Ini ialah gambar najib. Dalam gambar neh najib memberikan hadiah kepada pope. Ingat keyword utama disini. Iaitu ;
1. Gambar najib, bukan gambar khalid samad.
2. Najib bagi hadiah, bukan nik aziz bagi hadiah
Ya ulang balik gambar najib sedang memberikan hadiah kepada pope. Bagus. Menjalin hubungan baik dengan ketua agama kristian. Sesuatu yang aku mesti puji. Aku suka kepada kerjasama dan budaya tolenrasi. Walaupun kita berbeza agama tetapi itu tak menjadikan kita kena maki kristian segala bagai dan begitulah sebaliknya. Kita kena belajar respect dan kena belajar sayangi penganut agama lain.
Ikut konspirasi blogger umno andai najib ialah pemimpin pakatan rakyat maka ;
1. Najib jual malaysia kepada pope.
2. Najib nak bina negara kristian.
3. Najib nak tukarkan agama rasmi islam kepada kristian.
4. Najib menganuti kristian.
5. Najib agent kristian.
Itu ikut konspirasi blogger umno totok. Tetapi aku bukan blogger umno yang bebal. Aku ialah blogger indi yang bijaksana. Aku baru dapat anugerah brilliantic daripada diri aku sendiri. Sama macam ibrahim ali. Dia boleh suka2 buat anugerah ibrahim ali dan suka2 pilih pemenang. Dan aku pun boleh suka2 buat anugerah dan suka2 pilih pemenang which is diri aku sendiri lah pemenangnya. Heh.
Disebabkan kebijaksanaan aku neh lah aku berharap sangat yang blogger umno haruslah tutup muka diri sendiri sekarang. Tutup lah muka masing2. Kalau boleh bunuh diri lagi bagus. Agak seronok melihat korang mampos. Opsss.. kejujuran aku memang tiada batasan beb. Heh.
Kalau najib boleh masuk gereja dan menjalin hubungan yang baik dengan pope dan kami menerima ia sebagai kelangsungan hidup bermasyarakat apa sebab khalid samad dan nik aziz dicerca bila melakukan apa yang najib buat? Simple. Samada korang bunuh diri ataupun buat entry panas, kutuk najib sebagaimana korang kutuk khalid samad dan nik aziz. Ataupun kalau korang tak malu sangat aku cadangkan korang naik ke bangunan sprm. Biar sprm je tolong korang mampos. Itu percuma. Aku yakin beb. Heh.
Kah kah kah
Ameno : minum arak dulu dengan parpu sebelum bunuh diri okey..
[ADS] Wehh proton persona buat iklan lagi. Dorang nak perkenalkan duta dorang kat sini
Tolong aku menang IPAD2 kat sini. Jasa kekawan amatlah dihargai. Via fb je. Contest hampir nak tamat dah. Thanks.
Hari tue mazidul akmal sidek mengutuk aku dalam blog dia atas isu mencarut. Fine. Aku tidak melatah even tidak menjawab sebab aku sedar apa yang dia cakap pasal mencarut tue memang benar. Jenis aku neh kalau orang menegur atas kapasiti islam aku lebih suka mengambil sikap diam dan terima. Pasal apa, kalau aku jawab dan lawan ia sebenarnya aku bukan melawan hujah dia. Aku lawan hujah Allah swt. So benda yang salah dalam islam, memang aku cenderung diam dan terima.
Sekarang neh aku buat entry special untuk dia. Bukan aku cakap aku baik. Tapi nasihat tidak harus terpilih. Sebagaimana dia nasihatkan aku, apa kata dia curahkan nasihat yang sama ke atas individu di atas. Adakah mencarut jika dilakukan oleh orang umno maka ia halal lagi ada cop jakim? Mereka sanggup print banner untuk mencarut kepada dap sekalipun.Adakah kalau mencarut kepada dap ianya di anggap suci dan keramat?
1. Blogger pr mencarut = berdosa besar .
2. Penyokong umno mencarut = print banner = tayang di seluruh media = halal?
Boleh je nasihat aku. Kecenderungan aku makan nasihat. Tapi jangan nasihat aku sampai tak cermin diri sendiri. Kecenderungan aku benci orang hipokrit. Gay ataupun lesbian aku kawan. Orang hipokrit aku tolak. Siyes. Dorang hanya pandai nasihat tapi tak pandai amal. At least kami berjalan dan belajar bersama2 untuk jadi baik, bukan menunjukkan diri sendiri lebih baik dan lebih alim dari orang lain tetapi dalam masa yang sama mengamalkan kejahatan. Lue fikirlah sendiri wahai sang wartawan.
Benda neh aku dapat dari email. Korang boleh nilai sendiri luahan tentera kat bawah neh. Ini bukan perkara baru sebab ramai yang dah tahu hakikat sebenar. Aku buang seme no2 yang terdapat dalam email neh bagi menjaga identiti sebenar dia. Bagi aku tak kira lah samada dorang tentera ke askar ke polis ke apa ke hak untuk memilih sepatutnya terletak di atas bahu dorang sendiri.
Kerajaan tak layak memaksa dorang untuk mengundi kerajaan. Ini tindakan yang salah. Kalau nilai dari sudut islam pun ia jelas dah melanggar syarak sebab melakukan penipuan, apatah lagi jika dinilai melalui hukum manusia. Fikir, apa2 yang bertentangan dengan islam, salah adalah salah, pandangan kita sehebat mana pun ia tidak akan menutup hujah Alquran. Renung-renungkan ia.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
bro, gua musyil la.. gua dah masuk dalam semakan daftar pemilih then gua cari no ic gua.. tadaaaa..... no record bro. gua xkisah, gua check lak.. no tentera gua... tadaaa.. nothing bro.. then gua taip lagi no tentera gua, tambah lak 1 no lebih... keluar lak nama orang cina.. setahu gua la kan.. no tentera bagi air force cuma6 angka. tapi mamat cina tu ada 7 angka. gua pun pelik, xkan tu ic lama dia.. so kat sini gua macam kena tipu bro.. dah 2x gua mengundi (undi pos). kt kertas spr tu ada no ic lama gua dengan no ic tentera gua..dan masa tu gua mengundi kat kuantan (undi pos) bagi parlimen pekan.. lu tau kan sape punya kawasan... kiranya dah 2x la gua jadi pengundi hantu (betul2 hantu coz xda record lansung)
gua tak boleh nak lebih2 bro sebab gua ni dalam kerajaan (terikat) nak bersuara tentang politik kang kena hukum buang servis lak. apa gua nak makan kalau gua xkerja. nak join bersih tak boleh, coz kitaorang ibarat dipaksa menyebelahi kerajaan (Angkatan Tentera Malaysia).. cuma yang gua tak puas hati bila time mengundi kitaorang DIPAKSA oleh pegawai atasan untuk mengundi, kalau tak. kitaorang akan dikenakan tindakan / hukuman. tapi kemana undian kitaorang tu.............. member gua yang jaga pos masa mengundi tu cakap, sape2 yang xdatang mengundi.. pada saat akhir. mereka disuruh pangkah kerajaan BN. gua dah tahu lama perkara ni, cuma bukti tu memang susah nak bagi. kalau bagi, ia akan memudaratkan perkhidmatan gua..
mesti lu terfikir kan, kenapa gua kata macam tu.. ok mcm ni.. kerajaan jaga polis, naikan gaji polis sebab diaorang xnak polis lari dari menyokong kerajaan. sebabnya, polis boleh letak jawatan dalam masa 24 jam. so kalau polis buat macam tu, kerajaan akan hilang penyokong mereka.. tentera kerajaan abaikan terus.. sebab seigt gua, tentera ni, masa tun M sahaja yang diberi perhatian sebetulnya.. kami ATM diabaikan, sebab apa? sebab ATM ni terikat dengan kerajaan. Agreement 15 tahun 18 dan 21 tahun.. so kitaorang xleh letak jawatan mcam polis. lagipun undi kitaorang ni xwujud. terus 100% sokong kerajaan. selagi kitaorang xcecah 15 tahun or so on untuk pencen, kitaorang memangxbolehjoin politik.
senang cerita, kalau macam sekarang ni gua kantoi gua kena kena la mengadap, disabitkan kesalahan dengan kerajaan.. padahal taat sumpah setia kitaorg (ATM) kepada Agong bukan PM @ kerajaan. gua cerita panjang pun xguna.. kalau lu xpercaya, lu boleh jumpa mana2 tentera dalam malaysia ni bro. lu tanya sendiri. ni gua bagi no ic awam dan ic tentera gua utk lu check kat SPR ada ke x.
********* ----> no tentera gua
*********----> no ic gua
********* ----> no yg gua pelik (muskil sket- nak kata tentera xmungkin coz air force bru 6 angka) kalau army bermula dengan ** ****** hanya air force shja yg gunakan pangkal **
paling penting bro, lujangan dedahkan gua sape. please respect gua.. kalau kantoi, habis gua bro.. nak hidup macam mana? kerja tak ada. nak bagi mak bapak gua makan apa. lepas lu siasat perkara ni, tolong padam email gua. tolong jangan dedahkan sape gua.. gua dah tak tahu nak buat macam mana.. xkan nak report polis? diaorang kan anjing kerajaan.. tak kan gua nak jumpa pegawai atasan gua, ibarat gantung diri sendiri la.. gua cuma boleh bagitau lu la, sebab lu ada pengaruh dalam dunia maya ni... gua bukan nak benCi sape2 cuma gua nak keadilan dan kepastian.... GUA MENGUNDI UNTUK SAPE???? SEDANGKAN REKOD GUA TAK ADA..
Sadis. Memang sadis apabila mereka tak faham perbezaan antara persoalan dan fitnah. Aku rasa semua yang membaca isu neh memang faham sangat apa yang dibangkitkan oleh chegu bard ialah berupa satu soklan dan dia minta siasatan di jalankan. Itu pasal dia buat laporan sprm. Dia tak fitnah rosmah mansur. Dia tanya rosmah mansur. Dan dia minta rosmah mansur jelaskan isu sebenar. Jadi disini apa masalahnya sampai nak cakap blogger pembangkang menfitnah segala bagai pula? Mengapakan setiap isu yang dibangkitkan harus ditafsir sebagai fitnah pula?
Isu simple.
Pembangkang : Rosmah you ada beli cincin 24 juta ka? I tengok ada nama you dalam paparan printscreen neh. Almaklumlah you neh kan dah banyak skandal so i rasa suspicious.
rosmah mansur : diam.
Pembangkang : Owhh u diam, i nak buat laporan sprm minta hal neh diperjelaskan..
rosmah mansur : diam..
blogger umno ari itu : Tak mungkin wujud cincin 24 juta. Apatah lagi di bawa masuk guna courier. Ini mustahil.
blogger umno ari ini : cincin 24 juta wujud tetapi untuk pameran je. Sekarang dah bawa pulang balik ke syarikat jacob and co. Takde sapa2 beli cincin tersebut.
Persoalan utama masih tidak dijawab. Ya ataupun tidak rosmah mansur memiliki cincin tersebut? Kenapa nama rosmah mansur tercatat di dalam borang terbabit? Apa kaitan rosmah mansur dengan jacob and co? Bukan jacob syarikat yahudi yang najib sepatutnya anti? Apa motif buat pameran pula? Pameran kepada geng2 vvip pula tue. Adakah sebarang wang dikeluarkan untuk anjurkan pameran? Di manakah pameran itu berlangsung? Adakah hanya cincin yang dipamerkan? Adakah berlaku sesi jual beli ketika pameran [selain dari cincin]?<-- lebih banyak persoalan timbul.
Ia tak mati isu bhai. Ia tak lenyap isu neh. Ia lebih hidup. Ia jadi lebih panjang. Ia tak memamposkan persoalan kenapa nama rosmah mansur tercatat di dalam borang tue. Ia juga tidak mematikan hujah bahawa rosmah mansur ya ataupun tidak memiliki cincin tersebut. Ia cuma membuktikan cincin itu wujud. Cincin itu memang di bawa masuk ke malaysia. Sedangkan sebelum neh blogger umno cakap mustahil ada cincin 24 juta. Tetapi blogger umno juga lah mengesahkan ia! Tidak kah ko, orang umno faham situasi sebenar disini?
So sprm kena siasat. Apa kaitan rosmah mansur dengan jacob. Dan siasat juga cincin tersebut milik siapa. Jangan ingat bila cincin itu masuk dan keluar ia boleh membuktikan bahawa ia bukan milik rosmah beb! Kami rakyat perlu tahu kebenaran nya. Apabila kami minta siasatan dijalankan bukan lah bermakna kami fitnah rosmah mansur, sebaliknya kami mahu menyelami isu neh sehingga ke dasarnya. Di sebabkan itu lah korang, orang umno kena faham beza antara pertanyaan ataupun fitnah. Kalau seme pertanyaan di anggap fitnah, maka masa bila pula boleh kami bangkitkan pertanyaan? Ke kami kena ikut cara umno? Yakni ;
Nota : Minta korang kaji dalam2 borang yang ditunjukkan. Aku rabun lah. Sakit mata aku tengok dan telaah benda2 kecik camtue. Ada hujah sama2 share sini kat ruangan komen. Lagipun aku heran tang mana dia tulis bahawa harga cincin tue 24 juta dalam RM? Aku baca ia tulis USD.. ce tengok kat link yang aku dah bagi tue. Thanks.
Updated ; Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh chegu bard disini, rupa nya apa yang kita sangka kan ada benarnya. Borang tersebut berkemungkinan baru dibuat untuk menutup segala bagai persepsi buruk berhubung isu cincin tersebut. Kan aku dah cakap, kita bukan lawan orang cikai2.
Orang neh mereka mampu reka bukti untuk tutup segala bagai yang perlu. Kalau solat pun nak tayang, kalau buat haji pun nak tayang, apa lah yang boleh kita expectkan pada individu macam neh? Arhh apa? Nak marah aku pasal aku kutuk najib tayang gambar solat dia dalam twitter? Boleh marah tapi ade ke aku kesah masalahnya? Heh.
Ameno : Darling rosmah.. you anjurkan pameran ke ataupun jacob yang anjurkan pameran tue..? Motif apa motif? Setahu i you ke newyork bulan april hari tue.. so why dorang bawa masuk ke malaysia guna nama you.. hehehehehe.. i fikir dalam neh rosmah.. <-- pertanyaan. Heh.
Najib jangan buat kerja ini. Najib, ko tak fikir bahawa tindakan ini tindakan yang bernas bukan? Ko benar-benar tak berfikir sedemikian bukan? Najib, cukuplah tue menggunakan awang adek menyuarakan pandangan ko. Sebenarnya aku tahu apa yang awang adek bodoh piang tue cakapkan, ialah percakapan bagi pihak ko je. Heh
Apa yang orang luar perli ko mengenai bersih 2.0 ialah salah ko sendiri. Melepaskan kemarahan ko kepada mereka [pemimpin bersih 2.0] tidak akan menjadikan situasi ko bertambah baik, sebaliknya ko akan terus dikecam dan dikecam.
Apakah ko fikir tindakan keras ko terhadap bersih benar-benar akan melumpuhkan bersih dan memamposkan cakap2 tentang bersih 2.0? Ko berada di ambang kesilapan. Ko dengar cakap rakyat macam aku. Pasal aku rakyat dan aku tahu apa rakyat terbanyak mahu.
Benda mudah najib, perkara pertama ko suruh lah menteri bodoh piang awang adek neh berhenti bagi statement merapu. Kalau ada bukti ambiga nak jual negara dan segala bagai bagi bukti dulu. Bukti ada then ko cakap. Bukti takde maka segala cakap2 macam neh tak relevan sebab apa? Sebab ko pemerintah. Dan ko berkuasa untuk cari bukti dan sahihkan kisah neh. Berbeza dengan rakyat marhaen. Rakyat marhaen terpaksa tulis segala bagai spekulasi mereka supaya ko alert dan faham apa pemikiran rakyat terbanyak.
Kedua, selaku rakyat yang menyertai bersih aku tidak mendapat waima satu sen ketika menyertai perhimpunan neh. Kalau sungguh ada rm200 bak kat sini bagi aku. Aku pun kebetulan tengah sengkek neh. Boleh lah buat lepas apa2 yang patut.
Ketiga, kalau sungguh ambiga memudaratkan negara dan bnm ada bukti kenapa ia tidak ditampilkan sebelum bersih 2.0 berlangsung? Benda mudah. Bukti takde. Itu pasal korang tak boleh tampilkan apa2 bukti. Semetelah, ambiga pakar undang2. Maka lagi lah korang akan fikir 10x nak reka2 bukti untuk kenakan orang.
Aku bukan lah pro ambiga ke apa. Tapi aku kurang senang bila melihat najib dan konco2 menjatuhkan musuh politik dengan cara jijik dan keji. Kalau rasa ko hebat, maka ko tunjukkan kehebatan ko dengan tadbir negara neh betul2. Aku akan respect dan salute ko najib. Yang buat aku protes sekarang ialah aku tak suka cara pemerintahan ko.
Cara ko neh menyusahkan aku dan menyusahkan rakyat terbanyak. Ko kena faham. Bukan kami yang cari pasal dan suka2 membangkang. Kalau dah begitu bagus dan tenteram nya kehidupan kami buat apa kami bangang2 nak protes segala bagai? Buang masa dowh.
Aku juga tak boleh terima ugutan halus bn kepada pengerusi bersih. Bagi aku dorang mengugut nak membekukan aset pemimpin bersih semata2 nak sekat kebangkitan bersih 3.0 kelak. Sudah tentulah mana2 individu yang nak mengelolakan bersih 3.0 nanti akan berfikir dua tiga kali mana lah tahu kot2 betul ke najib dan konco2 bekukan harta ambiga masa tue.
Sudah tentulah sedikit sebanyak akan wujud ketakutan juga di kalangan2 pemimpin yang nak mengadakan bersih 3.0. Konon nya cara nak sekat bersih 3.0. Tapi aku rasa lah kan dalam 10 pemimpin pakatan rakyat dan NGOs bersih nak jumpa 1 yang takut kat najib pun susah. Kira sia2 gak akhirnya ugutan halus dorang neh beb.
kah kah kah
Ameno : Bekukan otak ko dulu, bertapa then baru jadi piem ye najib. Lantik awang adek jadi menteri kewangan? Itu antara tindakan bangang..
Alahaiii dok pong pang pong pang bersyarah kat aku pula isu gambar najib bersolat tanpa memahami perihal sebenar. Ko ingat aku ada kesah dengan gambar najib bersolat tue? Biar aku jawab satu kali dekat ko supaya ko nampak sikit apa isu yang aku persoalkan disini.
Aku bukan ada hal dengan solat najib. Sikit pun aku takde heran nak pergi menilai solat dia. Apsal pula pandai2 aku nak pergi tafsir nilai ibadat dia? Dia dan aku sapa sekarang? Kita orang sama2 hamba Allah swt. Yang layak menilai dan menentusahkan amal kita ialah Allah swt. Benda tue semua orang tahu lah beb. So tak payah pong pang pong pang cakap yang aku pergi menilai amal dia.
Isu kat sini bukan isu nak menilai amal najib. Tetapi cara najib yang mempromosikan imej islamik dia. Islamik sangat ke dia tue dengan mengupload gambar solat? Islamik sangat ke dia sampai perlu dia mempromosikan amal dia? Sebab tue aku cakap baik dia upload gambar solat dia dari subuh sampai ke isyak. Kalau boleh upload sekali dengan solat2 sunat. Biar nampak sangat imej dia itu islamik. Amacam? Boleh? Heh.
Utusan dan BH online pun pernah mainkan gambar dia bersolat. Siap jadi tajuk berita lagi. Itu semua dibuat untuk menaikkan imej islamik dia. Agar dia nampak baik dan islamik. Tapi islamik ke dia? Dia tak islamik pun pada aku tak kira berapa ratus gambar solat dia tersebar kat facebook pun. Lebih2 lagi tak islamik bila sendiri yang upload gambar ke twitter untuk raih sokongan. Untuk mendapatkan pujian. Pergi mampos. Aku tak termakan dengan helah bodoh tue. Kekejaman dia dalam bersih tidak hilang tak kira berapa ratus juta kali dia upload gambar solat dia.
Tak payah cakap dengan aku yang dia memang takde niat macam tue. Dia memang ada niat macam tue. Itulah fungsi facebook dan twitter dia. Dan dia juga akan ban komen2 yang mana melampau menjejaskan imej dia. Itu beza dia dengan dsai. Atleast dsai tak ban komen2 yang maki hamun tapi dia? Komen yang tak maki hamun pun dia ban. Itu yang dia cakap menerima pandangan semua rakan2 dalam facebook dan twitter? Fack lah!
Dalam banyak2 perdana menteri malaysia dia lah paling hebat main wayang. Dia boleh berlakon jadi macam2. Itu pasal dia upload gambar solat. Dia fikir dia boleh bina imej islamik dan soleh. Setelah macam2 kekejaman yang dia lakukan, dia menjenamakan watak dia sebagai pemimpin yang soleh dan pentingkan keserdahanaan dalam media baru? Adakah dia benar2 fikir bahawa langkah itu berkesan?
Kalau dia tanya aku, aku boleh bagitau dia, waima sejuta gambar solat sekalipun yang dia upload, ia tidak akan membantu memulihkan imej dia semula. Imej dia tercalar teruk akibat tindakan bodoh dia sendiri. Daripada isu menipu berhubung royalti minyak hinggalah kepada tindakan menipu dia mengenai perhimpunan bersih di media antarabangsa, imej dia tidak akan terpulih dengan gambaran konon nya dia islamik. Sedangkan dia bukan islamik langsung. Inilah hakikat sebenar. Dia menjenamakan diri dia seolah2 dia islamik dan mesra rakyat padahal itu bukan dia. Hakikat.
Hakikatnya ialah dia ialah pemimpin kepada sekumpulan penipu. Dia ialah pemimpin kepada sekumpulan penyeleweng. Dia ialah pemimpin kepada sekumpulan yang merompak wang rakyat. Inilah dia. Orang macam neh cukup2 bahaya. Dia pegang semua media dan bina jenama islamik seolah2 orang akan lihat dia berbeza dari mahathir tetapi dia lagi bahaya dan lagi dasat dari mahathir. Mahathir, sekejam2 dia pun, takde lak mainkan gambar ibadat haji dan solat untuk raih sokongan. Mahathir juga tidak pernah menaikkan minyak sekaligus 0.78sen lepas tue buat muka bodoh.
Sebab itu aku perli najib dengan ringan dalam isu gambar solat. Aku bukan tentusahkan amal ibadat dia. Aku cuma mempersoalkan kewajaran dia mempromosikan gambar dia bersolat. Heh. Belum cukup bagus. Aku tak termakan. <-- Direct kan?
Ameno : Belum cukup bagus. Kalau berani jadi lah imam.
Ini ialah gambar air kuning. Air neh macam air oren je. Tapi dalam gambar memang lah dia nampak kuning. Kalau tak dalam gambar pun memang dia kuning kekuningan walaupun nama dia air oren. Baru aku terfikir hal tue.
Nak tahu apa kaitan air kuning neh dengan najib? Malam tadi dikatakan berlangsung satu jamuan rakyat najib bersama rakyat malaysia di london. Dan air kuning neh ialah antara hidangan pada malam tersebut. Neh berupakan satu perli ataupun kebetulan? Tapi menurut blog ini, walaupun mereka hadiri jamuan makan malam tersebut tidak bererti mereka sokong najib. Owhh.. rupanya nak marah free je yer?
kah kah kah
Tapi apa pun selepas neh najib akan demam kuning. Demam kuning neh bukan macam demam bayi. Demam kuning ialah demam yang mana tak boleh lihat warna kuning. Kuning di mana2 sahaja untuk perli najib selepas neh.
kah kah kah
Nota : Ingat misi kita pada hari raya neh. Baju kuning kita semua. Sebarkan neh di blog dan twitter masing2.
Aku tiada apa-apa komen pasal gambar neh. Ada orang bagi gambar neh kat aku. Kata nya najib upload guna twitter dia. Tapi aku rasa bukan kot. Yang tangkap gambar neh lah yang upload gambar neh ke twitter najib. Pembantu khas najib yang mengendalikan twitter dan facebook najib.
Dan yang pasti dia bukan orang islam. Kalau dia orang islam apa kejadahnya orang tengah solat dia tangkap gambar ye tak? Tak pun dia perempuan? Tapi pelik gak apa kejadahnya pompuan buat kat saf lelaki semata2 nak amek gambar najib bersolat?
Tapi aku ada sedikit pelik bila tengok orang2 yang kat belakang tue.Kenapa dorang buat muka blur macam tue? Urmm gambar rosmah mansur bersolat taknak amek sekali ka? Saja je aku tanya. Rosmah kan cantik orang nya. Heh. Beginilah aku nak nasihatkan sikit kepada pembantu najib neh.
Dulu aku pernah menulis di facebook najib sebelum aku kena ban, aku tanya dia kat mana najib bersolat time dia pergi new york ari tue. Then sekarang tiba2 dia upload gambar najib bersolat jumaat. Which is, aku rasa dia baca rupanya komen aku. Thanks aku ucapkan.
Tapi sekarang aku dah tak boleh tanya pasal dah kena ban. Sekarang aku nak ko upload pula gambar najib solat subuh sampai ke isyak sewaktu dia di luar negara. Sapa2 yang belum kena ban, sila buat permintaan macam neh. Then kita tengok lepas neh ada ke tiada dia upload gambar najib bersolat dari subuh sampai ke isyak. Sekian.
Nota : Artikel ini tidak mempersoalkan tahap keimanan, menilai solat, ataupun mempersendakan ibadat najib. Sebaliknya memikirkan kerasionalan najib dalam mempromosikan solatnya sendiri. itu sahaja.
Video neh di ambil ketika polis menyerang kami. Aku sengaja lari sebab nak merakam aksi mereka yang menyerang kumpulan pendemo. Selain daripada merakam aku tangkap gambar dorang sekali. Tujuan nya sebab aku nak upload ke sini untuk paparan umum. Ini lah dia muka2 yang telah menyerang rakyat malaysia. Kalau korang kata mereka terima arahan daripada kerajaan untuk melakukan keganasan aku tidak setuju.
Bagi pandangan aku ialah kerajaan memang bagi arahan kepada dorang untuk menyuraikan orang awam. Tetapi tak semestinya pihak polis perlu suraikan dengan cara kasar dan keras. Mereka boleh je pilih cara baik dan tolak ansur. Yang jadi pasal bila mereka sendiri pilih cara keras untuk provoke orang ramai. Padahal benda kecik. Takde apa pun. Aku sampai ke hari neh hairan kenapa polis perlu guna kekerasan pada rakyat yang sama sekali tidak membuat ganas kepada polis?
Ini pula video sejurus sebelum aku ditahan polis. Aku sedang merakam suasana dan kemudian nya aku tiba2 di suruh pergi ke belakang jalan. Tetapi aku enggan. Aku mengunakan pelbagai hujah yang aku baca dari nota herman samsudeen sebelum neh. Macam2 aku cakap dengan polis. Aku taktahu kat belakang tue ada apa tetapi aku nampak polis bawa 2 orang lelaki kat belakang dan mereka tidak melawan.
Antara perbualan aku dengan polis yang aku ingat ialah ;
polis : pergi ke belakang tue kita nak amek id
aku : nak buat apa? amek id kat sini pun boleh.
polis : tak elok orang tengok neh. Jom pergi belakang.
aku : kenapa tak elok? Adakah polis melakukan kesalahan?
polis : haii dia neh banyak cakap pula. Pergi belakang tue sekarang <-- marah.
Betul kan aku cakap? Dia sendiri cakap tak elok then dia sendiri blame aku bila aku tanya kenapa tak elok? Ada satu ayat tue aku cakap macam neh kat polis "Pihak polis menjalankan tugas berasaskan perlembagaan, saya mengikuti undang2 perlembagaan, oleh itu saya berhak untuk tidak pergi ke belakang dan pihak polis boleh je lihat id saya di mana andai mereka menjalankan tugas mengikut prosuder yang ditetapkan"
Then ada pegawai polis lelaki berbaju merah [tidak memakai pakaian seragam] menyoal aku "are you lawyer? are you a lawyer"? Ceh.. speaking. Dia ingat dia sapa? Ingat kalau polis speaking kita kena buat2 bangang2 arh? Then aku tengok dia atas bawah. Apahal lah pakcik neh. Dah lah selekeh nak mampos. Aku mengumpat dia dalam ahti. Jangan2 itu je perkataan english yang dia tahu. "Tak. Tetapi itu tidak bererti saya tidak memahami dan mengetahui hak saya dalam perlembagaan".
Then ramai2 polis kemurun aku. Bukan satu atau dua. Tetapi sekumpulan polis. Perempuan dan lelaki bercampur. Ingat aku takut? Sikit pun tidak. Kami berhujah lagi kat situ. Aku tetap dengan sekeras kerasnya tidak mahu ke belakang. Dan last2 pihak polis mengalah. Dia cakap takpe, bagi je ID kat situ. Then aku cakap adakah selepas aku bagi ID aku akan dilepaskan? Jika tidak aku takmo bagi ID. Manalah tahu ini satu perangkap untuk menuduh dan meletakkan tuduhan yang bukan2 ke atas aku. Aku juga meminta masa untuk berfikir.
Dorang tiba2 berang. Dorang cakap aku suka banyak. Aku bukan cakap banyak. Aku cuma cakap benda yang betul. Bukan salah aku kalau aku hilang keyakinan dan kepercayaan kepada tugas polis. Mereka seharusnya mengkaji kelemahan diri sendiri. Barulah persepsi negatif tidak timbul. Then datang sorang polis dia cakap "bawa dia pergi belakang". Polis perempuan cakap "bawa je ke?". Then polis tue balas "bawa je". So dorang tarik dan tolak aku.
Aku cakap lah mana boleh buat macam neh. Neh dah langgar undang2. Mana boleh heret aku. Aku bukan buat jenayah ringan dan berat. Then polis pompuan 3 orang bergabung tarik aku. Dah lah aku cakap banyak kali, aku taknak ikut. Gengam tangan dan bahu aku kuat2. Buat lepas geram dia. Kepala hotak kau. Kalau nak tarik orang, tarik je lah. Apa pasal ko gengam bahu aku kuat2 sampai berbekas?
Aku paut kat tiang hitam tepi jalan tue. Dorang tolak aku. Celaka. Yang aku bengang tue, polis mana lak yang pukul belakang aku. Sepak kaki aku. Padahal aku dah berjalan masa tue. Kaki aku berdarah tahu tak. Aku ari tue jatuh motor, kena ekzos. Pepaham lah motor honda kan berat. Mana lah aku larat. Then polis celaka tue sepak tempat luka aku. Jahanam dowh. Sakit.
Sambil2 aku berjalan tue pun tolak aku. Aku sebelum neh dah keluarkan kamera dua kali. Aku dah on nak rakam. Polis rampas. Padahal aku dah cakap, aku nak rakam. Aku nak rakam semua perbualan dan perbuatan. Tapi dorang tarik kamera aku. Aku tarik balik. Apa ke gampang sangat? Mula2 aku cakap aku nak rakam, dorang cakap, arh rakam lah. Bila aku on suis dorang tarik kamera aku. Apahal? Dorang ramai nak mampos. Laki campur pompuan. Aku sorang je. So aku ada hak nak rakam semua nya. Kalau benar dorang buat tugas ikut prosuder, tak perlu takut dirakam.
Siap ada polis pompuan yang marah2 aku. Membebel tah hapa2. Tolak2 aku then cakap apa ko sibuk? Apa ko kesah? Padan lah muka. Babi dowh polis tue. Badan dia dah besar. Cengkam tangan aku. Dah kena pegang kiri kanan main tolak2 orang pula. Aku bengang aku sound lah balik. Aku minta ID dia. Sapa pun taknak bagi. Bangang. Ingat lepas ke? Kat dunia boleh lah tunjuk hebat itu pasal ramai2. Kalau akhirat ko kena balik gak.
Sampai kat belakang, macam yang aku suspect ada trak sedang menunggu. Heret aku nak ke atas trak tapi aku melawan. Aku cakap sebelum nak mengelabah letak aku dalam trak bagitau dulu apa kesalahan aku? Dorang cakap aku mengikuti perhimpunan haram tapi aku nafi.
polis : Awak tahu tak perhimpunan itu haram?
aku : tak tahu.
polis : habis apasal awak ada kat situ tadi? Barisan pertama. Ingat saya tak nampak awak ke?
aku : mana tahu itu perhimpunan haram. Itu perhimpunan apa pun saya taktahu. Saya tgk dorang kecoh2 saya pun rakam lah guna kamera.
polis : apsal awak rakam?
aku : best.
polis : best? Awak cakap best? Awak nak masuk penjara ke?
aku : takan merakam boleh masuk penjara? Sejak bila merakam itu satu jenayah?
polis : awak ada di tempat perhimpunan tadi. Sekumpulan dengan mereka. Itu pasal awak disini. Keluarkan id awak sekarang.
aku : saya taktahu apa2. Saya tgk dorang berhimpun then saya rakam. Sebab ini sejarah. Perkara macam neh nak jumpa 10 tahun sekalipun tak mungkin. So apa salah saya? [sambil aku bagi ic]
polis : awak dari mana? [dia tgk ic]
aku : cheras.
polis : awak buat apa kat kl?
aku : jalan2.
pakcik polis : lainkali jangan pandai2 menyertai perhimpunan haram. [polis yang lebih tua]
aku : okey pakcik, saya anggap pakcik macam bapak saya. Sekarang neh saya tatau apa2 pun. Tiba2 dorang heret saya ke sini dan tuduh bukan2. Ada sorang polis pompuan yang putih2 tue tolak2 saya dan gengam tangan saya kuat2. Lepas tue sapa tah sepak dan pijak kaki saya. apa id dia? Saya nak mengadu kelakuan dia. Dia serang2 peribadi saya dan cakap bukan2. Padahal saya tak kenal pun sapa pun. Bila saya minta id dia kat kakak polis tue, dia lari menyorok. Dan saya tidak bersalah.
Pakcik polis : Bak ic dia [polis yang pegang ic bagi kat pakcik neh]
polis : dia ada tadi kat sana. Duk depan sekali.
Pakcik polis : Awak buat apa kat sana?
Aku : rakam. Benda neh sejarah so saya rakam.
Pakcik polis : sejarah hotak kau. Sekarang macam mana? Ko nagis dulu.
Aku : Ngeee [purak2 nagis]
Pakcik polis : Budak2 mcm ko neh.. cepat sangat kena pengaruh..
Aku : Dah nagis dah pakcik. Sekarang lepaskan saya. Saya tak salah. Badan saya sakit kena belasah neh.
Pakcik polis : Sekarang neh saya bebaskan awak. Saya nak awak pergi dari sini ikut jalan sana. Jangan awak hampiri sini dan kawasan sebelah sini [sambil tunjuk tangan]. Pergi sana.Kalau nampak awak lagi, awak akan ditahan serta merta.
So aku bebas. Sambil2 menunggu kebebasan aku, aku nampak ada india kena tahan. Pakai baju kuning. Ditangkap depan maybank. Adakah kawasan situ kena rempuh? Aku tak berani keluar hp.
Aku nampak gak orang solat kat situ. Orang tue kena tahan. Tapi minta izin nak solat. Polis bagi nampaknya. Siap ada sejadah lagi. Maknanya ada gak polis yang ikut akal. Cuma bukan majoriti lah.
Polis pompuan yang escort aku keluar ikut jalan lain pesan kat aku bahawa jangan ikuti perhimpunan haram. Sekarang neh mesir di landa kebuluran. Nak makan roti pun mustahil. Aku diam je. Aku cakap dalam ahti. Sapa plak kasi info palsu kat ko, kakak weh. Yang sebetulnya aku rasa aku sebaya dengan dia. Tapi disebabkan wajah aku kebudak2kan maka dorang seme ingat budak2 lagi. Walaupun dah pegang ic aku tetapi dorang masih fikir yang aku neh budak2 muda lepasan sekolah.
So nak taknak aku kena lah jarakkan diri dari bangunan maybank tue. Padahal aku nak pergi sana. Badan aku plak sakit2 dan melekat kotoran. Aku kena cari tandas untuk bersihkan diri. Ada baik nya gak aku singgah sogo dan jumpa nenek brutal dulu. Then sampai sogo lepas aku bersihkan diri aku duduk buat hilang penat dan sakit. Aku duduk sebelah pelancong indonesia. Aku dengar dorang berbual pasal perhimpunan haram. Tapi dorang tak kutuk2. Dorang cakap satu perubahan positif pasal kerajaan malaysia zalim. Dorang bual guna bahasa dorang. At least aku tahu rupanya orang indonesia pun ada yang amek tahu hal ehwal semasa malaysia.
Lepas tue aku sambung melepak dengan nenek brutal. Dah habis jumpa dia dengan mak dia, aku gerak naik lrt. Dalam lrt memang best. Siyes. Aku suka pengalaman aku dalam lrt. Sebab dalam lrt lah aku jumpa macam2 orang yang nak pergi perhimpunan. Mula2 aku naik lrt, masing2 muka sedang memikir je. Yang aku neh pula tunggu punya tunggu apsal lah si lrt neh tak lalu plaza rakyat? Aku nak berhenti kat situ.
Korang tahu tak? aku turun naik 3 kali lrt baru aku tahu yang lrt tak berhenti kat plaza rakyat.
kah kah kah
Yang buat aku tahu bila aku dah geram. Aku cakap lah kuat2. Apsal lrt neh tak berhenti kat plaza rakyat hah!!! Then memasing pandang aku. Pakcik2 yang tengah heboh citer pasal bersih balas cakap ;
" adik nak pergi mana? lrt tak turun sana. dah tutup"
"laaa yeke? mana tahu? tadi elok je buka"
"itu tadi. kita orang neh dari kl sentral. baru lepas lari ke sini. nak rehat dulu."
then ramai2 gelak.
aku tengok lah muka dorang sorang2. Ada cina ada india ada melayu.
"habis tue camne neh kita neh?"
Ceh. Berbincang pula aku dengan kumpulan pakcik tue untuk menyertai demo dalam lrt tue. Padahal aku pun tak kenal dorang sapa.
kah kah kah
"adik turun dulu. adik muda lagi. pakcik2 neh nak rehat. charge bateri"
then ramai2 gelak.
" Hehehe.. charge bateri lah pulak.."
"Sekarang tung sin hospital kena serang. SMS sampai."<-- uncle cina
"Arh.. tung sin? Saya nak pergi situ lah neh. Member saya kat sana. Kena serang tadi. Sakit tangan dia. Sebab berebut2 panjat pagar. Dorang serang water cannon dalam hospital gak"<-- aku menyampuk
"Macam2 mana.."
Gabungan pakcik2 sebersih tengah dicuss langkah2 nak pergi brhimpun. Aku plak pasang telinga.
Then amoi sebelah aku tanya. "Macam mana?""Entah. Saya pun taktahu." Amoi neh nak pergi berhimpun gak ke? Aku tanya dalam ahti.
Sampai station pudu. Pakcik tue suruh aku turun. Turun2 sini. Napa pakcik? Adik turun sini pergi tung shin. Jalan kaki jauh sikit tapi kuatkan semangat tue.
Aduhaii.. pakcik neh. Aku dah lah pemalas nak jalan. Tapi aku turun gak. Ikut nasihat orang tua. Aku jalan perlahan2. Dan aku jumpa ramai rombongan orang dari arah bertentangan. Macam2 bangsa ada. Cina india melayu semua cukup. Bila aku dah letih aku lepak kat bus stop. Aku lepak dengan sekumpulan pakcik2 yang dalam usia 40 tahun ke bawah. Tadi dalam lrt 40 tahun ke atas. Aku dengar je dorang sembang.
Rupanya dorang baru lepas kena serang dengan water cannon. Dorang bercerita pasal lari laju. Ceh. Berlumba rupanya. Dorang bertanding sapa lari paling laju untuk selamatkan diri masing2. Ada 3 melayu 1 cina. Aku tak pasti 3 melayu tue betul ke tidak. Sebab aku tengok sorang muka melayu tue cam cina. Sebijik. Tapi fasih gila bercakap melayu. Then aku tanya kena serang kat mana? Dorang cakap depan puduraya. Owhh.. aku nak pergi tungshin. Aku citer kat dorang. Then pakcik cina bagitau arah. Dia cakap nak pergi klcc sekarang. Dorang kat situ.
Peh tue pakcik melayu jawab. Laa ko tak puas lagi ke? Cukup lah tue sama2 dah merasa tear gas. Bagi peluang kat orang lain plak. <-- dia tunjuk aku dowh. Hampeh. Ingat tear gas tue kuih raya ke? Boleh plak sama2 merasa. Aduhaiii pakcik neh. Aku senyum je dan teruskan perjalanan. Semakin aku menghampiri lokasi semakin ramai orang yang aku jumpa. Rata2 mereka dibasahi. Memang baru sangat lepas kena serang.
Then aku berhenti lagi. Aku duduk depan kedai serbaneka. Aku tak pasti samada ia seven eleven ke apa. Aku rakam video neh. Aku dapat tahu polis tengah bersiap sedia nak pergi ke klcc. Sebab peserta demo dah berkumpul kat sana.
Masa neh lah aku jumpa saksi pertama [cakap berdepan] bahawa pihak polis serang hospital. Kakak neh aku tak kenal dia sapa. Takan bangang2 dia nak tipu aku? Lepas rehat 5 minit aku sambung jalan dan sampai depan hospital. Memang ramai orang kat dalam hospital. Kat sini lah aku jumpa wartawan dari awani. Wartawan awani interview pemerhati suhakam. Dorang tanya macam2 tapi hairan awani tak siarkan pun. Aku suspect ia tak boleh tak disiarkan.
Antara perkara yang aku ingat ialah pemerhati suhakam melaporkan polis bertindak zalim dan kejam kepada peserta perhimpunan yang tidak melakukan apa2. Seharusnya media dibenarkan memberikan laporan telus tentang serangan polis kepada rakyat. Kita tidak mahu ada kekangan media dan penipuan maklumat. Dan ada wartawan dari singapore juga melaporkan hal tersebut.
Buat pertama kali nya aku mendapat persepsi baru tentang awani. Aku dapat rasakan bahawa mereka cuba menjadi telus. Tetapi mereka dihalang untuk melaporkan kebenaran. Sebab itu kadangkala aku dapat rasakan bahawa awani ada bagi klue dalam berita mereka. Kadangkala mereka cakap lain tetapi gambar lain yang dipertontonkan. Seolah2 nak mengajak penonton berfikir. Ini bermaksud sangkaan aku ada benarnya. Selepas aku tengok mereka interview sana sini aku pun duduk kat sebelah uncle cina yang sedang bersembang dengan mat saleh.
Mat saleh tanya macam2 soklan kat uncle tue. Especially tentang polis yang tembak tear gas. Mat saleh tue siap buka baju lagi. Aku senyum2 je dengar uncle tue citer. Ada satu soklan tue mat saleh cakap ini kah layanan negara islam kepada rakyat? Then uncle cina tue jawab. Tidak. tidak. Jangan salah anggap. Ini bukan cara orang islam handle situasi. Ini cara sekular. BN itu sekular. Malaysia ialah negara sekular. Bukan islam. [Mereka sembang dalam english]
Aku tengok uncle dalam2. Terharu dowh. Uncle tue pun tahu islam macam mana. Mungkin juga uncle tue muslim. Dan aku taktahu. Tapi siyes aku rasa terharu sangat. Pasal dari loghat percakapan dia, aku yakin dia berbangsa cina. Soal agama aku kurang pasti. Cuma aku rasa kalau wujud satu uncle yang berpendapat begini tak mustahil ramai lagi orang2 cina faham bahawa layanan islam kepada rakyat bukan begini caranya.
Ada satu benda yang aku terfikir2 dua tiga hari sebelum perhimpunan bersih 2.0. Maybe juga aku kena hasut dengan orang umno. Dorang cakap orang cina takan sertai perhimpunan bersih 2.0 sebab dorang pentingkan duit dan kekayaan. Tetapi semasa aku sendiri menyertai perhimpunan neh aku dapati memang ramai orang cina sertai perhimpunan bersih 2.0. Dari dalam bas sampai lah ke destinasi tak henti2 aku jumpa orang cina yang menyertai bersih. Nampaknya keraguan aku tidak munasabah. Soklan yang tak patut wujud dalam minda aku. Soklan yang aku kena buang jauh2 untuk bersih 3.0 kelak. Sekian
Nota : Video peribadi di upload guna youtube walau rasa kelakar. Hahaha. Bye.
Untuk video klik sini dan sini kalau kat atas tue takley load.
Ameno : Sapa ada pengalaman bersih kat klcc?
[ADS] BH bagi duit, amek. Hehehe.. ada contest xplore kat sini
Macam mana nak jadikan blog korang mesra mobile supaya apabila seseorang membuka blog korang melalui handphone ia akan cepat load dan memudahkan urusan dia? Kira takdelah dia tunggu lama nak mampos di mana benda2 yang tak perlu tidak akan di load sekali dalam mobile dia sampai dia rasa menyemak dan last2 pangkah je blog tue untuk habiskan citer! Hehehe...
Aku pun tak pernah terfikir benda alah neh. Tapi tadi ada plak pembaca yang suruh buat so aku pun buat lah. Entah jadi ke tidak aku tatau sebab belum test lagi. Pada sesiapa yang browse guna handphone boleh je kot check. Cara nya memang mudah sangat. Sampai aku merasakan yang aku neh memang jenis pemalas. Punyalah hampir setahun aku berblog, function tue aku baru jumpa. What happen? Maybe terlalu seronok mengumpat kerajaan sampai aku malas dah nak godek2 hal ehwal blogging neh.
kah kah kah
Cara2 nak jadikan blog korang mobile friendly ialah ;
1. Pergi dashboard
2. Pergi setting
3. Klik kat email dan mobile
4. Preview - kalau nak tengok paparan blog korang bila dalam mobile
5. Save.
Tambahan. Ada lagi benda korang kena buat. Tutorial neh incomplete. Aku rasa lah. Sebab ada orang dah test tapi tak menjadi katanya. Korang masuk ;
Tutorial season dah mai. Nak rileks jap. Aku baru tahu benda alah neh tadi so nak share kat sini untuk kemudahan kekawan kelak. Korang nak tahu tak apa kepentingan benda alah neh? Kegunaan benda alah neh ialah ;
1. Masukkan HTML redirect google image search di blog - bila orang search image yang ada kaitan dengan blog ko - hasil paparan search [result of search image] akan memaparkan blog ko bersama dengan image yang berkenaan.
2. Tanpa HTML redirect google image search di blog - bila orang search image yang ada kaitan dengan blog - dia hanya paparkan image dan di belakang [background] ialah blank - bila dia pangkah x kat gambar image - baru masuk ke blog ko untuk image detail dan etc.
Itu kalau dia pangkah image. Kalau dia save terus dari sana, maka dia tak perlu pun masuk blog ko kan? Elok buat benda neh sebab boleh tambah traffic. Aku dah cuba tadi. Memang berjaya. Hopefully kekawan yang ada blogspot pun buat untuk sama2 tambah traffic memasing.
Ini step dia ;
- Mula2 pergi dashboard - design - edit html - cari neh ==> </body>
Macam biasa bagi memudahkan pencarian korang kena type ctrl + f.
Dah jumpa? Pastekan benda alah neh di atas word neh. Contoh
</body> <-- paste code atas di atas perkataan neh.
Lepas tue save dan boleh cuba hasil sendiri. Search image atas nama image yang korang save kan. Nama image sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam SEO dan menaikkan PR masing2. Aku akan update pasal neh lainkali. Sekian.
Ya. Betul. Ini ialah satu persoalan yang najib kena jawab. Lihat gambar di atas neh. Gambar di atas neh membuktikan yang najib telah membawa anak dia sekurang-kurang nya ke UK. Manakala yang kat depan anak dia itu dipercayai adik najib, nazim. Apa alasan yang najib untuk membawa nazim dan ashman ke UK?
Adakah ashman memang belajar di sana? Kalau ya dia belajar disana aku boleh anggap isu neh selesai. Tetapi bagaimana pula dengan adik najib? Adakah dia belajar di sana juga? Bukan kah dia itu bekerja di malaysia? Jika andaian aku benar, sepatutnya adik najib datang bersama2 najib dari malaysia ke UK dalam satu kapal terbang. Dan ini sesuatu yang pelik kerana tv3 melaporkan najib bersama delegasi KERAJAAN tiba di UK pada sekian2.. bila tv3 sebut je delegation kerajaan <-- orang2 yang bekerja dengan kerajaan.
Nazim ini bukan kakitangan kerajaan pun. Adakah najib membawa dia untuk dijadikan kroni? Nazim neh dah kaya nak mampos. Dia boleh pergi balik UK guna duit dia sendiri. Kita tak perlu tanggung segala bagai kos lawatan dia kat sana. Tak peduli apa fungsi dia dengan kerajaan yang pasti dah takde ke muka2 lain yang boleh diberikan amanah untuk bekerjasama dengan najib dalam menarik pelaburan masuk ke malaysia? Kenapa perlu adik najib? Owh.. kebetulan dia berkaliber time najib berkuasa?
Seseorang tue kalau berkaliber dia tak perlukan sokongan najib pun. Dia boleh je membina rangkaian perniagaan dia sendiri. Tetapi kalau nak sampai ke mana2 hala pun dok bawa dan usung satu keluarga dia, itu apa? Nak marah persepsi orang? Nak marah persepsi rakyat? Persepsi yang sama lah yang menyebabkan menantu nik aziz kena lepas jawatan. Aku cukup2 suka menantu nik aziz melepaskan jawatan dia dulu. Bagi aku kalau dia hebat sangat, biar dia berkerja dengan orang lain. Jangan dok dekat2 dengan kepimpinan bapa mertua pasal orang akan hadir persepsi.
Begitu juga dengan kes adik dan anak najib neh. Gambar anak najib jelas terpampang ikut bapa dia ke sana. Fungsi dia aku taktahu apa. Yang kalau aku tahu dari kl sampai ke UK dia ikut bapa dia itu bermaksud dia dan nazim telah ditaja oleh rakyat malaysia. So apsal pula rakyat malaysia tak boleh rasa marah?
Dan kalau ada gambar nazim depan2 [nampak muka] bahawa dia pun memang terbukti menyemak sekali dalam rombongan neh memang sah lah layak najib dapat maki. Belum clear lagi beberapa isu so aku hold dulu urusan nak maki najib. Dah clear semua, kita maki najib ramai2. Jangan cari pasal dengan buang duit rakyat. Duit rakyat bukan duit bapak kau walaupun arwah bapak kau ialah bekas PIEM. Ingat tue.
[ADS] Tiket free malaysia lawan chelsea nak? Klik sini
[ADS] Contest untuk ibu-bapa. Pilih 3 jawapan terbaik dan menang hadiah disini
[ADS] Celcom tawarkan jersey yang ditandatangani oleh pemain chelsea. Nak? Klik sini
Ameno : Rosmah minat beli belah di harrods? Berapa juta habis? Heh.