Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Saturday, August 6, 2011

Google translate cari pasal dengan rakyat malaysia.

Kepala hotak kau lah. Apahal pula tiba2 nak mengaitkan makna bangladesh dengan malaysia? Gila2 aku tak puas ahti. Tengok bawah neh hah ;

Google translator neh dah sewel. Kalau google search tue ada maafnya lagi. Ini translation. Takan pula makna bangladesh tue malaysia dalam bahasa melayu? Ada ka bangladesh tue english yang bermaksud malaysia? Lagi lah tak masuk akal sebab bangladesh tue kan memang nama negara. Pusing2 dalam bahasa english ka bahasa ka mesti kait2 dengan bangla gak. Musykil yang amat aku.

Agaknya ini lah pasal patriot bagi baju free kat bangladesh.. jangan2..

kah kah kah

1malaysia betul lah macam neh. Suruhlah 1kampung bangladesh mai malaysia terus. Senang. Habis citer.. tak sangka google pun iktirafkan bangladesh sebagai malaysia.. anyway apa kata kalau korang rajin bila korang check benda neh kat google translate sila pilih offensive kat ruangan "rate" tue. Lawak, lawak juga. Tapi benda neh siyes satu persinggungan <--  [ bahasa bangla kot neh.. ] yang amat2 besar buat kita rakyat malaysia.. siyes menyampah lah plak bila tahu.

Ameno : Patutnya bangladesh = patriot. Bukan nya malaysia. Huh

Friday, August 5, 2011

[VIDEO] Fitnah besar terhadap DAP!

Fitnah besar terhadap parti DAP. Video ini memaparkan fitnah yang maha hebat terhadap pakatan rakyat khusus nya parti dap. Ada 3 elemen bangang diserapkan dalam video neh ;

1. Promosi suratkhabar utusan dan mengutuk suratkhabar harakah. Walaupun bukan semua yang ada dalam harakah tue bagus tapi jika dibandingkan dengan utusan.. tolonglah! Tak terbanding sebab utusan memang dah nazak habis.

2. DAP punca harga barang naik di malaysia. Ini fitnah. Video neh mengatakan semua peniaga besar cina menaikkan harga barang di malaysia adalah berdasarkan kepada arahan dap. Ini kerana peniaga2 neh sokong dap lalu mereka menaikkan harga barang bagi membebankan rakyat. 

Sejak bila pemilik gula [felda] + beras + tnb + air = menyokong dap? Aku taktahu pun. Ko ingat bila dap arah peniaga tue naikkan harga barang, dorang akan setuju? Tengok contoh di bawah neh ;

dap : Oi peniaga, ini malam saya mahu awak naikkan harga gula 100%. Ikut arahan saya.

peniaga : lue sapa? 

dap : saya dap ma. Awak sokong saya kan?

peniaga : so? lue sapa panggil saya suka2 bikin naik harga barang? saya robot ka? lue remote ka? politik lain cerita, saya punya bisnes lain cerita. Lue mao naikkan harga barang guna lue punya kedai, guna lue punya bisnes. Jangan suka2 guna saya punya bisnes. Bodoh liawmahsengchingshihlahlei

Nampak? Gila apa? Kalau dap arah dah tentu sah2 peniaga2 akan fikir dap gila. Dari orang sokong terus jadi tak sokong. So mana ada logik yang dap nak buat benda macam tue? Mengarut gila.

3. Promosi kedai 1malaysia. Nak promote, promote lah der. Apa kena mengena dengan pakatan rakyat pula dalam isu neh? Pongpang2 kutuk pr padahal motif cuma nak promote kedai 1malaysia je. Isi pasal 1malaysia yang nak di promosikan tue cuma 3,4 kali je dorang sebut selebihnya dorang kutuk dan fitnah PR. Yang tak tahan tue siap tokok tambah cakap barang 1malaysia lebih murah dari 30% hingga ke 70%. Aduhhhh myfoot betul lah. Neh pun aku rasa dah melebih2 over aku menulis neh.

Tak perlu lah menipu sampai macam neh. Kedai neh terhad. Bukan ada di seluruh malaysia maka mungkin ada yang tertipu. Andai kerajaan boleh jual murah macam tue napa tak diperluaskan lagi rangkaian tersebut kepada peniaga2 yang biasa dan yang dah lama berniaga? Nampak tak permainan kat sini. Sebab tue aku cakap myfoot.

Seterusnya sila tonton sendiri video bawah neh. Nak gelak boleh. Nak sebarkan pada pemimpin2 pakatan terutamanya kepada dap pun boleh. 




Klik sini andai tak dapat tengok video di atas.

Ameno : boleh tak suka dap.. tapi biar atas landasan fakta bukan fitnah..

Onar pendatang asing di malaysia..

Geram betul lah aku tengok pengemis neh. Pengemis bukan sebarang pengemis. Pengemis import daripada kemboja sana. Korang tengok paparan gambar kat bawah neh terlebih dahulu ;



Owh sedihnya aku tengok dia. Kaki kena jerangkap samar tue. Sebab tue lah kudung. Orang islam di malaysia pula memang pemurah gila2. Biarlah susah macam mana pun insya-Allah asal dapat derma kita derma.. sekarang tengok gambar kat bawah neh pula ;



Arh sudah.. ada kaki rupanya. Walaupun kaki palsu still ada kaki lah kan. Dah tue napa time mengemis tadi tak bawa kaki sekali? Awat tinggal kaki tue? Ada shift macam kerja kilang ka? Itu baru hal pertama. Hal kedua lebih gempak. Tengok bawah neh ;



Laaa.. simpan kopiah ye pakcik? Awat? Kopiah tadi tue perhiasan buat raih simpati ka ataupun nak tunjuk kat orang yang pakcik tue orang islam? Sedih neh.. tak pasal2 islam juga yang dapat nama buruk..

Pakcik kat atas neh orang kemboja dan dipercayai bukan orang islam. Dia datang dari jauh dan cari rezeki di malaysia disebabkan kesusahan hidupnya di negara asal. Bayangkan kalau dia mohon status warganegara? Di malaysia neh dengan menetap selama 10-12 tahun sesiapa pun boleh meminta untuk menjadi warganegara. Senang beb. Senang gile. Sapa tak sakit ahti macam tue?

Kalau dia cari rezeki dengan cara baik ada maafnya lagi. Tapi cara pakcik neh phetatic. Bukan pasal dia mengemis. Aku sejujurnya boleh faham kenapa dia mengemis walaupun aku tahu itu bukan cara yang bagus. Tapi yang aku tak boleh terima cara dia guna kopiah untuk tarik simpati. Perkara neh buat aku rasa sayu. Islam digunakan untuk cari duit?

Itu belum masuk lagi berjuta2 lemon warga kemboja yang meniaga merata2 di malaysia sehingga berlaku perebutan tapak2 di pasar malam dengan peniaga melayu. Aku faham kerajaan nak bantu dorang. Tapi yang aku tak boleh faham perlu ke bantu dorang sehingga rakyat sendiri terpinggir? Kita dipijak dibumi kita sendiri. Terang dan tersembunyi. Hak kita semakin menipis. 


Nota : tolong jangan hina pakcik neh. Dan artikel neh bukan untuk mengaibkan pakcik neh. Harap maklum.

Sumber : sini

Ameno : Haizhh.. <-- mengeluh lagi.

Bila orang islam sendiri hina islam..


Aku agak tersinggung bila menonton video neh. Aku sungguh baru tengok benda alah neh meskipun video neh berada di pasaran youtube pada tahun lepas. Sesungguhnya aku tak faham motif bebudak neh buat macam neh tapi jelas ianya menyinggungkan perasan aku sedikit sebanyak.

Mungkin mereka berniat bergurau. Tapi perlu ke macam neh? Maksud aku perlu ke nak kutuk dikir barat dengan mengalunkan kalimah zikir? Jangan disebabkan kebencian ko kepada dikir barat ka dikir timur ka apa ka ko melepaskan geram terhadap islam pula.

Sedih tengok bila orang islam sendiri tak sensitif. Apa pula nak mengharap pada orang bukan islam untuk sensitif dan berpada2 pada hukum islam bilamana ada golongan yang macam neh? Mungkin mereka dah berubah. Aku taktahu. Yang aku tahu aku sedih tengok perlakuan mereka. 

Ameno : Haizhh..

Tutorial : Cara pasang iklan nuffnang di sudut bawah tepi blog.

Muahaahah.. aku suka benda alah neh. Dah lama aku nak cari macam mana nak buat iklan nuffnang neh berada tetap letaknya di dalam blog. Sekarang aku dah tahu. Caranya mak aiii senang gila. Aku sampai terguling2 happy pasal senang gilee nak proses benda neh.

kah kah kah

Okeh mula2 bagi korang yang taktahu apa maksud cara nak pasang iklan nuffnang di sudut bawah tepi blog neh aku cadangkan korang cari iklan nuffnang sidebar blog neh terlebih dahulu. Okey.. dah cari? Baik.. itulah dia. Hehehhe.. sebelum neh dia ada kat atas kan? Sekarang neh kat mana korang pergi kat bawah screen komputer korang lah dia akan terperuk.

Nak buat macam tue? Boleh. Meh aku sharing ilmu neh kat korang. Walaupun pada hakikatnya aku pun rembat ilmu neh dari orang lain.

kah kah kah

Mula2 korang copy paste dulu code kat bawah neh ;


<div style='position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;'> kod iklan nuffnang </div>


Nota : Aku copy paste ayat dia je tapi tah macam mana dengan box2 neh sekali appear dalam artikel neh. Apsal hah?

Then ;

1. Masuk dashboard

2. Pilih blog yang nak edit [bagi yang ada blog lebih dari satu]

3. Cari design

4. Pergi kat widget iklan yang korang nak edit [nuffnang ka, innity ka, advertlets ka]

5. then paste code di atas tue. Ataupun tengok bawah ;

<div style='position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;'> kod iklan korang  </div>

6. Klik save.

Part left tue boleh digantikan dengan right. Maksudnya kiri kanan tue adjustable. 

7. Peh tue korang leh review lah hasilnya. Benda neh senang gila. Kalau tak jadi kat blog korang tak reti lah aku nak cakap apa dah.. 

kah kah kah

Dah gi buat memasing2 pada yang ada blog tue..

Untuk wordpress pun boleh. Klik pada sumber yer.

Sumber : sini

Ameno : Macam mana nak letak iklan text tukar2 plak arh? Ada sesiapa tahu? Kat wordpress je selalu ada.

Thursday, August 4, 2011

Azmin dan nasution rupanya pendatang...

Tah hapa tah yang kantoi. Aku tak faham. Aku siyes pelik neh. Blogger umno cakap bahawa pr dah kantoi dalam isu mismah sebab angka 71. Ini disebabkan angka 71 juga terdapat dalam ic si azmin dan nasution. Menurut info si GAP neh lah. Aku tatau samada dalam lampiran gambar di bawah neh memang betul2 ic mereka ataupun tidak.





Aku dah cakap awal2. Kisah mismah neh bukan bermula di malaysiakini. Rujuk sini. Lagipun hasil pembacaan aku di malaysiakini, malaysiakini tak main pun no 71 tue. Aku? Aku pun tak main whorr..  so sapa yang main?Bloggers umno je yang main aku nampak.

lihat sini pasal mismah yang aku tulis ==> sini dan sini

Ada nampak aku main isu angka 71? Tak pown. Dalam isu posting naseem memang ada aku main pasal angka 71. Tapi bukan untuk hihglightkan pasal angka tue. Sebaliknya nak menunjukkan bahawa rakyat pakistan pun ada IC di malaysia [berdasarkan nama + usia dia]. Kisah nya begini ;

Naseem umur = 58. Katakanlah dia datang ke malaysia pada tahun 20 tahun yang lepas [sebenarnya era2 kebanjiran pakistan neh dalam 10 tahun kebelakangan neh aku rasa]. Still tak sepatutnya jadi warganegara yang mana dengan mudahnya mendapat segala hak rakyat malaysia macam orang malaysia yang lain. Tapi nampak gaya rupanya dengan hanya menetap 12 tahun ke atas sesiapa pun boleh jadi warganegara malaysia ataupun sekurangnya2 penduduk tetap. Bukan aku tulis pasal tue. Korang boleh baca sendiri disini.

Untuk pengetahuan korang kat sini ada pasangan suami isteri singh yang tak reti cakap melayu. Tapi claimed orang malaysia. Tapi anak2 dia bagitau yang mak bapak dia dari india. Anak2 dia tue ada 2 orang. Umur 13 tahun sorang dan 9 tahun sorang. Dan anak dia yang sulung lahir di india. Nanti aku terai tanya pasal ic dorang. Budak2 neh senang sikit nak tanya. Kalau aku tanya mak bapak dia kena lempang lah jawabnya.

kah kah kah

Tapi kan korang fikir tak apa yang aku fikir? Apasal dorang beria2 sangat citer pasal 71 tue hah? Kita pongpang pasal ic merah dorang pongpang pasal 71. Ini something fishy yang kita kena alert. Mereka nak selindung something2 neh beb. Siyes cakap.

Dan member aku kata pula, kenapa angka 71 untuk pendatang disamakan dengan no rakyat malaysia yang lahir diluar negara? Ko tak rasa ka apa yang aku rasa neh kin? Benda neh ada makna mendalam. Bukan tak boleh guna no lain tapi memang sengaja taknak. Pasal apa? Pasal nak mewujudkan kekeliruan. Keliru sikit je, hujah pengundi hantu akan jadi pertikaian SPR. Itu pasalnya. 

Aku rasa point dia memang betul. Sepatutnya rakyat malaysia dan pendatang yang apply untuk jadi rakyat malaysia dibezakan dari segi code. Tapi entahlah. Susah gak nak faham motif JPN neh selagi mana kita tak kenal mana2 pengubal code2 bagi no ic neh. Kalau dapat info pasal tue pun cantek gak. Kalau main tulis pun itu hanya sekadar spekulasi je. Fakta takde beb.

Ameno : Dorang yang kantoi, dia kata kita pula.

Pas, iklan tv9 yang boring dan permainan politik.

Maaf cakaplah ye. Aku mempunyai pandangan yang berbeza dengan pas dalam isu iklan tv9 neh. Aku rasa apa yang pas dan pakatan rakyat cuma buat ialah main politik. Mula2 korang pongpang2 mengamuk pasal iklan 8tv. Lepas tue pongpang2 mengamok pasal iklan tv9. Mereka gagal cari kelemahan iklan raya yang teruk macam tahun lepas kali neh tah hapa2 punya iklan asal dapat bantai mereka bantai.

Mereka bantai dengan mengabaikan roh. Maksudnya disini mereka main balon je asal boleh balon tapi sebab2 nak membalon iklan neh tiada ataupun tidak konkrit. Lihat bawah. Iklan yang dikatakan mentertawakan ibadah sahur di bulan ramadhan tue ;



Aku paksa diri aku. Aku paksa diri aku cari point untuk balon media prima berlandaskan iklan neh. Sama macam aku paksa diri aku cari point untuk balon 8tv pasal iklan mereka. Tapi pemikiran aku tak jumpa. Benda kat atas neh ialah iklan biasa. Iklan lawak yang sangat2 biasa. Iklan yang ada hampir tiap2 tahun di malaysia. Apa sebab iklan neh jadi berbeza pada tahun neh selepas tv3 dikecam teruk pada tahun lepas? Lue fikirlah sendiri.

Motif iklan neh pun jelas mempromosikan program hotradio dalam tema ramadhan. Of course lah ia akan membawa iklan yang mempertontonkan imej lawak dj2 radio berkenaan. So apa masalahnya? Takde pun aku nampak dorang hina ataupun memperlawakkan sahur. Aku tak terhibur langsung tengok iklan neh. Aku tak terhibur sebab lawak dorang lame. Lawak yang dah biasa aku tengok.

Bab aurat tue memang betul. Tapi bukan iklan neh je. Ada banyak iklan. Ada banyak drama. Apa sebab aurat dalam iklan neh je yang dipersoalkan?Boleh nampak tak? Benda neh just permainan politik. Dan ianya sangat boring. Daripada pas pongpang2 pasal benda neh lebih baik mereka pantau iklan tahlil berbayar di laman web mereka. Iklan yang mana satu lebih jelas menghina ramadhan neh? Iklan tersebut masih wujud di website harakah sehingga hari neh. Boleh semak sendiri. Baca sini pasal tahlil berbayar.

Jangan sia2kan bakat melukis dan kreativiti anda, mari sertai contest nescafe dan menangi rm10ribu 

Ameno : Menentang dengan emosi itulah yang dapat.

Wednesday, August 3, 2011

Isu Lim Guan Eng makan dengan orang islam dan isu iklan 8tv yang tak racist pun..

Pertama aku nak ulas isu lim guan eng. Aku tak nampak ada apa2 masalah disini apabila lim guan eng makan bersama orang islam di bulan puasa. Lihat gambar di bawah neh ;


Di atas neh ialah lim guan eng. Dia neh ialah pemimpin pakatan rakyat dan ketua menteri pulau pinang. Atas kapasiti seorang pemimpin yang berbangsa cina maka suka ataupun tak suka dia kena layan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Agama dia menyatakan bahawa tiada masalah pun andai dia perlu menghadiri majlis berbuka puasa bagi memenuhi permintaan rakyat muslim.

So dia buat. Jadi apa masalahnya? Adakah dia bersalah apabila menunaikan tanggungjawab sebagai ketua menteri? Ada sapa2 paksa dia bersolat ka? Tak pun. Ada sapa2 suruh dia bagi tazkirah ka? Tak pun. So apa je nak argue benda remeh macam neh? Nasib baik dia tak bagi apa2 ucapan pada hari tersebut. Andai dia bagi silap2 orang umno akan menfitnah dia sedang memberikan tazkirah pula.

Memang ada ramai orang islam di penang. Tapi ketua menteri pulau pinang cuma satu dan ianya ialah lim guan eng. Kalau tak suka nak buat macam mana? Sapa suruh engko orang undi gerakan bertahun2 di penang sehingga cina menjadikan pulau pinang kubu kuat mereka? Semua pun tahu dinasti cina vs dinasti mamak kat penang tue. 

Itu ialah masalah yang korang buat sendiri. Bertolenrasi lah. Sekurangnya2 lim guan eng neh masih lagi mahu melayan dan memenuhi permintaan orang islam berbanding koh tsu koon tue. Semua pun tahu tsu koon tue racist yang amat. Bukan sikit2 alah racistnya.

Aku sejujurnya tak nampak lim guan eng buat kesalahan andai dia menganjurkan majlis berbuka puasa, berbuka puasa sekali ataupun menderma wang untuk tujuan berbuka puasa. Semua itu dia perlu buat atas kapasiti dia sebagai pemimpin pulau pinang dan kebetulan tiada kekangan dalam agama yang dia anuti.

Jangan bagi alasan fakir miskin, anak yatim, dia tak dapat pahala etc. Apabila tahu kewujudan fakir2 miskin di satu2 tempat, memang ramai orang bantu. Begitu lah juga dengan anak yatim. Walaupun kebanyakkan kes kita tengok di negeri2 umno sendirilah fakir2 miskin neh tak terbela. Mungkin kurang informasi. Malas nak cakap lebih2.

Tapi di tempat2 PAS [bercakap berdasarkan pengetahuan semasa aku] kita amek anak2 yatim dan orang miskin neh belajar mengaji pondok sambil berkerja. Kita bagi tempat tinggal + makanan + pakaian + ilmu agama + sekolah = secara percuma all. Semua foc. Tapi dengan syarat mereka harus lah terlibat dalam aktiviti2 masjid dan surau. Macam aktiviti memasak di bulan puasa bagi menjamu jemaah. So dia kena buat. 

Jadi ko, orang yang pongpang2 pasal fakir miskin, apa ko buat? Pongpang2 je? Pahala ke tak berpahala ke itu urusan lim guan eng. Dia rela nak buat, tapi ko sibuk pasal pahala dia? Perlu ke? Ko susah apa dia takde pahala? 

Isu kedua pula pasal iklan 8tv . Aku rasa semacam ada yang pelik bila orang islam tak faham mesej di balik penyampaian iklan terbabit. Aku boleh nampak jika wujud ketidakfahaman orang cina dalam isu neh. Sebab dorang tak nampak maksud tersirat disitu. Ini terjadi sebab mereka tak faham hukum islam.

Tapi yang aku heran apa pasal pula orang islam sendiri pun tak nampak mesej di balik iklan. Lebih parah pakatan pula pongpang2 pasal isu neh. Tah hapa2 lah weh. Aku tak nampak apa yang racist pun kat iklan neh. Ikut kepala hotak aku ;

1. Iklan neh mengajar cara2 kita menghormati ramadhan.

2. Pelakon cina watak utama kerana 8tv ialah saluran tv yang ditonton oleh bangsa neh.

3. Iklan neh secara kasar dilihat seperti mendidik non muslim. Tetapi secara tersiratnya memerli orang islam.

4. Semua tahu bahawa kebanyakkan orang cina + india memang menghormati bulan ramadhan dan orang islam.

5. Penerbit iklan neh pun tahu.

6. Dan motif penerbit neh ialah menasihati orang yang tidak menghormati bulan ramadhan.

7. So sesiapa yang tidak menghormati bulan ramadhan je lah patut marah.

Sebab itu aku heran kenapa iklan neh dikritik hebat sedangkan ia membawa mesej yang baik? Mana ada racist. Biasalah cina bawa watak. Salah meh? Cina tak boleh bawa watak or nasihat kan orang ka? Orang2 yang fikir bahawa hanya orang melayu je yang layak bawa watak dan nasihat orang sebenarnya ada masalah mental.

Di malaysia yang begitu berbilang kaum neh. Jangan lah kita hanya memandang bahawa cina layak nasihat cina, india layak nasihat india dan begitulah sebaliknya. Takde masalah pun gadis cina dalam iklan tue perli orang islam. Aku suka tengok lakonan dia. Hanya kerana korang tak mampu memahami maksud tersirat dia terus korang cakap iklan neh racist. Tah hapa2 plak aku rasa. 

Ameno : Iklan tue wajar di telivisedkan diseluruh negara pada tiap2 ramadhan. Aku suka pompuan cina tue. Terbaekk..~~

Penipuan YY Isu Status Mismah Bersihkan SPR Digagalkan Blogger AmenoWorld!!!

Tajuk neh tajuk bijak piang. Geli gila aku bila tengok tajuk2 blog umno neh. Langsung tak hapa2. Tajuk asal ialah ==> Penipuan Malaysiakini Isu Status Mismah Burukkan SPR Digagalkan Blogger YY !!!

Blogger umno neh  ketinggalan isu neh dari awal. Isu mismah neh tidak bermula di malaysiakini lah. Bijak piang. Isu mismah bermula di wall bersih. Hello. Korang, blogger umno nampak tak icon bersih kat blog aku neh? Ya, isu mismah dan semua kes pengundi hantu bermula di group tue. 

Sepertimana yang diberitakan oleh pas sebelum neh bahawa PAS akan dedahkan isu pengundi hantu neh secara berperingkat. Dan itulah yang kami buat. Mari aku jelaskan isu neh secara detail kepada bloggers umno YY yang nampaknya tak faham situasi sebenar.

1. Pada suatu hari pas telah memberikan kenyataan bahawa pas akan mendedahkan isu pengundi hantu kepada spr melalui laman web dan rangkaian media sosial mereka.

2. Team it pas pun melakukan kerja2 tersebut.

3. Maklumat didedahkan oleh beberapa team it pas melalui sebaran demi sebaran.

4. Salah satu medium nya ialah di bersih. Sila klik sini. Lihat tarikh isu mismah didedahkan.

5. Blogger pas macam aku pula bertanggungjawab untuk mendedahkan info neh kepada orang ramai. Baca sini

6. Nampak apa yang kami tulis disitu? Ada kami cakap bahawa mismah neh sah boleh mengundi? Takde kan?

7. Sebenarnya malaysiakini takde kena mengena dengan insiden burukkan mismah. Pendedahan malaysiakini berlaku atas email pembaca. Pembaca tue of coz lah dia tahu melalui sebaran info di internet. Malaysiakini taktau apa2 pun. 

Aku sebenarnya dah dapat info dari orang dalam bahawa akan ada beberapa percubaan untuk mempamerkan malaysiakini sebagai media yang menyebarkan maklumat palsu. Ini bertujuan menyekat terus akses kepada web malaysiakini. Kira macam cari alasan lah tue. Untuk mahsuhkan malaysiakini.

Sekali lagi aku bagitau kat sini. Pendedahan malaysiakini dibuat atas pendedahan pembaca. Benda neh pun takde isu. Memang kita anggap mismah pengundi baru yang berdaftar. Disebabkan nama dia ada dalam sistem. Dihebahkan secara pakai ic merah. Kalau ic biru apa ada kes?

Tak faham aku kenapa benda macam neh yang bloggers umno tumpu kan? Bukan kah lebih bagus tanya jpn apasal mismah jadi warganegara macam ko dan aku? Ceh. Buang masa buat isu macam neh. Kalau tak disebabkan ada orang yang terpengaruh aku pun malas nak layan.


Nota : PAS sedang dalam gerakan mengesan secara berdepan pengundi2 hantu neh jika SPR tidak menjelaskan secara detail di atas pendedahan2 kami. Andai mereka indonesia + pakistan yang tak reti cakap melayu.. ..silap2 tak reti membaca bahasa melayu.. hhahaha.. masak lah lue orang. 

Ameno : Mismah sekarang dah popular whorr..

Opah nama susah nak sebut neh misteri dalam SPR beb..

Opah.. nama opah neh susah betul lah saya nak sebut. Tapi saya panggil opah je lah bagi menyenangkan penulisan saya. Kisah nya macam neh opah. Kelmarin saya diberikan butiran pasal opah. So macam biasalah saya pun melakukan kerja2 menyiasat dan menyelongkar asal usul opah kan. Sekarang opah tengok kat bawah neh terlebih dahulu ;


Neh butiran opah pasal pendaftaran pemilih dalam sistem SPR. Opah nampak tak apa yang saya nampak? Tahun opah dilahirkan ialah 38. Opah tahu tak umur opah sekarang berapa?

38 - 48 - 58 - 68 - 78 - 88 - 98 - 2008 - 2011 = 73 tahun.

Jadi sekarang umur opah ialah 73 tahun. Sekarang neh saya confused dengan opah bukan pasal umur ataupun dengan nama opah yang pelik neh. Sebaliknya saya confused pasal lain. Opah tengok bawah dulu ;


Opah nampak tak apa yang saya nampak? Kalau tak nampak opah pakai lah cermin mata takpun soh cucu2 opah terangkan. Benda neh saya screenshot dua hari lepas. Dan ini ialah salah satu antara pengundi hantu yang akan didedahkan secara berperingkat. Bukan saya tuduh opah neh hantu taw. Jangan salah faham. Cuma nak tanya pada opah ;

1. Nama opah takde dalam jpn. Kenapa? Sebab opah tak mohon ic baru ye? 

2. Munasabah jawapan opah tapi kalau opah tak pernah mohon ic baru kenapa spr ada ic baru opah?

3. Takan spr mohonkan bagi opah?

4. Kalau ye pun spr mohonkan kenapa jpn tak update di website mereka?

5. Owhh kesalahan daripada pihak perkeranian lagi yer?

6. Opah, nasihatkan dorang cari alasan lain lah. Tak pun minta dorang kurang lantik geng2 kroni untuk berkerja dengan kerajaan. Ini tidak bapak aku, anak aku, bini aku, adik aku, sepupu aku, seluruh keturunan aku kerja kerajaan. Bila dah timbul kesilapan macam neh, imej kerajaan yang kena luku. Bukan nya imej individu.

So sekarang opah dah faham kan kenapa saya bangkitkan isu opah kat sini? Okey opah selamat berpuasa dan jauhkan diri daripada perkara2 mungkar seperti jangan ber-bn, jangan ber-umno, insya-Allah swt kita akan selamat kelak. Babai opahh..


Ameno : Opah neh nama dia pelik gila..

Rita dan Saifuddin kini se-Geng dengan makcik mismah.



WOW!!!

Boleh lah bergotong royong buat kenduri kesyukuran neh ye makcik mismah. Dah semakin ramai plak dapat ic biru neh. Nama pun seakan-akan plak tue. Bin takde, binti pun takde. Hanya ada nama sendiri je. Setahu aku hantu je ada nama macam neh. Siyes neh. 

Contohnya macam hantu kongkong. Ada tak korang panggil hantu kongkong bin hantu jembalang? Takde kan? Hantu bawa diri dia sendiri je kan? Dia tak bawa nama bapak dia. Dari situ kita pun tak boleh nak check asal usul hantu neh dari keturunan apa. Hantu apa campur [kahwin] hantu apa dapat hantu apa. Seolah2 dorang [hantu2] nak merahsiakan keturunan dan salasiah sendiri.

Sama gak lah macam si mismah + rita dan saifuddin neh. Bawa nama sendiri je. Bin takde. Binti pun takde.Mula2 merah. Lepas tue biru. Kata JPN kesilapan perkeranian. Tapi sampai beratus2 kesilapan. Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan? Pelik beb pelik. Sebab pelik lah kita bangkitkan isu neh. 

Apa pun aku nak wish kepada rita dan saifuddin neh. Congrats lah sebab dapat taraf warganegara malaysia secara segera. Bagi menjimatkan wang masing2, aku cadangkan eloklah korang2 seme yang baru dapat ic biru neh pakat ramai2 buat kenduri kendara kesyukuran sempena meraikan kerajaan bodoh piang yang bagi status warganegara instant kat korang. Tak lama lagi dorang akan bagi malaysia neh kat indonesia pula. So pakat2 lah fikir nak guna nama apa. Indonesia ke malaysia ke ataupun cari nama baru.

kah kah kah

Ameno : Jangan2 dorang pun taktau dorang nya ic kaler biru..

Makcik mismah jadi rakyat malaysia pula dahh..


Wehh makcik mismah kita dah dapat IC biru wehh.. ini betul2 dasat weh. Tengok atas neh.  nampak tak ic dia dah berubah kaler? Dari merah ke kaler biru. Apa sudah jadi neh? Mesti makcik mismah buat kenduri sakan. Yelah tiba2 je dapat ic biru. Tak perlu susah payah tahu2 je dapat jadi warganegara malaysia.

kah kah kah

Sepatutnya ic dia seperti di bawah neh ;


Owhh mismah mismah. Ingatkan lepas kita dedahkan geng2 mismah akan mengelabah beruk. Rupanya dorang punya idea lagi advance. Dari merah terus tukar jadi biru untuk selamatkan maruah wan omar dan SPR.

kah kah kah

Tapi makcik mismah aku tetap bengang dengan ko neh. Siyes cakap. 

Lanjut pasal makcik mismah disini



Ameno : Mesti makcik mismah seronok dah dapat taraf warganegara.. kah kah kah

Tuesday, August 2, 2011

Oii fahmi ko neh hantu ka manusia? Apsal IC ko ada dua hah?

Agak2 korang fahmi neh muka jamboo tak? Kalau jamboo boleh lah berkenalan. Gay macam aku memang minat muka jamboo..

kah kah kah

Lihat bawah neh ;

Ini ialah fahmi. Fahmi neh sapa tah. Aku pun tak kenal dia. Hajat di ahti nak berkenalan lah gak itupun kalau dia neh manusia tulen asalan malaysia. Dengan tambahan syarat dia bermuka jamboo. Kalau import player takmo lah aku. Tapi ada sedikit kemusykilan bab identiti si fahmi neh.

1. Fahmi ada dua ic nombor melalui semakan SPR. Aku dah mula confused. Aku rasa fahmi neh sepatutnya lelaki lah berdasarkan nama dia. Tapi kenapa no ic dia ada genap dan ganjil? Ka fahmi neh hantu dua alam?

WOW..

Begini rupanya cara hantu dua alam punya no ic. Baru ku tahu.

kah kah kah

2. Dan bila aku check kat website jpn, kemusykilan aku makin menjadi2 beb. Apsal no ic si fahmi neh takdak? Lupa update ka staff jpn? Tak baik wooor. Fahmi ada dua no pendaftaran pemilih di spr. Tapi fahmi takde no ic di website jpn?

Apakah yang sedang berlaku neh? Owhh fahmi.. jangan2 ko ialah hantooo? 


Ameno : Fahmi ko kenal dr cendawan tak?

Beruk mengamuk angkara subsidi.



Beruk sekarang dah mengamuk. Jangan main2 dengan isu beruk mengamuk neh. Korang ingat kalau beruk mengamuk takde effect ka kat malaysia neh? Ada beb. Ada. Fenomena beruk mengamuk neh mengundang pelbagai masalah yang mendatang buat rakyat malaysia khususnya orang islam yang sedang menyambut bulan ramadhan sekarang neh. 

Dan masalah neh dijangka berterusan membawa kepada bulan syawal. Ikuti pendedahan eksklusif aku dalam sesi interview bersama beruk2 berasal dari terengganu kat bawah neh ;

Ameno : Hai incik beruk.. saya amenoworld datang nak menemurah incik beruk berikutan isu harga kelapa yang naik mencanak2 di seluruh negara sekarang..

Beruk : Apa hai2? Tak reti bagi salam ke?

Ameno : Errkk incik beruk neh islam ka?

Beruk : Apa islam2? Ingat sket tuhan ko dan aku tue serupa. Allah swt. Bagi salam kalau tak aku nak blah neh. Nak pergi pejabat imigresen. Nak isi borang bekerja di luar negara. Subsidi lebih kat sana.

Ameno : Owhh okey2. Assalammualaikum incik beruk. Err nak tanya.. pasal kes mogok baru2 neh. Kenapa beruk2 sekalian mogok ye? Sampaikan naik harga kelapa diseluruh malaysia.

Beruk : Wsalam. Subsidi kena cut lah. Sebab tue kita binatang mogok. Peduli hapa pun kalau harga kelapa meningkat sebab kita binatang mogok. Ada aku kesah?

Ameno : Memanglah.. tapi kita orang lah yang kesah. Nak buat kuih rendang segala bagai guna santan. Kalau dah harga barang asas untuk buat kuih2 dah naik, ini akan meningkatkan kos harga jualan [bagi yang menjual] dan modal [bagi yang buat sendiri] sebab modal dah meningkat incik beruk.. takan tak faham?

Beruk : Peduli hapa aku. Aku bukan menteri ekonomi ko. Pandai2 lah ko deal dengan menteri ekonomi ko sendiri. Sekarang yang aku tahu takde subsidi aku takmo panjat pokok petik kelapa. Harga naik ke harga turun ke itu semua fenomena global jangan nak salah kan aku.

Ameno :Errkkk fenomena global? Apa kena mengena fenomena global dengan beruk mogok taknak petik kelapa neh?

Beruk : Tah.. aku tgk menteri ko suka bagi alasan macam tue tiap2 kali barang naik. Sampaikan aku dah hafal.

Ameno : Owhh okey.. Errr so incik beruk agak2nya sampai bila gerakan mogok neh akan bertahan? At least boleh lah kami prepared untuk simpan2 stok santan dan kelapa kelak.

Beruk : Simpan2 nak buat naik harga ker? Mogok aku lebih lama dan lebih panjang daripada manusia macam ko. Selagi subsidi dipotong selagi aku terpaksa kurangkan makan pisang selagi itulah aku takmo petik kelapa. So ada aku kesah?

Haizzzhhh beruk neh.  Nasib baik aku puasa. Kalau tak mao aku luku dia. 

kah kah kah

Info kelapa naik harga disini


Ameno : Kurangkan makan santan amalkan gaya hidup cergas <-- pesanan neh dibawakan khas oleh bn kepada anda. kah kah kah

Najid Razak neh sapa pula? Apa kaitan dia dengan cincin 24 juta?

Korang kenal tak sapa najid razak? Bukan najib razak lah. Najid. Najid. Najid razak. Kalau najib razak tue memang sah lah bini si rosmah tue. Errrr silap. Laki si rosmah mansur tue. 

kah kah kah

Neh najis razak. Meh tengok bawah dulu ;







Dah tengok? Okey good. Sekarang borang neh. Korang kena klik dan perhatikan betul2 nama najid razak yang di cop dalam borang neh. Ada di atas dan di bawah borang. Nah amek dan perhatikan betul2.


Kisah dia mudah je.

1. Najid razak ialah pegawai yang turunkan tandatangan dan cop di dalam borang keluar cincin 24 juta dari malaysia untuk dibawa masuk ke singapore.

2. Setelah diperiksa kita dapati bahawa itu bukan tugas yang patut dibuat oleh najid razak. Ini kerana najid razak neh bukanlah daripada kakitangan yang bertugas di cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.

3. Dari siasatan online pemilik nama najid razak neh ialah sepatutnya bertugas di bawah cawangan perkhidmatan/latihan seperti gambar yang pertama di atas.

4. Lihat gambar kedua. Kan ada no telefon bagi penama najid razak? Adakah itu no telefon di KLIA ataupun putrajaya?

5. Andai lah najid razak memang berkuasa untuk cop dan sign benda2 macam neh sepatutnya nama cawangan nya seharusnya tele lah dengan tugas yang dia pikul kan? Ke kesalahan berpunca daripada website kastam?

6. Alamat dia pun agak suspicious. Walaupun tak sebut secara jelas melalui paparan website tapi KLIA ada berapa aras ye? Ada ke aras 9 selatan wujud di KLIA? Aku pernah baring dan melepak kat LCCT je. KLIA belum masuk lagi walaupun memang wargananegara malaysia. Apa citer neh?

Benda2 macam neh memang menimbulkan keraguan yang munasabah bagi rakyat biasa macam aku. Bukan aku nak tuduh najid razak neh apa2 pon. So tak perlu lah salah sangka. Cuma aku pelik bukan kah cawangan dia lain tapi napa dia buat kerja yang luar daripada bidang kuasa dia? Ke dah kena tranfser tapi website lambat update?

Apa pun ada macam2 kemungkinan disini. Artikel neh bukan nak tuduh2 najid razak neh dengan pelbagai andaian dan persepsi buruk. Cuma memperincikan rasa kepelikkan je. Harap maklum.

Untuk lebih maklumat rujuk sini



Ameno : Tersasul

Monday, August 1, 2011

Makcik naseem you sapa? Apasal you ada ic malaysia?

Makcik naseem neh sapa hah? Dia bukan orang india asal malaysia beb. Dia pakistan mari punya. Kalau nama orang india buatan malaysia pun tak main lah macam neh. Korang tengok bawah ;


Aduh. Makcik naseem. Ko buat aku bengang lah. Kenapa warga pakistan macam ko dapat IC? Ko kahwin dengan orang malaysia ke? Kalau macam tue senang lah hidup ko. Panggil kaum kerabat pakistan satu kampung lepas tue panggil kaum kerabat india satu kampung lepas tue panggil kaum kerabat indonesia satu kampung lepas tue panggil kaum kerabat bangla satu kampung. 


Jangan lupa vietnam dan myammar juga. Panggil satu kampung. Ramai2 datang malaysia. Kahwin dengan orang malaysia. Dapat IC terus. Undi lah bn macam tue. Kalau nak take over negara neh pun okey. Patutlah ramai warga malaysia neh malas nak patriotik. Rupanya ada yang dapat instant kerakyatan. Gila betul. Tengok bawah ;


Makcik naseem neh bukan sahaja berbangga dapat ic biru walaupun bukan penduduk malaysia. Makcik naseem juga berbangga kerana boleh memilih macam rakyat malaysia yang tulen. Tak hairan aku. Memang tak hairan. Sebab tue bila ada berjuta2 melayu yang komplain kat majlis perbandaran kenapa tapak ekspo, tapak pasar malam segala bagai tapak ada muka2 pakistan, bangladesh, indonesia dan myammar aku tak heran. Menda tak hairan neh. Siyes tak hairan. 

Urmm makcik naseem, bila nak bergabung dengan indonesia + bangladesh + myammar + india [india mari punya] untuk amek alih malaysia neh? Rasanya bilangan yang diperlukan dah mencukupi lah makcik naseem. Di malaysia neh kalau tak jumpa 5 bangsa neh di satu2 tempat nescaya ko bukan berada di malaysia. Heh

Makcik naseem aku kecewa dengan ko tetapi aku lebih kecewa dengan orang yang bagi ko ic biru tue makcik weh.. 


Ameno : Malaysia neh syurga pendatang ka?

Sunday, July 31, 2011

Telur masin 80sen sebijik dan tipsi jimat duit sempena ramadhan.

Korang tahu tak telur masin tue apa? Ada sesetengah orang panggil ia telur asin. Tak kisahlah tue telur asin ka masin ka janji product yang aku maksudkan dalam kepala hotak aku sama dengan apa yang korang bayangkan dalam kepala hotak masing2.


Sebenarnya untuk pengetahuan korang harga telur masin di perak ialah rm0.40sebijik. Ya betul. Itu harga yang aku silap dengar. Harga sebenarnya ialah rm0.80sen sebijik. Ya. Ini harga yang aku tak silap dengar tapi rasa macam nak silap buat bayaran. Sejak bila harga telur masin di perak neh mahal nak mampos?

Memang benar aku jarang makan telur masin. Asal nak makan telur masin je mesti time ramadhan. Asal time ramadhan je mesti rasa nak makan telur masin. Apasal hah? Trend ka? Tradisi ka? Ataupun wajib? 

Kah kah kah

Pandai2lah korang fikir sendiri. Yang penting sekarang telur masin dah naik harga. Harga asal sebelum najib jadi piem ialah 40sen sebijik. Setahun dia jadi piem naik 20sen kepada 60sen sebijik. Dua tahun dia jadi piem naik lagi 20sen. Dari 60sen sebijik kepada 80sen sebijik. Harga neh kuatkuasa bila aku taktau. Aku pun dah malas nak tanya makcik tue. Dah lah aku silap dengar harga dia.

makcik harga telur masin neh berapa? [aku bawa rm10 je so kena tanya harga. Kalau rm100 aku bantai redah beli tak hengat donia. Siyes]

rm0.40sen <-- Makcik tue jawab. harga aku silap dengar.

rm0.40 yer makcik?

tak. 0.80sen sebijik <-- harga yang buat aku rasa macam nak teranjang seseorang.

ok. Saya nak 3 biji je <-- untuk 2 hari lepas kot. Kalau jimat cermat ler cara makan nya. Ye tak?

kah kah kah

Gila punya mahal. Itu baru telur masin. Belum apa kejadah barang lain. Sebab tue aku nak kongsi dengan korang tipsi aku jimat cermat time bulan ramadhan. Takyah pening2 kepala hotak korang nak fikir hari neh buka makan apa, nak beli lauk apa, nak buat kuih apa, nak bajet berapa dan segala bagai.

Ikut je plan aku yang nak masuk tahun keempat di perak neh. Caranya mudah. Iaitu berbuka di masjid. Lantak ko lah buka kat masjid mana atau apa. Asal nama tempat tue masjid, ada sediakan juadah berbuka, ko serbu lah sana. Meriah beb. Aku dah buat untuk 3 tahun berturut. Amat jarang2 sekali aku berbuka kat rumah. Aku pun tak perlu penat lelah macam orang lain yang beria2 masak segala bagai. Aku hanya perlu sediakan keperluan serba sedikit dan berlenggang2 ke masjid dengan seronok. 

So kalau korang nak jimat macam aku dan keluarga aku, jangan segan2 lepak masjid. Ini siyes punya cakap. Bukan main2. Mari kawan dengan masjid sebab boleh berbuka puasa percuma + dengar ceramah + dapat ilmu percuma.

Hidup is sempoi. Terlalu membazir untuk dibiarkan ia di isi dengan masa2 memasak juadah untuk berbuka puasa di bulan ramadhan.  <-- motto hidup seorang pemalas macam aku. Tak sia2 mak aku panggil aku pemalas. Memang sebijik kena dengan perangai aku.

kah kah kah

Ameno : Malas masak takpe, jangan malas benda lain beb. kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...