Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Mei 2011

Bukan satu tapi lima loji pembunuh manusia di malaysia.

Maaf, aku sebenarnya kurang info pasal benda neh. Carian di google pun kurang menjurus kepada apa yang aku nak tahu sangat2. Tapi aku ada dapat sikit2 benda yang aku rasa aku boleh nak faham kenapa benda neh agak berbahaya kepada manusia. Kenapa ada mereka yang menentang dan macam mana nak kurangkan risiko bahaya kepada manusia dan alam sekitar khususnya penduduk bumi neh.

Mula2 baca berita kat bawah neh dulu ;

Lebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.


Beliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Chor berkata, kementerian sedang memantau prestasi semua syarikat yang diberi kontrak melupuskan sampah dan sisa pepejal.

Mengenai loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu, beliau berkata ia mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sehari dihasilkan di pulau peranginan ini.

Katanya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang menguruskan pembinaan loji di Langkawi turut mengambil langkah menaik taraf empat projek pelupusan sampah di Kedah.

Jika dipandang sekali imbas aku tak nampak benda neh suatu projek yang harus kita tentang. Aku rasa benda neh ada kebaikan dan memang bagus. Tapi entah kenapa setelah membaca beberapa perkara pasal hal neh aku dapati ianya memang patut ditangguhkan terlebih dahulu. Ditangguhkan sehingga sekurang2nya kita mendapat pemimpin dan parti yang bebas dari penyelewengan dan ketamakan kuasa. 

Dari apa yang aku dapat melalui internet benda neh pada awalnya ditentang oleh dap. Ronnie liu seorang pemimpin dap pada ketika itu pernah menentang pembinaan loji insinerator dulu. Sekarang, adakah dia masih lagi menentang benda neh? Sorry aku taktahu. Kena tanya dia sendiri. Lagipun mesti dia boleh jawab kalau kita tanya dia sendiri. Setelah kematian malang TBH di bangunan SPRM pada dua tahun lepas, ronnie liu dah tak sibuk macam dulu. Kes rasuah yang membabitkan dia pun dah tutup. Kes dia bagi projek2 kerajaan selangor kat kroni2 dia pun dah tutup. Heh. Memang best jadi wakil rakyat. Nak projek petik jari jer enk. Opss.. Hehehe..

Okey2 berbalik kepada tajuk cerita neh. Dari pembacaan aku, aku dapati kebanyakkan mereka yang menentang ialah kerana ;

1. Pembakaran sampah sarap neh akan menghasilkan gas yang berbahaya. Nama gas neh ialah dioksin.

2. Dioksin neh berbahaya kepada penduduk kerana penyedutan melampau [pendedahan kepada dioksin] akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit genetik + kanser.

3. Namun, dek kemajuan teknologi kini sudah ada insinerator yang mesra alam. Maksudnya disini sistem pelupusan sampah yang mesra alam. Tapi teknologi insinerator mesra alam tidak secanggihnya teknologi insinerator yang menghasilkan gas dioksin tue. Lagipun insinerator mesra alam dengar tetap akan menghasilkan gas dioksin walaupun pada paras yang minima.

4. Teknologi insinerator neh sebenarnya dah banyak digunapakai oleh negara2 barat. Memang terdapat banyak runggutan dan tersebarnya artikel2 mengenai bahaya teknologi neh kepada manusia. Namun kesahihan nya aku kurang pasti. Perlu banyak pembacaan mengenai perkara neh sebelum boleh meletakkan hujah2.

5. Sebenarnya pembakaran sampah sarap melalui teknologi neh akan menghasilkan debu sebagai finalist product. Debu2 ini kemudiannya boleh dijadikan simen dan marmar. Ini sebab teknologi insinerator tak berapa nak mesra alam neh lebih baik daripada yang mesra alam. Disebabkan teknologi yang tak mesra alam neh boleh menghasilkan product untuk dipasarkan semula berbanding yang mesra alam. Itu pun yang mesra alam neh sebenarnya masih dalam peringkat kajian dan penyelidikan.

Aku sendiri sejujur belum ada kesimpulan mengenai projek neh. Bagi aku projek neh memang tampak ada masa depan. Masalahnya sekarang aku taknak ada projek yang boleh membahayakan kesihatan aku dan penduduk malaysia. Namun dalam masa yang sama aku tidak pula menolak idea2 yang baik dari kerajaan andai benar mereka ada backup plan untuk mengatasi sebarang kemungkinan buruk akibat daripada pembinaan2 loji2 ini kelak. Tapi entah macam mana aku tetap merasakan sukar untuk aku mempercayai ketelusan kerajaan bilamana berkaitan dengan projek2 macam neh. Bukan apa, sejarah membuktikan projek2 macam neh selalunya dipandang atas sebab profit yang tinggi kepada keuntungan yang kerajaan bakal raih, bukannya rakyat. MRR2 dan PKFZ antara saksi mata aku dan ko.

Nota : sesiapa yang ada info mengenai insinerator boleh share kat sini. Thanks.

Ameno : Mempercayai perompak ibarat membiarkan diri di rompak.

Talian nur kasih atau talian nur sedara lebih penting?

Takde mood nak tulis pasal politik walaupun aku dah ada bahan nak disampaikan. Baru lepas scan beberapa keratan akhbar namun selera untuk menulis dah hilang. Mood hilang  + terbantut kerana sakit ahti. Sakit ahti neh sebenarnya dah disimpan selama beberapa tahun. Umpatan dan makian aku rasanya dah berterabur di alam realiti. Tapi nampaknya orang yang sepatutnya faham masih buat tak faham. Dan lebih parah mereka makin melampaui batas kemanusiaan. 

Orang buat anak, ko pun sibuk anak. Tapi orang buat anak, mereka pandai jaga anak. Ko buat anak, tapi ko tak pandai jaga anak. Kesabaran aku neh dah sampai limit. Maknanya aku sudah tidak boleh mampu menahan lagi melihat beban penyeksaan budak2 itu di depan mata. Memerhatikan bukan lah seseksa yang menanggung. Aku tahu budak2 itu sakit raga + mental. Tapi selaku sedara mereka aku juga sebenarnya sakit ahti.. sakit ahti melihat penderitaan budak2 neh..

5 tahun melihat kebabian ibu bapa budak2 ini tidak pernah membuatkan aku tidak sakit ahti. Sakit ahti teramat2. Sakit ahti sampai memikirkan lebih bagus gamaknya ibu bapa budak2 ini mampos. Kematian ibu bapa ini sebenarnya memudahkan banyak urusan. Sekurang2nya kami tahu pada siapa yang harus di amanahkan untuk jaga budak2 neh kelak. Kehidupan ibu bapa budak2 neh tak memberikan erti waima 1 sen sekalipun kepada kami.

Daripada menyusahkan keluarga sehingga menyusahkan satu kampung apa lagi yang mereka tak pernah buat? Semua pernah sampaikan aku rasa aku neh takde muka nak mengadap manusia2 yang pernah mereka susahkan.  bukan tiada jalan diplomasi. Dah banyak kali. Benda neh terlalu sulit dan complicated. Kalau hari neh aku jaga budak2 tue, aku bagi makan + minum + sekolah kan, nanti bila aku potong rambut budak tue, mai lah mak bapak budak2 tue mengamok sakan segala bagai. Kenapa potong rambut budak yang segala bagai perang akibat diwarnakan oleh ibu bapa babi neh? Tapi time budak2 tak makan, tak mandi, takde berpampers haram ko nak tengok. Ko neh memang ibu bapa yang CELAKA. Celaka sangat.

Celaka sehingga memainkan emosi orang lain. 3 tahun. Datang rumah. Berjalan tengah panas terik. 3tahun umurnya. Korang boleh bayangkan tak? Budak 3 tahun datang rumah aku tengah panas terik? Bukan dekat beb bagi seorang budak. Memang celaka haramjadah punya mak bapak. Sebenarnya anak sulung dia neh dah mempunyai perasaan dendam. Aku tak salahkan dia. Aku juga suka dia berdendam dengan perangai mak bapak dia. Walaupun aku selalu di marah kerana mempengaruhi budak tue tetapi aku 1sen pun tak heran. Ditinggalkan oleh bapa, itu perasaan yang aku ada. Apa yang dia rasa, aku juga rasakan.

Aku sebenarnya dah banyak kali cuba mengelakkan daripada mengambil tahu kehidupan budak2 neh. Pasal aku telah memilih untuk tidak mengambil tahu 1sen pun aktiviti ibu bapa budak neh. Aku menjarakkan segala bagai pergerakkan aku agar aku tidak sakit ahti melihat budak2 neh di abaikan depan mata. Langkah untuk menyelamatkan budak2 neh terhad. Ibarat buat salah, tak buat pun salah. Buat salah kerana ibubapa budak2 neh dilindungi oleh orang tua yang sedang sakit. 

Memainkan emosi orang tua yang sudah uzur, aku tak sampai ahti walaupun kerap kali bergaduh dengan orang tua pasal perangai ibu bapa budak2 neh. Sampai satu tahap, lebih baik aku jangan datang. Jangan. Bila aku datang, aku geram. Geram sebab tak dapat bantu. So memilih untuk elakkan diri lebih baik. Biarlah orang nak kutuk apa, sebab perkara sebenarnya aku lebih tahu.

Pembesaran budak2 neh juga sebenarnya telah terpesong. Dari rokok, arak, dadah. apa yang dorang tak tahu? Dari mana dorang tahu aku pun confused. Jangan tanya aku sebab aku tak mau tuduh apa2 pun kat sini.  Yang aku tahu budak2 neh dah pandai mencuri + mencarut + menipu. Walaupun perangai mereka terkawal di depan aku, kerana menghormati + menyayangi aku tetapi siapa jamin perangai seperti ini tidak akan berkembang? Dengan tidak disekolahkan.. aku pun taktahu budak2 neh nak jadi apa. 

Dah beberapa kali aku terfikir aku patut hubungi sahaja talian nur kasih. Usah simpan sendiri. Benda depan mata. Ini penderaan juga. Malahan budak2 neh pun memang dah lali di bantai. Tapi bila memikirkan ketegangan yang mungkin timbul kelak aku jadi tawar ahti. Tapi tiap kali tengok budak2 neh terseksa, aku memang tak tahan. Nak bantu aku pun serba salah. Taknak bantu aku rasa aku dah berdosa. Bila bantu mungkin orang tua mengamok sakan. Bila tak dibantu masa depan budak2 neh dalam pertaruhan.

Kebencian aku terhadap mereka bermula sorok2. Tapi telah didedahkan oleh aku dengan slumbernya dalam beberapa tahun neh. Dengan tidak menegur dan buat taktahu sebenarnya dah cukup memahamkan mak bapak budak2 neh bahawa aku tak suka perangai mereka. Mungkin aku patut lari je dari sini. Lari jauh2. Lari dan jangan peduli. Sampai masa andai budak2 neh jadi penjahat aku akan salahkan mereka2 yang melindungi perangai biadap ibu-bapa kepada budak2 neh. 

Aku tidak memilih untuk bersubahat. Aku memilih untuk menghormati orang tua yang uzur. Sebab itu aku rasa aku patut lari dan pekakkan telinga dari mendengar rintihan budak2 neh. Tak guna aku dengar kalau aku tak boleh bantu. Benda neh dah menjadi barah dalam diri aku. Aku pun dah berdendam dengan ibu bapa budak2 tue. Dendam sampai merasakan mereka lebih baik mampos dari hidup.

Rabu, 25 Mei 2011

Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Aku taknak komen apa2 tapi.. aku cuma nak gelak je bila memikirkan bahawa ;

1. Jika kerajaan tak jadi naikkan harga minyak maka sia2 lah kempen tv3 seminggu dua neh pasal subsidi.

2. Jika kerajaan jadi naikkan harga minyak maka kerajaan mesti kena maki..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lue yang pandai2 canangkan keputusan lue satu malaysia lepas tue lue dah gabra2 dan takut2 untuk umumkan keputusan lue.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Gasaklah dapat kerajaan pengecut macam neh.. kena lah redha .. sapa yang mengundi? Korang jugaaa.. bukan aku..kah kah kah

Ameno : flipppp flopppeeeppp..

Ops balun : Buang kakitangan awam !

Operasi pembalunan ataupun lebih dikenali sebagai ops balun di dalam belog aku dalam dua hari ini dibiarkan oleh aku tanpa sebarang response. Memang menjadi tabiat umum aku kalau pencacai meroyan akan aku ingore kan kerana peroyanan mereka tiada 1sen pun ertinya kepada aku. Heh. 

Mari kita lihat dengan lebih jelas keputusan murni kerajaan berhubung isu pembekuan lantikan baru kakitangan awam ;



Ops balun aku ;

xde bezanye blog nih ngan media arus perdana... semua orang PR dok canang kata media perdana baik elektronik mahupun suratkhabar... hanya melaporkan berita2 tentang kebaikan kerajaan... sbb semuanya dikawal kerajaan.... so thats y aku follow blog2 PR mcm nih utk tahu berita dari sudut pandangan penyokong radikal PR.. so kene tau la dari dua2 pihak, baik penyokong radikal BN mahupun penyokong radikal PR... so kalo korang kata media arus perdana nih dok menjiliat pungkoq pemimpin, korang pulak dok sibuk memunggah taik pemimpin. maknayer korang nih asik mencari kesalahan kerajaan jer...

downlod dulu link tu, n then baca pastu baru lar paste kat blog... JPA buat tu sebab nak buat audit untuk memastikan xde lebihan kakitangan... pembekuan tu pun dari mei sampai ogos jer...
aku petik sedikit komen dari penyokong radikal PR yg follow blog mcm ameno nih iaitu milosuam...
kerajaan tu adalah institusi pentadbiran, xde kaitan ngan politik...

JPA buat langkah tu sebab nak pastikan xde lebihan kakitangan.... apa pun x bleh la korang nih... semua kerajaan buat tu salah... korang gak kata kerajaan itu institusi pentadbiran....

1.blog ini ada beza dengan paper arus perdana.  
 
2.aku pun baca dari semua sumber.
 
3.kerajaan SEPATUTNya = institusi pentadbiran, tetapi UMNO buat kerajaan = parti politik bhai.
 
4.memang kerja membangkang untuk mencari kesalahan kerajaan, kebaikan kerajaan kami taknak kutuk sebab ia benda baik.
 
5.Lebihan kakitangan? Apa dia? Lebihan kakitangan? Fine. Aku terima hujah ko. Hehehe. Siyes neh. Aku syak kakitangan awam kat bawah neh jenis tak berguna bhai, apa lue fikir? [baca sini lanjut]

Apa pandangan lue? Neh aku jumpa satu lagi kakitangan awam yang tak berguna gak bhai ;
 
Samy vellu + rosmah mansur = masing2 ada jabatan sendiri bhai. Ini pengakuan nazri aziz. Baca sendiri.

Harap2 kakitangan dua di atas neh dibuang dari kerajaan beb. Mereka neh gaji beribu tapi kerja 1sen haramjadah tak guna dan tiada keuntungan pun buat rakyat. Hehehe.. gaji mereka tue boleh memberikan gaji kepada ramai rakyat yang masih mengangur dan memerlukan pekerjaan untuk sara hidup. Hehehe..
 
Nota : surat ini didownload dari website jpa atas nasihat pro umno. terima kasih.

Ameno : catitan bahawa menda neh tamat bulan ogos, so adakah samy vellu + rosmah mansur akan dicampak keluar dalam masa itu? kah kah kah sama2 kita nantikan..

Selasa, 24 Mei 2011

Kerajaan ambil alih Bernama TV..

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Satu lagi projek bodoh piang yang dibuat oleh kerajaan bodoh piang. Lue amek alih bernama lue ada duit yerk? Aku fikir lue dah benkerap. Kalau tak apasal lue canang satu dunia yang subsidi membebankan lue. Jap2, lue amek alih bernama lue guna duit sapa bhai? Duit rakyat ka? Tapi berita2 dalam tue mesti berita2 pro lue aje kan? Lue aje lah betul sampai mampos. Rakyat ajelah salah sampai mampos. Tapi sampai mampos je lah. Bila hidup balik kat akhirat lue kena lah bhai. Heh. Baca bawah ;


Mulai 1 jun kerajaan ada duit nak menghasut bernama tv menukar kepada penipu tv. RTM pun tak terjaga. Neh tambah lagi duit beli kejadah yang bukan2. Patutlah dia hapuskan subsidi. Heheheh.. jap2 aku nak suarakan pemikiran aku ;

1. kerajaan takde duit untuk tampung subsidi rakyat. So 1 jun segala bagai subsidi mansuh.

2. kerajaan ada duit untuk beli bernama tv.. yahooo..! So 1 jun segala bagai bernama tv akan ditukar menjadi penipu tv.. yahooo...

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Kalau kerajaan neh jenis telus takpelah gak dia nak amek alih itu ini. Tapi bila memikirkan kerajaan bodoh piang hanya mampu mencipta penipuan melalui berita2 siaran mereka maka tak berbaloi lah dorang amek alih bernama tv. Kang silap2 hari bulan kang kita dengar kerugiaan bernama tv plak. Arhh sudah kena bailout macam MAS. Arhh sudah bernama bagi berita percuma.. jadi kerajaan rugi.. kerana kerugian bernama tv maka kerajaan kena naikkan itu ini..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Teori aku akan menjadi realiti aku rasa.. tungggguuuu lah wehh.. mamposlah kita kelak kalau bn masih pegang negara..

Ameno : no money subsidi2, have money joli2.

TV3 kantoi menipu!!!



Panassss!!! Panass.. hehehe kesian tv3 dalam slot buletin utama. Terbukti korang tue goblok + haprak = putar alam. Meh aku terangkan satu persatu kisah neh.

1. Semalam tv3 kecoh cakap kita bazirkan elektrik. Dan kerajaan sudah tiada daya untuk tanggung subsidi di atas keborosan sikap kita.

2. Klipnya korang leh tengok di atas.

3. Then rakan admin kbsb upload video neh di laman web kbsb.

4. Hasilnya lelaki yang di wawancara seperti dalam klip di atas tampil membuat pengakuan bahawa tv3 edit komen dia. Wat? Maknanya tv3 amek separuh2 yang menampakkan kononnya rakyat neh gila babi punya boros lah yerk? Komen lelaki tersebut di bawah ini ;



5. Maknanya kat sini lelaki itu pun bukanlah mengutuk2 rakyat sebagai boros. Baca betul2 ayat dia kat atas. Dia cakap dia highlightkan penggunaan elektrik yang boros di sektor industri bukan domestik [rakyat/perumahan]. Dan dia cakap kebanyakkan rakyat biasa guna kurang dari 400kilowatt. Apa yang dia tekankan lagi ialah kita kurang alert mengenai alatan2 yang boleh membantu menjimatkan penggunaan tenaga. Macam yang kita tahu kan ada beberapa "alat" yang boleh dipasang untuk menjimatkan pengaliran tenaga di dalam rumah kita. Ramai di antara kita tak sedar kebaikan alat tue termasuklah aku walhal aku tahu benda tue bagus. 

Tapi biasalah tv3 cuma paparkan sedikit2 dan aku pun tak pepasal angin kat dia neh. Rasa nak pijak2 muka dia neh semalam masa tonton berita tue beb. Siyes. Tapi setelah membaca penjelasan dia dan memikirkan tv3 tue ialah agent pemanipulasi yang memang taktahu malu dan takutkan Allah swt.. aku rasa cam bersalah pula. Ini dia mampu memberikan penjelasan. Macam mana pula dengan beberapa ramai yang dah dimanipulasikan komen2 mereka di tv3 dan kita taktahu kebenaran samada mereka benar2 bagi komen macam tue ataupun tv3 dok spin sana sini?

Hish tv3.. korang sanggup guna jalan macam neh untuk 'halalkan' matlamat kerajaan naikkan minyak. Baik direct dan jujur je lah bila nak naikkan minyak. Bila dah kantoi mcm neh sapa yang malu? Tv3 juga yang malu.. 

kah kah kah
Kali ini tv3 telah dikantoikan straighhhht to their faces.. 

kah kah kah.. padan muka lue!!!

Ini ialah link pengakuan lelaki yang muncul dalam video itu sendiri. Saksilah kebenaran di depan mata anda. 

Ameno : KBSB = citer benar. tv3 = citer fitnah.

Petrol Ron 95 dijangka naik 20sen.

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya....

Urmm kalau ikut analisa aku kerajaan akan naikkan 10sen je. Tapi amresearch cakap kerajaan maybe akan naikkan 20sen. Kenaikan 10sen tue pun dah parah beb. Ini pula 20sen? Hahahah.. habislah kita. 


Dan kenaikan itu akan di umumkan dalam masa terdekat.. auww habislah.. yang neh pun dah tercekik2 untuk hidup neh tambahkan beban lagi.. memang mamposlah jawab nya..

Ameno : Baca tajuk, kenaikan di jangka di umumkan pada minggu neh tapi dalam masa yang sama nak cari alternatif bagi kurangkan beban rakyat? Macam tak sepadan je pernyataan dengan tajuk berita tue..

Bukti : Kerajaan kini tiada wang.

Sila klik untuk besarkan imej. Benda neh di share oleh rakan facebook aku. Fuhh. Korang faham tak apa yang aku faham? Apa yang aku faham sekarang neh ialah ;

1. Dalam kerajaan kini tiada jawatan kosong.

2. Kenapa? Di bekukan.

3. Kenapa? Takan berlaku lebihan kakitangan pula? Heran, kes penyeludupan gula pun minta kita tolong sama dia. Tak percaya? Tanyalah bodoh piang gila kuasa [awang adek] dengan bodoh piang pendek [ismail sabri].

4. Jadi, kalau bukan pasal lebihan kakitangan, mestilah pasal bajet kan? Peruntukan untuk kerajaan melantik pegawai baru tarak.. urmm peruntukan = wang = duit rakyat = perbelanjaan kerajaan = tarak! Aik.. mana pergi dana2 kerajaan sekarang neh hah? Takan habis kat rosmah kot? Hehehe..

5. Okey2, sekarang kita hujah seriyus jap. 

- Kalau kerajaan terpaksa bekukan semua jawatan kosong kerana ketiadaan dana untuk bayar gaji pekerja ini bermaksud kerajaan tiada wang.

- kalau kerajaan terpaksa naikkan harga minyak + semua jenis barang + memperkenalkan gst = ini juga bermaksud kerajaan sudah tiada wang.

Maknanya kerajaan tiada wang = adalah perkara yang benar. Kenapa kerajaan tiada wang? Apa yang kerajaan buat dengan semua dana2 hasil negara malaysia?

Beb, perhal lah lue nak persoalkan samada kerajaan ada wang ke takde? Dah kerajaan takde wang so dia terpaksa lah cut macam2 kos, lue tak boleh faham dan sabar ke terima situasi sekarang? Sabarlah beb, kasi peluang untuk najib atasi masalah neh. Lue patut bantu dia atasi masalah neh bersama2 sebab negara malaysia neh milik lue dan kita semua beb. Berkerjasama tak boleh ka bhai?

Hek eley.. kepala hotak kau! Kalau najib nak selesaikan masalah negara ofcoz aku mesti tolong punya. Masalahnya yang dok canang ekonomi baik sapa? Najib juga. Yang cakap malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi melebihi unjuran bank negara sapa? Najib juga.. so mestilah rakyat2 mcm aku terfikir bahawa ekonomi negara berkeadaan yang baik.. dah tue tiba2 dia nak cut itu ini dan suruh kita jimat cermat padahal dia boros2 ko taknak tegur pula?

Ada otak fikir lah bangang!!! Takan najib nak kecoh 1 dunia bahawa malaysia mengalami masalah ekonomi dan defisit yang tinggi.. bebal lah lue neh der..

Huk aloh.. lue yang bebal bangang.. time najib bilang ekonomi baik untuk tutup kepincangan penyusutan ekonomi negara lue kata najib buat gitu untuk lindungi masalah negara daripada diketahui oleh orang luar, tapi time najib nak naikkan segala bagai barang dia cakap negara defisit, negara nak muflis, negara nak mampos, negara itu, negara ini, blablablablablablabla yang lue boleh semak sendiri kat website2 government lue taknak fikir pula apasal time tue najib taknak selindungkan masalah negara dari pengetahuan umum? Kesimpulannya begini bhai, meh aku terangkan kat ko ;

- duit untuk berjoli sakan ada = ekonomi ada bagus = malaysia bagus = rakyat bagus = semua bagus. <== sikap najib + pemimpin kerajaan time duit berlambak2, masa tue tak fikir keperluan rakyat.

- bila duit berjoli habis = ekonomi teruk = malaysia tak bagus = rakyat malas = semua nak pun bankrupt. <== sikap najib + pemimpin2 kerajaan bila duit berjoli habis sebab duit nak hulur kat rakyat dah lesap.

Faham? Sebab tue najib otak bingai tue hanya tahu bagi idea bodoh untuk bina menara menangis bukan menara merdeka tetapi menara menangis. Menara menangis = tangisan rakyat untuk pembinaan menara. Dan email 1bangang. Bukan 1malaysia. 1bangang sebab dia fikir rakyat = sama bangang mcm dia. Padahal dia yang bangang bila fikir rakyat bangang. Hanya dia yang bangang. Owhh lupa bukan dia je penyokong umno pun sama bangang macam dia sebab sokong kerajaan yang bangang. Heh

Ameno : Duit takde tapi melancong ke luar negara tiap2 bulan.. 'menteri' sapa lah tue yerk.

Isnin, 23 Mei 2011

Kompleks pentadbiran Islam bernilai RM500 juta di putrajaya : Relevant kah?

PUTRAJAYA: Sebuah kompleks pentadbiran Islam bernilai RM500 juta akan dibina di sini bagi menempatkan kesemua 13 agensi kerajaan berkaitan pentadbiran Islam di bawah satu bumbung. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kini kedudukan agensi terbabit agak berselerak di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Putrajaya menyebabkan kemampuan untuk menggerakkan aktiviti secara bersama tidak dapat dilaksanakan."Ada sektor tertentu, bahagian dan sel yang akan kekal berada di tempat yang lama tapi ada sektor yang akan berpindah ke sini terutama kumpulan pentadbiran atasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan khas bernilai RM1 juta kepada 26 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini hari ini.



Jamil Khir berkata, projek itu sudah pun mendapatkan kelulusan Kabinet di mana kompleks yang terdiri daripada empat blok itu akan dibina dengan dana daripada Tabung Haji.

Pertamanya aku tak condemn project neh. So tak perlulah nak salah faham or nak marah2 aku pula. Benda yang aku nak sentuh cuma ada 3 isu. Ataupun 3 perkara je. Jangan ingat bila aku highlightkan benda neh korang fikir aku dengki + marah bila kerajaan nak selaraskan sistem pentadbiran mereka.

1. Dana tabung haji.

Hehehe.. dana tabung haji yerk? Itu duit aku beb. Aku rasa ramai duit orang islam malaysia bersepah kat sana. Duit aku, duit korang.. Hehehe.. takde hal kalau seriyus nak buat pembangunan umat islam tapi ada sedikit hal persal napa pula dana tabung haji digunakan untuk biayai projek neh yang satu sen haramjadah takde keuntungan kepada pemilik2 akaun tabung haji hah? 

Membina kompleks neh satu sen pun tak memacu kembali modal yang dikeluarkan. Jangan2 lepas ko bina ko kata kerajaan kena bayar sewa plak kat kontraktor2 tertentu yang membina bangunan neh? Macam kes putrajaya dulu lah. Mahathir kata kediaman perdana menteri di putrajaya bukan dibina guna wang rakyat sebaliknya guna dana swasta tetapi sudahnya yang bayar sewa tiap2 bulan sapa?? sebut betul2 nama mereka.. sebutt.. ya betul RAKYAT. 

Ulang lagi.. apa dia??? RAKYAT.. ya rakyat bhai. Lue, aku, kita semua bayar sewa kediaman putrajaya bernilai beribu2 ringgit sebulan untuk rosmah + najib goyang punggung dalam tue. Hehehe.. geram kan? Kalau dorang nak goyang punggung aku no hal tapi biarlah bayaran sewa untuk dorang berbaloi kepada aku balik. Kalau aku dapat apa2 hasil dari :"pelaburan sewa" tue seronok gak bayar2 sewa utk kediaman piem dan tipiem. Neh satusen haramjadah tak dapat apa2 beb, sapa tak bengkek?

Bagi aku kurang sesuai kerajaan bina guna dana tabung haji walaupun aku tahu tabung haji = GLC. Takpayahlah usik duit2 itu untuk bina benda2 yang cuma menguntungkan golongan elit.

2. Merujuk kepada statement yang aku dah highlightkan warna biru di atas.

Nampaknya rm500juta = untuk alihkan golongan2 elit = ke pejabat yang lebih selesa. Bukan semua kakitangan beb. So apa point sampai telan rm500 juta? Hanya beberapa orang je yang berpangkat tinggi. Hehehe.. pengalihan mereka kat sana pun agak pelik. Kalau sungguh nak alih, baik ko alihkan semua kakitangan tak kira siapa pun mereka. Lepas tue bangunan2 lama tue ko kasi jual. Duit tue kasi tabung haji balik. Baik buat pelaburan yang lebih menguntungkan. RnD pembuatan makanan halal pun lagi bagus dari bagi jamil khir buat bangunan2 untuk dia lepak dalam tue. Hehehe..

3. Siapa yang di alihkan dan siapa yang kekal.

Yang neh lagi lah kita kena peduli. Kerajaan nak alihkan agensi apa? JAWI? Hehehe.. kalau kerajaan nak alihkan JAWI maka bangunan JAWI tue nak buat apa pula? Kita kena amek peduli 13 agensi kerajaan yang bakal di alihkan oleh kerajaan. Kena amek tahu bangunan apa yang bakal dikosong. Macam mana kerajaan nak bayar balik kpd tabung haji dengan pelaburan sia2 bina kompleks islam neh? Adakah bangunan2 tersebut jadi hak milik tabung haji? Jadi pusat sewa ke? Kena amek peduli. Silap2 kerajaan jual tapak2 bangunan tue, duit masuk poket pemimpin + kroni. Dah selalu berlaku pasal tue aku terfikir. Bukan aku tuduh ye. Aku cuma terfikir. Hehehe..

Sebenarnya menempatkan kesemua agensi islam di bawah satu premis bagi aku satu idea yang bagus. Tapi entah kenapa aku takley percaya cakap2 penipu neh. Siyes. Tak kiralah sebagus mana pun pelan + perancangan mereka tetapi masuk je bab pelaksanaan sure loser. Hancur bhai hancur.. sebab tue aku tak yakin pada kerajaan. Kepercayaan aku pada mereka hilang ataupun lebih tepat lagi memetik kata2 bf gay aku.. OUTZ..  Hehehehe..

Ameno : memetik kata2 bf gay aku.. OUTZ. <== cepat printscreen ye umno totok.. i loikeees kontroversi.. kah kah kah..

Hot : Senarai pemegang saham LYNAS!


Di atas neh ialah senarai pemegang saham lynas corp. Aku dapat dari fb joyce lee. Memang dia sebarkan untuk tujuan kita semua sebarkan pun. Pemilik2 saham lynas malaysia neh ada yang berselindung di balik nama syarikat beb. So susah nak dig keluar nama pemilik2 syarikat tersebut buat masa kini. Aku percaya kalau kita boleh keluar satu persatu pemilik2 syarikat berkenaan kita akan jumpa sesuatu yang menarik disitu.

Melihat kepada pemilik lynas neh kita boleh tengok berapa ramai yang akan rugi kalau operasi lynas diberhentikan di malaysia. Especially HSBC. Sebab HSBC australia ada kaitan dengan operasi lynas malaysia. Tak pasti samada ia ada kaitan dengan HSBC malaysia ataupun tidak. Hehehe.. 

Kalau dah macam tue memang harapan untuk menghentikan lynas adalah sangat2 sukar lah di malaysia. Ye tak? Mana taknya melihat senarai pemegang saham pun bukan jenis calang2 orang. Patutlah pahang defend sangat operasi lynas malaysia.

Yang kat bawah neh pula petikan berita antarabangsa pasal pembantahan rakyat malaysia terhadap isu lynas malaysia ;



Nampaknya isu bantahan lynas dah meluas ke pengetahuan pihak luar. Media arus perdana malaysia tidak melaporkan pasal bantahan rakyat terhadap lynas secara meluas. Mungkin kerajaan suruh tutup mulut bagi menjaga reputasi Lynas. Bacaan penuh kat sini.

Sebenarnya ramai yang tak faham dan sering ajukan soklan kenapa baru sekarang bantah lynas? Kenapa tidak bantah ketika projek ini baru berjalan? Meh sini aku terangkan serba sedikit kenapa ;

1. pahang baru tahu ia adalah projek yang merbahaya. ketika mula2 dibina kerajaan tidak terangkan secara detail, so rakyat tak faham.

2. rakyat2 prihatin korek info neh sendiri, mereka siasat dan buat macam2 pembacaan mengenai operasi lynas.

3. perlukan masa lah untuk research dan sebaran kan. Almaklumlah kita rakyat, bukan ada modal  + pengaruh. so penerangan kecil dulu2, lepas tue baru meluas bila media siarkan.

4. time tue pembinaan kilang tetap berjalan.

5. tapi penyebaran bahaya lynas tetap berterusan sehingga mereka berhimpunan. Dari sekecil2 himpunan 10-12 orang kini mereka berjaya kumpulan ratusan ribu untuk bantah projek neh. faham tak? dari sekecil2 suara satu dua bantahan bagi mereka yang dah buat research dan sedar bahaya projek neh, akhirnya suara2 mereka neh dipedulikan oleh rakyat pahang dan malaysia untuk menyokong bantahan mereka.

Jadi itulah sebabnya bantahan ini dilihat lewat padahal hanya kita sahaja yang lewat tahu, orang2 kat sana terutamanya yang pakar2 kesihatan mereka sudah bantah secara persendirian, kecil2, dan akhirnya bantahan mereka mendapat sokongan rakyat apabila rakyat mendapat maklumat yang betul. 

Kerajaan beri maklumat yang salah. Jangan percaya pada mereka. LYNAS membunuh. Rakyat china sebagai saksi. Sila siasat sendiri di negara china kalau korang berkemampuan pergi sana untuk buat research. 


Ameno : adnan mencarut ada berapa part pula?

Ahad, 22 Mei 2011

Tong gas bakal naik pula..




KUALA LUMPUR – Semakan semula harga gas asli yang menerima subsidi besar, yang sudah lama tertangguh, penting memandangkan permintaan untuk harga gas yang murah di Malaysia jauh mengatasi bekalan.
Penganalisis berkata jika keadaan gangguan dalam pasaran ini tidak diperbetul oleh kerajaan dengan segera, Malaysia akan kehabisan rizab gas dan akan menjejaskan generasi akan datang.
Kerajaan sehingga ini terus memberi subsidi gas sehingga 71-77 peratus, yang bermakna kehilangan peluang untuk negara, dan ekonomi tidak menguntungkan dari segi kos.
Ini kerana berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk memberi subsidi gas, boleh digunakan untuk projek-projek pembangunan sosioekonomi seperti kemudahan awam, jalan, sekolah dan lain-lain perkhidmatan.
Untuk gas sahaja Petronas membayar jumlah yang besar untuk subsidi, sebanyak RM131.3 bilion antara 1997 dan 2010. – BERNAMA

Hahaha.. satu lagi berita bangang yang ko bagi kat aku bernama. Ye, ye bukan salah ko. Ko cuma lapor apa yang menteri bangang tue merapu. Aku pun tak faham apa kejadahnya semua neh secara tiba2 setiap hari kerajaan ko canang kerajaan kehabisan rizab lah kerajaan tanggung hutang lah subsidi mamposkan perjalanan ekonomi lah dan pelbagai lagi berita merapu untuk hasut minda rakyat. Atau paling tepat untuk hasut minda rakyat yang benak + bodoh + menyusahkan aku dan penyokong2 pakatan rakyat + atas pagar.

Berita kat atas neh tak lain tak bukan hanya berita bebal. Apakah buktinya petronas bagi subsidi gas? Tarak. Dorang cakap pong pang pong pang kat parlimen kita bagi berbillion2 subsidi untuk rakyat, tapi betul ke kita dapat manfaatnya daripada subsidi itu? Pun tarak juga. Belum lagi ada data jelas yang dapat dibuktikan bahawa kesemua subsidi itu benar2 dirasai oleh kita. Belum ada beb. Kalau sungguh sana sini subsidi apsal aku tak merasai kebaikan subsidi pun? Dan apsal member2 aku yang duduk luar negara merasa hidup mereka lebih baik di sana berbanding di malaysia meskipun mereka hidup tanpa subsidi? Why?

Kesimpulannya mudah je beb. Dorang nak naikkan ;

1. petrol ron 95

2. tariff elektrik <== 25 mei, tapi time lulus ketika gula naik 20sen hari tue.

3. petrol naik, maka gas memasak sure naik punya.

4.minyak masak pun naik. Apa kena mengena? Pengangkutan punya pasal lhor. Subsidi diesel super dah hapus pada jun 2011 nanti.

5. Semua jenis barangan di malaysia akan naik. Kenapa? GST maa.. gst nak dilaksanakan bhai.. 

Dah tue apa yang tak naik? Tarak. Semua pun naik. Memang puak haramjadah. Taknak dengar langsung keluhan rakyat. Aku pun bukan suka marah2. Aku marah pasal kenaikan neh memang siyes membebankan aku. Ramai org2 macam aku pecah kepala hotak nak kerja 24 jam cari rezeki beb.Bukan duduk goyang kaki minum arak macam parpu kari. Kami ada usaha tapi usaha2 tue macam tak terkejar. Pasal apa setiap bulan mesti ada barang naik. Maksudnya macam neh ;

Gaji bulan 1 : rm1,200. guna beli barang makanan rm900.

Gaji bulan 2 : rm1,200 + 200 [part time job]. guna beli barang makanan rm1,300,

Arhh sudah pening, takpe usaha lagi sampai mampos. Jadi 

Gaji bulan 3 : rm1,200 + 500 [part time job] guna beli barang makanan 1,500..

Faham tak aku nak cakap apa? Aku cakap sehebat mana pun aku usaha, kenaikan harga barang2 dah tak terkawal lagi. Dah takde fullstop bhai. Duit habis beli barang. Mana nak saving? Mana ada satu sen pun. Kuantiti makanan pula? Makin lama makin sedikit. Kualiti? Makin hampeh. Aku terpaksa bayar kos makanan + barang2 lain dengan harga lebih mahal namun dalam masa yang sama kuantiti + kualiti = susut.

Kualiti bersama keluarga pun susut.
Kualiti nak menyimpan pun susut.
Kualiti nak beli barang2 untuk diri sendiri pun susut.
Kualiti untuk belajar dan beli buku2 pun susut.
Kualiti untuk pergi kursus ke apa2 pun susut. Kalau yang dah kahwin + ada anak, kualiti untuk hantar anak2 pergi belajar itu ini pun susut. Susut pun susut, pasal income statik. Kalau pun berjaya menambah income, tak terkejar dek kenaikan harga barang yang melambug2 ganasnya.

Dan khusus untuk PENYOKONG2 UMNO, disini ialah LUAHAN BLOGGER UMNO sendiri terhadap isu BARANG NAIK. Lue baca, lue fikir. Kalau blogger umno totok pun dah merasa kecewa dengan barang naik, lue boleh fikir semula samada patut ke tak patut lue bodoh2kan diri lue untuk sokong kerajaan?

Aku pun bukan nak musuh dengan penyokong2 umno neh sebenarnya. Sebab aku pun nak minta tolong kat dorang untuk undi pr sekali, sekali pun jadi lah beb. Kita tengok macam mana malaysia under pr untuk 5 tahun. Kalau PR benar2 gagal dan teruk aku rasa takyah tunggu 5 tahun untuk tumbang, dan2 masa tue gak kita leh berdemo dan protes hapuskan PR sebab PR tentu takan seganas umno dalam mengawal kebebasan di malaysia beb. Fikirlah kalau polis + media cetak pro bn. Sudah tentulah pr tak boleh nak kawal kebebasan media kalau media bukan milik dorang dan polis pula takan sanggup defend pr sebab tak diberikan duit. PR tak bagi duit [rasuah] sebab kena jaga reputasi + jawatan akibat baru perintah negara. Jadi kita nak takut apa bhai?

Takyah takut lah undi PR, kita ubah sekarang. Kita ubah nasib kita. Kita bagi peluang pada diri kita untuk melihat kebenaran siapa yang lebih cekap mentadbir dan siapa yang tidak cekap. Kita kena berhijrah. Kita perlu berhijrah. Orang yang tidak mahu berhijrah adalah orang yang lemah beb. Tidak berani mencuba dan takut pada sesuatu yang tidak sahih dan terbukti.

Amacam penyokong umno? Ubah sekarang, save malaysia, save malaysians, save ourselves.

Ameno : Dah penat explain, penyokong umno aku tak percaya korang ahti batu.. siyes. Aku yakin korang pun sesak macam aku.. pekata kita pakat2 ubah. Kita bagi peluang pada diri masing2 utk kaji kebaikan dan keburukan pemerintahan bn dan pr.. amacam?

Adakah harga petrol di Malaysia murah? [bidas hujah andak]

1. Adakah harga petrol di Malaysia murah?

Ya. Buat masa kini.

Adakah harga petrol selaras dengan pendapatan rakyat malaysia?

Tidak. Terutamanya 10 tahun kebelakangan ini.

Artikel ini khusus untuk BIDAS artikel andak yang jelas merapu + mengarut + mengampu + merepek.

Opss.. kenapa aku terlebih2 dan berdrama pula? Sorry andak. It's just me. So me. Itu attitude aku. Saja bikin provoke. Hhahaha.. chill keyh.

Hujah Andak.

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Hujah AmenoWorld

Singapura bukan sahaja mempunyai harga minyak yang 'terbaik' mahal tetapi mereka memiliki lebih dari itu. Mereka mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik, mereka mempunyai pakej pembelian rumah yang terbaik, mereka mempunyai kualiti hidup yang terbaik, pendidikan, pentadbiran, ketelusan, keadilan yang lebih-lebih-lebih-lebih-lebih baik dari malaysia. 

Tahu kah di singapore ada kerjaya sebagai polis kebersihan? Untuk mengawal kebersihan di singapore. Ia seperti mata2 yang memerhatikan masyarakat singapore di satu lokasi tertentu yang orang ramai cenderung buang sampah! Punyalah teliti orang singapore menjaga negara mereka. 

Selain itu di singapore juga kerajaaan mereka mempunyai sistem kawalan kesesakan lalu lintas. Dengar citer sistem ini untuk mencegah traffic jam di kawasan2 tertentu pada waktu2 tertentu, mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dengan kerap, disamping itu untuk mengawal pencemaran alam. 

Aku pernah baca pasal neh tapi tak berapa sure sangat macam mana. Kalau benar bagai yang dikata, minyak bukan sesuatu product yang singaporean selalu beli ye tak? Patutlah sistem pengangkutan singapore berada ditahap yang terbaik dan terbersih. Dan patutlah kalau harga minyak mahal pun mereka bukan selalu beli. Apatah lagi negara mereka kecik. Pusing2 pun takan habis rm100-200 untuk isi minyak kan? Heh

Membandingkan singapore dengan malaysia haruslah di analisa dari semua sudut. Seseorang yang bergaji rm2k bakal membayar harga ron 95 sebanyak rm2.60 seliter kelak di malaysia bukannya rm1.90sen lagi. Rumah, pendidikan, perubatan segala2nya mahal di malaysia namun gaji yang diterima pula agak cikai. Bulan jun ini harga minyak dijangka naik sebanyak 0.10sen menjadikan kita perlu membayar rm2.00 ke atas kelak.  Ini bukti dari statement pemandu.



Jelas harga minyak malaysia sudah tidak murah lagi. Apatah lagi minyak malaysia digunakan hampir seluruh rakyat malaysia berikutan sistem pengangkutan yang cikai di malaysia.

2. Mengapakah harga petrol malaysia tidak semurah brunei?

Mahal murah bukan soal pokok perbandingan dan perbincangan disini andak. Adakah harga yang ditetapkan itu relevant dengan penggunaan dan keuntungan yang diperolehi?

Hujah andak

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.

Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang:

Hujah AmenoWorld

Sila rujuk carta yang dinyatakan oleh andak neh terlebih dahulu ;

Ini ialah carta andak berhubung perkara di atas. Apa yang boleh aku simpulkan daripada carta andak ialah ;

1. Size sesebuah negara bukan punca utama negara itu kaya. Buktinya qatar [1] lebih besar dari singapore [3] dan brunei [6] tetapi rakyat mereka mempunyai kuasa beli yang besar berbanding brunei dan singapore.

2. Sumber2 alam bukan punca sesebuah negara mempunyai penduduk yang mempunyai kuasa beli yang besar buktinya singapore yang tiada sumber alam yang banyak menduduki tangga ke-3 berbanding malaysia di tangga ke 60..

3. Jumlah penduduk bukan membuktikan penduduk mempunyai kuasa beli yang besar, buktinya ;

penduduk qatar [1] lebih ramai daripada singapore[3], penduduk amerika [5] lebih rakyat dari indonesia [122] tapi penduduk malaysia [60] lebih ramai dari brunei [6] dan singapore [3].

Dalam erti kata lain populasi yang kecil + negara kecil = bukan faktor utama harga minyak murah = kuasa beli rakyat besar.

Sebaliknya sistem pentadbiran cekap + bebas rasuah + keadilan ditegakkan + kurang penyelewengan = kuasa beli rakyat di sesuatu negara menjadi besar + kecekapan pengurusan + menambahkan hasil negara + mengurangkan harga2 barangan tertentu apabila bantuan subsidi di salurkan di tempat yang betul untuk kumpulan sasaran yang betul.

Faham? Kalau tak faham tengok bawah ;

 sumber jadual disini.

Lihat carta di atas. Inflasi di malaysia semakin lama semakin tinggi. Salah satu penyebab inflasi ialah = kurang kuasa beli pengguna. Dalam erti lain ; 

Gaji tetap / kenaikan sangat kecil = harga barang keperluan meningkat dari tahun ke tahun.

Siapa yang mempengaruhi penetapan gaji di malaysia? = kerajaan.
Siapa yang mempengaruhi harga barangan keperluan di malaysia? = kerajaan.
Siapa yang sepatutnya menyelia peniaga tamak? = kerajaan.

Jadi jika KDNK negara rendah = lemah = sapa yang patut dipersalahkan? Ya, betul, kerajaan + rakyat. Kenapa? Tidak pandai mentadbir. Dan siapa yang pilih pentadbir? Rakyat. Jadi disini rakyat perlu berubah = pilih pentadbir yang cekap = untuk majukan diri. Jika kita mempunyai bos yang bodoh, sebijak mana pun kita selagi mana kita bekerja dengan dia, kita tidak mampu membawa apa2 perubahan sebab bos bodoh sudah tentu tak akan memahami idea bernas.

Lihat pada tahun 1995. Pendapatan perkapita kita berada di paras paling tinggi pada tahun itu. Siapa yang perintah negara pada ketika itu? Ada otak lue fikir. Bagi masa dan peluang kepada diri kita. Jika anwar ibrahim tidak mampu membawa perubahan, kita cari orang lain. Di malaysia kita punya banyak pemimpin. Yang pasti najib + muhyiddin = bukan pemimpin yang lebih cekap dari anwar ibrahim. Inilah sebabnya umno hanya mampu menyerang peribadi anwar ibrahim bukan otak dia disebabkan otak dan idea2 dia memang bagus. 

Jadi kalau harga petrol murah di brunei = kurang penduduk = subsidi lebih = tiada bukti. Tiada bukti bahawa kerajaan brunei memberikan subsidi kepada penduduk mereka. Harga yang rendah dipercayai kerana brunei mengambil keuntungan yang paling minimum untuk tidak membebankan rakyat jelata.

Harga petrol di malaysia = mahal = banyak penggunaan = banyak penduduk = banyak pekerja asing = pratikal?

Penduduk malaysia memilih pengangkutan sendiri sebagai pengangkutan utama akibat sistem pengangkutan awam tahap cikai + sampah. Maka disini mereka kena isi petrol dengan kerap. Pengisian petrol kerap + jana pendapatan station minyak + beri peluang pekerjaan + jana ekonomi negara = jasa rakyat kepada kerajaan untuk memacu ekonomi.

Jadi apa balasan kerajaan kepada penduduk? Tarik subsidi sebab membebankan kerajaan? Padahal kita tolong dia gerakkan ekonomi beb. Tapi kita di anggapkan membebankan lak? Ada otak lue fikir sendiri. Heh.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?

Harga petrol di malaysia tidak perlu murah cuma perlu bersesuaian dengan pendapatan + keperluan rakyat malaysia.
Hujah andak

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama. Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Hujah AmenoWorld.

Rakyat malaysia sebenarnya tidak mahukan harga minyak yang murah. Apa yang mereka inginkan ialah harga minyak haruslah berpadanan dengan pendapatan yang mereka raih setiap bulan. Dah alang2 si andak neh menipu aku nak jelaskan sedikit kat sini bahawa jangan terperangkap bila mereka cakap ;

1. Malaysia import lebih banyak dari eskport.

2. Malaysia bukan OPEC.

Sebab apa, walaupun malaysia import lebih banyak dari eskport akibat jumlah penduduk namun siapa boleh jamin bahawa jumlah import [dalam matawang] lebih TINGGI nilainya dari jumlah eskport? Minyak malaysia minyak berkualiti tinggi. Harganya di pasaran ialah harga yang sangat tinggi.

So untuk membandingkan perkara neh petronas harus buka buku kira2 mereka. Mari kita lihat adakah harga bayaran untuk jumlah import lebih tinggi dari jumlah eskport. Selain itu petronas mempunyai usahasama dengan pelbagai syarikat minyak di luar negara. Jumlah import minyak ke MALAYSIA mungkin lebih tinggi dari jumlah eskport TETAPI jumlah eksport petronas dari syarikat2 usahasama di negara2 lain belum termasuk dalam penggiraan ini. Maksudnya disini ialah ;

- kepala hotak andak hanya memikirkan product keluar masuk di malaysia. tetapi tak fikir product yang keluar dari petronas di negara yang lain. Faham?

So jangan terpengaruh dengan penipuan2 mereka. Mereka manipulasikan maklumat. Mereka terang separuh dan mereka sembunyikan separuh. Heh.

Walaupun malaysia bukan OPEC tetapi malaysia masih pengeluar minyak dan masih mempunyai keuntungan berbillion2 hasil dari minyak. Pelaburan petronas dalam dan luar negara sangat besar dan meluas. Rakyat malaysia tak hingin pun makan hasil subsidi sampai mati. Yang ingin diperjelaskan ialah biarlah harga minyak benar2 berpadanan dengan pendapatan bulanan mereka. Apatah lagi minyak global sedang mengalami penurunan drastik.



4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?

Rakyat bukan gila babi nak sangat subsidi, fahami masalah pokok, bukan cari excuse. Masalah pokok ialah ;

kenapa rakyat marah bila harga minyak naik? ==> gaji kecik.

Cara selesai masalah guna akal ==> cari alternatif yg boleh mengurangkan beban rakyat.

Cara selesai masalah ikut bn ==> cari alternatif sebar info palsu supaya rakyat tertipu. 


Hujah andak 

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22 Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendah pun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10

Hujah AmenoWorld 

Jumlah subsidi minyak ialah rm10.1 pada tahun lepas. Tetapi subsidi IPP ialah rm19billion. Sebab tue aku larang buat perbandingan macam neh. Bukan apa kelak binasa diri. Walaupun subsidi untuk minyak tinggi di malaysia tetapi tetap tidak lebih tinggi untuk subsidi kroni bn. Kena ingat tue. Lagi satu aku tak berapa percaya kenyataan andak bahawa petrol brunei ada subsidi sebab tiada bukti. Tengok bawah ;


Nampak tak color untuk brunei dan malaysia ialah PINK. Pink dalam kotak jadual menunjukkan angka subsidi ialah 0.0 - 21.7%. Dalam erti kata lain boleh sahaja harga petrol di brunei ialah tanpa subsidi. Dan boleh juga kemungkinan harga petrol di malaysia tanpa subsidi. Siapa tahu? Kita tiada data untuk mengatakan ia tanpa subsidi namun dalam masa yang sama bila kita minta data dan penyata kewangan negara untuk menyemak butiran subsidi, kerajaan enggan dedahkan atas sebab OSA. Huk alohh.. Kalau ianya OSA macam mana orang luar boleh klasifikasikan subsidi kita di tahap2 tertentu. Lue fikirlah sendiri.

Dalam erti kata lain, kita taktahu samada petrol di malaysia bersubsidi ataupun tidak. Jumlah subsidi petrol kalau pun bersubsidi tetap tidak sebanyak subsidi untuk kroni negara. Maksudnya disini ;

Pendapatan negara 100 juta [contoh]

Pecahan 1juta = subsidi rakyat. <-- ini yang nak dipotong sbb bebankan negara.
Pecahan 5juta = belajawan/keperluan negara. <-- ini dia ungkit sampai kita mampos.
Pecahan 5juta = pembangunan <-- ini dia canang 1dunia.
Pecahan 89juta = kroni. <-- ini dia protect gila babi.

Faham kan? So andak, urusan tipu2 lue bukan urusan aku. Tapi jadi urusan aku bila ada member minta ulas penipuan lue. Katanya penipuan lue dijadikan hujah umno. Huk aloh.. ini macam punya hujah, aku yang bukan ekonomi pun tahu ia banyak auta beb. Heh.

Nota : semacam merasakan ada unsur2 troll..
Hujah penuh andak disini.

Ameno : Jangan tipu, rakyat first. Not kroni first.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...