook aku kepada kaler ungu. Tapi taktau cara nya. Tulisan biru neh boleh pasal memang facebook ada tulisan biru untuk mengambarkan link. So benda neh normal lah. Apa pula yang korang beria2 tukar tulisan facebook  korang jadi biru sampaikan ia macam perkara baru pula. Kalau tak percaya cuba korang klik kat tulisan korang tue. Nanti dia direct ke page yang korang like kat atas tadi. 


kah kah kah


Jangan marah aku weh. Aku cuma melawak je tadi. Saja nak rapatkan hubungan lagi. Lagi satu kan aku dapati bahawa ;

tulisan biru neh ada banyak code. Sesiapa sahaja boleh bangunkan aplikasi neh di facebook.


tulisan biru neh hanya boleh jadi time korang masukkan code. No code no biru.


Tulisan biru neh tak jadi kalau korang tak like ataupun unlike page tersebut.


Tulisan biru takan jadi kalau korang tukar code lain / ataupun tukar no2 dalam code tersebut.


Tulisan juga takan jadi kalau korang like page lain dan gunakan code lain.

Kesemua di atas hasil testimoni aku sendiri. Aku dah cuba tadi. Dapatlah sahabat2 fb aku tgk aku meroyan kat fb tadi.

kah kah kah

So pada sesiapa yang rasa bosan, benda neh leh larh jadi permainan korang. Tapi aku siyes sungguh kalau boleh memang nak tulisan kaler2 dalam facebook. Bukan kaler biru taw. Kaler lain selain dari biru. Takde ke sesiapa yang pandai boleh buat hah? 

Ameno : Tulisan twitter pun kena main kaler2 gak.. baru best.

Rabu, 27 Julai 2011

Brader kuning ini berjaya sampai ke depan najib!

WOW..

Cita2 dorang nak jabat tangan dengan najib di kl sentral tak lepas lah. Sebab belum sempat nak berjabat tangan, dorang kena tahan dengan polis. Ini semua gara2 kerajaan kita sekarang fobia dengan kuning. 

kah kah kah

SADIS BETUL LAH!

Lihat bawah ;

Sdr. Zaki Yamani, Zulfikar, Sachi, Rozan & Ramai lg aktivis ditangkap sebentar td di KL Sentral <-- Kena tahan di kl sentral akibat pakai baju kuning dan berkumpul di mcdonald. Dorang kumpul ramai2 sebab nak jabat tangan najib. Dan sekarang dorang akan dibawa ke balai polis travers untuk disoalsiat..


Antara gambar yang sempat dorang amek dan upload ke twitter. Tapi aku paling suka gambar neh. Gambar neh best wooo.. depan2 najib lagi tue. Wa salute lue brader.. 




Aku tengok muka najib pun cam terkejut semacam. Huk alohh.. najib. Orang cuma nak jabat tangan lue ma. Sambil2 hantar memo. Lue tak sudi ka ber-rakyat orang yang berbeza pandangan dari lue? Kalau macam tue tak satu malaysia lah jawab nya. Itu baru 1 umno. Itupun tak tentu 1 umno support lue. Mostly dorang cuma pandai bodek lue aje. 

Kah kah kah


Tonton video neh okey ;



Lebih banyak gambar disini

Ameno : Rugi nya aku tak join sekaki..

Facebook Perdana Menteri diserang komen berunsur fitnah



kah kah kah


Lawak nya. Ini bukan kali pertama facebook najib diserang apa. Napa kali neh utusan beria2 pula siarkan? Mesti ada apa2. Betul tak editor?


Kah kah kah


Kalau aku tak kena ban, aku pun akan ikut komen sekali. Tapi disebabkan aku kena ban maka aku tak dapat lah nak join perarakan online untuk sembur PM neh. Geram gak sebab tak dapat ikut serta. Dapat tengok korang buat lawak je lah. 


kah kah kah 


By the way editor, facebookers yang komen tue tak buat fitnah, cuma melepaskan kemarahan aje akibat kesalahan PIEM itu sendiri. Najib dan kabinet hanya pandai membazir dan bercakap syok sendiri tapi tak pernah usaha nak fahami masalah rakyat. Itu pasal rakyat suruh dia


DIAM LAR

Kah kah kah..


Ameno : Padan muka.

Selasa, 26 Julai 2011

Panas : Kutuk anwar ibrahim ialah subjek terbaru di universiti!

WOW.. 

Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ?
1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka?

2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka?

3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka?

4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka?

5. Seks dsai <--  belajar cara buat video seks ka?

5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka?

6. ISA <-- belajar ugut orang ka?

7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka?

Lihat gambar di bawah neh ;






Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an.

Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ;

Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah? 

Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..?

Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan. 

Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula?

Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka.

Ameno : Ini terdesak gila neh.. siyes. Betul2 terdesak giler.

Hot : [ video] Patriot edar baju pada hari perhimpunan bersih!


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah 

Aku gelak dulu. Takpe kan? Siyes lawak dowh.. aduhaiii.. macam neh punya desperate dowh dorang.. sadis gilaaaa... aku memang ada ternampak dua tiga orang pakai baju patriot semasa kat depan times square. Lagak macam bukan nak pergi berdemo.. macam santai2 je berjalan.. Agaknya dorang pun taktau kenapa dorang dapat pakai tue then slumber je kot pakai baju tue.. 

kah kah kah 

Mungkin juga ditawarkan janji palsu konon nya jalan2 sambil pakai baju neh boleh dapat hadiah andai di spot oleh krew tertentu kot..

kah kah kah

ini ialah

SADIS.

baca betul2 weh penyokong umno..

SADIS..

kah kah kah.. memang nak mampos umno neh terdesak gilaaaaa.......


Sila ke sini andai tak ley view video di atas.

Ameno : Bisa mati dengan lawak umno neh

Subsidi beras di hapuskan.

Okey neh berita yang baru diterima dari member. Belum keluar kat mana2 lagi. Berita yang diterima adalah seperti berikut ;

BERMULA JUN 2011 - DIMAKLUMKAN SUBSIDI BERAS 15% (BERAS NASIONAL)10KG DI TARIK BALIK OLEH KEMENTERIAN PERTANIAN....

Maksudnya apa? Maksudnya ialah ;

subsidi untuk beras 10kg yang sebanyak 15% tue telah ditarikbalik oleh kementerian pertanian. Adakah ini salah satu proses pengurangan subsidi secara berperingkat?  Aku tidak tahu. Penarikkan subsidi neh lazim akan mempengaruhi harga beras. Bukan kah akan berlaku kenaikan harga andai subsidi untuk beras ditarikbalik?

Subsidi beras hapus = beras naik harga <-- Bukan kah ini sepatutnya berlaku?

Ia diluluskan pada bulan jun 2011. Tapi sampai sekarang kita belum lihat kerajaan mengwar2kan berita neh lagi. Kenapa? Adakah mereka tunggu beras tersebut berada di pasaran dan tunggu orang perasan perubahan harga baru terkecoh-kecoh nak umumkan? 

Haizhh.. penat lah nak maki kerajaan hari-hari. Maki - maki pun harga barangan terus meningkat. Kalau kicap dia suruh kita tukar jenama. Habis tue neh beras. Adakah mungkin totok umno akan bagi alasan macam neh ;

Sila berhenti makan beras?

Sila bertukar makan ubi kayu?

Sila berdiet?

kah kah kah

bn = barang naik = memang sinonim!

Sumber dari sini

Ameno : BN lue blah larrhhh... bagi orang lain rule lah

Betul ke kematian arwah baharuddin dipolitikkan dan ada kaitan dengan polis?

Betul ke kematian arwah baharuddin di politikkan oleh parti pembangkang dan bersih? Adakah term mempolitikkan itu sesuai digunakan apabila kita meminta untuk merungkai beberapa persoalan dalam kematian arwah baharuddin? Kenapa perlu pandang setiap perkara yang membabitkan pembangkang sebagai mempolitikkan isu? 

Memang betul bahawa ;

pembangkang = pencabar terdekat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara = berkaitan rapat dengan politik. 

Ini tidak dapat dinafikan. Tetapi tidak semestinya setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah berunsur2 mempolitikkan isu. Kita mahu kan jawapan dan keadilan. Sebab itu kita bertanyakan polis isu kematian yang membabitkan arwah baharuddin. Kenapa polis nak anggap ianya sebagai mempolitikkan isu pula? Bukan kah ini prosuder yang biasa berlaku, di mana keluarga pesakit mahukan kepastian apakah punca ahli keluarga mereka meninggal. Ini salah ka?

Baiklah mari kita lihat isu neh dengan lebih mendalam.

1. Betul ke arwah baharuddin meninggal akibat komplikasi jantung?

Ini ialah laporan awal dan hasil bedah siasat yang dikemukakan kepada keluarga mangsa selepas arwah baharuddin meninggal. Mereka mungkin sahaja menyerahkan hasil laporan bedah siasat tanpa menerangkan situasi yang sebenar kepada keluarga mangsa. Kita tidak tahu situasi yang sebenar.

Tetapi kita tahu bahawa penyakit jantung selalunya ada kaitan dengan obesiti, tekanan darah tinggi, lelah + asma, gout dan lain2 yang tidak dapat dinamakan secara detail disini sebab aku bukan kakitangan perubatan.

Tapi berdasarkan kepada laporan hasil bedah siasat mereka dapati ada beberapa tulang rusuk dan gigi patah. Sebagai ahli keluarga maka ianya adalah lumrah jika mereka tertanya2 apakah yang mengakibatkan itu semua. Jawapan balas yang diterima dari pihak polis ialah CPR menyebabkan kesemua kesan terbabit wujud.

2. Apakah benar CPR boleh menyebabkan semua itu berlaku?

Ya. Boleh. Memang boleh. Boleh menyebabkan tulang rusuk patah. Bukan hasil pembacaan aku tetapi hasil minat aku. Aku minat tengok rancangan2 penyiasatan dan melalui kegemaran neh aku mendapat tahu bahawa memang ada berlaku kes neh. Malahan kes patah tulang rusuk ketika CPR bukan kes mustahil ataupun jarang.

Kenapa berlaku patah rusuk neh? Disebabkan tiada tauliah dalam memberikan CPR. Seseorang yang tidak pro akan menyebabkan banyak tulang rusuk patah dan berisiko menyebabkan organ lain bermasalah juga. Seseorang yang tidak cekap,tidak mahir dan tidak tahu teknik CPR yang betul memang akan menyebabkan kejadian di atas.

Teknik CPR sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko2 yang mungkin di hadapi oleh penerima CPR. Ini ialah salah satu kajian kes di USA. Aku tengok dokumentari pasal neh. Sebab tue aku tahu bahawa memang ada kemungkinan yang tinggi bahawa seseorang yang tidak bertauliah dalam memberikan teknik CPR memyebabkan BEBERAPA tulang rusuk arwah retak.

Seseorang yang bertauliah dan mahir,  sepatutnya tidak akan menyebabkan tulang rusuk retak. Tetapi tulang rusuk juga boleh retak dan patah jika CPR dilakukan secara berkali2. Iaitu mereka memberikan CPR lebih dari 3 kali. Biasanya kalau CPR diberikan lebih dari 3 kali ini bermaksud pegawai perubatan benar2 mahu menyelamatkan pesakit ataupun tahu bahawa pesakit ada harapan yang besar untuk hidup.

Namun, tahu kah anda mesin karen [maaf bukan istilah perubatan] yang menekan jantung itu juga mempunyai risiko boleh mematahkan / meretakkan tulang rusuk? Boleh berlaku. Tengok citer doktor house. Memang boleh berlaku tue.

Tapi bagaimana pula dengan gigi? Kenapa gigi nya patah pula? 

3. Adakah CPR dari mulut ke mulut boleh menyebabkan gigi patah?

Memang kaitan kekuatan tulang dan gigi = usia ada hubungan rapat.Tetapi itu bukan nya statik kepada semua individu. Ianya bergantung kepada cara hidup dan pemakanan kita sendiri. Seseorang yang berusia 50 tahun, yang rajin minum susu [supplement kalsium] belum tentu tulang nya rapuh berbanding dengan anak muda 20 an macam kita.

Tetapi jika dia seorang perokok, ya tulang dia memang berisiko rapuh. Bukan hanya tulang je rapuh, dengan gigi2 sekali rapuh dan mudah reput. Ini disebabkan rokok. Tetapi tak pasti samada arwah baharuddin seorang perokok mahupun tidak.

Jika gigi nya patah kerana nak memasukkan tiub pernafasan kena lihat dengan jelas gigi di bahagian mana kah gigi itu patah. Boleh bayangkan tak tiub pernafasan itu dimasukkan macam mana? Dalam keadaan pesakit tidak sedar dan pegawai perubatan pula dilatih untuk memberikan bantuan dengan cepat, maka memang ada risiko bahawa gigi ataupun bibir akan cedera akibat kecepatan kerja yang dilakukan oleh mereka bagi menyelamatkan nyawa. Tetapi berapa percent kah dalam kesemua kes yang seperti ini berisiko menyebabkan gigi patah?

Gigi berkaitan rapat dengan pemegang gigi [maaf bukan bahasa perubatan] iaitu rahang kita. Sebab itu ketika tiub dimasukkan dengan cepat dan pantas, rahang kita mungkin sakit tetapi kebarangkalian patah gigi itu masih di anggap kecil. [pada pandangan aku, amat mustahil untuk patah gigi tapi pandangan perubatan mungkin berbeza].

4. Jadi apakah salah semua persoalan di atas neh dijawab dengan ikhlas oleh mereka yang terlibat?

Seseorang yang tidak mahir akan hal perubatan sudah tentu akan mempersoalkan kesemua perkara di atas. Tanggungjawab pihak polis adalah menjawab dengan baik. Ini situasi yang normal di saat masyarakat sudah hilang kepercayaan dan kenyakinan terhadap pihak polis. 

Pihak polis dan kerajaan tidak boleh melatah andai ada masyarakat yang bertanya kenapa itu ini dan mengaitkan persoalan mereka dengan politik. Mereka adalah mangsa dan mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada arwah sehingga arwah kehilangan nyawa nya.

Bukan semua orang tahu tentang bidang perubatan. Daripada marah kan rakyat sepatutnya pihak polis mendekati keluarga arwah dan terangkan elok2. Pihak polis mempunyai kaitan rapat dengan kematian arwah kerana berdegil dengan tidak membenarkan rakyat menunaikan hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Rakyat berhak berhimpun. Yang sedang melanggar undang2 ialah pihak polis dan bukan nya rakyat.

Aku tidak beranggapan bahawa pihak polis membunuh arwah baharuddin. Aku fikir pihak polis pun mahu dia hidup supaya mereka tidak terkena apa2 kecaman, tapi nyawa bukan milik kita. Dari Allah swt kita datang, kepada Allah swt kita kembali. Sudah ditetapkan ajal baharuddin sebegitu, maka kita kena redha. Namun punca kematian arwah baharuddin perlu diperincikan kepada keluarga mangsa supaya mereka faham dan jelas kenapa arwah kehilangan nyawa. 

Bukan bersangka buruk dan memaki arwah dan keluarga arwah macam2. Pihak polis seharusnya minta maaf kepada mereka kerana pihak polis turun berperanan dalam menyebabkan kematian arwah baharuddin secara tidak langsung meskipun tiada niat. Tiada salahnya minta maaf andai boleh membuka ruang perdamaian. Pihak polis sudah terlalu lama ego. Ego bukan pakaian manusia. Ingatlah tentang tue dengan jelas.

Nota : Adakah arwah menyedut tear gas? Adakah bahan tear gas terdapat di dalam kerongkong dan paru2 arwah sehingga menyebabkan komplikasi jantung? <-- persoalan yang wujud di dalam akal kebanyakkan peserta bersih.

Ameno : Alfatihah untuk arwah dan sila berhenti mengeji arwah dan mana2 individu yang sudah meninggal dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...