Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Julai 2011

PDRM beri bukti video tapis tuduhan. Updated!

TV3 sebentar tadi menyiarkan beberapa klip video yang ditayangkan oleh polis kepada pihak wartawan bagi menangkis hujah2 serong terhadap tindakan polis pada perhimpunan bersih yang berlangsung pada 9 julai lepas. Terdapat sedikit kecelaruan dari segi bilangan peserta bersih yang disebutkan oleh pengacara tv3 tadi.

Dulu dia sebut 6ribu. Tapi tadi dia sebut 10ribu. Laporan bernama ari tue aku baca dia tulis kemungkinan 15ribu. So hujah mana satu betul neh? Petik dari laporan aljazeera boleh? Hampir 100ribu yang hadir. Laporan berita singapore pula menyatakan mencecah 50ribu dan mungkin lebih. Mengambilkira Aljazeera dan tv singapore tiada apa2 kepentingan di atas perhimpunan bersih 2.0 yang lepas, maka aku anggap laporan mereka adalah yang hampir tepat mengambarkan situasi yang sebenar.

Rasa nya semua tahu berlaku kekhilafan dalam penggunaan gambar arwah baharuddin. Boleh lihat sini. Itu isu yang polis tak patut sentuh apatah lagi pas dah minta maaf secara terbuka akibat kesilapan itu. Berkaitan derma pula aku kurang pasti. Betul ke ada orang minta derma dengan menggunakan gambar supardi? Kalau betul, itu sesuatu yang kita akan tentang. 

Bukan kira pro pembangkang ke kerajaan ke tetapi meminta derma kematian atas orang yang belum mati memang tidak patut. Ataupun memanipulasikan gambar individu tertentu bagi tujuan mengutip derma, juga sesuatu yang tidak patut. Tiada kompromi dalam isu neh. Jangan cuba beri statement seolah2 pembangkang menghalalkan perkara neh pula.

Selepas itu tv3 juga ada mainkan video matsabu ketika dia dilanggar. Nombor plat motor tidak kelihatan. Batang hidung mat sabu pun aku tak nampak. Cuma dalam video terbabit aku memang nampak kenderaan polis menghalang penunggang motor terbabit. Boleh nampak bila dorang tiba2 membelok ke tepi bagi memberhentikan motor tue. 

Jangan ingat bila badan kereta tak kena pada badan motor boleh membuktikan pihak polis tidak bersalah. Tindakan menghalang jalan sehingga orang terbabas pun boleh dikira sebagai punca juga. Takan bodoh2 mat sabu nak cederakan diri sendiri pula semata2 nak blame pdrm. Buang masa dowh.

Video tian chua berlari ke arah polis [kononnya] dijadikan alasan untuk polis attack peserta bersih di kl sentral. Aduhai.... Aku pun taktau motif tian chua berlari ke arah polis tue apa. Mana kita tahu apa niat dia berdasarkan video tersebut? Pihak polis mengandaikan bahawa tian chua nak serang/provokasi polis. Tetapi mana ada bukti? Mana boleh rakaman macam tue dijadikan bukti. Terlalu lemah. Penghujahan tiada.

Yang aku hairan video orang berlari dari kepulan teargas disalaherti sebagai polis nak serang lori fru. Woitt.. dorang seme tengah lari dari pedihan asap lah weh. Aku tiba di lokasi kejadian. Walaupun agak lambat. Ketika itu semua orang dah hampir habis lari. Aku sorang je mara ke arah bertentangan kelam kabut tengok apahal dorang lari2 neh. Ketika dorang berlari memang melepasi trak tue fru. Mana ada nak aim trak tue. Aduhaiii.. menipu lah plak.

Paparan mengenai kebaikan polis terhadap nurul izzah dan ambiga pun ditunjukkan oleh tv3. Benda simple macam neh pun tak faham. Betul2 buat aku naik angin. Ko dengar pihak polis. Ko baca elok2 benda apa yang aku nak tulis neh ;

1. Polis A buat jahat pada orang A <-- 1 kes kejahatan.

2. Polis B buat baik pada orang B <-- 1 kes kebaikan.

So? Takan video layanan baik polis terhadap nurul izzah dan ambiga [andai betul] boleh menutup perbuatan polis yang mengheret aku pada hari tersebut? Boleh menutup aksi tendang polis terhadap orang tua pada hari tersebut? Boleh memadamkan ingatan kami bila aksi "polis cakap jalan..jalan?"? terhadap seorang makcik?

Tolonglah ada akal kasi cerdik sikit. Perbuatan provokasi ialah perbuatan provokasi. Kalau ada sila bagi bukti terang lagi jelas. Kami tiada masalah mengakui kesalahan diri andai terbukti salah. Perbuatan melayan nurul izzah dan ambiga dengan baik ialah wayang. Mereka orang ada nama. Memanglah korang buat layanan terpilih. Kalau aku orang ada nama dan pangkat pun ko akan fikir sejuta kali nak attack melainkan ko dapat arahan untuk attack maka ko mungkin akan attack terus [Andaian].

Tapi kami rakyat biasa neh mana ada pangkat segala. Sudah tentu tiada fikiran kedua untuk berbuat kasar terhadap kami. Bila dorang nak sepak, dorang tetap sepak waima orang tua sekalipun. Paparan video di tv3 tadi sedikit pun tidak menangkis apa2 bukti rakaman di youtube. Sebaliknya mereka beri rakaman dari sisi yang lain. Boleh jadi semua rakaman adalah betul dan benar berdasarkan situasi dan tempat kejadian. Oleh itu boleh lah kita fikir ada polis kejam pada peserta bersih, dan ada polis yang baik pada peserta bersih. Sekian.

Nota : Ikut pemahaman aku, apa yang polis tunjukkan tadi ialah taktikal polis dalam menangani perhimpunan bersih, bukan video provokasi peserta bersih. Dan kenapa ia kabur? 

Kemaskini ;

Jika anda pelukis komik, pembuat animasi yang memerlukan dana, ini mungkin sesuai untuk anda! 

VIdeo yang aku tonton neh episode kedua. Tayangan di tv3 malam tadi agar kabur tetapi jelas sket versi yang aku download. Aku dah cuba upload kat youtube tapi gagal disebabkan apa aku taktau. Sekarang tengah upload kat facebook pula. Nanti aku siar sini. Korang boleh tengok kat web tv3. Tapi kadang2 dia hang maybe pasal internet connection kot. Video berdurasi 15minit. Keseluruhannya 1jam lebih untuk 4 episode. Yang neh memaparkan ;

Layanan baik polis terhadap peserta bersih di mana mereka mengatakan ;


- Mereka pujuk wanita yang ketakutan kerana ditinggalkan kawan2.
- Mereka tolong lelaki yang sakit pinggang masuk ke dalam lori.
- Mereka tolong seorang lelaki yang bercakap di hp dengan pegang beg bila lelaki tersebut masuk ke dalam lori.
- Mereka layan orang tua dengan baik.
- Mereka berikan kerusi dan khemah yang baik di pulapol.
- Mereka sediakan ruang solat dan izinkan mereka untuk mengambil wudhu.
- Mereka sediakan pengangkutan bas kepada peserta2 bersih untuk mereka pulang.
- Mereka sediakan tandas.
- Mereka melayan baik semua peserta2 yang ditahan dalam kem tahanan sementara pulapol.


Nak dengar  komen aku? Dah korang pandai2 tahan orang yang tak bersalah, so memang lah patut dorang seme di layan dengan baik. Dah kes penahanan itu sendiri salah pihak polis kerana menggunakan undang2 buatan sendiri dengan membelakangkan perlembagaan negara jadi tang mana pula nak rasa seronok bila ditahan apabila tidak melakukan kesalahan?


Itu satu hal. Tak bersalah dan ditahan kemudian di layan baik. Itu salah dan masalah yang pihak polis sendiri cari. Memang patut dilayan baik sebab mereka bukan penjenayah beb. Dan maklumat2 yang diambil mungkin menyebabkan hampir 500 orang mungkin dibuang U. Yang neh polis takmo ulas ka?

Ameno : Yang ada kat youtube tetap tak tertangkis.. aduhaii polis owh polis.




Isu gambar unit amal super impose : Siapakah penipu sebenar?


Ada wartawan tak faham isu pokok. Mereka menegakkan hujah bahawa tiada teknik super impose di lakukan. Baiklah mari kita sama-sama adili hujah mereka dan unit amal pas secara adil.

1. Kat atas neh hujah wartawan. Kata mereka tiada teknik super impose digunakan.

2. Aku setuju tiada teknik super impose dilakukan terhadap pergerakkan ajak unit amal itu. [Andai video itu benar dan tulen]

3. Tapi isu pokok sekarang bukan pasal pergerakkan badan si ajak.

4. Ia pasal senjata. Konon nya ajak melemparkan senjata. Tak percaya? Lihat bawah. Bagi sesiapa yang ada keratan berita pada hari itu tolong scan ataupun tangkap gambar bagi aku kerana aku nak baca keterangan wartawan di atas gambar tersebut.

5. Lihat bawah ;


6. Gambar asal telah di ubah. Asalnya ia gambar ajak unit amal. Dan ada beberapa gambar lain. Dia sepatutnya bergerak2 [Boleh tukar2 gambar]. Kalau BH online benar kenapa ubah gambar asal? [Mohon scan pada sesiapa yang ada artikel asal]

7. Penghujahan disini bukan dari segi pergerakkan badan ajak. Tetapi imej ajak yang digambarkan seolah2 ganas dan menyerang polis. Ia digambarkan seperti itu melalui keterangan ayat di bawah gambarnya. Sedangkan itu bukan yang dia sedang lakukan. Apa yang dia buat samada lemparkan semula CS kepada polis ataupun tempat lain bagi menjauhkan benda itu daripada peserta perhimpunan. Polis kan pakai pelindung. Tak rasa apa pun kalau ajak unit amal lemparkan kepada dorang. [Andaian]

8. Ada juga yang mengatakan bahawa gambar ajak unit amal pegang bendera bertukar menjadi pisau. Yang neh aku tidak tahu. Sebab tiada gambar sebenar2nya dari unit berita harian. Aku dah search tapi nampaknya tiada record. Hairan. Sebab tue aku nak tgk gambar itu sendiri sebelum buat apa2 telahan.

Fahami isu pokok. Baik wartawan baik polis. Kalau dah buat salah mengaku je. Tak luak pun minta maaf pasal memang di antara kita tiada maksum. Memang tiada senjata waima batu sekalipun di baling. Pasal kami dah diberikan ingatan awal2 lagi sebelum dan semasa perhimpunan.  Barangsiapa yang baling/kacau polis dia ialah orang umno. Semua takut dicop sebagai orang umno. Sebab tue takde sapa di kalangan kami buat provokasi walhal kalau boleh usah kata batu, lori fru pun aku nak panjat masa tue.

kah kah kah

Dan memang ada seseorang yang baling batu ke arah trak polis tetapi berjaya ditangkap unit amal kerana melakukan provokasi. Dia di cam sebagai orang umno dan kemudiannya di lepaskan sebab dia tak minta maaf pun. Kalau dia orang kita sudah tentu dia takut dan minta maaf. Selepas ditangkap dia diam je.. so apa lagi? Pepaham sendiri.

Yang heran polis takmo kejar dia. Yang unit amal je kejar.. kenapa? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Jangan putarbelit keterangan lah weh wartawan..

Anugerah Ibrahim Ali : Lulus dulu, bincang kemudian?


Pelik. Setelah dikecam selama 2 hari akibat anugerah bodoh neh, web uitm tiba2 tarikbalik iklan tentangnya dalam web dorang. Sebelum neh kata pihak pentadbir uitm anugerah neh patot. Dan ia dicadangkan oleh ibrahim ali sendiri. Itu pasal nama anugerah neh anugerah ibrahim ali. So tak patut ada masalah. Tapi itu satu hal.

Then setelah bantahan timbul dorang tarikbalik iklan terbabit. Dan cakap belum ada kelulusan dari senat. Okey. Tapi kenapa perlu bagi notis di atas? Kalau belum lulus kenapa keluarkan notis di atas? Lulus dulu? Bincang kemudian ka? Teknik terbaru ka tue?

kah kah kah.

Dan dengar cadangan anugerah neh akan dibuat tiap2 tahun. Mana ibrahim ali ada duit sponsor rm5k kepada pelajar2 neh andai anugerah neh dibuat tiap2 tahun? Banyak sangat ke duit dia? Apa pekerjaan dia selain sebagai wakil katak di parlimen? Hak2 kebajikan katak pun dia gagal jaga neh nak jaga hal2 kebajikan pelajar?

kah kah kah

Menurut satu sumber dari pelajar uitm sendiri, majoriti pelajar tolak anugerah neh. Cuma takde lah sampai nak bagitau pada media sebab taknak kecoh2 dan nak jaga reputasi uitm yang sepatutnya pro kerajaan. Kebanyakkan dari mereka tolak sebab nama anugerah neh anugerah ibrahim ali, bukan pasal ia dicadangkan oleh ibrahim ali ke apa, cuma nama anugerah neh tak relevant.

Dorang juga bimbang jika terpilih dan mendapat anugerah neh masadepan kerjaya dorang akan hancur kerana ibrahim ali cukup2 dibenci oleh masyarakat cina akibat sikap racistnya. Bayangkan jika anugerah neh termasuk dalam portfolio mereka dan ketika sesi interview dengan syarikat gergasi swasta especially syarikat milik bukan islam, sudah pasti mereka akan dipandang serong dan mungkin akan di anggap racist dan sekaligus tiada harapan untuk berkerja di syarikat2 macam neh.

Dan perbincangan tentang nya sebenarnya telah berlaku dengan pihak pentadbir uitm itu pasal iklan tentangnya ditarikbalik. Samada betul ke tak betul sumber neh aku taktahu. Aku cuma sampaikan apa yang dia bagitau dalam fb je. Pelajar2 uitm lebih tahu kisah sebenar. Apa pun anugerah ibrahim ali memang melawakkan.

kah kah kah

Ameno : Anugerah katak lebih sesuai kot.

tv3 dan utusan sokong tindakan MCA saman kelantan ka?

Aku dah buat carian kat laman web tv3 tapi tak jumpa pula video nya. Maybe kalau tengok kat tonton jumpa kot. Aku dah register tonton tapi sampai sekarang masih tak boleh access ke dalam web tue lagi. Apahal tah. Tapi bagi sesiapa yang tengok berita semalam dorang akan tahu tv3 ada buat laporan pasal kes neh. Heran aku kenapa tv3 beria2 nak laporkan kes bodoh neh?

Untuk buruk2kan kelantan? Tengok bawah pula ;


Sanggup pula utusan haramjadah neh letak isu saman neh kat depan? Pelik aku. Promosi terlampau diberikan kepada geng2 mca. Taktahu nak cakap yang dorang neh menyokong ka tindakan mca saman kerajaan kelatan atas isu judi neh? Kalau tak sokong napa promosi lebih2? Kalau tak sokong bagilah ulasan yang memihak kepada pas. Tak boleh ka?

Tapi memang sampai ke hari neh belum lagi dengar suara2 pemimpin umno yang membela kerajaan negeri kelantan. Dan semalam menerusi tv3 gak aku dengar dengan jelas dorang cakap semua urusan yang berkaitan dengan judi, loteri dan segala bagai tertakluk kepada kuasa kerajaan pusat.

Kalau dah gitu, semua pusat2 judi di seluruh malaysia sah lah di luluskan oleh umno. Ini kerana umno kuasa majoriti. Kiraan matematik dia begini ;

Pusat judi, lesen, loteri di malaysia = diluluskan oleh pusat atas nama bidang kuasa = umno kuasa majoriti dan tertinggi = orang islam.

Maksudnya orang islam sendiri halalkan judi? Urmm.. okey. Orang islam jenis apakah umno neh? Boleh jawab ke penyokong judi?

Ameno : Sendiri gila judi then blame orang.

Rabu, 20 Julai 2011

PERKASA Percaya Bersih ialah agenda yahudi.


Kah kah kah

Lawak siottt..

Sanggup dorang buat duit buat banner yang takde faedah macam neh? Pakai buang sungguh. Petik duit dari pokok ka? Errrr ko buat banner dari orang melayu ka perkasa? Pilih pula warna merah. Kan warna merah warna ong orang cina? Kan kaum cina kaum yang korang paling benci sekali?

kah kah kah

Buat lawak pulak dorang. Sapa kesah dengan korang punya kepercayaan. Korang punya kepercayaan bukan nya berasaskan fakta dan hakikat. Yang penting sekarang dah terbukti pemimpin korang tue cakap berapi2 tapi habuk pun tarak. Kata nak mai. Nak berada di barisan hadapan sekali untuk halang bersih. Usah kata hadir nak belasah bersih.. batang hidung dia kat tapak lokasi pun takdak. Dua kali lima dengan geng2 pensilat. Geng2 bangang dan bahlol.

kah kah kah

Memalukan!!!  Memang dasar katak. Melompat je tinggi tapi tetap tak boleh cecah awan. 

Kah kah kah

Ameno : Dari buat banner baik ko derma lah weh. Lagi ada faedah nya.

[Video] Ulama muda umno : Taat pada pemerintah zalim itu wajib?


Satu ulasan dari ulama muda umno. Aku cukup2 pelik melihatkan hujah neh dia. Dia neh tiada kefahaman ke? Tolak semua tuduhan sebab belum terbukti dia kena bayar dan segala bagai tapi cuma focus kepada hujah dia. Korang boleh tengok video di atas. Aku petik sedikit ulasan dia disini;

Hadis tentang ketaatan kepada pemerintah sangat2 jelas. Hadis tentang ketaatan kepada pemerintah walaupun kita tak suka, walaupun kita diseksa, walaupun kita ditangkap, walaupun harta kita dirampas, sangat jelas. Kewajipan mendengar dan mentaati. Hadis2 tentang larangan mencerca pemerintah, memaki hamun pemerintah, sangat jelas Nabi saw larang. <-- Ulama muda umno.

Point aku ;

1. Apakah hadis2 itu? Bagitau hadis2 tersebut dengan jelas sebelum menghujahkan sesuatu. Bagitau apa hadis2 tersebut supaya kita boleh tahu. Kalau dah sangat jelas maka bagitau lah hadis2 tersebut. Apa pasal pula hujah dulu tapi hadis2 yang dihujahkan itu tak dinyatakan pula?

2. Kena faham dulu apa maksud kita tak suka? apa maksud kita di tangkap? Apa maksud harta kita dirampas? Neh seme ada beza dengan maksud kita dizalimi. Boleh jadi kita tak suka pemimpin atas sebab peribadi. Contohnya pemimpin kita gemuk. Arhh tak suka lah. Macam para sahabat2 Nabi saw. Ada yang tak suka. 

So? Boleh jadi kita ditangkap kerana kejahatan kita. Boleh jadi harta kita dirampas disebabkan kezaliman kita. Boleh jadi kita yang jahat terlebih dahulu itu pasal kita dihukum. Setiap hadis yang wujud ia berpaksikan situasi beb. Kenapa tak ulas dari segi pemerintah yang menzalimi rakyat. <-- Ini point kita. Jangan putarbelit main ayat. Direct je bagi hadis mengenai ketaatan kita kepada pemerintah islam yang zalim terhadap rakyatnya.

3. Bab caci maki usah buat nasihat terpilih. Bab caci maki neh semua pun termasuk. Bukan hanya kita tak boleh maki kerajaan, kita pun tak boleh maki pembangkang. Kita pun tak boleh maki hamun orang tak kira lah standard dia pemimpin ke rakyat biasa. Ko masuk media umno online. Ko tak kaji dulu ka cara dorang menulis dan mempromosikan artikel dan blog? Penuh caci maki hamun beb. Sebab tue jangan buat nasihat terpilih. Super impose dan fitnah jangan cakap lah. Lagi berterabur beb. Cam neh ka cara ulama muda umno berhujah? Buat hilang respect je beb.

Nabi saw suruh dia keluar melalak ka? Nabi saw suruh dia keluar mencaci maki pemerintah ka? Nabi saw suruh dia tutup jalan ka? Nabi saw suruh dia sesakkan jalan ka? Nabi saw suruh dia melakukan pembaziran. Semua neh perlu dilihat secara detail. <-- Ulama muda umno.

Bila kita membahaskan tentang demontrasi, saya tak cakap pasal bersih je. Saya bercakap pasal semua demontrasi. Tidak ada manfaat. Pembaziran. Buang masa. Tutup jalan. Manusia bercampur aduk lelaki dan perempuan sebagainya. <-- Ulama muda umno.

Bab demo pula dia pongpang. Hello ulama muda umno. Yang himpunan belia satu malaysia tue tak tutup jalan ka? Tutup juga. Janganlah pongpang2 benda yang ko tatau hal sebenarnya. Dengar atas orang tak sama macam ko buat kajian sendiri. Kenapa masa tue ulama muda umno tak turun padang dan siasat kesahihan nya? Kenapa tak jalan2 time demo bersih? Kenapa tak siasat dan amek tahu? Kenapa malas sangat? Kenapa duduk rumah terima maklumat daripada orang berkepentingan kemudian pongpang2 kutuk bersih? Kenapa tak mau cari kebenaran sendiri? Nak aje ku katakan bingai. Langsung tak cerdik dalam berhujah.

Dok pongpang2 pasal bersih tapi pernah ke dia memahami apa itu bersih? Apa agenda bersih? Macam mana bersih boleh berhimpun di jalan sedangkan lokasi asal ialah stadium? Pernah dia amek peduli? Kalau setakat cedok citer sana sikit, citer sini sikit berhentilah pongpang2 pasal bersih. Tak layak dowh. Orang malas macam neh tak layak berbicara pasal bersih.

Aku tak tahu siapa yang guna hadis pasal jiran untuk menguatkan keharusan demotransi. Siyes aku taktahu. Cuma aku pelik kenapa dia hanya nampak demo = percampuran lelaki pompuan? Yang jom heboh takpa ke? Pembaziran? Yang kerajaan buang duit rakyat untuk projek bangang itu apa pula? Penabungan ka? Bercakap pasal semua demo? Ya ka? Termasuk demo anti israel? Termasuk demo umno yang depan pejabat pkr? Apsal tak keluar hujah neh time umno berdemo? Ka aku yang taktahu?

Dia dok pongpang2 pasal kita kena ikut keseluruhan isi Alquran. Memang betul. Dah tue apa yang dia tunggu lagi? Pergi lah nasihatkan najib.Buat apa pongpang2 kat kita? Kan najib yang berkuasa untuk gubal negara agar menepati isi kandungan Alquran? Dia fikir kita pegang negara ka? Suara majoriti kalau berpaksikan kepada kebenaran tak salah ikut. Bukan ikut suara majoriti je beb. Tapi paksi itu yang penting. Kalau dah majoriti paksi nya kepada kebenaran kan selari dengan perintah Allah swt? Jadi apa isu sekarang neh?

Lagi2 pongpang2 kait Nabi saw. Nabi saw memang takde suruh buat benda2 macam tue. Spesifikasi. Macam Nabi saw tak suruh ko pongpang2 dalam video di unit media umno. Nabi saw suruh ko masuk video ka? Nabi saw suruh ko jalan2 kat pwtc ka? Tak pun. Jadi apsal ko masuk video? Apsal ko berjalan2 kat pwtc? Apasal? Nabi saw tak suruh apsal ko buat? Jadi manusia jangan membuat nasihat terpilih. Kalau nasihat aje dah bias ko pikir orang akan respect hujah2 ko? Sorry beb. Buang masa je.

Lagi satu aku nak hujahkan pasal imam malik. Kebelakangan neh aku nampak blogger umno kerap menggunakan imam malik untuk defend pemimpin dorang. Marilah aku huraikan serba sedikit yang aku tahu. Imam malik memang taat kepada pemerintah. Imam malik memang dekat kepada pemimpin. Imam malik berdakwah kepada pemimpin. Itu sebab dia dekat kepada pemerintah negara pada era dia. 

Imam malik bukan macam jamil khir dan ulama muda umno. Imam malik hanya mengeluarkan fatwa yang selaras dengan Alquran dan hadis Nabi saw. Imam malik pernah diseksa kerana enggan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada pemerintah. Yang neh blogger umno maybe terlepas pandang.

Imam malik juga sering mendapat hadiah dan wang daripada pemimpin. Hadiah dan wang itu kemudian diberikan kepada fakir miskin dan anak2 murid dia yang miskin. Imam malik tahu pemimpin dia mengambil harta baitulmal untuk agihkan kepada dia. Tapi kenapa dia tak menolak? Sebaliknya dia ambil? Ini lah peranan dia. Dia amek dan dia salurkan sendiri kepada fakir miskin. Ini sikap jamil khir dan ulama muda umno ka?

Imam malik beberapa kali menolak jawatan kerajaan. Dia menggunakan sepenuh masa untuk belajar dan mengajar. Pemimpin era dia walaupun ada yang kejam dan bergolak situasi nya tetapi kebanyakkan dari mereka respect imam malik. Kebanyakkan dari mereka tidak menfitnah dan tidak pula tutup kelas pengajian imam malik meskipun apa yang disampaikan imam malik secara tidak langsung terkena gak kepada batang hidung mereka. Yang neh blogger umno takmo cerita ka?

Apabila bertemu pemimpin, imam malik menghabiskan masa untuk mendakwahkan pemimpin. Imam malik tidak membodek dan mengampu pemimpin. Adakah ini juga yang dilakukan oleh jamil khir dan ulama muda umno? Jika umno hidup di zaman itu sudah pasti lah imam malik akan difitnah sesat. Sudah pastilah sekolah imam malik akan ditutup. Ini kerana umno lebih kejam daripada pemerintah imam malik. Sekurang2nya pemerintah imam malik makan nasihat, tapi umno?

Nak banding akhlak pemimpin imam malik dengan pemimpin umno pun jauh api dengan panggang. Apatah lagi nak banding situasi ketika imam malik taat kepada pemimpin dengan situasi kita. Setaat2 imam malik kepada pemimpin, taat lagi dia kepada Allah swt. Sebab itu apabila perkara yang melanggari hukum Allah swt jadi pertaruhan dia mempertahankan hukum Allah swt habis habisan. Sebab itu aku nak pesan sket kepada blogger umno.

Jangan suka2 guna nama imam malik dalam menguatkan hujah untuk defend pemimpin2 hina korang. Ini kerana korang bukan faham sejarah kehidupan dan ijtihad imam malik sepenuhnya. Silap2 nama sebenar imam malik pun korang tatau. Imam malik ialah guru kesayangan imam shafie'. Kita sekarang guna mahzab shafie'.  Kalau berani mari kita sama2 berijtihad dalam mazhab shafie' sepenuhnya. Boleh? 

Nota : Jangan lupa yang umno suka melabel, menuduh dan merendah2 hampir kesemua pemimpin pembangkang. 

Lagi satu aku nak korang baca sini. Adakah syeikh yusoff Alqardhawi kini sesat? Antara isi kandungan ;

“Perkataan ini adalah satu kesesatan yang nyata.Sekiranya yang beliau maksudkan adalah untuk melebihkan kaum Yahudi sehingga mengatasi Allah Subhaanahu wa Ta’ala, maka beliau telah kafir.

Ameno : Gunakan nama ulama untuk taat kepada pemimpin botak? G mamposlah weh. Umno tak boleh demo bila demo dia tak dapat sambutan. Time demo dapat sambutan, ulama muda umno bisu.

Hot : Video keganasan bersih : Umpan atau perli?

Tengok video kat bawah neh dulu ;


Okey ada dua versi beb.

Versi aku : Video neh sindiran kepada polis dan tv3. Ini yang terlintas dek akal aku ketika mula2 tonton video neh. 

TAPI..

Masa neh aku tak sangka rupanya ada sesuatu yang lain difikirkan.. ada yang beranggapan bahawa

Versi telahan / spekulasi : Video neh antara sedutan rakaman yang pihak polis akan gunakan untuk kutuk peserta bersih. Dorang akan edit beberapa klip bagi menunjukkan / menonjolkan peserta bersih ialah ganas. Mungkin bukan bab kebakaran. Tapi bab2 yang serang polis dan fru ada kemungkinan kot. Tapi neh spekulasi je. So usah percaya sehingga terbukti.

Bagi aku kalau polis ada rakaman keganasan tak payah cakap tunggu 2,3minggu, hari neh ada peserta bersih yang menganas, esok siar video terus. Confirm masuk tv3. Tapi macam aku cakap, dorang takde bahan. Sebab tue amek masa lama. Nak create bahan bukan mudah.

Tapi andai dorang guna versi edit untuk fitnah bersih, kita kena lawan habis-habisan. Jangan dibagi can. Biar kita lawan fitnah sampai mati. Jangan ingat bila dorang boleh fitnah dsai suka2, dorang ada hak pula nak fitnah kita suka2. Mentang2lah dsai dan kita sukar nak beat media arus perdana. Lawan tetap lawan, sampai ke bukit aman kita gegarkan!!!

Video versi asal ialah disini 

Sumber asal video plak dari sini

Ameno : desperate nak mampos.

Betul ke zambry pilih kasih soal pembangunan di perak?

Korang baca luahan neh terlebih dahulu ;
 

Assalamualaikum.... 

sori la bro, ak ni orang baru tgok blog ko sejak isu Patriot lawan Bersih.....
rpanya ang ni orang bagan dtoh ka....hahaha
ak ingat orang selangor tau kL...


sama la kita bro, ak orang teluk intan,..... relaks2, ak bukan SB ka, cia ke, kalo ang tgok email ak kat fb pun ang boleh tau ak ni sapa....

ak nak ckp, thnks arr, blog ang mmg besh la, buat lagi pendedahan.....

lagi satu, pasal bas tu....

kerajaan Perak sekarang terlalu manjakan Daerah Manjung..... sememangnya Manjung sekarang merupakan daerah ke dua terkaya selepas Kinta mengalahkan Larut Mtang Selama (taiping) dan umah asal si Zambry....... tapi yang ak peliknya, semangnya Manjung tu daerah pelancongan, tapi kenapa kerajaan Negeri berpenat2 nak letak industri berat kat sana.... byangkan kat lumut tu, dah la dekat dengan kawasan pelancongan, tapi nak juga bina kilang2 kat kawasan perindustrian lumut tu...

kenapa la x ajak2 pelabur utk bukak kilang kat daerah lain, macam kat kamunting ka, teluk intan ke, tapi yg ak nmpak, pabila kerajaan negeri dpt tarik pelabur, tgok2, kerajaan negeri terus letak kat manjung.... dan yang terbaru pasal kilang besi yg akan jadi kilang besi terbesar kat malaysia, dah la kawasan tapak yg akan bina tu dekat gn pantai pelancongan, kenapa la kerajaan negeri smpai rakus nak buat macam tu, pegila buat kat kamunting ka, lagipun kamunting skrang dah kurang kilang dah.... biarkanla manjung itu dgn pelancongan ...

ak malu doe sbb kerajaan negeri skng berat sebelah dengan daerah2 lain especially daerah kita, dorang x tarik pelabur kat daerah kita doe, lgpun ikut prospek kerja ak, InsyaAllah ak semamgnya x kan ddk kat teluk intan ni after ak habis belajar, tapi ak sayang daerah ak, ak sayang teluk intan........sbb tu ak selalu ikut perkembngan pasal kemajuan + politik negeri ni...

pasal bas tu, baru2 ni, daerah manjung dapat bas baru yg dibeli kerajaan negeri berjuta2, mak ai, manja gler manjung tu, tau la lumut tu parlimen menteri pengangkutan.... Zambry tu nak majukan daerah dia je doe...................... sakit ati ak...... mmg lepas kerja nnti, ak malas nak ddk kat perak dah.......kerajaan negeri yg nmpak sngat berat sebelah.......... lepas tu kes Zmbry minta izin ubah laluan lebuh raya pantai barat dari taiping smpai bnting tu, lagi ak sakit hati.... sumpah sakit hati !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!........ semakin nmpak sngat keazaman dia utk majukan daerah manjung sahaja......bodo.............................................

kesimpulan yg ak oleh buat pasal manjung ni, Manjung = pelancongan = dari dulu = sekarang + industri berat = pencemaran = last2 pelancong kurang......
bodo, macam x da tempat lain nak buat industri kat perak ni...... 

ok la bro, blog ang tu setiap ari 30 kali ak bukak nak tgok info baru ang.... thnks arr..... ko dah bukak mata ak tentang situasi politik kita.... =)

asslamualaikum...

Untuk pengetahuan korang gaji di perak neh ialah ;

rm350 - rm500 sebulan. Siyes. Masa aku mula2 tiba kat perak neh aku macam tak percaya itu rate dorang. Rm500 bila ko kerja dari 10 pagi sampai 10 malam. Gila dowh. Betul2 mencekik orang. Dulu aku fikir gaji murah maybe disebabkan kos sara hidup yang rendah di perak. Tapi mana ada. Selain dari sewa rumah yang murah rm150 - rm300 sebulan yang lain2 tue seme sama je dengan rate kl. 

Malahan ayam lagi mahal dari rate kl. RM12 sekilo bhai. Siyes. Ramai orang komplain dah pasal neh. Tue ramai yang beli kat pasaraya. Aku tak join sekaki. Aku dah pesan jangan. Memang murah ayam sana tapi tak tentu sembelih. Itu pasal aku takmo beli. Seboleh-bolehnya kurangkan makan makanan haram. Nak jaga ahti bhai. Ahti aku pun tak cantik mana. Usah lah tambah burukkan ahti sendiri lagi. Kang keras ahti payah plak. Heh

Tapi tue lah kalau korang duduk kat perak korang akan faham situasi sebenar dia. Apa yang zambry pongpang2 depan tv tue seme palsu. Palsu habis-habisan. Aku bukan lah nak ungkit balik kisah sedih neh sebab ustaz pun dah pesan kita kena belajar redha dan bersabar. Doa itu senjata umat islam. Jangan dipandang ringan pada kuasa doa. 

Apabila bersolat, kita berdoa. Apabila 1 orang bersolat, satu doa. Apabila sejemaah bersolat, sejemaah doa, apabila seumat islam malaysia bersolat, maka seumat islam semalaysia berdoa.. dan Allah swt akan makbulkan doa orang yang teraniaya. Buatlah secara kolektif. Nasihat ustaz. [ustaz menggunakan ayat lain tetapi maksud sama seperti di atas]

Kisah nya begini. Ketika nizar jadi MB, nizar telah meluluskan permohonan kepada sekolah SAR. Maka ramai lah ustaz2 yang gembira sakan. Dan di tempat aku neh ada lah satu tempat kecil yang di sediakan untuk tarbiah budak2 muda yang lalai dan buang masa. Ketika PR berkuasa dulu, entah macam mana punyalah friendly polis berkerjasama dengan ustaz [nama dirahsiakan] untuk tarbiah budak2 neh. Polis akan menahan, dan ustaz neh akan tarbiah. Ustaz tidak menghukum. Hanya tarbiah. Ajar solat, ajar islam, dekati masyarakat. 

Memang best. Tapi sejak zambry amek alih, polis2 yang friendly tue tak dapat beri kerjasama lagi. Ustaz tanya kenapa. Mereka cakap cukuplah sampai sini sahaja. Akan datang kita buat lagi kalau ada peluang. Tanpa kuasa polis macam mana ustaz tue nak tahan budak2 muda yang liar neh? Akhirnya usaha terbantut. Bila dekat, budak2 neh lari. Ada lah sorang tue yang telah ditarbiah tetapi meninggal tahun lepas sebab accident. 

Muda lagi. Bagus budaknya. Dia liar sedikit tetapi sejak berkawan dengan ustaz neh dia jadi baik. Solat tak pernah tinggal. Hormat orang tua. Dekati masyarakat. Rapati makcik pakcik. Tolong mereka bila perlu. Tapi Allah swt lebih sayangkan dia. Alhamdullilah sebelum Allah swt jemput, dia berubah. Ini baik.

Ada cakap ini permainan politik ustaz. Itu sebab sejak zambry pegang polis2 neh dilarang oleh ketua mereka untuk terlibat aktif dalam kerja2 macam neh. Tapi ketika dia tarbiah budak2 neh sungguh dia tak sebut pun pasal PAS. Aku tahu. Aku kenal ustaz neh. Memang ustaz suka hijau dan ahli hijau tapi takde dia bawa agenda hijau dalam sesi tarbiah. 

Sebab tue aku heran sangat2. Kita neh nak dalam usaha tarbiah budak2 muda yang lalai. Apa pasal kita kena pandang hijau ka merah ka untuk buat benda2 alah macam neh. Kalau pun dia ahli pas, apa masalahnya dia tarbiah budak2 neh? Ahli pas ialah pandangan politik dia. Tapi dalam bab akidah, umno dan pas sama2 islam. Takan benda macam neh pun nak berkira? Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : Apa pun tak boleh..~~

Selasa, 19 Julai 2011

Senarai penuh ranking blog politik di malaysia.


Kat atas neh senarai ranking penuh blog politik berbahasa melayu. Tak termasuk blog english. Kalau masuk blog english aku rasa akan ada perubahan kat atas neh. Tapi nak ubah orang melayu masyarakat terbanyak yang masih sokong umno sekaligus menyebabkan umno terus berkuasa di malaysia neh dengan menggunakan bahasa melayu memang relevant.

Tapi yang aku tertanya2 tue apsal blog lucah papa gomo no 1 hah? Adakah blog porno macam tue memang diminati ramai? Tapi tak hairan aku kalau blog lucah jadi pilihan utama penyokong umno pasal umno memang kaki melucah bhai. Dah habis tonton video seks, dorang melucah dalam blog. Then hujah syok sendiri. Then fitnah. Then cakap pejuang islam. Then tunjukkan diri sendiri lebih alim dari pembangkang. 

Then pendedahan panas yang mesti ada kaitan dengan seks. Tak pun liwat. Tak pun lucah. Tak pun skandal peribadi. Takde satu pun berita dorang rasuah dan penyelewengan pakatan rakyat. Kalau ada pun selalunya berita fitnah. Itu yang aku heran tue. Takan blog fitnah boleh jadi no 1? Tak layak dowh. <--- Baca neh betul2 papa gomo. Tak layak dowh ko dapat no 1.

Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa ranking alexa neh penting. Sebenarnya aku dah pernah ulas pasal neh. Pentingnya ranking alexa neh kepada blog terutamanya blog pembangkang ialah disebabkan kita nak menguasai persepsi. Ingat, penulisan yang baik kepada pembangkang akan menghasilkan persepsi yang baik. Persepsi yang baik itulah akan membuatkan harapan agar mereka mengundi pakatan rakyat.

Sebab itu kalau boleh top 30 haruslah dikuasai habis oleh media pembangkang. Ataupun lebih daripada separuh. Ini tidak. 11 je dari kita. Lagi 19 dorang punya media. Bila satu2 keyword dicari, maka blog mereka lah yang akan muncul dulu. Dan bila pembaca baca sudah tentulah persepsi yang buruk kepada pembangkang akan timbul.

Jangan cakap blog tak relevan. Facebook dan twitter memang penting tetapi kena fikir fungsinya yang terhad. Bila search google selalunya sumber maklumat dari blog yang akan naik di paparan utama. Bukan nya facebook ataupun twitter. Lagi satu status facebook akan hilang. Dan seringkali bila kita nak cari posting2 lama sukar lebih2 lagi yang melibatkan wall photo. Nak search tak boleh. Kena selak satu2. Ini leceh. Berbanding blog. Kita cuma taip keyword dan semua yang kita nak tahu dia akan muncul.

Itu sebab lah blogger pembangkang kena tingkatkan alexa masing2 dengan belajar keyword. Selalunya alexa neh brkaitan dengan usia dan kekerapan update blog. Tapi kalau pandai main keyword dan faham apa itu SEO insya-Allah ranking blog akan naik. Aku dah pernah tulis tutorial pasal neh. Baca dan amalkan je. Jangan biarkan blogger umno menguasai minda pembaca internet. Selagi boleh bolot, kita kasi bolot habis-habisan. Sebab apa? Sebab dorang dah kuasai media arus perdana. Itu sebab kita kena lawan habis-habisan dan kuasai media internet. Jangan di bagi can pada mereka. Amacam? Boleh?

Sumber aku pasal gambar neh dari blog panglima perang cyber.

Ameno : blog melucah cam ko no 1 papa gomo? G mampos lah weh.

Oi polis, perhal lue gantung bendera terbalik hah?


Ini ialah gambar bendera. Nama bendera malaysia ialah jalur gemilang. Ini ialah gambar jalur gemilang dalam keadaan yang terbalik sedang berkibaran. Gambar ini di ambil di dalam balai polis. Percaya aku dorang diresapi fahaman komunis, yahudi dan segala2 yang dorang tuduh kat PR tue lah kan. So amek balik kat dorang. Heh.

Aku tidak tahu bendera terbalik neh kat balai polis mana. Tapi aku syak neh bukan balai polis di indonesia. Apa jadah indonesia nak gantung bendera malaysia terbalik beb? Dorang suka bakar bendera malaysia je. Dorang tak main lah gantung2 beb. Heh.

Taktahu lah aku cakap apa. Takan penat sangat sampai tak perasan bendera tue terbalik? Ke busy balun peserta bersih? Ceh. Memalukan. Sampai di snapshot. Ini kalau lah pembangkang yang buat 1000hari 1000malam tak habis citer blogger umno. Kalau dorang fuhhh..macam2 alasan timbul bhai. Takpe. Mari kita lihat alasan dorang kat sini plak. Wehh penyokong umno meh komen sket. Nak dengar korang mengarut atas isu neh plak.

kah kah kah

Sumber dari sini

Ameno : Tak semua polis jahat, tapi polis jahat itu memang keji.. 

[ADS] Main kira2 sampai menang rm1k cash kat sini

Bas makin kurang kerana kos minyak makin meningkat.

Dua bulan lepas.

Member : Beb, ko tahu tak bas makin kurang sekarang? Gila babi lah kalau nak tunggu bas. Kesian dowh tengok makcik2 dan budak2 yang pergi balik sekolah. Tunggu bas aje dekat berjam2.

Aku : tatau lah plak.

Member : ko tulis pasal neh dalam blog arh..

Aku : okey tapi aku kena naik bas dulu beb. Baru lah boleh bagi testimoni yang bagus.

Semalam : Lokasi bagan dato - simpang empat - teluk intan

Tunggu bas : pukul 3.01 petang

Naik bas : pukul 4.15 petang [bahasa maki dah muncul time neh]

Tunggu bas  : pukul 4.30 lepas bayar bill astro

Naik bas : pukul 6 petang  [bahasa maki dah habis stok]

Kesimpulan? Bas di teluk intan memang macam baybee.

Semalam aku telah melakukan sedikit ujian dengan menaiki bas ke teluk intan. Walaupun ada kenderaan tetapi aku nak naik bas bagi merasai sendiri pengalaman orang naik bas. Dengar citer kat sini dah lama bas berjam2 nak kena tunggu sebelum boleh tiba ke destinasi. So aku pun jadikan diri aku sebagai bahan testimoni. 

Mula2 aku pergi ke busstop yang berhampiran naik motor. Then park motor tue sementara aku tunggu bas. Aku tunggu punya tunggu. Ketika tengah tunggu tue ada lah member2 aku lalu dengan motor sambil memerhatikan aku. Maybe dorang heran apsal aku tunggu kat bus stop tue kot. Padahal motor ada je kat belakang aku. Bengkek gak aku pasal dorang tak nak singgah tanya apasal. Padahal aku dah bosan gila dowh. Sasau tunggu bas lama nak mampos. Kalau boleh bakar bustop tue, aku bakar. Bus stop pun dah buruk gila padahal usia dalam 5 tahun pun tak sampai. Dasar kroni haramjadah. <-- kes belum sahih.

Then bas pun sampai. Aku kelam kabut sikit fikir nak bayar tambang berapa dan kat mana. Silap2 kena sound plak dengan drebar bas. Almaklum lah aku bukan kaki bas. Then dah bayar aku usyar tempat duduk. Aku tengok apsal mamat2 bangla je naik bas neh. Mamat2 melayu yang handsome2 rupa gay tak dak ka? Hampa dowh. Nak cari teman gay dalam bas tak dapat. 

Then ada lah satu nyonya tue. Dah tua sangat2. Alahai kesian dia kena jalan tengah2 panas sebab bas taknak berhenti di tempat yang nyonya tue nak turun. Punyalah zalim. Ko tak fikir ke satu nanti ko akan tua macam tue juga. Aku bengkek betul tengok sesetengah individu yang suka nak berlagak dengan orang tua. Apa salahnya hormat orang tua. Ko tak rugi apa pun kan. 

Then dah sampai destinasi aku turun bayar astro. Lepas bayar astro aku jalan2 kat sana. Tapi bosan. Nak jalan hapa nya aku tak bawa duit. Bangang. Macam mana lah aku boleh terlupa nak bawa dompet. Aku ngam2 bawa duit untuk bayar astro je. Duit yang keluarga aku bagi soh bayar astro. Selain dari tue aku tak bawa apa pun. Siyes kerja kelam kabut semalam.

Then aku lepak kat bus stop. Kat bus stop neh lah aku jumpa macam2 orang. Rupanya best juga naik bas neh. Ko boleh bergaul dengan orang beb. Macam2 orang ko boleh kenal dek menunggu bas lambat nak mampos. Aku tunggu bas dalam pukul 4.30 kot tak silap aku. Then bas sampai dekat pukul 6 petang. Sementara tunggu bas yang punyalah lambat nak sampai aku sempatlah berborak2 dengan orang yang tengah tunggu bas tue.

Menurut maklumat yang aku korek dari kaki bas aku dapati bahawa ;

1. Sejak minyak naik = bas makin kurang operasi sebab tak mampu tanggung kos operasi yang semakin tinggi.

2. Bas disini tiada perjalanan untuk malam. Last bas ialah 7.10minit. [Aku rasa mustahil last pukul 7.10 pasal aku sepatutnya naik bas 5.30 tapi pukul 6 baru dia "show time" apa citer?]

3. Bas setiap 2 jam sekali pada hari minggu. Dan pada hari biasa 1 jam sekali. [Yang neh aku rasa hampir mustahil pasal aku tunggu bas dah berjam2 takde nampak pun macam bas sejam sekali]

4. Ramai orang merunggut tapi dah takde alternatif. Naik bas sekolah, ada yang tak mampu dan tak mahu. Kadangkala balik lambat sebab ada kelas tambahan so bas sekolah dah tak relevan. Teksi punya mahal nak mampos. Teksi dia akan charge tambang pergi dan balik. Contohnya kalau di kl kita kira ikut meter. Tapi disini kira ikut pergi dan balik walaupun ko cuma naik satu trip je iaitu balik ke destinasi ko. Alasan pengteksi bagi, ialah mereka tiada pelanggan ketika pulang dan ini merugikan mereka. 

Aduhaiii kesian betul lah aku dengar kisah2 dorang neh. Tak pernah aku tahu dowh. Almaklumlah aku ada kenderaan so memang lah berlagak nak mampos. Rupanya derita orang yang terpaksa bergantung harap pada kenderaan awam neh ada macam2. Apa lah punya suwei kerajaan perak neh. Dok pongpang2 kutuk negeri orang tapi negeri sendiri macam haramjadah. Dasar baaabeeyyy punya menteri besar.

Ketika ini juga lah aku jumpa dengan seorang pakcik tua bertongkat. Alahaii.. dia tunggu bas dari pukul 4 lebih [awal sikit dari aku]. Dia datang dari penang nak balik ke rumah. Teksi charge rm20 satu kepala. Ada 3 orang. Kalau ikut satu teksi tue dia charge rm60 pergi balik ke destinasi pakcik tue. Tapi pasal ada 3 orang so dia bahagi kanlah kepada 3. 

Tapi pakcik2 [dua orang pakcik] dan sorang makcik menolak untuk menaiki teksi tersebut. Makcik tue cakap kat aku, "aku pun ada rm20 je". Sebelum tue aku suspect makcik tue ada rm30. Tapi dia dah bagi rm10 kat laki dia pasal laki dia minta. Benda tue berlaku kat depan mata aku sebab tue aku tahu. Salah seorang pakcik tue suami dia lah.

Aduhaii.. begini rupanya kehidupan pakcik makcik neh. Apa lah punya bangsat kerajaan zambrey neh. Ini baru satu pakcik makcik. Belum lagi pakcik makcik lain. Pakcik yang bertongkat tue bukan nak naik bas sangat sebab faktor kaki dia. Tapi pasal dia takde duit terpaksa lah dia tunggu bas berjam2 lama nya untuk naik bas. Entah2 bas tak berhenti di depan rumah dia? Jangan2 dia kena berjalan jauh? Aduhaiii kesian betul lah.

Lepas tue aku berborak dengan makcik sporting. Dia memang sporting. Dia tegur aku dulu. Kalau sebelum neh aku dok sebok2 tegur orang, kali neh dia yang tegur aku dulu. Memang ceria dan sporting sungguh makcik neh. Sampai rumah dia kat mana pun aku tahu. Dia yang bagitau beb. Usah kata rumah, pakej astro apa yang dia langgan pun aku tahu. Dia ceritakan kat aku beb. Hopefully dia ada lah internet. Mana lah tahu rezeki dia baca belog neh plak. Boleh lah kami jalinkan ukhwah sambil2 aku kutuk bn neh.

kah kah kah

Antara perbualan dengan makcik tue yang aku ingat ialah ;

Makcik : tunggu bas neh siap dah masak nasi dah.

Aku : nasi je ke? Saya rasa lauk pun dah siap neh.

Makcik : Itu lah pasal. Siap  makan dan sendawa lagi. 

Aku dan makcik tue gelak2. Memang gila dowh. Lambat dan lembab perkhidmatan bas di sini. Macam mana lah kerajaaan perak dan pembangkang perak buat kerja? Satu kumpulan bersidang bawah pokok. Bawah pokok ko dapat apa? Bas takde pun ko tatau. Harga ayam melambung nak mampos kat perak neh pun ko tatau. Ko hanya tahu meroyan ke kumpulan PR? Errhh terdirect plak i.

Dan satu kumpulan pula buat kerja syok sendiri. Selalu jemput orang pergi ke rumah menteri besar. Konon nya nak amek tahu masalah rakyat. Dah tue? Apa alternatif ko lepas dah amek tahu? Errrr ada kakitangan ko yang baca blog neh tak? Neh kira masalah rakyat gak neh. Cuba ko kasi tolong sikit kat penduduk2 yang memerlukan bas neh. Kalau tak boleh tolong takpe, ko pergi lah mampos. Heh.

Punyalah banyak masalah rakyat perak yang boleh diperhatikan oleh wakil2 rakyat tetapi sayang daripada dorang sibuk fikir masalah rakyat, dorang lebih suka luang masa fikir masalah sendiri akibat hilang kuasa sorang, sorang lagi plak sibuk pertahankan kuasa. Next time pru kita kasi bakar pembangkang dan kerajaan. Biar kita lantik diri kita kuasa ketiga tawan neh perak. Amacam? Ada berani ka?

kah kah kah

Ameno : Rakyat je faham kesusahan rakyat. Dah nama wakil rakyat buat cara macam ko tue wakil rakyat. Ada faham?


Tolong aku menang ipad2 kat sini. Jasa anda amatlah dihargai!

Isnin, 18 Julai 2011

Najib masuk gereja? Normal lah beb!


Ini ialah gambar najib. Dalam gambar neh najib memberikan hadiah kepada pope. Ingat keyword utama disini. Iaitu ;

1. Gambar najib, bukan gambar khalid samad.

2. Najib bagi hadiah, bukan nik aziz bagi hadiah

Ya ulang balik gambar najib sedang memberikan hadiah kepada pope. Bagus. Menjalin hubungan baik dengan ketua agama kristian. Sesuatu yang aku mesti puji. Aku suka kepada kerjasama dan budaya tolenrasi. Walaupun kita berbeza agama tetapi itu tak menjadikan kita kena maki kristian segala bagai dan begitulah sebaliknya. Kita kena belajar respect dan kena belajar sayangi penganut agama lain.

Ikut konspirasi blogger umno andai najib ialah pemimpin pakatan rakyat maka ;

1. Najib jual malaysia kepada pope.

2. Najib nak bina negara kristian.

3. Najib nak tukarkan agama rasmi islam kepada kristian.

4. Najib menganuti kristian.

5. Najib agent kristian.

Itu ikut konspirasi blogger umno totok. Tetapi aku bukan blogger umno yang bebal. Aku ialah blogger indi yang bijaksana. Aku baru dapat anugerah brilliantic daripada diri aku sendiri. Sama macam ibrahim ali. Dia boleh suka2 buat anugerah ibrahim ali dan suka2 pilih pemenang. Dan aku pun boleh suka2 buat anugerah dan suka2 pilih pemenang which is diri aku sendiri lah pemenangnya. Heh.

Disebabkan kebijaksanaan aku neh lah aku berharap sangat yang blogger umno haruslah tutup muka diri sendiri sekarang. Tutup lah muka masing2. Kalau boleh bunuh diri lagi bagus. Agak seronok melihat korang mampos. Opsss.. kejujuran aku memang tiada batasan beb. Heh.

Kalau najib boleh masuk gereja dan menjalin hubungan yang baik dengan pope dan kami menerima ia sebagai kelangsungan hidup bermasyarakat apa sebab khalid samad dan nik aziz dicerca bila melakukan apa yang najib buat? Simple. Samada korang bunuh diri ataupun buat entry panas, kutuk najib sebagaimana korang kutuk khalid samad dan nik aziz. Ataupun kalau korang tak malu sangat aku cadangkan korang naik ke bangunan sprm. Biar sprm je tolong korang mampos. Itu percuma. Aku yakin beb. Heh.

Kah kah kah

Ameno : minum arak dulu dengan parpu sebelum bunuh diri okey..  

[ADS] Wehh proton persona buat iklan lagi. Dorang nak perkenalkan duta dorang kat sini


Tolong aku menang IPAD2 kat sini. Jasa kekawan amatlah dihargai. Via fb je. Contest hampir nak tamat dah. Thanks.

Isu mencarut : yang neh takmo nasihat ka?



Hari tue mazidul akmal sidek mengutuk aku dalam blog dia atas isu mencarut. Fine. Aku tidak melatah even tidak menjawab sebab aku sedar apa yang dia cakap pasal mencarut tue memang benar. Jenis aku neh kalau orang menegur atas kapasiti islam aku lebih suka mengambil sikap diam dan terima. Pasal apa, kalau aku jawab dan lawan ia sebenarnya aku bukan melawan hujah dia. Aku lawan hujah Allah swt. So benda yang salah dalam islam, memang aku cenderung diam dan terima.

Sekarang neh aku buat entry special untuk dia. Bukan aku cakap aku baik. Tapi nasihat tidak harus terpilih. Sebagaimana dia nasihatkan aku, apa kata dia curahkan nasihat yang sama ke atas individu di atas. Adakah mencarut jika dilakukan oleh orang umno maka ia halal lagi ada cop jakim? Mereka sanggup print banner untuk mencarut kepada dap sekalipun.Adakah kalau mencarut kepada dap ianya di anggap suci dan keramat?

1. Blogger pr mencarut = berdosa besar .

2. Penyokong umno mencarut = print banner = tayang di seluruh media = halal?

Boleh je nasihat aku. Kecenderungan aku makan nasihat. Tapi jangan nasihat aku sampai tak cermin diri sendiri. Kecenderungan aku benci orang hipokrit. Gay ataupun lesbian aku kawan. Orang hipokrit aku tolak. Siyes. Dorang hanya pandai nasihat tapi tak pandai amal. At least kami berjalan dan belajar bersama2 untuk jadi baik, bukan menunjukkan diri sendiri lebih baik dan lebih alim dari orang lain tetapi dalam masa yang sama  mengamalkan kejahatan. Lue fikirlah sendiri wahai sang wartawan.

Sumber gambar disini

Ameno : What? Kawan sendiri? Halal lah tue.. heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...