Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Julai 2011

Rosmah Mansur dengan gambar cincin rm60juta..


Pada bulan april. najib dan rosmah ada pergi ke luar negeri. Sila semak sini. Dan kebetulan nya tarikh yang tertera kat dalam gambar bawah neh ialah pada bulan april. Sila lihat bawah ;





Sehingga sekarang belum ada bukti lagi bahawa rosmah telah menggunakan wang rakyat untuk membeli cincin tersebut. Ini kerana najib memang terbukti kaya raya. So tak mustahil dia guna duit sendiri untuk beli kan cincin untuk isteri kesayangan dia. Isu yang di mainkan ialah cukai. Di mana cincin neh di bawa masuk tanpa perlu membayar sebarang cukai. Kira nya macam pelepasan cukai lah kan. Tak pasti samada memang isteri2 perdana menteri memiliki keistimewaan tersebut. Mungkin kah dia boleh membawa masuk barang2 dan tidak akan dikenakan cukai kerana dia ialah isteri perdana menteri? Dan ia tertakluk dalam undang2 negara? Tak siapa tahu. 

Nilai cincin itu juga boleh diragui. Menurut laman web penjual cincin tersebut, harga cincin yang paling murah ialah usd 10million = yakni rm30juta wang malaysia. Jadi tak mungkin cincin rosmah neh bernilai rm24.4 juta. Paling murah mesti lah rm30 juta. Dan apa yang paling penting, kita benar2 harap dia bayar guna duit sendiri. Dan bukan guna duit rakyat. Nak cakap lebih2 pun susah sebab belum terbukti dia guna duit rakyat dalam isu pembelian cincin neh tetapi memang tak dapat dinafikan persepsi rakyat akan berfikir yang sebaliknya.

Aku teringat sangat2 beberapa kempen iklan dan nasihat rosmah yang pernah meminta rakyat agar berjimat cermat.. mungkin dia tak tujukan untuk diri dia sebab dia banyak duit tapi bila memikirkan nasihat tersebut dan isu cincin juta2 dia, aku rasa tah pape. Sapa sebenarnya yang membazir neh? Dia walaupun banyak duit, rasa nya tak perlu kot nak membazir sampai beberapa juta semata2 cincin. Banyak lagi orang susah yang dia boleh bantu. Untung2 berkat dunia akhirat.

Benda neh sebenarnya membuatkan aku makin menyampah dengan najib dan rosmah sendiri. Tak hairanlah kenapa najib nak kurangkan cukai baju dalam import. Rupanya dia bawa isu peribadi dan kisah cinta nya dalam pentadbiran negara. Orang lain pun bercinta juga dan ada bini juga tetapi takde lah sampai menjejaskan rakyat. Teringat cara siti hasmah ketika mahathir menjadi perdana menteri. Nak dengar kisah dia pergi luar2 negara dalam tiap2 bulan pun di anggap mustahil apatah lagi nak tengok dia jadi paparan utama dan muncul tiap2 hari dalam berita di tv3. 

Tetapi rosmah mansur? Memang berbeza habis. Buat pertama kali nya dalam sejarah kita sebagai rakyat malaysia memikirkan bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri dan najib ialah bayangan. Fikirlah bagi mereka yang masih tak faham2 lagi. Bukan kita tolak najib dan rosmah kerana mereka umno tetapi kita tolak mereka, kerana mereka tak pernah fikirkan cara untuk bantu kita. Sekian.

Nota : Baca sini, lebih banyak maklumat yang anda akan dapat isu cincin.

[ADS] Roadshow toyota memperkenalkan yang baru dari toyota disini

[ADS] Perempuan boleh klik, lelaki jangan sibuk. Promosi untuk wanita sahaja, klik sini

Ameno : Aku nya persepsi rosmah beli cincin guna duit rakyat. <-- Jangan ikut aku.

Kalau dah blogger kutuk artis, buat cara blogger kutuk artis.

Aku bukan peduli pun kalau blogger neh nak kutuk artis ke segala bagai. Nak bergossip pasal artis pun aku tak heran. Sejarah yang membuatkan aku singgah di blog neh dan mengelike fanpage dia adalah disebabkan aku membaca blog dia pasal isu artis seksi di majalah mangga. Pada ketika itu aku fikir dia neh ialah blog artis yang kerja dia update pasal artis je. Sesuai lah dengan tema blog dan fanpage dia. Tetapi yang buat aku jadi menyampah bila dia buat perangai gilababi dengan mengutuk bersih. Lihat bawah ;



Aik? Ini sudah lebey beb. Pemilik fanpage neh ialah blog artis. Penulisan dia lebih kepada pemblog artis dan bukan memblog politik. Dia sepatutnya mencontohi keneutralan yang ditunjukkan oleh Oh Media!. Walaupun oh media! ialah blog yang pelbagai dan lebih kepada artis tetapi bila dalam hal2 politik, oh media! cuba sedaya upaya untuk tidak memihak dan berpihak. Pendek kata oh media! mengamalkan sikap profesional yang tinggi. Sebab tue walaupun ada beberapa posting yang oh media! seakan2 bidas pihak pembangkang aku agak boleh sabar sebab dalam beberapa posting yang lain, mereka bambu kerajaan gak. Kiranya macam di tengah2. Ini aku respect. Ini nama nya berbeza pandangan. 


Tapi blogger macam neh, pada pandangan aku tak boleh direspect lagi dah. Sebab dia dah berpihak. Sudah lah takde hujah baca pula blog papagomo. Memang menampakkan kebodohan dia. Dia sendiri yang tunjuk. Tak percaya? Tengok bawah ;



Boleh nampak? Lagi mao bangga pasal blog dia femes? Dia tak sedar ke sapa2 yang tulis pasal artis memang blog yang ber-rating tinggi? Ini pengetahuan awam beb. Kesian betul aku dengan orang yang bermentalitikan macam neh.


Nota : Bukan blog abg nara ataupun oh bulan. Blog yang suka cilok berita orang lain. Dengar khabar nya lah. Entah betul entah tidak aku tak pasti.


Ameno : Blogger artis yang berlagak lew tew..

Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part II

Ketika aku menjejakkan kaki di depan pintu masuk kl sentral, aku melihat banyak polis  berkawal di depan bangunan. Aku tengok ramai gak orang macam dalam keadaan yang berjaga-jaga. Maybe matlamat dorang sama macam matlamat aku. Nak sampai di tempat perhimpunan sebelum ditangkap. Andai di tangkap di tengah2 perjalanan, memang dah takde erti. Kalau sungguh nak tangkap, biar tangkap ketika kita pergi berdemo. Baru puas ahti.

Antara gambar yang aku captured dalam keadaan takut-takut.



Masuk je aku dalam kl sentral aku dah melilau cari station LRT. Disebabkan kerabunan aku maka aku ada lah tersasar dua tiga kali. Heheh. Cari punya cari sampai tersesat kat cafe. Masa kat luar cafe tue lah aku nampak pemandangan jelas dari atas bahawa polis memerhatikan ramai orang yang keluar masuk kl sentral. Kat kiri kanan pintu masuk tue ada polis berkawal.

Kat tengah2 pun ada polis. Selepas tue aku nampak ada pakcik yang asyik memerhatikan orang. Tapi pakai baju biasa. Maybe dia polis juga. Lepas tue ada 2 orang berjalan menuju ke aku. Bersembang pasal bersih. Berkobar2 je pakcik tue cakap yang bersih neh tiada matlamat dan tidak akan berjaya. Sapa kedua2 pakcik neh? Aku tak kenal. Tapi aku percaya dorang neh ada kaitan dengan operasi untuk halang bersih. Berpakaian kemas. Dan ada pakai pas.

Dan ketika itu, kat tingkat 2[agaknyalah kan] aku tengok ada banyak orang yang sedang melepak. Aku suspect mereka ialah wartawan. Mereka semua bawa kamera besar dan tunggu kat atas neh. Maybe dorang nak tangkap gambar. Kalau berlaku kekecohan, kira nya pemandangan dari atas neh memang lah sudut terbaik nak tangkap gambar dan rakam.

Setelah merayau-rayau hampir 15 minit mencari lrt yang sebenarnya tak jauh mana dari pintu masuk, aku pun sampai di station lrt. Tak perlu aku beratur sebab aku dah ada kad touch and go. Aku tengok punya lah ramai orang menunggu kat kawasan tersebut. Aku nampak polis merata-rata. Polis ada sportcheck beg seorang lelaki kat situ. Aku pergi dekat2. Aku dengar polis tanya nak pergi mana? IC mana IC. Then aku blah. Satgi dia minta IC aku plak. Kang tak sampai tempat demo, naya.

Bukan aku nak cakap apa, tapi aku percaya rata2 yang dok kat lrt tue seme nak pergi demo. Muka ada macam2 impression. Ada yang takut2. Ada yang slumber. Ada yang tengah fikir. Ada yang cuak2 perhatikan polis. Aku nya muka plak taktau macam mana. Kena tunggu laporan dari orang yang perhatikan muka aku pada hari tersebut lah. Hehehhe.

Ketika sampai pasar seni aku tengok dah ramai gila orang berhimpun kat sana. Tapi aku tak turun sana. Aku turun masjid jamek. Aku sampai masjid jamek polis kurung aku. Bila aku tanya kenapa, aku kena marah. Sioooot weh. Bukan aku tak faham kenapa mereka tutup pintu tapi nak tutup ke apa ke biarlah orang keluar. Yang nak kurung orang dalam station lrt buat apa? Aku sempat rakam neh ketika kena kurung dalam station lrt.


Selepas aku dan dua orang cina asyik2 tanya polis bahawa kami nak keluar, nak keluar, barulah ada polis lain datang buka pintu. Dia cakap buka2. Bagi lah mereka keluar. Biar2. Polis yang tak bagi keluar tue polis lain. Aku tahu ada polis baik ada polis yang tak baik. Cuma aku heran kenapa polis yang tak baik masih diberikan tempat untuk menjadi pegawai polis sedangkan mereka tidak baik?

Dapat je keluar aku terus menyertai kumpulan perhimpunan tue. Aku tanya dorang "kenapa tiba2 polis mai kepung sini? Kita bukan kumpul kat sogo ka?" Dia cakap, "mana ada kumpul. Orang nak solat tapi masjid tutup. Lepas tue tiba2 polis datang bagi amaran cakap kita berkumpul. " Then aku pergi tanya kat orang lain plak. "Apahal neh bang? Apahal polis kepung ramai2 neh padahal dorang seme neh cuma nak solat?" Peh tue dia jawab.. "polis tutup belakang jalan. Itu yang ramai2 kecoh neh. Tiba2 je tutup semua jalan keluar. Semua berkumpul lah kat sini. Jadi ramai sampai hujung jalan."

So aku taktau sebab sebenar mereka berkumpul. Yang aku faham reason mereka berkumpul tue berbeza2. Ada yang nak pergi solat tapi kena halang. Ada yang rasa gusar sebab polis tiba2 tutup jalan belakang. Jadi mereka yang berkumpul kat tengah2 neh jadi panik. Gila arh. Macam aku cakap, dorang neh cuma nak testing apa yang dorang belajar masa latihan dalam bentuk realiti je. Padahal isu neh kecik. Dorang takde sebab nak attack kita kat situ pada hari itu.

Selepas itu aku keluar dari jalan tue. Aku tengok ramai perhatikan dari seberang jalan. Then aku nampak sepasukan fru sedang berkawad. Perghh semangat gila wa cakap lue. Semangat nak balon rakyat. Tengok sini. Lepas aku rakam then aku join balik tempat perhimpunan tadi. Selepas 3 amaran diberikan oleh polis, maka polis pun menyerang lah kami. Walhal sebelum tue dah cakap kat polis bahawa kami bukan nak serang polis. Lihat video bawah neh ;



Selepas korang tengok video di atas neh, aku cadangkan korang tengok video neh plak. Korang leh nampak tak layanan berbeza di berikan oleh polis terhadap peserta bersih dan patriot. Korang fikir lah sendiri. Masing2 ada akal kan. 

Ameno : Polis, kenapa ko tak faham rakyat?

Nota : Pengalaman rakan facebooker yang menyertai demo bersih 2.0 disini dan disini

Isnin, 11 Julai 2011

[Video] Polis melayu provoke pendemo nak solat - Ini layanan istimewa ke?









Benda neh realiti. Walaupun aku takde kat lokasi kejadian tetapi situasi di lokasi yang lain pun sama je. Memang berlaku kat sana macam neh. Gambar di atas bukan gambar milik aku. Video di atas juga bukan video koleksi aku. Tetapi aku sendiri ada merakamkan satu aksi di masjid jamek yang mana aku berada disitu dan kumpulan pendemo telah menegaskan kepada polis bahawa nak pergi solat dan sanggup bersurai. Tetapi polis buat macam tak faham.

Situasi dia macam neh ;

1. Ketika itu ramai2 orang berkumpul nak menuju ke masjid jamek. Aku difahamkan berkumpul pasal nak solat. Tetapi bila orang dah semakin ramai, polis jaga kawasan pintu masuk masjid dan tiada orang dibenarkan masuk. So sudah tentulah orang semakin ramai kat atas jalan. Bukan berkumpul nak lawan polis. Ataupun ada niat berhimpun lagi masa tue. Masa tue seme orang nak pergi solat tetapi laluan masuk ke masjid ditutup.

2. Lepas orang dah semakin ramai dan terkepung di setiap sudut hujung jalan raya, fru tiba2 mai. Macam dalam video pertama yang aku upload kan. Korang boleh klik sini.

3. So mereka yang terkumpul kat tengah2 tue jadi marah lah. Nak pergi depan polis kepung, nak masuk masjid, polis jaga nak undur belakang polis dah siap sedia tapi ko suruh orang bersurai tetapi laluan bersurai ko tak bagi. Apa benda tue?

4. Lepas tue ada pakcik tue berunding dengan polis. Aku tak rakam. Masa tue aku terima sms dan panggilan telefon tanya2 aku kat mana seme.

5. Pakcik tue cakap, "bang bagi kami lalu. Bagi kami keluar dulu perlahan2 dari sini. Macam mana nak keluar, kami dah terkepung kat tengah2 neh". "Ohh tak boleh2". Jawab polis. "Memang tak boleh ke?" "Tak boleh2."Tak silap aku, wartawan malaysiakini ada rakam perbualan tue.

6. So kita orang jadi mangsa keadaan lah. Nak suruh bersurai tapi ko tak buka jalan. Macam mana? Last2 kami seme jadi mangsa bom asap yang aku sampai sekarang sakit. Lepas kena bom, kena bantai plak aku. Sial dowh.

7. Walaupun sebelum tue dah berunding dengan polis yang kumpulan pendemo nak pergi bersolat dan biarlah kita fikir apa2 selepas bersolat, polis tetap tak bagi pintu. Dah cakap dengan clear pun, polis tetap tak bagi pintu. Polis bagi warning 3 kali. Lepas 3 kali warning kumpulan pendemo kena bom asap. Pendek kata, tiada sesiapa pun serang polis. Kumpulan pendemo bertahan duduk situ, kalau boleh nak solat terus lepas dapat air wudhu pasal kumpulan pendemo dah terkepung kat tengah2. Tapi polis mana mao bagi ruang. Sikit belas kasihan pun takde. 

Sebab tue aku suspect yang polis nak jadikan kita sebagai latihan. Nak menguji samada skill mereka berjaya ke tidak sebab kita, kumpulan2 pendemo neh bertindak aman dan terkawal. Kita tak pukul atau serang polis walaupun kita diserang. Mungkin polis nak provoke supaya kita mengamuk tetapi sayang kita seme dah dilatih untuk bersabar dan amaran telah diberikan dengan jelas bahawa sesiapa yang melakukan provokasi terhadap polis ialah orang umno. Sapa nak jadi orang umno? Sumpah mampos seme taknak. So nak taknak kena sabar lah dengan serangan polis.

Situasi neh sepatutnya tak wujud pun. Kalau polis boleh dekat sorang2 dan buka laluan kumpulan pendemo akan keluar ramai2 dan cari tempat solat lain. Simple. Yang jadi heran, dorang sendiri kepung, dorang sendiri marah dan dorang sendiri serang kita. Haizhh .. baru aku tahu kenapa orang maki POLIS babi. Rupanya ia bersebab bhai.

Lupa plak nak letak video tadi. Neh hah video nya ;




Klik sini kalau takley view.

Ameno : Badan masih sakit.

Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part 1



Best. Siyes best. Walaupun aku kena bantai dengan polis tetap aku rasa best. Best yang part demo. Yang part kena bantai tue aku kenang sampai mati. Bagi aku, rugi pada yang tak pergi. Aku akan pecahkan pengalaman aku kepada 2 ataupun 3 part. Ikut kesesuaian lah. Aku rasa ramai kot yang dah tahu aku pergi sana by bus. 

Awal pagi aku dah siap. Bebudak kampung aku yang pergi awal pagi dalam kol 2,3 pagi sebelum aku, seme kena tahan dengan polis angkut masuk balai. Kesian gak tak dapat sertai demo sedangkan dah datang jauh2. Dekat 30 orang kena angkut, manakala lagi 30 orang lepas. Mereka rombongan ramai2 dekat 60 orang. Kesemuanya ahli pas.

Bas berjalan pukul 8. Perjalanan memang cantik tapi bas kosong. Hairan gak aku. Sampai kat rawang kami kena halau naik bas lain plusliner tak silap aku. Sebelum kena halau tue drebar bas ada bagitau yang kita semua kena naik bas lagi satu untuk sampai ke kl. Dia tak boleh bawa. Law apa tue? As drebar bas, orang bayar ko dekat rm20 per individu untuk ko bawa orang ke kl. Tapi ko boleh plak humban kami seme kat rawang atas alasan ko tak boleh bawa sebab taktau jalan. Tah pape.  

Benda neh actually, takde issue pun pada aku. Sebab kami seme selamat sampai ke destinasi masing2. Cuma at least tunjukkan sikit rasa bertanggungjawab tue. Ini tidak, berlagak nak mampos. Salah satu sebab yang membuatkan aku bengkek gak dengan drebar bas neh ialah sikap kurang ajar dia dengan pasangan warga tua berbangsa cina kat dalam bas tue. 

Kesian aku tengok pasal uncle tue dah tanya baik2. Dan tetap tanya baik2 walaupun kena marah plak tue. Biasalah kan orang tua bukan dengar sangat. Dah tue dia cina mesti lah pelat sket nak sebut "duta". Uncle tue sebut "duta" tapi dengar macam "rusa". Itupun dia nak marah2. Tah pape. 

Tapi bila dia marah uncle tue sekali lagi bila uncle tue tanya dia banyak kali pasal apa dia berhenti kat rawang aku masuk campur. Aku dah panas beb. Orang tua tue aku suspect kurang pendengaran. Biasalah warga tua. Dekat 70an kot umur dia. Aku cakap lah kat drebar bas tue "pakcik, dia tak dengar kot, cakap elok2 sudey. Orang tua. Mungkin tak faham" Then aku cakap kat uncle tue, "drebar nak isi minyak". "Ooo itu minyak ka?". Aku senyum. 

Mungkin uncle tue taktau teknologi gas megas neh. Then tak sampai 5 minit drebar bas tue halau kita orang naik bas lain plak.  Aikk tadi ko kata nak isi gas neh ko potpet taktau jalan nak masuk kl plak. Baik toksah jadi drebar bas. Mengumpat aku dalam ahti.

Naik bas no dua neh lagi sesak. Dari rawang sampai ke hentian duta dia potpet2 mengutuk bersih. Haizh. Pakcik, ko bikin aku panas. Aku nak berangan pun tak senang. Yang aku boleh nak tergelak tue dia bersembang dengan satu chinese dalam bas tue. Umur dalam 40an ke atas. Pompuan lah kan. 

Dia dok potpet2 kutuk bersih. Yang si chinese pula asyik2 tanya dia. Ada satu soklan tue chinese tue tanya "apsal mereka tak buat demo di stadium?" Then drebar jawab.. "ye lah buat lah di stadium shah alam. Itu kerajaan sudah kasi permit. Ini kl ma. Mana boleh. Mesti sesak2. Kasi orang susah." Then chinese tue jawab.. "kalau takde ini bersih, kl tak sesak punya lah." Hehehe.. aku gelak dalam ahti. Bodoh lah ko pakcik. Melayu macam ko memang aku menyampah. Siyes.

"Bukan itu macam, cuma ini kl maa. Pusat bandar. Ada 4 lorong tapi 3 sudah tutup. Polis kasi tutup maa. Ini kacau. Kasi susah sama orang lain." "Ohh polis lah tutup jalan. Ingat itu bersih kacau jalan." Jawab makcik cina tue. Hehehe. Terkena lagi ko. Padan muka. Aku dah jadi pengumpat setia pakcik tue dalam ahti. Fuhh sumbangkan pahala dalam account akhirat dia plak tak pepasal. Heh

Then pakcik tue membebel sorang2 bila makcik chinese tue dah turun di pertengahan jalan. Dah nak dekat2 sampai tue aku menyampuk soh drebar bas diam. "Diam lah wooiitt memekak je." Aku dah panas. Time tue drebar bas bagi ceramah free. Dok pongpang2 cakap malaysia aman, makan pakai cukup blablabla. Yang ampun sebijik cam orang umno. Then drebar tue diam. Kebetulan dah sampai hentian duta. 

Aku plak boleh bangun wat muka slumber. "Terima kasih pakcik. Camne nak pergi kl neh yerk? " "Pakcik taktau, adik cuba tanya2 teksi sekitar tengok dorang boleh bawa kan tak. Tanggungjawab pakcik untuk hantar adik sampai sini je". Kira bagus lah dia jenis bertanggungjawab. Drebar transnasional? Kena sound dulu kot.  "Okey pakcik, terima kasih". Dasar tatau malu dowh. Dah lah aku sound dia then aku minta tolong dia. Muahahahah.

Turun je dari bas aku nampak 6 orang kena tahan dengan polis. Aku pergi dekat2 dorang. Peh tue polis tengok aku. Then aku jarakkan sket. Aku dengar lah sikit2 polis tue bebel kan. Dia minta ic. Then dia cakap panggil yang pakai baju kuning tue. Aku tengok lah arah yang polis tunjukkan. Aku nampak ada sorang pakai baju kuning2 belang2. Takan pakai baju macam neh kena tahan kot. Cakap aku dalam ahti. Then aku keluarkan kamera. 

"Nak balik mana neh?" Cakap ngan sapa? Cakap aku dalam ahti lah kan. Aku tengok kiri kanan. Rupanya ada polis sebelah aku daaa. Terkejut aku. Dari mana dia datang. Tak pasan plak. Baik aku blah cepat2. Aku senyum then blah. Sepatah haram aku tak jawab. Gila dowh. Kang aku plak kena tahan tak pepasal. Biar sampai tempat demo dulu apa2hal. Apa barang turun pergi demo kalau tak dapat berdemo kan? Heh.

Lepas keluar dari washroom aku pun cari teksi. Aku soh dia hantar aku pergi kl. Dia cakap jalan kat kl semua tutup. Then aku minta dia hantar aku kat lrt. Dia tanya nak buat apa? Hek eley lantak aku lah pun yang ko sibuk sangat kenapa? Jawab aku dalam ahti je lah. Heheh.. Nak jalan2. "Buat apa jalan2 kl semua tutup hari neh. Lrt pun takde." Laa.. betul ke pakcik teksi neh cakap? Itu pasal aku call missy tanya. Then dia cakap mana ada. Lrt elok je beroperasi. So aku minta pakcik tue hantar aku pergi kl sentral. Dari duta ke kl sentral tambang rm14.50.  Kalau aku tambah duit sket aku bawa motor datang kl pun lepas. Mahal nak mampos.

Dah sampai kl sentral kan fuhh. Mana ada sampai. Pakcik tue penipu. Dia hantar kita orang kat tepi jalan je beb. Then melilau lah ko menapak ke kl sentral. Hampeh. Terkena lagi. Sebelum tue kena soal dengan polis plak. "Nak pergi mana neh dik?" "Kl sentral". "Hah.. okey kat sana". Ceh. Kat tepi jalan tue pun ada polis. Bukan kat kl sentral. Kat selekoh nak masuk kl sentral tue. Tapi belum sampai kawasan kl sentral. Kira jauh lah juga. Punyalah semangat dorang kawal kl neh. Perghh. Gila dowh.

Then masa aku menapak tue aku nampak polis geledah satu mamat baju hitam. Yang juga menapak macam aku. Nampak bebeno fobia nya. Tah pape lah weh. Aku nya analisis kan daripada perak sampai kl aku nak datang neh laluan memang sukar. Setiap tempat yang aku singgah ada je polis dok meroyan ganggu. 

Pendek kata halangan memang dasat gila2. Dah lah macam2 cabaran kena tempuh semata2 nak menyertai demo, itu pun dekat seratus ribu orang leh lepas berdemo kat kl. Nampak tak iltizam kita orang? Kalau korang yang tak pergi demo neh korang takan tahu cabaran dia macam mana. Siyes. Memang mencabar bhai. Ada je polis dok usyar sana sini. Silap sikit mula lah kena soal, kena geledah dan segala bagai.

Kalau ikutkan semangat kerjasama sebenarnya kl boleh je operasi macam biasa. Malahan jalan2 tak sepatutnya ditutup. Asalkan polis bagi kerjasama dengan mengizinkan kami berarak sampai ke stadium. Kalau taknak bagi berarak sekalipun, polis kena bagi peluang untuk berkumpul dan berhimpun. Pasal apa polis sendiri dah tutup beberapa laluan utama kat tengah2 bandar kl tue. Macam laluan masjid jamek, puduraya dan jalan bukit bintang. Mana leh kenderaan keluar masuk kecuali motor dan kenderaan polis. 

Jadi kalau kami berhimpun kat laluan2 neh sekalipun, takde sapa2 akan terjejas disebabkan polis sendiri dah tutup laluan neh kepada orang awam. Ini tidak. Nak berarak? Pergi lah mampos. Nak berhimpun pun kena belasah. Gila dowh dorang. Tengok video bawah neh. Semangat gila berkawad semata2 nak balon rakyat.

Lihat sini kalau tak boleh buka video terbabit.



Kalau lah mereka bersemangat macam neh time nak tangkap penjenayah besar, alangkah aman nya malaysia. Tapi kita mimpi je lah ye tak? 

kah kah kah

Aksi tersebut aku rakam sebelum mereka attack kumpulan demo kat masjid jamek. Selepas kena serang tue lah aku diheret, ditolak dan dipukul oleh 3 orang polis. Aku akan citer selepas neh. Dah panjang sangat dah entry neh.

Ameno : Latihan keselamatan dengan menjadikan rakyat [benda hidup] sebagai objek untuk menguji skill masing2.

Nota : Pengalaman rakan facebook menyertai demo bersih disini dan disini

Sabtu, 9 Julai 2011

Jom demo bersih 2.0 sekarang!

Aku dah siap. Sekarang siap ontheway ke kl. Kalau tengah jalan roadblock ataupun polis menganas, maka aku akan redah tetap redah sehingga sampai ke destinasi kita iaitu stadium merdeka. Kali neh kita all out habis habisan. Korang dah siap belum? Lepas subuh dah berkobar-kobar dah aku nak jejak kaki kat kl neh. Dah tak sabar rasa nya nak tunjuk "semangat bersih" kat spr dan segala bagai badan2 kotor busuk bacin. Heh.

Hah? Apa? Pencacai umno memekak pasal ambiga lagi? Ambiga ketua bersih? Kafir? Pro murtad? Hindu segala bagai? Owh okey.. tak sangka aku orang kafir + hindu + pro murtad pun beria-ria nak kan pilihanraya yang adil dan telus. What's this? Seriyus hell.. macam mana orang kafir pun menggila nak kan keadilan walaupun dia kafir? MY Allah swt.

Kalau lah orang kafir seperti ambiga pun mempertahankan keadilan maka hairan lah aku jikalau ada orang2 tak kafir [islam konon nya] menolak keadilan. Bila masa plak orang tak kafir memperjuangkan kezaliman ye tak? Kalau korang tak bersih maka korang ialah kotor lagi mengotorkan.

kah kah kah

Dompet dalam ada ic dan kad bank je.
Duit ngam2 rm50 je cukup
Kamera dan jaket
Hp cikai 1
Beg sandang

Seme cukup. Kita jumpa kat sana. Now or never. Jom bersih. Lawan kotor habis habisan kali neh.

Ameno : Kl makin sesak.

Jumaat, 8 Julai 2011

Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0

Info neh sahih. Bukan dapat melalui email. Sebaliknya panggilan telefon. Maksudnya orang yang aku kenal lah. Dia call dan bagitau menda neh. Siapa dia tak boleh lah aku dedahkan disini. Yang penting aku nak kelirukan mereka supaya mereka tak boleh trace orang yang bagi maklumat neh kat aku.

Sepertimana yang kita sedia maklum ada 30 jalan2 di kl akan ditutup bermula jam 12.01 tengah malam neh. Ditutup daripada dimasuki oleh kita. Samada dia tutup terus dengan tak bagi sapa2 masuk ataupun dia tutup hanya kepada peserta2 bersih aku kurang pasti tetapi apa yang pasti ialah  ;

1. Jika korang berada dalam kawasan yang ditutup dan berada dalam kawalan polis, dalam keadaan yang mencurigakan, dan mempunyai alatan demo seperti tuala, garam, baju2 berkaitan bersih ataupun tidak, alat2 berkaitan demo seperti topeng dan sebagainya korang akan terus ditahan sebab melanggar undang2 dan arahan. Arahan untuk peserta demo agar tidak menjejaki 30 jalan utama di kl telah diedarkan dan disebarkan jadi polis ada hak untuk tangkap korang. Ini menurut tafsiran polis lah, bukan aku. Tafsiran aku jawapan nya ialah bullshit itu sahaja. Simple kan? Heh.

2. Boleh bawa semua2 benda di atas jika korang datang berkumpulan. Kalau agak2 3,4 orang tak payahlah susah2. Sekali angkut je polis dengan korang. Berkumpulan = mesti ramai2 yang mana polis pun fuhh.. kira ramai lah. Sebab tue korang kena ikut2 orang. Kalau jumpa member2 yang nak pergi bersih, pergi ramai2 jalan dalam kumpulan besar, bukan kecik. Tak payah lah nak berego2 plak, aku tak geng ko, ko tak geng aku, ko sapa aku tak kenal, arhh menyampah plak aku dengan mamat neh, tue seme letak tepi kalau takmo kena balon dengan polis sebab langgar arahan polis.

3. Kalau lone ranger cam aku memang susah sket. Sebab tue aku plan awal2 nak berlakon bodoh2 je. Aku siap nak berlakon cakap takde tv, takde paper, takde internet dan kalau boleh aku nak cakap tak reti membaca, Biar polis tue simpati dan faham bahawa aku mangsa keadaan bila dia terjumpa aku tercampak kat dalam stadium tue nanti. Aku, apa pun tak bawa. Siyes. Aku bawa kamera je. Heh.

4. Masuk kl waktu pagi. Sesudah subuh. Lagi cantek. Untuk elakkan apa2 perkara yang tidak di ingini. Pastikan jangan bawa duit yang banyak. Alahai kang hilang menangis ko. Bawa ic. Jangan lupa. Satgi kena cop indon, padan muka. Alasan polis nak kenakan ko. Dan paling penting jangan bawa kad student kalau dah tahu korang tue student. Aku tak bagi student2 neh ikut, tapi kalau dorang degil mesti dorang ikut gak, so langkah berjaga2 jangan ada satu pun dokumen yg boleh mengaitkan korang ialah student dan jangan mengaku korang ialah student. Cakaplah ko kerja ke apa ke asalkan tak mengaku student. 

5. Jangan bawa perkara yang boleh menyusahkan korang. Macam laptop ke. Kang nak lari payah. Orang dah lepas sebatu korang tertinggal kat belakang sebab beban laptop. Parkinglah motor atau kereta jauh2 dari tempat perhimpunan. Jangan bagi polis sedar dan faham itu ialah kenderaan korang. Satgi dia buat sportcheck rambang ada kuning ke apa ke, dah kena lagi korang. Kan dah pesan, tapi takmo ikut.

6. Simpan no penting neh dalam hp masing2 sekarang. ==> SMS 013-2102002 . Kalau kena tahan dengan polis terus SMS no neh segera dan hantar butiran penuh.

7. Cuba cari kawan2 yg nak pergi esok. Kita pergi ramai2, cari satu tempat berkumpul. Tapi ramai2 kena kompromi. Kalau sorang geng angkut barang "haram" yg buat polis curiga, dengan aku, dengan ko, dengan orang lain2 sekali masuk lori polis, tak sempat demo bersih,  kita dah demo dalam balai dulu. Heh. Sekian.

Nota : Jauhi provokasi dan kumpulan provokasi. Jika ada sesuatu yg mencurigakan rakam guna akal dan kamera.

Dan kalau korang kena tahan ingatlah bahawa ;

- Diam lebih baik. Tak kira lah polis tue nak maki segala bagai ke [kalau leh rakam bagus gak tue] tapi lebih baik diam dan membisu. 

- Jangan melawan dan kurangkan menjawab. Kalau dia minta IC bagi. Kalau dia tanya lebih2 pasal korang, tipu, itupun kalau pandai lah kan. Kalau takmo tipu, diam. Habis citer. Fikir2 lama sebelum jawab itu ini. Tapi lebih baik jangan jawab.

- Perhatikan nama dan no polis tue. Kalau boleh catit dia dalam otak masing2. Buat modal mengumpat kita kalau2 polis tue polis jahat. Kalau polis tue polis baik yang jalankan tugas, takpelah. Kita kena bertolak ansur.  Ikut info yang aku dapat polis bersepah esok dan hari neh. Memakai dan tidak memakai baju seragam. Mungkin ada yang menyamar sebagai peserta bersih untuk collect info. So waspada lah. Dah ramai2 mana lah kita kena semua kan?

- Jangan berlagak2 dedahkan identiti aku blog neh, aku admin neh, aku facebooker yg selalu maki hamun umno dan sebagainya. Lebih baik diam2 je. Silap dedah terdedah kepada musuh baru padan muka ko.. nanti habis gambar ko kena sebar macam aku. Hah padan lah muka. Heh. Tapi itu kalau gambar je kena captured, silap2 orang tue SB hah lagi lah mampos ko kena naik SKMM atas akta hasutan plak. So ahti2 lah esok memasing2, pandai2 lah bawa diri dan menyamar segala bagai. Taktik aku macam biasa larh. Jadi orang bodoh. Habis. Sekian.

Updated :
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.
Ameno : Masuk kl dan tidur kat puduraya.. muahahaa... jgn balik rumah.

Khamis, 7 Julai 2011

AmenoWorld SMS Ketua Polis Negara isu bersih 2.0

Nak menangis aku tengok betapa bersungguh2 nya kerajaan + polis = bergabung untuk halang kita buat demo bersih meskipun kita sudah bertolenrasi daripada tukar lokasi kepada kurangkan masa berhimpun sehingga memberikan janji berkali2 bahawa kami akan berhimpun secara aman dan tidak akan sama sekali melakukan provokasi dan jika ada peserta bersih yang melakukan provokasi kami juga tidak akan bertolak ansur dengan tindakan tersebut.

Walaupun dilanda hujan fitnah kita tetap telah berusaha mencari jalan terbaik untuk terangkan hal sebenar kepada mereka yang berkaitan. Tapi nampaknya cara tolenrasi yang kita gunapakai tak diterima dengan baik. Menerusi tv3 tadi IGP dah cakap dengan detail dan tv3 pun dah bagi hint dengan detail bahawa kita sama sekali tidak akan mampu menjejakkan kaki ke dalam stadium merdeka samada melalui jalankaki ke, jalan terbang ke, jalan bas ke, apa jalan sekalipun telah ditutup rapat serapat rapatnya dan dikawal oleh polis dari jam 12.01 esok sehingga 10.00 malam pada hari sabtu. Kesimpulan nya, adakah kita patut turun demo ramai2 bermula pada hari ini dan duduk berkampung di stadium merdeka untuk dua hari? Aku tatau. 

Apa pun tadi aku dapat tahu no hp IGP dan telah pun SMS kepada dia setelah menonton buletin utama tadi. Lihat bawah neh ;



Dan ini ialah kandungan SMS aku ;

As'kum, IGP, saya mendapat no neh mlalui page fb, sy bkn nak kacau IGP dgn menghantar sms neh apatah lagi sy harap IGP tidak salah faham akan niat saya. Tujuan saya cuma nak meluahkan banyak rasa terkilan di ats tindakan IGP kpd peserta brsih di tv3 sebentar tadi. Sebenarnya IGP tahu, mmg tahu bahawa kami cuma nak berhimpun aman. Sebenarnya IGP mampu, memang mampu nak kawal keadaan dan suasana ttp yang saya tidak faham ialah kenapa perlu kecoh2kan suasana dan menuduh kami dengan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal? Mengatakan kami adalah agent komunis tak cukup, tambah lg yg kami dpt dana yahudi, merugikan peniaga, merosakkan negara, dan terbaru kini kami ada bom petrol guna botol plastik? Pada mula kerajaan kata, okey himpun dalam stadium,melalak lah sampai ke pagi, bila kami sudah dapat perkenan Agong, lagi kami di halang. Kenapa mesti stadium merdeka? Tidak kah IGP faham bahawa kami ialah rakyat malaysia? di mana pun kami berhimpun, kami berhak kerana kami ialah rakyat malaysia. Kami bukan penumpang dan pendatang ttp kami di layan sangat2 hina. Kenapa IGP tidak memahami kami sbg rakyat? kenapa tak pernah mendekati kami dan membaca luahan2 kami? Apakah ada perbezaan taraf di antara rakyat yg mahu bebas bersuara, neutral, pembangkang dengan rakyat yg pro bn? Bukan kah kami bayar cukai? Bukan kah kami juga menyumbang dan mendoakan kesejahteraan negara ini? Di manakah bukti bahawa jasa2 kami kurang daripada jasa2 rakyat pro kerajaan? Bukan kah dengan menunjukkan kpd kerajaan bahawa ada beberapa polisi mereka kurang tepat dan efektif membuktikan yg kami hanya mahukan kerajaan alert, faham, berubah dan mencari solusi supaya mereka blh mentadbir negara ini dengan lbh bagus lagi? bukan lah kami lalai dengan dunia hiburan dan terkinja2 di stadium merdeka. Kami hanya mahu hantar 8 perkara, 8 tuntutan secara berkumpulan supaya spr faham, nampak, rasa, melihat dengan mata sebenar mereka bahawa mereka yg  menuntut pilihanraya yang adil, bersih dan telus adalah MAJORITI = KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA. Bukan nya kemahuan
Time: 07/07/2011 20:37:23


Name:
Number: 0196000157
Content:
segelintir pihak sahaja. Dan jika SPR nampak betapa bersungguh2nya kemahuan rakyat mahu bersihkan sistem SPR, mungkin SPR akan berubah. Ini sahaja punca nya kami turun beramai2. Bukan kami nak pergi bunuh org, bom org, jadi komunis, ataupun merampas kerajaan najib. Sudah diterangkan berkali2, banyak kali kami cakap, ulang demi ulang, pernah kah IGP memberikan masa utk mendengar luahan kami? Seseorang yg adil dia akan dengar pandangan dari kesemua pihak dan buat keputusan ikut akal dan fakta, bkn emosi dan arahan. Mentang2lah kami rakyat yg tak mampu janjikan apa2 jawatan dan wang, kami dilayan bagai anjing.Anjing pun lg bagus sekurang2 dia blh merayau2 di sekitar kl dengan bebas tanpa permit, kami? Heh. Janganlah salah anggap sms neh sebagai sms yg bukan2, sebagai rakyat malaysia saya rasa IGP perlu turun padang dan memahami rakyat. Bukan luak apa pun kalau ikut konsep keadilan. Malahan IGP akan dihormati dunia akhirat. Tapi kalau menindas kami merupakan satu kepuasan, maka teruskanlah. Walaupun bersih 2.0 boleh dihalang, boleh tutup, boleh difitnah dan sebagainya, ttp ingatlah satu perkara bahawa sehebat mana pun kerajaan + media + pihak2 lain memanipulasikan data dan kebenaran, mereka ttp tak boleh tipu Allah swt. Sekian.
Time: 07/07/2011 20:46:04

Aku hantar guna no broadband. Harap jangan ada polis pelempang aku semata2 kerana aku sms IGP. Sebagai rakyat malaysia aku rasa IGP perlu faham setiap keluhan dan runggutan rakyat malaysia berbilang kaum dan pandangan. Bukan hanya menitikberatkan pandang2an yang pro kerajaan je. Sekarang neh aku dah sent SMS. Korang berani tak nak send? Alah SMS je. Tapi lepas neh kalau polis nak pelempang kita beramai2 kena lah masing2 akur okey. Keberanian setiap orang berbeza2 dan tak boleh dipaksa2 apatah lagi disuruh2. Lue berani sms lue mesti berani tanggung. Sekian.

Ameno : Sedih kena tindas.

Isu bersih 2.0 : Nasib student UITM - kena cari pengundi hantu?

Email neh aku terima tanpa aku edit apa2. Dan email neh aku terima semalam. Ini baru satu student yang meluahkan rasa terpendam. Mungkin ramai lagi student yang mempunyai pendapat seperti neh di luar sana. Tapi kebebasan bersuara mereka di sekat melalui akta AUKU. 

Pendapat peribadi aku ialah mahasiswa harus diberikan peluang dan ruang untuk bersuara dan menyokong apa yang dekat di ahti mereka selagi mana ianya tidak melanggar syariat islam. Bukan susah. Cuma jangan melanggar syariat islam je. Dalam erti kata lain jangan menyimpang dari isi Alquran. Tapi BN rasa mereka lagi hebat dari firman Allah swt, nak buat macam mana. Terpaksa lah yang tak berdosa tanggung akibatnya. Baca bawah dan nilaikan sendiri.

Assalamualaikum..

encik amenoworld, saya hanya nak kongsi rasa tak puas hati sebab UiTM tak bagi student join Bersih 2.0. siap hantar-hantar email lagi tu. Kalau program UiTM ade kena-mengena dengan Puteri Umno boleh la pulak. contohnya OPKIM. kalau student tak boleh terlibat dengan politik, kenapa Puteri Umno boleh join aktiviti UiTM?? tak adil kan?
 

sem lepas kawan saya ada cerita, student yang masuk kadet polis universiti ni (suksis kot nama kelab tu), mereka wajib mencari 30 orang untuk mendapatkan nama dan NRIC.. tak tahu lah diorang nak buat ape. buat list pengundi hantu kot.. Hanya Allah yang tahu. cuba bayangkan kalau UiTM ade 200 kadet x 30 mangsa keadaan, dah berapa pengundi hantu boleh lahir?

tadi UiTM hantar email ni.. sabar je lah.

Seluruh Pelajar UiTM
 
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.
 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”
 
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
 
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”
 
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc

Naib Canselor

Benda neh sebenarnya simple je. Yang cetus orang marah pasal wujud ketidakadilan. Contohnya ko larang A makan coklat, so larangan yang sama ko patut buat kat B kan. Bagi contoh lagi mudah ;

1. ko ada 10 anak.
2. 5 anak suka warna merah
3. 5 anak suka warna kuning
4. tapi ko paksa anak2 ko pakai baju kaler biru semua atas alasan "warna terang bahayakan kesihatan"
5. tapi warna merah pun warna yang terang juga. So budak2 neh akan berfikir bila mereka semakin dewasa, mereka lihat ibu-bapa menipu + mendesak.
6. dari situ lah timbul rasa tak puas ahti, marah dan akhirnya melawan.

Faham? Jangan cakap sesuatu, kalau benda tue ko tak mampu buat. Kalau sungguh AUKU untuk sekat mahasiswa berpolitik, maka ko buat betul2. Tak boleh politik pembangkang, politik kerajaan pun jangan. Adil dan saksama. Tapi kalau boleh berpolitik, maka biarlah adil. Mudah. 

Berkenaan mahasiswa yang nak join bersih 2.0, kalau korang tanya pendapat aku, aku akan cakap jangan. Bukan pasal aku memperkecilkan perjuangan dan kemahuan korang. Jangan salah faham. Tetapi aku takmo tgk korang kena buang u. Pendidikan penting. Dengan pendidikan lah kita boleh corak negara kita. Biar kita berkorban sket dengan tidak menghadiri bersih, asalkan suatu masa nanti bila kita dah habis belajar, dah pandai, kita tahu cara mana nak tentang pemerintah yang zalim. 

Emosi harus selaras dengan akal. Jangan biar emosi di depan akal. Kadang2 sebagai manusia normal memang lah susah nak kawal rasa marah. Tak payah pandang sapa2, tgk diri aku neh pun cukup dah. Payah nak kawal rasa marah. Tapi atleast aku bebas dari mana2 kekangan. Korang masih ada batasan dan perlu sentiasa berwaspada. Dengan kerajaan firaun kita tak boleh jangka apa yang mereka akan buat. So jagalah diri sendiri dulu then barulah berusaha untuk jaga masyarakat. Jangan risau, tiada "zahir" pun kat sana, korang tetap boleh terbangkan doa kepada Allah swt.

Isu pengundi hantu aku mengambil sikap tunggu dan siasat. Belum boleh membuat kesimpulan mengenai hal neh sebab hanya berdasarkan kepada statement seseorang tetapi jika benar ada di antara korang yang terlibat [dipaksa] apa kata kumpul bukti dan bagi aku? Insya-Allah bersama-sama kita perangi penipuan dalam sistem pilihanraya malaysia neh.

Ameno : Mahasiswa bukan boneka.

Hot : Facebook dan Twitter Anwar ibrahim kena HACKED!

Kemaskini ;

Beberapa team hackers dah sound "Sang cracker" yang hack fb dsai. Sebenarnya individu yang hack account fb dsai ialah seorang neutral. Mengikut pengakuan dia sendiri. Dan dia akan hack account fb najib pula selepas neh.

Dipercayai dia hack acc fb dsai melalui alamat email dsai. Kat bawah neh respon hackers yang bengang dengan individu yang hack account fb dsai. Lihat bawah ;



Aku bukan menyokong tindakan hacker yang hack acc dsai neh tapi bagi aku neh perbuatan yang normal. Andai aku seorang hacker sekalipun sudah tentu aku hack acc najib. Siyes. Pasal aku anti dia kan. Usah kata najib, semua acc pemimpin kerajaan rasanya aku nak hack. Tapi yelah.. mungkin dari segi moral aku akan dikutuk sebab menghack acc orang kan. Aku tak dapat nafikan persepsi itu akan ada. 
 
Tak kira lah samada hacker pembangkang atau kerajaan kalau hack acc orang sudah tentu akan marah dan bergaduh. Enhh bergaduh? Motif hacker lovsec ialah takmo bagi orang bergaduh tapi neh.. arhh sudah. Aku takmo campur. Heh.

Aku kalau lambat tidur kan, mesti ada je benda2 yang akan muncul. Tah pape. Cam klue pula aku rasa. Hahaha.. Baru dalam sejam neh account facebook anwar ibrahim kena hacked. Dan aku rasa twitter anwar ibrahim pun kena hacked sekali. Siyes. Lihat bawah neh  ;




Konon nya hacked sebab tak suka politik dan taknak tengok orang melayu bergaduh2? Pelik lah alasan neh. Adakah orang melayu gaduh pasal politik je? Pasal makwe pun ada gak orang melayu bergaduh. Pasal kalah bola pun ada. Pasal merempit pun ada. Pasal meragut pun ada. Pasal membuli pun ada. Pasal makan kfc pun ada. Pendek kata mereka bergaduh atas sebab hak masing2 nak berbuat demikian bukan pasal politik. Politik cuma nampak besar sebab ianya melibatkan sistem pentadbiran negara.

Sedangkan kalau ko masuk dunia artis pun ko akan nampak artis2 melayu sesama melayu pun dok gaduh2 atas sebab tertentu. Jadi politik bukan lah asbab kepada punca pergaduhan dan perpecahan. Ini ialah perkara normal hidup di dunia. Tak mungkin tak bergaduh apa jua bangsa. Payah sungguh kalau nak hidup dalam dunia paranormal. Melainkan semua jadi malaikat yang patuh pada Allah swt. Mungkin boleh. Heh.

Akan update kelak.

Ameno : Balas dendam kot.

Milosuam kena tahan dengan polis part II

Otak aku dah jammed neh. Asal nak updated pasal laporan polis terhadap bersih dan roti yang hilang jem tapi tambah harga tapi nampaknya takley pasal aku dah biol neh. Mungkin dah kena virus umeno kot. Virus umeno neh memang bahaya dan boleh bawa bodoh ke mampos. Seram gak aku. Aku takmo jadi bodoh akibat sokong umeno. Heh

Apa pun aku nak dedahkan satu rahsia yang akan membuatkan orang2 umno rasa menyampah sangat2 dengan aku. Confirm. Pasal aku suka kenakan dorang. Heh. Jangan marah arh bloggers umno. Aku melawak je. Bukan apa, aku saja nak seronok2 tengok komen2 orang umno kat facebook yang happy bila dapat tahu milosuam kena tangkap. Lepas tue dengan slumbernya aku membiarkan mereka kecewa akibat kebangangan dorang sendiri. Dah sendiri bangang nak buat macam mana? Kan? Hahahha..

So ini lah hadiah lawak aku untuk dorang. Chill. Aku bergurau je sebab sayangkan korang. Siyes neh. Tengok muka aku betul2. Aku kan ke GAY TERHORMAT. 

Kah kah kah



Penat. Sekian.

Nota : MPP update blog dia lepas dia baca blog aku. Sadis dowh. Sadis gila pasal bengap tak sudey. Lepak MPP lepak.. kita kawan kan? Kah kah kah.

Ameno : Teroolllllll...

Rabu, 6 Julai 2011

Milosuam kena tahan dengan polis.

Neh spesis orang takde kerja. Agong dah bagi kebenaran pun dorang havoc sana sini tangkap orang lagi. Mana ada buat kesalahan dengan menjual baju bersih sebab Agong dah bagi keizinan untuk berhimpun. Dorang neh bengap tak sudah. 

Semalam kat ****, aku ada nampak milo ***. Tapi pelik gak napa dia tak update blog atas topic yang dibincangkan semalam. Aku dah sms tanya dia macam mana. Tapi belum ada reply. Entah2 polis simpan semua telefon2 dorang. So camne lah nak contact kan?

Dan dekat kota bharu dah ada seorang kena dakwa atas penjualan tshirt kuning. Bagi aku neh bukti polis semakin cuak. Mana pernah dalam sejarah jual tshirt kuning kena tangkap, tahan, dan dakwa? Bangang dowh.. menakut2kan orang awam.

Baca bawah ; 


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.
Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.
Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.
Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.

Updated : Sampai sekarang mereka belum dibebaskan.

Ameno : itu tanda orang takut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...