Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Jun 2011

Gempar : Kak long pekida pun marah !!!!

Sebenarnya aku taktahu apa-apa. Kalau tahu apa-apa pun aku malas nak campur. Motif aku barisan nasional dan umno. Asalkan bn jatuh yang lain akan ikut jatuh sekali. Kesimpulannya? Korang baca je lah kat bawah neh dulu ;



Sebenarnya panjang dan ada banyak lagi. Tapi aku malas nak printscreen. Mungkin kita boleh belajar-belajar kenal pekida lepas neh sebab dorang pun ada facebook dah.

kah kah kah

Kalau korang nak baca boleh klik sini, dan sini

Aku malas nak komen lebih-lebih. Kang tak pepasal kena saman.

kah kah kah 

Ameno : takutnye.. sayaa

Cuti sekolah punca harga naik

Entry second last sebelum aku tutup laptop. Tadi sempat belek-belek beberapa berita sekali terbaca berita neh. Korang tengok bawah neh ;


Sebenarnya aku faham apa yang kementerian cuba sampaikan. Bagi mereka ;

cuti sekolah = musim orang kahwin = permintaan tinggi = peniaga main harga.

Tapi kalau nak blame peniaga pun susah juga padahal kementerian pun otak lebih kurang macam peniaga juga. Cakaplah macam mana kerajaan adalah punca utama kenaikan barang neh. Bukan peniaga ataupun musim cuti sekolah. Tetapi kerajaan. Terima lah hakikat. Harga ikan pun dah naik melambung2 neh. So apa tindakan kementerian pula? Sekarang neh dah start sekolah balik taw. Dah tak boleh nak bagi alasan musim cuti sekolah lagi..

kah kah kah

Ameno : pandai bagi alasan tapi malas nak selesai masalah = menteri bodoh piang.

Hot : Harga ikan naik 30%!


Kah kah kah

Masa untuk kita padan muka sama-sama. Padan muka aku. Padan muka korang. Padan muka kita. Imbasan kenangan suatu ketika dulu ;

amenoworld yang bijak : alamakk dudee harga ayam dah naik neh pe citer? ini akan membebankan rakyat marhaen

perkasa bangang : boikot lah ayam. toksah makan ayam.

umno bahlol : hek eley.. makan lah ikan. macam mati kalau tak makan ayam

rakyat kurang info pasal leka dengan dunia hiburan dan tak keluar duit satu sen pun tanggung apa2 : ada aku kesah?

Kah kah kah

Sekarang nelayan dah marah neh. Mereka mogok bila kerajaan batalkan subsidi diesel super untuk dorang. Dan kesan sementara ialah harga ikan naik mendadak sebab kekurangan bekalan. Tapi kenaikan harga ikan tidak akan berhenti beb. Mula2 memang lah alasan nya pasal mogok. Tapi lama kelamaan alasan nya akibat pemahsuhan subsidi diesel super untuk nelayan bot dalam. Modal untuk "melaut dalam" bertambah. Dan jangan harap nelayan nak tanggung kos. Bebanan kos nak taknak akan dicampak kat kita. So harga ikan memang akan mengalami kenaikan sekarang ataupun akan datang.

Apakah perkasa akan suruh kita boikot ikan pula? Apakah penyokong umno akan menegakkan benang yang basah? Sama2 kita nantikan itupun kalau dorang berani nak meroyan dalam blog aku neh lah.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : aku cadangkan kita jangan makan apa pun untuk save cost.

Kereta mewah anak bekas menteri besar..


Kat atas neh ialah gambar sebuah kereta mewah. Kereta mewah ini dimiliki oleh jejai. Jejai ialah kekasih kepada fasha sandha [dah sambung balik dah weh]. Dan jejai juga adalah anak kepada bekas menteri besar perak. Salah ke anak bekas menteri ada kereta mewah?

TAK SALAH pun..

Lihat bawah ;


Yang neh kereta jejai gak. Memang lawa. Agak2 korang dia bayar cash ke apa? Bukanlah aku nak cakap pasal rupa dia.. tapi aku rasa pompuan dok tergila-gila kan dia pasal duit kot.. 

kah kah kah

Jangan marah arhhh...

Klik sini untuk melihat gambar2 kereta jejai

Ameno : Aku nak jadi anak bekas menteri gak arhh..

Minyak dunia turun lagi..

Aku tak mengantuk lagi neh. Mungkin pasal makan banyak kot hari neh. Ada lah aku melantak nasi lemak pagi2 then makan tengahari then makan petang pehtue sambung makan malam dan baru jap neh habis makan kek. Padahal rutin harian aku cuma makan satu kali satu hari pasal aku kan pemalas. Aku nak makan pun malas. Tapi sejak-sejak makan vitamin e dan clear skin neh selera makan aku bertambah-tambah. Silap2 pas neh aku gemuk cam rosmah mansur.. camne? Owhh tidakk!!!  Esok aku nak skipping arh. Tak pun berbasikal. Tetiba rasa cuak plak..

kah kah kah

Tengok gambar bawah neh beb ;



Keratan printscreen neh aku baru ambil lebih kurang ada lah dalam 5 minit yang lepas. Data kat atas menunjukkan bahawa harga minyak dunia susut. Okeyh sekarang neh aku nak tengok samada berita arus perdana di malaysia ada atau tiada melaporkan akan hal ini.

Bagi aku kalau kerajaan berada di posisi yang benar, maka semua maklumat macam neh dorang tak sepatutnya sorok. Bila mereka tidak memberitahu fakta macam neh kepada rakyat sudah tentu ada maklumat yang mereka taknak rakyat tahu dan itulah tugas orang macam kita kena fikirkan kenapa kerajaan kita selindungkan informasi macam neh.

Aku bukan nak sangka buruk sangat pada kerajaan tapi masalah bukti2 yang ada kat depan mata neh lah yang menyebabkan persepsi buruk terhadap kerajaan timbul. Bagi aku kerajaan takde sebab nak sembunyikan penurunan harga minyak dunia sedangkan ketika harga petrol naik mereka lagukan satu malaysia dan segala bagai. Neh.. minyak turun.. apalagi menari lah rancak2 sama seperti ketika minyak dunia naik. Tak boleh ka? Ke tak mahu sebab ada sesuatu?

Kah kah kah

Lue fikirlah sendiri.. 

Ameno : nak makan plak.. arhh sudah gemuk plak kang.. kah kah kah

Ahad, 12 Jun 2011

Hishammudin hussein bergambar bersama ah long dan bookie.


Sabar dulu. Tak payah nak sangka yang bukan-bukan. Aku tak buat entry neh untuk tuduh segala bagai. So jangan nak salah faham yer penyokong umno totok. Baca dan fahami dulu hujah aku sebelum nak attack aku melulu beb.

Sementara tengah layan csi neh saja2 lah aku nak serapkan skill menelaah dan menganalisa dalam penulisan aku hari neh..

kah kah kah

Gambar neh aku dapat dari sini. Sapa facebooker's neh? Sorry aku pun tak kenal dia sapa. Dia cuma upload satu gambar je. Dari pemerhatian aku, aku dapati dia tak aktif. Mungkin buat facebook semata-mata nak sebarkan gambar neh je kot? Kalau ikut tarikh upload, dia uploaded gambar tue pada bulan april 2011. Sekarang dah masuk awal june 2011 beb. Almost dua bulan tue. Dan aku pula baru tahu malam neh.

Okey berbalik pada cerita asal kita. Menerusi facebooker's tue gambar neh ialah gambar hishammudin bersama anak kepada ah long dan bookie. Aku bab2 bookie neh kurang faham. Tetapi dia tak pasti samada benar ataupun tidak hishammudin yang berada dalam gambar terbabit. Lebih kurang macam meninggalkan satu persoalan lah buat kita.

Dan aku pula takmo tuduh2. Pasal takde bukti ma. Boleh jadi dalam gambar terbabit bukanlah geng2 ahlong dan bookie. Boleh jadi ya.. tapi hishammudin taktahu. Sekadar bergambar je kan. So sapa2 leh bergambar bhai. Takanlah ko nak selidik segala bagai sapa2 yang nak bergambar dengan ko padahal ko tue seorang menteri.. ye tak?

Kesimpulan nya aku cuma nak sharekan je pic neh dengan korang. Kot2 korang kenal dan tahu ke hal yang sebenarnya.. yang penting aku tak tuduh hishammudin ada link dengan kongsi gelap. Jangan saman aku sudey..

kah kah kah

Ameno   : sambung CSI balik..

Rais yatim campak rm100 juta kat mana pula neh?

Sambil-sambil layan CSI sempatlah aku update blog neh kejap. Memang minggu lepas aku ada baca pasal neh kat akhbar. Cuma aku malas nak komen pasal tak pasti sangat dengan apa yang utusan merapu. Kalau ikut kata2 lim guan eng kat bawah neh ;

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim 

(kanan) mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.



“DAP dikejutkan oleh suatu laporanBernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini

Maksudnya si rais yatim belanja rm100 juta untuk buat majlis yang takde sambutan? Kenapa takde sambutan? Setahu aku artis paling kuat ampu kerajaan. Ke dorang pun sebenarnya dalam ahti ada benci cuma saja buat-buat sayang ka? Tengok kat bawah neh pula ;




Ikut kata-kata rais kat atas neh ;

1. Dia cakap kerajaan telah memperuntukkan hampir rm100juta untuk orang seni tanpa kira bidang..

2. Hari seniman tiada sambutan...

Macam mana aku nak tafsirkan ayat dia hah? Aku confused lah weh. Adakah dia maksudkan kerajaan telah belanjakan rm100 juta utk buat majlis seniman? Ataupun selama neh dia dah bagi [bantu] hampir rm100 juta kepada anak2 seni? Entah lah.. tunggu respon balas dari rais. Kalau dia tak balas maka sah lah persepsi lim guan eng dan aku. Kalau dia balas dan dia mengiyakan maka sah lah dia bodoh piang. Kalau dia balas dan menafikan.. urmm mungkin kita kena selidik dulu respon dia. Tengok samada dia bagi respon baik punye macam bapak si dafi ataupun sebaliknya.

kah kah kah

Ameno : Layan csi neh.. senang sket nak terjah pemimpin.. kah kah kah

Apa masalahnya rosmah mansur pakai beg mahal nak mampos?

                   Adakah rakyat malaysia kuat cemburu?

Kat atas neh ialah gambar rosmah mansur bersama beg berjenama mahal. Jenama beg tersebut ialah  the birkin. Beg jenama ini mahal. Ianya dibuat dengan tangan. Malahan terdapat laporan bahawa ada yang terpaksa menunggu sehingga enam tahun bagi mendapatkan beg ini.

Persoalan nya ialah apakah masalahnya kalau rosmah mansur ada beg ini?

Bagi aku takde masalah. Masalah cuma akan timbul kalau rosmah mansur beli bag ini gunakan duit rakyat. Kalau dia guna duit sendiri lantak dia lah.  Apa aku ada kesah? Kan dia orang kaya. So tak hairanlah kalau dia mampu beli beg tangan berjenama mewah.

TAPI..

jeng jeng jeng..

dengar khabar nya beg tersebut adalah hadiah daripada robin tan, anak lelaki kepada vincent tan tauke judi sport toto.. bernilai USD 120,000 

WOWWW..

So adakah kita patut cemburu bila sport toto hadiahkan beg2 mahal neh kepada rosmah? Aku tak cemburu. Bahkan aku baru kenal jenama beg ini. Korang boleh fikir tak? Aku mana lah kenal sangat beg2 jenama neh. Pasal tak pernah amek tahu pun..

kah kah kah

Tapi timbul satu persoalan.. iaitu mengapakah anak vincent tan bagi hadiah beg kat rosmah? Korang tahu tak? Aku pun confused fikir pasal benda alah neh beb..

Sumber dari sini.

Ameno : takde sapa nak bagi aku hadiah ka? kah kah kah

Developer portal 1pengguna.com SANDS buat magic beb!!

Inilah yang ku namakan as MAGIC. 

kah kah kah

Ini betul-betul MAGIC bhai.. 

Mai aku nak tunjukkan kat korang apa MAGIC yang SANDS buat. Lihat bawah neh ;



Lepas tue korang tutup mata 5 saat jap  ;

1

2

3

4

5

Dah? Okey tengok bawah plak ;


Tadaaaa...

Ruangan column reach to us dah hilang lah bhai. Pergi mana? Mana aku tahu.

kah kah kah

Ada orang cakap sands pemalas nak ubah links dalam tue. Lebih kurang macam links bidan terjun. Bagi aku pula, itu tak patut timbul. Sebab sands neh syarikat yang tawarkan khidmat website. Kalau ruangan untuk berhubung dia buat cincai boncai apa ertinya? Adakah dia tak suka orang "reach kepada dia"? Bukan kah dia perlu membina public relation yang baik in order untuk dapatkan projek? Korang boleh fahamkan isu sebenarnya kat sini?

Kalau  ko buat bisnes lepas tue ko tak letak contact number yang betul macam mana orang yang trust kat ko. Faham kan? So sands dan seluruh pembela sands kena fahamkan ini. Korang dah kantoi. Faham tak? Sebut betul2

KANTOI.

Ya betul kantoi. Inilah akibatnya bila tipu duit rakyat dan lupa yang Allah swt lebih mengetahui dari apa yang korang tahu. 

kah kah kah

Link untuk share entry neh di facebook jika url neh disekat fb http://gengblogger.com/v/498704

Ameno : upacara kantoi semakin besar dan marak.

Hot : Siri pendedahan portal 1pengguna.com

Dari layan frust kalah bola baik aku layan balon website bingai 1pengguna.com. Pembongkaran diteruskan dengan kali neh lebih banyak pendedahan pembohongan kerajaan dan syarikat yang di anugerahkan tender yang hampir bernilai rm1.5juta neh.

Mula2 korang tengok bawah ;


Korang klik gambar untuk enlarge okeyh. Nampak tak aku tunjukkan anak panah tue. Korang nak tahu apa hasilnya bila aku klik? Lihat bawah ;


Bila kita KLIK icon TWITTER benda kat atas neh akan muncul. Nampak tak website yang tertera kat dalam account twitter terbabit? Kat bawah ini adalah hasilnya apabila link website itu di klik ;


Bila dah sampai sini aku nak korang godek2 info. Pasal apa kalau ikut maklumat dalam company neh aku lihat ini company hartanah. Cawangan terdekatnya ialah di singapore. Apakah yang sedang berlaku disini? Aku kurang pasti. Tapi ini memang fishy.

Dan merujuk dalam gambar pertama tadi, kita klik pula account youtube. Korang akan dapati perkara di bawah ini ;



Aku taktahu persepsi korang macam mana. Tapi kalau korang tanya aku, hanya yang buruk2 je aku fikir. Dan semakin bertambah2 buruknya bila aku dapat tahu rupanya portal macam neh sudah wujud di bawah kementerian yang sama. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak?

Faham apa yang aku faham?

Ya, betul ismail sabri menteri bodoh piang.

Ini ialah versi youtube. Disediakan oleh alang KBSB.




Nota : Info ini di alih bahasa ke dalam bahasa melayu dari blog ini.

Ini ialah link mirror entry neh jika blog ini di block oleh facebook => copy paste bawah neh dan sebarkan di facebook. Mari sama2 bongkarkan penyelewengan ini.

http://gengblogger.com/v/498371
Ameno : Mari tunggu jawapan menteri bodoh piang.

Sabtu, 11 Jun 2011

Surat online kepada SANDS @ developer 1pengguna.com

Aku memutuskan untuk menulis surat online kepada syarikat neh. Seperti mana yang korang tahu, aku memang gila2 tak puas ahti pasal harga tender neh tak munasabah dengan hasilnya. Bagi aku kalau kos tender tue bernilai hampir rm1.5juta sepatutnya hasil akhir product tue should reflect lah dengan quality dan nilai tender tue. Bukan nya kita paid harga chicken tapi got tauhu as return. Sapa puas ahti? Aku? Haramjadah. Jangan harap beb.

Salam ,

Kepada pihak yang berkenaan.

Saya selaku rakyat malaysia amat berminat untuk memberikan penilaian jujur di atas pengendalian website 1pengguna.com yang dibangunkan oleh syarikat anda baru-baru ini.  Seperti yang anda tahu sendiri website ini dibangunkan oleh syarikat anda dengan nilai tender ; rm1,478,000,00 ataupun hampir rm1.5juta.

Sila rujuk gambar di bawah ini ;


Tetapi malangnya hasil yang dipaparkan oleh syarikat anda tidak setimpal dengan tawaran tender kerajaan pusat. Selaku rakyat malaysia saya merasakan ini satu pembaziran. Malahan saya percaya ramai rakyat malaysia mempunyai fikiran yang serupa. Biar saya terangkan kepada anda mengapa saya beranggapan ianya satu pembaziran. 

Pertama sekali kerana anda mengguna custom website elgg. Anda guna mod izap elgg bridge. Elgg tu boleh di akses menerusi link di bawah ini ;


di atas theme yang bernama "theme seashells". Yang kemudiannya anda ubahsuai.

Di buktikan lagi dengan jawatan kosong yang di pamerkan di website syarikat anda. Lihat bawah ini ;


Yang boleh dicapai menerusi link ini  [Jangan delete pula lepas ini]. 

Saya kurang arif bagaimana projek ini diluluskan oleh kakitangan kerajaan untuk di 'edarkan' kepada khayalak. Saya percaya sebelum satu-satu projek di 'edarkan' untuk digunakan oleh orang awam sudah tentu ada QC yang akan memeriksa dan memantau "product" terlebih dahulu. Jika product ini telah menjalani ujian, kajian dan soal-selidik yang TELUS sudah tentu hasil product ini tidaklah seburuk dan seteruk ini.

Daripada pengalaman saya ketika mengakses web ini ;

1. Loading page yang lambat.

2. Kerap berlaku termination during connection meskipun internet connection saya stabil.

3. Tiada ciri2 user friendly

4. Paparan antaramuka yang kuno dan tidak sistematik.

5. Meminta password twitter sedangkan tahap sekuriti untuk pelanggan sangat lowest [longgar].

6. Meminta no ic ketika chatting. Ini abuse kepada pelanggan kerana maklumat dalam portal ini tidak secure dan menunjukkan kerajaan bersikap kukubesi. Sedangkan sesiapa sahaja patut diberikan peluang untuk berinteraksi bersama pemimpin during chatting.

7. Sistem chatting yang berterabur ;

- Tiada perbezaan dari segi warna untuk menentukan siapa admin, siapa menteri dan siapa pula chatters.

- Tiada icon dan kawalan SPAM.

- Sistem chatting yang hanya brfungsi ketika menteri online. Sepatutnya ia di aktifkan sepanjang masa.

- Antaramuka yang tiada kualiti. Sepatutnya jika ada sesi soal jawab bersama menteri perlu ada dua antaramuka yakni satu untuk soalan dari chatters dan satu pula jawapan dari pihak menteri agar keadaan lebih tersusun dan teratur. Sila rujuk sistem chatting macam di astro. Walaupun tidak lah bagus mana tetapi 10000x lebih tersusun.

8. Tiada bantuan teknikal untuk menerangkan bagaimana kah seseorang user boleh surf portal ini terutamanya untuk first time user. Saya bercadang untuk masukkan blog saya di dalam portal ini tetapi tiada penerangan sehingga saya tercari2 bagaimanakah caranya. Tetapi gagal mengesan sehingga kini.

9. Seiring dengan kemajuan sosial network, portal ini sepatut ada friendly intergration dengan twitter dan facebook. Tapi nampaknya tiada.

10. Tahap sekuriti yang cikai. Baru2 ini rileks crew telah berjaya menyelongkar laman web ini untuk tujuan kajian. Nampak gayanya mereka tak perlukan banyak skill kerana laman web ini tersangatlah cikai dari segi tahap keselamatan. Ianya boleh dihack dengan mudah dan capaian maklumat rahsia pelanggan boleh dilakukan dengan mudah. Laman web ini tidak seperti blog. Jika blog ada maafnya lagi kerana blog kendalian personal. Tetapi laman web ini dibayar oleh kerajaan. Maka kenapa pihak pengendali [sands] bersikap sambil lewa dalam menyediakan service kepada pengguna?

Nilai tender ini juga sangat tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tempoh tender ialah selama satu tahun. Untuk hasil kerja satu tahun syarikat anda di bayar sebanyak hampir rm1.5juta tetapi anda cuba mengurangkan kos yang keluar sebab itulah anda menggunakan service jomlah.

Saya tidak pasti apakah motif anda berbuat demikian. Saya pun kurang pasti samada anda ataupun kerajaan yang menipu rakyat malaysia. Ataupun adakah kedua2 sekali? Jika anda tanya saya, persepsi saya ialah  ;

Tender terbuka adalah untuk mengaburi rakyat. Selebihnya anda tentukan apa yang berada dalam kotak fikiran saya.

Jika anda mengatakan bahawa rm1.4 juta ++ termasuk untuk kos promosi dan segala2nya, saya rasa rakyat malaysia "wont buy that". Kerajaan mempunyai kementerian penerangan untuk mempromosikan website ini. Saya seringkali melihat astro dan tv3 mempromosikan slogan kerajaan. Kenapa tidak gunakan langkah yang sama untuk mempromosikan website 1pengguna.com pula?

Sebenarnya terdapat ramai rakyat malaysia yang berbakat boleh membina portal ini. Malahan mereka mampu membina portal yang mempunyai fungsi2 yang lebih baik dari apa yang syarikat anda tawarkan. Soalnya kini tiada sesiapa pun yang mahu percayakan bakat mereka kerana mereka seperti saya iaitu tidak pandai membodek dan mungkin lebih dari itu.

Dari ;
rakyat malaysia yang sayangkan MALAYSIA.

Alamat email ialah ;  support@my-sands.com dan news@tv3.com.my 

Yang neh projek yang aku rasa ada kaitan dengan syarikat pasir neh.. ==> klik sini


Yang neh pula aku syak boleh dapat hadiah free.. ===> klik sini


Ameno : Aku dah email.. pe kata korang email sekali.. lagi ramai email lagi lah dorang rasa tertekan.. kah kah kah

Ribuan hadir ceramah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin

Berikut di bawah ialah gambar-gambar ceramah hebat ibrahim ali dan zulkifli nordin yang dibanjiri oleh ribuan.......................................


Gambar di petik dari sini
















Korang nak aku komen apa hah? Korang ada mata kan? Ada akal kan? Fikirlah sendiri. 

Kah Kah Kah

Nama dataran pun letak nama sendiri? Menyampah aku beb. 

Ameno : hahaha.. ramainyaaaaa...

Kenali latarbelakang pembangun portal 1pengguna.com

Pembongkaran kes website bernilai rm1.4juta diteruskan oleh aku dengan penuh minat. Bak kata2 aku kepada bapak si dafi hari tue menerusi chatting ;

( 08.06.2011 6:27 PM) AmenoWorld: Datuk saya prtikaikan dengan hebat website neh brnilai rm1.4juta.. nenek seblah rumah saya pun gelak datok

Bukan sekadar berkata2, malahan aku buktikan ia dengan perbuatan. Pasal aku seriyus bhai tak puas ahti. Tak mungkin portal bodoh tue bernilai rm1.4juta. Pusing kot mana pun aku tak nampak yang portal tue ada harga rm1.4juta. Korang sekarang tengok bawah dulu ;

Siapakah di sebaliknya SANDs neh?

  • 4 listed directors and their respective ownership are:
    • Shahrizal bin Muhammad Kasim (20%)
    • Shahrul Sazli bin Shaharir (20%)
    • Luqman Hakim bin Mohd Nor (25%)
    • Shahjuhan Bin Samsuri (35%)

Apa kaitan mereka dengan ismail sabri ataupun kerajaan? Ntah taktahu aku.  Mesti ada kaitan ke? Ataupun aku belum jumpa? Nama mereka aku dapat dari sini.

Aku terai google pasal pasir neh. Hasil googling aku dapati takde info pun pasal dorang melainkan benda alah neh. ===> klik sini.

Bagi aku sebuah syarikat IT patut ada website sendiri. Tapi syarikat tue takde website pun. IT apa nya? IT haramjadah ka? Ke spesis kroni lagi? Tapi tuduh takmo lah. Pasal takde bukti. Cuma kalau syarikat neh jenis "hidup" mestilah syarikat neh aktif kan maklumat dan projek2 yang dorang pernah dapat dalam website in order untuk displaykan "karya" dorang kat public. Dalam ertikata lain untuk "show off" project yang dorang pernah dapat hasil kecekapan dorang buat kerja.

Hasil pemahaman aku menerusi keratan printscreen kat atas neh ialah ;

1. Syarikat pasir neh dapat projek hampir 1.5juta bhai.

2. Syarikat pasir neh mempunyai kontrak setahun atas nama tender neh. Fuhh setahun rm1.5juta? Ini bukan masyukk lagi bhaii.. patutlah ada pengkomen yang pro website neh. Bukan aku nak suspect tp aku memang kaki suspect. Almaklum lah kaki CSI bhai. Sedikit sebanyak aku syak orang2 pasir yang bagi komen untuk bela syarikat pasir. Heh.

3. Bagi pandangan aku banyak lagi syarikat bumiputera yang berkelayakan boleh dapat projek neh. Maybe takde link dengan kerajaan kot. <-- persepsi jahat aku weh.. jangan ikut naaa.. Ha Ha Ha..

4. Tapi aku heran gak. Apa peranan cyberjaya kalau untuk develope website pun dorang gagal? Ye tak? Patutnya projek macam neh bagi kakitangan kerajaan handdle je lah. Punyalah banyak pakar dalam kerajaan.. takan takde yang pandai issue kan hal neh [Idea yang ditiru dari seorang pengkomen aku]. Tue MIMOS tue apa citer yer? Kerajaan ka swasta?

Kah kah kah

Nampaknya kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya fungsi kementerian yang dimiliki oleh mereka. Ada menteri it tapi takley bina website. Ada menteri penerangan tapi tak pandai promote website.

kah kah kah

Ini betul2 bangangland. 

kah kah kah

NOTA : seorang rakan kbsb jumpa website pasir. Klik sini

Ameno : Rakyat makan pasir.

Jumaat, 10 Jun 2011

Loji nuklear kini di malaysia.


Soklan : Adakah ko bantah loji nuklear di malaysia?

Tidak. Aku dapati teknologi ini bagus setelah membaca beberapa analisa daripada penulisan orang luar.

Soklan : So apa masalahnya TNB nak bina nuklear sekarang?

Banyak masalah. Aku tak percayakan ketelusan TNB dan kerajaan dalam menangani teknologi ini. Ikut pengalaman yang lepas2, aku dapati kes bumbung parlimen bocor pun berzaman pun kerajaan gagal atasi. Isu puduraya pun makan zaman baru settle itu pun baru2 neh bocor gak. Dan pelbagai lagi keruntuhan dan kemusnahan bangunan serta alam sekitar. Ini termasuk pendedahan mahathir bahawa terdapat sisa radioaktif yang masih tertanam di perak baru2 ini berikutan kontroversi kesan radiasi beberapa tahun yang lepas.

Dalam erti kata lain, aku tak percayakan kerajaan sekarang mampu menangani sebarang krisis yang bakal timbul andai berlaku apa2 kejadian kelak. Bagi aku kerajaan lebih suka ambil tindakan tutup dan timbus. Yakni tutup = rasuah untuk tutup mulut orang. Timbus = bom sampai mampos.

Selagi kerajaan ini berkuasa selagi itu aku tentang projek ini. Projek ini bagi aku perlu dikendalikan oleh kerajaan yang cekap, bebas dan telus.

Soklan : Ini projek swasta dan bukan kerajaan. Kerajaan tiada kuasa nak campur tangan.

Swasta pun tak boleh suka2 nak bertindak kalau tiada campurtangan kerajaan. Kelulusan, tapak, cukai, dan pelbagai kemudahan sudah pasti ada kaitan dengan kerajaan. Jika kerajaan mementingkan keuntungan material, walaupun projek ini bermasalah mereka tetap akan teruskan sebab mereka mencari profit bukan mencari kesejahteraan untuk rakyat. Lynas sudah membuktikan-nya.

Soklan : Projek ini akan dikendalikan oleh pakar luar negara.

Pakar luar ke, pakar dalam ke takde beza. Yang penting selagi kerajaan neh berkuasa selagi itu projek neh berbahaya kepada penduduk malaysia. Ini kerana kerajaan kita tidak telus dan gagal menangani krisis. Kalau berlaku krisis mereka hanya pandai campak masalah kat orang tapi taknak mengakui kelemahan diri. MRR2, bumbung stadium runtuh.. malahan isu portal 1pengguna yang menelan belanja rm1.4juta pun rakyat yang salah sebab mempersoalkan kewajaran kerajaan membelanjakan banyak wang untuk portal yang tiada sistem sekuriti dan mudah di hack. Heh

Soklan : Kadar elektrik akan berada di paras rendah jika loji nuklear terbina di malaysia.

Satu mimpi yang cukup indah. Jika kerajaan ambil alih kilang gula, harga gula akan jadi rendah. Tapi kenyataan-nya harga gula melambung2 juga. Jika kerajaan ambil alih tol, maka harga tol dapat dikurangkan. Tapi hakikatnya tempoh konsesi dipanjangkan ataupun naikkan cukai lain. Pendek kata apa sahaja yang kerajaan cakap adalah penipuan semata2. Harga elektrik tidak akan rendah di malaysia. Petrol dunia dan asia turun pun kerajaan tidak turunkan harga di malaysia malahan telah menaikkan harga petrol dan masih mahu naikkan lagi. Keuntungan berbillion2 petronas dan tnb hanya mampu dipandang oleh rakyat tetapi tidak dapat merasai. Berapa ramai malaysian yang tidak merasai nikmat klcc? Nikmat kl tower? Nikmat warisan merdeka mungkin? Apa pun yang kerajaan buat ialah untungkan kroni dan pinggirkan kita. Walaupun keluar di pelbagai media utama konon nya kerajaan bantu rakyat tapi pada hakikatnya kerajaan tidak bantu semua "rakyat" sebaliknya kerajaan cuma bantu rakyat time media massa membuat liputan untuk mencantikkan imej sendiri. Liputan solat asar pun dicanang di seluruh dunia walhal ketika dia berada di amerika hanya Allah swt yang tahu amalan nya. Pendek kata kerajaan mungkin mampu tipu rakyat, tetapi kerajaan tidak mampu tipu Allah swt. Dan hari pembalasan untuk kerajaan akan tiba samada cepat ataupun lambat.

Ameno : Perompak takboleh diberikan amanah beb.

Maklumat rahsia portal 1pengguna.com dah kena hack!

kah kah kah

Rupanya ini lah cara website rm1.4juta buat kerja. Tengok bawah neh ;

KUALA LUMPUR June 10 — The government’s brand new price check portal has been hit by a security breach allowing hackers to obtain details such as email addresses and contact information of over 2 000 registered users which security experts say can be used to steal financial data in a roundabout way
The breach follows 1 Malaysia Pengguna Bijak’s 1MPB immediate after its launch on Tuesday crash which government officials blamed on teething problems Online community portal Lowyat net reported this morning that there were “several vulnerabilities” in the RM1.4 million
1pengguna com site that allowed hackers to pull “signup details usernames email addresses and hashed passwords encrypted ” Personally identifying information such as names addresses birthdays and any banks or companies one does any business with can be used for identity theft or so-called phishing which use personal details to make a phishing attempt look legitimate
“These passwords are not difficult to decrypt. You can also use these vulnerabilities to defame the entire site ” Lowyat.net founder and chief executive Vijandren Ramadass told The Malaysian Insider
Vijandren also said that Lowyat had discovered “a severe lack of security on the site” when it was launched and contacted the website administrator but received no response He said that a hacker group called Rilekscrew group also pointed out that “these vulnerabilities allowed almost all the data contained on the server to be remotely accessed ”
“Obviously this is not an RM1 4 million job Security and user privacy is a very important issue especially on a site backed by the government ” he added
The Malaysian Insider has also obtained a list of over 1 000 user details including that of two site administrators
The government admitted yesterday that the 1MPB portal was not ready for the 3.5 million hits it has received since being launched two days ago Domestic Trade Co-operative and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said that the 1pengguna com website had “teething problems” after expecting only 300 000 to 400 000 hits


Ciri-ciri website rm1.4juta ismail sabri ;

1. senang kena hack

2. maklumat rahsia @ data peribadi pendaftar mudah terdedah

3. tidak boleh tampung pengguna yang ramai <-- yang neh pasal kita dok masuk sana nak belasah si ismail sabri time chautting hari tue.

4. lambat loading.

5. kuno dan tiada ciri2 aplikasi mesra pengguna.

6. guna template free jomlah yang diubahsuai

7. sistem chatting yang berterabur. Boleh letak ic palsu [yang neh tak patut diwujudkan pun]. Boleh menyamar jadi menteri. Tiada icon. Tiada auto detect spammer. Antara muka yang tidak menarik. Tiada perbezaan font / warna utk chatters dan pihak admin.

kah kah kah

Ismail sabri ada komen kat news pasal kita dok kecoh2 bab tender website neh bernilai rm1.4juta..

kah kah kah

mai lah kat sini aku nak cakap sikit. Aku akan tetap dan terus kecoh sebab hasil kecohan aku berbaloi. Tak sampai 2 hari pun aku kecoh dah terbukti bahawa portal 1pengguna.com memang buang duit rakyat.

kah kah kah

Ameno : menteri bodoh piang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...