Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Jun 2011

Tutorial : Tingkatkan page rank [Tips SEO]

Rehat sat.. kali neh aku nak ajar korang pasal teknik menaikkan page rank. Aku dah tahu menda neh dah lama gak [lebih kurang 3 minggu] cuma malas betul nak tulis. Adoii bila tak tulis kang aku rasa rugi pula.. so better aku note kan apa yang aku tahu mana lah tahu kot2 ada yang lagi pakar ke baca entry neh dan leh share2 sket ilmu SEO dia tue.

Hasil pembacaan aku dalam beberapa belogs [makna nya banyak blog lah tue yerk] aku dapati cuma ada tiga teknik penting je untuk menaikkan page rank korang. Punyalah banyak tipsi yang aku baca.. banyak belog aku jelajah.. cuma tiga teknik je neh yang betul2 berkesan untuk menaikkan page rank korang.

Page rank tue apa? 

Whoo.. taktahu yerk? Page rank = ranking blog anda. Ranking dibaca dari nilai 0 - 10. 0 = belum ada ranking. 1-10 sudah ada kedudukan yang mana 1 paling rendah, 10 paling tinggi.

Penting ke PR neh?

Neh satu lagi aku confuse. Ada cakap penting. Ada gak yang cakap tak penting. Tapi hasil analisa aku, PR neh memang penting. Blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi akan naik terlebih dulu di muka depan google setiap kali pengesearch [ayat apa neh weh?] type keyword yang mana keyword tue juga ada pada entry korang. Faham tak? Contohnya macam neh ;

Keyword : Najib botakchin

Blog 1 : PR 3 : Tajuk entry : Najib itu botak : Isi kandungan mantap.

Blog 2 : PR 6 : Tajuk entry : Najib, kenapa ko botak? : Isi kandungan biasa2.

Google akan indeks blog no dua tue terlebih dahulu sebab PR dia lagi tinggi dari blog 1. 

Apa? Tak adil? Nasiblah.. sapa suruh abaikan SEO ketika penulisan kan.. so kena tanggunglah. Kalau korang memang jenis tak kesah takpelah.. tapi bila search engine [google] detect entry korang di page pertama.. maka automatik ==> dapat traffic. Betul? Suka tak? Kalau suka kenalah rajin mahirkan diri bab2 SEO neh

Okey berbalik kepada tajuk asal entry neh.. aku bagitau korang tiga langkah utama untuk naikkan PR masing2.. aku pun tengah buat sebenarnya.. cuma tak menggunakan teknik neh secara menyeluruh lah..

1. Linkkan blog yang ada PR @ traffic tinggi. 

Maksudnya kat sini.. satu2 blog tue kalau korang tahu dia ada pr yang tinggi korang leh linkkan belog dia dalam belog korang. Tapi belog yang tiada pr yang tinggi tetapi ada traffic tinggi pun korang leh link gak juga. Apa benefits nya belog traffic tinggi nak masuk ke dalam belog korang neh weh? Menyemak je.. hehehe.. nanti dulu. Sabar dulu. Belog traffic tinggi = belog orang mesti baca.. betul? Bila orang selalu baca makna nya orang mesti selalu komen pasal belog tue. Bila orang selalu komen pasal blog tue.. nanti mereka akan search blog tue di google. So ini lah time nya bila dorang search blog tue dengan belog2 korang sekali keluar.. sebab ada link dengan blog tersebut.

Dari pembacaan aku juga.. blog traffic tinggi boleh menaikkan PR juga. Cuma PR neh dia update 3,4 bulan sekali. So kena sabar lah sket. PR naik = alexa naik. Alexa naik = PR belum tentu naik. Kena faham tue.
2. Buat backlink.

Benda neh aku paling malas buat. Backlink neh ialah korang soh member2 korang letakkan link blog korang kat dalam ENTRY belog dia. Boleh letak dalam macam2 cara. Samada dia letakkan ataupun korang manually letakkan. Kalau korang buat cara manual.. ialah cara korang mengkomen. Ko pergi sana sini komen2 then tinggalkan link blog ko kat belog orang. Ini pun boleh naikkan PR blog ko. Ada setengah blog mmg tak bagi ko letak link tp aku bagi. Lantak korang lah asal jangan buat benda yang aku benci sudey.. iaitu mencaci keluarga aku. Yang lain.. lantak2. Aku no hal. Aku biasa dah kena maki pun. 

Salah satu contoh backlink ialah contest. Kalau korang perasan ada contest2 yg mana pembelog [ayat apa neh weh?] akan letak url orang yang buat contest tue kan.. hah tue juga lah salah satu contoh backlink. Aplikasikan yang mana satu korang suka + orang suka. Jangan aplikasikan di tempat korang suka + tapi orang lain tak suka = gaduh pula kang.

3. Teknik mesra SEO. 

Yang neh kat mana aku cedok tah. Aku copy paste letak dalam note. Peh tue dah lama2 aku lupa nama belog tue. Sorry la. Kepada sesiapa pun anda aku ucapkan thanks. Keberkesanan benda neh belum terbukti bagi belog aku sebab aku baru buat dalam 3 minggu neh kot. Benda neh makan masa macam aku cakapkan. Tapi tak rugi cuba. Buatlah kalau rajin.

Teknik SEO neh ada macam2 cara. Kali neh aku share kan dua sekali. Hopefully korang faham lah. Kalau tak faham tanya je. 

Mula2 pergi ke dashboard -> design -> edit html -> expand widget -> Cari perkataan kat bawah neh ;
 
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>

Apa? Takde? copy + paste sendiri.
Apa? Ada.. tapi incomplete? Jadi complete kan mana2 yang tak complete.

Bersama2 benda di atas tue, korang kena copy benda neh gak ;

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>

Kalau takde, kasi ada kan. Kalau dah ada, bagus. Biar je benda neh kat situ. Tengok gambar ;



Kat situ ruangan / tempat yang sesuai untuk korang paste. Asalkan sebelum <head/> <-- ditutup. Aku prefer letak atas2. Mudah bagi aku.


Kedua2 benda neh akan membuatkan PR korang meningkat meskipun makan masa. Sabar je ye. Tujuan dia ialah search bot apabila melakukan bacaan ke dalam belog korang.. dia akan mengorek semua sekali perkataan yang terdapat dalam belog korang untuk di padankan dengan keyword = word yang orang search through google.

Okey faham tak? Tak faham tanya ye.. jangan pandai2 buat. Kang rosak segala bagai template belog korang kang naya. Apa2 hal kalau ragu2 dan was2 save dulu template korang sebelum dok ubah itu ini.

Ya, ya aku pun baru buat semua teknik2 neh. Ranking alexa memang aku naik. Dulu beribu kini beratus. Last aku check 9ratus lebih. Terkini taktahu berapa. Tapi ranking alexa neh boleh turun naik. Bergantung kepada traffic dan jumlah update blog. Semakin lambat, kurang, perlahan korang update belog maka semakin susut lah ranking korang. Kalau korang update hari2, insya-Allah ranking alexa naik atau tetap. Tapi PR korang pula stabil. Dont worry. Kalau korang dah dapat PR tiga, maka kekalkan PR tiga sampai bila2 meskipun korang jarang2 update belog macam dulu. Tapi PR aku masih 0. Aku baru nak belajar main2 teknik SEO neh. Jadi aku perlukan banyak ilmu untuk naikkan PR. Ranking PR juga bergantung kepada usia blog. Kalau agak2 belog baru 8 bulan macam aku toksah mimpi lah nak PR tinggi2. 1-2 tue dah mencapai tahap kemajuan lah beb. Tapi aku punya 0 lagi neh apsal hah? Hahaha..

Untuk pengetahuan korang PR = alexa = traffic = SEO semua neh saling kaitan. Nak elobrate macam mana yerk.. lebih kurang macam part telefon. Untuk membentuk telefon korang kena ada part2 kecil kan? Baru leh jadi telefon kan? Lebih kurang gitulah.. kalau korang memang serius berblog korang leh amek tahu benda neh.. ada gak yang jual info2 mcm neh padahal boleh dapat percuma je. Korang takyah lah buang masa beli2 benda neh [sorry e-bookers'] sebab aku akan tulis seme benda neh percuma je kat sini. Hahahaa..

Apa yang aku tahu, kita aplikasi sama2 then in the end of the day leh sama2 share testimoni.. ye tak? Okeylah sebelum aku nak tamatkan bebelan aku korang ce rajin klik sini.. ===> Vote me

Last info : keyword harus di eja dengan betul. Misal kata korang tengah mengumpat najib.. so tuliskan nama najib as najib. Jangan pandai2 tulis jibby lah tuya lah segala bagai.. sebab orang2 yg cari info pasal najib takan tiba2 nak eja nama najib seperti jibby ke apa ke kan? Yang lain nak melalut lantak lah.. tapi keyword = kata kunci = tajuk entry = benda yg jadi topik penulisan = ejaan kena betul.

Ameno : arhhh penat bhaiiii.....

Hot : Pakistan turunkan harga petrol.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah

Apa citer neh bhai? Nak suruh kita orang pindah ke pakistan plak ke? Sebelum neh suruh kami berhijrah ke indonesia kan?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Baca bawah ;


Arhh sudah media arus perdana mesti tak siar cerita neh kan? Wehhh aku rasa malaysia kena tipu dengan dunia lah kot.. kesian pemimpin kita.. minyak global mana lah yang naik tue kan.. sapa lah yang sabotaj malaysia bagi berita palsu minyak dunia naik.. sian pemimpin kita kena kencing sampaikan buat keputusan untuk naikkan harga petrol..

kah kah kah

Lagi lanjut korang klik sini. 

Ameno : sakit perut tengok umno tercekik..

Konsert mtv tiada kena mengena dengan SULTAN.


PKR otak lembu kalau menyalahkan sultan dalam isu konsert monsert neh..

Rileks lah.. mesti ramai yang marah kat aku kan..? Nak buat macam mana.. prinsip amenoworld are ;

LANTANG
AKU PUNYA PASAL..
ADA AKU KESAH?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Meh aku petik sikit apa yang tertulis dalam berita neh ;


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata semua pihak berhak untuk menyuarakan bantahan ke atas penganjuran konsert rock MTV World Stage Live.

Namun, katanya, kelulusan telah diberikan bagi penganjuran konsert yang akan diadakan di kawasan komersil antarabangsa I-City.



Menurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya.

"Bagi saya perkara ini tidak jadi satu masalah untuk MTV jalankan aktiviti mereka.


1. MB cakap sesiapa berhak menyuarakan bantahan atas isu neh.

Fine. Aku bantah. Nampak tak? MB khalid cakap sesiapa pun berhak.. so aku memilih untuk membantah dan itu hak aku. MB selangor pun dah memperakuinya. so chill lah..

2. Kelulusan telah diberikan sejak tahun lepas.

Maksudnya PKR = meluluskan benda neh dari tahun lepas lagi.. hehehe.. patutlah.. awat ko buat macam tue pkr.. awat ko luluskan benda yang satusen pun takde faedah neh..

3. Hasil cadangan sultan selangor..

hehehe.. sultan kasi cadangan je. Bukan wajib follow. Ko sebagai tuan penasihat boleh nasihatkan sultan yang konsert2 neh not good.. aku tak rasa sultan selangor pro kepada kemaksiatan.. sebab tue kalau ada mana2 individu yang nak bela pkr dan meletakkan kesalahan kepada sultan kena fikir balik. Benda neh pun nama nya cadangan. So selagi cadangan neh tidak di luluskan maka ia kekal sebagai cadangan je lah.. bila pkr yang luluskan maka pkr lah yang kena tanggung semua kesalahan.. bukan nya sultan. 

3. Cadangan sultan = aktiviti keusahawanan.

Laaaa.. aktiviti keusahawanan rupanya.. bukan nya aktiviti kemaksiatan.. jap2 aku nak buat analisa sket ;

Sultan = bagi idea buat aktiviti keusahawanan = pkr luluskan idea sultan = tukar jadi aktiviti kemaksiatan = bila orang bantah = pkr cakap idea sultan = aik? Hehehe.. 

Nak buat aktiviti keusahawanan.. ko buat lah aku nampak idea sultan tue idea bagus. Aku sokong habis. Ko buat lah aktiviti sukan.. aktiviti riadah yg tawarkan hadiah spt pengajian percuma.. aktiviti2 usahawan muda.. kursus2 percuma utk tingkatkan pendapatan dan kenyakinan diri.. bengkel2 kemahiran.. dan macam2 aktiviti riadah dan kekeluargaan yang boleh melibatkan belia2 dan keluarga 1malaysia utk join aktiviti2 neh.. bukan nya buat konsert. Tiada faedah masalahnya pun dengan konsert neh.. habis berhibur balik.. dah tue dapat apa? Aktiviti keusahawanan apa dengan konsert neh pun? Tak faham aku. 

Ada gak yang cakap benda neh tiap2 tahun pun ada. Dah jadi macam acara wajib. La ye ke? Mana aku tahu.. kalau gitu sama je lah pentadbiran bn dan pkr? Ingatkan ada beza.. rupa nya sama je. hehehe.. soweiii....  i jujur.. hehehe.. dap gak pandai.. kan dap kan? Hehehe..

Ameno : hiburan dah banyak dah.. cukup2 lah tue pkr weh..

Petrol turun harga.

Ini bukan sahaja berita yang best. Ini betul2 best. Lebih best dari best yang biasa. Heh.

Sesungguhnya ketika aku membaca berita neh aku benar2 terpana dan terharu.. perghhhh... aku rupa2nya bukan nya bermimpi.. ini betul2 realiti..

Tengok bawah dulu ;


Kah kah kah
kah kah kah kah 
kah kah kah kah kah

Macam tak percayalah bahawa mereka boleh turunkan harga petrol kat sana. Heheh.. siyes. Aku pun pelik tapi inilah hakikatnya. Memang aku tahu selepas neh ;


1. Akan ada yang mempersoalkan bahawa adakah petrol yang diturunkan tue ialah ron 95?


Peduli apa aku.. kalau pun bukan ron 95 ianya tetap berbaloi untuk mengutuk bn. Sebab bn cakap harga petrol dunia naik. Kalau naik apasal indonesia leh turunkan petrol mereka sebanyak 2 kali dalam tempoh terdekat bhai? 


Dan aku pun pernah terfikir macam mana agaknya perkiraan ron neh dibuat? Adakah mereka proses dari satu tong yang sama? Maksudnya adakah setong minyak mentah apabila di proses boleh menghasilkan pelbagai ron? Kalau ya lagi lah tak relevant kerajaan nak naikkan harga ron 95 yang mana akhirnya kerajaan tangguhkan dulu buat masa terdekat, tapi bukan bermaksud petrol ron 95 tidak naik. Kenaikan tetap berlaku juga. Heh.

2. Apa? membandingkan penghasilan petrol pula?


Okeyh.. bandingkan juga dengan jumlah penduduk. Itu je. Cakap banyak2 pun tak guna..pasal yang aku tahu petrol indonesia turun harga petrol malaysia naik harga dan bakal naik lagi. Cuma tunggu masa je bhai.


Hek eley lue jangan percaya cakap amenoworld dan harakah neh weh.. dorang neh penipu.. harakah dan amenoworld neh kan pro pas so cakap2 dorang neh seme nak menentang kerajaan je.. dasar tak reti nak bersyukur punya manusia.. 


Owh.. okey.. aku tipu. Harakah pun tipu. Cuba ko tengok bawah. Hasil google. Kalau google pun ko nak kata tipu... hehehhe.. lue fikirlah sendiri..








Ameno : Penipu telah tertipu.
Free flash drive.. nak ke? Boleh masuk contest cutee.. klik sini
Create card via oreo app? What's that? Click here for details 

Memorandum perkasa dan pemuda umno kepada utusan.

Benda neh lawak. Aku sendiri dah gelak pecah perut untuk beberapa siri. Lebih lawak dari maharaja lawak. Siyes.

Kah kah kah..

Tengok bawah pepehal dulu ;




Yang pertama ialah memo umno kepada utusan. Antara ayat lawak pecah perut dalam memo terbabit ialah ;

1. Pemuda umno sentiasa tegar dan teguh di barisan paling hadapan selaku benteng mendepani sebarang ancaman dan ugutan ke atas utusan malaysia.

WOW.. habislah ko CSL [chua soi lek : baca MCA].. kah kah kah habis lah.. komponen2 bn dah bergaduh neh..

2. kami tidak akan membiarkan khazanah agung utusan malaysia...

kah kah kah..

khazanah agung??? kah kah kah.. lawak apa neh bhai? kah kah kah..

3. Pemuda umno menyeru kesemua ahli pemuda umno khususnya. Seluruh ahli umno dan melayu am nya, dan rakyat malaysia secara jamaknya menyokong akhbar utusan malaysia dengan membeli dan melanggan akhbar ini.

kah kah kah..

Last2 sekali suruh kita beli surat khabar neh pulak.. kah kah kah woittt betul ke utusan dah rugi? kah kah kah.. takmo arh beli.. biarkan utusan terus rugi.. padan muka.. kah kah kah

Yang kedua tue pula lawak pecah perut perkasa.. siap ada syair sekali bhai.. kah kah kah adoiiii... dorang neh memang betul lah.. betul2 boleh jadi pelawak.. kah kah kah.. ;

1. berkhidmat bersama utusan malaysia sama lah seperti berkhidmat untuk orang melayu dan islam..

Kah kah kah

Yeke perkasa? Apsal aku taktahu pun? kah kah kah

2. Perkasa berjanji tidak akan seinci pun berganjak untuk bersama utusan malaysia dan selagi wujudnya pertubuhan bernama perkasa di negara ini.

kah kah kah

Elok sangat lah tue.. memang korang sepadan pun.. kah kah kah tapi apa dah jadi dengan suara perkasa? kah kah kah.. dah lupus ke? soweiii saja tanya.. kah kah kah

3. Utusan malaysia ialah pakaian dan sajian harian orang melayu yang tidak akan basi atau lusuh.

kah kah kah

takmo arhh aku pakai utusan dan makan utusan.. kah kah kah memang lah paper tak boleh basi... tapi paper boleh di bakar maaa.. kah kah kah dorang sekarang main bakar2 utusan whooorr.. kah kah kah

Syair penuh perkasa kepada utusan ;

Untuk mu utusan malaysia,

Andainya malaysiakini hadiahkan potret berbingkai berlian, <-- mimpi perkasa

Biarpun the malaysia insider dan the star menjanjikan cerita syurga, <-- best pe masuk syurga hehehe

Walaupun akhbar cina bersujud menghulur emas dan intan, <-- woitt bila nak sujud kat aku pula?

Namun hanya utusan malaysia sahaja yang perkasa percaya. <-- patutlah pun..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Pepandai lah korang hadam sendiri.. kah kah kah

free flash drive
Kalau korang minat nak dapatkan benda kat atas neh percuma.. upload gambar cute korang. Contest tamat 6 june neh so kena cepatlah.. masuk sini baca detail keyh.

Ameno : legaaa dapat update blog guna komputer sendiri.. hehheh

Rabu, 1 Jun 2011

Hebat : Gaji pengarah TNB berjuta2.. !!!



WOW.. hebat beb. Gaji dorang memang besar. Sesuai lah dengan standard TNB sebuah syarikat GLC yang berdaya saing [baca monopoli] di malaysia neh. Kalau aku tengok2 lah kan gaji pengarah eksekutif tnb neh kan perghh.. segala2nya boleh beli cash beb.. korang klik atas kalau tak percaya.. betapa besar nya gaji dia dalam setahun kan dia boleh collect hampir 2 juta. Best kan?

Gaji setahun dia ; 1,200,000.00 <-- sejuta bhai.

Elaun kereta dia ; 60,000.00 <-- neh elaun kereta je beb.

Bonus setahun ; 302,500.00 <--neh bonus aje beb.

Pemotongan EPF ; 236, 964.00 <-- pembayaran epf untuk bertahun2 kita.. dia setahun je. heh

Dasat kan? Kaya gila. Kalau korang rajin.. baca sampai bawa. Kat bawah tue [merujuk gambar di atas] ada diterangkan bahawa ;

Si khalib yang juga pengarah eksekutif TNB neh mendapat 400,000.00 + 600,000.00 = 1 juta dari TNB sebagai penyelarasan gaji baru.

Perghhh... pergi meeting je semata2 je pun dapat allowance.. perghhhh aku cemburu neh bhaii.. Memang dasar melayu totok sifat kedengkian aku meluap2 melihat betapa banyaknya gaji yang diraih oleh pegawai2 tertinggi tnb neh. Tak heran lah kenapa tnb asyik bising je kalau tarif elektrik tak naik2. Hehehe..

Apa2 pun bagi aku gaji dia neh dah ditetapkan oleh lembaga pengarah. Sebagai rakyat aku tidak akan mempertikaikan rezeki dia. Cuma selaku pengguna elektrik aku rasa tnb patut fikir bahawa rakyat bukan nya bodoh. Kalau tnb boleh bayar gaji pengarah tinggi2, boleh untung berbillion2 tanpa menaikkan kadar elektrik apa salahnya pun kalau keuntungan tnb susut sket.. ye tak? Bukan nya tak untung pun kalau tak naikkan kadar elektrik. Aku melihat objektif tnb neh semacam dah lari. Sepatutnya tnb membekalkan elektrik rumah ke rumah dalam kadar yang bersesuaian.. untuk membantu rakyat tetapi kini motif tnb dah berubah. Mereka bekalkan elektrik dari rumah ke rumah untuk mencapai keuntungan yang maksimum.

Sebenarnya ramai rakyat malaysia faham yang tnb perlu mencari keuntungan bagi meneruskan bisnes. Almaklumlah tnb antara syarikat glc yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia. Cuma yang kita tak boleh nak faham ialah kenapa setiap kali minyak naik..[minyak dunia sekarang turun] rakyat pula yang kena keluarkan duit ? Kenapa tidak tnb cut urusan niaga mereka dengan ipp je? Faham tak? Bukan tiada alternatif lain selain dari menaikkan tarif elektrik dan gas asli setiap enam bulan. Ada. Memang ada. Cuma mereka taknak guna cara tue, sebaliknya mereka tarah poket kita macam biasa. 

Nota : Menjawab fatimah zuhri.. bukan hanya harga minyak je berbeza.. tarif elektrik pun dah berbeza 3,4 tahun yang lepas. Setiap kali minyak naik, tnb naikkan tarif. Malahan bil sekarang di kira 2 bulan sekali, mana kita as rakyat tahu kalau wujud unsur2 penipuan..ye tak? Harap maklum.

Ameno : Aku nak ngorat anak pengarah tnb lah.. heheheh
http://www.tnb.com.my/tnb/application/uploads/annualreports/9701b2624e4d83df2799ce3da16134e2.pdf <-- kalau korang rajin korang baca sini.. tempat di mana aku dapat dokumen neh.. mungkin korang leh jumpa benda yang lagi WOW.. kot.. hehehe..

Selasa, 31 Mei 2011

Rais yatim : Gantung jawatan ketua pembangkang isu video seks.

PUTRAJAYA 30 Mei - Jalan paling setimpal meredakan keraguan rakyat dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantung jawatan Ketua Pembangkangnya sehingga kes dakwaan pembabitannya dalam rakaman video seks selesai. 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, prinsip dan amalan itu dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang. 
"Kenapa ia tidak dilakukan kepada ahli parlimen yang berjawatan "Lagipun Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela 'cuti' dari jawatannya itu bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. 
Dalam aspek ini, kata Rais, jika kes melibatkan Penasihat PKR itu nanti diputuskan mahkamah memihak kepadanya, maka pakatan pembangkang boleh mengesyorkan pengembalian jawatannya itu. "Undang-undang negara dan antarabangsa juga mengiktiraf amalan melepaskan jawatan sementara 'indictment' atau pendakwaan sedang berjalan terhadap seseorang," katanya
Rais menarik perhatian kes melakukan serangan seksual dan percubaan merogol membabitkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang terpaksa melepaskan jawatan tingginya itu sebagai satu contoh terang dan nyata. 
Malah bukan itu sahaja. Strauss-Kahn terpaksa pula membayar kos pengawasan yang disabitkan dengan 'penjagaannya' selama siasatan dengan kawalan terhadap dirinya berjalan. "Beberapa orang menteri dan menteri besar kita juga pernah melepaskan jawatan semasa dalam edah perbicaraan jenayah terhadap dirinya. 
"Mungkin Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tak baca nas-nas ini kerana sentiasa cuba menegakkan basahnya dan 'keadilan' sendiri," kata beliau. 
Tegas Rais: "Apa pun pendirian Menteri Besar Kelantan itu, ia sudah diduga. Amat membina sekiranya beliau melihat persekitaran kes Strauss-Kahn serta 14 orang pemimpin pembangkang Turki dan lain-lain yang menghormati amalan dan prinsip tanggungjawab demokrasi (dengan melepaskan jawatan mereka)."


Lantak ko lah rais. Ko nak gantung jawatan dsai ke apa ke buat je lah. Cuma aku heran sepatutnya siasatan suruhananraya diraja patut ditubuhkan untuk menyiasat kes neh tapi sampai sekarang tak tubuh2kan lagi sedangkan neh keputusan kabinet bukan keputusan dsai. So apa yang melengahkan kabinet daripada menubuhkan siasatan diraja neh?


Kalau sungguh nak suruh dsai mengantung jawatan dia sekalipun pe kata suruh pdrm reveal kan pelaku video seks terbabit tue dulu? Dsai tak patut gantung jawatan dia disebabkan polis pun tak cakap dia ialah pelaku seks dalam video terbabit. Kalau tiba2 dsai mengantung tugas seolah2 cam dia mengaku pula yang dia ialah pelaku seks terbabit. Sedangkan polis pun tak sebut dia. Jadi buat apa dia bangang2 nak gantung jawatan pula?


Lagi satu kan ko rais nak bagi pandangan ko bagi je lah tapi takpayah ko heret nama tgna. Bangang lah ko dok fitnah2 tgna pula kat sini. Tgna takde cakap apa2 pun pasal isu gantung mengantung tugas neh. Dia cuma cakap berdosa orang yang menfitnah orang dan tak masuk syurga selagi kita tidak minta maaf kepada orang yang kita fitnah. Dia bagi kenyataan tue bila ditanya isu video seks. Tapi kenyataan dia tue boleh mewakili untuk semua kes fitnah. 


Bukan dia cakap"  tak masuk syurga fitnah dsai.. " tah hapa2 lah. Dari wartawan utusan sampai ke wartawan pembangkang [kecuali harakah] semua spin kata2 tgna yer. Nak je aku taler kepala hotak wartawan sekor2 tue. Sesuka korang je dok mengarut dan memutar belitkan kata2 tgna 3,4 minggu lepas. 


Bila kata2 seperti ;


"tak masuk syurga fitnah dsai" di baca oleh orang awam maka persepsi serong akan timbul seolah2 dsai = penentu kita ke syurga atau neraka. So ini ayat2 macam neh tak patut dipakai.


Lainlah kalau ;


"tak masuk syurga jika kita fitnah orang selagi tak minta ampun pada orang yang kita berbuat fitnah" = kata2 yang tidak menimbulkan kontroversi dan menghasilkan persepsi baik. 


Jadi aku heran apsal ada pro pembangkang yang bangang2 pergi cakap tak masuk syurga kalau fitnah dsai.. dah tue siap petik2 cakap tgna plak yang cakap. Memang dia cakap.. tapi dia cakap kalau kita fitnah orang kena minta maaf dulu.. kalau tidak macam mana nak masuk syurga? cubalah jangan cakap benda2 macam neh sebab akhirnya pro umno akan baca dan anggap kata2 tgna sebagai lain. Sudahlah banyak kata2 tgna di spin. Ingatkan orang2 umno je yang spin.. neh orang2 pr sendiri pun amek dan spin sekali kenyataan tuk guru. 


Lepas tue kan selain dari anwar ibrahim, aku rasa si rais yatim neh pun patut digantung tugas atas tuduhan rogol amah. Jangan nak dediam pula. Pandai suruh orang berundur, maka ko pun kena pandai berundur juga buat sementara waktu sehingga kes siasatan tersebut selesai.


Kalau nak tahu sekarang neh aku tengok utusan dok main propa. Mereka main propa kononnnya pas sekarang tolak kepimpinan ulama [hadi + nasha] dan angkat kepimpinan anwaritas. Tah pape2 lah tuduhan2 neh. Ingat pas neh kaki berpuak2 ke? Tiada pro anwaritas dalam pas sebenarnya. Gelaran neh adalah rekaan. Itu semua fitnah dan mengarut.  Walaupun kita kadangkala tak berapa suka dengan kepimpinan itu ini tetapi kita tetap hormat. Sebab mereka dipilih oleh perwakilan. Tindakan utusan melabelkan itu ini dalam proses pemilihan pas kali neh aku baca sebagai ;


1. menimbulkan fitnah dan syak wasangka di kalangan ahli2 pas.


2. memberikan persepsi benci kepada hadi + nasha oleh kumpulan pro tgna dan sebaliknya.


3. membuatkan ahli2 pas saling bertelagah akibat masing2 ada pimpinan pilihan masing2.


Yang heran nya ingatkan takde lah ahli2 pas yang terpengaruh.. rupanya ada bhai. Dorang tue bodoh. Sorry i jujur. Ingat senang ke hadi + nasha nak seret pas masuk bn? Itu adalah mustahil. Hadi tahu. Nasha juga tahu. Tetapi nasha aku tolak sebab dia terlalu lemah, taktahu buat kerja dan lambat dalam menentang kemungkaran dan kepincangan kerajaan [baca : umno]. Itu je sebabnya. Aku memang hormat dia tetapi aku takmo dia menang lagi. Even hadi pun kalau boleh berundur lagi bagus. Tapi nak buat macam mana tiada sapa2 pun berani nak cabar dia. Hadi pula taknak letak jawatan. Sedangkan hadi patut faham dia tiada kredibiliti untuk memimpin pas ke arah pembaharuan.


Pas perlu reform. Tapi entahlah macam mana nak reform pas kalau hadi pegang tampuk kuasa? Aku nak pemimpin berani macam tgna. Tghh ketika muda dia memang berani. Tapi sayang keberanian dia ada tempoh. Sekarang dia dah tak berani lagi dah. Pendekatan dia pun dah tak relevant. Tapi keberanian tgna pula tetap berterusan walaupun dah makin berusia. Tapi kena faham, tgna bukan malaikat. Suatu masa nanti Allah swt akan jemput dia pergi. Jadi takan pas taknak cari penganti yang boleh meneruskan momentun tgna? Yang pasti barisan calon sekarang aku tolak nasha sama macam aku tolak nizar. Ya, nizar pun aku tolak. 


Itu pandangan aku. Aku taknak pilih pemimpin yang pandai ceramah je. Kalau setakat ceramah baik aku buka kuliah agama. Dah berlambak2 ustaz pas yang boleh bagi ceramah. Apatah lagi zaman sekarang teks ceramah pun orang yang sediakan. Heh. 


Tapi kalau boleh aku nak pemimpin yang boleh lead negara. Sudah cukuplah aku berangan nak hidup dalam negara islam. Sudah cukupla aku berangan nak fahamkan orang bukan islam bahawa islam ialah satu sistem hidup. Kini masa untuk aku melaksanakan impian aku jadi realiti. Untuk itu, aku perlukan pemimpin yang ada impian macam aku juga. Sebab itu aku sokong pas, bukan individu dalam pas. Heh.


Dah alang2 rais yatim cakap pasal neh nak juga aku ingatkan rais yatim isu artis seksi seksa neh masih belum selesai lagi. Video klip seks neh bila kau nak amek tindakan rais?


Ameno : Tindakan terpilih berlaku bila ketaksuban terpilih wujud. Heh

Tarif elektrik naik setiap 6 bulan.



Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. 
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam. 
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016. 
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos. 
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan. 
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.


Kah kah kah


Naik setiap 6 bulan? Apa? Naik setiap 6 bulannn...??


kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


PADAN MUKA KITA SEMUA.. kah kah kah..


Sebenarnya nak membangkang pun kena ada ilmu. Tak boleh juga main taboh.. hehehe.. dah alang2 kerajaan pandai mengarut.. kerajaan kena buktikan apa yang dorang mengarutkan itu berdasarkan kepada fakta sebenar.


1. Apa harga sebenar bahan api? 


Rakyat perlu tahu apa harga sebenar bahan api. Dedahkan dokumen kalau berani. Jangan dok pandai potpet cakap bekalan mahal selagi tidak terbukti kerajaan beli dengan harga yang mahal. Sesiapa pun boleh mengaku beli itu ini dengan harga mahal tapi bukti takdak tak guna juga. Kerajaan dari dulu kalau bab2 pembayaran satusen pun taknak dedahkan kat kita. Mungkin kalau dedahkan mereka bakal kantoi. Macam isu apco lah. Benda neh dah biasa. Sampaikan rakyat malaysia nak cakap apa pun taktahu..


2. Gas asli datang dari mana?


Kerajaan beli gas asli tue dari mana? Cuba elobrate benda neh untuk aku fahamkan dulu betul2. Bukan ke kerajaan ada gas asli sendiri? Kalau ya kenapa nak menyamakan pengguna malaysia = pengguna antarabangsa = pembeli? Ko kan kerajaan, aku kan rakyat, salah ke ko bekal asal lepas keuntungan ko.. perlu ke ikut harga pasaran global? Kalau salah betulkan aku beb. 


3. FCTP = segala kos adalah tanggungan pengguna.


Nampak tak benda tue? Maknanya segala perubahan harga bahan bakar di pasaran global yang akan berlaku kelak akan ditanggung oleh pengguna malaysia. Bila naik for sure harga akan naik. Bila turun, for sure sampai mampos tiada tarif elektrik yang akan turun.


Sebenarnya bagi aku tiada masalah lah kalau kerajaan nak lambakkan rakyat dengan segala macam beban. Memang itu kepakaran barisan nasional. At least kasi lah reason dan fakta yang menyokong tindakan mereka neh terlebih dahulu. Bukan dok melalut harga bahan api mahal dan segala bagai. Bagi dokumen. Aku nak tengok sebab perlukan kepastian bahawa tnb rugi kalau tariff elektrik kekal di takuk lama. Setahu yang aku sedar dalam berita ekonomi yang aku baca 2 bulan lepas, tnb raih keuntungan berjuta2. So kalau dah raih keuntungan dari mana pula perkataan kerugian itu timbul?


Macam mana pula dengan IPP? Ramai rakyat malaysia tak tahu pun IPP tue apa. Sadis. Tapi kesian juga kadangkala. Maybe dorang belum ada minat nak ambil tahu pentadbiran negara kan. Meh sini aku elobratekan ringkas apa itu IPP ;


IPP = penjana kuasa bebas.


IPP = dikendalikan oleh pihak swasta.


IPP = dikendali oleh kroni besar barisan nasional seperti YTL dan lain2.


IPP = salah seorang pemilik kasino di pahang juga mendapat projek ipp neh.


Apa tugas utama IPP neh?


IPP = membekalkan kuasa tambahan.


Kenapa nak bekalkan kuasa tambahan? Kan ada TNB..?


Ya ada, tetapi untuk menampung situasi seperti breakdown, sistem tergendala, pemasangan / upgrading kabel/sistem/penyelenggaraan oleh TNB.. bila itu berlaku maka IPP akan amek alih tugas untuk bekal tenaga kepada pengguna.


Kenapa tidak TNB je handdle benda neh? Kenapa tidak TNB je cipta satu syarikat pro kerajaan [GLC] untuk bekalkan tenaga tambahan neh?


Semua jawapan neh ada dalam kocek kerajaan dan TNB. Mereka kena jawab sendiri. Aku punya jawapan senang je, iaitu nak salur keuntungan kepada kroni.


Adakah kita sering menggunakan tenaga tambahan dari IPP neh? 


Kurang pasti. Tetapi kalau guna pun mungkin dalam 5%-15% je. Tetapi di malaysia kita sudah ada 47% tenaga tambahan. Kalau 47-15 = 32% tenaga tambahan yang tidak digunakan setiap tahun.


Owhh okey.. so kena bayar ke kalau kita tak guna? 


Ya. kena bayar walau tak guna. Sapa bayar? TNB bayar.. guna duit kita. 


Adakah subsidi kepada ipp adalah SAMA maksud kepada bayaran tnb kepada IPP ? 


TIDAK SAMA. SUBSIDI IPP = cukai yang dikecualikan oleh kerajaan. PEMBAYARAN kepada IPP = keluar dari poket aku, ko dan kita semua.


Apa bukti IPP neh kroni kerajaan?


Tiada bukti, tetapi apa kata suruh kerajaan dedahkan perjanjian tnb dengan ipp kepada umum di parlimen?Perkara neh telah didesak selama bertahun2. 


Kesimpulan nya IPP = rakyat membayar kepada perkara yang tidak digunakan dan kerajaan melindungi mereka. Jika kerajaan sayangkan kroni kerana kroni bekalkan mereka wang bukan kah kerajaan patut lebih sayangkan rakyat kerana rakyat juga bekalkan kerajaan wang? Malah lebih banyak kerana rakyat ialah majoriti manakala kroni ialah minoriti. 


Ameno : Hidup dengan bn umpama macam tak boleh hidup.

Isnin, 30 Mei 2011

Elektrik naik jam 4 petang neh..??

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob di Putrajaya sekitar jam 4 petang.
Tidak dinyatakan tujuan sidang akhbar berkenaan, namun dipercayai berhubung kait dengan saranan Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat lalu yang meluluskan kenaikan tarif elektrik.
Sidang akhbar tersebut dijangka memberikan butiran kenaikan tarif berkenaan yang dijangka berkuat kuasa 1 Jun 2011 atau hari Rabu ini.

Kalai betul lah tariff elektrik naik maka aku akan ucapkan takziah lah kepada kita semua di atas berita neh.. 

kah kah kah 

Padan muka aku, kau dan kita semua.. 

kah kah kah

Undi bn = dapatlah barang naik 

kah kah kah

sama2 kita nantikan alasan2 yang bakal diberikan oleh mereka pada jam 4 petang neh andai kata berita yang aku petik dari sini terbukti benar..

Ameno : exicited beb..

Mashitah : Perceraian selesai banyak masalah wanita





KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita. 

Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.



Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.

Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.

Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan. 

 
“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.

“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya. 


Puas aku selongkar otak aku untuk menilai aspek2 positif kata2 ustazah mashitah neh. Aku faham dia nak cakap perceraian neh boleh menyelesaikan banyak masalah2 wanita seperti yang ditinggalkan, di abaikan, di dera oleh suami dan macam2 lah.. tapi sayangnya penerangan dia terlalu general. Bila dah general orang kerap salah faham. Aku takde pun nak salah faham kata2 dia sebab aku nampak point dia kat situ tapi masalahnya ramai orang mungkin tak nampak dan memang cenderung untuk salah faham sebab dia neh lah juga manusia yang mengatakan bahawa pelacuran dibolehkan dalam keadaan darurat.
Tapi kalau korang tanya pandangan aku sendiri, aku tak setuju kata2 ustazah walaupun aku faham niat di balik kata2 dia. Bagi aku lah kan perceraian itu merupakan perosak. Anak2 pasangan yang bercerai juga lebih cenderung dengan aktiviti tidak sihat berikutan kurang kasih sayang dan perhatian.

Dan kalau kata2 ustazah neh di ambil oleh wanita2 malaysia untuk dijadikan panduan, boleh jadi perempuan akan menjadi semakin senang nak minta bercerai. Silap2 pasal hal kecik pun nak bercerai. Sudahlah ramai perempuan di malaysia menolak poligami. Tahu kah korang kalau menolak poligami = menolak ketetapan Allah swt = membidas Allah swt?

Bukan aku nak tuduh ustazah mashitah mengalakkan perceraian ye, jangan salah faham bhai. Aku cuma nak tegaskan bahawa dia perlu memperjelaskan lagi dengan lanjut apa maksud dia perceraian boleh menyelesaikan banyak masalah wanita. Itu aje. Apa salahnya dia cakap wanita2 yang dah bercerai telah berjaya menyelesaikan masalah instead of perceraian boleh menyelesaikan banyak masalah wanita. You see the difference kan?  Sebab itu penggunaan ayat yang betul perlu supaya apa yang kita nak sampaikan tue tak bermaksud salah. 

Kadangkala selalu juga aku tulis sesuatu yang mana aku maksudkan lain tetapi pembaca aku tafsirkan lain. Tapi aku takley nak salahkan dorang melainkan salahkan diri aku sendiri. Sebab bahasa2 aku sudah tentulah hanya otak aku je yang memahami. Macam mana pula aku nak expect yang pembaca mempunyai otak yang sama macam aku..?Jadi disinilah kesalahan ustazah mashitah bermula. Dia fikir semua orang akan faham apa yang dia sampaikan sedangkan bahasa2 dia hanya dia je yang boleh faham. Bukan aku, bukan pula rakyat islam malaysia. Sebab tue lah dia neh kena belajar berkomunikasi menggunakan bahasa yang betul untuk menyampaikan apa yang dia rasakan betul. 

Ke aku je yang terlalu bersangka positif kat dia? Ke memang dia anggap perceraian tue boleh menyelesaikan banyak masalah? Kalau begitu tak aneh lah kenapa dia kena kutuk. Sendiri tempah bhai.

Ameno : ustazah mashitah suka poco2 tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...