Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Julai 2011

Polis tayang video penuh bersih malam neh?

Aku baru je nak logoff sebab nak keluar rumah jap tapi dapat pula mesej via facebook. Katanya malam neh rtm akan memainkan video bersih versi pdrm di tv1 jam 9.30 malam. Aku tak pasti video macam mana yang rtm nak tayangkan neh. Adakah yang macam kat web tv3 ari tue? Kalau macam tue tak payah lah aku tengok lagi pasal aku dah tengok. Buang masa aku je tengok ulang2. 

Ataupun  adakah video bersih versi lain? Ada gak kemungkinan macam tue. Apa pun kita sama2 buka dulu tv1 malam neh untuk pastikan kebenaran maklumat neh. Dia pun ada bagitau yang tv3 akan mainkan video bersih versi pdrm dalam bentuk iklan. Yeke? Macam iklan hari tue ka?Iklan yang soh boikot bersih ramai2 yang kat rtm tue ka?

kah kah kah

Lantak korang lah. Korang tayangkan lah di semua tv sekalipun. Ingat kita orang neh bangang sangat? Kuasa tv memang penting zaman sekarang. Tapi kuasa otak lagi penting wooo.. kalau korang dok pusing2 bersih dalam tv-tv semalaysia nak serapkan persepsi serong masyarakat terhadap bersih, kami pula turun padang dekati masyarakat dan sebarkan video keganasan polis terhadap bersih.. lagi best whooo.. kita tengok masyarakat lebih percayakan sapa.. tapi jangan main tikam belakang dengan tahan2 pula aktiviti kita orang. 

Yelah.. kita tak mampu beli dan kuasai media arus perdana.. so neh lah satu2nya cara kita berjuang. Jadi kerajaan dan polis jangan main tipu2 untuk sekat maklumat yang kita nak sampaikan pula. Boleh? Kita tengok video bersih versi polis ataupun video bersih versi rakyat yang lebih dapat kepercayaan rakyat..  ada berani ka polis?

Kah kah kah

Ameno : Ada ke rakyat bangang yang nak percaya video dorang tue hah?

Ibrahim Ali : Saya pun layak jadi perdana menteri..

Aku nak korang tengok video kat bawah neh. Siyes kelakar beb..


Who's she? Ambiga ingat dia ketua polis negara kah? Dia desak supaya lepas tahanan, dia ingat dia neh ketua polis negara kah? Dia ingat malaysia neh mak bapak dia punya kah? <-- antara kata-kata ibrahim ali.

Dah tue? Who are you? Ko ingat malaysia neh MAK BAPAK kau punya kah? Sebab tue ko boleh suka-suka langgar peraturan, buat kenyataan kontroversi, menyakitkan ahti rakyat malaysia berbilang kaum tanpa mengira agama dan masih bebas tanpa sekatan dan larangan daripada kerajaan?

Kalau dia bersilat saya pun nak bersilat. <-- Ibrahim ali.

kah kah kah

Itu kenyataan sebelum bersih. Mai tengok kenyataan dia selepas bersih pula ;

Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir.“Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa.“Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya,”

Sekatan jalanraya? Aku datang naik bas elok je. Selamat gak aku tiba di destinasi. Selamat gak aku kena bahan dengan polis. Selamat gak aku jumpa member2 facebook. Selamat gak aku berhimpun. Kalau dah takde sambutan tue mengaku aje terus terang. Apa malu2 nak blame sekatan jalanraya. 

Orang lain elok jalankaki apa perkasa tak boleh buat.. owhh lupa.. perkatak mana boleh berjalan. Boleh lompat je. Memandangkan dorang kena lompat untuk satu jarak yang jauh sebab tue dorang berhenti.. PENAT lah katakan.. 

kah kah kah

Saya sekarang neh bukan sahaja tidak boleh ditangkap malah sepatutnya diberikan anugerah. Yes.. <-- Ibrahim ali.

kah kah kah

Katak nak kan anugerah rupanya..

Saya nak beritahu kat rakyat malaysia.. tolonglah bukan anwar ibrahim je layak jadi perdana menteri.. ibrahim ali pun layak.. <-- Ibrahim ali

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Katak berangan nak jadi pm rupanya..


Ulang balik..


Saya nak beritahu kat rakyat malaysia.. tolonglah bukan anwar ibrahim je layak jadi perdana menteri.. ibrahim ali pun layak. <-- KAH KAH KAH

Ulang balik beb.. seronok pulak aku..

Saya nak beritahu kat rakyat malaysia.. tolonglah bukan anwar ibrahim je layak jadi perdana menteri.. ibrahim ali pun layak. <-- kah kah kah.. ada ahti rupanya..

Dalam pada dia nak buat neh.. dah jadi macam2 dah.. jadi militan dah.. militan neh saya rasa taktahu lah mungkin orang2 keadilan kot yang desperate.. <-- Ibrahim ali

Dia cakap polis yang buat kenyataan. Korang tolong cari kenyataan yang pihak polis keluarkan berhubung isu neh. Kenyataan yang polis cakap pkr neh ialah militan. Boleh?




Klik sini jika tidak dapat tonton video di atas.

Ameno : Wira waklue..

Harga baru kicap - Naik lagi ye..


harga baru kicap kipas udang:
KICAP KIPAS UDANG MANIS 345ML 5.80
KICAP KIPAS UDANG MANIS 645ML 8.00
KICAP KIPAS UDANG MASIN 345ML 5.70
KICAP KIPAS UDANG MASIN 645ML 7.70

Korang tahu tak harga kicap udang manis neh baru naik ? Tak silap aku 2 bulan lepas dia dah naik 20sen. Neh dia naik lagi? Takan pasal tarif elektrik naik + levi 1% dia pun sibuk nak naikkan harga? Ataupun faktor harga kicap masih lagi rendah di malaysia berbanding negara jiran?

kah kah kah

Okey2.. aku faham dah. Korang pun aku nasihatkan jangan banyak komplain der. Kang kena sound tak pepasal der. Aku dah boleh memorizekan nasihat2 dorang neh dalam kepala hotak aku dah. Siap mengkitabkan lagi alasan2 wajib yang dorang mesti bagi. Lihat bawah ;

Sila beli kicap jenama lain <-- totok umno dah sound tue weh.

Alah tak mampos der tak makan kicap <-- Geng suku dia sound lagi tue..

boikot lah kicap terus <-- perkasa masuk gelangang

kicap udang brand yahudi woo  <--  totok meleis anti dap main peranan

neh seme anwar punya pasal neh.. <-- fans umno anwar start komplain

kurangkan makan kicap untuk jaga kesihatan <-- menteri kesihatan dah bagi petua kesihatan

jimat cermat amalan mulia.. membazir perbuatan syaitan.. makan kicap lebih dari dua titik hukum dia menghampiri perbuatan membazir dan pembaziran itu haram <-- ulama dan ustaz umno bagi fatwa dah

Kita akan import kicap dari luar negara supaya rakyat dapat beli kicap dengan lebih murah lagi macam kita import susu 1malaysia yang murah dari korea <-- menteri pendidikan punya akal

Rakyat kini semakin matang. Mereka tak perlukan kicap lagi. Kita bakal menuju ke arah negara yang berpendapatan tinggi.. kita akan naikkan semua harga barang di malaysia.. hiduppp 1malaysia.. saya mendapat sokongan padu dari semua rakyat pelbagai kaum.. kita hapuskan kicap.. kita ganti dengan garammmmm... <-- najib dan rosmah 

kah kah kah


Sumber : sini

Ameno : Menteri2 aku kebanyakkan nya bodoh piang.

Wartawan BH kantoi menipu ye...


Terima kasih di atas maklumat dan gambar neh. Korang boleh lihat sendiri ini ialah gambar asal yang di ambil dari berita harian edisi hari ahad 10 julai hari tue. Memang sah ajak unit amal pegang bendera. BH juga tidak mengubah apa2 gambar yang dimaksudkan. Lalu kenapa soal senjata dan pisau wujud disini?

Jawapan nya mudah. Gambar neh dimanipulasikan oleh pihak bh. Mereka menulis keterangan yang mengundang persepsi serong. Mereka letak satu gambar. Dan mereka tulis keterangan berasaskan andaian sendiri. Dalam keterangan tue mereka mengambarkan peserta bersih [dalam kes neh ajak unit amal] sebagai membawa senjata dan bertindak ganas.

Ia disiarkan di muka depan akhbar. Sesiapa yang tidak tahu fakta sebenar akan termakan dengan keterangan dari BH. Apatah lagi di mana rata2 pemikiran rakyat malaysia ialah ;

apa2 yang disiarkan di berita / akhbar = ialah fakta.

Sebenarnya itu tanggapan orang malas. Tanggapan orang rajin ialah ;

apa2 yang disiarkan di berita / akhbar = berdasarkan situasi dan pengetahuan/maklumat yang wartawan itu ada/raih pada kejadian/majlis tersebut.

Ini baru betul. Jangan percaya habis apa yang disiarkan oleh berita dan akhbar. Apatah lagi akhbar arus perdana. Mereka neh dilatih untuk menipu dan memanipulasikan berita asal. Kalau tak menipu artikel tidak akan disiarkan. Ada juga yang cerdik. Mereka menipu dalam jujur. Maksudnya mereka menipu di sesetengah perenggan dan mereka bagitau secara sindiran [menyindir kerajaan] pula dalam sesetengah perenggan yang lain. Bukan seme wartawan pro kerajaan. 

Kerajaan..beringatlah! Korang dah kantoi berkali2. Bukan sekali dua. Tapi berkali2. Yang heran nya tue masih tak serik2. Dasar taktau maluu .. errr nak tanya, kalau sungguh ada senjata kenapa yerk..

BH tak tangkap gambar senjata ataupun bom petrol plastik masa tue?

kah kah kah

Ameno : Wartawan bh, berubahlah!

Ahad, 24 Julai 2011

Laporan polis mat sabu - Kisah sebenar mat sabu dilanggar kereta atau pajero polis.


Sebagaimana yang aku harapkan. Pendedahan neh sememangnya wajar dibuat oleh mat sabu. Dan aku percaya dengan pendedahan laporan neh akan melenyapkan terus fitnah dan cakap2 merepek oleh blogger umno terhadap mat sabu.

Korang boleh klik pada image untuk baca satu persatu laporan polis yang mat sabu buat berhubung insiden itu. Jelas mat sabu ada menyebut bahawa kereta polis yang langgar dia. Dan dia juga mengakui bahawa dia mungkin ada memberikan maklumat yang mengelirukan sehingga malaysiakini menulis pajero rempuh mat sabu. Dalam isu neh aku percaya apa yang berlaku ialah kekeliruan dalam maklumat. Tiada sesiapa pun yang bersalah, cuma tersalah maklumat. Benda kecik.

Dan kalau korang perhatikan betul2 laporan polis di atas, mat sabu juga ada menyatakan bahawa dia masih sakit ketika di bawa ke balai polis. Laporan polis oleh mat sabu neh wujud terlebih dahulu sebelum pendedahan oleh pihak polis. So sekarang sapa yang kantoi? Lue fikirlah sendiri.

kah kah kah

Ameno : polis sepatutnya tangkap penipu = pun menipu ka?

Hot : Tarif elektrik naik lagi beb!


Levi hotak kau. 

Dah bertahun2 ko collect untung lepas tue time nak simpan dana untuk segala bagai projek masa depan ko korek duit rakyat lagi. Sebab tue aku cakap levi hotak kau! Mustahil untuk syarikat gergasi macam neh takde fund dan modal pusingan. Pergi mampos dengan kau punya alasan. Asal ko cakap pasal bil elektrik pengguna yang bakal berubah tak kira lah samada ia disebabkan levi ka tarif ka apa ka pergi mampos. Jawapan aku jelas dan tepat iaitu 

pergi mampos.

Ko ingat rakyat petik duit dari pokok ka? Ko ingat duit boleh tumbuh dari tanah ka? Ko ingat time hujan turun dalam bentuk duit ka? Ko ingat doraemon wujud ka? Tak kan? So berhentilah segala bagai apa juga pelan ko sekarang. So berhentilah segala bagai plan yang memerlukan ko korek dana tambahan dari rakyat. Dana yang rakyat bagi pada ko selama neh sudah mencukupi untuk apa jua projek yang ko nak buat pada masa kini dan pada masa hadapan. 

Yang penting sekarang neh ko berhenti untuk bersikap tamak. Jangan cabar kesabaran rakyat. 1rakyat mungkin ko boleh mamposkan dengan bom. Dua rakyat mungkin ko boleh sogokkan wang dan hantar ke luar negara. Tapi kalau dah berakyat2? Apa tindakan ko? Mana ko nak lari? So berhenti sebelum ahti kami mencecah ke tahap marah yang maksimum. Berhenti memperbodohkan rakyat atau korang akan lihat kemarahan rakyat.

Untuk rekod aku sepatutnya termasuk ke dalam kumpulan yang tidak terjejas bil elektriknya. Tetapi aku heran kenapa sejak bil elektrik naik, bil rumah aku turut naik. Aku dah confused untuk 2 kali sejak terima bil. Oleh itu bila kerajaan ataupun sesiapa sahaja cakap bahawa rakyat majoriti tidak akan terjejas aku rasa aku dah tak patut percaya lagi. Dorang menipu. Sapa yang terima bil dorang tahu. 

Dan selain dari itu, nafsu aku terus terang mengatakan bahawa charge levi ialah kenaikan tarif elektrik dalam bentuk baru. Mereka dah malas nak guna terms penyelarasan sebab asyik kena ejek so now mereka using word levi pula untuk cekik wang rakyat. Dasar tak kenang budi rakyat punya kerajaan. Kita baik dengan dia, last2 kita kena pijak balik.

Memang betul lah bn = barang naik..

kah kah kah

Berita penuh disini

Ameno : levi = tarif elektrik naik dalam bentuk baru.

Sabtu, 23 Julai 2011

Video bersih versi polis adalah fakta - PDRM.

Polis menolak dakwaan pembangkang kononnya penayangan video perhimpunan haram oleh polis  21 Julai lalu, hanya menonjolkan sebahagian sahaja perhimpunan 9 Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata tayangan video itu menonjolkan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian, berdasarkan fakta.

Katanya dalam konteks ini, beliau sedar apa juga yang polis lakukan untuk menjelaskan kejadian sebenar,  pasti menerima tentangan pihak yang enggan menerima fakta.

Beliau sebelum itu menyempurnakan majlis perbarisan tamat latihan program latihan asas konstabel di Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.

Sapa tengok berita tadi? Aku tengok. Bukan kat rumah aku. Selalu aku jarang tengok tv3 waktu siang. Boleh juga dikategorikan hampir mustahil. Aku dapat tengok tadi sebab pergi kenduri kahwin. Dan ayat di atas neh ialah keterangan daripada pihak polis yang aku copy paste dari website tv3. Versi video belum keluar lagi. Maybe malam nanti kot.

Sila perhatikan apa yang aku highlightkan di atas. Nampak tak? Baik pihak polis. Mungkin blog aku neh menjadi kawasan persinggahan ko. Meh sini aku nak terangkan sikit kat korang. 

1. Polis : Video yang ditayangkan oleh anda ialah bukan fakta tetapi andaian dalam kepala hotak anda sendiri. Contohnya aksi seorang polis yang "menolak perlahan2 lelaki berbaju kuning yang sakit pinggang" <-- Ini andaian pihak polis. 

Memang betul kejadian tersebut berlaku tapi pada pengamatan aku, polis tersebut bukan bantu pakcik tersebut, sebaliknya dia cuma nak mempercepatkan kerja dia dengan menolak pakcik itu naik ke lori. Bukan nak bantu pakcik tue dengan "menolak dengan perlahan2" <-- haizhh.. apa punya ayat neh pakcik polis? Aduhaii.. lihat video itu disini sendiri dan nilai sendiri.

Menangi suzuki alto dan hadiah bernilai rm80k bagi pengguna contact lens!

Video mengenai isu suhardi yang dikatakan sengaja menimbulkan provokasi juga adalah berasaskan andaian pihak polis. Dengan suara yang kita tak jelas dengar, polis pandai2 reka ayat dan memaksa kita mempercayai apa yang mereka sangkakan. Bukan kah ini ialah andaian dan tidak patut dinamakan as fakta? Lihat sini untuk tonton video terbabit. Dan nilai sendiri. Masing2 ada akal beb.

2. Polis : Video yang ditayangkan oleh anda, ada yang benar dan bukan berasaskan andaian. Tetapi percentagenya hanya suku daripada fakta keseluruhan. Selain daripada pihak polis, kami juga memiliki rakaman tersendiri. Adakah apa yang dirakamkan oleh kami bukan fakta pula? 

rakaman polis = fakta
rakaman orang awam = fakta
rakaman polis + rakaman orang awam = didedahkan kepada rakyat untuk dinilai = fakta. 

Ini baru betul.

Boleh?

Orang benar tetap benar walau di mana dia berdiri wahai incik polis.

Kah kah kah

Ameno : Polis dah geram kena ejek..

SKMM siasat gambar BERSIH Malaysia Insider.

Aku nak korang baca bawah ;


Di petik dari utusan bingai. Adakah SKMM cuba menyatakan [mengambarkan] bahawa gambar2 bersih yang kita ambil ialah palsu? Lihat bawah neh lagi ;


Adakah ini yang dimaksudkan sebagai palsu? Gambar di atas neh palsu? Apa dia? Ulang balik?

palsu?

Kat bawah neh pun SKMM nak siasat kesahihan nya juga ka?


Ini palsu? Aku percaya ahli umno sendiri pun bunuh diri jika SKMM nak siasat kedua2 gambar neh bagi membuktikan kesahihan-nya pasal gambar neh memang sahih. Bukan lukisan. Pun bukan rekaan. Gambar neh antara yang diberitakan oleh aljazeera beb. Siyes. Bukan aku nak kutuk lebih2 tapi kalau SKMM banyak masa terluang sila buat kerja2 yang lebih berfaedah. Ataupun kalau masih nak buat kerja bodoh neh gak maka siap sedia lah di labelkan sebagai

BODOH NAK MAMPOS

sebab buat kerja bingai. Sekian.

kah kah kah

Ameno : Dasar bangang..

Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysiakini atau malaysiainsider cari pasal dengan matsabu?

Korang nilai sendiri laporan berita neh daripada dua portal bebas ;



Teori aku mudah. 

Lepas kena langgar = ingatan fresh = ingat kereta yang langgar dia = teori menyamai rakaman video = salur maklumat kepada pihak media = MI siar berita tersebut.

Dalam rakaman video ini, aku melihat mat sabu di angkat di hadapan kereta waja milik polis. Ini membuka ruang persepsi kepada aku bahawa wujud pelanggaran antara mat sabu dengan kereta polis. 

Tapi setelah aku tonton dua tiga kali aku dapati ada kemungkinan juga penunggang motorsikal hilang kawalan ketika pusingan u-turn sehingga bertembung dengan pemandu kereta waja milik polis. Hilang kawalan disebabkan land rover tue cepat sangat mengejar kot? Video sedang di upload untuk tontonan kita semua. Masing2 buatlah andaian masing2 selepas tonton video penuh nanti.

Apa pun kebenaran-nya pihak polis + mat sabu + orang yang berkenaan + para malaikat + Allah swt lebih tahu.

Selepas makan ubat = rehat = tiba2 teringat bahawa ada land rover yang mengejar mereka ketika kejadian = bagi kenyataan media = malaysiakini siar. 

ataupun

Selepas makan ubat = rehat = nyanyuk / mamai / hilang ingatan / terlupa / tersasul / sengaja / main wayang / daripada kereta bertukar menjadi land rover = buat statement depan media = malaysiakini siar.

Pilihan aku ialah pihak media tidak bersalah walau apapun yang dilakukan oleh mat sabu. Wayang tak wayang pihak media cuma laporkan apa yang diceritakan kepada mereka sahaja. 

Ada kemungkinan besar land rover tue terlalu laju mengejar mat sabu sehingga dorang terbabas. Aku juga memilih untuk tidak mempercayai polis dan mat sabu berhubung isu mat sabu tidak tahu diri nya dikejar polis. Ada lompang pada persoalan neh. Namun aku cadangkan agar mat sabu dedahkan laporan polis yang dibuatnya berhubung isu neh. 

Jika dalam laporan polis dia nyatakan  ;

Kerana dikejar oleh landrover sehingga hilang kawalan dan akhirnya merempuh kereta polis [andai hilang kawalan] / kereta polis merempuh mereka [andai jatuh di atas jalan sebelum kenderaan ketiga tiba]

Insya-Allah, dia akan diyakini benar dalam isu neh. Andai dia benar2 bersalah, elok mengaku daripada saman menyaman. Satu penipuan tidak mampu menutup penipuan yang lain. Lebih baik mengaku je terus terang bahawa ia hanyalah kemalangan kerana nak lari dari pihak polis. Kalau hadi awang boleh cakap terus terang bila diberikan layanan baik oleh pihak polis kenapa mat sabu tidak?

Kecenderungan orang islam ialah takpe pemimpin buat salah. Janji mengaku = terus terang = jujur = terima secara terbuka. Kebanyakannya pemaaf. Benda kecik. Orang akan abaikan ia. Tapi kalau meneruskan penipuan untuk menutup penipuan yang lain, susahlah. Buat orang hilang kepercayaan je. Risiko kena tanggung sendiri lah ye.

Tapi andai benar video neh di edit / disunting pada bahagian tertentu untuk menfitnah mat sabu, maka pihak polis kena bersedia lah kalau dimaki bertalu2. Boleh?

Ameno : No komen setelah komen panjang2. Heh

Hot : Papa gomo lupa daratan - pengakuan esklusif tun faisal.

Baca bawah neh. Berhubung isu yang papagomo komplain di blognya semalam. Jadi selama neh persepsi bumiputera berjaya dan kebanyakan dari kami bahawa papagomo menerima bayaran adalah hal yang benar. Dan tun faisal sendiri menjelaskan bahawa papagomo ialah penipu. Kalau benda macam neh dia boleh tipu.. apatah lagi benda lain? 

kah kah kah

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti, dia gagal menjawab Ya atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik semasa PRN Sarawak berbanding Papagomo. Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Ameno : kantoiiiii

Hot : Peguam perancis di hantar pulang?

Menurut maklumat daripada blog tukar tiub tanpa merujuki mana-mana berita sebab tengah sibuk downloading video lawak part last neh so malas nak buka banyak2 tab kang hang mampos den, diberitahu bahawa peguam perancis yang ditahan berhubung kes skandal kapal selam scorpene akan dihantar pulang pada malam ini juga.

Wow..

Andai berita neh benar maka jangan salahkan persepsi kebanyakkan rakyat malaysia bilamana mereka akan memikirkan bahawa ;

altantuya mati = razak baginda bebas = 2 koperal kambing hitam = skandal scorpene = najib razak punya angkara. <-- andaian kebanyakkan rakyat malaysia.

Persepsi ini timbul kerana tindakan mereka sendiri. Bukan kita nak syak bukan2 beb, tapi kalau dah benda bukan2 asyik berlaku di malaysia sekaligus akan mengundang syak wasangka. Sebab itu aku cakap, biarkan sahaja dia berhujah point dia untuk kita analisa bersama. Ini dia belum turun gelangang, kita pun taktau dia nak gebang apa, terus tutup gelangang. Nampak sangat cuak. Orang cuak = takut. Orang takut = kerana ada sesuatu yang nak disembunyikkan. 

Apa yang cuba disembunyikkan? Rakyat berhak tahu. Ini kerana najib ialah piem. Najib bukan aku. Aku tak pegang duit negara. Aku tak urus tadbir malaysia. Tapi najib pegang duit negara. Dia uruskan pentadbiran malaysia. Sebab itu kita kena amek tahu. Kita nak siasat habis habisan. Ini kan boleh bersihkan nama najib andai benar dia tidak terlibat. Betul?

Ini bukan tuduhan melulu. Ini cuma nak tanya, mahu kah korang piem pembunuh? Mahu kah? Tak mau kan. So semua pihak harus berlapang dada. Biar siasatan dijalankan. Menutup siasatan sebenarnya akan membuka persepsi serong. Andai itu berlaku najib dan rosmah kena redha. Bukan kami yang nak pandai2 tuduh. Tapi persoalan dalam minda kami harus di atasi. Kalau kami tak dapat jawapan secara fakta, kami tetap akan cari jawapan meskipun secara persepsi. Fikir2kanlah itu ye piem.

Ameno : Belum pape dah hantar dia pulang? Haishhh pelikkkkkk

Isu kematian baharuddin dan kecederaan mat sabu - teori aku.

Aku tengok penyokong umno banyak yang kurang cerdik bila berhujah dan defend video polis. Aduhai. Korang neh buka lah akal besar2 bhai. Ko ingat kehidupan baharuddin bermula selepas dia masuk avenue k je ke? Sebelum itu lagi beb. Sebelum itu lagi. Korang tengok video kat bawah neh. Neh video polis tahu. Aku punya akal cerdik. Aku kena puji diri sendiri. Aku belajar dari ibrahim ali.. okey?

kah kah kah


Arwah berlari masuk ke avenue k. Dan ramai2 lagi berlari masuk. Kenapa? Kenapa dorang berlari? Punca nya apa? Apa donkk... <-- terspeaking indonesia plak. Kata polis sebab pintu avenue k nak ditutup. Yeke? Ataupun dorang cari tempat perlindungan sebab tear gas?

kah kah kah

Katakan dia dah tersedut. Sebab tue dia lari. Bukan lah bila tersebut gas tue automatik mati ditempat kejadian. Perlukan proses. Gas perlu masuk ke dalam sistem pernafasan. Masuk ke dalam aliran darah dan sebagainya yang mana pakar2 perubatan je layak ulas isu neh. Aku cuma argue dari segi pandangan penyiasat je.

Andai tubuh badan arwah alergelic dengan bahan2 kimia dalam teargas tue ke ataupun jantung dia gagal beroperasi disebabkan sedutan asap itu ke, still teargas =  punca kan? Bab kelewatan ambulance pun ada argument bagi pihak aku. Polis letak masa ketika arwah baharuddin masuk ke avenue k. Tetapi ketika snapshot gambar ambulance park di depan avenue k kenapa polis tak letak masa? Hujah aku ialah memang benar ambulance sampai lambat. Tapi ini cuma teori andaian. Bukan sahih.

Mengenai video mat sabu pula. Bukanlah aku nak defend mat sabu sangat. Sebab hanya dia lebih tahu situasi sebenarnya pada ketika itu. Aku pun tunggu ulasan terbaru dia gak. Andai aku spot apa2 yang mencurigakan, memanglah mat sabu kena terjah. Cuma melalui rakaman cctv yang ditunjukkan oleh pihak polis tak nampak muka dan plat motor. Itu satu hal. Dan rakaman menunjukkan memang pajero tidak melanggar motor tetapi bagaimana pula dengan kereta polis?

Polis cakap motor dah terbabas selepas kereta ketiga tiba. Tapi ikut rakaman, motor tetap berada di belakang pajero dan kereta sedang menuju ke arah motor. Dan macam mana polis tahu mat sabu ikut jalan apa? Aku syak polis ekori pengerakkan matsabu kot. Lagisatu aku sendiri tak pasti samada matsabu cakap dia kena langgar dengan pajero ataupun kereta. Ataupun dia dihimpit sehingga membuatkan kenderaan terbabas. Aduhaii bersungguh2 tangkap musuh politik. Kalau disalurkan usaha neh untuk tangkap penjenayah kan bagus. Heh

Polis diminta jangan main isu bahawa kematian arwah baharuddin dimanipulasikan dengan gambar suhardi. Ini kerana isu neh telah diperjelaskan. Lihat sini. Satu benda yang aku rasa betul kat video polis tue ialah bilamana polis bercerita mengenai hadi awang yang mengakui polis melayan dia dengan baik. Ini je aku percaya. Siyes. 

Aku nak cadangkan kat polis, lainkali biar je rakyat hidup berasaskan perlembagaan. Perlembagaan cakap apa? Ya betul, hak untuk berhimpun ada. Apa lagi perlembagaan cakap? Ya betul rakyat bebas berhimpun di mana2, tiada kekangan pun. Nak cakap ini kawasan bn, ini kawasan pr maka ada had2 tertentu? Helloo.. sebagai rakyat malaysia elok jgn kita buat boundary yang mengarut tue. Andai korang bn nak juga buat, boleh. so apa lagi? Ramai2 bn beramboslah dari kl pasal bila masa pula bn pegang kl? Kl itu ada stadium merdeka kan? So kami punya pasal lah. Heh. 


Yang belasah rakyat sila tunjuk sekali.. aduhaii kami tunjuk video polis balun bersih, polis tunjuk video layan bersih baik.. so apa kesudahannya? Isu tak selesai juga? Rakyat akan muak. 

Senang2 polis minta maaf je lah sebab menzalimi rakyat bersih dan dalam waktu yang sama, sapa2 yang mengada2kan cerita negatif pasal polis, berhentilah dan minta maaf juga. Apa salahnya citer hal benar. Aku slumber je mengaku aku tipu polis dalam perhimpunan bersih ari tue. Kena ejek pun kena lah, janji aku tak buat2 citer. Okeyh?

Ameno : Aku tak perlu minta maaf ye incik polis pasal aku citer benda betul. Ingat lagi polis2 boh layan aku bila minta id polis pompuan yang padanmukakan aku.. ceh. Geram siot! Layanan adil kah? Nak report pun susah.

Kenapa tahan peguam perancis yang siasat skandal scorpene?


Kes pelik terjadi lagi hari neh. Kalau sungguh ko tak bersalah maka tiada sebab untuk ko tahan peguam perancis neh? Bukan nak tuduh bukan2 tapi persepsi aku ialah ;

Skandal scorpene = pembunuhan altantuya. Dua benda yang dipercayai saling berkaitan dan ada hubung kait.

Razak baginda = terkait dengan najib razak. Ini semua tahu.

Mana razak baginda? Hilang lagi secara misteri. Mana dua polis yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan altantuya? Betul ke dorang bersalah? Kalau boleh jumpa dorang, aku sanggup jumpa. Bukan apa, aku nak siasat betul2, betul ke dorang bersalah? Ataupun dipaksa mengaku bersalah? Ataupun memang terlibat sebagai rakan subahat? Benda neh memang misteri. Siyes misteri.

Kita nak ulas lebih2 pun tak boleh. Kena dengar keterangan daripada pihak peguam perancis neh dulu. Tapi masalahnya pegawai imegresen pergi tahan dia pula. Kenapa tahan? Biarlah kami dengar apa yang dia nak ulas pasal kes neh. Kenapa takut? Lagi korang buat tindakan pelik2 macam neh lagi lah orang syak weh.

Bukan orang tuduh najib bunuh altantuya or arahkan orang bunuh altantuya. Cuma skandal scorpene neh memang ada penglibatan secara tidak langsung altantuya.[Menerusi pembacaan blog] Manakala pembelian kapal scorpene neh pula ada linking dengan razak baginda. [Rekod parlimen] Dan kebetulan pula si razak baginda neh ada kaitan dengan najib.[Bekas kakitangan najib] Dah orang nampak najib asyik terkait sana sini sudah tentulah menjadi tanya tanda rakyat, betul atau tidak? Ini persepsi wajib.

Najib, piem malaysia. Dia kena terbuka. Apa kata biarkan aje perancis siasat dan peguam perancis tersebut memberikan statement dari pihak dia. Biar kami rakyat malaysia nilai dari semua segi. Tak perlu cuak andai tak bersalah, betul tak najib?

kah kah kah

Ameno : Takut lah pula.. soh dia bersumpah lagi.. 

Khamis, 21 Julai 2011

PDRM beri bukti video tapis tuduhan. Updated!

TV3 sebentar tadi menyiarkan beberapa klip video yang ditayangkan oleh polis kepada pihak wartawan bagi menangkis hujah2 serong terhadap tindakan polis pada perhimpunan bersih yang berlangsung pada 9 julai lepas. Terdapat sedikit kecelaruan dari segi bilangan peserta bersih yang disebutkan oleh pengacara tv3 tadi.

Dulu dia sebut 6ribu. Tapi tadi dia sebut 10ribu. Laporan bernama ari tue aku baca dia tulis kemungkinan 15ribu. So hujah mana satu betul neh? Petik dari laporan aljazeera boleh? Hampir 100ribu yang hadir. Laporan berita singapore pula menyatakan mencecah 50ribu dan mungkin lebih. Mengambilkira Aljazeera dan tv singapore tiada apa2 kepentingan di atas perhimpunan bersih 2.0 yang lepas, maka aku anggap laporan mereka adalah yang hampir tepat mengambarkan situasi yang sebenar.

Rasa nya semua tahu berlaku kekhilafan dalam penggunaan gambar arwah baharuddin. Boleh lihat sini. Itu isu yang polis tak patut sentuh apatah lagi pas dah minta maaf secara terbuka akibat kesilapan itu. Berkaitan derma pula aku kurang pasti. Betul ke ada orang minta derma dengan menggunakan gambar supardi? Kalau betul, itu sesuatu yang kita akan tentang. 

Bukan kira pro pembangkang ke kerajaan ke tetapi meminta derma kematian atas orang yang belum mati memang tidak patut. Ataupun memanipulasikan gambar individu tertentu bagi tujuan mengutip derma, juga sesuatu yang tidak patut. Tiada kompromi dalam isu neh. Jangan cuba beri statement seolah2 pembangkang menghalalkan perkara neh pula.

Selepas itu tv3 juga ada mainkan video matsabu ketika dia dilanggar. Nombor plat motor tidak kelihatan. Batang hidung mat sabu pun aku tak nampak. Cuma dalam video terbabit aku memang nampak kenderaan polis menghalang penunggang motor terbabit. Boleh nampak bila dorang tiba2 membelok ke tepi bagi memberhentikan motor tue. 

Jangan ingat bila badan kereta tak kena pada badan motor boleh membuktikan pihak polis tidak bersalah. Tindakan menghalang jalan sehingga orang terbabas pun boleh dikira sebagai punca juga. Takan bodoh2 mat sabu nak cederakan diri sendiri pula semata2 nak blame pdrm. Buang masa dowh.

Video tian chua berlari ke arah polis [kononnya] dijadikan alasan untuk polis attack peserta bersih di kl sentral. Aduhai.... Aku pun taktau motif tian chua berlari ke arah polis tue apa. Mana kita tahu apa niat dia berdasarkan video tersebut? Pihak polis mengandaikan bahawa tian chua nak serang/provokasi polis. Tetapi mana ada bukti? Mana boleh rakaman macam tue dijadikan bukti. Terlalu lemah. Penghujahan tiada.

Yang aku hairan video orang berlari dari kepulan teargas disalaherti sebagai polis nak serang lori fru. Woitt.. dorang seme tengah lari dari pedihan asap lah weh. Aku tiba di lokasi kejadian. Walaupun agak lambat. Ketika itu semua orang dah hampir habis lari. Aku sorang je mara ke arah bertentangan kelam kabut tengok apahal dorang lari2 neh. Ketika dorang berlari memang melepasi trak tue fru. Mana ada nak aim trak tue. Aduhaiii.. menipu lah plak.

Paparan mengenai kebaikan polis terhadap nurul izzah dan ambiga pun ditunjukkan oleh tv3. Benda simple macam neh pun tak faham. Betul2 buat aku naik angin. Ko dengar pihak polis. Ko baca elok2 benda apa yang aku nak tulis neh ;

1. Polis A buat jahat pada orang A <-- 1 kes kejahatan.

2. Polis B buat baik pada orang B <-- 1 kes kebaikan.

So? Takan video layanan baik polis terhadap nurul izzah dan ambiga [andai betul] boleh menutup perbuatan polis yang mengheret aku pada hari tersebut? Boleh menutup aksi tendang polis terhadap orang tua pada hari tersebut? Boleh memadamkan ingatan kami bila aksi "polis cakap jalan..jalan?"? terhadap seorang makcik?

Tolonglah ada akal kasi cerdik sikit. Perbuatan provokasi ialah perbuatan provokasi. Kalau ada sila bagi bukti terang lagi jelas. Kami tiada masalah mengakui kesalahan diri andai terbukti salah. Perbuatan melayan nurul izzah dan ambiga dengan baik ialah wayang. Mereka orang ada nama. Memanglah korang buat layanan terpilih. Kalau aku orang ada nama dan pangkat pun ko akan fikir sejuta kali nak attack melainkan ko dapat arahan untuk attack maka ko mungkin akan attack terus [Andaian].

Tapi kami rakyat biasa neh mana ada pangkat segala. Sudah tentu tiada fikiran kedua untuk berbuat kasar terhadap kami. Bila dorang nak sepak, dorang tetap sepak waima orang tua sekalipun. Paparan video di tv3 tadi sedikit pun tidak menangkis apa2 bukti rakaman di youtube. Sebaliknya mereka beri rakaman dari sisi yang lain. Boleh jadi semua rakaman adalah betul dan benar berdasarkan situasi dan tempat kejadian. Oleh itu boleh lah kita fikir ada polis kejam pada peserta bersih, dan ada polis yang baik pada peserta bersih. Sekian.

Nota : Ikut pemahaman aku, apa yang polis tunjukkan tadi ialah taktikal polis dalam menangani perhimpunan bersih, bukan video provokasi peserta bersih. Dan kenapa ia kabur? 

Kemaskini ;

Jika anda pelukis komik, pembuat animasi yang memerlukan dana, ini mungkin sesuai untuk anda! 

VIdeo yang aku tonton neh episode kedua. Tayangan di tv3 malam tadi agar kabur tetapi jelas sket versi yang aku download. Aku dah cuba upload kat youtube tapi gagal disebabkan apa aku taktau. Sekarang tengah upload kat facebook pula. Nanti aku siar sini. Korang boleh tengok kat web tv3. Tapi kadang2 dia hang maybe pasal internet connection kot. Video berdurasi 15minit. Keseluruhannya 1jam lebih untuk 4 episode. Yang neh memaparkan ;

Layanan baik polis terhadap peserta bersih di mana mereka mengatakan ;


- Mereka pujuk wanita yang ketakutan kerana ditinggalkan kawan2.
- Mereka tolong lelaki yang sakit pinggang masuk ke dalam lori.
- Mereka tolong seorang lelaki yang bercakap di hp dengan pegang beg bila lelaki tersebut masuk ke dalam lori.
- Mereka layan orang tua dengan baik.
- Mereka berikan kerusi dan khemah yang baik di pulapol.
- Mereka sediakan ruang solat dan izinkan mereka untuk mengambil wudhu.
- Mereka sediakan pengangkutan bas kepada peserta2 bersih untuk mereka pulang.
- Mereka sediakan tandas.
- Mereka melayan baik semua peserta2 yang ditahan dalam kem tahanan sementara pulapol.


Nak dengar  komen aku? Dah korang pandai2 tahan orang yang tak bersalah, so memang lah patut dorang seme di layan dengan baik. Dah kes penahanan itu sendiri salah pihak polis kerana menggunakan undang2 buatan sendiri dengan membelakangkan perlembagaan negara jadi tang mana pula nak rasa seronok bila ditahan apabila tidak melakukan kesalahan?


Itu satu hal. Tak bersalah dan ditahan kemudian di layan baik. Itu salah dan masalah yang pihak polis sendiri cari. Memang patut dilayan baik sebab mereka bukan penjenayah beb. Dan maklumat2 yang diambil mungkin menyebabkan hampir 500 orang mungkin dibuang U. Yang neh polis takmo ulas ka?

Ameno : Yang ada kat youtube tetap tak tertangkis.. aduhaii polis owh polis.




Isu gambar unit amal super impose : Siapakah penipu sebenar?


Ada wartawan tak faham isu pokok. Mereka menegakkan hujah bahawa tiada teknik super impose di lakukan. Baiklah mari kita sama-sama adili hujah mereka dan unit amal pas secara adil.

1. Kat atas neh hujah wartawan. Kata mereka tiada teknik super impose digunakan.

2. Aku setuju tiada teknik super impose dilakukan terhadap pergerakkan ajak unit amal itu. [Andai video itu benar dan tulen]

3. Tapi isu pokok sekarang bukan pasal pergerakkan badan si ajak.

4. Ia pasal senjata. Konon nya ajak melemparkan senjata. Tak percaya? Lihat bawah. Bagi sesiapa yang ada keratan berita pada hari itu tolong scan ataupun tangkap gambar bagi aku kerana aku nak baca keterangan wartawan di atas gambar tersebut.

5. Lihat bawah ;


6. Gambar asal telah di ubah. Asalnya ia gambar ajak unit amal. Dan ada beberapa gambar lain. Dia sepatutnya bergerak2 [Boleh tukar2 gambar]. Kalau BH online benar kenapa ubah gambar asal? [Mohon scan pada sesiapa yang ada artikel asal]

7. Penghujahan disini bukan dari segi pergerakkan badan ajak. Tetapi imej ajak yang digambarkan seolah2 ganas dan menyerang polis. Ia digambarkan seperti itu melalui keterangan ayat di bawah gambarnya. Sedangkan itu bukan yang dia sedang lakukan. Apa yang dia buat samada lemparkan semula CS kepada polis ataupun tempat lain bagi menjauhkan benda itu daripada peserta perhimpunan. Polis kan pakai pelindung. Tak rasa apa pun kalau ajak unit amal lemparkan kepada dorang. [Andaian]

8. Ada juga yang mengatakan bahawa gambar ajak unit amal pegang bendera bertukar menjadi pisau. Yang neh aku tidak tahu. Sebab tiada gambar sebenar2nya dari unit berita harian. Aku dah search tapi nampaknya tiada record. Hairan. Sebab tue aku nak tgk gambar itu sendiri sebelum buat apa2 telahan.

Fahami isu pokok. Baik wartawan baik polis. Kalau dah buat salah mengaku je. Tak luak pun minta maaf pasal memang di antara kita tiada maksum. Memang tiada senjata waima batu sekalipun di baling. Pasal kami dah diberikan ingatan awal2 lagi sebelum dan semasa perhimpunan.  Barangsiapa yang baling/kacau polis dia ialah orang umno. Semua takut dicop sebagai orang umno. Sebab tue takde sapa di kalangan kami buat provokasi walhal kalau boleh usah kata batu, lori fru pun aku nak panjat masa tue.

kah kah kah

Dan memang ada seseorang yang baling batu ke arah trak polis tetapi berjaya ditangkap unit amal kerana melakukan provokasi. Dia di cam sebagai orang umno dan kemudiannya di lepaskan sebab dia tak minta maaf pun. Kalau dia orang kita sudah tentu dia takut dan minta maaf. Selepas ditangkap dia diam je.. so apa lagi? Pepaham sendiri.

Yang heran polis takmo kejar dia. Yang unit amal je kejar.. kenapa? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Jangan putarbelit keterangan lah weh wartawan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...